Pages

Oct 18, 2010

faja & cikgu mumtaz? erk.

tadi masa aku bangun tido.ingat baru pukul 5.rupanya dah pukul 6.huhu lama kot tido.ish ish ish...kejap lagi nak siap-siap pergi jeram lak.rasa bersalah nak pergi.tapi tak apelah.so aku bukak la page faja ni.tengok-tengok..scroll sikit kebawah ke atas..sekali mata aku berhenti.tangan pun berhenti.baca la status dia tu.tak lama aku gelak.gelak gila gila la.haha! lawak sangat!

nak tau nape? yang komen status dia tu..cikgu bm aku! haha! okay.faja ni keje tau.keje kat tempat isi minyak as supervisor.okay.ehem-ehem.amik nafas jap.dulu dia keje dengan cikgu aku ni gak.cikgu mumtaz as kerani kat tempat tuisyen.okay sekarang dia dah berhenti.sebab dah jadi supervisor.keje banyak.

dalam status tu dia sibuk mengata bos caltex dia.sekali bos lama yang balas.haha.cikgu aku lak tu.mesti mata dia pun terbeliak nampak cikgu balas.aku dah gelak-gelak dah.


'tula...sapa suruh berhenti kerja dengan bos lama yang baik hati???'

haha! hamik ko.aku baca mcm...macam kenal je orang ni...lambat sikit sampai otak.sekali aku cek lagi.



yeah! inilah yang kita carik.lupa nak highlight SMK JALAN BUKIT - TEACHER
hoho! ni buat nak usik faja ni.sure menjerit dia gelak.haha! apela ko! selalu statement status selamba jeee....haha!

dulu masa faja berhenti.cikgu ni tak kasik.memang tak kasik gila lah.faja bagi surat berhenti.dia tak layan.lama-lama faja nekad.dia mintak berhenti jugak.haha risau gak dia cikgu marah dia ke.terasa hati ke.tapi nak buat macam mana.dah memang penat kot.selalu gak faja citer-citer time keje ngan cikgu ni dulu.ketawa gila lah kalau dia citer.faja kan? citer nak eksited jek.huhu

orang lain baca memang macam.oh cikgu..tapi aku baca gelak-gelak.haha amik ko sebijik kena.hah nampak sangat cikgu tak setuju dia berhenti hari tu.haha! faja oi faja.mana ko? haha!

cikgu ni.garang! aku pernah nangis dimarahi cikgu ni.menangis yang tersedu sedu tu.haha masa belajar tunduk jeee.cikgu dah pergi faja cool down kan.budak lain tak sedar kot.haha lepas dari hari menangis tu.cikgu dah tak marah aku dah untuk hari-hari seterusnyahuhu .kesimpulannya.nangislah.nanti ko tak kena marah dah.haha

so bila dia komen kat status faja.adoi.kelaka je rasa.faja sudah terkena! haha ;p

Oct 17, 2010

abang? erk.

aku pelik.nape eh kawan-kawan aku tak pernah setuju dengan niat aku yang suci murni nak seorang abang? huhuh.teringinnn nak ada abanggg..kan best ada abang.seorang abang akan mengambil berat tentang adik perempuannya.seorang abang akan tolong adik perempuannya dan yang paling penting seorang abang akan manjakan adik perempuannya.yeah.itu yang kita cari.

ok.disebabkan hal itu.aku telah dapat seorang abang! abang angkat ye adik-adik.abang angkat masa aku.,..form 1! yeah! form 1! haha

aku tak ingat detik-detiknya.sebab tak penting kot.oh ingat lagi tak entri yang lepas? pasal isu kegatalan kami bertiga? aku ati n faja? ya.kira 'abang angkat' aku tu sekali dalam kelompok jejaka tu.haha aku dulu suka lelaki kurus.tinggi.puteh.smart sumelah.so kira abang angkat aku tu termasuk dalam ciri-ciri jejaka tersebut.

siasat-siasat.rupanya 'abang' aku ni pengawas pusat sumber.oh nonono...dia bukan sebab untuk aku jadi pengawas pusat sumber.sebabnya.aku memang nak jadi pengawas pusat sumber.no other reason.aiceh.

serba serbi siasat.kira aku stalker yang berjaya ketika itu.majalah sekolah yang lama-lama siap geledah.haha.carik la info pasal 'abang' aku tu.sungguh tak ada keje.

