Pages

Showing posts with label haha. perasaan hati. Show all posts
Showing posts with label haha. perasaan hati. Show all posts

Dec 23, 2014

Dia cakap

semalam tengah aku lepak makan tomyam berkawankan melo ais dselera. aku membincangkan hal ami dengan uyun. ami tu kuceng aku. cantik. ramai orang berkenan. kalau mood aku baik. aku panggil dia si cantik. ami atau baby. tapi bila mood tak baik.

aku babikan aje.

ops. *emot gelak tutup mulut*

perbualan tu macam ni.

aku: cuba teka ami dah melahirkan ke belum?
uyun: dahh.
aku: okay kalau dah kenapa perut dia masih kembung?
uyun: sebab saluran darah bahagian tempat susu dia bengkak
aku: macam mana ko tau..???
uyun: tau lah. aku kan ada buat kajian kucing masa sem 3.
aku: ok apa kita kena buat? bedah?
uyun: tak boleh bedah. atau dia akn mati sebab pendarahan.
aku: ok pastu kita kena buat apa?
uyun: kita kena biarkan saluran darah dia ok balik. pastu baru leh mandulkan.
aku: oh ni sebab susu banyak ni. tu pasal la bengkak. dia kena susukan anak dia la ni.
uyun: aah
aku: tapi ami tak susu kan anak dia..payah la macam ni.
uyun: mana ada... dia selalu la susukan.
aku: tak.. dia tak susukan.
uyun: mana ko tau?
aku: dia cakap.
uyun: ...gila dia ni. (berkata pada syira)
aku: (terpinga pinga) watt? eh betullah.


uyun berlalu pergi ke dapur. tak ada sape dengar apa yang keluar di mulut aku selepas itu. oh ti dak.

Aug 2, 2014

Haters

memula aku berniat nak post entri pasal raya aku. tapi aku tangguhkan dulu. sebab aku tak ada idea nak berceloteh pasal raya. huhu.
 
sebab terlalu banyak untuk diceritakan. ewah! huhu
 
oh berkaitan dengan tajuk.
 
mesti ada yang macam eiii ecah tu bapok poyo gila nak perasan dia ada haters. pui!.
 
so korang ada haters? haha.
 
hahaha. weh aku tak tipu la. haters ni bukan nak tunggu ko jadi retis atau blogger tau. anytime je boleh dapat. masalahnya. yang aku mushkil. manusia yang buat hal sendiri yang ada manusia lain tak sedar kewujudan dia pun ada haters.
 
maybe nak wujudkan kelompok ni bukan nak tunggu ko sibuk hal orang lain jugak rasanya. hmmm.
 
so apa yang aku nak cakap kepada sipolan dan sipolan.
 
aku sangatlah tak kisah apa yang dia fikirkan atau sampaikan kat orang. bila aku dengar. aku just gelak. dan wateva je kan. entah. aku terlalu banyak benda lain nak fikir yang mana lebih serius dan lebih berkualiti untuk difikirkan means ada imbuhan bila berfikir tentang yang hal selain hal haters ni. so aku tak ada masa. tak ada masa nak fikirkan apa yang orang fikir tentang hal aku dan bercerita tentang aku.
 
tapi kadang kadang bengang jugak la. rasa nak tumbuk muka sipolan tu. tapi setakat ni hati kering aku masih berbisa lagi. so lantak kau lah wey.
 
aku kadang kadang blur atau sikap tak fikirkan sangat ni buat orang bengang. macam. kena sindir. aku tak sedar pun benda tu satu sindiran yang sinis. so aku just gelak dengan muka yang tak ada perasaan padahal tak faham. kena marah pun aku tak rasa kena marah. tak tau la ni positif sangat atau jenis yang terima seadaanya dengan positif gila babeng. tapi lama kemudian aku sedar. dia marah aku ke tadi?
 
so bila cerita pasal haters ni. aku rasa macam. eh kau tengah bercerita tentang aku ke sekarang ni?
 
percayalah. banyak mana kau cerita. selagi tak sampai kat telinga aku. jangan harap la aku nak amik port. tapi bila dah sampai kat telinga aku. aku tapis jugak. kalau rasa tu macam standed kisah monyet monyet ni. lagila aku malas. masuk tong sampah terus. dah jadi reject punya barang. sebab hal yang tak ada kualiti hidup.
 
almaklumlah. saya popular dengan gelaran hati kering. tiada perasaan.
 
cuma kadang kadang bila aku stress keje dan aku rasa naik menyampah tengok muka dorang yang sinis tu. pandangan sinis dorang. terdetik la satu perkataan dalam hati.
 
'aku tak tau apa korang bercerita tentang aku. tapi sekiranya cerita yang korang dengar/cerita tu tak betul.aku takkan maafkan korang sampai bila bila'
 
mira cakap aku menakutkan.
 
gudnite.

























May 27, 2014

feelingless

feelingless ni bukan tertumpu pada perasaan kat seseorang je. kadang kadang kata kata yang kita lontarkan. perbuatan kita turut mempengaruhi pada ungkapan feelingless ni. 

contoh. perkataan yang ko bagi pada seseorang tu. ko tak sedar pun mengguris perasaan dia. ko rasa tak salah pun ko cakap macam tu. ko rasa dia je yang emo lebih. 

so. feelingless. 

tiada perasaan alert kot. don have common sense. boleh ke cakap macam tu? 

contoh lagi.

ko tido bukak lampu dengan selamba nya sedangkan roomate ko tak biasa tido berlampu ni. 

tak tau la boleh pakai ke tak contoh ni. hewhewhew. 

feelingless ni. dia macam...tak alert kot. dia kurang deria rasa. dia rasa apa yang dia cakap tu adalah biasa. tiada berbaur sindir pun. direct je. ko nak sentap. sentap je la. tapi. jangan salah kan diri dia. 

betul ke aku ni? huhuhu.

kalau aku salah.atau lepas baca entri ni ada satu soalan macam..

'apekedehal minah ni'

anggap lah penulisan ini dicoret ketika aku sedang tido. 

LOL.

goodnite. 




