Pages

Showing posts with label haha. Show all posts
Showing posts with label haha. Show all posts

Apr 11, 2013

MAN RULES! *HIHI*

MAN RULES!

We always hear 'THE RULES' from the female side, now here are the rules from the male side.These are our rules!

please note.these are all numbered #1 on purpose.

1. Men are not MIND READERS.

1. Learn to work the toilet seat, you're a big girl.It it's up, put it down.we need it UP.You need it DOWN.You don't hear us complaining about you leaving it.

1. Crying is BLACKMAIL

1. Ask for what you want.Lett us be clear on this one.


SUBTLE HINTS DO NOT WORK!
STRONG HINTS DO NOT WORK!
OBVIOUS HINTS DO NOT WORK!
JUST SAY IT!

1. Yes and No are perfectly acceptable answers to almost every question.

1. Come to us with a problem only if you want help solving it.That's what we do.Sympathy is what your girlfriends are for.

1. Anything we said 6 months ago is inadmissible in an argument.In Fact, all comments become null and void after 7 days.

1. If you think you're fat, you probably are.DON'T ASK US.

1. If something we said can be interpreted two ways and one of the ways makes you sad or angry, we meant the other one.

1. You can either ask us to do something of tell us how you want it done.Not both.If you already know best how to do it.just do it yourself.

1. Whenever possible, please say whatever you have to say during commercials.


1. Christopher Columbus did not need directions and neither do we..

1. All men see in only 16 colors.like windows default settings..peach for example is a FRUIT.not a COLOR. Pumpkin is also a FRUIT.we have no idea what mauve is.

1. If we ask what is wrong and you say 'NOTHING', we will act like nothing's wrong.We know you are lying but it is just not worth the hassle.

1. If you ask a question you don't want an answer to, expect and answer you don't want to hear..


1. When we have to go somewhere, absolutely anything you wear is fine..really.


1.Don't ask us what we're thinking about unless you are prepared to discuss such topic as football or motor sports.

1. You have enough clothes.

1 . You have too many shoes.

1.I am in shape. round is a shape! I

1.. THANK YOU FOR READING THIS. YES, I KNOW, I HAVE TO SLEEP ON THE COUCH TONIGHT.. BUT DID YOU KNOW MEN REALLY DON'T MIND THAT? IT'S LIKE CAMPING...


p/s: hasil salin dan tampal dari facebook.kelakar ok. =D

Oct 2, 2011

bebel

hai! salam!

aku rasa lama sangat aku tak mengarang dekat sini.dah macam satu musim pulak.ramai yang tak update blog.haha.musim kat kawasan aku je kot.aaaaa.aku bukan malas nak menulis.kalau ikutkan banyak sangat yang nak kena tulis tapiiii busy lah.haha busy ke? eh mestila!=D

so dah 3 minggu rasanya kelas aku dah berjalan.secara keseluruhannya.aku risau.sangat risau.permulaan yang tidak baik.pada aku.aku seolah olah masih tidur.haha.over tak? jangan tanya aku sama ada aku sedang berdengkur ke tak.tu lagi over.hurm.serius betul.aku rasa aku tengah tidur lagi.teruk kan? macam entah.tekejut.blur.n banyak lagi.just imagine.ko tengah tidur.pastu orang kejut ko tiba tiba.hah! macam tu la aku rasa.aku rasa blur.blur yang tak tau bila habis.huhu aish.risau! =.=''

dengan subjek sem ni yang sangat sangat mencabar.buat aku lagi menggigil lutut.seakan satu habit atau perasaan fobia.entah la.tapi bila setiap awal sem je.perasaan nak quit belajar tu.menebal gila.haha ngok ngek pun ada.mood tu macam hilang.asik fikir nak kejeeee je.ok sejujurnya.aku memang nak semua ni habis dengan cepat.setiap hari.eh tak ada lah setiap hari sangat.selalunya la.aku akan kira bila nak habis.hoho.over lagi kan? kadang kadang bila dah tak fokus kat kelas tu.hah.mulalah.berangan.dan salah satu angan angan aku adalah.tempoh tamatnya semua ini dari berlaku.huaaaaaaaaa.oh masa.cepatlah lari dengan laju.

subjek paling busy sem ni dimenangi oleh subjek industrial hygiene and safety.aku rasa dah tepat dah nama subjek ni.subjek ni aku kena pegi lawat kilang.bukan takat lawat.kena buat kajian.perghhh.dah macam final projek.tapi bezanya.kitaorang buat kajian secara berkumpulan.nasib tak menyebelahi.aku dapat parameter yang aku tak suka.apakah dia? udara.huuu.nampak senang.tapi sebab da pernah tolong kawan dulu buat kan? so rasa macam.aaaaaaaa~ jumpa lagi kau rupanya! haaa.macam tu la lebih kurang keluh kesahnya.udara ni macam kita nak check kualiti udara tu.capai standard tak? contoh kalau ada gas co2 kan? hah.tahap co2 kat kilang tu.bahaya tak? kesan dia kepada pekerja? aaaaaaaaa.lebih kurang macam tu la.hahaha =P *see.tak serius lagi*

sekarang sibuk buat proposal.jumaat ni nak kena pegi kilang kecik.next weeknya berangkat ke kilang besar.adodoi.fening.tu belum habis.semua hasil kajian kitaorang.kena present.huaaa.tu yang gugupnya.entahla.cuma harap aku dapat buat yang terbaik.tapi masalahnya.aku malas la sekarang ni.oh ecah.bangunlah! bangunlah! *pelik je*

next subjek adalah env built n tech.ni kitaorang jadi macam arkitek.hahaha.geli pulak.tapi betul tau.kitaorang kena design satu kawasan penempatan yang env friendly.macam macam lah.dari rumah sampailah tol semua.yang ni nak terang.tak cukup satu entri.haha yang ni haris dah aturkan temu janju dengan kawan dia.just hope everything goes well.sebab beberapa minggu ni kitaorang tak habis habis dengan subjek IHS je.huah.subjek aku untuk sem ni.bukan 2 ketul ni je tau.ada tujuhhh semuanya.rasa rasa 2 subjek tak ada final.so 5 subjek la aku kena hadap masa final nanti.macam haris.aku pun nak doakan final cepat datang.hahaha =P

sebenarnya aku baru balik kajang ni.3 minggu gak tak balik.haha so macam nak balik la.amik selimut je kot.ahaha puncak alam ni dah macam genting dah.tapi kadang kadang je la.atau mungkin rumah aku je kot.haha bertuah kan? aku harap minggu ni aku berubah jadi kuat secara tiba tiba.kuat means bersemangat! bukan macam makhluk hijau! ahahahahah! 

ok.bai! 
  

