salam.
masuk hari ni.dah tiga belas hari kan kita puasa? ehem.puasa tahun ni.bagi aku lain sikit dari tahun tahun sebelum ni.tahun ni aku berpengalaman untuk pertama kalinya bekerja.alhamdulillah.setakat hari ini.aku berjaya bertahan! eiceh.
pengalaman bekerja masa puasa..sangatlah mencabar but at the same time.banyak benda aku belajar.mencabar kat sini macam macam hal la.dengan kawan kawan sekerja.dengan bos.dengan customer terutamanya! dari situ la aku belajar cara mengawal emosi.terima kasih pada bulan ramadhan.kalau bukan bulan puasa.dah aku caci maki da customer ni.huhu
masa sebelum puasa.aku and da geng.takut sangat nak hadapi.sebab macam menakutkan dengar cerita dorang semua.kata busy sangat la.customer ramai gila la.tapi setakat hari ni.semua under control.kalau ramai tu biasalah.lagi lagi nak raya sekarang ni.comfirm sangat lah ramai.memang sesak.tengok pun rasa nak pengsan.tapi baguslah.setakat ni berjaya kawal anggota badan supaya tak pengsan! huhu
dulu sebelum kerja.aku dah fikir aku tak nak kerja kedai kedai macam ni.sebab nanti puasa.penat.ramai orang.tak dapat cuti.tapi nak buat macam mana.aku telah ditakdirkan untuk kerja disini.biasalah.kita selalu dapat benda yang kita tak nak.dugaan tu.
kerja kedai macam ni.masa bulan puasa.sangat sangat tension.sebab apa.macam macam ragam customer korang jumpa.ada yang baik.ada yang tak sangat.hurm.aku pelik.customer ni.kadang kadang biadab jugak ngan kitaorang.contoh macam tanya harga baju.tanya saiz.nak menjerit aje.kadang kadang macam nak carik gaduh.pelik la rakyat malaysia ni.emosi aku selalu kritikal bila susun baju melayu.baju melayu kan gantung kan? bila dah ramai customer.tak ada nya gantung elok elok.macam cekodok dah rupa.tension weh.kalau yang ada dalam offer bin.means yang lipat lipat tu.pergh.jangan tanya.memang macam bukit.aku pernah kena sekali.baju t shirt.sebelum puasa.aku lipat cantik cantik.dah siap.aku pergi tempat lain.5 minit kemudian aku datang.pergh.rasa nak nangis kat tempat kejadian.hancur.aku nampak gunung je.masa ni.rasa nak pengsan.
susah nak cakap tau.kadang kadang customer ni buat kita geram je.tengok kita ni macam tak ada ilmu.bukan se orang yang kerja kat kedai kedai macam tu bodoh tau.bukan maksud dia tak ada education.bukan nak cakap aku.tapi setelah beberapa bulan aku kerja situ.aku dapati.ramai je yang educated.cuma dorang tak ada rezeki lagi nak pergi ke bidang yang dorang carik.tu kira macam part time dulu la before dapat kerja tetap.
musim raya sekarang ni.ramai carik baju melayu.baju kurung.baju baju semua tak ada stok.memang apa yang kitaorang display itu je la yang tinggal.jujur aku cakap.sekarang aku kesian bila mak cik pak cik carik baju yang dorang nak dengan muka eksited tapi at the end tak dapat beli sebab tak ada saiz.maafkan saya.lagi lagi kt bahagian children.tumpang sedih bila budak budak nak pakai baju tu.tapi tak ada saiz.pastu mak dia pujuk dengan suara lembut.sayu je.huhu
adik.kalau akak pandai jahit.akak boleh jahitkan untuk adik.ehehe *tipu je*
bila dah kerja bulan puasa ni.kesempatan berbuka puasa kat rumah selalu gagal.aku la gagal.aku ingat lagi.masa puasa pertama je aku dah gagal buka kat rumah.sedeh ooo.aku dengan timah.masa ni tak nak bukak kat gerai.konon nak jalan jalan sambil makan.tapi lagi sedih bila ko jalan jalan.bawak air bungkus dengan wafer.sekali ada mata mata yang pandang pelik sampai kita pun rasa pelik dan baru kita sedar yang rupanya dah masuk waktu berbuka dan dorang tengah makan dengan sedapnya.huuuuu T-T
lama lama ok dah perasaan sedih ketika berbuka.sebab apa? sebab ada kawan kawan.terima kasih kat naim.syukri.sebab bulan puasa ni.rezeki diaorang murah dan dorang murah hati belanja kitaorang.rajin pergi bazar.amik order kitaorang.konon nak belikan tapi rupa rupanya belanja terus.uish.rasa bersalah.moga korang murah rezeki ya. =')
bila buka dengan kawan kawan.tak ada la sedih sangat.meriah jugak rasanya.huhu.selama ni aku kemas kemas baju melayu.aku buat untuk tempat tu kelihatan kemas je.bukan cantik dan menarik.tapi sejak aku tengok cara kerja kak menaga iaitu partner aku jugak.fuhyooo.rasa macam masuk butik.dia memang susun ikut turutan warna.kalau ikutkan.memang kena macam tu.ikut plan yang dia bagi.tapi dulu aku malas.janji kemas je.sebab aku tak suka bahagian baju melayu.nak muntah tengok baju yang seluarnya digumpal gumpal masuk dalam hanger.siud je kan? dugaan~
kak menaga rajin kemas baju melayu.sampai aku naik hairan dan buat kesimpulan sendiri.
ala.akak menaga tak hidup dengan baju melayu.aku hari hari tengok baju melayu dalam rumah.jemu.
alasan mengarut gila.hani, qin ngan timah pelik je dengar statement tak masuk akal aku.
so aku susun gitu gitu je la.bila kak aisyah cakap yang kalau dah susun ikut warna.kita akan rasa puas.baru aku try.dan betul.puas gila bangga sikit.ehehe.so mulai beberapa hari yang lalu.aku berjaya buat dengan jayanya.eceh.sabar gila la weh masa kemas tu.mujur tak muntah.blergh.
tapi raya tahun ni aku tak rasa sangat.sebab entah.busy kerja.hahah =P t sambung lagi.esok full.nanti aku tulis lagi.ehehe ok daa~ nanite.
No comments:
Post a Comment