aku ada kawan.nama kawan aku raid.raid hanis.kalau ikutkan dia adalah kawan lelaki pertama yang form 2 disekolah itu.ya sebab dia sorang pengawas pusat sumber lelaki melayu yang berpakaian pengawas pusat sumber.jangan tanya kenapa.baju pengawas pusat sumber kitaorang warna pink kelabu.no wonder budak lelaki lain lebih rela pakai baju biasa berkasut hitam je.

so bila dah kenal raid.kebetulan dia ni sekelas dengan 'abang' aku.so kadang-kadang risik la pasal 'abang' aku ni.haha bila tanya je! terus si raid ni buat muka.muka tak suka la.aku jadi pelik.

satu hari tu raid ni cerita.oh rupanya dia selalu gaduh dengan abang aku ni.bila dia tau je aku ni macam 'minat' kat 'abang' aku tu.terus dia macam 'ah tak yah la weh...' 'arip tu poyo...'
oh arip nama dia...haha! *suka sikit*

dipendekkan citer.satu hari tu aku masuk pertandingan bercerita.menang tempat kedua.tajuk dia..'pak pandir menjadi raja mambang' tak ada rezeki nak menang tempat pertama.minggu kedua lepas pertandingan tu.cikgu mintak aku buat kat tempat perhimpunan.mak aii...dah lama kot aku tinggalkan cerita tu.daya ingatan pun tak cukup stabil untuk ingat semua cerita.tapi alhamdulillah.berjaya.hoho

nama aku melonjak naik lepas tu.abang-abang form 2 semua sibuk cakap aku adik comel.hoho.malu tokseh cakap la.populariti menaik secara mendadak.terima kasih cikgu! hehe

bila dah mendadak populariti..baru si 'abang' ni terhegeh-hegeh nak kenal kat aku.podah.kelas aku depan pondok.selalu gak aku lepak situ sebelum cikgu datang.satu hari ni si 'abang' ni lalu.

siyes aku dah tak ingat dia tanya apa.dia cakap besday bila kot.2 3 kali aku hah! hah! hah! sudah sudah dia blah.adoi.kecik kecik dah pekak.hish.bukan pekak.loghat kelate kot.gua tak faham beb.sori bro.faja ngan ati dah gelak-gelak dah.masa tu faja yang tolong translit.'eh dia tanya besday bila la' pastu aku selamba nya jawab..oh tanya besday ke? haha..aku pun jawabla..dah si 'abang' blah.kitaorang gelak gila-gila.siap ajuk kot.hish hish hish.

subjek yang paling membosankan? geografi semestinya! ada sekali tu.aku dok tongkat dagu.pandang cikgu dengan tak ada perasaan.muka toksah cakap.bosan gila kot.tengah-tengah menguap.aku pandang belakang.tempat duduk aku dekat dengan pintu belakang.tengah menguap ni.tiba-tiba ada makhluk 2 orang lalu.adoi! spoil! 'abang' aku lalu.

tu satu hal.ni adal lagi kepoyoonnya.

dulu ada sesi bagi-bagi hadiah tau.dulu raid pinjam aku 50 sen.tak bayar.muka masa nak pinjam tu.toksah cakap.kelam kabut.alah.si raid tu memang popular dengan kelam kabut dia.

masa tu lama dia tak bayar.aku pun bagi dia lolipop beserta pesanan 'weh, hutang 50 sen ko kat aku ritu aku halalkan la..'

yang aku pelik.lepas beberapa hari selepas penghantaran.baru aku sedar.nape aku bagi dia lolipop? bukan 50 sen da.rm 1 ringgit dah!

selaku ketua pengawas pusat sumber sesi petang masa form 2 dulu..aku kadang-kadang turun la tengok kerja-kerja anak buah.lagi-lagi masa sibuk friendship day ni.acara paling terbesar la kononnya.tengah sibuk-sibuk buat spotcheck tu.sempat lagi tanya budak junior.

Aku: 'ada gula-gula untuk akak x?'

Student A: 'tak adalah kak..'

Aku: 'ala..tak ada ke? tak ada sape minat akak ni..' *tak habis habis perasan*

Student B: ' eh kak ecah eh? ada-ada..tadi ada nampak..'

Aku: 'hah, ada! sape-sape?'