May 4, 2014

Hi May

Assalammualaikum. 


pejam celik...dah bulan 5 dah kan...sekejapnya masa berlalu. bulan depan cukup lah setahun aku keje kat syarikat Y, ngeh ngeh. 

lupakan syarikat Y. ianya tidak lah penting. 

macam biasa. aku akan post entri yang pengisiannya sangat random. sebab ye la kan. manusia banyak membebel macam aku ni. semua benda nak tulis. tak da kefokusan disitu. 

bulan 5..kawan aku fida kawin. 10/5 dia kawin. pada ulang tahun kelahiran dia ke 25. huhu. sedih la. normal ke ek perasaan aku ni. ke aku ni poyo sangat? ni pun nak sedih.

aku tak kisah la normal ke tak...tapi entah. sejak beberapa bulan yang lalu aku dengan fida banyak habiskan masa bersama sama. so akan ada perasaan sedih menjalar dalam diri bila kawan baik ko akan tinggalkan zaman bujang dia. 

huhuhu.

dulu kitaorang setiap bulan akan ada aktiviti sama sama. karok. wayang. shopping. tiga benda ni selalu akan terjadi pada setiap bulan.tapi tak merujuk pada bulan je sebenarnya. kadang kadang macam pressure atau ada masalah. aku roger je afida untuk lepak mamak dengar aku membebel. kehkehkeh.

hahaha. yang paling tak tahan masa zaman tengah hot citer conjuring. peh. menggigil gigil fida nak tengok citer tu. teringat cemana dengan eksitednya dia kol aku semata mata ajak tengok conjuring. balik siap siap pastu pukul 6 amik kat rumah. merempit fida bawak kete. konon nak kejar waktu tayangan. sekali hamek ko. sold out lalu tengoklah midnite punya time sedangkan esok kerja. disebabkan wayang sangat sejuk. kami berselimutkan telekung. 

kahkahkah. 

so funny la weyyy.

so lepas ni aim alone. cewah. poyo sangat la. bukan alone..aku risau kebiasaan kami melepak ni akan jadi luar biasa dah. aku sendiri pun tak caya yang afida nak kawin dah. so buatnya aku masih dalam ketidak percayaan aku ni. aku pun plan ngan dia itu ini. walhal sebenarnya dia dah pun kahwin dan punya seorang suami. 

i need to find a new circle. 

haih. rasa ditinggalkan. 

aku rasa aku dah membebel kat perasaan ni dengan ramai orang. aku ni jenis yang tak alert. lama lama baru aku sedar. aku membebel bebel ni. apa perasaan kawan aku yang dengar. mesti dorang rasa aku tak anggap dorang kawan. hehehe. 

'lepas afida kawin. saya tak tau apa jadi dengan diri saya. saya tak ada kawan'

teruknya statement ni. tapi statement ni adalah luahan perasaan yang risau. kawan ye aku ramai kawan. tapi tak semua kawan akan datang rumah ko lepas 5 minit ko roger. faktor jarak salah satunya. 

kan? 

semalam 3/5 buat parti bujang untuk fida. peh. western sangat korang ni. tak ada lah western mana. western berlatarbelakangkan korea je. hahaha. video ucapan bakal pengantin sangat lucu. fida never fail to make us ketawa pecah perut. i hate u fida. hahaha. 

kepada afida. 

selamat menjadi isteri solehah. eh aceli aku ada satu ucapan macam best, tapi bila nak tulis macam...matang sangat jew. macam orang dah kawin jew. hahaha. so..xpela. selamat menjadi isteri solehah. stay crazy kay. haha and...may allah bless u. 

okay. dah bulan rejab. bulan ni kena perbanyakkan puasa sunat dan bersedekah. 

selamat malam. esok keje woooo. T_T


May 10, 2013

Peneman

Assalammualaikum.


selamat hari jumaat.jumaat kedua terakhir aku disyarikat Y.next week aku last.woot woot.tak sabar.tapi sedih.takpe.next time aku cerita perihal syarikat Y ni ye.

aku nak bercakap pasal 'peneman' ni bukan apa.ini pasal diri.

sejujurnya.aku gemar temankan orang pergi memana.betul.jauh sekalipun.aku sanggup.sebab apa.sebab aku suka berjalan.dan bila ada kawan kawan yang ajak aku teman pergi shopping ke makan ke aku jarang kata tak boleh.melainkan aku malas.tapi kadang kadang aku ni entah la.dah cakap dah tak dapat ke apa.tapi sedaya upaya aku merealisasikan hasrat dia untuk mintak aku temankan dia.

sebab aku kesiankan dia.yela.nak pergi tempat yang dia tak tau dan macamlah aku ni expert sangat kawasan tu kan.pergi sorang sorang.kalau aku jadi dia.aku sedih.dan bila selalu meletakkan diri aku kat tempat orang tu lah yang membuatkan aku berlembut hati nak tolong.

sebagai peneman.

tapi aku ni.tak tau jalan.tak ingat jalan.tak tau tengok jalan kat gps pun.so bila orang ajak aku 'teman' mereka.jangan expect aku tahu jalan.serius.kadang kadang ada yang salah faham.fikir bila aku iyakan.bermaksud aku expert kawasan tu.

kalau kau harapkan aku expert tempat tu.so that jangan guna ayat teman.sebagai contoh.

'ecah, esok boleh tak teman aku pergi kajang'

contoh ok.aku memang akan gunakan sebaik baiknya penggunaan ayat 'teman' tu.ok teman.boleh boleh.just teman.faham tak? bukan 

'ecah, esok boleh tak tunjukkan aku jalan pergi metro kajang.aku tak tau la'

aku tak tau la ayat ni betul ke tak.tapi bila dah ada ayat 'tunjuk jalan' so maksudnya aku kena tunjuk jalan atau dia expect aku tau jalan tu.kalau permintaan kawan macam ni.jujur je aku cakap aku tak tau.and kalau dah terdesak tak ada orang yang boleh tunjukkan.aku pun temankan dan tanyalah kawan kawan yang lain pasal jalan tu.kita try and error sesama.

aku memang tak berguna bab tunjuk tunjuk jalan ni.walaupun aku dah pergi tempat tu berjuta juta kali.sejujurnya.aku pergi shah alam tau guna skve je.laluan puchong.ai dono.pegi midvalley aku tak tau.jusco balakong? tak tauuu.damansara lagilah.walaupun aku dah pergi damansara banyak kali.makan meatball je pun.tapi aku tak ingat.kadang kadang siap tanya. 'uih? kita memang pernah lalu sini eh?'' =.=''

mines memang tak payah cakap.selalu kalau ke tempat tempat macam tu.aku ajak adik aku.atau aku naik public transport.tu je.jalan yang aku tahu hanyalah kajang.kajang luas kan? ok kajang tu area metro kajang,semenyih dan rumah aku dan saujana impian.tu pun tak tau sangat area saujana walaupun dah banyak kali pergi giant and tesco dia.oh putrajaya aku tau.tapi ke alamanda saja.

fuh.

