dah berbulan bulan tak menulis. sedikit terlupakan yang aku ada sebuah blog. hihi
lately emosi tak stabil. aku kerap jadi cepat marah. pastu mudah rasa annoying kat orang.
tensen mungkin
lately jugak aku asik teringatkan arwah ayah. berbulan bulan dah teringat. betullah. semakin lama semakin rindu. pernah je aku bangin tido pastu sedar sedar yg aku tengah nangis. ko tak seram dengan diri kau?
sebab mimpikan arwah. nampak tak yang tengah rindu?
haih. tak tau nak cakap apa. aku jenis yang bijak pandai sembunyikan emosi sebenar.
tak retilah nak bgtau orang yang aku ini aku itu. mcm.. ada benda kau boleh share kat orang.
nampal tak egois disitu.
oklah penat dah. nak tido. saje je testing entri acah acah rindu. muhahaha
bai
Sometimes after you've tried your best and put all your effort into it, you'll just have to let times do its course.
Pages
Jun 8, 2015
Apr 5, 2015
Soalan 1.0
1. kawan paling lama berkawan?
faja. sedari tadika.
2. siapa antara korang berdua paling ramai peminat?
faja. sebab dia lebih lembut dan lebih mesra dengan lelaki berbanding aku
3. oh kau tak lembut la?
NO. dan sombong. maybe muka nampak garang kot. plus kerek.
4. pernah rasa down sebab faja lagi banyak peminat?
rasa nya tak. sebab aku jenis manusia tak berperasaan sangat. dia macam..ada. ada la. tak ada pun ok saja.
5. peristiwa paling tidak dapat dilupakan di sekolah.
oh ada.banyak. semua pasal taik. =.= aku rasa bukan aku sorang je tak dapat lupa. ramai lagi. hmm. aku terpijak taik kat dataran ilmu (dataran perhimpunan) dua kali. satu nak mula merentas desa. form 1 kot.masa ni yang nampak ati dengan faja. dorang GELAK. aku merajuk nak nangis. pastu dorang hantar aku pegi cuci kat mana ntah. blergh. lagi satu kalau aku penah citer. taik burung kena tudung aku. dah la belakang aku abang abang form 2 yang kacak kacak. ati dengan faja macam biasa. gelak tutup mata dlu pastu tengok aku nak nangis. dorang anta g toilet. paling dekat. toilet lelaki. =,=
lagi satu kat tempat yang sama jugak.form 5. tapi masa ni haih. semua orang pandang. masa tu aku gelak gelak pastu badan ada kaki tak reti diam. tengah gelak gelak terpijak taik dan aku JERIT satu sekolah pandang aku. so dorang semua tau aku terpijak taik. masa ni budak kelas aku anta g toilet.
urgh memalukan.
6. apa yang akan dilakukan ketika bosan?
baca buku. tak kisah buku pape. tengok tv. kalau tak jalan jugak. kacau kawan kawan. kalau tak layan jugak.
keluar pegi jalan sesorang or TIDO
7. apa yang akan dilakukan sejurus balik keje.
amik baju untuk esok hari dan gosok. pastu baru mandi.
8. selalu tido jam berapa?
sepuluh paling awal dan paling lambat jam 12.
9. ok apa perasaan bila ada orang cakap 'nanti aku nak kol ko. ko free tak?'
hmm. aceli aku kurag suka sikit borak tru fon. aku rasa geli. haha. and aku rasa tak tau nak cakap apa. kalau lelaki la. aku rasa geli. hahaha. geli je telinga aku ni. so selalu aku akan bercakap kasar sikit kat fon (ke sama je kat fon atau face 2 face).
10. kegemaran ketika memandu?
menyanyi. selalu dengar satu lagu ulang ulang. sebab dengan mitos diri menyatakan lebih fokus memandu. macam..nak pasang lagu elastic heart. so ulang sampai bosan baru tukar kepada sakitnya tuh disini. haha
Apr 1, 2015
paling susah
perkara paling susah ko nak buat adalah ko kena belajar turunkan ego ko untuk cerita sesuatu tanpa selindung terutama tentang perasaan ko sebenar sekarang ni. seperti kalau ko ada masalah. ko cerita ko ada masalah. bukan ko mesej orang cakap weh aku ada masalah jom lepak. tapi bila lepak. ko tak jadi cerita. dengan alasan ko tengok mood kawan ko happy je. ko tiba tiba rasa kesian pulak dia terbeban dengar masalah ko. so bila kawan ko tanya. ok ce citer apa masalah ko?
ko cakap nating atau ko reka satu masalah remeh yang kawan ko akan cakap lahh ni ke. pastu nasihat ko sikit sikit.
