Setiap 5 minit ke 10 minit aku akan tengok kaki aku dan sepanjang berlangsungnya aktiviti tu.aku just tengok bawah.tengok pacat.risau tuhan je yang tau.masa ni aku nak cepat cepat balik.aku harapkan ada helikopter tolong angkut aku balik.percaturan hidup kali ni dianggap gagal! aku rasa nak marah orang orang yang jalan lambat.haha muka pucat bila dengar jeritan mangsa pacat.di-cool downkan 5 saat oleh faraha.haha argh! argh! nampak pacat kat satu kawasan.rasa nak lari laju laju.lagi takut bila wani.ahli group aku kena.oh tidak.pasti ke aku tak kena? masa ni banyak kali gak aku terjatuh dan hampir terjatuh.sampai wani cakap.akak ok? huhu rasa tertekan dalam hutan pacat.
alhamdullillah.aku terselamat.pacat adalah binatang paling menakutkan dalam hidup aku.sering berlegar legar dalam kepala aku selepas aktiviti jungle trekking tu.betul ke pacat tak hinggap? risau dia mencecah betis dan akhirnya masuk ke dalam perut melalui faraj dan membiak di dalam rahim.argh! argh! pucat muka aku fikir hal ni.diam tak mampu cakap ape.hanya berserah pada tuhan.untuk panjangkan nyawa aku dari serangan pacat.pergh.imaginasi gila hebat.imaginasi aku sampai ke kaedah rawatan.apekah rawatan yang dilakukan untuk buang pacat dalam badan? ada ke? huuuu.seram.
okay.sejujurnya penat gila balik tu.rasa nak makan mcd.serius.aku nak mcd.selain mcd.aku dah terbayang kari ayam dalam tin yang kami rancang nak masak.malang.misi kari ayam tak dapat dilaksanakan.sebab apa? sebab pihak penganjur nak ajar kami masak dalam mode survival dalam hutan.guna buluh untuk masak nasik.bakar ubi.pisang.ikan dan sembelih arnab.masa ni aku dah pening.protes pun ada.sebab aku dah lapar gila sampai rasa nak pengsan.haha over kan? asal lapar je rasa nak pengsan.haha group aku gabung dengan group 10 n 12.masak ubi dengan pisang.apo bondo aih nak buek dengan benda tu.tak ngoti.tapi potong je aaa ubi tu.separuh bakar.separuh rebus la konon.tak payah aku cerita saat kekeliruan berlaku.masa tu dah tensen.sampai rasa nak letak je ubi kat tepi.hahaha.ajk selamat la.x yah buat.ikutkan aku nak je lepak.tapi tak sampai hati tengok semangat budak budak degree part 2 uruskan.so buat je la.pisang memula kami bakar.tak boleh.tak diterima.so kena kupas.dan rendam dengan air garam.n cucuk dengan kayu buluh ape ntah.so bakar.hahaha.boleh tahan gak la rasa.tapi ubi laagi sedap.ubi bakar.
tengah buat tu.tiba tiba penganjur buat announce.dia cakap.3 org setiap ahli group boleh pegi kat tempat masak.n masak.sebab makanan ni x cukup untuk ramai2.aaaaaa.pengsan.lapa beb.kalau suruh dari tadi pun orait.dia patut bagi kami masak dulu.barulah semangat bila dia ajar masak dalam hutan.betul tak? aku miha n taqi masak.masak lauk kari.pergh.sedap sedap.dengan telur.akibat terlalu lapar.nasik yang semalam jumlah yang sama.tak cukup.sian wani.aku tau wani lapar.dah la makan dengan kari.sedap kot.
masa ni masak tu belangsung dengan agak pantas.sebab entah.cepat la berlangsung.taqi dah reti buat api kot.soli ada ke x eh? entah.tak sedar kewujudan dia.haha aku kagum gila dengan taqi.sekali tengok.mcm adik aku yang laki.cuma dia tinggi.pastu pandai pulak tu.pastu rajin menolong.tak macam soli.so dia harapan group aku la.lelaki harapan.nasib dia tak larikan diri.hahahaha =P
petang tu pulak.explorace.masa ni aku dah penat.malas dan sebagainya.nampak taqi makan sing-gum *malas nak eja betul betul* dengan muka tak malu.mintak.aku asik mintak orang makanan je.lagi lagi kat orang tak kenal.haha dengan kecewa dia kata tak ada.dah habis.alaaa~ tak pe la.tapi taqi ni gigih.tiba tiba datang kat aku bawak sing-gum 2.hahaha TERharu aku! agaknya group aku memang bernasib baik kot nak dibandingkan dengan group ina.haha so hasil undian yang dilakukan oleh taqi.kami dapat angka giliran pertama untuk gerak dulu masa xplorace.haha cayalah taqi!
ada 6 check poin.yang first susun atur gambar.tu pun nyaris nyaris kalah.mujur husna macam bagi klu sikit.so sempat lah betulkan.sampai check point 2.pergh.gila jauh.penat weh aku nak daki daki ni.miha lambat sikit.so dia la kami pilih buat task 2.dan gagal.oh no.kena la penalti 10.check point 3.malang sikit untuk aku.kami di minta mekap ahli group kami.dan aku adalah mangsa.sebab taqi suruh.dia kata muka aku kecik.so mampu la warna dengan cepat.oh tidak.malu aku nak tgk muka aku.haha korang pandai2 lah carik sendiri ye.budak perempuan group aku memang lepas gian nak mekap kan orang aku rasa.haha
check point ke 3.kena nyanyi.dia ada 3 tema.rindu.cinta.n sayang.so kami pilih cinta.hahaha.kena nyanyi 5 lagu yang berkait dengan cinta.lagi siti opkos la kena ada kan??