Sep 8, 2011

kenangan

salam.

genap seminggu aku dah berhenti kerja.kejap je masa berlalu.semalam aku pegi tengok wayang dengan faja.citer hantu bonceng.kitaorang pun cakap hal yang sama.sekarang masa berlalu begitu cepat.raya pun tak terasa sangat.ke kitaorang je? haha masa beraya pun macam terhad.dia bz.aku bz.bz ke aku ni?

okay.berbalik kepada topik.

dulu masa kerja.tak sabar betul nak berhenti.hari hari menghitung hari.

timah: ecah! aku x sabar betul nak berhenti!

yang aku pulak.siap tulis hari kat buku 3 5.haha orang lain tulis untuk kira stock.tapi aku tulis untuk kira gaji n hari berhenti.kejam.

sepanjang kerja.macam macam pengalaman aku dapat.dapat pergi training dan sekaligus aku dapat kawan yang gila gila macam luqman dengan daoh.bila dah kerja jugak ni.aku kenal macam macam ragam orang.secara tak langsung jugak aku dapat faham keadaan persekitaran bekerja kelak.politik kerja sangatlah banyak.dan aku percaya cakap kawan aku sorang tu yang selalu pesan.jangan sesekali lunaskan kepercayaan kita kepada kawan.kepada kawan adalah 0 percent.tak mustahil kawan kita yang hari hari pergi kerja sama sama.makan sama sama.duduk semeja sama sama.kongsi air sama sama.akan khianat kita.

aku pernah jumpa situasi ni masa di tempat kerja.kaki ampu banyaak.sanggup tikam belakang kawan pun ada.pada aku.bila kawan dah tikam belakang kawan.ko berhak angkat kaki dari kawan dari orang macam tu.sekali dia buat.tak mustahil dia buat lagi.pada ketika ni.aku kesian dengan kawan yang setia pada nilai persahabatan.puiii! nilai persahabatan? nilai persahabatan takkan sesekali dicemari disebabkan hanya kau nak naik pangkat cepat.manusia pelik.

tapi kawan dia setia.tak kisah kawan dia buat apa je kat dia.dia pekakkan mata.butakan telinga.hebat.macam mana dia boleh jadi sekuat macam tu? dia boleh lagi bergelak ketawa dengan kawan yang tikam belakang dia? tapi akhirnya.dia naik jugak pangkat.kira misi kawan dia menjatuhkan dia.gagal sama sekali.aku suka yang tu.

orang cakap belakang? pergh.banyak gila.aku bukan yang jenis pilih kawan.tapi aku jenis perhatikan orang.kalau tengok dia suka bercerita.aku suka.aku suka dengar cerita.tapi ada had.bila dah bercerita.aku tengok dia cerita pasal apa.bila dah meleret.okay kita stop.aku blah atau diam.so for the next day.kalau nak lepak dengan dia.ajak orang lain.sebab aku fikir.kalau dia cerita hal orang kat aku.tak mustahil hal aku dia cerita kat orang? betul tak?

tapi bukan aku nak kata yang diri aku terlalu baik sampai tak pernah cakap pasal orang.semua orang pernah.kan? kan? haha.tapi sampai yang mengaibkan plus sampai berbaur fitnah.mau aku tak takut.huish.

pendengar setia.okay aku kena faham yang bukan semua orang boleh jadi pendengar setia.betul tak? mungkin dia jenis yang suka bercerita tapi bukan pendengar yang baik.dia mendengar tapi just untuk mendengar dan bukan untuk membantu.harap korang faham.tu jugak aku belajar.

masa bekerja jugak aku jadi macam jahat sikit.aku tak pasti jahat banyak ke sikit.tapi bila dah tak dengar cakap supervisor dan kadang kadang melawan.korang fikir apa eh? hurm.aku respek seorang ketua bila dia respek aku sebagai pekerja.bila dah mula kutuk belakang sape tak marah kan? means.aku buat salah.but ko tak tegur aku secara direct tapi cakap kat orang lain.seorang ketua akan dipandang ketua bila dia berani tegur anak buah dia.lagi satu.tegur bukan macam aku ni hamba abdi ko yang ko boleh marah sesuka hati kat depan orang ramai.jadi profesional.emosi perlu jaga.aku bengang bila ada kawan aku kena marah depan depan customer oleh supervisor.hello.macam ni ke cara tegur orang? pekerja pun ada air muka yang perlu dijaga.betul tak?

pernah aku diserang secara tiba tiba berkaitan dengan hal kawan aku tak datang.pergh.berasap aku.terus aku sound supervisor tu.aku pun tak sangka aku boleh marah balik.huhu sebab yela.orang tak datang bukan tak bersebab.ni nak serang serang aku macam aku komplot pulak.sapa tak marah.kalau pasal gaji tu.apela sangat.huish.at the end.amik hati aku balik.baguslah.tau rasa bersalah kan.

banyak kali kitaorang fight ngan supervisor.jahat tak? bukan jahat tapi nakal.nakal ke? tak dengar cakap.sampai kena tangkap dengan manager kan? hebat.sampai sekarang manager tu ingat kitaorang lagi.sebab kitaorang tak kenal dia.bagus.

customer? macam macam.dorang tak hormat kat kitaorang pekerja ni.jujur aku cakap.ko datang meden.buat apa nak perkhidmatan kelas atas? kalau nak barang branded.pegi la carik kat parkson.n jangan la ingat orang kerja meden ni.bodoh bodoh sumenya.ada je yang berpelajaran.tapi dorang tak ada peluang nak sambung.pelik dengan orang malaysia ni.selalu tertekan sebab customer.bukan dengan kerja.

oh ya.aku suka kerja kat situ sebab kawan kawan dia sangat baik.kami macam family.hari hari kena paging.kena marah.tak kisah.sebab ada kawan kawan.macam aku ada partner yang bagus.dia ajar aku cara bekerja.dia tak pernah tensen bila kena marah.haha steady je.kerja pun relaks.pernah je dia jadi rajin.tobat.aku tak nak dia jadi rajin lagi.haha.tu la naim.babai naim.kerja baik baik.jaga mens dengan mens-na aka kakak kesayangan ko baik baik eh.aku ingat lagi yang dia selalu pesan kat aku dengan hani qin timah semua.suruh jaga kesihatan.jangan amik mc bulan puasa hari tu.sebab nanti x dapat duit raya.tapi last last.dia yang amik mc sebab sakit perut.pe cer bro? haha

even kerja dengan stress.menari.bercakap.menyanyi.macam macam hal kitaorang buat.siap ada manager cakap kitaorang buat konsert kat atas.bagus betul.sengal qin la punya idea.haha.

lagisatu yang aku suka ngan dorang ni.dorang tak berkira.walaupun kerja biasa biasa.kerja susah payah nak dapat duit beribu ribu.tapiiii..sangat tak berkira.suka belanja kitaorang.kitaorang faham kesusahan dorang nak dapat duit tu.tapi hati dorang tak susah nak belanja kitaorang makan.hampir semua belanja kitaorang.kitaorang nak belanja dorang pun.fikir 2 3 kali.macam segan gak la ngan dorang.tak berkira.kalau kirim pape.mesti tak nak duit balik.stress gak kadang kadang.sebab rasa bersalah.huish.