pastu ko balik lepak. ko sambung fikir masalah ko. atau ko layan perasaan bermasalah ko sebelum tido. pastu ko buat hajat. ko cakap ko berharap satu hari nanti ko akan mampu untuk ceritakan semua perasaan ko keadaan ko sebenar benarnya kat seseorang yang ko rasa layak. ko buat hajat. ko harap tuhan makbulkan.
aku rasa semua ni jadi sebab ketidakpercayaan ko pada orang sekeliling dan ko rasa yang kalau orang tau perasaan ko masalah ko. jatuhlah maruah ko. atau! atau.. ko rasa kalau ko bgtau masalah ko pun apa je dia mampu buat? paling paling dia tau ko ada masalah je.
susah benda tu. sampai sekarang aku tak pernah cerita perasaan sebenar aku kat seseorang. even kawan baik dari tadika pun tak pernah tau perasaan sebenar aku kalau aku ada masalah. even seseorang yang sangat rapat dengan aku. dorang semua tak tau adakah aku sangat stress? adakah aku betul betul dah pulih? adakah aku sudah move on? adakah aku masih bersedih? adakah aku betul betul ketawa? gila gila?
tak ada sape tahu.
Al fatihah untuk arwah ayah. sejujurnya. hargailah masa masa ko dengan famili ko.sebab sampai satu masa ko sedar yang kali ni pergi yang memang kekal. takkan balik. takkan dengar suara. takkan dapat panggilan tepon kata kau kat mana. bila kau balik.takkan nampak bayang orang tengok ko keluar sampai kete ko hilang bayang takkan belikan kau sarapan. takkan gelakkan kau bila ko cakap sorang sorang depan cermin. takkan tengok bape banyak air yang kau masukkan untuk masak nasi. takkan ada orang yang amik job goreng ikan lepas ko masukkan kunyit. takkan ada lagi 2 pasang baju melayu yang ko kena beli setiap hari raya. lepas ni satu je. dan lain lain lagi.
sekian. gudnaite.
Mar 30, 2015
Kau suka
kau suka kat sorang ni. ko kawan dengan dia. ko tak tau dia ada awek ke ada pakwe ke tak. ok mungkin tak lah. tapi ko tengok macam ramai je suka dia. so ko pun. tengok je la dia dari jauh. ko turn off. ko turn off sikit la. tapi ko masih chill je. ko suka dia lagi tapi kiranya kau tahan je la perasaan ko tu.
adakah ko akan kasihani diri ko?
Rekaan
lately aku telinga aku berkhidmat baik untuk orang bekasih kasihan. aku ada kawan. dia single. dia ada awek dlu. pastu entah nape krisis. dorang putus. masa dia putus aku tak tau. bulan bape ntah kitaorang contact balik. tak ada la balik sangat. masa ni la catch up cerita balik. dalam tempoh tu kitaorang tukar tukar cerita. bagi tips pasal keje la ape la. pastu dia tanya pasal aku. setiap kali dia tanya. aku mesti akan cakap pasal pakwe aku. sampai dia macam oh tak pe lah. ko dah ada pakwe rupanya ha gitu. tapi kitaorang still catch up tru phone. pastu baru baru ni dia cerita dia dah mula nak ok dengan bekas kekasih dia. eksited dia citer. yela eksited la citer bila aku pun tengah happy dengan pakwe aku. hahaha. bila dia cerita selalu aku eksited la. aku kemain bahan bahan dia huiyo huiyo. so kiranya aku memang faham la perasaan dia yang dalam hati ada taman tanpa dia sedar yang aku ni sebenarnya kat luar taman yang tengah perhati orang yang bahagia dalam taman bunga memasing pastu jalan berlalu dari taman tu sambil geleng kepala and senyum.
sebab pakwe yang aku selalu gebangkan tu hanya rekaan aku yang mana aku sendiri tak ada jawapan kenapa aku reka watak tu.
Mar 29, 2015
march-weekend
happy weekend!
hari ni hari melayan yutiup. layan la lagu jackson 5. just call my name selepas lagu Sia - elastic heart. best lagu tu. bagus la untuk aku gunakan kalau aku nak travel jejauh. naikkan adrenalin memandu katanyaa.
lol
minggu lepas minggu yang memenatkan otak. dah mula dah zaman balik jam 7 ke 8. seronok jugak ya. sebab balik ko terus tido. hahaha. tak ada pun rasa macam no life sebab kalau ko balik awal pun ko memang akan tido jugak. aku bukan jenis yang duduk depan tengok tv sepanjang malam.
kalau kat rumah lain la. i mean rumah sebenar. semalam aku ada job fair kat somban. haha. seronok jugak join job fair ni. pengalaman yang menyeronokan. sebab ko jumpa orang. macam jual barang perasaannya. tapi ni nak jual nama company. haha. kak eda cakap kalau aku jual barang sure laku. nak citer pasal semalam. tapi macam malas. hahaha. btw aku borak borak dengan EO aku. aku rasa aku ada bakat borak dengan orang tua yang orang takut. contoh macam semua orang takut dengan atuk ko. tapi aku boleh borak dengan atuk ko sampai dia tergelak gelak. sebenarnya aku tak tau kenapa atuk ko gelak. tapi aku yakin sebab dia terhibur dengan perbualan aku. cewah!
