Pages

Showing posts with label februari. Show all posts
Showing posts with label februari. Show all posts

Feb 24, 2015

Nevesh



Selasa terakhir di kajang. bhahah over tak? ahh tension lah aku. aku berdebar sebenarnya nak pergi Somban ni. aku harap aku tak set kat mind aku yang aku akan pergi bercuti ke apa padahal aku memang bekerja. bukan bersiar siar atau bercuti kat sana. 


aceli ramai jugak yang cakap. ala tak jauh la. Somban je. sikit lagi kat Sendayan. tapi entah kenapa aku macam risau. selain risau dengan environment yang totally baru untuk aku. so sangatlah neves. kiranya kalau aku nak lepak catch up sekarang dengan acah acah sebelum aku pindah tu sebenarnya aku nak cakap yang aku neves nak pindah. so aku nak lepak and bercerita dengan kawan kawan aku dan dengar la nasihat dorang. 

one more thing yang aku risaukan adalah perubahan diri. well manusia berubah kan? even ko ada kawan baik pun. jangan terkejut la one day kawan ko akan tinggalkan kau bila dia jumpa kawan baru. pegang lah tagline. manusia berubah. 

so aku takut. 

aku takut aku yang berubah. orang lain berubah aku boleh deal lagi. kalau aku sentap dengan perubahan manusia tu pun aku tak kisah. sebab biasalah. hari dia. nanti hari aku jugak lolol tapi.. kalau aku berubah? macam jadi sombong ke..jadi macam lupakan kawan kawan sekarang..jadi kedekut sangat sangat (sebab sekarang aku pun kedekut so aku tambah sangat sangat la untuk ramalan masa depan) pastu macam...dah tak ajak kawan kua. selama ni kita yang ajak kan. so pasni jadi macam ' ah dia tak ajak pun' 'eh asik aku je yang ajak dia kua' ha macam tu. oh aku risaukan diri aku. 

pastu jadi macam polite jee. hahahaha tu macam menakjubkan la kan kalau aku berubah macam tu sekali. tapi maybe lah akan jadi lebih jelitawan kahkahkah itu cita cita umur 26 tahun. lolol. 

hmmm entah la. aku harap pasni aku still macam dulu. gila gila. kiranya jarak tempat tinggal yang makin ke selatan dan menjauh dengan kengkawan sekarang tak menghalang aku untuk berperangai gila. kalau ada kawan baru pun. aku pastikan aku tak lupa kawan aku sekarang.

humph! 

aceli banyak lagi lah dilema. kawan kawan la suasa tempat keje la ape la kelig la itu la ini la. so mencabar sesangat. so sangat menakutkan. tapi pada masa yang sama saya sangat eksited nak carik kawan baru! hmmm eksited sikit. hehehe. kalau boleh biarlah ada yang sebaya. hahaha sebab aku rasa lately ramai kawan aku muda dari aku. tapi best gak. dorang muda pun tak ada lah budak budak sangat. ok je. cuma ko kena sabar melayan la bila ada kawan muda dari ko. tapi ko kan jenis buat bodo je kan. so kalau dia sentap ke anggap je yang dia memang kena sentap bila dengar kata kata kakak yang ofkos lebih tua dari dia. 

lolol

 eh jap.

nanti boleh ke aku bangun awal ek? hahaha 

Feb 23, 2015

Saya mungkin


Saya mungkin

Saya mungkin nampak cool
Saya mungkin nampak steady
Saya mungkin nampak hepi

Saya mungkin

Saya mungkin nampak kerek
Saya mungkin nampak egois
Saya mungkin nampak angkuh

Saya mungkin

Saya mungkin nampak kelakar
Saya mungkin nampak gila gila
Saya mungkin nampak jelita (gelak tutup mulut)

Saya mungkin

Saya mungkin nampak letih
Saya mungkin nampak blur
Saya mungkin nampak sedih

Saya mungkin

Saya mungkin nampak tabah
Saya mungkin nampak kuat
Saya mungkin nampak berjiwa kental

Saya mungkin

Hakikatnya perasaan Madilyn Bailey nyanyi lagu Titanium (versi akustik I guess) itulah keadaan saya. 