kami diberi pesanan ringkas oleh abang yusuf.kata dia.bila jadi bos.layan pekerja dengan baik.sebab kita semua sama.kita semua menumpang kerja di bawah bumbung yang sama.cleaner tu pun kita kena hormat.betul abang yusuf! kami dengar! pastu dia cakap.belajar rajin rajin.sekarang zaman dimana lelaki dengan perempuan sama taraf.kalau kita yang perempuan tak belajar rajin rajin n kerja bagus bagus.susah nanti.pastu dia cakap lagi.kalau bercinta tu.ehem.jangan percaya kat lelaki.kalau dia cakap dia seorang pemalu dengan perempuan.persetankan.kalau dia cakap dia tak pernah kapel.persetankan.kalau dia cakap dia setia semua.persetankan.percaya.tapi jangan semua.faham?

huhu.

abang yusuf chief cashier.dia dah berhenti dah.jaga parents dia.rindu gak dengan dia.sebab dia sangat la heppy orang nya.dan dia cakap! senyum selalu! sebab kalau kita stress n senyum./stress tu akan pergi jugak.huhu.baguslah abang yusuf.kami akan merindui abang! oh ya.dia sorang je yang panggil kitaorang adik.tiba tiba rasa nak ada abang angkat.ehehe.gedik.

kepada kawan kawan sekerja.hani.qin.timah.naim.nana.faiz.yan.syukri.dan lain lain.terima kasih sebab jadi kawan aku sepanjang berbulan bulan ni.terima kasih dengar ngarutan aku sepanjang ni.terima kasih dengar bahasa kasar aku sepanjang 3 bulan ni.haha.jumpa lagi.aku ingat semua nasihat korang! bak kata faiz.jalani hidup dengan tabah.pergh.sentap punya ayat.huhu

ok! babai!

selamat belajar semua! kawan kawan! kita jumpa di palam ya! =D

Aug 14, 2011

kerja

salam.

masuk hari ni.dah tiga belas hari kan kita puasa? ehem.puasa tahun ni.bagi aku lain sikit dari tahun tahun sebelum ni.tahun ni aku berpengalaman untuk pertama kalinya bekerja.alhamdulillah.setakat hari ini.aku berjaya bertahan! eiceh.

pengalaman bekerja masa puasa..sangatlah mencabar but at the same time.banyak benda aku belajar.mencabar kat sini macam macam hal la.dengan kawan kawan sekerja.dengan bos.dengan customer terutamanya! dari situ la aku belajar cara mengawal emosi.terima kasih pada bulan ramadhan.kalau bukan bulan puasa.dah aku caci maki da customer ni.huhu

masa sebelum puasa.aku and da geng.takut sangat nak hadapi.sebab macam menakutkan dengar cerita dorang semua.kata busy sangat la.customer ramai gila la.tapi setakat hari ni.semua under control.kalau ramai tu biasalah.lagi lagi nak raya sekarang ni.comfirm sangat lah ramai.memang sesak.tengok pun rasa nak pengsan.tapi baguslah.setakat ni berjaya kawal anggota badan supaya tak pengsan! huhu

dulu sebelum kerja.aku dah fikir aku tak nak kerja kedai kedai macam ni.sebab nanti puasa.penat.ramai orang.tak dapat cuti.tapi nak buat macam mana.aku telah ditakdirkan untuk kerja disini.biasalah.kita selalu dapat benda yang kita tak nak.dugaan tu.

kerja kedai macam ni.masa bulan puasa.sangat sangat tension.sebab apa.macam macam ragam customer korang jumpa.ada yang baik.ada yang tak sangat.hurm.aku pelik.customer ni.kadang kadang biadab jugak ngan kitaorang.contoh macam tanya harga baju.tanya saiz.nak menjerit aje.kadang kadang macam nak carik gaduh.pelik la rakyat malaysia ni.emosi aku selalu kritikal bila susun baju melayu.baju melayu kan gantung kan? bila dah ramai customer.tak ada nya gantung elok elok.macam cekodok dah rupa.tension weh.kalau yang ada dalam offer bin.means yang lipat lipat tu.pergh.jangan tanya.memang macam bukit.aku pernah kena sekali.baju t shirt.sebelum puasa.aku lipat cantik cantik.dah siap.aku pergi tempat lain.5 minit kemudian aku datang.pergh.rasa nak nangis kat tempat kejadian.hancur.aku nampak gunung je.masa ni.rasa nak pengsan.

susah nak cakap tau.kadang kadang customer ni buat kita geram je.tengok kita ni macam tak ada ilmu.bukan se orang yang kerja kat kedai kedai macam tu bodoh tau.bukan maksud dia tak ada education.bukan nak cakap aku.tapi setelah beberapa bulan aku kerja situ.aku dapati.ramai je yang educated.cuma dorang tak ada rezeki lagi nak pergi ke bidang yang dorang carik.tu kira macam part time dulu la before dapat kerja tetap.

musim raya sekarang ni.ramai carik baju melayu.baju kurung.baju baju semua tak ada stok.memang apa yang kitaorang display itu je la yang tinggal.jujur aku cakap.sekarang aku kesian bila mak cik pak cik carik baju yang dorang nak dengan muka eksited tapi at the end tak dapat beli sebab tak ada saiz.maafkan saya.lagi lagi kt bahagian children.tumpang sedih bila budak budak nak pakai baju tu.tapi tak ada saiz.pastu mak dia pujuk dengan suara lembut.sayu je.huhu  

adik.kalau akak pandai jahit.akak boleh jahitkan untuk adik.ehehe *tipu je*

bila dah kerja bulan puasa ni.kesempatan berbuka puasa kat rumah selalu gagal.aku la gagal.aku ingat lagi.masa puasa pertama je aku dah gagal buka kat rumah.sedeh ooo.aku dengan timah.masa ni tak nak bukak kat gerai.konon nak jalan jalan sambil makan.tapi lagi sedih bila ko jalan jalan.bawak air bungkus dengan wafer.sekali ada mata mata yang pandang pelik sampai kita pun rasa pelik dan baru kita sedar yang rupanya dah masuk waktu berbuka dan dorang tengah makan dengan sedapnya.huuuuu T-T

lama lama ok dah perasaan sedih ketika berbuka.sebab apa? sebab ada kawan kawan.terima kasih kat naim.syukri.sebab bulan puasa ni.rezeki diaorang murah dan dorang murah hati belanja kitaorang.rajin pergi bazar.amik order kitaorang.konon nak belikan tapi rupa rupanya belanja terus.uish.rasa bersalah.moga korang murah rezeki ya. =')

bila buka dengan kawan kawan.tak ada la sedih sangat.meriah jugak rasanya.huhu.selama ni aku kemas kemas baju melayu.aku buat untuk tempat tu kelihatan kemas je.bukan cantik dan menarik.tapi sejak aku tengok cara kerja kak menaga iaitu partner aku jugak.fuhyooo.rasa macam masuk butik.dia memang susun ikut turutan warna.kalau ikutkan.memang kena macam tu.ikut plan yang dia bagi.tapi dulu aku malas.janji kemas je.sebab aku tak suka bahagian baju melayu.nak muntah tengok baju yang seluarnya digumpal gumpal masuk dalam hanger.siud je kan? dugaan~

kak menaga rajin kemas baju melayu.sampai aku naik hairan dan buat kesimpulan sendiri.

ala.akak menaga tak hidup dengan baju melayu.aku hari hari tengok baju melayu dalam rumah.jemu.

alasan mengarut gila.hani, qin ngan timah pelik je dengar statement tak masuk akal aku.

so aku susun gitu gitu je la.bila kak aisyah cakap yang kalau dah susun ikut warna.kita akan rasa puas.baru aku try.dan betul.puas gila bangga sikit.ehehe.so mulai beberapa hari yang lalu.aku berjaya buat dengan jayanya.eceh.sabar gila la weh masa kemas tu.mujur tak muntah.blergh.

tapi raya tahun ni aku tak rasa sangat.sebab entah.busy kerja.hahah =P t sambung lagi.esok full.nanti aku tulis lagi.ehehe ok daa~ nanite.

