seperti yang dijanjikan.aku nak cerita perihal alam semasa di tingkatan tiga pulak kan? ha ha ha.tak sabar ni nak citer.entri ini mungkin panjang.semoga anda masih bersemangat nak baca ye?
masa tingkatan tiga.populasi melayu meningkat di kelas aku.masa ni ramai masuk.ati, yonadey,hani farahin,hazwani, and nonol tak silap.yang 8 orang yang dulu tu.dah kurang dua orang.iaitu anne dengan teya.depa dah tukar sekolah.bila bertambah sikit.macam best la.semangat belaja tu kira membara la kononnya.hoho.semangat nak main main pun menyala nyala.muhaha.
cikgu asingkan tempat duduk kami semua.dia nak kami duduk campur berbilang bangsa.tak nak puak puak ni.tak nak ada isu perkauman la kononnya.kira nak merapatkan plus nak eratkan hubungan kami sekelas.aku rasa aku duduk jauh dari ati.sebelah Megala dan Megi ops.salah.aku tak pasti ejaan sorang budak cina ni.Meggie? Meggi? Ah lupakan.
okay.memula sekali kisah presentation english.aku ingat lagi.tak silap aku.buat grup.semua orang buat lakonan je paling koman.tapi tidak bagi kami.haha dengan mengada ngadanya kami buat CORAL SPEAKING! haha padahal bape orang je.memang hancus la kalau nak buat pun.tapi ngada jugak.ingat lagi berlatih last minit dekat padang sekolah tu pun banyak la konflik dramanya.semangat je buat coral spreaking.ain jadi conductor.pasal kisah epal dan pai epal.aku ada teks nya lagi korang tau tak! haha kenangan gila! aku lah yang bertanggungjawab melukis topeng epal yang perlu digayakan setiap orang.hahah! last last masa presentation.macam haremmm je.
sama macam tingkatan 2.bila cikgu tak ada.kami suka buat bulatan kat belakang kelas.ah aku rasa ni aktiviti wajib untuk semua pelajar perempuan kat malaysia ni.haha masa ni nonol! hah dia memang pencerita terbaik.sekali action semua dia bantai buat.eksited gila kami dengar cerita dia.selalu tak silap aku.pasal lelaki.hah! topik paling hangat untuk diceritakan.haha!
kelas kitaorang jadi tumpuan cikgu cikgu.sebab selalu buat bising.satu hari cikgu penolong kanan tak silap.round sekitar bangunan.malang bagi kami.kami diserbu dari belakang kelas.kelas masa tu dah macam tongkang aku rasa.dengar cikgu tu bersyarah semua.aku ingat ayat dia.
''kamu semua ni pelajar harapan sekolah, kamu harus gunakan masa yang ada buat ulangkaji.jangan menjerit jerit bergelak ketawa.''
pergh.terdiam kami semua.diam berlanjutan hanya 5 minit.
lagisatu yang tak boleh lupa! bila keluar rehat.hah! rehat ada 2 sesi.sesi pertama untuk budak form 3 kot.lupa dah.kelas aku kat atas.so nak pegi kantin mestila turun tangga kan? xkan nak guna lif? gila kaya sekolah ada lif untuk bangunan 2 tingkat.okay.seingat aku.kelas bawah tu.kelas budak mekanikal.abang abang form 4 punya kelas.aku tak pasti la ape dalam fikiran kami semua masa tu.perempuan ni.perangai ntah hape hape.kat tangga bawah tu.sebelah kelas abang abang ni.ada satu peti besi tau.aku tak ingat peti besi apa.tapi kawan kawan aku selalu ketuk besi tu bila lalu.
macam mana ketukan tu berlaku? lompat dari tangga dan hayunkan tapak tangan anda pada peti besi itu.bunyik dia gila macam ape je.bila dah lakukan itu.buatlah muka selamba dan abang abang tu akan nampak dan memberikan muka yang gila geram.haha aku tak pernah pandang pun muka abang abang tu.tapi kalau ko kena.sure ko geram kan? nasib baik tak pernah kena marah dengan cikgu yang ajar kelas abang tu.hahaha nasib baik kot.yang suka buat ni.aku rasa ayu.kecik kecik cili api! aku ada la buat 2 3 kali.hahahahah
lagisatu.aku tak tau nape suka sangat pedajal abang abang tu.bila lalu kelas dorang je.kitaorang gelak besar.haha.memang gila annoying la aku cakap.kadang kadang kat tangga dah gelak gila.yang memekak memekak gila tu.pastu bila lalu depan kelas abang abang tu.diam.buat muka selamba.haih.serius mesti tensen gila abang abang tu
kejadian yang seterusnya adalah.bermain.kami sangat suka bermain.ada satu permainan tampar tapak tangan ngan peha.aku tak ingat game dia macam mana.tapi bila dah pukul pukul tu.lebam gak la tangan dengan peha ko.merah merah.aku risau urat aku putus akibat main benda tu.dan ini adalah semua ajaran nonol! haha maafkan aku nonol.tapi aku rasa ko yang muka evil gila masa main ni.hahaha selalu kami ajak hani.hah hani ni sopan orangnya.baik je.lembut suma la.sesuai dengan nama hani.sampai jalan pun macam menonong je.sebab dia tak suka pakai spek mata.bila kami ajak dia.dia dengan baiknya geleng kepala.tak nak.pujuk pujuk.pun tak nak.last last masa form 4 baru aku diberitahu yang dia takut tengok kitaorang main macam tu.ganas.hoho!
kelas aku masa form 3 ni pelik sikit.kalau musim exam.tak kisah la exam ape ape.seminggu sebelum exam.mesti kelas kami kosong.konon nak study kat rumah la.apela.poyo je~ aku pernah je datang kelas dengan hanya 4 orang dalam kelas tu.masa form 3 la.teruk kan? aku dengan ayu.2 laki 2 perempuan.cikgu sampai buat annoncement kat perhimpunan bagitau kat student suruh datang sekolah.mana tau cikgu bagi hint.sebab kedatangan sangat kritikal.haha!
banyak lagila kisah nya.merayau sume tak masuk lagi.yang aku geram.masa agama.kelas tu baru sekali aku TERtido.terus dengan nyaringnya ustazah jerit.
"dia tido pulakkkk...!!! ''
terus bangun dengan muka yang terkejut gila.korang tau tak suara ustazah noraini tu nyaring sangat sangat.haih.pertama dan terakhir aku TERtido waktu kelas dia.budak lelaki gelak macam hape je.tak sempat ternak taik mata lagi kottt...
macam macam aktiviti la kami buat.haha yang menggelabah gila study pergi library kajang.poyo gila.masa ni trend budak kelas aku pergi study kat sana.budak melayu je la.kami gadis gadis gatal.haha last last aku pun dengan gelabahnya study kat sana.poyo poyo.haha! macam la tak leh study kat rumah kan? haha
okay! form 4 tak tau nak citer ke tak.sebab masa ni masa sedih.semua budak kelas dah pindah sekolah lain plus masuk teknik.aku je yang degil dan terkontang kanting sesorang kat sekolah tu konon taat setia pada sekolah tu.padahal.macam ape je.haha! okay nak tengok 999! adios!
aku rasa saat saat gemilang mmg time form 3 kot wehhh. HAHA. mase tu ah musim nak UP. ahah.
ReplyDeletehahahaha!! aku da x ingt da memori time sek..
ReplyDeletetapi yg pasti zaman sekolah plg best! =)