okay hari ni dah mula dah study week untuk pelajar degree UiTM.yayyy! semester ni parah.parah separah parahnya.haha.over pulakk.sebabkan dapat hadiah cuti hari tu.jadi sebagai galang gantinya study week dari one week akhirnya jadi empat hari sajew.
kalau ikutkan tak ada la parah sangat lew.sebab kalau ada study week pon aku bukan study sebaiknya seminggu tu.huhu berjimba dulu.dua tiga hari nak study baru bukak notes.tapi ye.harus diingatkan disini.semester lepas tak adalah disaster macam semester ni.hamek ko.disaster terus aku guna.haha.
semester lepas tak se-disaster semester ni sebab kita ada cuti study week seminggu.yayy! tapi tu tak penting sangat.tapi penting sikit kot.sebab bila ada cuti study week seminggu.segala macam assignment akan settle sebelum seminggu tu.tapi kali ni study week empat hari.okay fine la.aku tak balik rumah la.jenguk mak ayah mintak restu ayah bonda tapi mesej dan call je la yang mampu.wuwuwu.
okay sambung.
okay yang buatkan semester ni lagi disaster disaat saat semua program dah habis kelas.dah habis hantar assignment.kami sekelas berhempas pulak siapkan assignment.minggu sebelum tu hempas pulak study nak jawab exam.hempas pulas pun result tak cukup pulas.tu memang nasib otak lembab tahap 8 la kot aku ni.biasalah untuk orang buat kerja last minit macam aku ni.walaupun dah diberi masa satu semester untuk siapkan lab report.tapi minggu terakhir tu jugaklah yang jadi pilihan kan.bukan setakat lab report.banyak lagi lah.bermacam macam report kena buat.biasalah bila dah jadi akak senior kan? eh tak.next semester baru jadi akak senior.hari jumaat lepas semua benda setel akhirnyaa.bagi meraikan hari tersebut.ramai la pergi keluar makan termasuk aku.tapi dorang makan best best sikit.aku makan mihun jew sambil lepak tengok tooth fairy sambil kunyah keropok jew.thank god sebab semua dah selesai cuma nak setelkan final exam je ni.
bercakap tentang final exam.aku mempunyai jadual yang sangat urghhh.mau pengsan wow! aduh.kenapa aku harus melalui tiga paper berderet lagi niii.. =(
first paper aku adalah paper Health Psychology bertarikh 28hb iaitu pada khamis ini.
second paper adalah paper Toxicology.bertarikh 30hb iaitu pada hari sabtu depan
dan bermulalah waktu waktu penyeksaan bagiku
Lab Technique = 3hb 7(selasa)
Housing =4hb7 (rabu)
Environmental Health and Safety = 5hb7 (khamis)
dan paper terakhir adalahhhhh *drum rolls*
Applied Ecology=7hb7 huah! paper ni tengok nama je macam senang.tapi susah gak kalau tak buat betul betul.
jadi saya akan sentiasa mengenang dengan baik nye setiap kenangan pada semester 6 ini.termasuk windy house ke? Secara konklusinya.semester ini sangat mencabar.kalau tak kuat iman boleh gila.haha okay part tu over.tak adalah.saat saat sukar yang aku alami semester ni.aku just anggap cabaran je.memang la ada masa masa aku mengeluh.mengomel.mengarut macam macam kat twitter.tapi at the end kita fikir balik la.anggap je ujian.ujian dalam menuntut ilmu.sebab risau kalau banyak merungut then tersalah merungut.dah jadi lain pulak.nanti gaya macam orang terpesong akidah pulak.hewhew.till then.doakan ye.semoga mendapat keputusan cemerlang untuk sem ni.aminnn. =)
p/s dengar kata.semester depan.semester 7 double disaster dia.huaaaaaa~ T-T
No comments:
Post a Comment