Pages

Jul 17, 2013

Bicara Ramadhan

salam ramadhan! 

kejap je dah masuk seminggu kita berpuasa.sejujurnya aku merasakan yang puasa kali ni aku tak produktif langsung.letih la.penat.keje kan? so entah.aku syak aku kena makan super banyak vitamin ko tau.

sebab letih sangat.ai dono what happeng to me.aku rasa diri ini sangat penat dan terlalu penat.hewhew.over.

masa ni pepatah disorongkan bantal tu dah tak jadi pepatah dah.dah jadi betul punya.pantang orang sorongkan bantal.komfem tido.masa ni ungkapan tidur dimana mana dah jadi sebati dalam diri aku.ehehehe.

puasa kali ni bukanlah kali pertama aku puasa ketika bekerjaya.cewah.yela dulu dah biasa dah keje.keje kat meden.paksen.mana ada kelapangan aku komfem keje.jarang lepak rumah.tak boleh.boleh jadi gila.atau histeria secara tiba tiba.serius.

dulu tak ada lah selembik ini.dulu lagilah.keje lebih dari 8 jam.yela bulan puasa.mana boleh balik macam biasa.mesti kena ot ma.untuk aku yang gilakan duit atau TERlalu gilakan duit.sangat sangat suka bila disuruh OT.tahun ni tak dak.tahun ni balik ikut tymee.so kualiti tyme untuk keluarga sangat bermakna.kihkih.

dugaan bulan puasa? apa ye.okay memandangkan aku memandu ke tempat kerja ya.jadi..setiap pagi aku kena kuatkan semangat untuk menempuh kenderaan kenderaan mahupun segolongan manusia yang...yela yang mungkin tak berapa mahir tentang peraturan jalan raya yang kerap kali mencabar jiwa.

untuk aku yang ke semenyih dan ke nirvana semenyih yang jalannya dua lane je.kalau motor lalu pastu kongker satu lane tu.pergh.memang mengundang kesabaran tinggi.bila jentolak lalu atau aku panggil transformer.pergh masa ni la nak tunjuk skill gunakan gear dengan macho dan bergayanya.

dan selalu aku doa masa potong itu jentolak.aku berjaya lepas tanpa halangan.penah je time nak potong depan ada kete dari arah bertentangan.masa ni aku lupa aku tadi guna gear bape.bahaya tau.gila betul aku ni.

gila kan? huhu

tak ada la gila sangat.kerja kat opis masa ni tak banyak sangat.kadang kadang aku mushkil jugak.awat sikit sangat ja keje hari ni.mihmih.alhamdulillah la.keje sikit kan.masa ni la tengok department admin kat sebelah sibuk kemain.sampai cakap.

'korang nampak sibuklah'

pastu gelak gelak.bengkek je hati layun dengan madiha.aku syak dorang merindukan saat sibuk aku.sebab dulu aku sibuk gila sampai jeles tengok dorang relaks gila.hahaha.tu lah dikatakan hidup manusia ibarat roda kan.hari ni kita sibuk.esok lusa tak dah.pastu sibuk balik.aku syak lepas raya aku sibuk.kekeke.

lagi nak citer apa ye? hmmmm.keje ok.setakat ni la.ramai tanya interview watsoever semua tanya pasal keje.alhamdulillah.keje manyak ok ma kat sini.setakat ni la.esok lusa tatau.hahaha.ayat klise je.bajet berilmu dan positif thinking punya orang.

keje ok.cuma keje nak deal dengan orang aku malas.tolonglah.aku adalah manusia yang sangat sangat tak suka deal dengan orang.tapi keje terpaksa la deal dengan orang.lagi lagi pasal PPE.haih.penat la.malas lagi.

keje kena berani tau.aku kena pura pura berani.sebab kena deal dengan banyak bos atasan.so enjoice je la.sampai ada bos cakap.hati manyak senang eh? senang la.muda lagi ma.hati senang la.hahah.tapi tak ada lah aku jawab macam tu kan.dapat kaki naya je.oh ya! adalah satu kesukaan bila kita dapat jawab pertanyaan bos bos atasan yang ala ala lecturer tanya soalan masa presentation.kesukaan gila.rasa dihormati dan disegani.kekeke.

so puasa ni aku keje 8 jam macam biasa.rehat setengah jam saje.setengah jam lagi aku mintak potong.sebab nak balik kul 5.semua orang kat syarikat Y ni buat macam ni.aceli bukan semua la.yang beragama islam sajer.pukul 12 setengah rehat.aku ke surau.tido.beria gila tido.macam kat rumah dah.aku jarang tido.satu hari tu aku pegi la.sebab ngantuk gila kan,so aku tido..pukul 1 tu ada la yang dah bangun.aku bangun jugak.pastu tido balik.bajet dalam 15 minit.pastu bangun balik.bentang sejadah nak solat.pastu tido balik.ajet 5 minit je.sampai ada akak tu cakap. 

'nak sembahyang ke?'

aku jawab la 'haah.tapi nak tunggu madiha balik dari amik semayang dulu.tido jap.'

last last 1 setengah baru kembali ke tempat.ya allah.teruknya akuuu :O

tak senonoh kan? hahaha.hari seterusnya aku tido gak.tido muka suci je.hahaha.akak sebelah aku la cakap.bukan aku.beria tido ni.sampai bape kali dia kejut aku.bahhaha! malu ai.balik tu terserempak dia tanya aku.