Apr 17, 2011

Day TEN: TEN final words

"semoga aku lulus dengan cemerlang untuk final yang bakal menjelang."


sekian.tamat sudah.siri buang masa ini.fuhh~

Apr 15, 2011

Day NINE: TEN ways to win my heart.

erk.entri ni paling susah nak buat.tu yang aku amik masa lamaaaa sangat.konon nak hold dulu la tajuk entri ni.sebab memang tak tau nak tulis apa.huhu.gedik.


1. boleh jadi imam
ni yang paling penting dalam memenangi hati saya.wooho.

2. suka bercerita
ni penting sebab bila jalan jalan o apa apa.tak da la nampak kesunyian atau masing masing melayan perasaan sendiri.tak best!

3. cool!
ni penting sebab aku cepat gelabah.so kena carik seseorang yang cool.so that dia boleh control atau tenangkan diri aku yang menggelabah ni.

4. kemas
ni penting sebab kekemasan mementingkan keperibadian diri.haha

5. kelakar 
ni penting tapi jangan lawak bodoh atau lawak raja lawak tu.sungguh tak kelaka.
6. caring!
sape tak nak orang caring weh~

7. pandai pujuk
sebab aku selalu merajuk.haha gedikk.

8. berkebolehan
 berkebolehan means apa apa kebolehan.melipat kain adalah sangat dialu-alukan.haha

9. matang dan berfikiran jauh!
lelaki wajar berfikiran matang!

10. tepati janji
ni sangat penting ok?

fuh.selesai sudah.

Apr 6, 2011

Day EIGHT: TEN of my feveret song


lagu ni akmal bagi.tapi b4 tu dia bagi lirik je.sebab aku bagi mesej frenship day.aku ingat poem biasa.rupanya lirik lagu.lirik yang melekat.

'dear god the only thing i want to u is to hold her when i'm not around when i'm much too far away'


lagu ni melekat dari dulu sampai sekarang.tak jemu.tgk MV lagi tak jemu.


dalam lagu ni.jay chou gila sweet.sedap lagu dia.dicampur dengan mv yang sweet but no sweat! hehe

lagu ni macam entah.tak reti nak cakap.tapi aku sukala.nak karok pun sedap.haha sedap kot sore aku nyanyi lagu ni. *perasan*


hah.masa lagu ni baru kua tapi filem merong tu belum tayang.aku dah TERjatuh cinta dengan lagu ni.and fikir sure sangat lagu ni meletup.sebab anuar zain kot.nyanyi dah la mendayu.btw suka sangat lagu ni! thanks anuar buatkan lagu yang sweet untuk saya.TERharu~


ni bukan lagu.but more tu instrumental.eh yeke? entah la.haha aku suka bunyi gitar sebenarnya.so pape lagu yang ada gitar ni.aku suka dengar gorengan gitar.petikan gitar atau ape apelah berkaitan dengan gitar.lagu ni akmal gak bagi dengar.


lagu ni aku suka part hip hip~ haha lawak je.rasa bergerak je kepala.bukan bergerak 360 darjah.haha 


lagu ni dah lama ke? aku tak pasti.tapi macam aku lambat je dengar.sedap.macam lagu lagu taylor swift yang sebelum ni.semua sedap sedap kot.


lagu ni dah lama sangat.tapi serius tak jemu.aku hafal sebijik sebijik.sikit hari lagi boleh ganti vokalis dah.haha meroyan sikitla kalau wujudnya lagu ni kat radio.haha cuba dengar bunyi gitar masa last last tu.sedap.


aku tak pasti mana aku jumpa lagu ni.tapi misi seharian carik lagu tu macam berjaya lak rasa.haha

Apr 4, 2011

Day SEVEN: TEN important people.

1.Mak
 of kos mak aku! cik puan sarimah binti sedaan.saya amat memerlukan beliau sebab beliau ubat penenang saya.sebab aku selalu gelabah kalau hadap satu prob o apa apa yang buatkan aku cepat tensen dan seterusnya.huhu

2.Ayah
my dad.aku tak rapat sangat dengan ayah aku.tapi kalau ada apa apa hal.ayah aku jugak aku carik.huhu tu dia.encik ahmad bin samori! 

3, 4 , 5,6
adik beradik aku.
kepada cik kak wannor aiyunna, nurul alea , wannaidde plus adik kecik nur einsyirah!
mereka mereka ni penting untuk menceriakan rumah dan hari saya.even semua macam degil sengal dan sebagainya.tapi adanya mereka cukup cukup buat hari sempurna.aiceh! Uyun ngan ayu.penting untuk bergosip.adi penting untuk mengambil air, pinggan nasik dan sebagainya *memanjakan diri* syira penting untuk sama sama melalak.hahaha =D

7,8,9, my super duper best flen!! 
cik norfaziahtun binti mohd ali, nur izzati binti elias plus noor faraha binti asri!
 mereka mereka ni penting! sangat penting.macam ati.dia dah macam pakar perunding aku.perunding segala macam.imej, perasaan, emosi dan sebaginya.huhu dia macam akak.dia matang orangnya! even anak bongsu.haha Faja pun matang.kalau ada prob.aku refer 2 orang pakar ni la.haha kalau balik kajang pun.dia gak la selalu hiburkan hati ni.huhu faraha amat penting untuk aku menjalani kehidupan normal kat puncak alam ni.siyes kalau tak.sure mati kutu aku kat sini.dia je la gang aku masa diploma yang tinggal untuk meneruskan degree.so memandangkan kami da lama kenal.so pape prob pun aku rujuk dia.haha gedik kan aku?

