Beberapa bulan ni aku agak stress sikit dengan kerja. ada waktu tu aku datang kerja tak bercakap langsung. keep on berfikir. aku tak ada mood kat ofis. aku dingin sangat. aku jadi pendiam.watak aku kat ofis dan kat production sangat lah berbeza. idk why. mungkin sebab ofis adalah tempat aku buat kerja. so ofkos la stress. so nak release stress aku keluar pergi production.
kat sini tak ada satu tempat aku declare as tempat untuk release tensen. kalau kat syarikat Y dulu aku akan lepak sesorang kat belakang area scheduled waste. haha. situ rumah kedua la. padahal tak buat pape pun. lepak sesorang kat situ padahal tempat tu berhantu. lol
Suasana bekerja sekarang quite mencabar. Tak macam masa aku dekat syarikat Y. Aceli aku masih compare. compare semua benda which is tak baik langsung lah. tapi biasalah. tak move on lagi walaupun dah setahun lebih aku tinggalkan syarikat Y.
Syarikat Y ya..
Hmm tak pelah. lupakan. mungkin aku kena belajar untuk move on.
Tempat kerja sekarang mencabar banyak benda. emosi. fikiran. and macam macam lah. tekanan dia sangatlah tinggi tapi tulah. dengan tekanan yang adalah yang buat kita belajar banyak benda kan?
kat sini aku kerja dengan orang yang lebih muda dari aku. korang tahulah budak muda macam mana attitude dorang sekarang. golongan yang punya adab sopan tu dah susut. tak ada respect. baik tu baik lah. tapi respect dengan baik tu lain. kalau ko orang baik tapi ko tak respect orang so tak ada bezalah.
entahlah.
ahaha. ayat penuh givap sangat awak ni aisyah..
kadang kadang cakap dengan kita ni pun macam cakap dengan adik adik dia. haih la. aku salah ke ek dalam letak border? aim i being so nice to everyone?
idk. maybe yes and maybe no.
satu benda penting aku belajar setakat ni yang aku betul betul akui adalah.
hmm.biarlah kita ni bodoh tak pandai weh. tak cantik muka berjerawat. gemuk gedempol hitam legam watsoeverlah.yang penting sekali.
biar termasuk dalam golongan manusia yang beradab and hormat orang. sebab tu lagi mahal harga dia dari rupa paras kekayaan dan sebagainya.tu je yang aku pegang dan tu je yang membezakan aku dengan orang lain.
ayo buruan coba klik DISINI banyak yang menarik loh
ReplyDelete