'ko puasa tak?'

ada ke tanya soalan tu.aku pun jawab 'puasa la kak!' muka beria bagitau.

'iye iye.saje akak tanya.tengok ko tido tadi akak tau dah'

bhahaha.siud je.tak sempat nak tanya aku berdengkur tak masa tido tu.haha.

puasa ni kerap ngantuk.betul ke minum minuman hijau dapat kurangkan ngantuk? 

ai dono.

ok sambung later k.

selamat berpuasa! ^_^

Jul 14, 2013

Cerita

hi olls.salam ramadhan semua.

warning: entri ni mungkin 90% ke 100% berbaur luahan perasaan.

aku tak tahu apa yang terjadi dengan diri aku.sangat sangat pemalas.hati aku nak siapkan thesis.mati dah.i just love my job.happy slave for syarikat Y.sejujurnya.aku nak sangat sangat semua ni berlalu dengan pantas.aku tak nak terlibat lagi dengan benda ni.susah lah.serius susah.bukan susah apa.susah nak handle diri yang dah tak ada hati.dimana hati dia telah mati.

fuh.

aku bukan jenis pencerita masalah.aku tak yakin dengan orang untuk dengar masalah aku.kepercayaan aku kepada seseorang untuk dengar sangat tipis.sorry to say.entahlah.aku rasa tak yakin.aku rasa dia tak mampu mendengar.tapi bukan bermaksud aku tak cerita masalah aku langsung kat orang.ada.beberapa orang.untuk mereka yang sangat aku percaya dan yakin.dia boleh mendengar.

tapi selalunya aku cerita tak terperinci.sebab selebihnya aku akan ketawa.depends.bila dah cerita aku rasa masalah tu simple gila.tak payah cerita pun tak apa.hahaha.

aku mengaku aku adalah pendengar masalah yang baik(cewah) aku boleh dengar masalah yang sama berulang kali.aku suka.pada aku.bila seseorang ceritakan masalah dia pada aku.aku rasa dihargai.dihargai dan dipercayai.aku menjadi seseorang yang bertanggungjawab untuk dengar masalah dia dan pegang amanah.yela ada sesetengah masalah tu.kita kena simpan.

bila yela ada masalah.kita nak bercerita.berkongsi.tapi kadang kadang kita cerita.ada orang tak suka.lagi lagi kisah tu kisah berulang.so dia dah malas nak dengar.oklah.terima je la dengan pasrah.kita tak ada hak nak paksa suruh dengar.tapi..dengar je la.bukan nak suruh terlibat pun.aku tak tahu pulak bila kita dengar dan bagi pendapat.maksudnya kita terlibat dalam masalah orang tu.yeke macam tu? entah.

bila kena situasi macam tu.aku sedih.sedih gila.huhu.kadang kadang kita kita cerita benda sama ni just nak lepaskan apa kita rasa.tak eksited pun sebenarnya.just cerita dan mintak pendapat.tapi tak nak pun.just nak cerita.faham tak? so tak payah la nak bagi ayat nasihat yang sentap sangat kan.yang buat kita rasa memalukan dan tak guna gila bila kita cerita.sangat sedey.sangat sangat.untuk aku yang berjiwa sensitif gila babeng ni la kan.bhahaha.

well.biasalah.kawan tak semua boleh mendengar.serius.susah nak carik pendengar.dalam 100 kawan kita.belum tentu ada 10 orang yang boleh mendengar.bakat ni sangat limited.hihi.dan dan je bakay.life is simple la.anggap je la dia bukan orang yang tepat untuk bercerita.kita salah orang.tapi yang tak bestnya bila kita cerita.dia tak nak dengar.dia marah kita dengan yela.kata kata yang kurang enak.cakap elok elok boleh kot.what's werong with u? Ai dono.

so.

sejak beberapa hari ni aku berhati hati dan jadi lagi memilih nak cerita masalah kat seseorang.betul.tak semua boleh dengar masalah kita.lagi lagi benda sama.benda yang buat orang menyampah.macam hey ni hal dulu la.ko tak habis habis lagi ke nak citerr' kadang kadang bukan niat kita nak suruh fikirkan jalan penyelesaian.but then just dengar je.tak bagi solution pun takpe.dengar je.tak susah pun.huhu.

macam hal thesis aku.aku tak pasti sape yang tahu masalah sebenar aku.tak ada kot.aku tak pernah cerita sesuatu masalah aku kat sesiapa dengan terperinci.entah.aku tak tau kenapa.aku rasa tak perlu tahu kot.banyak betul rahsia dalam kehidupan aku ni.

thesis aku tu rubbish.lebih hina dari sampah mungkin.

entah.atas beberapa faktor.aku tak boleh nak suka.until now.aku rasa bodoh gila buat.sia sia.sebab tu aku namakan dia rubbish.

blergh.tak baik macam tu.tapi tak baik lagi mulut seseorang yang berpangkat dan berilmu cakap sesuatu kat aku.stress! moral down yo.

ok semua.selamat malam.selamat sahur.nite.

Jun 2, 2013

Alhamdulillah.


