Pages

Nov 15, 2012

yesterday



Yesterday 
All my troubles seemed so far away
Now it looks as though they're here to stay
Oh, I believe in yesterday

Suddenly I'm not half the man I used to be
There's a shadow hanging over me
Oh, yesterday came suddenly

Why she had to go
I don't know she wouldn't say
I said something wrong 
Now I long for yesterday

Yesterday love was such an easy game to play 
Now I need a place to hide away
Oh, I believe in yesterday

hmmmm hmmm hmmmm

Oct 29, 2012

#keluhan



kalau berkahwin.mestila kita nak kawin dengan orang yang kita sayang.orang yang kita memang jatuh cinta pada dia kan.tapi kalau benda tu tak jadi kenyataan.kuat ke kita nak tempuh semua ni.ada masa kita terkenang.then kita rasa sesak nafas.kita mula fikir.tempat kita bakal orang lain duduk.and suppose kita yang macam ni.kita yang macam tu.tapi tak ada.tak jadi kenyataan pun.untuk terima ni sebagai kenyataan.sangatlah susah.and kita akan terus terus terus menangis.menangis sebab apa yang kita mahukan.tidak jadi kenyataan.dan kita terpaksa menerima kenyataan bahawa semua ni benar benar berlaku.bukan mimpi.bukan fantasi.bukan gaduh biasa.dan menjadi lebih tertekan.bila kita dapat tahu yang dia boleh move on dengan baik.dan kita pasti dan sangat pasti.tiada lagi jalan untuk kembali bersama.tiada.dan sekarang satu soalan.bagaimana cara mampu untuk terima kenyataan?

#keluhan berat.

Jalan

Assalammualaikum.

hari ni aku nak menulis pasal jalan.aku memiliki satu kelemahan yang sangat jelas dan ternyata teruk gila.aku gagal ingat jalan walaupun 100 kali jalan tempat yang sama dan seterusnya akan membawa kepada situasi sesat.sesat jalan.dan kalau bukan aku yang drive.akan membawa kepada ke-stress-an kepada pemandu tersebut.hehe aku tak pasti ini penyakit apa.tapi aku rasa ramai yang mengalami penyakit ni.tapi yang pasti aku ni teruk gila.dan aku tak layak untuk jadi co-driver.lol.

ok sebagai contoh.nak pergi kl dari shah alam.

aku: ina, kita pernah lalu jalan ni ke?
ina: iye ecah.memang selalu kita lalu sini untuk ke kl.
aku: kenapa aku macam tak pernah jumpa je jalan ni eh? macam tak pernah lalu.
ina: =.=

kalau balik dari puncak alam nak ke kajang.tu tak payah tanya la kan.aku memang keliru.aku konfius.aku tak ingat.simpang simpang semua aku tak ingat.aku sendiri tak tau apa aku buat kalau duduk kat kerusi sebelah driver tu.berangan ke? hahaha.kadang kadang cuba untuk  ingat.dah ok ok dah.last last.hampeh.

cuti cuti ni.aku jadi driver untuk mak aku.so pagi tu aku anta mak aku g keje dengan adik aku yang bongsu berusia 6 tahun.nama dia syira.pagi tu tak ada masalah la kan? sebab mak aku ada.masalah mula melanda bila nak jemput mak aku.aku cuak.aku tak ingat simpang mana.

aku: syira, simpang mana eh?
syira: ..........

then aku masuk je la mana mana simpang.

aku: ya allah syira, ni salah ni.kat mana dah ni.adeh adeh.
syira:..........
aku: salah salah.kena patah balik ni.adeh adeh.aaaaa.habislah. *cuak gila*
syira:........

lepas tu buat pusingan drift untuk patah balik.pastu dah jumpa simpang yang betul la kot.

aku: syira ni ke simpang dia?
syira: ntah..
aku: kat mana kita ni syira? aaaaa.tak ingat tak ingat.
syira: betul kot kak ecah.tadi ada pintu ni.
aku: yeke? yeke? akak tak pernah jumpa pun tempat ni.
syira: ..........

memang hebat la aku ni kan.tanya budak 6 tahun pasal jalan jalan ni.hampeh! kadang kadang masalah aku ni.bukan kat tengah jalan besar.malah berlaku bila drive kat taman sendiri.ini sangat kritikal.