 
10.Akmal Faiz
hah.encik akmal sangat penting.banyak gak dia pengaruhi aku dalam hidup dia kepada kehidupan aku.contoh macam lagu lagu.aktiviti.ape dia minat.dia salurkan kat aku.pastu disebabkan aku cepat menggelabah.dia selalu gak la membantu dlm mengawal kemenggelabahan aku ni.haha pegi mana mana pun rajin hantar.bukan nak amik kesempatan.tapi dia yang offer.kawan aku haris cakap.aku manja.sebab balik kajang selalu berjemput.haha bukan aku mintak dijemput. =P

Apr 3, 2011

Day SIX : TEN items I CAN'T live without

1. Duit


2. Eyeliner


3. Broadband
aku tak kisah ada lappy tapi aku kisah kalau tak ada intenet.penting ni.inilah puncak pembuangan masa aku berlaku.ehehe


4.TV


5.Hp
 oh c3 kesayanganku.akan ku tatang dirimu bagai minyak yang penuh.aku janji.hayatmu akan melebihi tempoh warranty.even sehari.baru lega rasa dihati. =P

7. kenderaan awam.
harus akui adalah sungguh leceh untuk naik perkhidmatan awam.lagi lagi bas.bas nak ke shah alam lagilah leceh.banyak pengalaman pahit aku naik bas.tapi i can't live without u bus~ ktm~.huhu pasrah gila.tapi aku prefer ktm la paling koman.sebab cepat lagi dari bas.pastu tepati janji.kita lupakanlah tahap kesesakan dia ye?

8. pendrive
pergi mana mana.pendrive tak boleh tinggal.langsung.pergi dating pun bawak pendrive.haha kalah kamera =P

9. kamera
tak amik kamera gambar tak pe.janji kamera dibawa ke mana saja.tapi keberapaan kali *apakah ayat?* dibawa ke hulur dan kehilir tak sesentiasa pendrive. *erk.faham ke?*




10. berus gigi.
okay.kalau pencuci tertinggal.boleh pinjam.tertinggal sabun mandi.boleh pinjam.tertinggal ubat gigi.boleh pinjam.tertinggal berus gigi masa pergi camp? alamat.erk.gulp.gulp.harap aku tak tertinggal ini benda masa survivor camp nanti.malapetaka. 

serius.balik rumah.aku jarang online.inikan nak update blog.ngehngeh. =B

Apr 1, 2011

Day FIVE: TEN wishes =)


1. harap akan datang satu hari dimana aku boleh belanja famili aku macam macam dengan  hasil kerja aku sendiri.amin.

2.keharmonian.keakraban.kesengalan kami sekeluarga berkekalan.

3.akan adanya perkhidmatan awam yang menyenangkan dan laju seperti LRT, KTM ke the curve, One Utama, IKEA.sebab aku bukan pengingat jalan.

4.harap bila aku bangun dari tidur.keajaiban berlaku.seperti.ingatan aku menjadi kuat.aku jadi tinggi.wah!

5.berharap sentiasa dikelilingi kawan kawan yang sangat sangat membantu.baik hati.seperti yang sedia ada sekarang. :)

6.berharap satu hari nanti ada photographer nak amik aku jadi model. *kahkahkah*

7. berharap aku boleh bawak kete pegi puncak alam.so that tak payah susahkan orang nak anta jemput tumpang dan sebagainya.haha *dunia lebih cerah that time*

8. semoga aku dipanjangkan umur.dimurahkan rezeki dan sentiasa bahagia dengan orang tersayang dan dapat keje dengan cepat dan dapae keje best best. *cepat kaya*

9. untuk jangka masa panjang.aku harap aku bertemu jodoh dengan cepat. *gatal nak kawen*

10. to be listed in dean's list for once! =D


okay.sori.lambat jugak update status ni.busy busy busy women.sori ya!

Mar 30, 2011

Day FOUR: TEN things I want to say to ONE person


okay.selalu orang nak cakap kat parents dia.tapi aku rasa aku nak cakap kat adik aku.nama dia.
nurul alea ahmad or aku panggil dia uyun.

*aku tak boleh nak upload pic dia.sebab tengah dalam penjimatan speed limit.aku benci mesej bertalu talu datang yang bagitau speed aku dah terlebih limit.argh.kecoh.*

1.semoga rajin memasak dan masaklah tanpa dapur kelihatan seperti tongkang pecah.
dia bila masak.agak pelik.satu rumah gelak.sebab bukti yang dia adalah orang terakhir yang perlu masak.selalu kejadian berlaku.bila aku kakak aku mak aku.orang orang kedua ketiga terpenting untuk masak tak ada.masa aku balik johor dengan mak plus kakak aku.dia masak.so terkejut.
''uyun masak~ huiyo~''
tapi aku suka dia duduk tengok anime.sebab kalau dia masak.ko rasa penat gila.kuali.batu lesung.bawang.merata rata.jelas kekabutan dalam diri dia.
2.study rajin rajin
dia ni terlalu relaks.relaks sangat dalam hal study ni.mulut sampai tak cukup buih nasihat.nasib dia dapat keputusan yang baik dalam spm lepas.tak sangka pun.sebab kalau tengok dia study.rasa nak nangis je.huhu relaks sangat.dah la tak dengar cakap orang lagi senior dari dia.aku rasa semua atas doa kami sekeluarga.cikgu2.kawan kawan.serta kucing kucing kami.

3.dah keje jangan lupa belanja kakakmu yang super duper cute makan
oh ni pesanan selalu aku pesan.
''kalau dah keje nanti.aku tak ada duit.aku nak pinjam duit ko tau.tapi ko kena la keje best best.''
haha kakak yang amik kesempatan
4.segeralah berfashion
hurm.kalau keluar dengan aku.dari atas sampai bawah aku cek.sebab dia.hurm.susah nak ditafsirkan.haha.biasalah.budak sekolah.tak reti berfesyen.dia tak suka pakai selendang.tudung sarung.gemar pakai crocs yang besar kott.seluar jeans yang macam otai sesat mana ntah.tudung pun main pakai je tak kisah senget atau ada gelembung udara.sorry to say.selekeh weh! tapi dia tak kisah pun ko cakap selekeh.sebab dia tak kisah.tapi kua ngan aku dia ada 2 pilihan.sama ada nak selekeh.atau dengar khutbah 2 hari 2 malam dari aku tanpa henti.nasib dengar.dia bukan tak cantik.tapiiii...oh uyun.segeralah berpesyen.haha
5. bercita citalah setinggi langit
cita cita dia memang tinggi.bagus bagus.kadang kadang mengarut dan terlalu murni.haha.mungkin pengaruh dari anime.haiyah.=.=" kalau murni pulak.bila dia semangat memikirkan hal masa depan.contoh nak beli rumah besar.so nanti leh duduk ramai ramai.nak kereta besar.so boleh pergi jalan sama sama.pastu nak bawak parents jalan jalan keliling dunia kalau dia dah keje n kaya.huhu nak bawak pergi haji umrah n sebagainya.huhu kadang kadang rasa macam aku tak pernah fikir macam tu pulak.
6.jangan cepat gelabah
ni perangai dia yang menyusahkan orang.dia tak leh orang pandang dia.atau orang ramai sangat ke apa.nanti dia gelabah.gelabah kalau tak tercicirkan apa apa.okla kan? ni sampai tercicir duit.adoi~ pening jugak kitaorang.penah satu hari tu.lepas spm.dia nak kua dengan kawan kawan.disebabkan terlalu gelabah sebab da lambat.dia pergi ke mines tanpa bawak sesen duit pun.tepon aku suruh adik laki anta duit.adik laki dah sampai ktm nak bagi duit.dia dah selamat sampai mines dengan alasan.kawan dia sapot.selamba gila minah ni.aku jugak pening.=.="

7.hati hati pilih kawan
kalau ada rezeki dia dapatlah sambung belajar.harap harap begitulah.so aku harap kalau dia dapat sambung mana mana.tolong tolong tolong pilih kawan.sangat penting untuk ko succes.