Assalammualaikum! 

last entri aku ada mention yang ada perkabaran berita gembira dari syarikat Y kan? huhu  ok saya ditawarkan bekerja oleh syarikat Y!!! Alhamdulillah! =D ehem.aku telah diberikan cuti selama 2 minggu untuk enjoy dan bersukaria dan siapkan thesis.jadi 2 minggu pun dah tamat.so ESOK aku mula kerja di syarikat Y! =D 

sebagai apa? ala biasa biasa je.tapi jabatan safety and health.doakan aku tak gaduh dengan nepalian lagi! >.<

aceli aku tak tau nak mulakan cerita.cuma apa yang aku boleh ceritakan.aku ditawarkan 3 hari sebelum aku menamatkan industrial attachment kat syarikat Y.masa dalam tempoh ditawarkan bekerja sana.aku banyak mintak pandangan orang ramai.kawan kawan.lecturer dan orang yang bekerja kat syarikat Y sendiri.yela..aku masih student.belum grad pun.so macam..yakin tak yakin je.ditawarkan keje yang..pada aku besar jugak tanggungjawab.so..sape tak takut kan?

aku blur.aku runsing.aku..macam macam lagi.masih terkejut.aku bagitau orang orang terdekat je.sebab aku sendiri tak pasti betul ke tak apa yang aku dengar dari telinga aku.lepas jumpa manager HR.baru aku sedar yangg aku betul betul telah ditawarkan kerja! =D mereka yang aku mintak pandangan tu semua gembira.tapi aku...blur.haha.aku masih 50:50 untuk accept.tapi..aku terima jugak akhirnya.

selama 3 hari tu.aku tak citer kat mak ayah aku.aku konon nak bagi kejutan la kan.gedik kan.so aku fikir lepas komfem dari bos HR barulah aku kecoh satu kampung.haha.tapi kat syarikat Y.belum sampai jumaat pun.semua dah tau.haish.malu ok.parents aku ofkos lah hepi kan.so..hepilah!

apa yang boleh aku katakan.dalam kerunsingan hati aku dengan thesis.aku bersyukur sangat sangat.aku sendiri tak jangka rezeki ni.apa yang pasti.bila kita niat sesuatu untuk keluarga kita mak ayah kita.tuhan memang akan permudahkan.Alhamdulillah.aku tak fikir apa apa pun.aku fikir untuk tolong famili je.dan tuhan memang perancang yang terbaik.masa aku dapat keje ni.adik aku dapat sambung belajar.so..best timing.huhu so pas ni aku boleh sapot dia.haha banyak lagi sebab kenapa aku harus bersyukur dengan rezeki yang tak disangka ni.aku harap aku tak leka dan aku tahu bila aku diberikan rezeki ni.tanggungjawab aku untuk famili tu jadi besar.aku kena tolong parents aku.aku kena tolong adik adik aku.Insyaallah! Doakan aku!

dalam tempoh dilemma keje dan thesis ni.aku berterima kasih sangat banyak dekat gendut, ina haris.sebab bagi sapot! depa kata tak yah fikir sangat pasai thesis to.boleh punyaa tade hal lah.yelah yelah.aku haraplah.sakit sebulan je kan.pas ni boleh la joget joget .haha.

wish me luck. =)


May 28, 2013

Redha.

Assalammualaikum.

bila kita hadapi satu ujian.kita kena redha kan? kadang kadang kita bercakap kita mengaku yang kita redha.tapi betul ke kita dah redha? ada ke ukuran menunjukkan yang kita redha? 

betul ke redha tu bila kita dah tak memikirkan soal tu? bila kita terima semua tu dengan berlapang dada? macam tu? jadi bila kita dah redha.semua permasalahan akan dipermudahkan? macam tu?

aku bercakap seperti manusia jahil.

entahlah.bila kita ada masalah.kita selalu fikir benda yang melangkaui batas then mula mempertikaikan dan bertanya soalan yang tak patut ditanya.kemudian putus asa.

entahlah.macam macam masalah orang.menganggur.aku tahu.aku tak rasa perasaan moral down  seorang penganggur.aku tak tau.tapi aku tau jauh dari hati dorang mesti rasa teruk gila.rasa sedih.rasa give up.sebab masih tak mampu nak balas jasa ibu bapa.yela.nak jugak belanja.belikan hadiahkan mak ayah dengan duit hasil titik peluh sendiri kan?

hurm.macam macam lagilah.hurm.aku tak tahu nak naikkan semangat macam mana.aku just tak nak orang yang aku kenal yang alami pengalaman menganggur ni rasa teruk.so aku just nasihat yang ada hikmah semua ni.mungkin rezeki yang bakal dapat lebih dari sepatutnya.bercakap pasal rezeki.kadang kadang bila kita terlalu memikirkan apa yang kita tak dapat.kita anggap kita tak murah rezeki la ape la.tapi sedangkan.mungkin tuhan ada lapangkan rezeki kita yang kita sendiri tak sedar.contoh paling mudah.kita ada mata untuk melihat.sempurna.tak payah pakai spek mata pun.itu pun dah kira rezeki kan? keluarga yang bahagia pun rezeki.ah banyak lagilah.cuma kita kena berfikir sebagaimana kita berfikir masa kita temenung mengenang masalah.

yela masa termenung la setan banyak.masa tu la kita berfikir diluar batasan dan mula pertikaikan macam macam.