aku: ohmaigod.jalan tutup pulak.masuk simpang sini boleh tak syira?
syira: ......
aku: eh eh.kita kat mana ni? akak tak pernah nampak pun rumah rumah ni.
syira: ha..?
aku: aish.ni yang malas ni kalau tutup tutup jalan ni.aaaaa.tak ingat tak ingattttt.
syira: ..........
aku: tenang tenang.kita sesat syira.habislahhh.
syira:......

dan beberapa minit kemudian.nampak 1 jalan yang biasa aku lalu.yayyyy.

aku tak pasti.kalau aku ada gps sekalipun.aku tak pasti mampu ke nak guna.silap silap balik kedai pun kena pakai gps.ini teruk! banyak lagi situasi yang lagi dasyat dari ni.kadang kadang orang pun pelik.aku lagi pelik.hahaha.untuk orang macam aku ni.minyak kete memang kena always full.

yang paling dasyat bila balik kajang dari shah alam.konon nak tunjuk hebat.potong jem kat shah alam.sekali ntah mana mana masuk.pastu terus masuk kl.untuk bakal suami.siap sedia la awak dengan kekalutan saya.hahaha.jangan belikan gps untuk hantaran.ini memalukan! hahaha 

Sep 18, 2012

semester 7


Assalammualaikum.

hari ni dah masuk minggu ke 2 semester 7 bermula.dah jadi senior aku ni rupanya.huhu.jadual kat atas tu macam heaven je untuk semester ni.tapi tak tau lagi lah heaven ke tak heaven.huhu.semester ni aku last ada kelas teori.next semester dah mula untuk praktikal.yayyy.tak sabarr.huhu.semester ni ada 4 subjek je.tapi agak menyesakkan dan merisaukan.sebab ada fyp proposal.arghhhhh.i have no idea about that things! tak boleh kata tak nak fikir.sebab memang kena fikir.wuwuwu.

subjek untuk semester ni aku ada...EIA.environement impact assessment.rasa rasa untuk subjek ni tak ada final.but then ada seminar.huargh~.pastu ada pollution control.subjek ni nampak macam interesting.pastu ada disease control.haa..yang ni lecturer feveret aku ajar.harap harap boleh score la paper ni.last sekali subjek technology entrepreneurship.subjek ni berkaitan bisnes bisnes sikit.t ada small projek dimana kami kena present satu product yang related dgn kos kitaorg then promote kan untuk dijual.hahaha.macam tu la kot.

untuk minggu pertama hari tu.tak busy lagi.untuk minggu ni.tak mungkin.tapi percayalah.aku dah kira kira hari untuk next cuti.cuti raya haji.huhu.

semester ni aku tak keseorangan dipalam.tapi aku ditemani adik aku.haaa.adik aku dapat sambung kat UiTM Puncak Alam.tapi tak sama fakulti la.dia fakulti bisnes.amik kos bisnes transpot.sempat la aku buat research sikit pasal kos ni.sebab mula mula aku sendiri pun tak tau.tanya tanya kawan untuk mendapatkan gambaran yang jelas.so that aku tau nak cerita cemana if pak cik mak cik tanya.

ok yang aku tau pasal kos ni..dia ada 2 cabang.public transpot dengan logistik.public tu macam kat ktm, lrt, rapid kl.macam tu laa...tapi untuk logistik.bahagian pengangkutan untuk hantar barang ke ape ke.macam tu la.bahagian logistik ni.ada kat mana mana.so peluang cerah jugak la nak dapat kerja tu.haha.ni secara ringkas la yang aku boleh jelaskan.tq kepada nad.sebab menolong I untuk faham dengan lebih lanjut pasal kos ni.hehe

bila ada adik yang dah belajar ke peringkat degree ni.aku menjadi selalu risau dengan adik aku.haha.over je.dah ada tanda tanda menjadi ibu yang baik ni.cewahh.kalau adik adik aku exam.akulah orang yang paling cuakk sekali selepas mak aku.barang barang stationary.aku sendiri belikan.aku sendiri sediakan.sebab risau.kadang kadang entah apa apa pensel je budak budak ni pakai.

ni dah ada adik yang setempat degree ngan aku.aku jadi lagi risau.risau dia main main.risau boleh ke dia ngan kos ni.risau dia kena kacau kacau ke.aish.banyak lagi la.hahaha.aku memang harap yang adik aku akan masuk puncak alam.sebab nak tengok dia cemana then pape aku leh je la datang.kalau tak busy.hikhik.

akhir kata.cewah.aku harap semester 7 akan bawa sinarr untuk diri aku.huhu InsyaAllah.. =)

Sep 7, 2012

raya raya raya!