sebab semalam aku borak borak kosong dengan EO aku dan gelak gelak dan dia pun gelak. hahaha! agak mengejutkan. tapi kontrol beb. EO aku orang jepun. dia datang dari bangsar. nak tengok kitaorang. gila tak rasa nak tepuk tangan siap pakej tabik spring. rasa seronok buat keje ko tau!
aku borak apa ye. aku tanya la dia selalu shopping mana. best tak belajar bahasa melayu. susah tak? pastu ajar dia cakap bahasa melayu. yang bengongnya aku ajar ape tau.
merid = kawin
divorce = cerai
so bila dia buat ayat. 'saya sudah cerai'
tak ko terkejut! hahahaha! sebab memula dia cakap saya sudah merid. aku pun oh kawin kawin. 'saya sudah kawin' aku pun say gud gud la siap bersimbol ibu jari. sekali dia kata saya sudah divorce. terbeliak mata aku. aku pun oh cerai cerai. so buat la ayat 'saya sudah cerai'
terkejut eden. terus ajar ayat lain. so ak tak tau status dia sebenarnya apa. sama ada dia nak tau ayat lawan kawin tu cerai ke atau dia memang dah cerai. hahahaha! aku takut nak tanya lagi.
bahahahahah! padan muka sape suh ajar benda merepek. bila kena balik. pucat muka haa. hahahaha!
hahaha.
ohya aceli aku tak balas pun ucapan happy besday yang dorang bagi kat fb aku. maaflah aku tak sempat la nak bukak fb balas satu satu. mungkin nanti aku balas. dun wori semua tu aku dah tengok tapi tak sempat nak balas je. huhu tetiba rasa baik semua orang tak tau kan? hehe
besday tahun ni biasa je. dah tua dah. tak yah la nak celeb kemain. haha pegi makan seafood kat bagan lalang hari sabtu tu. pastu suprise besday kek baskin robin dari adik beradik. haha. aku rasa terharu gila. aku ni ego kuat sikit. tinggi melangit. so aku selalu terkejut tapi tak keluarkan air mata. selalu muka aku plain je. padahal aku terharu gila. aku risau dorang salah tafsir yang aku tak appreaciate. huu. tapi nak happy sangat. aku rasa macam tak lengkap je. haha famili aku memang suka buat surprise. yang paling aku ingat sebelum besday umo 26 tahun ni. masa aku keje part time paksen ke pizza entah. aku balik 11 lebih maklumlah OT kan. balik balik dorang kejutkan tadaaa dengan kek kfc semua semua lah. terharu betul. hilang penat.
kitaorang biasa biasa je famili. bukan kaya raya. so celeb pun biasa biasa je. sederhana. tapi tahun ni sumpah tak tipu aku sedih gila. boleh dikatakan bulan 3 ni aku banyak keluarkan air mata la. haha sebab yela teringat kat arwah ayah aku kan. haha. rindu kot. huhu
ahad masa besday aku. aisyah ajak sarapan pagi sama sama. aku ok la. aku jenis yang kalau orang yang ajak aku untuk teman dia pape aku selalunya ok je. walaupun aku dah janji dengan famili nak tengok wayang sama sama jam 1. ala makan pagi. bukan ganggu jadual ngan famili pun. so aku pun siap siap la tema serba hitam dengan konsep hitam itu tersangat menawan. tak lama aisyah datang. aku pun ok la nak makan mamak mana. pegi rest 1. sampai rest 1 aku nampak layun.
barulah aku tau dorang buat surprise besday kat mamak.
hahaha! aku pagi tu sangat blur. dah duduk baru aku macam eh? layun ada. hahaha! gila la. semua gelakkan aku. aisyah awak memang blur macam ni ke pagi pagi? tak sedar langsung ke?
hahahaha. serius kali ni aku tak sedar. aku just ikut je. aku tak nampak kete mira. kete layun. semua aku tak perasan. so kek besday ganti dengan ayam goreng dengan ucapan hepi besday dicucuk pada ayam. hahaha.