aku tak nak jadi seseorang yang hanya bagi kata kata yang..yelah.niat kita untuk bagi nasihat dan seamngat.tapi kadang kadang.jiwa seorang punya masalah ni sensitif.kalau kita cakap 'sabar je lah..' aku rasa macam..tak membantu orang yang ada masalah tu.kadang kadang orang yang ada masalah ni nak kita dengar je.luahan hati dorang.tanpa bagi kata kata semangat.kalau aku.aku tak nak dengar ayat sabar tu.iye aku tau.aku kena sabar.aku sentiasa ingat tu.so tak yah cakap lagi.get it?

hurm.ok jujur aku cakap.aku pun pernah alami masalah yang aku rasa besar la jugak dalam hidup aku.means terkesan kat jiwa until now.aku still termenung bila dengar lagu battle scars.seolah olah aku watak utama dalam lagu tu.kononn.lagi lagi waktu kritikal skarang ni.macam macam benda kita rasa nak share kat seseorang but then end up dengan yelah.buat tak tau je.simpan sorang sorang.so jadi macam beban.sebab kita tau kawan kawan kita sendiri ada masalah so tak nak la share masalah kita yang konon sekangkang kera.kononn je.padahal sama je.so mulalah tanya macam macam.jadi jahil dalam ketentuan tuhan.Astaghfirullahalazim.

kadang kadang kita tertanya kenapa kita diuji sedemikian rupa.but then aku sedar.tuhan beri kita ujian yang kita rasa berat ni sebab Dia tahu yang kita kuat untuk tempuh ujian ni.dan kita kena jugak yakin yang diri kita mampu hadapi ujian ni sebagaimana Dia tahu kita kuat.

kan?

aku masih tak dapat menyelami perasaan tu.yelah.berbalik pada situasi kawan aku.aceli aku tak nak guna ayat tak kerja tu.tapi aku tak tau nak guna ayat apa. :3 kadang kadang mereka ni luaran nampak hepi.tapi bila nak tidur tu.termenung dulu mengenang nasib diri.macam aku.bangun tido pun masalah.tido apetah lagi.lebih lebih lagi untuk orang yang tak suka bercakap soal masalah diri kat orang lain macam aku ni.orang akan cakap aku tak ada masalah.atau kalau aku ada masalah.masalah tak besar.

entahla.aku tak tau nak jawab.sebab apa aku rasa hanya aku yang rasa.jadi aku gunakan apa yang aku tulis kat atas sebagai motivasi diri untuk sentiasa redha.aku rasa susah.bila sampai satu tahap.kita akan pertikaikan.pastu istighfar.sebab baru sedar diri jauh melalut.

sekarang aku sedang melalui hari hari yang sukar.final year project.ai feel like aim daying u noe.kalau tak punya semangat.mau aku tersungkur ditengah jalan.kepada seorang kawan.marilah kita sama sama berlapang dada.tapi aku tak pasti pada situasi dia.mampu ke dia berlapang dada.tapi cubalah.aku pun masih mencuba.berlapang dada dengan thesis aku ni.

kalau rasa entri ni banyak pusing berterabur.bukti jiwa aku kecelaruan.keresahan.

selamat malam bandar sate terunggul.

p/s: terunggul or terulung? o tidak kedua duanya?




May 26, 2013

IntershipStory: Tamat sudah.

Assalammualaikum.

Announcement!

saya dah tamat berinternship! yuhhu! 

ok ya.ini amaran keras.entri ini sangat panjang.mohon baca dengan penuh kesabaran.hihi

alhamdulillah.akhirnya aku berjaya menamatkan latihan industri di syarikat Y.aku berinternhip selama 15 minggu.suppose 14 weeks je.but then berangan ape ntah masa phone interview tu.terus aku cakap aku intern until 17th May.sekali kira balik.15 weeks! amagad :O

memula aku rasa ok.cool je intern 15 minggu ni.tapi bila semuaa kawan yang intern 12 minggu dah habis.aku mula..cuak.

ok ya.

pengalaman intern dekat syarikat Y yang terletak disemenyih sangat..ok la.nak kata best.best gak kot.cuma kadang kadang kuasa seorang student intern ni terhad.so aku agak la bosan.bosan malas.semua ada.hoho.tapi banyak real situation aku kena hadap.dengan eksidennya.dengan audit nya.aku pun turut sama membizi.tapi aku bizi tipu tipu je.hahaha.over je kalau student intern pun nak bizi nak pening pening pasal company.tu memang over lah kan. =p

selama tiga bulan aku intern kat syarikat Y.tiga bulan lebih tak silap.sebanyak tiga kali aku tukar tempat duduk.ikut suka hati aku.haha.ini memang tidak lah boleh dicontohi ok.jangan sesekali.department health and safety ni ada 3 tempat.kedudukan dia memanjang ke belakang.ok mohon berimaginasi ya semua.so tempat belakang sekali tu untuk senior executive.tengah untuk junior executive dan depann sekali untuk trainee.memandangkan masa aku lapor diri tu jawatan untuk junior executive tak ada.so aku pun dengan megahnya duduk la kat situ.