bangi lagilah.kirim salam je la.

dan itulah punca aku gemar bertapa dirumah sambil menonton rancangan korea.sesungguhnya rancangan korea tidak pernah membuatkan saya keseorangan didunia ini.ok berbalik pada isu ini.so..

bila kita rela hati teman teman orang ni.orang expect kita tau jalan tu.pastu kalau salah jalan.dia blame kita.indirectly lah.secara tak langsung.aku tersedih sikit.isk isk.masyarakat mula mempertikaikan kewibawaan aku menjalankan tugas.dan aku blur.tugas? bukankah tugas aku menemani kau? 

so aku tak suka.kalau suruh teman.ai teman.suruh tunjuk jalan..ai tak tau.tapi ai boleh teman yu untuk carik jalan.ha gittew.

peristiwa paling best adalah masa teman fida pergi interview kat glenmarie.aku tau la jalan nak ke shah alam tu.tapi ke glenmarie.aku tak tau jalan.so kami try and error sama sama.so tepat sampai sana jam 11 pagi.dan alhamdulillah.dia dapat keje kat situ.hepi dia bila dapat tolong kawan yang menghadap temuduga dan berjaya dapat kerja kat situ.entah.best gila.sangat sangat mengharukan.sampai nak menitis air mata.ibarat kita dilamar oleh seorang yang kita syok untuk dijadikan suri hati.auwww.hahahaha.ni pengaruh movie ok.aku tak pernah alaminya.tapi berharap untuk alaminya.hahahaha! =D

so secara kesimpulannya.saya suka teman orang.saya tak tau jalan.kepada bakal suami.mohon hadiahkan gps yang punya suara so saya tak payah tengok tengok kat screen.sebab saya tak tau tengok pun.mana nak drive mana nak tengok.oh payah.ke gps memang dah punya suara? oh ai dono.sebab selalu guna waze je.haha.tu pun sesat jugak.tak tau baca.haha.sekian.selamat makan!  \(^0^)/ *lunch hour*

Feb 6, 2013

Aktivti menJODOH

Assalammualaikum.

lately.aku perasan.ramai yang asyik dan giat menjodohkan aku atau mencari jodoh untuk aku atau memasang masangkan aku.eh ape ayat ni? ah tak kisah lah.ampun puan mumtaz. =P

sejujurnyaaa...aku tak suka.

aku pun berpengalaman menjodohkan orang jugak.gurau gurau.tapii..tak adalah jadi isu sampai semua orang tau.sampai semua orang syak bukan bukan.sampai orang tu jadi tak selesa ke apa ke.kiranya.adalah hadnya.kannn.

mana ada orang suka kan? aku tak suka sebab aku akan menjadi tidak selesa.aku tak suka sebab nanti aku sendiri akan mewujudkan gap antara aku dengan orang yang dijodohkan.dan ini sungguh kasihan kepada orang yang dijodohkan.kena tempias ketidak-sukaan aku.sebab..yelah.aku tak suka tak selesa.

sesetengah orang.aktiviti ini dianggap menyeronokkan.lebih lebih lagi orang yang bertanggungjawab menjodohkan itu.dorang suka.gelak gelak.tengok muka aku merah padam.actually tak amik hati pun.tahu yang mereka mereka gurau.tapiii..kalau dah selalu.aku tak suka.oklah.gurau kan.sporting lah sikitt.tapi nak buat macam mana.aku tak suka.so jangan lah paksa.kan?

dulu zaman sekolah ada jugak.tapi lain sikit.lelaki tu ada respon.tapi aku tak suka kan.hasilnya.aku wujudkan gap dengan budak lelaki itu.tak cakap.tak tegur.buat perkara yang budak lelaki tu tak suka contoh cakap kasar.entah lah.aku buat lah ape ape yang membuatkan aku ni bukan pilihan dia.kahkah.dan kami tak bertegur selama..beberapa bulan.sebab.aku segan.aku takut.boleh tak? haha.

next punya case.kawan aku.kenalkan.jodohkan.via fesbuk.muda jugak.ok sungguh rozita che wan. T-T. dan aku akhiri dengan.hide kan semua aktiviti aku.sebab..tak suka.tak selesa.simple.

sebab aku tak suka.tak selesa.

yang terbaru.faja.haha.faja aku tak kisah sangat.sebab dia kenal aku.so kekerapan dia bergurau begitu ada hadnya.tapi dia still jugak gatal nak jadi agen jodoh aku.pui ko faja.

dia kenalkan aku dengan kawan tunang dia.actually tak kenalkan secara rasmi.cukuplah dia ajak aku kua.and pada masa yang sama.kawan tunang dia pun ikut keluar.muda dari aku.see.aku ni dah boleh gelarkan diri sendiri rozita che wan pulak dah.

so hari sabtu itu hari.faja ajak pergi downtown.tunang dia gigih amik aku kat shah alam lepas dapat arahan dari mem besor dia.hehe..sebab aku lepak rumah baru ina risma hasmie kat shah alam.dan tunang dia dari klang.so dekatlah.no need to naik naik train ke kajang.alhamdulillah.save duit.mula mula aku tak dapat baca lagi tujuan faja.so aku naif je.lurus kan? sampai kajang aku mintak tunang faja drop kat ktm kajang.amik kereta aku.si kawan tunang dia ni gentle nak drive kan.oh sukahati kau lah.drive lah ke rumah faja.dalam pada tu.takkan diam je kan.so aku borak la ntah pape je.tak ada niat pape.aku tak peramah sangat.just borak kosong untuk bagi keadaan tak tegang.boleh lah.sebab..sebab dia muda kan? aku kalau budak muda dari aku.boleh masuk lagi.borak la macam macam.

sekali faja jalan dengan aku.cakap.

''aku saje ajak S ni sekali..kot kot leh ehem ehem dengan kauu..hehehe''

aku terus.

''heyy kau niii.....''

terus aku tak selesa korang tauu.nonono.aku tak suka.so aku terus wujudkan gap dengan kawan tunang faja tu.macam tak borak sangat dah.berubah terus.hahaha.so kesian kat sini.yang lelaki tu la.tak tau apa apa.mesti blur je.eh tadi ok jee.

sebab aku terus jadi segan aaa.aku pemalu kott.dan tak selesa.serius.oh tolonglah faham perasaan aku.tak suka.dan tak nak pun.aku memang suka gurau gurau mintak tolong carikkan lah ape lah.tapi jangan lah jadikan gurauan itu sebagai medium untuk menjodohkan aku sewenang wenangnya.ai don like this.seriously.

like annoying oyen la this things.

dan aku rasa faja tau.faja je yang tau riak muka tak suka tak selesa aku.even kalau tak nampak kat muka.and aku kata aku ok.tapi faja tauu yang aku tak suka.

bila aku tau tujuan itu.aku jadi tak selesa.dan perangai normal aku akan totally berubah.dan memang akan buat lelaki tu.komfem kensell nak kenal aku.kekeke.makan pun tak cover dah.sebab yelah.nak buat lelaki tak suka.ah macam macam lagilah.

so balik tu.faja belikan mee goreng bungkus untuk adik dia.dia bagi aku soalan.