Assalammualaikum!

rasanya tak lambat lagi kan nak ucap selamat hari raya! huhu selamat hari raya semuaaaaaaaa.rasa
lambat pulak nak update entri raya.haha. tahun ni ma familia beraya kat dua dua belah.belah mak and belah ayah.kira raya sakan tak sakan sangat la.haha.

okay raya pertama tu kat kajang dulu.makan makan.kunyah kunyah rehat rehat.baru gerak.dalam kul 12 tu gerak pergi rumah wak minah.rumah akak mak aku.sebabkan anak anak yang masih bekerja walaupun pada hari raya pertama so mak cik aku tak dapat la balik awal macam biasa.

dah gelak gelak makan makan sampai kembang pelut.kitorg gerak ke pasir panjang.aku menjadi driver kali ni.risau jugak edeng ha nak drive ke sana.tapi drive je la.syok sendiri.haha.aku memang bermasalah.walaupun dah jalan ke jalan yang sama beribu ribu lemon banyak kali.but then aku still lupa dan tak ingat langsung.seolah olah inilah kali pertama aku masuk jalan tu.menakutkan.

tula yang terjadi masa aku lalu highway skve.aku dah ulang alik jalan tu dari palam kajang palam kajang.tapi hari malang tu.aku terlepas simpang yang biasa aku masuk dan secara terus nya aku menuju ke klang! gila betul! memang masak la kaki aku drive manual sampai ke klang! masuk klang dah sampai mana mana dah patah balik meru.masuk latar.sampai kampung aku.kat kuala selangor ngan tanjung karang tu dah jem! demm! sakit hati akuuuu.tapi sabar je la.relaks2.belakang dah memang nak patah dah.tapi driver tegar yang tak kenal putus asa.aku teruskan jugak.oh ya.kat latar tu hujan lebat gila gila! yang versi tak nampak punya.cuak gila aku.nasib ada perhentian.rehat la sat.kunyah kok luuu.haha *ok gurau*

kampung ayah aku ni aku tak minat sangat jalan dia.bukan tak minat apa.scary gila.banyak kot eksiden kat kawasan tu.tau sangat! so nak masuk kampung ayah aku.kena lintas.means masuk simpang la.then nak beraya pulak.kampung sedara mara kat jalan seberang.adoi.cuak lagi aku hah.kereta macam kilat je bawak.laju nak mampuih.nak masuk simpang risau tak sempat dah kena langgar.gila betul.tawakal je masa tu.haha alhamdulillah.aku berjaya melintas dengan selamat.scary gila.

cukuplah 2 hari kat kampung ayah aku.kami terus berangkat ke bukit gambir pada petang raya ke 3.pasir panjang - kajang - bukit gambir.balik bukit gambir aku tukar bawak auto.x larat edeng ha.pastu ada eksiden yang menakutkan terjadi semasa di seremban.tengah drive sambil borak2 syok sendiri semua tiba2 ada kereta kuar simpang then langgar kete aku.tapi aku takutn.dan terus lari bawak laju2.dah jauh tu baru aku sedar.hey! nape aku lari! bukan aku yang salah! gila! tapi masa tu kete toyota vios putih dah hon aku dah.aku takut.lari je.lantak ah.hahahaha pastu kat r&r aku check.fuh nasib x kemek ke ape.cuma calar sikit. =P lain kali jangan borak gila gila kat masa drive ok.

tahun ni tahun kesedihan untuk kami sedara mara dijohor and selangor sebab belah ayah aku.datuk aku meninggal bulan 4 hari tu.belah mak aku nenek aku meninggal bulan 6 hari tu.so belah mak aku macam suram sikit la.sebab atuk dan nenek dah tak ada.so kami sedara mara je la.rumah besar tu tak ada oranggg.and sedih sayu je masuk rumah tu.