Student B: 'arif kot nama dia'

Aku:'hah!'

wah selongkar beb..gilalah.ntah hape-hape je perangai.

sekali jumpa.haha

'study hard for your future'

gila kentanggg~~
berbunga kejap je.kejap je pun.sebab feeling tak da lebih mana.haha dulu masa friendship day ni.sibuk tulis dari sape dari sape.kawan-kawan kelas dah tau dah aku ni suka perasan.haha layankan aje beb... ;-p

bila cerita pasal ni.huh! gelak tak ingat dunia.perangai entah hape-hape.eiiiii..geli je dengar.nasib dah elok sikit perangai.haha!

roda memang telah berputar...

aku tak faham lah dengan diri aku ni.perwatakan.orang kata aku ceria.sengketa dengan akmal tu kira zero la.alasan pelis? aku hepi go lucky.heh.semua indah khabar dari rupa.aku rasa perwatakan aku kini lebih ke arah melankolik.suram.gelap.kelam.nampak je baju kaler-kaler dah rupa pelangi.tapi hati suram jugak akhirnya.

lecturer aku.cik nasa.dia cakap aku hepi dengan student life aku.sebab tengaok pemakaian aku yang warna-warni.haha.en nasa! anda telah ditipu!

tak kisah kan seseorang tu ada berapa perwatakan.menjadi lagi misteri mungkin.hu? misteri ke?
mood sekarang asik dengar lagu sang mantan.ramai tak suka lagu ni.lagi-lagi orang yang putus cinta.nak putus cinta.aku steady je dengar.siap ulang tayang kot.lagu ni pasal bekas kekasih eh?orang putus cinta?hurm.

aku suka part yang

"roda memang telah berputar.."


yang tu memang kena sebijik kat muka aku.memang aku dapat rasakannya.roda kehidupan aku sudah berputar.what goes around comes around.what you give you get back.senang cerita.

banyak sebenarnya aku nak cakap kat seseorang.mintak maaf kot.tapi sampai sekarang tak berkesempatan nak jumpa.entahkan dapat.entahkan tidak.sempat ke?hurm.

dia sibuk dah dengan hal dia.tau la tensen.aku pun tensen gak.banyak keje.tapi entah.dia ni lain macam sikit dah.tak hiraukan pape.betul ke? haih manusia.napelah ego kau tinggi sangat.kalau aku cakap aku tak suka orang ego.ko pun mesti jawab.aku pedulik hape.kan?kan?

aku kadang-kadang rasa bersalah gak.so try la mesej balik.tapi respon hambar.so aku merasakan yang.oh ok.babai.

tu je termampu nak cakap.bukan aku tak kisahkan apa-apa.entah.susah la nak cakap.dia dengan ego dia.aku dengan ego aku.bongok.

akhirnya aku dah jumpa orang yang lagi tinggi egonya dari aku.tahniah kepada anda.

nape kalau time exam.mesti perasaan gila ni.mesti ada masalah ni.tak pernah baik.belum masuk bulan januari lagi.aku benci bulan januari.aku rasa tu bulan malang untuk aku.sangat malang.adalah berdosa untuk kita percaya.tapi ini hakikatnya.aku benci bulan januari.aku dah melalui januari yang teruk awal tahun hari tu.cukuplah sekali.diulangi.sekali.



Al- Fatihah...

sebenarnya hati ni berkecamuk.macam-macam perasaan ada.tak boleh nak cakap ape dah.macam cendol pun ada.kejap marah.kejap sedih.kejap hepi.tapi hepi tu entah.berapa peratus je kot.

okay.kita mulakan dengan..kisah tok teh n mak ngah.sebenarnya aku terkejut dengar berita ni.tersentap kejap.

dulu masa aku duduk taman lama.taman asa jaya.ada atok ngaji ni.aku selalu mengaji dengan dia.kitaorang semua la.budak-budak taman semua kumpul rumah dia.mengaji.rumah dia lak selang beberapa rumah je dari rumah aku.

dalam ramai-ramai budak.aku yang atok ngaji ni aim.sebab? aku ni pemalas mengaji.selalu ponteng.haha.macam-macam alasan gak aku bagi kadang-kadang.teruk kan?
penat la tok...
petang ni tak pegi ngaji..balik sekolah lambat la tok..