'ecah, kalau ko nak carik pakwe..ko nak degree jugak ke?'

sentap ai.terus aku senyum.

'aku nak master.'

hahahah.as simple as ABC jawapan aku.terus faja cakap.

'bengong aa budak ni.'

terus kitaorang ketawa besar.dia tau lah aku malas nak cakap pasal ni.terus aku marah dia kenapa tanya soalan merepek macam tu.dia kata saje.cheh. =.= so aktiviti menjodohkan tamat disitu.setel.oh ya! ada satu part yang mana dia kenalkan aku dengan kawan tunang dia.lepas tu dia cakap kawan tunang dia tu single.secara tak sengaja aku terpijak kaki faja.kekekeke.sori faja.tak sengajaaa. =P

aku bukan memilih..degree ke master ke.tak menjamin kebahagiaan pun benda tu.master degree juga tak menjamin kematangan seseorang untuk berjuang dalam hidup kat dunia ni.cuma.aku tak suka orang kenal kenal.kenen kenen.dengan rancaknya.ini sungguh headache.sebab tak suka kan? so memang tak suka lah.adoi.bape banyak patah kata ayat 'tak suka' 'tak selesa' aku ulang kat sini eh? sebab aktviti ini aku rasa tak sopan.cewah.aku rasa lelaki tu pun tak suka.tapi dia layankan aje.urgh.pada aku terlalu kerap gurau macam ni..seolah olah tak hormat perasaan aku.serius tak bunyiknya?  serius kan.kekeke.tak kisah lah dengan niat nak hiburkan hati aku.tapi..gurau macam ni tak boleh lah.ni gurau tentang perasaan.buat nya gurau gurau dah timbul perasaan.ish.tak boleh macam ni.lepas tu aku risau nanti aku terperasan.huh! lagilah.lagi ape? macam macam lah
kemungkinan atas gurauan macam ni.

sungguh aku tak boleh terima.

kepada kawan kawan.no gurau gurau like this with me aaaa.ai don like lah.tak selesa.serius tak selesa.

xoxo.
=D

Feb 4, 2013

Internship story : First day yang ohsem

Assalammualaikum.


'semangat aku yang membara sekuat semangat bercinta!'

ewah.ok uolls.hari ini adalah hari pertama aku berinternship.semangat membara bara.sekuat semangat bercinta kan.haa...ok hari ni aku intern di syarikat Y dekat semenyih.kena bubuh kod kod.nak jujur sangat.macam berat hati je.haha.syarikat Y adalah  sebuah kilang  yang membuat bateri kereta.jauh nun di semenyih sana.sungai lalang.jauh kot.serius.

so jam 8 pagi aku setel hantar mak aku ke bandar teknologi.so drift ke semenyih.aku target  8.15 sampai syarikat Y.alhamdulillah.sampai jam 8.15.aku bertemu janji dengan puan M pada jam 8.30 dilobi.so bila duk menunggu.receptionist bagi borang kerja untuk diisi.ok ikut procedure katanya.ok aku benci isi borang.

dan aku amik masa yang lama untuk mengisi dengan tenang.

bila dah setel.receptionist call puan M.puan M datang ke lobi bersama puan A.so briefing sikit pasal syarikat Y dekat discussion room.amik gambar aku sekeping sebagai kenang kenangan.ok tipu.sebagai simpanan HR.pelik.kenapa amik gambar sendiri? tak nak mintak kat aku.aku banyak kott gambar diri sendiri.haha.

so aku diberi punch kad.puan M terkejut aku reti guna punch kad.=.= pelik.aku pernah keje kott.tapi rupanya.dorang tak guna punch kad.dorang guna.thumb print.so untuk intern student.kena guna punch kad.ok je.ai ok je kan.

so aku dibawa ke pondok pak guard.ni pak guard ni.aku dah cakap aku student intern.tapi dia still bagi pas visitor! dan amik lesen aku! sampai aku sendiri tanya "are u sure" bila dia sibuk nak lesen aku.so puan M mintak balik lesen aku dan ajar aku punch kad.ok baru aku faham soalan dia yang seakan kagum bila aku tahu guna punch kad.

rupanya punch kad machine dorang super old fashion.zaman 60 an kot.mentang mentang semua workers guna thumb print je.so old fashion machine tu.khas untuk student intern.sedih.sungguh vintage.

so aku dibawa jumpa ke superior aku.macam penyelia la.department health and safety ni.iaitu Mr I.Mr I serius sempoi.berkau aku je.aku pulak segan.tapi aku terus berincik incik.rasa lah gap sikit kann.nanti tak ada gap.aku buat macam kawan.pening pulak dia karangg.dipendekkan cerita.Mr I bawak aku keliling kilang.hurm.

120% lasak.totally bukan diri aku.dan aku boleh adapt dengan situasi itu.Insyaallah.

oh ya.aku intern dibahagian safety and health.dengan jawatan safety and health officer.tapi Mr I sibuk cakap aku exec.aminn.moga moga suatu hari nanti termakbul doa itu.kekeke.so bidang kerja aku kat syarikat Y adalah..bagi safety training, buat observation  kat tempat kerja terutama potential hazard dia, fire extinguisher dia berfungsi atau tak, tengok pekerja dia pakai personal protection equipment (PPE) tak? selalu lah turun padang nak tengok pekerja ikut peraturan tak.aku rasa dah macam pengawas sekolah je..=.= sape tak follow procedure atau ada keadaan yang boleh menjadi sebab berlakunya kemalangan.kita amik gambar dan email kepada department itu untuk amik tindakan yang kita nak.incase ada berlaku kemalangan.aku kena rekod data tu dan amik tindakan susulan.secara keseluruhannya.kerja aku adalah menjaga keselamatan pekerja la.so that kadar kemalangan ketika bekerja diminimakan.