dah sebulan duduk kat tengah tu.junior executive yang baru pun lapor diri.maka dengan rendah dirinya aku pindah ke depan.hewhew.masa ni aku sedar diri yang aku ni seorang trainee.haha.tapi tak tahan lama.bila senior executive aku dah resign.aku tukar tempat lagi.duduk tempat dia.bhahaha.masa ni aku yang tengok junior executive buat apa.yela aku duduk belakang kan.dia bukak page apa suma aku leh nampak.haha.nampak tak kegilaan kuasa aku masa ni. =D sungguh melampaui batas ok.kau trainee perhatikan bos ko buat keje.sedikit pelik tapi..saya enjoy.hahaha.

so bila duduk belakang sekali.secara tidak langsung.jiran aku sebelah pun executive la.tak tau apa perasaan dia pagi pagi datang keje nampak trainee jadi jiran dia.masa ni aku buat aje muka plain aku.bila bos HR datang.nampak gak muka tekejut dia.tapi dengan bermuka kan plain white aku.dia pun tak tau nak cakap apa kot.hehe.risau gak kena halau.kot dia cakap.hey ni tempat executive la.tempat u depan sekali la.tapi nasib itu hanya dialog imaginasi. =P maka berjayalah aku duduk disitu until hari terakhir aku berintern disitu.

entri lepas berkaitan dengan internship ni.aku ada bercerita tentang Mr I kan? okay.dialah senior executive syarikat Y.Mr I sudah pun menamatkan perkhidmatan dia di syarikat Y setelah sebulan aku berintern disana.beliau telah cha alip bot cabot.so masa yang sangat singkat aku menuntut ilmu dari dia.isk isk.

apa yanng aku boleh katakan.beliau ni super relaks korang tau.tapi semua dalam kepala dia.dia macam..entah la.tak tau nak kaitkan dengan apa.tapi keje dia super bagus.kalau auditor tanya dia.pergh.kejap je dia dapat jawab.dengan muka yang macam tengah makan chewing gum.padahal tak makan pun.warga syarikat Y dah tahu sangat kerelaks-an dia.sampai semua kata.beliau terlampau relaks.semua jeles.jeles nape aku pun tatau.kadang kadang aku rasa nak sedut otak dia sikit.hahaha.nak serap kepandaian beliau.ewah.

meja kerja dia serius bersih.kemas dan teratur.kosong! hanya ada bekas pen dan komputer dan tray.itu saja.simple gila kehidupan dia.mouse pun tak ada ok atas meja.dia letak kat bawah meja.bhahaha.

aku ni pulak..lain sesangat dari dia.selain jantina.aku juga tidak lah sebrilliant dia.suatu hari mungkin.haha.nak cakap meja aku lagi bersepah dari dia sebenarnya.aku tak tau la.dia hairan atau dia sakit mata tengok meja aku.ada satu hari dia berdiri betul betul meja sebelah aku dan terus buat spot cek.cek laci aku.warghhh.cuak kot.terkejut.kot terjumpa apa apa yang..yela.kan tak manis dipandang.hahaha.

dia bukak dia terus cakap

'haa..tau pun ko guna laci eh..lain kali barang barang tu simpan semua kat laci..kertas kertas ni semua kat laci.buat fail mana keje pending..mana keje dah siap..ni tray ada ni..gunaa..bla bla bla..'

inilah sebahagian perbualan yang sempat minda aku rakamkan.aku ni bukan apa.sebab terpengaruh tengok drama kot.tu yang macam cool je rasa sepah sepah ni.secara realitinya.cool mendaaa la kau ni.tu fantasi je dalam sepah ada cool.aku tengok kat drama ketua pengarah punya meja bersepah.so nak jugak feeling feeling sepah macam ketua pengarah.hahaha. =D

so end of february ketika dalam kemelut ISO Audit.beliau meninggalkan kami.sempatlah aku pau dia mintak belanja.tak maluuuu.

perginya Mr I diganti pulak Mr S.junior executive.benarlah kata pepatah.patah tumbuh hilang berganti.pengalaman dengan Mr S pun boleh tahan jugak.Mr S ni...keje dia bagus.ada skill.first time dia pegang jawatan yang bertanggungjawab ni.kata dia lahh.english dia..macam butir jagung.aku siap tanya mana dia belajar.means ada pergi kursus memana ke kan.tapi dia hanya balas dengan gelak ketawa.choi.kedekut ilmu.

bila Mr I tak ada.semua benda dia kena belajar sendiri.dia rajin bertanya.kalau tak faham satu apa.semua jabatan kerajaan dia tanya.dan akulah mangsa yang kena tanya kena call tu! aku boleh lah tolong sesikit.tapi tak banyak la.sebab aku ni banyak main.biasalah.macam aku cakap sebelum ni.budak praktikal.kalau kau pun turut pening dek kemelut company.ko pelik.haha sukahati aku je.

disebabkan aku ni gemar bergaduhan.dengan budak lelaki terutamanya.sebab tu masa zaman sekolah.tak ada budak lelaki suka aku.hahaha.dan disini boleh dikatakan.aku kerap bertikam lidah dengan Mr S.tak serius pun.sebab kerja selalunya.dia bagi aku kerja.pastu aku dah buat.pastu dia cek.pastu dia komen.aku betulkan.pastu dia pertikaikan lagi.pastu aku bengang.pastu aku tinggikan suara.pastu dia diam.setel.