8.janganla fanatik sangat dengan anime
dia selalu tido 2 3 pagi untuk tengok anime yang berjuta juta episod.dan aku adalah mangsa yang kena teman dia tengok anime dengan alasan takut hantu.tak salah tengok anime.tapi...membazirrr~

9.jangan terlalu murah hati
murah hati tu bukan tak boleh.tapi kena berpada.jangan at the end of the day.ko jugak yang susah.dia sangat baik.suka belanja.IF dia ada duit.dapat gaji atau apa apa.percaya atau tidak.kalau dia ada duit.keluar mana mana.dia belanja.suruh order yang paling mahal.tak boleh blah.aku gak yang malu plus risau nanti dia habis duit.lagilah malu.selalu pesan dengan dia.simpan simpan simpan duit.tapi alasa.bukan selalu.alah dah janji.last last.aku jugak tak reti nak cakap ape.huraian dia panjang lebar gila.last last.apa apa lah uyunnn~

10.terima kasih jadi adik yang baik!
adik yang sangat baik.kalau aku balik.dia orang paling eksited.rajin belikan macam macam untuk aku.pergi karnival buku pun ingat nak dapatkan tandatangan kouru sebab aku minat gila dengan pelukis tu.dia tau aku minat gila sebastion dalam kuroshitsuji.sampai belikan aku cd ori dia.huah.TERharu aku =') besday aku pun dia bagi hadiah mahal gila padahal aku bagi hadiah biasa je.huhu sedih je.

Mar 29, 2011

DAY THREE: TEN things I HATE

1.Teddy bear
oh aku kurang sikit bab bab teddy bear ni.entah.aku tak reti nak tidur dengan teddy bear.yang ada pun satu.patung mr bean.tu pun aku baringkan dia kat tepi.kadang kadang jadi alas tutup mata.haha sadis kan kisah hidup teddi? selalu hadiah hadiah yang aku dapat masa besday ke.hadiah buah tangan ke.aku prefer simpan kat atas meja.dalam almari.haha buat peluk peluk ni.erk.tak sesuai.gegurl.haha =P

2. Binatang tak ada kaki
cacing.lipan.ular dan apa apa yang sewaktu dengannya,aku tolak tepi.euw.cannot cannot.pacat lagi! huh! tu jangan la.ada kata pacat comel la.ape la.no no no.itu bukan untuk aku.sejak tengok kaki kawan aku alami kegatalan dibahagian kaki sejurus digigit pacat.aku tak sudi memandang pacat.lintah.euw.tu kejam.menangis aku kalau nampak dia bertenggek kat badan aku.nonono.this is not gud.aku selalu bayangkan macam mana kalau dia masuk dalam badan kita? oh tu tak leh.ngilu aku bayangkan.full stop. macam mana nak survive masa survivor camp nanti.memang pacat keliling pinggang punyelaaaa.

3.Doktor
aku takut sangat jumpa doktor so kalau demam aku tak akan  jumpa doktor.entah.jumpa doktor gigi pun aku berdebar.haha gilalah.kalau sakit pape aku rela amik ubat dari jumpa doktor.entah.seramlah.nanti dia kata.kamu ada sakit ni sakit ni.mau pengsan aku ditempat kejadian.doktor? tak leh.sampai sekarang aku tak berani jumpa doktor tau.

4. Perkara sedih
oh part sedih sedih ni.aku tak suka.cerita sedih.lagu sedih dan sebagainya.t aku pun tumpang kaki sekali nangis.hah tu yang perlu dielakkan tu.pastu terbawak bawak.pastu emosi.pastu tacing secara tiba tiba.tak suka tak suka.

6.Lalu lintas sesak
aku bukanlah pemandu yang selalu memandu.lebih ke arah jadi mak datin.tapi bila jem.aku tensen.macam tertekan tu lain macam.kadang kadang akmal tegur.nape aku pulak nak tensen.aku bukan bawak kete.duduk sebelah.kadang kadang tertido.*jahat gila kan* tapi entah.rimas la duduk diam diam je.buat aku lagi rasa nak kejar masa.

7.Laksa
uh.ni aku tak minat.tatkala ramai manusia memuji laksa.aku bukanlah dari golongan itu.hummm..aku tak minat laksa sebab.aku ada peristiwa hitam dengan laksa.hoho.pada aku.laksa akan beranak.atau membanyakkan bilangan diri dia dalam kuah ikan tu.dulu masa beraya.raya dengan sedara mara.ada satu rumah tu hidangkan laksa.aku dengan semangatnya amik la laksa ni.makan makan makan.tapi lama lama.aku perasan.aik.nape tak habis habis ni.beranak ke? makin banyak pulak.menakutkan.so sekarang.kalau ada rumah hidangkan laksa.aku amik 3 4 je mee dia.yang lain adalah kuah.senang cerita.


8. Naik tangga
lemah! lemah! lemah! lemah lutut aku bab naik tangga ni.dulu berupaya lagi.tapi sekarang.naik tangga masuk bilik pun macam ya allah~ penatnya! last last.mintak tolong ina urutkan kaki.macam orang tua kan? tapi.hello.sape je suka naik tangga? semput weh~


9. Lipat kain
bukan maksud aku tak lipat kain baju aku.tapi macam terpaksa buat la.tak ada kebahagiaan masa buat tu.terpaksa u noe? aku harap aku dapat seorang suami yang rajin suka cintakan aktiviti  lipat kain.wah.bahagianya hidup.


10.Ubat
huaaaaah.ni sangat dijauhkan.percaya atau tidak.kalau demam.aku jarang sangat makan ubat.sebab pahit! tak sedap! aku ingat lagi masa sekolah dulu.aku sakit tekak.ayah aku paksa suruh makan ubat.depan adik beradik kena marah.nangis nangis tak nak.muka kakak adik aku.macam kesian je kat aku.adik laki aku siap geleng geleng kepala.hahaha pastu kalau makan ubat pil pun sama.aku selalu makan tak sempat masuk tekak.pastu dah rasa pahit dia dah.blerghhhh.muntah balik.habis basah satu baju.makan ubat guna gelas tingggiiiii punya tau.fuh~ berpeluh.sekarang dah terkawal sikit.haha aku lagi rela kena suntikan dari makan ubat.

Mar 28, 2011

DAY TWO: TEN things I LOVE

1. Durian
aku sungguh gilakan durian.makanlah bape biji.bukan ulas ye.biji.makan bape biji pun.badan aku tak panas.hebatkan?? hahahah so aku gelarkan diri.puteri durian.kahkah! =P

2. Kamera
pegi mana mana aku selesa bawak kamera.tapi sejak kamera pulih dari sakitnya.aku jarang bawak dia.sebab riso dia sakit lagi.lagisatu perangai yang membengangkan orang.aku suka amik gambar tapi malang.aku malassssss gila upload gamba.

