Pages

Jul 23, 2012

salam ramadhan.part time job.

"ku mengharapkan ramadhan tahun ini penuh makna..agar dapat ku lalui dengan sempurna.."

Ni la azam setiap orang yang beragama islam bila tibanya ramadhan kan? sama macam aku.aku pun mengharapkan yang ramadhan kali ini aku dapat buat yang lebih baik dari tahun tahun sebelum.contoh macam puasa penuh.haha.tu memang sangat tipislah peluang untuk aku kan.Jadi semua! salam ramadhan! semoga amalan bertambah jugak untuk tahun ni.huhu



masa ni pulak tetiba ingat je waktu maghrib tu bila.pukul bape.sume en? haha =P

Okay tahun ni aku berpuasa sambil bekerja.pengalaman kedua aku berkerja semasa berpuasa.biasalah mencabar tu memang lah kan.hari pertama puasa aku buka kat surau metro dengan ida and kak nik.makan custard puff jew.sebab fikir balik rumah nak makan nasik.imah pukul 2 dah balik nak berbuka dengan famili.aku tak kisah sangat sebab puasa kan 30hari.haha.mesti ada masa berbuka dengan famili kan.tak ada beza hari pertama hari kedua semua tu.sama je semuaa.haha 

cuti semester ni aku berubah angin.aku kerja kat paksen kajang.yang duduk kajang tu.sudi sudi lah membeli belah di paksen.haha.dulu aku penah keje kat paksen.waktu mude mude dulu.haha.dulu jaga kasut polo.tu pengalaman memang best la.duduk kat gents department memang mata aku cuci bersih la hari hari kan.kali ni kita jaga ladies pulak yew.


okay.aku jaga baju kat cheetah ladies.aku adalah part time pertama untuk promoter aku.sangeetha nama dia.tinggi wow.kerja kat paksen ni aku dapat dari adik aku.alea yang keje kat situ.dia baru lepas matrik.so cuti nak tunggu sambung degree la dia keje kat paksen.dia memang adik yang bagus! sebab dia bagi no aku kat satu paksen! sepanjang minggu masa exam ramai la tepon dan mesej aku.tepon tu memang aku tak angkat la kan.aku lebih selesa mesej.haha.so banyak mesej aku dapat.dari orang tu orang ni.last last aku keje kat cheetah ladies je.

azam aku kerja untuk kali ni adalah untuk mengisi masa lapang jew.boring pun dapat duit maaa.hahaha.keje kat paksen sangat enjoice! saya sangat sukakannya.okay mari cerita pengalaman sikit yew.hari pertama aku masuk.aku kena interview.tapi kali ni interview yang konfem dapat masuk la.haha.so aku pun diterima masuk.eceh.ala hafal 12 perkara jew.kacang jew.goreng goreng sikit jew.sejujurnya aku adalah seorang yang agak pendiam.aku tak bercakap tak bergaul tak approach orang kalau aku rasa tak perlu.hakhak.so aku just duduk kat kaunter tanpa melakukan hubungan mesra bertegur sapa dengan kaunter sebelah.entah.aku rasa tak perlu kot.haha.

so orang pertama tegur aku adalah imah.dia mesra rakyat.hampir semua orang kat ladies department tu kenal dia dan dia kenal.hahah.bagus bagus.dia kira adik la.umur 18.memang adik la kan.haha.dia pun part time.kaunter sebelah.kaunter goggles.haha.orang kedua yang aku kenal kat floor tu adalah ida.dia pun part time gak.nanti sambung kat uitm perlis.dia jaga beg tangan sacha.


okay.ni tag kita dapat masa interview.tag hijau tu sebenarnya aku tak dapat.tapi sebab muka tak malu kan.tanya pulak kat manager tu.

"aaa.tag hijau tak dapat kew?"

nasib manager sporting.dia gelak gelak sambil bagi.kalau dah habis keje paksen.kena pulang balik tag kuning tu tapi dapat balik rm10 kita.then aku tanya.