hahaha.jahat gila weh.aku pun tak tau dimana terletaknya keberanian aku untuk ingkar tugas dia.aku tak pernah ingkar.tapi aku akan fed up dengan dia yang asik pertikaikan kerja aku.hahaha.aku tak pasti lah orang admin sebelah aku perasan atau tak.selaluu dengan muka kerut aku hadiahkan pada dia.yang paling teruk.tapi tak adalah teruk sangat.ada satu hari tu.akak Quality Assurance datang untuk jumpa dia.nak bagitau apa dia kena buat.bila dia tak ada.aku lah orang yang kena sampaikan berita tu pada beliau.so tengah akak tu brief aku.dia datang.keje nya..ko kena mintak HOD approve untuk pinda satu dokumen.so..terus dia malas nak dengar.dan dia suruh aku buat.aku...aku memang fed up buat benda tu.haha.leceh la.kena jumpa HOD.kena brief sikit.pastu kena jawab soalan dia.pastu baru dia sign. =.=

so dia memang malas nak buat benda tu.dia terus cakap suruh aku buat.so aku..berasap la! terus aku cakap. 

"ni keje ko kan! nape suruh aku pulak!"

sebelah aku akak QA.dia pandang aku.aku buat bodoh.kuat jugak aku cakap.tapi tak adalah sampai satu opis dengar.sebelah sebelah je la.hihi.pastu akak tu cakap kat Mr S yang dia buli aku.aku tak da hal buli buli ni.tak kisah pun.cuma..entah.emo.haha.

so aku siapkan dokumen tu dengan semuaaa tandatangan HOD dalam setengah jam.yeah! give me a clap! akak tu pun terkejut you.aku balas dengan cakap.hati saya bengkak.bhahahah! geli ok ayat.dan itu adalah kali terakhir dia arah aku keje yang tak patut aku buat.itu kali terakhir dia pertikaikan kerja aku.lepas tu dia beralas meja sikit mintak aku buat keje.huhu.bukan apa.aku tak kisah bagi keje.tapi..bila benda senang pun ko suh aku.tak leh aaa.aku tau benda tu leceh.tapi ko pun kena la rasa kelecehan tu.hahaha.sometimes kita kena marah.baru masyarakat tau yang kita ada boiling point. =P

sampai ada kawan aku cakap.berani aku lawan lawan cakap eh.tula..aku pun tak tau.sebab aku geram kan.tapi biar je lah.

dukacita dimaklumkan..Mr S sudahpun menamatkan perkhidmatan dia kat syarikat Y pada hari yang sama saya last day.kira semasa entri ini ditulis.tempat duduk kami berdua tidak berpenghuni.tidak didiami. =P

kat tempat kerja.aku ni boleh dikatakan kurang berborak.lagi lagi bila masuk surau.kebanyakan masyarakat gemar duduk kat surau rehat rehat dan borak borak.tapi untuk aku.big NO.aku tak biasa.dari zaman keje kat meden paksen aku rasa...rasa bersalah lepak kat surau masa keje.tak baik la kan.company dah percaya kat kau untuk datang surau sembahyang.tak yah la kot lepak lelama kat surau tu.huhu.aku borak selalunya bila orang tanya aku pakai mekap apa.ok aku pakai FCC punya product.CC cream tu.dulu BB sekarang CC.haha.pastu bila tanya pasal lipstik.sebab aku gilakan lipstik.so tu je la jadi topik utama untuk aku berborak.bosan kan aku.kalau cakap pasal benda ni.aku rancak gila.hahaha.silap silap boleh jadi duta ok.kemain promote suh beli FCC punya produk.dekat paksen je.beli lah beli lah.best tau.haha

rehat..aku tak keluar rehat.aku duduk pantry sesorang je.bawak bekal dari rumah.bila orang tanya masak apa.aku cakap.bukan saya masak.mak saya masak sambal ayam.haa gittew.akak akak sana gemar keluar.aku malas.sebab..entah.aku malas.aku lepak kat pantry yang majority cina makan sana.it's ok.aku sempoi je.lepas makan.chow je la duduk kat meja sendiri.kadang kadang makan dengan mak cik cleaner.sape sape yang sudi duduk dengan aku.duduk je la.tak rasa kesian pun bila makan sesorang ni.bangga pe.bawak bekal.jimat ok.

tapi hujung intern.selalu gak la aku keluar.yela.dah nak last last ni.haruslah nikmati masa bersama ok.kawan aku...akak akak je.majority mak orang.yang muda pun madiha dengan mira.gitu gitu je la.akak akak sana baik.ada sorang.kak lin.macam jelmaan kawan aku saleha.lembut suara dia sama.nampak aku busy sikit dah kesiankan.nampak aku kurus sikit dah risau.ohmaigod.rasa nak jadi menantu akak ni je.bhahaha.tapi dia tak ada anak lelaki kot.ke muda lagi.rugiiii. =P

pengalaman.paling memalukan.banyak je terjadi.paling tak leh lupa.aku salah call.haih.sangat sangat malu.tak tau nak letak mana muka ni.dah la salah call.salah call tu bukan dengan orang biasa.

semuanya sebab Mr S suh aku call JKKP.aku kata nak call direct je terus.but then dia kata suh call talian hotline.ok fine.so bak sini la kan nombornya.so dia just cakap.ko dail je 800800.so kita pun dail la.800800.