3. Henpon
hah.ni nyawa.dulu aku tak pernah kisah pasal henpon ni.ala bukan penting sangat.kalau hilang pun.bukan apa apa pun.tapi selepas kejadian malang henpon putih aku masuk ke lohong hitam.baru aku sedar.betapa pentinggggnya henpon.hahahah jelas.kita akan memerlukan dia bila kita kehilangan dia,aiceh.

4.Gelang
hah.ni koleksi baru yang aku suka.aku suka gila gelangggg...sebelum ni aku gilakan baju dengan beg.but now keadaan ekonomi kian meleset.so aku lupakan minat aku demi menyara diri sendiri.lagi lagi bab makan.i kuat makan u noe.so sapot la aku dengan belikan gelang baru.HA HA HA

5.Makan
 ahahahah.malu beb.nak tau cita cita aku kalau aku dah keje?? aku nak spend masa satu hari dengan makannnnn je.cita cita pelik.kalau akmal dah keje pun *if jodoh panjang* kalau dia dah gaji.aku ingat nak suruh dia belanja makan banyakkkkk sangat.yang boleh order macam macam makanan.hah.penuh meja.bestnyaa! *tak senonoh kan dah fikir nak mintak belanja apa sebelum dia keje.ish ish ish*

6. Laptop.
hah.ni nyawa terbesar ni.aku tak dapat bayangkan kalau dia hilang.lagi lagi duk rumah sewa ni.kalau dia sakit pun aku dah cuak gila.aku tak kisah sangat hal hal lain.melainkan gamba di dalam lappy itu sendiri.risau di amik orang.bukan mintak.tapi tula kan.imaginasi tinggi.tapi risau risau pun.berani jugak aku simpan laptop time dorang sume dah balik.bajet berat bawak balik umah.

7.Eyeliner
haha.ni penting bagi aku untuk muka aku nampak bermaya.kalau tidak.
"ecah,tido kul bape malam tadi?''
aku tido lambat pun.bukan study. =.="

8.jalan jalan
aku tak pasti ni termasuk ke tak dalam kategori ni.haha ah tak kesah.janji benda aku suka jugak.aku suka jalan jalan! sangat suka.satu hari berjalan pun aku tak kisah.memang eksited habis la.lagi lagi bila makan makan.jalan kaki macam kat bukit bintang pun dah ok.tapi silap sikit.aku kuat jalan tapi aku cepat penat.kadang kadang pening.haha lepas makan baru bertenaga.pastu tak larat balik.stamina lemah!! 

9.Masak
hahaha.ni pelik.tak sure korang percaya ke tak.tapi aku sukaaaa masak.masa form 1 selalu duk rumah sorang sorang.so macam macam benda aku masak.paling hebat masa tu.nasik ayam la.leceh gila masak nasik ayam ikut resipi.tukar tukar periuk la.guna sup itu la ini la.masa tu la.pirst time.minat yang mendalam dalam masak ni.membuatkan aku berani masuk apa apa bahan dalam masakan.ingat lagi masa form 3 tak silap.bajet habis sekolah nak masak nasik goreng spesel.masak masak.semua bahan plus macam macam bahan aku masuk.dengan bangga.
'alah, bukan mati pun..'
sekali! lepas makan terus lalok lalu tidur dengan tak sedar diri.huish! tu resepi buatan sendiri last aku buat.

10.Menari
ni sangat suka.dulu zaman sekolah.rajin menari.masuk kelab bagai.tarian lilin or piring feveret aku sampai sekarang.best best.mencabar kelembutan jari jemari la.haha sekarang dah gian menari.sampai rasa nak carik pusat tarian kat kajang.aku dengan kawan aku faja.tapi bayaran bapok mahal.so bila persembahan dinner nanti.kelas aku buat tarian.so macam.wah! gian dapat dilepaskan! tu menari secara rasmi.kalau kat rumah.menari lain.macam kelab kelab tu.haha aku sorang je yang macam ngeng sikit.pandang cermin.amik penyapu.pasang radio kuat kuat.menari macam hape je.adik lelaki tengok.hanya mampu geleng kepala.redha je kakak macam ni.hahahah  =D korang try la.best! hahaha eksasais tau!

entri ni patut berterusan.tapi aku busy busy busy women.haha sori ya!

Mar 26, 2011

Day ONE: TEN things about ME



1. sukakan warna kuning! tapi tak banyak koleksi warna kuning.



2. tak suka cokelat tapi suka semua kek coklat! nyum! nyum!


3. tak makan benda bercangkerang.siput? lala? kerang? ketam? sila lupakan.tak minat.


4. tak pernah berjaya masak megi dengan lazat.semua misi gagal.selalu suruh adik lelaki masakkan.kepada future husband.masakan megi tak mungkin akan disajikan untuk hidangan kita bersama.janji.


serius menangis suami aku tengok maskan megi aku.tak sanggup.


5.kalau makan luar.MCD contohnya.menu yang sama je selalu order.iaitu Mc Chic.kalau makan nasik campur.lauk yg sama aku amik sepanjang bulan.tahun.semester.bajet setia.haha bosan? nope nope.

6.seorang yang emosional.sensitif.kuat menangis.cry baby cry. =P


7. sangat cintakan ayam.tanpa ayam.tak berseri hidup.oh ayam!


8. cepat menggelabah.blergh.tak cool langsung!

9. tak pernah ingat jalan.even da pegi satu tempat beratus ratus kali.banyak kali dinasihati encik akmal.tapi buat tak tau.mungkin aku short memory.oh dem.


10. kakak yang garang.kuat membebel.roar!



sekian.

Mar 9, 2011

cubaan pertama

semestinya aku kan di hentam teruk mungkin bakal di hentam teruk.sebab aku bertekad nak pasang alarm clock yang gila annoying
aku tak pasti la ni boleh buat tergelak dalam tido ke apa.
nak dengar? 


hahaha.doakan aku selamat pegi kelas esok pagi.cubaan pertama ni!.haha
selamat malam! 
dengar lah bunyi alarm baru saya!