raya keempat konvoi ke batu pahat.jauh.dan aku penat.raya ni aku jadi driver tak bertauliah.hebat gak aku ni.haha.syok wow drive.pastu dah ptg sikit rasa malas nak drive.suh sedara aku drive.so kami naik kete anak anak muda.hahaha.diberi amaran drive 60km/jam je.chet.memang tak la kan.haha =P

so ada la beberapa gambar yang nak share sikit.haha sikit je la.aku ni memang pemalas nak upload gambar.hehe


ok ni anak buah aku.zaim n zalika.mak dia yang belah kiri tu.ina.haha masih cun macam zaman muda2 dia.haha


oh ni atuk 20sen.sebab masa kitaorg kecik kecik.dia bagi duit raya 20sen je


ni kat rumah cik mail.batu pahat.kat parit raja.aku ada sedara muka macam lisa surihani rupanya.aku baru tersedar.tapi dia dah sedar lama.chet! tapi aku panggil lisa surihano.haha


ok yang bertudung tu adik aku.syira.kalau rasa nak kenakan dia.aku panggil cik yah.dia sangat tak sukakan nama tu.haha saya bersama cik yah dan zalika! haha


semua posing kiut2.haha


3 dara pingitan.kami bergambar ikut turutan nombor.haha jurukamera adalah cik yah.sorang lelaki tiada dalam gambar.adik aku.adi.dia kejew.sian dia.raya raya pun kena keje.


ok! terima kasih sudi baca!

Aug 15, 2012

pandangan seorang teman

assalammualaikum.

entri ke 2 untuk hari yang bahagia hari ni.huhu bahagia aku menulis kan.tapi kali ni entri serius sikit.
aku tak tau nak mula macam mana.mungkin entri ni agak berterabur sebab aku pun tak tau ape aku lalutkan.sape sape ada masalah cinta? okay aku bukan pakar cinta.dan aku jugak selalu ditimpa masalah bab cinta ni.macam manusia biasa.haha

ehem ehem.pernah tak kita bercinta ada satu situasi dimana lelaki tu layan macam hampeh je.kalau tak ada.baguslah.anda insan bertuah.sesetengah lelaki ni.bila diaorang berada dalam comfort zone.diaorang dah ada kawan yang ramai.nak ape yang diaorang tak ada.diaorang akan tak amik kisah pasal kita.selalu lupa every single things about kita.contoh macam asik tanya sem bila u habis? lagi berapa sem habis? lepas tu lupa nak jaga perasaan kita.dia tau kita tak suka dia mcm ni mcm tu.tapi dia buat jugakk.alah.lelaki memang mudah lupa.

bila dah duduk dalam confort  comfort zone ni.dia rasa selamat.dia rasa kita tak akan tinggalkan dia.itu bagus.dia percaya.tapi at the same time.dia tak kisahkan kita.dia sakitkan hati kita.dia tak sedar.dia rasa."oh tak apa.tak mungkin si kiah *bukan nama sebenar* ni nak tinggalkan aku.huhu.oh tak pe.si kiah bukan nama sebenar tak kisah~ lalalalal~ senang gila hati dia kan!

selalunya bila berada dalam situasi ni.perempuan akan merana lebih.biasalah.perempuan jiwa lembut.emosi kita akan lebih terganggu.lelaki tak faham tu.dan kita sangat optimis.optimis yang menjengkelkan kita fikir dia berubah.tapi sedar lah.jangan terlalu positif dengan dia.ada sesetengah lelaki yang nak enjoy je...huhu

kalau kita sayang lelaki macam ni.mula mula kita diskus dulu.tanya dia ape yang dia nak dalam hidup.tanya ape dia nak dalam relationship kita.tanya dan tanya.baiki dan baiki apa yang boleh dibaiki..bincang dulu.mana salah kau.kau betulkan,tapi jangan ubah diri kau untuk dia.tu tak berjaya.ubah yang mana patut ubah.perbaiki diri.sebab kadang kadang kita rasa kita dah terbaik habis dah bagi tapi dimata dia.mungkin ada yang dia tak suka kat kita.mana tau kan? 

tapiiii...