Feb 22, 2015

Sundate


cuti hujung minggu kali ini sangat terisi dan jadual sangat padat dan ko PENAT.

hahaha.

hari khamis aku balik pasir panjiang. jem gilaaaa. tak pernah balik pasir panjiang jem seteruk ini. pukul 12 tgh hari dari rumah. pukul 5 lebih baru sampai kampung (ni plus ko lepak makan ikan bakar kat mana ntah hoho)

aku balik pasir panjiang satu malam je. so kiranya jumaat dah balik. dalam perjalanan nak balik kampung tu aku cakap kat mak aku jom balik johor esok. (jumaat) mak aku diam. dia macam ko ni biar betul.pastu aku pun ala mak jom la. duk umah bukan buat pe. boringg~ (cewah) sebab aku malas nak keje sabtu tu. so aku pun macam tak ada benda nak buat (tipu tak ada benda nak buat kat rumah) so aku pun ajak la mak aku balik kampung johor.

so ok la. jom balik johor.

habit aku memang macam tu. last minit. rasa nak pegi situ. ok pegi jom. nila gaya orang malas nak fikir macam macam.

balik selangor jumpa sedara mara. pastu gelak gelak tak hengat duniya. balik selangor. slang jawa aku keluar. slang je. ngomongnya orak reti. reti...tapi itik itik. (ntah betul ke tak aku merapu cakap jawa ni bhahahahah!) kat sana ada yang panggil aku bibik. bibik ni mak cik dalam bahasa jawa. bukan orang gaji.

asalnya balik johor aku drive. tapi last minit aku macam malas. aku suh uyun drive. bawak kete dia. bhahahaha. jahat tak aku. dah la aku yang aturkan lagu lagu pendrive dia. saje siksa jiwa raga dia. last last aku pun tak caya lagu lagu ni aku ke yang masukkan?

balik johor aku suka. sebab...macam bos. bhahahah! ko lagi tua dari sedara ko. so ape lagi. gunalah kekuasaan ko! aku suka sebab aku bebas nak baring ke nak tido kroh kroh ke tanpa pegi dapur. (hahahaha) tak adalah. selalu aku guna kuasa veto untuk berehat tu sebab aku driver. tapi kali ni pun penat jugak. yela dari selangor kan. ko tak tido. sebab ko jadi co driver. so. boleh la baring jap tgk ultraman. lagipun ramai ramai kat dapur. aku ni jenis malas nak tunjuk skill kalau reramai ni. so amik jalan mudah. lepak depan tgk tv. hahaha. bagila can sape sape yang nak tunjuk skill. aku ni low profile. ehehe.

aku ni memang pemalas. tapi bab amik hati orang tua. nombor satu. sebab tu arwah atuk aku suka aku. haaa...aish. tak leh citer. nanti senyum sorang sorang. bhahaha. kiranya kat johor ni aku ada kuasa berehat la ewah poyonye kauu. haha. aku penah kot nyorok kat satu bilik kat rumah arwah atuk aku. masa puasa aku rasa. sebab rumah situ panas. ko aku akan letakkan sapu tangan sepanjang tua gudmorning kat bahu. dah macam atuk atuk pegi kebun je gaya untuk aku lap peluh. so dengan baru sampai kampung. ko penat. pastu aku pegi carik satu bilik untuk aku tido (kaver sebab semua orang tengah kemas rumah nak raya) beria aku tido weh. malangnya aku dijumpai jugak tatkala sampai turn bilik tu untuk dikemas. hahahaha.

tapii tak kena marahhh. yayyy. hahaha

tu zaman sekolah sekolah menengah la. time ko muka tebal tak malu plus nakal pemalas watsoever. sekarang tak ada dah. sekarang paling kurang baring kat sofa sebab penat drive pastu tido. ramai sangat anak dara kat belah johor. bagi can orang muda la belajar memacam. yang nak kawin nak tunjuk skill before tamatkan zaman bujang. aku pantau je.