macam-macam lah! kadang-kadang atok ni siap jalan pegi rumah aku lagi.nak jemput pegi mengaji punya pasal.haha.kadang-kadang pergi sambil menangis kot...teruk-teruk.kadang-kadang atok bagi aku gula-gula kot.konon nak buat aku selalu pegi ngaji.yela.atok garang.selalu kena marah.pastu aku suka jadi orang last.sebab..entah.haha aku tau aku nangis bila time ngaji kot.haha dalam ramai-ramai budak ngaji.aku sorang dia bagi minum air zam zam lepas dia balik haji dulu..huhu thanks atok.

atuk ni ada anak.kadang-kadang anak dia datang.anak dia kitaorang panggil mak ngah.mak ngah garang.kalau atok aku suka lagi mengaji dengan dia.mak ngah garang.aku selalu macam buat muka kalau dia ajar.kadang-kadang bertakung air mata.huhu

dalam ramai -ramai budak-budak yang mengaji.aku selalu jadi orang last mengaji.pastu rumah pun dekat dengan atuk.selalu la aku tolong atok ngan mak ngah beli barang-barang dapur dorang.kadang-kadang tolong masak sume.basuh kain sapu rumah...aku pun suka melayan dorang kot.yela dorang kan dah tua.pastu duduk berdua je..tak apelah kot.

mak ngah baik.dulu aku selalu teman dia pegi kajang.tak ingat lah buat apa.atok dah layan aku macam cucu dia sendiri dah.kalau aku balik lepas tolong buat keje umah dia.peluk cium tu tak lupa dah.dia selalu cakap aku cucu dia.kalau anak-anak dia yang lain.dia panggil aku.nak kenalkan la kononnya.huhu masa tu malu kot.tapi layan je laaa...

mak ngah suka jahit manik.dulu dia jahitkan manik kat baju-baju aku.aku tak tau la aku simpan lagi ke tak baju tu.

atok ada adik.adik atok nama tok teh.tok teh suara dia nyaring.dulu masa dia baru duduk dengan atok.dia suka pandang tajam kat aku.bila dah borak-borak dengan tok teh.lama-lama pandangan tajam dah tak ada.dia lagi sayang aku kot.haha.tok teh paling sempoi..macam-macam dia cerita kat aku.aku layan kan aje..haha

tapi sekarang.erm.tok teh dah tak ada.mak ngah pun dah tak ada.tinggal atok sorang-sorang.aku pun baru tau.tu pun mak yang bagitau.sejak kitaorang pindah rumah.aku dah tak tau kabar dorang.tau-tau dah tak ada.sedih.tekejut gak.lama sangat tak jumpa.last pun sebelum aku masuk uitm masa diploma dulu..

perasaan? sedih sama macam arwah atok aku pegi.aku dah anggap dorang macam atok aku dah.dorang pun dah anggap aku macam cucu dorang.teringat pulak masa kitaorang gelak-gelak sama-sama dulu.makan sama-sama...haha

memang aku ada niat nak pegi jenguk dorang hari tu...tapi tak tercapai..tok teh pergi masa puasa hari tu..mak ngah pergi minggu lepas...peparu rosak..

sedihnya... :'(
al fatihah untuk mereka...
semoga rohnya dicucuri rahmat...

Oct 12, 2010

Aizat - Sungai Lui ^^,

kita lupakan sejenak permasalahan kita.
Thanks to Aizat.Anda sememangnya sangat berbakat.Terpikat terus aku dengan hasil tangan Aizat kali ni.Hasil tangan dia ke? Itu yang kita tak pasti..tak ape.Lupakan.

Pejamkan mata mu untuk ku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu disini tempatmu
Walau berubah dimata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap ku masih percaya
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata - mata
Ku harap ku masih percaya
Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya
Selama ini (7x)

Lagu ni sedap.Tenang.Ada elemen alam sekeliling dengan muzik angklung..best2..lain dari yang lain kot..huhu sesuai la nak layan perasaan emosi aku sekarang ni..huhu ^^,

selamat mendengar ya!! just klik kat tajuk entri ni untuk dengar lagu itu.hehe ^^,

Sep 25, 2010

ubur ubur, sotong dan katak beraya bersama.

Ni rondaan raya aku yang pertama sebenarnya.haha.yang ni memang aku makan banyak.haha.Secara jujur.untuk berjalan dengan mereka mereka ini.Katak dengan sotong ni bukan senang.dorang suka suprise.Mengejut.Tiba-tiba.Kalau rancang.komfem takkan jadi dan tak pernah jadi.kalau jadi pun.Aku memang bernasib baik la masa tu.