bila tak ada perubahan.tak ada jalan.kita angkat kaki.kadang kadang salah seorang perlu mengalah.bukan sebab kita tak sayang dia kan.tapi kita nak ajar dia.jangan just tau sakitkan hati kita.untuk perempuan.kita la kesian.tak kan kita nak buang masa menunggu menunggu orang yang tak tau flow hidup dia.baik kita carik orang lain yang bermatlamat macam kita.masa ni kita serah pada jodoh.kalau tuhan ciptakan dia untuk kita.mungkin kita akan jumpa dia.masa ni kita kena kuat.sebab selalu perempuan akan sakit lebih.kena tabah.hidup kita simple je.yes and no.kalau nak berubah.just do it.tapi tu susah sikit.kena tabah.jadi.kita kena tabah.cewah! aku dah macam ahli politik bagi ceramah untuk mengundi.kahkah.yang part tu susah.mungkin kita boleh gunakan orang ketiga.means carik pengganti.tapi no no no.untuk tempoh kita angkat kaki tu.better carik kawan dulu.untuk mesej melupakan.kalau terus cari pengganti.kesian pengganti tu.untuk tabah.kita percaya pada jodoh.aku pun percaya pada jodoh.

entri ni macam untuk mereka yang sedang patah hati je.sebab aku baru balik dari rumah kawan sebenarnya.so banyak yang kami bincangkan.biasalah perempuan kalau jumpa.suka bincang pasal lelaki.hahahaha.ke kitaorang je? ah tak kisah la.so ni la input yang aku dapat hasil perbincangan tadi.ni pun peringatan untuk aku jugak.mana tau masa aku pun akan tiba untuk rasa down gila.loser gila sebabkan lelaki ni.ni just pandangan je.aku mintak maaf kalau ada yang salah ke apa.haha.pandangan orang lain lain kan.

tapi macam mana untuk mereka yang ditimpa masalah macam...pakwe dia kapel ngan dia..tapi at the same time..dia nak kat orang lain..ok senang cerita.dia nak kat orang lain tapi terpaksa kapel ngan kau.untuk masalah ni.aku lost.mungkin kena bertemu pakar.sentap kan.patah seribu hatiku kalau aku dalam situasi ni.hurm.why haa? why.

aku menulis bukan nak menunjukkan aku seorang yang tabah dan boleh buat apa yang aku tulis dengan senangnya.tak tak.aku bukan macam tu.penulisan ni ibarat peringatan kepada aku jugak.pandangan kawan aku.aku terjemahkan dalam bentuk penulisan.aku harap semua ni dapat membantu.aku manusia jugak.pernah rasa dikhianati.tertipu dengan janji kosong lelaki.dan kadang kadang buat aku sendiri terfikir.kenapa aku rasa perasaan ni.kalau aku tahu teruknya rasa ni.aku takkan sesekali melangkahkan kaki aku untuk perasaan ni.cinta.sekarang rasa muntah nak sebut.sebab aku rasa tipu je semua tu.huhu.mula mula bahagia la.lama lama...entahlah.

*senyum sinis*

aku pun macam kawan kawan lain.nak jumpa lelaki yang membahagiakan, melindungi.aku bukan perempuan yang sempurna.aku introvet.kaum lelaki tak suka aku ni.aku bukanlah seorang yang independent.aku jugak tak peramah dan aku kekok dengan orang.kata kata ni buat ingatan untuk aku.aku tau.lelaki nak perempuan yang sempurna.huhu.dan aku memang tak layak untuk itu.

huhu.tapi entahlah.aku harap aku boleh baiki diri aku.aku harap aku tak jadi selemah hari ini untuk hari akan datang.aku harap aku dapat lupakan rasa dikhianati tu macam mana.rasa ditipu tu macam mana.tak mampu untuk aku ingat.

kesian kan perempuan.wahai lelaki, jadilah lelaki yang melindungi bukan lelaki yang mempergunakan.kasihanilah hati kami ini.

dengarkan lagu malique teman pengganti pun dah cukup buat aku sesak nafas.haih.teruknya.malique.awak tak patut buat lirik macam tu.i hate that song so much.sorry.

ehem,aku memang gemar post entri tanpa check balik.maka sangat banyaklah typo.duhhh

membebel dibulan puasa.huhu

assalammualaikum.

tak sangka rasanya kita dah berada di penghujung ramadhan.sedih jugak aku rasa nak tinggalkan ramadhan ni.aku harap aku berkesempatan dengan umur yang panjang untuk jumpa ramadhan akan datang.hari hari terakhir ni semua orang dah sibuk beli baju raya.tapi aku tak beli lagi.haha.mungkin hanya guna atau mix n match baju baju lama.

