Aku pernah ada diari.dululah.masa sekolah rendah mungkin.untuk manusia yang tak mampu cerita luahan rasa pada sape sape.jadi diari tu kira macam teman baik.semua aku cerita.semua aku cakap.sampai satu masa.ada seseorang baca.aku tak sedar.tapi bila secara tiba tiba dia mula menjauh aku mula perasan sesuatu.dah akhir sekali.aku mendapat satu nota kecil dari dia.tekaan aku betul.diari aku TERbaca oleh dia.mungkin dia terasa apa yang aku katakan tentang diri dia.sejak tu.aku rasa bersalah.aku rasa jahat gila kalau aku tulis pasal orang.sejak tu aku tak pernah tulis pasal orang.hanya sedikit memori untuk hari hari yang aku jalani setiap hari.dan aku tak lagi menulis kat buku yang nampak seperti diari.aku lebih gemar tulis pada buku tebal yang kelihatan macam buku nota agama.paling penting.simpan tempat paling selamat.
Sekarang.aku tak lagi menulis diari panjang meleret leret.cukup hanya gunakan planner untuk aku buat catatan kecil.kira ingatan hari ini cukup kuat untuk ingat satu peristiwa hanya dengan satu ayat.Dulu ramai yang ketawa kenapa aku ada diari.ada yang tanya macam mana aku tulis diari? haha tak payah la tau.rahsia kerajaan.selamba je seloroh.aku rasa diari penting.untuk aku yang amat pentingkan memori setiap peristiwa.untuk aku kenang.untuk aku ingat.mula mula memang ko takkan tau ape faedah nye.tapi tunggulah setahun dua tahun tiga tahun.sure korang tersenyum senyum baca balik ape yang korag tulis.
tapi aku rindu nak tulis diari yang meleret leret panjang.sangat comel.pada aku.tapi kekangan masa.banyak tarikh tarikh terlangkau.dan ini tidak bagus untuk aku.rasa macam kosong.dan memaksa memori aku yang ada ingatan satu sen ni untuk ingat balik.ini dikatakan penyeksaan minda.jadi inilah punca kenapa aku hanya gunakan planner sebagai diari aku.tapi itu hanyalah untuk ingatan satu satu tarikh.bukan lagi untuk dijadikan sebagai luahan rasa.heh.
untuk cerita perihal masalah kat orang lain.aku suka fikir dua tiga kali.aku bukan jenis manusia yang akan cerita masalah kat sape sape.aku lebih gemar diamkan diri.aku rasa mereka tak perlu tahu masalah aku dan aku tak yakin pun nak cerita kat sape sape.sebab risau.mampu ke telinga mereka dengar setiap bait bait perkataan yang aku nak katakan? mampu ke dorang bagi sepenuh perhatian hanya nak dengar luahan rasa aku.itu juga tak mungkin.aku suka cerita secara santai.gelak gelak.tapi tak bemakna semua benda aku luahkan.mungkin hanya 20 peratus.selebihnya.simpan.mungkin ini sebab utama aku jadi pendiam.sikit.haha
orang kata bahaya untuk orang macam aku ni.tekanan jiwa.tapi tak sangat untuk aku.aku selesa.kadang kadang aku nak duduk berdua.minum teh dan luahkan masalah aku.tapi.bila jumpa.bukan luahan rasa yang keluar.bukan air mata yang keluar.tapi hanya gelak ketawa.aku tak nak gelak ketawa tu disertakan dengan luahan rasa aku.aku tak nak rosakkan suasana.tapi kadang kadang bila marah tak dapat dikawal.sedih tak dapat tahan.satu je cara.menangis.kat mana mana tak kisah.tak kisah dah orang lain.heh.cengeng.
untuk ketika ni.ramai cakap.ramai tanya.tak jeles ke aku bila pakwe amik pic perempuan cantik.aku akan rasa tertekan bila ramai mula persoalkan.aku jarang fikir hal ni.tapi tidak untuk semenjak dua ni.ya ya ya.jeles? tak payah la cakap.cukuplah letakkan korang kat tempat aku.then barulah korang faham.jeles tu mestilah ada.aku tabik spring untuk mana mana girlfren yang tak jeles langsung untuk situasi ni.tapi aku malas fikir.gambar gambar pun aku tak tengok.tapi satu hari tu aku tertengok.rasanya macam.entah.haha.aku tak pastilah kalau muka aku cukup plastik untuk menutup rasa jeles tu.heh.
aku tak kisah pun dia nak amik pic sape sape.tapi harap dia dengar.faham.ape aku rasa.aku terlalu emosi kadang kadang.mungkin selalu juga.aku tak ada diari meleret lagi.semua simpan dalam hati.doakan aku tak ada penyakit hati ya.
aku berminat tentang sesuatu.yang aku jumpa tadi.mungkin untuk sang lelaki.
"Lelaki akan selalu mengeluh, sukar untuk memahami hati perempuan yang sensitif, mudah menangis dan ada kalanya cemburu.You only need to listen.They want you to really listen to them.Kerana dalam hati seorang manusia bernama perempuan, mereka ini perlu ditenangkan, dijelaskan dan didengari."
faham? dengar saja.