Okay kami jalan hari rabu tak silap aku.Pukul 2 gitu tengah aku sibuk online kan diri.Tetiba faja tepon.Ajak pergi beraya.hah? Beraya? Wat time hu? Oh pukul 4? n perob.Lambat lagi.Meronggeng sat.



Baju kebaya tu sungguh berfungsi dengan baik.Aku tak pernah memakai dia.Selama ni aku pandang dia sebelah mata je.Kadang kadang tak pandang langsung.Gila belagak.Yela.Kebaya ni tak mengancam.Cewahhh.hahaha



'ubur -ubur akan beraya besama sotong dan katak! ubur ubur dan sotong akan membuli katak dengan bersungguh sungguh! lalala~'


Ni status aku tulis kat fb masa nak pergi raya ni.Haha Ubur-ubur? Sotong? Katak? haha! Kami bertiga kawan dari sekolah rendah dulu.Katak tu jantan tau.haha lama tak jumpa katak ni.Bila jumpa dulu.Wah.Syok gila kot..hehe!





haha! aku suka pic ni.comell sangat.ditambah tambah kecomelan kami berdua.ah.cantik2.terima kasih kepada aku sebab bagi idea ni.hehe gud2. ;p




Oh ya.Kenalkan ini faja.hehe dia kawan yang baik.Kami berkawan sedari tadika.Kalah aku bercinta dengan akmal.Aiceh! kalau nak cerita perihal kami ni.Memang takkan habis.Maybe aku akan buat entri untuk kami berdua.Disekolah kami dikenali sebagai kembar.hehe tak sabar nak jadi pengapit dia untuk kawin nanti! heeeee~ Oh ya! lupa nak cakap.Dia adalah sotong yang anggun.




Hah! Inilah katak! Nama sebenar dia afiq edika.Dulu kat sekolah kan? Kami sekolah kat sekolah kebangsaan sri jelok! hah dulu dia ni ketua kelas.Biasala.Kerja ketua kelas ni.Kalau cikgu tak ada.Maka depa la paling berkuasa.Konon sape cakap sikit.Nama dah kena tulis kat papan hitam.Malang bagi dia sebab dapat classmate yang banyak cakap macam aku ngan faja ni.selalu je kami berborak.Pelan pelan je pon.tapi dia ni! Tak demokrasi langsung! Dia ni kejam.Cakap sikit nama da kena tulis.Poyo kan? Selalu je kami buat-buat tunduk nangis.Lap lap air mata.haha nampak kami nangis,diam buat muka dan sebagainya.Dia pun padam nama kami.dan buat isyarat.shhhhh.senyap.hahahahah!! Senyum senyum kambing la kami berdua.inilah cara menggoda untuk meraih simpati.ahaks!






Okay tu dia.Dorang semua ni tak sah kalau tak usik aku.Dari sekolah dulu.haha.yang lagi sorang tu wan.dah jadi tokey roti canai da sekarang.siap ada kedai lagi.wahhh.kaya la u ni.hahah!! beraya tak sampai rumah wan je.semua rumah kami pergi.berapa tu tak ingat.padahal 4 orang je.masa ni perut aku gila kenyang.mee bandung mak katak memang sedap.pedas sampai buat aku menangis.cayalah! masuk rekod ni.kali pertama aku makan sambil nangis.faja pun tekezut! haha!


katak, sotong! nanti jalan lagi ya! hehe suka betul usik si katak tu.dia memang pereka cerita no 1! muka lak tak boleh belah.nak macho je.sekali dia terbuat muka kak-bang.alamakkkk...nak muntah aku tengok! hahahahah!



Sep 1, 2010

Lailatulqadar.

'Di dalam bulan Ramadhan'
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan
Itulah dia malam Al- Qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa'

Macam tula bunyiknya lirik lagu Lailatulqadar kumpulan Raihan nyanyi.hehe.

Sedar tak sedar.Sudah 22 hari kita berpuasa.Maka malam ni..adalah malam yang ke 23.Sedar tak sedar kita dah pun berada di 10 malam terakhir.Semua orang tau.aku tau.Engkau engkau dan engkau juga tau.Tapi ramai jugak dari kita yang malam-malam inilah kebanyakannya penuh sungguh di pasaraya.Tu dia amalam terbalik orang kita.Huhu.Sepuluh malam awal ramadhan.Penuh surau masjid maka lengang sungguh pasaraya.Bila dah masuk malam terakhir.Lengang sungguh surau masjid.Shoping maut untuk raya.fuiyo.

