pulang dari mencari nafkah untuk anak anak kucing.hahaha.anak nyangnyang.eh silap.nyangnyang tak ada anak.sebab dia adalah kucing yang jantan.haha.okay okay.berbalik kepada topik kita.esok adalah hari pertama kita berpuasa.selamat berpuasa semua ya! alhamdulillah aku jumpa lagi ramadhan tahun ni.
hari ni aku kerja FULL shift.
blergh.penatnya tuhan yang tahu.pagi pagi hari aku dah dapat iktibar hidup oleh timah.kenapa ye?
timah datang kerja hari ni lewat sikit.aku dah carik carik timah.mana timah? mana? mana? dia tak ada la lewat.aku yang semangat masuk awal rupanya.bikin kecoh la lu ni ecah.haha.mata dia bengkak tau.pelik lima minit.then dia mula cerita...
...semalam dia ada cakap.kawan dia meninggal dunia.kawan satu taman.rapat jugak.tapi semalam dia macam redha sikit.tapi bila dah balik rumah.opkos la sedih gila kan? so dia cerita.pagi semalam yang kawan kitaorang ada nampak orang meninggal kat tol bukit dukung tu.kawan dia sebenarnya.langgar lari.yang tak bagusnya.motor arwah selamat dicuri.tak baik kan? lagi lagi teruk.kes langgar lari.kereta langgar belakang motor arwah.kat highway.opkos semua kereta laju kan? hurm.tengkuk arwah patah dan dalam semua hancur.ye kot.timah betul betul terkejut.aku pun sedih.terkedu.terkesima.even dia bukan kawan aku.aku tak kenal.tapi terkesan kat hati.sebab dia penunggang motosikal.aku fikir adik aku je masa tu.dah ajal kan?
...dari situ aku fikir.tuhan nak amik nyawa kita.bila bila dia boleh amik.tu kan rahsia tuhan.memang aku fikir kita kena bersedia.seminit.sesaat.tak boleh lupa tuhan.masa ni aku rasa betul betul terkedu.kita tak tau esok lusa.wujud ke kita kat bumi tuhan ni.masa ni aku diam gila.masing masing muhasabah diri.masa ni aku terfikir.cukup ke bekalan aku nak bawak sana? masa ni rasa diri betul betul kerdil.huish.
...timah ada cakap.dia rapat jugak dengan arwah.tiap kali dia balik keje.arwah selalu usik dia.arwah baik.berkorban untuk adik beradik dia.macam macam lagi la.sampai aku rasa.aku ni lagi teruk dari dia.kami semua terdiam sampailah nana cakap..
"hurm..tula kan? orang yang baik ni selalu pergi dulu.."
...semua mengangguk tanda setuju.hurm.sedekahkan al fatihah untuk arwah.doakan semoga kita semua panjang umur.alhamdulillah aku dapat jumpa lagi ramadhan tahun ni.harap tahun depan jumpa lagi.
aku ada teringat satu potongan ayat yang aku cilok dari majalah solusi bulan ogos kot.mana yang buat aku terkedu sambil mengiayakan perkataan itu.ayat dia lebih kurang macam ni..
"andainya ini ramadhan terakhir..layakkah kita berhari raya?"
betul kan? orang sibuk berhari raya sampai lupa nikmat bulan puasa.so aku harap ramadhan kali ni aku dapat manfaatkan sebaik mungkin.dan bulan yang berkualiti untuk diri aku.kita patut rebut peluang bulan ramadhan ni.tanya diri kita.ada lagi ke ramadhan untuk kita.huish.artikel tu betul betul terkesan kat hati.belilah majalah solusi.hurm.kepada penunggang penunggang sekalian.hati hati kat jalan raya.pemandu pemandu jugak.kita tak pasti petang ada lagi tak untuk kita? malam? hurm.macam kes timah.pagi sihat walafiat je bangun nak pergi keje.keje betulkan kete orang.sekali.dapat panggilan.dah meninggal.innalillah... semoga roh arwah dicucuri rahmat.amin.
selamat berpuasa! jangan lupa niat puasa! hehe
# tahun ni puasa pertama aku kat rumah selama sebulan! tahun ni puasa pertama kami puasa tanpa adik aku uyun.kali pertama uyun berpuasa di perantauan! hihi tak care uyun! selamat berpuasa! ^^
No comments:
Post a Comment