AKU CINTA PADAMU~~ sungguh walau mak aku marah aku~ *lirik tambahan*
okay.check point 5.lawak sikit.sebab apa lawak??? okay rahsia.deli tanpa disengajakan telah membocorkan jawapan untuk 9 keris tu.hahaha dia tersasul.aku tak pasan sampailah faizal buat muka terkejut dan deli pada masa yang sama asik sebut 9 daerah 9 daerah.hahahaha kami lari dalam ketawa yang berdekah dekah sambil deli menepuk dahinya.hahahah TERIMA KASIH DELI!!!
kerjasama erat dan strategi amat penting dalam sesebuah kumpulan.bangga gak aku masuk group ni.even tak cukup seorang even kami hanya bersandarkan pada seorang lelaki selaku ketua. so maksudnya kami tak memerlukan dia kalau apa apa hal.so pengajaran.dia tak penting.ada ke tak ada.lagi bagus dia tak ada.masing masing tau nak buat apa dalam group ni.tak payah cakap.cuma pantas bertindak.ni masa nak hafal nama pokok.masing masing amik tugas sendiri tanpa disuruh.carik dab hafal n gabung.bagus lah korang.bab masuk kolam pun sama.masing masing bagi kerjasama.taqi memang ketua yang bagus plus fizikal dia yang tinggi kira keuntungan pada kami.hahaha untuk jaga sekeping roti.huhu
so berkat nombor giliran yang awal tu.kumpulan kami dapat mandi awal.best! n rehat awal! so petang tu dapat minum air kosong sambil makan roti cicah kaya dan berehat rehat dalam khemah.hahah legaa~
dah rehat lama.so ajak wani masak.masak untuk malam.okay nak cerita sikit hal masak ni.izinkan aku guna ayat kasar sikit.untuk tunjukkan rasa sedikit marah.huhu okay macam ni.hurm.tak jadilah guna ayat kasar.tak best tak best.okay macam ni.
nak masak tu.aku ajak soli.so soli tanya komanden kami.boleh stat masak ke belum? komanden kata orait je.so orait la.kami start masak.okay dia dengan taqi start bakar bakar.means hidupkan api.masa ni encik izwan datang.tolong bukak api.tengok kami terkebil kebil hidupkan api kan? haha bila api dah setel.barang barang yang nak dimasak dah potong.semua lah kira dah setel.oh ya,kali ni teratur sikit.sebab dah berpengalaman n tak da lah kelam kabut masak macam semalam.okay.api dah hidup dah ni.tiba tiba soli cakap.
'okay weh, nanti pape roger la.'
aku tak syak pape dan aku just buat tak tau je.tiba tiba mata terpusing.eh mata? nope nope.bukan mata.kepala terpusing dan mata ternampak soli sedang berbual sakan dengan encik izwan dan sedang menggoreng sesuatu.apakah??
okay aku dah berasap.
sabar ecah sabarrr...*bisikan hati*
dia sedang goreng gitar dan kami ber- enam sedang bertungkus lumus menggoreng telur dan masak makanan?? wat the tutttttt~~~ okay jangan mencarut.tak baik untuk kesihatan rohani.okay.lantak dia la.kami masak dengan tenang.dipendekkan cerita.nak makan ni.taqi tanya aku.tak nak ajak soli ke kak? aku jawab.
ah.tak yah ah.lantak dia la.
tapi taqi ni aku tak tau la.baik ke degil.baik kot.aku yang jahat.dia amik ape ntah.basuh tangan ke apa.dia sempat bertanya pada si soli ni.dan bila sampai kat tempat makan.dia kata
soli suh makan dulu.
aku dah buat muka.dalam hati geram je dengan kedegilan budak ni. HAHA
lama lama makanan pun habis.so kami yang perempuan ni semua dah buat muka dah.si soli ni nak makan ke nak main gitar? sudah la lalat banyak.ikutkan hati aku nak je biar lalat berak.padan muka ko soli.makanlah lauk bertahikan lalat tu.huh!
sekali lagi.taqi pergi mencuci pinggan.pinggan dia la.rajinlah sangat dia nak cuci pinggan kami.bila datang.agaknya dia cakap kat si soli ni kot.bila nak makan.nak tau tak soli cakap apa kawan kawan???
taqi: dia suh cedukkan untuk dia.
pergh!!!
memang lemak berkrim la ko kan soli.dan dengan baiknya taqi ceduk dan senduk dan bawak ke tempat dimana terdapatnya Soli.pergh! hebat kan soli ni? sumpah aku tak nak group dengan dia.sebab apa? sebab dia ni tak ada semangat berkumpulan.lepas tu dia buat pape semua sambil lewa.pentingkan diri pulak tu.eiii geramlah.aku bukan nak cakap apa.cuma aku kenal dia lama kot.so dah dengar cerita kawan kawan aku pasal lemak dia tu.bila kena memang sakit hati gila.rasa nak meletup.huh.nasib ahli group aku ni terbek la!
okay malam tu kami ada solo camp.next entri aku citer eh? rasa macam dah panjang sangat je ni.haha okay! tata!
No comments:
Post a Comment