120% lasak.kenapa lasak? sebab ini adalah kilang bateri.so ada 8 department untuk production tak silap.besar kilangnya.tapi tak penat sangat lah jalan.banyak guna short cut.environment dia lasak.panas.acid.lead.licin.bla bla bla.tapi tak mengurangkan semangat aku untuk bertugas dengan dedikasi disini.ai like this feelings.serius.dan gaya dan penampilan aku bekerja.tak sama macam korang nampak aku ke majlis kenduri kawin atau aktiviti meronggeng.

hazard dia.tinggiii.pada pendapat aku lah.

aku dibawa melawat semua department.dari kawasan scheduled waste sampailah ke warehouse sana.macam macam soalan yang Mr I tanya.lagi lagi pasal scheduled waste.Osha Act.oh banyak lagi.bau chemical sangat kuat.mujur aku dibekalkan mask.safety shoes diri sendiri provide.eksyen 5 saat dekat Mr I sebab safety shoes aku lagi canggeh dari dia.haha.aku didedahkan dengan bahaya dan masalah bagi sesuatu department tu.oh kat kilang ni.dia separated kan antara safety dengan environment.ada department lain untuk environment.entah la.aku pun tak faham.lepas 3 bulan baru faham kot.

so dalam jam 11 lebih.habis melawat.serius balik ofis aku ngantuk tahap dewa punya.nak nangis sebab nak tunggu jam 1.cemana ni? ngantuk sangat ni.then kakak aku call.tapi guna telefon ofis.call orang meja sebelah aku.cik D.dia ajak makan jam 12.ouh rehat jam 12 yeee.yayy! alhamdulillah.selamat dari tertido dekat meja sendiri.oh ya.aku intern di tempat kakak aku berkerja.senang.balik sama pergi sama.tapi yang tak bestnya.satu kilang tu kenal.nampak aku.terus cakap.

'ni adik ayu ye?'

dan sebab fizikal aku dan rupa aku yang lebih berisi dan matured dari kakak aku.eceh.so aku dikonklusikan sebagai kakak pada pandangan pertama beberapa orang.

lepas waktu lunch.solat semua.aku cakap dekat Mr I.

'tak ada ape ape nak buat ke?'
'ada..banyak..jap ye'

sekali dia bagi aku satu accident form.satuu dulu.means that, kalau ada accident.kita rekodkan dalam form tu.ada incident form dengan investigation form.memula aku study dulu pasal senarai accident berlaku tahun lepas.scary 5 saat.major? minor? oh maii..takut lah accident berlaku kat sini.

aku diberi sebuku fail.untuk aku isikan data accident dalam form tu.menarik.baca baca report accident dan masukkan data dalam borang accident untuk diberi kepada HR.so esok.aku kena turun kat setiap department yang ada sejarah accident tu.jumpa bos department masing masing.eksitedd.dan lebih eksited bila kita pura pura busy dan penuhkan meja.ai like sepah sepahkan meja.so macam busyy je.haha.poyo kan? poyo gilaa.

aku tak sabar untuk activity bagi training kepada workers.ai like berlakon lakon sebagai cikgu.dan tak sabar nak pura pura garang dekat nepal-lian tu.eh sukahati aku je lian lian kan mereka ini.

ada akak tanya.ok tak hari ni.aku jawab.

'setakat hari ni.ok la.huhu'

then aku fikir.macam teruk je ayat tu.hukhuk.semua orang baik.ai like.aku bukan pendiam.aku cuma jarang berborak.lagi lagi bila duduk kat meja aku.sebab aku tau diri aku ni kalau dah berborak.lupaa semua.so kita kawal.kena kawal! so kita kurangkan borak.buat kerja.sampai ada jiran sebelah meja takut nak borak dengan aku,sebab muka aku serius dan garanggg.aduan hari pertama ini diterima dari kakak aku.jiran sebelah sempat cerita kat kakak aku.ini sungguh no komen.cepatnnya! relaks la.baru hari pertama kott.yu tak kenal ai lagi maa.nanti dah kenal.tak terlayan pulak nak borak dengan aku karangg.haaa..

secara keseluruhannya.ai like this.sungguh ohsem perasaan ini.tak adalah ohsem sangat pun kan? biasa je buat kerja.tak adalah ohsem macam naik helikopter untuk usha satu kilang dari udara.kononn.tapi best lah.semangat semangat! semoga terus bersemangat untuk bekerja sebagai safety and health officer dengan membaranya sekuat semangat berchenta gitew.tak habis habis tagline ni.sesuai kan.oklah.nak siap siap untuk selip.sekarang kena tido awal tau.esok second day.tak sabar aktiviti esok.wish me all the best ya.hehe.

xoxo! =D

Jan 26, 2013

Perihal kelmarin

Assalammualaikum.

entri ini entri bodoh sikit.maybe akan ada orang yang kata aku perempuan meroyan lagi selain haris.maybe.

so kelmarin.macam pelik je kan ayat ni? hurm.semalam punya semalam.kelmarin la kan?aku beranikan diri cekidaut twitter beliau.first time seumur hidup aku weyhh.selama ini tak pernah.dan betul.beliau hapili move on.

actually tak sedih pun.tak rasa ape pun.rasa plain je.aku rasa ini petanda baik.maybe.

so boleh la nyanyi lagu somebody that I used to know.

"Now you just somebody that I used to know.somebody...I used to know."

ehem.ok back to our topic.so kelmarin hari itu.lepas beranikan diri.mulah lah aku mengganggu malam orang.orang pertama aku ganggu.hidayu zailan.sebab dia tengah online.beberapa hari dah.aku ganggu dia.dengan topik yang sama.

actually.aku tak nangis dah.sedih apentah lagi.that's good.tapi aku cuma teringat.

"teringatt ku teringatt.."

ewah.lagu sandaran hati jadi background music.so kita carik orang untuk berborak.

ayu kata teringat it's normal.yang aku perasan disini.perbezaan pendapat dari orang yang dah berpengalaman melalui apa aku rasa dan mereka yang belum.mereka yang berpengalaman takkan bash orang sesukahati.mereka akan bagi pendapat dengan tenang dan mengakui apa yang aku lalui adalah salah satu phase dalam pemulihan.healing proses.it's normal bila ada ketika yang aku sendiri tak boleh hold sedih tu.dan ada ketika dimana aku tak percaya dengan apa yang berlaku.ada ketika dimana aku tak boleh move on.ada ketika dimana aku akan teringatkan dia.

it's normal.

bukan senang nak hapuskan ingatan kepada seseorang yang kita pernah kenal.kita pernah paku dia dalam kepala.tapi..tidak mustahil.

ayu kata suruh carik lain.hahaha.nice one.tapi not now.somedays maybe.pastu ayu kata kalau dah tak ingat 24hrs tapi hanya 2 hrs dalam 24 hrs.dah ok dah..boleh cuba lagi.insyaallah lama lama ok.kena doa selalu untuk lupakan.and! carik lain! jangan takut untuk carik lain! bagi peluang untuk kenal orang lain.salah satu cara untuk lupa dengan cepat jugak! so kita tak fokus sangat dekat dia dah!

ok noted! hehe

dalam aku berborak dengan ayu.aku borak dengan ina risma hasmie.mula mula borak kosong.gosip gosip.lepastu mula dia sebarkan rumors.ok dia tengah ligat dengan aktiviti membina rumors untuk aku.dan bila nak hentikan rumors.aku tanya soalan pening yang buat dia nak hentak berlipat aku.