semua orang tahu yang nak call jabatan kerajaan ni bukan senang.nak tunggu dorang angkat ni.pergh.kalau dia angkat dah kira satu kejayaan besar dah.so bila sekali je call.terus bunyi tut tut means bakal diangkat lah kan.so tak lama tu dengar suara 'hello'.sape tak hepi woih.call terus dapat.kejayaan besar ok.

so aku dengan happynya pun cakap.

aku: hello! boleh sambungkan saya dengan jkkp? 

nada suara hepi gila tau.eksited semua ada.so aku pelik bila belah sana tak jawab pape dan cuma tanya balik.

belah sana: jkkp?

aku dah.hah? kenapa dia tanya balik? ya allah.salah no ke? aku terus letak! terus aku berpeluh laju.nafas pun laju.haha.bajet baru lari lepas nampak anjing.haha.over.aku terus woih.sape pulak aku call tadi tu? suara macam kenal? dan kenapa orang belah sana cakap helo? masa ni baru fikir logik.sebab selalunya dorang tak cakap hello.dorang terus cakap nama jabatan dorang! terus aku cek no extension.sape pemilik no 800800 ni! 

dan pada masa yang sama aku tanya balik si Mr S.bape no sebenar talian hotline.dan nak tau.dia selamba je jawab.ko call je 8 ribu 8 ratus.masa ni aku rasa...haish! nak marah pun tak jadi! geram! tadi ko bagi aku no lain kan!! grrr.

dan pemilik no 800800 tu.adalah Mr O.bos HR aku.pergh malu siud.aceli no dia bukan 800800.tapi 800.terus trauma aku nak jumpa Mr O.adalah beberapa manusia bertuah aku cerita pasal hal ni.gelak sampai menangis dorang.haih.malu malu malu! lepas kejadian tu.Mr O nampak aku dia seakan nak gelak.masa ni aku tension.dah kenapa dia ni macam tahan gelak.muka aku ni macam badut ke apa.pastu teringat kisah ni.so aku rasa dia pun teringat kot.lagilah kan.hp opis kan macam canggeh gitu.so nombor tepon meja aku sure la keluar kan.haih.sangat malu ok.yang ni jangan ikut ye.malu!

so sekarang dah habis intern.aku nak fokus dengan fyp.dan tiga hari sebelum tamat intern aku dapat kabar gembira dari syarikat Y.hahahaha.tu nanti aku citer eh.panjang sangat ni.tahniah pada yang tamat baca.anda hebat! huhu.

so sekarang menghabiskan hari hari aku dengan final year project.bolehlah aku beronggeng jam 8 pagi di rumah.hahaha.saya akan merindui saat saat ini.isk isk.terima kasih syarikat Y bagi saya peluang intern dekat syarikat uolls.banyak pengalaman menarik dan pening kepala yang telah saya lalui.terima kaseyyyy~ =D

nanite olls! xoxo. =D


May 24, 2013

Battle Scars




Battle Scars


I wish I never looked, I wish I never touched
I wish that I could stop loving you so much
Cause I'm the only one that's trying to keep us together.

When all of the signs say that I should forget her
I wish you weren't the best, the best I ever had
I wish that the good outweighed the bad
Cause it'll never be over,  until you tell me it's over

These battle scars don't look like they're fading
Don't look like they're ever going away
They ain't never gonna change
These battle..



Aceli aku suka part guy sebastian je.bhahaha.so kalau karok lagu ni.komfem kawan kawan baling aku dengan telur sebab bazirkan bape minit untuk bahagian guy sebatian je.hahahaha! =P tapi lagu ni macam sedih lak.aku rasa lah.hahaha.fefeeling sikit lagu ni.hewhew

May 13, 2013

Merapu.


sabtu lepas aku dengan ina dengan lina dengan ju ke GM Klang.tak sangka sangat best sampai dalam sejarah ina.ini kali pertama aku ajak balik dulu.tak habis jalan.sebab..? saya penat.hahaha.

ke sana sebab ju.dia nak carik lace.tapi aku yang beria shopping.aku beli manik untuk jahit kat baju, beli cincin.hahaha.dan barang barang sewaktu dengannya.so dalam ju dan lina sibuk diskus pasal lace.mana yang cantik ke apa suma.so bila keluar dengan kawan rapat contoh macam ina.apa aktiviti yang selalu saya lakukan selain shopping dan bercerita? merapu.ye kami gemar merapu.

dialog 1
ina: ecah, nah beli pin ni.untuk guna lampin nanti.
aku: hello.zaman sekaranga da ke orang guna lampin lagi? hahaha
ina: amboihh.entah entah nanti kau kawin.kau beli lampin banyak banyak.
aku: haah kan.entah entah nanti aku yang beli lampin.beria beli banyak banyak kan?
ina: euwww.nanti kau yang cuci taik anak kau.
aku: no.suami aku.sebab dia yang beli lampin.so dia cuci.suami aku seorang yang pencinta alam.so dia tak bagi beli pampers.pampers kan tak elok.plastic.tak reput u noe.cemarkan alam sekitar.pastu aku kena selalu masak.makan kat rumah je.sebab dia tak bagi beli polisterine.not good. *sambil buat gaya nonono*
ina: oooo..tapi.ko tak boleh lah beli pengeringg baju, pengering pinggan.
aku: *terdiam*
ina: dish washer pun tak boleh.sebab yelah.tak environmental friendly lah.
aku: *berkerut* hurm.susah la macam tu.aku memang nak beli pengering pinggan, baju semua tu.
ina: ha..tak boleh la.bil letrik suma meh.
aku: hurm.kensel lah.nonono.tiba tiba suami aku bukan environmental friendly.
ina: hahahah.sengal la ko ecah.