ahad lepas adalah hari terakhir aku keje kat paksen.saya akan merindui kawan kawan paksen.btw kawan kat paksen tak ramai.untuk mereka yang tak kenal aku.mungkin fikir yang aku ni sombong.pemalu.tak peramah.pasif.kekok.hahaha.tu pandangan orang dan aku tak boleh ubah pandangan tu.cuma aku kurangkan sikit pergaulan kat tempat kerja untuk kepentingan bersama.

untuk bekerja sebulan dipaksen.aku hanya fokus dengan kerja dengan buat semua tugas sebagai temporary part time.aku jarang pegi kat brand orang lain melainkan brand sebelah aku goggles n f.timber.tu je la 2 tempat yang berani aku jejak.sebab aku lebih kenal diri aku.jadi aku kawal diri aku dalam pergaulan.aku seorang yang sangat banyak cakap bila selesa bersama orang sehingga lupa dan jadi malas dengan kerja.haha.itu keburukan aku.untuk elak perkara ni terjadi.aku tak singgah mana mana brand pun untuk berborak atau berkenalan dengan ramai orang.just balas balas senyum je dan jawab apa yang dorang tanya.contohnya "u brand apa ha?"

biasalah tempat kerja.kalau tak ada isu.gosip.kontroversi.tu bukan termpat kerja.tu jugak salah satu sebab untuk aku buat hal aku.aku tak nak campur dengan apa apa gosip yang buat aku terikut ikut dan hilang kepercayaan dengan orang yang bergosip dan mangsa gosip.adalah beberapa yang terlepas jugak sampai kat telinga aku.tapi aku pekakkan telinga dan tukar cerita.hahaha.berat sangat la nak dengar isu isu mengarut untuk aku yang just keje untuk 1 bulan.tak ada kepentingan.

dalam aku berkerja tempoh bulan puasa ni.macam macam pertanyaan aku jawab dari golongan bukan beragama islam.dorang tanya tak penat ke puasa sambil kerja? orang melayu lepas sahur tak gosok gigi ke? sebab bau mulut sangat busuk.malu jugak aku nak jawab soalan ni.huhu. bila puasa mula? sahur pukul berapa? tak boleh minum air langsung ke? kencing banyak tak bila x minum air? 

oh macam macam pertanyaan.so aku jawab la baik baik.soalan susah bab gigi tu.bau mulut.malu dowh.tapi nasib dia kata aku x ada bau.haha.aku just cakap dia x cuci mulut kot.cuci kat sini maksud dia kumur.dia x kumur mulut kot.

lagisatu bila kerja.bab solat.ni pun orang bukan islam pandang jugak tau.dorang rasa tak fair bila kita orang islam pergi solat tapi berjam jam.zohor je sejam.malu aku nak jawab.kebanyakkan pergi solat berjam jam buat apa tau.main henpon dan bersolek.solek tu maybe ok la.sebab paksen ni kena solek.tapi...minimumkan la teknik solekan tu.guna je solekan yang tipis dan simple.aku pergi solat bawak lipstik je.habis solat pakai tudung pakai lipstik.setel.

aku marah jugak orang mcm tu.ni pandangan orang.kita datang kerja bukan nak rehat rehat.bila gunakan alasan solat untuk berlama lama.lagi teruk.malu lah.orang yang x buat pun terasa malu.aku pun boleh je duduk lama lama kat sana.tapi hati tak senang.kita kerja.tanggungjawab kan.

tapi apa apa pun kerja paksen sangat seronok.semua orang baik bila kita baik dengan orang.ah peng promoter goggles belanja aku 2 kali.kuih pun ok jugak. "u banyak tolong i maa.." terharu jugak.haha.bila nak berhenti dia kata "lepas ni sape mau tolong i lagi..?" huhu ala ah peng ni nak manje manje ngan aku pulakk.

walaupun kawan tak ramai tapi aku enjoy.better macam ni.reputasi menjadi lebih baik.huhu.ok kali ni aku tak macam tempat keje dulu yang naik turun bilik manager sebab aku tak puas hati itu ini.alhamdulillah.semua berjalan lancar kat sini.

hari ni nak lepak rumah kawan lama! ain hamdan.till then! thanks sudi baca ye! selamat hari raya! =)