Pages

Showing posts with label sharing is = ). Show all posts
Showing posts with label sharing is = ). Show all posts

Jun 29, 2012

entri cilok










"...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
[ 2 : 216 ]

Entry ni aku cilok dari blog isteri ally iskandar.Farah Lee. Aku suka melawat blog dia sebab blog dia bagi aku menenangkan.Sebab kata kata dia penuh motivasi.untuk orang orang macam aku yang selalu hilang arah.eceh.tu yang kena selalu jenguk blog yang membangkit semangat.blog dia banyak mengajar aku untuk menjadi lebih positif dalam hidup ini.InsyaAllah.Jenguk la blog dia.sangat best! =)

Jul 23, 2011

Tips Bangun Subuh

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

p/s : sakit weh bab picit ibu jari tu.selalu nangis! huhuhu