Pages

Jul 15, 2011

outstation

salam!

lama kan tak update blog? biasalah.wanita bekerjaya kan? hehe ok entri paling last aku tulis adalah berkenaan training.kira macam outstation la.haha baru macam WOW sikit.haha sikit je la.

hari tu aku outstation bukan kat subang.last menet dia tukar tempat.tapi kat kl je.orait l tuh.sekat sikit.beberapa hari sebelum kejadian.aku dah siasat sape yang pergi sana.hurm yang aku kenal hanyalah ravi ngan nana.luqman hakim? firdaus? siapakah? 

tu yang kita tak kenal.dan terima kasih la kepada nana.sebab kenal kan dari jauh.haha.

firdaus? oh yang pakai spek selalu tolak troli tu ke? haha
luqman hakim? oh cashier yang spek putih tu? 

setel.

nana cakap lagi.yang luqman bawak kete g keje.so dari jauh aku seru.

bro.tong tong ah duit minyak.haha

tapi seru dari jauh jela.dan for sure misi GAGAL.

ok pendekkan citer.training tu pasal customer service.dia bagi kita ilmu sikit macam mana  nak layan customer dengan baik! dan biasalah.pepatah mr carb. "custmer is always right!" memang jadi moto ah.haha banyak gak info aku dapat.so senang la nak praktikkan sekarang.ok.training tu ada dua sesi.sesi sebelum rehat dengan selepas rehat.baru beberapa minit aku dalam bilik tu.aku dah mula rasa bosan yang sangat luar biasa boringnya.yang join training tu kan.pekerja lain cawangan dari pelbagai department.mana tak bosan.baru sesi pertama aku dah kena denda.tensen je.menyampah oooo.nape eh kena denda?

okay.

dia bagi ko sekeping kertas.suruh lukis muka ko guna tangan yang ko tak biasa menulis.dan kemudian dia akan kutip dan bagi kat orang secara rawak.gamba sape sape yang berada ditangan ko.ko kena dapatkan info pasal dia.dan aku GAGAL.macam mana leh gagal? itu yang kita tak pasti.tapi aku rasa pagi tu otak aku lembab gila.mungkin tak minum melo ais kot.haha!

abang yang incharge tu tanya sape tak dapat setelkan.dan aku dengan semangat.angkat tangan.akhirnya aku dikenakan denda.padan muka.isk isk.dan aku berterusan buat muka kat abang tu.tensen! 

serius aku boring untuk sesi pertama.emosi aku betul betul terganggu.pandang abang tu pun kerek.haha ada mamat kat sebelah kata gamba aku dapat tu gamba lelaki.dengan kerek aku pun jawab.

"alah biala.bukan penting pun.huhu"

bosan.

tapi bagus gak training ni.dapat jumpa kawan baru.haha daus ngan luqman tu nama je satu tempat kerja.tapi x pernah kenal dan bertegur.haha aku kan sombong. =P kat training baru la kenal.dorang memula semangat borak ngan nana je.haha aku tak kisah sangat.sebab aku bukan jenis reti borak ngan orang bila first time lepak o borak o kenal.lama lama ok la.boleh masuk aaaa.haha

sesi kedua sangat best.sesi yang aku tunggu.yang aku geram part dia suruh terangkan mystery shopper.pergh.sentap i~ bila si luqman dengan tak berapa sengaja *yeke* sebut nama aku suruh jawab.masa tu rasa nak toleh dan buat mata besar kat dia.haha.tapi fikir balik.oh dia sedar jugak kewujudan aku.isk isk isk T-T walaupun aku tak banyak cakap.huhu gud gud.

part paling mendebarkan bila isu tak kenal rakan sekerja dibangkitkan.nama aku agak popular.haha.aiceh! masa tu penceramah tu tanya aku dan soal aku sape orang dari branch aku.tanya sapa nama daus.pergh.serius aku lupa.sori daus! haha aku nampak samar samar je nama kat tag ko tu.90 peratus guna firasat aku.haha dan betul.haha cuma nama department agak pelat nak sebut.haha ok la.kali ni enjoy sikit even ramai nak tido.haha

sesi last adalah sesi soal jawab.masa ni banyak la pertanyaan yang penceramah kena jawab.aku ada gak tanya soalan.tapi agak sensitif.tapi aku puas ah.sebab aku tau apa nak kena buat untuk next step.hahah jaga jaga ko cvik salmah! grah! grah! grah!

so hari training tamat dengan hepinya dan mesranya sebab aku dapat ilmu.pengalaman dan kawan.hehe =D
btw sori sebab lambat sangat update.sibuk sibuk.hehe =D

No comments:

Post a Comment