terharu la. tapi macam aku cakap. aku tak tunjuk kat muka. aku tak tau nak buat ekpressi muka yang ko terharu. haha. kalau aku buat. memang nampak aku belakon. kira benda macam ni la buat aku sedar sebenarnya aku dikelilingi kawankawan yang sangat baik dan saling menyokong antara satu sama lain sebenarnya. yang sentiasa risaukan aku. yang sentiasa buat aku tergelak gelak yang sering amik serius bila aku ada masalah remeh macam aku gaduh dengan sape sape kawan aku la padahal aku lek lek je. dorang melebih. haha. yang sangat risaukan keadaan aku kat seremban sebab aku sangat anak anak kecil yang lagi kecil dari umur dorang. yang sering bagi nasihat kat aku jangan terlalu ikut emosi bila bergaduh dengan orang (kantoi selalu gaduh ngan orang) yang selalu suruh aku mengalah dengan orang. yang selalu sokong kalau aku dah mintak maaf pastu siap bagi tepukan atas keberani bla bla bla. yang suka ingatkan manusia berubah. aku kena berusaha untuk adapt benda tu. yang selalu pesan jangan jadi terlalu sensitif (ini kerana sejak berusia26 tahun saya menjadi mudah tersentuh) yang suruh ko balik keje awal sebab nanti badan sakit sebab ko terlalu suka stay office lama lama. yang suka kenenkan aku dengan orang yang dorang suka yang dorang dah tak boleh miliki tapi seolah olah yakin orang tu milik aku.
ceh. =.=''
macam tu pun ada.
ok semua! selamat berhujung minggu. syukurlah dengan apa yang ada disekeliling kita. rezeki manusia berbeza beza. jangan rasa rendah diri. just stay positif!
babai!
Mar 24, 2015
Sorry seems to be the hardest word.
'dalam hidup ni kita jangan berkira sangat. kadang kadang kita mintak maaf kat orang bukan nak buktikan yang orang lahir bulan dua adalah seorang peminta maaf pemaaf bukan jugak nak senangkan hati kita bukan jugak nak senangkan hati orang tu tapi sebenarnya nak senangkan malaikat catat belah kanan kita. kalau rasa malu pun. biarlah malu dengan manusia. biarlah beralah dengan manusia. kelak malaikat akan doakan kita. awak risau kena pijak dengan manusia sebab asik beralah tapi awak ingat tak salah satu nama tuhan kan Al-'Adl : Yang Maha Adil? Ok?'
hmm ok. thanks cik puan yoko yoko.
tapi kadang kadang jadi seorang yang mudah beralah ni menyedihkan sebab orang memang tau ko akan beralah so rasa macam kena buli je. and tak kisahkan ko. tapi hmm yela. bia je la. apa je ko boleh buat selain gelak gelak macam biasa sampai terbatuk batuk mintak air.
kan?
buruk benor perangai gelak sampai terbatuk ha.
eh jap jap. tapi macam mana pulak.. kalau kita buat salah kita mintak maaf tapi dia buat salah langsung tak mintak maaf? tu status cemana tu?
persetankan status dia. jalani jelah hidup ko macam biasa. btw aku tak tau la tips aku ni bantu ke tak tapi bila ko mintak maaf pastu orang tu buat tak tau je so ko create kan je la satu andaian mitos ko. dia jadi mitos sebab ko create benda tu and tak tau betul ke tak. kalau betul baguslah ko mungkin punya sixth senses jen jen jengg tapi kalau tak betul pun bia je la.
bila orang yang ko mintak maaf tu buat tak tau. ko akan jalani hidup dengan lebih gembira bila pk 'ah bialah.dia ada awek/pakwe yang tengah pujuk or gembirakan hati dia.' so ko buat dono je la.dan teruskan bergembiraaaa. yatta!!
ha ha ha
senang kan?
hmm ok. thanks cik puan yoko yoko.
tapi kadang kadang jadi seorang yang mudah beralah ni menyedihkan sebab orang memang tau ko akan beralah so rasa macam kena buli je. and tak kisahkan ko. tapi hmm yela. bia je la. apa je ko boleh buat selain gelak gelak macam biasa sampai terbatuk batuk mintak air.
kan?
buruk benor perangai gelak sampai terbatuk ha.
eh jap jap. tapi macam mana pulak.. kalau kita buat salah kita mintak maaf tapi dia buat salah langsung tak mintak maaf? tu status cemana tu?
persetankan status dia. jalani jelah hidup ko macam biasa. btw aku tak tau la tips aku ni bantu ke tak tapi bila ko mintak maaf pastu orang tu buat tak tau je so ko create kan je la satu andaian mitos ko. dia jadi mitos sebab ko create benda tu and tak tau betul ke tak. kalau betul baguslah ko mungkin punya sixth senses jen jen jengg tapi kalau tak betul pun bia je la.
bila orang yang ko mintak maaf tu buat tak tau. ko akan jalani hidup dengan lebih gembira bila pk 'ah bialah.dia ada awek/pakwe yang tengah pujuk or gembirakan hati dia.' so ko buat dono je la.dan teruskan bergembiraaaa. yatta!!
ha ha ha
senang kan?
Subscribe to:
Posts (Atom)