Tadi aku pegi solat terawikh.hurm.sedihnya.diam tak diam dah nak berakhir rupanya ramadhan ni.sedih sedih.Aku harap dapat jumpa lagi ramadhan tahun depan.semoga tuhan panjangkan umur aku.Menyambut ramadhan pada aku lagi seronok.meriah nak dibandingkan dengan hari raya.Pening kepala fikir pasal raya ni.baju.kuih.langsir.lagi-lagi dengan orang zaman sekarang.Pegi rumah orang.satu rumah dipandangnya.haiya.leceh orang macam ni.

Masa tazkirah tadi.Ustaz tu cakap pasal pertanyaan dan jawapan.means kalau ada yang nak bertanya soalan.Insya-Allah dia jawab sebaik-baiknya.Soalan yang sempat aku fokus.Hurm.Satu je.hehe

Soalan 1
'Ustaz, apakah hukumnya kita qiam dalam keadaan gelap?'

Haa...soalan ni ada jugak kawan aku tanya masa sekolah dulu.So jawapan dia makhruh.Adalah sebabnya kan? Salah satu macam..kalau kita qiam.Lagi2 dekat kolej aku ni.Sekali tengah-tengah malam roomate kita terjaga lalu melihat keadaan kita.Apakah yang terjadi selepas itu??
Okay sebenarnya..salah satu pasal keselamatan kita jugak.Dalam gelap kita tak nampak apa-apa.Kalau terjadi apa-apa kita pun tak tau kan? Konon kita tengah sembahyang sekali ada lipan kat tempat sujud kita.Okay kamu kamu tentu sememangnya tahu apa yang bakal terjadi pada siri anda sekiranya berlaku pada anda anda dan anda.huhu

Tadi tazkirah kira bercakap pasal qiamulail.Yela dah masuk sepuluh malam terakhir.Perbanyakkan ibadat tu..rindu zaman sekolah.rajin sungguh buat qiam.Ala tu pun bila aktiviti persatuan islam.Bila nak peperiksaan besar kot.hehe

Berbalik pasal Lailatulqadar.Kebetulan pulak malam ni malam ke 23.malam ganjil tu.Salah satu tanda malam lailatulqadar adalah malam-malam ganjil.Aku rasa ramai kot yang tau kelebihan malam Lailatulqadar ni.Apa tanda-tanda malam Lailatulqadar?Harap-harap kita dipermudahkan olah Allah swt untuk bertemu ( aiceh) malam yang lebih baik dari seribu bulan ni.Amin..

Tanda-tanda malam Lailatulqadar:

1)Udara dan suasana pagi yang tenang
2)Malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin.
3)Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang, dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang.

Aku ada cerita pelik masa malam ganjil ni.Kejadian berlaku tahun lepas.Masa aku praktikal kat Kuala Pilah.Satu malam tu, malam ganjil la kalau tak silap.Aku tido..tengah tido aku mimpi.Dalam mimpi tu ada suara cakap.

'Bangun-bangun..malam ni malam Lailatulqadar.'

Terus aku terjaga.Aku tak ingat apa aku buat lepas tu.Aku fikir aku mimpi je.Aku minum air.Aku doa kejap kalau tak silap.Lalu aku tertidur.Esok aku diam je.Blur kot.Aku tengok kalendar.Betul.Malam tu malam ganjil.Hurm.Aku kecewa gila sebab aku tertidur balik.Menyesal kot.Kalau pun mimpi tu satu kebetulan.Tak salah kalau aku bangun terus buat ibadat.Manusia yang lalai.Sedih.

Ustazah aku penah cakap dulu.Masa keesokkan paginya.Pagi tu macam redup.mendung..ha macam tu la kot.Maafla kalau silap ya.Sebab apa tau? Sebab..malaikat naik.Sayap malaikat ni besar.Jadi keadaan macam reduplah.Adoi.Fail jadi cikgu.Cemana ni?

Okay.Harap-harap aku dapat perbanyakkan amalan di sepuluh malam terakhir ni.Semoga dapat berjumpa lagi ramadhan pada tahun depan.Semoga umur aku masih panjang.Amin...

Selamat beramal semua~! ^^,