"eh betul ke %^^*; dah lupa kat aku?"

bodoh tak soalan? bodoh kan? tapi saje carik pasal.

so ina jawab.dia tak tau.aku kena tanya kawan lelaki.so aku cakap.aku tak ada kawan lelaki.suruh dia tanyakan.hahaha

tak sangka ina gigih tanya.dan ape jawapan kawan lelaki dia? yang nama aku sendiri tak tau.so tak boleh nak credit kepada orang ittew.lelaki itu jawab begini.

"erm..kalau dah ada gelpren baru memang sah lah dia tak nak dengan ex dia tu..kalau masa kapel ni pun dah break.apentah lagi jika berkahwin.better putus sekarang dari putus gantung tak bertali bila dah nikah atau berkahwin..jangan dikenang sangat kot..badan kita punya tapi hati orang lain ambil..nak lupakan memang ambik masa..so fikir dan berusaha untuk lupakan..belajar untuk lupakan yang lepas.lupakan segala galanya..dan jangan compare dengan yang dulu dan akan datang.manusia berubah ubah..even sekelip mata pun boleh berubah.."

idok le kita tau sape lelaki ittew.rahsia katanya.amboih ko ina.aku kata susah nak lupa.ina cakap mana ada benda senang kat dunia..aku cakap tipu! tipu! makan senang je kot! ina kata makan kena kunyah.kena masak.kena suap. aku cakap tipu! makan bubur senang! hirup je! minum air senang! teguk je! ko tipu! terus ina cakap

"aku serius ni!!! kang aku hentak belipat ko kang..hahahaha"

garang gilaaa! ina sibuk nak hentak berlipat aku.apekah secret akan jadi peti suaranya? pelik pasangan ini.yang menghentaknya adalah seorang wanita.nampak tak kegagahan ina disitu? aku berimaginasi bahawa secret mempunyai suara yang haluih.hahaha. =P

lepas ina selesai.aku carik solusi lagi.sape next penceramah tegar aku.dan aku jumpa sharifah nurainul basirah.amboih,panjang nama.semput nak taip.atau nama samaran pah.aku dengan pah ni gedik sikit.hahaha.ke ai memang gedik.hahaha.terus pura pura sedih meroyan.kasi pah cuak.

aku: pahhhhhhhh
pah: yeeppp
aku: sedihhhhh

gedik tak? gedik kan.tak payah nak sedih sedih sangat la weyhhhh.haha.saje je sebenarnya.atau aku dengan pah memang macam ni actually.pah macam kakak kakak sikit.tu yang suka gedik gedik lebih dengan pah.bhahaha!

so pah pun bagi nasihat.pah seorang yang matured.dia pendengar yang baik.cadangan atau pendapat yang keluar pun yang releven.cara dia handle masalah kau pun.bagus.macam macam pah bagitau.kata pah.lelaki ego.lelaki suka tengok ex dia lemah.dia akan rasa bangga diri bila nampak seseorang tak boleh move on sebab dia.

oh betul ke pah! aku baru tau! ok noted!

lepas tu pah cakap.hidup ini macam roda.satu hari nanti bila rasa bersalah itu timbul,dia mungkin akan datang untuk mintak maaf.dan selalunya rasa bersalah timbul setelah dia dah terima balik ape yang dia dah buat.pah jugak pesan kat aku.jangan salahkan diri pasal hal ni.merana ko nanti katanya.tambah pah lagi..biar orang sayang kita..kalau sayang.dia boleh terima kita seadanya.tak perlu kita berubah untuk memenuhi kehendak dia.

oh betul.


dan part yang aku suka dan berfikir sejenak ialah.kifarah.pah bercakap soal kifarah.maybe ini adalah kifarah untuk aku.kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambaNya dan balasan itu dalam pelbagai bentuk.ok ayat copy paste dari mana entah.

so aku terima.betul jugak kan.kenapa aku tak terfikir langsung hal ini.teruk kan.

lepas tu aku ngadu jugak ada orang bash aku la.kata aku macam gila talak la ape la.siap kata ni baru 6 tahun kot.orang kawin 50 tahun pun boleh cerai.ko 6 tahun je kottt.aku tak suka orang bagi nasihat macam tu.tak suka.sangat tak suka.so baik aku tanya orang lain.maybe salah aku la.rujuk pada orang yang salah.

pah dan ayu pun cakap.jangan peduli cakap orang.selalunya orang tak rasa ape yang orang tanggung.so just relaks and take time.

kata pah.mula mula memang susah untuk lupakan.tapi keep on try and berusaha.pasti akan berjaya.mula mula memang akan menangis hari hari.lama lama aku akan jadi orang yang tabah.orang yang tabah ni biasanya permulaan sebelum menjadi tabah adalah tangisan.

actually aku banyak mintak pendapat orang dalam hal ni.tu ada yang bash balik.ada yang tenang jawab even berulang kali isu yang sama.dan aku appreciate that.yang paling tak jemu.ina,faja,ayu,hani,ain hamdan,amir.haris.oh ramai lagi kot.yang bash balik malas nak sebut.cakap aku gila talak la.ape laaa.it's ok then.ai terima je.tapi for me.kalau orang dah lunaskan kepercayaan terhadap kau untuk mintak pendapat.so bagi la pendapat baik baik.tak payah la nak bash balik.rasa macam.buang masa je aku tanya ko la weh.. =.=

sebab manusia lain lain.cara penerimaan pendapat pun lain lain.kalau ko rasa bash aku balik tu merupakan jalan terbaik untuk aku terima pendapat kau.ko salah.aku bukan seorang yang  menerima pendapat orang dengan cara begitu.cara aku halus.sebab jiwa aku halus.ewah.so aku akan.malas nak tanya lagi.malas nak amik tau pasal ko lagi.merajuk terus.

sebelum sebelum tu lagi.aku dah mesej susu.haha.semua orang aku kacau.maaflah semua orang.terima kasih la sudi melayan diri ini.hehe.

nasihat su..actually aku dah ringkaskan sikit.