dialog 2
ina: ecah belikan aku stokin.
aku: wat stokin?
ina: ala stokin la.
aku: hah! jom.aku pun nak carik! aku nak stokin macam muka kau bertemu muka kau.
ina: hahaha! ko ni gila lah.ape kau ni.aku nak stokin biasa je.
aku: berapa?
ina: nak carik yang rm2.
aku: ok rm2 boleh.
ina: ok jom kita carik.
aku: ada ke stokin rm2? rm2 aku belanja.kalau lebih.no belanja belanja.
ina: ada..mesti ada..kalau tak ada.kau bagi aku rm2.nanti aku beli tempat lain.
aku: .......... 

selain berborak tentang perkara yang lagha dan sia sia.kami juga gemar main game yang sia sia dan tak baik dan jahat dan jahat jugak.

ina: ecah.lelaki belah kanan kau sesuai untuk kau.hahahahaha!
aku: inaaa...bagila sedap mata memandang sikit..jap ye.jap.aku carikkan untuk kau.hurm...ha! yang depan ni depan ni.hahahah!
ina: woih! dia jalan dengan isteri dia la weh! aku nampak isteri dia tadi.
aku: hahahah.jap jap.ok lelaki baju merah ni untuk kau.hahahaha
ina: tak nak aku.hahaha.ko jahat ecah! jap yang ni sesuai untuk kau.haa...pakai topi gitu.
aku: hahahaha.tak nak la.tu sesuai untuk kau.ha dia pandang kau.dia pandang dia pandanggg
ina: hahahaha.ntah ape ape la kau ni.malaslah layan ko ecah! hahahah

hahaha.ini salah satu aktiviti kami.selalu tak ramai yang mampu join.sebab aku suka mengarut.pastu gelak gelak.so macam jahat la.tapi just untuk gelak gelak.tak nak stress stress ok.game macam ni memang macam budak budak sikit.tapi..seronok lah.hahaha.

ni kira macam mini game la.haha.lagi satu mini game yang aku selalu main dulu.bila keluar dengan kawan pompuan.tapi tak semua.yang sekelapa je.dulu selalu buat dengan faraha.hahaha.best gila ok.

bila borak borak.macam macam isu lah.haha.konon je isu isu ni.merapu je lebih selalunya.tiba tiba kawan aku faraha kira sesuatu.

faraha: dua
aku: uih?apa dua?

faraha buat tak tau.dan aku tak amik pusing.aku terus borak borak sambil jalan.tak lama tu.

faraha: tiga
aku: apa tiga? kau tengah buat apa ha?
faraha: tiga orang lelaki pandang kau.

aku macam watttt? siud je.aku macam =.= apa benda la budak ni buattt.mula mula tak layan sangat.aku cakap.memang lah.ada mata.pandang la.serius mula mula aku macam rasa its normal.hahaha.cewah.konon normal la orang asik pandang aku? bhahaha! ok tipu.no normal sini maksud dia macam yela kau ada mata.orang pun ada mata.so apa salah seorang lelaki pandang kau? 

tapi faraha kata.tak normal.so kami gelak.hahahah.so teruskan game tu sambil kira pastu macam 

"huiyooooo. 5 (contoh) orang pandang kauuuuu.huiyoooo."

see.macam budak budak kan? hahaha.tapi enjoy la.kelakar.boleh gelak gelak.game ni tak ramai leh masuk.sebab ramai kata apa game korang ni? haha.padahal seronok ok.dari jalan jalan ngumpat orang baik kita jalan jalan sambil main game sambil gelak gelak.gelak kan each other sebenarnya.bila kawan dah malu malu.lagi la seronok usik usik.hahaha.

kalau ikutkan.ni normal je.haha.dah ada mata.pandang la! kan? tapi sekali lagi.game ni just for fun.tak ada lah sampai nak ngorat pakwe orang ke apa.saje buat aktiviti yang menggembirakan.hahaha.

tapi game ni dah lama aku tinggalkan.sebab sekarang ni aku jarang keluar dan aku jarang pandang orang.aku pandang ape aku pun tak tau.padang kedai sambil jalan lurus sehinggakan kadang kadang sampai terlanggar orang.hahaha.sungguh memalukan ok.bajet nak feelig feeling drama la langgar langgar orang pastu dapat jodoh.

pui!

kalau dapat jodoh tu.best la gak kan? hahaha.baru la macam drama sikit kisah percintaan tu.ha gittew.seronok la cerita kat anak anak.hahaha! ni kalau dah langgar orang pastu kena maki.dapat mimpi ngeri je la.tapi setakat ni aku selalu terlanggar troli yang ditolak oleh seorang lelaki yang bawak anak dan sebelahnya isteri dia.pencapaian yang sungguh mengecewakan.duh.

xoxo.