Pages

Oct 29, 2012

#keluhan



kalau berkahwin.mestila kita nak kawin dengan orang yang kita sayang.orang yang kita memang jatuh cinta pada dia kan.tapi kalau benda tu tak jadi kenyataan.kuat ke kita nak tempuh semua ni.ada masa kita terkenang.then kita rasa sesak nafas.kita mula fikir.tempat kita bakal orang lain duduk.and suppose kita yang macam ni.kita yang macam tu.tapi tak ada.tak jadi kenyataan pun.untuk terima ni sebagai kenyataan.sangatlah susah.and kita akan terus terus terus menangis.menangis sebab apa yang kita mahukan.tidak jadi kenyataan.dan kita terpaksa menerima kenyataan bahawa semua ni benar benar berlaku.bukan mimpi.bukan fantasi.bukan gaduh biasa.dan menjadi lebih tertekan.bila kita dapat tahu yang dia boleh move on dengan baik.dan kita pasti dan sangat pasti.tiada lagi jalan untuk kembali bersama.tiada.dan sekarang satu soalan.bagaimana cara mampu untuk terima kenyataan?

#keluhan berat.

Jalan

Assalammualaikum.

hari ni aku nak menulis pasal jalan.aku memiliki satu kelemahan yang sangat jelas dan ternyata teruk gila.aku gagal ingat jalan walaupun 100 kali jalan tempat yang sama dan seterusnya akan membawa kepada situasi sesat.sesat jalan.dan kalau bukan aku yang drive.akan membawa kepada ke-stress-an kepada pemandu tersebut.hehe aku tak pasti ini penyakit apa.tapi aku rasa ramai yang mengalami penyakit ni.tapi yang pasti aku ni teruk gila.dan aku tak layak untuk jadi co-driver.lol.

ok sebagai contoh.nak pergi kl dari shah alam.

aku: ina, kita pernah lalu jalan ni ke?
ina: iye ecah.memang selalu kita lalu sini untuk ke kl.
aku: kenapa aku macam tak pernah jumpa je jalan ni eh? macam tak pernah lalu.
ina: =.=

kalau balik dari puncak alam nak ke kajang.tu tak payah tanya la kan.aku memang keliru.aku konfius.aku tak ingat.simpang simpang semua aku tak ingat.aku sendiri tak tau apa aku buat kalau duduk kat kerusi sebelah driver tu.berangan ke? hahaha.kadang kadang cuba untuk  ingat.dah ok ok dah.last last.hampeh.

cuti cuti ni.aku jadi driver untuk mak aku.so pagi tu aku anta mak aku g keje dengan adik aku yang bongsu berusia 6 tahun.nama dia syira.pagi tu tak ada masalah la kan? sebab mak aku ada.masalah mula melanda bila nak jemput mak aku.aku cuak.aku tak ingat simpang mana.

aku: syira, simpang mana eh?
syira: ..........

then aku masuk je la mana mana simpang.

aku: ya allah syira, ni salah ni.kat mana dah ni.adeh adeh.
syira:..........
aku: salah salah.kena patah balik ni.adeh adeh.aaaaa.habislah. *cuak gila*
syira:........

lepas tu buat pusingan drift untuk patah balik.pastu dah jumpa simpang yang betul la kot.

aku: syira ni ke simpang dia?
syira: ntah..
aku: kat mana kita ni syira? aaaaa.tak ingat tak ingat.
syira: betul kot kak ecah.tadi ada pintu ni.
aku: yeke? yeke? akak tak pernah jumpa pun tempat ni.
syira: ..........

memang hebat la aku ni kan.tanya budak 6 tahun pasal jalan jalan ni.hampeh! kadang kadang masalah aku ni.bukan kat tengah jalan besar.malah berlaku bila drive kat taman sendiri.ini sangat kritikal.

aku: ohmaigod.jalan tutup pulak.masuk simpang sini boleh tak syira?
syira: ......
aku: eh eh.kita kat mana ni? akak tak pernah nampak pun rumah rumah ni.
syira: ha..?
aku: aish.ni yang malas ni kalau tutup tutup jalan ni.aaaaa.tak ingat tak ingattttt.
syira: ..........
aku: tenang tenang.kita sesat syira.habislahhh.
syira:......

dan beberapa minit kemudian.nampak 1 jalan yang biasa aku lalu.yayyyy.

aku tak pasti.kalau aku ada gps sekalipun.aku tak pasti mampu ke nak guna.silap silap balik kedai pun kena pakai gps.ini teruk! banyak lagi situasi yang lagi dasyat dari ni.kadang kadang orang pun pelik.aku lagi pelik.hahaha.untuk orang macam aku ni.minyak kete memang kena always full.

yang paling dasyat bila balik kajang dari shah alam.konon nak tunjuk hebat.potong jem kat shah alam.sekali ntah mana mana masuk.pastu terus masuk kl.untuk bakal suami.siap sedia la awak dengan kekalutan saya.hahaha.jangan belikan gps untuk hantaran.ini memalukan! hahaha