Dec 1, 2010

lagu ulang alik - What If (Jason Derulo)



suka sangat lagu ni!
dengar kat radio aku dah tau sape nyanyi!
sape lagi kalau bukan yang popular dengan watcha sayyy dia tu.huhu

so mari nyanyi sama sama!

what if?
what if i'm the one for you?
and you're the one for me?
what if...

if you are the one
then us meeting here is fate
future with a dog named Ben
buy a house with fireplace
this is the first time i've seen your face
but there a chance we are soulmates
i know that this might sound crazy
you don't know my name

but we can't
we can't tell
the future no
the fisrt kiss, the beauty of the world we know
so Imma say
duuuuduuuu duuuduuu duuuduuu duuuduuu duuuduuu
baby, what if
we all can say
duuuduuu duuuduuu duuuduuu duuuduuu
baby, what if

what if (6x)

picture me on one knee
with the perfect diamond ring
we just met, but if you say 'yes'
we'd have our wedding on the beach
it could happen, raise three kids
and grow old so happily
i know this may sound crazy
cuz you don't know my name

but we can't

we can't tell
the future no
the first kiss, the beauty of the world we know
so Imma say
duuuduuu duuuduuu duuuduuu duuuduuu
baby, what if
we all can say
duuuduuu duuuduuu duuuduuu duuuduuu
baby, what if

don't know what tomorrow brings
but i'm still hoping
that you are the one for me
oh and what if i had you and what if you had me ann
baby, what's the reason we can't fall in love?
what if
what if
what if

but we can't
we can't tell
the future no
the first kiss, the beauty of the world we know
so Imma say
duuduuu duuduu duuuduuu duuuduuu
baby what if
we all can say
duuuduuu duuuduuu duuuduuu duuuduuu
baby what if
(ulang 2x)

so dengan rasminya! ini adalah lagu halwa telinga putaran ulang alik buat masa ini sebelum aku berjaya mencari lagu lain!sekian! selamat menyanyi dan sedikit menghayati.tapi aku tak faham MV dia.so how meh?? hehe

*but we cant~ we can't tell~~



Nov 22, 2010

JUBAH.RAPTAI.ONE UTAMA.KAWAN KAWAN=HAPPY~! :)

hari ahad semalam
21 hb 11 2010
best gila!
why??
ada 'raptai' plus amik jubah untuk konvo.
huhu
raptai ke??
nope nope
sedikit demonstrasi plus dengan taklimat dari encik tidak bernama.
keluar seawal 8.10 pagi dari rumah pah
drive ke shah alam
sampai dalam 8 lebih lebih jugak la.

macam ni la ramainya
masa kami datang
kalau tak dah depan jugak kot
tapi pah tertinggal surat surat kat kereta dia
patah la balik~
belum amik pic dari baris belakang
mak oii
panjang~
okeh.
jijah dengan mus
tak ada gosip
atau bukan gosip
mus dah keje
kat melaka
aku tanya
'ko bila nak kawen mus?'
mus jawab
'kawen menda.awek pun tak ada'
aku cakap
'blahhh la ko tak ada awek.aku report kat tutt~'
mus pandang dengan pandangan yang sungguh menakutkan
diredakan jijah.
mus ngok ngek!
manusia paling menakutkan didunia!


huhu.
baru nak tanda tangan semua.


ini nanad~!
mata laksana cakaran harimau!
haha
terima kasih kepada contact lens.
tak sempat tanya jenama ape.



okeh.
ini jijah!
saya rindu banget sama dia!

kad bukti dah buat kajian.
aku baru buat malam tadi (sabtu)
thanks tu pah
jalan satu klang
nak siapkan menda ni
semua cc di klang
lebih tertumpu pada permainan game.
masuk kampung baru jumpa
cc ada printer.
hebat kan pah?
ceruk dunia semua dia tau.
artis~!


huah!
aku dah eksited da.
hehe



serius masa masuk bilik amik jubah tu
best sangat!
rasa semangat tengok jubah jubah.
sape sape yang belum grad.
belaja betul betul!
nanti korang rasa ape yang aku rasa!
hehe


jijah.aku.pah



huda.nanad

huda kami rindu jugak.
lama tak dengar cerita
masih kiut seperti dulu
ex roomate aku tu~!




kk(kamaliah kassim).aku.pah.mus


selepas amik jubah.
try jubah
rehat sebentar





sementara tunggu taklimat nak start.
kami sempat melaram dengan jubah masing masing
masuk kat bilik pameran jap
ni 3 orang ber'hud' tu
ijazah
kami tak kenal
depa suh kami bergamba sekali
bagi ramai orang
haha
cun~!



dah siap semua.
kitaorang gerak pegi dewan seri budiman
taklimat
lapar gilaaaaa.
sangat lapa
menyesal tak breakfast dulu
haiya
=_="


encik ni tak dikenali namanya
semangat je bagi taklimat
ada kamera tau
kamera tu arah audiens
semua semangat je bila kamera fokus kat muka depa
mula mula la
sebelum encik ni bagi taklimat

then
kami ke one utama~!
yay!
tahukah anda betapa mencabarnya perjalanan kami nak ke OU??
boleh pulak kami sesat kat shah alam
tahulah
shah alam kan sangat banyak roundaboutnya?
jadi
berapa kali pusing
berapa kali patah balik
jangan ditanya

amy.aku.pah
amy kelaka gila!
bukan main sudah pandai ini budak!
haha
siap bermanja dengan pah lagi kat kete.
haha!
gelak besar aku!
amyyyyy~!!



satu perkara yang sungguh tak cool!
kami sesat di OU!
oh aku tak sepatutnya bagitau.
kami sungguh tak cool
bila jalan satu tempat sebanyak 2 3 kali
sampai tersedar
kita bukan dah jalan kat sini?
kami sungguh tak cool
bila carik mcd sehingga perlu keluar dari OU
i mean jalan dari luar
oh kami sungguh tak cool
T-T
tapi lucu!
hahaha!

tahukah anda betapa bahagianya kami
bila jumpa MCD?
selepas punya kekuatan bertanya di kaunter pertanyaan
sungguh
wow!
alhamdulillah~
jumpa jugak
set besar ku order!
bukan dek tamak haloba
tapi kerna
kelazatan air ribena sungguh menggamit rasa
aiceh!


milik siapakah kaki ini?



sesi membeli kasut konvo di jusco~!



eh eh
hepi sangat ni
haha
gamba muka pah
tak boleh diupload
sebab
gegaran bumi sungguh kuat
sehingga
tak nampak tu sape.


tadaaaa~!
selesai sudah
lepak-king
so hari ini
sangat best!
sangat cool!
haha!
sangat lucu!
sangat happening!
sangat sangat sangat best!
saya suka keluar dengan mereka
otak karut marut selalu berlaku
pencak silat juga berjaya dibuka
harap dapat hang out lagi!
kali ni tak dapat balik lambat
sebab kami sesat!
haha
tak kisah
janji kita sama sama
jalan
sama sama
makan
dengan bahagianya!
terima kasih KAWAN!
anda benar benar menceriakan hari saya!
sungguh merindui mereka!
jumpa lagi!
^^,

























Nov 12, 2010

tamat sudah. (^_^)V





muka muka selepas tamat sudah paper wastewater.segala komen pendapat tentang paper tu.jangan ditanya pada aku.huhu tanyalah pada mereka yang hurm.bertuah mungkin.huhu.tapi dorang ni hepi lak lepas habis paper ek? huhu

dalam kepala fikir nak balik je kot.lagi lagi depa ni.haha jauh kot rumah.seberang laut disana! hehe

yela.dah tamat semua paper kot.sape tak hepi kot.so kawan kawan! all da best! doa semua dapat keputusan yang baik.jumpa lagi sem depan ya! InsyaAllah.. ;)

Photobucket

Nov 7, 2010

serabut macam sabut



lihatlah betapa teruknya keadaan dekstop lappy aku.
serabut macam sabut.
serius.
management ecah.
management.
sedih tuan haji pozi tengok.
sudi melakukan untuk saya?
nasihat pelis.


Photobucket