"pilih lelaki yang serius jadikan yu *amboih ber yu yu* sebagai isteri..but jangan setuju pulak..siasat agama dan akhlak dia..biala ^&^* nak berkawan dengan siapa je..kalau jodoh korang memang dah tertulis..dia akan datang jugak nanti..so tugas ko sekarang persiapkan diri dengan ilmu..kadang kadang dengan membaca or dengar, kita jumpa jalan penyelesaian atas masalah yang berlegar di kepala..fuhho =) "

fuhho.thanks susu.hehe.semalam aku tengok citer ape eh.kat tv3.aku mahu terbang ke apentah.bagus cerita tu.pasal nak jadi pilot.pastu banyak lah dugaan dia.semua orang yang dia sayang tinggalkan dia.cikgu dia nasihat.cikgu dia adalah beto hushairi.aish.ensem cikgu nye ye.

"kenapa ada malam ada siang? malam untuk kita tidur.siang untuk kita bekerja.jadi..maksudnya.sesuatu tu terjadi ada sebab.sebagaimana terjadinya siang dan malam."

setiap masalah yang datang.dia datang berserta penyelesaian.tak ada masalah yang tak ada penyelesaian.dalam dunia ni mesti ada ujian.laut mana yang tak bergelora. bumi mana yang tak ditimpa hujan.so setiap manusia pasti akan diuji.so just faced it je la.dengan penuh keredha-an.

thanks la kawan kawan yang sudi habiskan masa untuk nasihat dan pesanan.macam ina.tengah syiok sebarkan rumors.kenenkan aku dengan sape entah.actually tak amik hati pun.haha.sebab aku tau tu cara dia nak aku tak fikir sangat pasal hal dulu.tak nak sedih kan?  tapi tak suka laaaa.oh ina.pelis la hentikan rumors awok ni.aku rasa diri ini dah macam artis dah.bhahaha!

alhamdulillah la.dalam keadaan macam ni pun aku boleh je duduk rumah.tido.makan.tengok tv.actually tak ada la meroyan sangat kan? masih buat aktiviti normal.tu petanda aku boleh kawal emosi aku kan? tak ada la aku lepak berjam jam kat luar.habiskan duit.lepak tengah malam.post aktiviti sana aktiviti sini kat fesbuk.bla bla bla.tak buat aktiviti.tak nampak kita hepi kat facebook.twitter.bla bla bla.tak maksud yang kita tak happy right? kadang kadang tu hepi sangat kat laman sosial tu just untuk cover perasaan je.so ini boleh dibanggakan.bukan tak ada kawan.malas je.baik duduk rumah.tengok running man.pastu gelak kuat kuat macam hantu sampai bergegar pagar rumah.puas hati.ok tu over.macam gergasi pulak gelaknya.hahaha.

so bermula dari kelmarin.aku niatkan dalam hati.untuk lupakan beliau.muktamad.kisah dia dalam hidup ai sudah tamat.so untuk next chapter ai tengah tunggu hero baru pulak.kahkah.harap harap ensem macam suami ina risma hasmie.jay chou ke.afgan ke.lagi sape? macam ustaz don pun boleyyy.hahaha demand betei. =P

"Now you just somebody that I used to know.."

ok semua.hari ini busy menjadi driver.petang nanti busy berjalan dengan syira.oh syira.adik aku.tapi orang ingat syira anak akuuuuuu.homaigoddd homaigoddd.jatuh saham akakkk. T-T

Dec 29, 2012

sindrom

Assalammualaikum!


semalam ada seorang kawan lelaki tanya aku.ape ciri ciri lelaki yang boleh aku rasakan..aku suka and berkata oh lelaki inilah!calon bakal suamiku! 

pertanyaan tu tak ada maksud apa apa pun.since kami ni kawan.so mungkin dia mintak pendapat atas dasar pandangan seorang perempuan.tapi pertanyaan tu buat aku berfikir terdiam dan mengelamun.

then aku jawab

"untuk dimata kita la kan..protective.and..solat 5 waktu and..entah."

actually aku tak ada mood nak cerita ciri ciri lelaki idaman ni.nak bagi pendapat perihal ciri ciri lelaki.oh lagilah.blank.i have no idea about that.so bagila idea yang ntah pape.tapi sebenarnya banyak jugak aku nak cakap.yelah.perempuan.mestilah dah ada imaginasi lelaki macam ni macam ni kan? tapi masa yang sama tak ada idea.malas nak bukak mulut and rasa pendapat aku tak penting and macam macam lagilah.

aku tak tau la.sejak beberapa menjak ni aku mengalami sindrom observe tingkah laku seseorang esspecially lelaki dengan terlalu terperinci.even little things pun aku amik kira.aku observe keseluruhan gaya cara and macam macam lagi.dan kemudian aku menjadi terlalu fussy terlalu banding beza dan terlalu terlalu macam macam lah.haih.

cara dia duduk, cara dia makan, cara dia cakap dengan waiter, cara dia cakap dengan aku, cara dia berjalan, cara dia drive, cara dia susun duit, cara dia pegang dompet, cara dia bangun lepas makan means tarik kerusi atau tak, cara dia jawab call, cara dia berfikir, cara dia berborak means point ape yang dia guna untuk berborak, cara dia communicate dengan orang.oh macam macam lagi.

macam tak logik kan? mesti rasa aku ni macam gila je.aku perhati dan aku buat kesimpulan sendiri.tapiii..selalunya aku tak terus buat conclusion pasal orang tu dihari pertama.kita observe lagi.next next and next.so dun wori.haha. =P

tapi kadang kadang first time jumpa pun aku dah reject dah.even tulah.benda remeh.

contoh 1

jalan jauh kehadapan.ok ini berlaku bila lepas makan.dari mamak contohnya nak ke kereta.bila dia jalan dulu dari aku.aku dah fikir kalau lah lelaki ni kawin dengan aku.lepas kawin nanti dia mesti tak tunggu aku dan biarkan aku jalan sesorang kat belakang.aku suka lelaki yang jalan seiringan dengan aku.haha.sebab aku tak rasa ditinggalkan.so REJECT!

contoh 2

makan tak habis.pada aku lelaki kena makan habis! tak elok makan tak habis ni.membazir.and aku malu sikit bila kua dengan orang yang makan tak habis.tak sopan.lebih lebih lagi lelaki.haha.lelaki kena makan habis! lelaki kan kuat makan.lelaki kan metabolism tinggi.jadi kena makan habis! =P so tak habis makan kita REJECT!

contoh 3

merokok.lelaki merokok.aku tak suka.sebab..posibility untuk dia berhenti adalah sangat sangat rendah.mungkin tak ada kot.aku kenal diri aku.diri aku tak reti nak paksa untuk buat benda yang dia tak suka.ghahaha.so aku tak nak risiko kan diri aku untuk terpaksa redha dengan pasangan perokok.aku tak reti nak ugut ugut.