"tag hijau ni kena pulang balik kew?"

manager gelak gelak lagi.dia cakap tak payah.

hahahaha.memalukan la kau ni ecah.

pengalaman keje kat paksen aku jumpa ramai jenis orang.ada macam macam jenis customer.ada yang jenis dah cuba main bagi je dengan baju baju terbalik dia tu.kalau jenis macam ni.aku geli.aku geli nak betulkan baju.orang perempuan pun ada gaya macam ni tau.geli tau! ada jugak customer yang baik dan memahami.dia tolong lipat balik baju tu even macam belacan.hahaha.kadang kadang nak gelak je.kadang kadang rasa nak nangis sebab tengok kesungguhan customer tu nak lipat even dia tak tau cara lipat.haha.tq! tq! ada yang jenis tanya dulu baru suh amik saiz tu.sebab dia kesian kitaorang kena lipat balik.ni terharu dan rasa macam aish.tak pew.ni memang keje kitaorang.haha.

aku ada beberapa pengalaman memalukan dan memalukan dan melucukan ke? mungkin more to melalukan.hahaha

satu hari ada customer mahu try maju tau.then dia tanya.satu baju tu yang ada diskaun 20%.

customer: adik, baju ni lepas diskaun harga berapa?
aku: oh kejap ye.. *lari carik kalkulator*
baru aku nak lari tiba tiba...
customer: adik tak pela.harga dia rm80.

okay masa ni jantung ku tertusuk duri sikitt.masa ni aku macam.betul ke? yeke? so aku decide cek sendiri la kan.aku pun capai kalkulator dan kira.

baju yang berharga RM99.90 lepas 20% adalah RM79.92!!



it's killing me~~~

masa ni aku fikir.aku rasa bukan saje jantung tertusuk.malah berderai derai.kahkahkah! adakah perlu untuk aku hafal semuaaaa harga after diskaun kat siniiiii.wuwuwuwu.pak cikk.apekah tips handal pak cikk untuk mencongak dengan hebatnyaaa.kongsi lah pada sayaaaa.wuwuwuwuw

T-T

yang lagi satu kes.bila stok sampai.ada 6 kotak.dan bila kat bahagian good receiving aku boleh lak tanya kat akak tu.

"kak. saya ke yang kena tolak barang barang ni?"

okay.akak tu gelak dan cakap tak yahhh laaaaa.adeh.malunya.kan ada budak stor yang buat.aish aku ni.rajin sangat ke ape ni.pastu bila budak tu datang.dia dengan gigihnya angkat kotak tu sorang sorang.dan aku rasa bersalah tapi berdiri je kat situ dengan keadaan serba tak kena.last last aku cakap kat promoter goggles.

"saya kena buat ape? saya kena tolong dia angkat kotak ke?"

last last aku tolong angkat besi offer bin dengan papan je.haha.tu pun berat! muka budak tu pun pelik je.nape? salah ke aku tolongggg!

aku citer kat kakak aku.dia kata aku ni pelik.dan dia gelak.

bila time buat harga lagi la.tiba tiba tak ingat mana office.ape sangeetha cakap macam salah je! pintu ape? jalan ape? suma tak de! macam tak pernah lalu kawasan tu je.muka blur gila kot.sampai ada staf tu perasan dan tanya aku nak kemana.oh malunya sayaaa.bila cakap dia masuk pintu itu.aku masuk dan smbung blur.tapi tuhan bantu aku bila ketemukan adik aku yang tengah buat harga.dia tanya aku nak buat ape.aku just bagi kertas yang sangeetha tulis dan dia letak kat kotak.ahahaha.dan balik tu aku kena bahan sebab muka sangat blur dan sangat kasihan.arghhh! 



okay ni aku ngan imah.hahaha.ni kat fitting room.saje nak bergambo lepas mekap mekap.aku sekarang sangat addict dengan lipstik.masuk bulan ni aku dah beli 4 lipstik.tapi sekarang aku gemar memakai lipstik merah menyala.haha.bila orang pandang aku buat bodoh je.who cares hah? sukahati i lew.hahaha dan aku hasut ramai orang untuk pakai lipstik merah menyala tu.hahahaha. 

sampai hari ni aku just senyum senyum dan tak bergaul sangat.sebab entah.nanti aku dah rapat aku lari kaunter pulak kan.borak borak.so just buat hal sendiri je.tak kisah orang cakap aku sombong.tapi aku jenis yang memang buat hal sendiri.haha.bila keje kat tempat tempat macam tu aku selesa buat hal sendiri tanpa berhubungan mesra.hahaha.dari dulu aku macam tu.so aku rasa selamat disitu.hahaha.tapi pengalaman keje kat paksen dulu lagi best dari sekarang! betul tau! hahaha

okay! nak tido la! esok saya cuti~ dan selamat bersahur ya! niat puasaaa~



No comments:

Post a Comment