'eh yu pilih! yu nak ai ke rokok! kalau yu pilih rokok! tinggalkan ai!'

cewahh! drama giteww.

haa.tapi yang ni ai tak reti.esok boleh la ai ugut ugut.2 3 hari kemudian dah pasrah dah.dah malas da.dah fed up dah.so..macam tu lah.dan aku tak nak risikokan kesihatan aku demi pasangan yang ketagihan merokok.anak anak aku nanti? macam mana? oh tak leh.bau dia lagi? ouh headache.actually aku malu gak kua ngan orang merokok.rasa macam kau merelakan je diri ko di..di bahayakan atau didedahkan dengan macam macam kesan yang memudaratkan kesihatan.so..perokok kita REJECT!

ni beberapa benda benda remeh yang..aku terlalu fikirkan.tapi merokok tu bukan hal remeh sebenarnya kan.serius kan? kan? kan? 

orang lelaki mesti menyampah je bila tahu aku observe dari a sampai z.tapi ni belum  z lagi ni.tak salah kan? ni hak kita la kan.cuma ni satu cara untuk kita kenal dengan siapa kita deal, dengan siapa kita bergaul and bla bla bla.aku bukan la nak yang terbaik or perfect ke apa.cuma..aku rasa ni sindrom remeh yang ntah hape hape.remeh gila.serius.dan..

tipulah bila tanya perempuan apa ciri ciri lelaki yang dia rasa nak buat lelaki dia tak tau kan? dan ciri yang aku nak..

ada la beberapa.

yang PALING penting 

pakai spek pls.

hikhik.gurau.

pakai spek tu bukan point remeh ke? haha

nak macam afgan.boleh? 



haha.

bila sindrom remeh ini tak diubati secepat mungkin.aku rasa ianya bakal memudaratkan diri ibarat sel kanser.haha.over.

p/s: sayang apa khabar dengan mu..? currently addict with this song! he! he! he!

Dec 23, 2012

#Doa

#ingatan

“Someone will fall in love with you. Your flaws, scars, someone will. They’ll love you for you. They’ll know what you look like when you’re tired, happy, sad, angry. They’ll know what music you like, how you like your coffee. They’ll fall in love with you. No one else, just you. Maybe you haven’t found them yet, but there is someone out there wondering what you’re like. You’ll meet them, insyaAllah"

Dec 22, 2012

words hurt


Assalammualaikum.

bila dah hujung hujung tahun ni.macam macam hal pulak yang jadi.macam macam hal pulak yang mengganggu emosi.lebih lebih lagi bila masalah ini berkait rapat dengan perasaan kita atas perbuatan atau perilaku manusia lain.

but then aku try untuk chill out.kita relaks relaks je.kita buat tak kesah je lew.

tapi dalam tak kisah tak kisah aku.

aku punya perasaan woi.

cuma lately, ramai la pulak menguji kesabaran dan ketabahan aku.tapi tula.aku relaks relaks aje orangnya.mungkin disebabkan tengok aku ni relaks relaks aje.jadi mereka mereka ambil peluang ini untuk meneruskan agenda menghiris kalbu aku.tapi tula.muka aku ni memang tebal gila.tebal tak menunjukkan rasa.plain aje.dan hati aku ni.kebal gila.sebab tak menunjukkan emosi yang nyata.tapi itulah.relaks relaks aje tak bermaksud kau perlu uji perasaan aku sewenang wenangnya.

kadang kadang isu kemalasan aku pun nak heboh sangat.please la weh..mind your own business lah.aku memang pemalas.aku tak rajin pun.tapi kalau aku rajin gilaa pun.tak yah la jadi isu jugak.contoh pura pura terkejut beruk la ape la.terasa hina gila.aku sendiri pun tak terkejut dengan kerajinan tiba tiba aku.bila orang lain terkejut.

uh.over gila kot.

aku tak suka bila orang api apikan titik kelemahan aku kat orang lain.not cool la weh. really not cool.its  called annoying.annoying orange.hehe

aku bukan seorang yang lantang bersuara.cuma aku orang yang malas nak kata ape.dan diam tak bermaksud kalah.tapi..mengalah.


jadi jaga lah setiap perkataan yang tertutur dari mulut awok tu.awok kan dah besar.

okay.
hug n kisses
xoxo.

Jangan bubuh nama

pegangan aku--
kalau menulis--
biar sekadar konsepnya.

jangan bubuh nama.
jangan sebut sesiapa.
benci perbuatan--
bukan pelakunya.

janji aku--
kalau menulis--
biar yang benar2 sahaja.

jangan membohong.
jangan menipu.
kerana kebenaran--
hidup selama2nya.

dua prinsip ini--
adalah islam.
tidak memburuk nama--
tidak berkata dusta.

aku bukan pendakwah.
aku cuma penyebar cinta sesama manusia.
pengajak kebaikan sesama kita.
itu sahaja.

maka maaf pada kalian yang membenci setiap tulisan aku. aku tahu dan sedar diri--
fitrah aku yang masih bertatih pada tuhan ini agak tidak menyelesakan.

at the end of the day,
the truth IS the truth.
and at most of the times,
aku sebenarnya bermonolog dengan diri sendiri.

cuma dosa aku mungkin similar dengan lain2 manusia--
dan kalian2 merasakan aku membahasakan diri kamu semua.
mungkin--
sebenarnya somehow kita sama.

bagi aku--
qulil haq walau kaana murra.
berkatalah haq walau sesungguhnya ia pahit.

dosa aku pada tuhan--
dia paling memaafkan.
cumanya--
apa aku disempatkan.

sekarang--
jawab ini pula--
sanggup tunggu aku habis pertimbangan di mahsyar di antara berjuta2 manusia?

*pause*

haih.

*pause*

ingat.
jangan bubuh nama.

tulis yang benar sahaja.
- Fynn Jamal


p/s-kepada type A person sipolan bukan nama sebenar.ingat! jangan BUBUH nama jangan SEBUT nama.Sebenarnya somehow kita sama.heh.