bhahahahah.

hari sabtu (semalam) kami bejalan sakan pegi tanjung. tak ada ape pun kat tanjung emas muar tu. just untuk ko jenjalan hirup udara sungai muar. lepak lepak. borak borak dengan pak cik mak cik. so orait la tu. pastu ko makan mee bandung. aku kurang gemar mee bandung. walaupun memang tak dinafikan sangat sedap. tapi entah. mee kot. so kureng sikit.

eksyen.

balik  dari muar. pegi melaka. lately gemar singgah melaka walaupun kami tau tempat yang kami nak tuju tu bukan dekat. tapi entah. suka pulak kan. so masuk la melaka nak minum coconut shake katanya. hahaha. dah bape kali dah asik pegi situ. tak jugak upgrade sistem. wasap pun upgrade sistem dia. orang ni tak pulak kan. idk.

so! seronok la roadtrip last minit kali ni. next time aku nak bawak family aku pegi bagan lalang pulak. aku nak makan ikan bakar yang kedai dia bebetul tepi laut ha gittu. bestnya. nanti tengah makan nyum nyum pastu dengar bunyi desiran ombak. hahaha. sooo menenangkan.

so bermula next week saya akan pindah ke somban. untuk tempoh seberapa lama tu tidaklah dapat dipastikan. sedikit eksited. nak jumpa kawan baru. kelig baru. saya harap ada kelig lelaki bujang so det! boleh geng! hahahaha. well ko harus faham kawan dengan lelaki lagi best dari pompuan sebab lelaki simple. ko nak berkasar pun tak ada lah dorang nak sentap sangat sebab ko pun bukan taste dia so boleh je la nak palahotak ko ha macam tu cakap dia. hahahaha. siot je. gurau je ok.so tak sabar nak mengharungi tekanan/cabaran kerja di tempat baru.

saya dapat rasakan! yang kawan kawan saya kat kat syarikat Y bersedih aku bla. hehe. of kos dorang kena sedih. hahahaha. lebih lebih lagi orang sebelah aku. selama ni aku tengok orang yang meninggalkan aku so ni first time rasa nak meninggalkan orang. so aku pun tak tau la orang lain sedih ke tak tapi aku rasa dorang sedih sebab yela. aku kan best.

hahahahahaha! ok best macam mana tu ecah???

hmmm best macam mana ye? best la. hmm gila gila. pastu cakap lepas. macam ayat 'menggelabah la kau ni' sudah ditiru. dorang ajuk balik kata kata aku tu pastu cakap kat aku. aku rasa terhina. aku rasa ayat 'menggelabah' tu dah berpaling tadah pada tuan dia. cewah! tapi aku rasa tak ada ape yang patut disedihkan sebab aku ni keje mood lain macam sikit. kejap ok kejap tak. pastu sesuka amik makanan orang. mintak makanan orang. aku tak kisah apa orang cakap. jenis aku. kalau ko lapar. ko tanya orang. orang memang tak expect ko jenis macam tu. tapi takkan ko nak biarkan perut ko lapar. mintak je la. orang tak kan cakap hish kau ni asik mintak makanan aku je. kalau dia kata macam tu. dia tak tau la tu yang tetamu ni pembawa rezeki. hahaha gila aku guna konsep tetamu. entah. tak pernah pulak akak akak ni marah aku mintak makanan. selamba je. dorang suka je. ok je sebenarnya. just b urself ok? kekekeke

oh ya.kawan aku kata aku lembab. dia kata maybe sebab kelembab-pan aku ni la yang buat aku lembab dapat steady bf. hahaha. lembab ke? aku rasa aku alert. dan sangat pantas tapi tak sepantas angin la. dia kata maybe dah ramai bagi hint tapi dia kata aku ni jenis blur so tak dapat tangkap dan dengan gembiranya menjalani kehidupan seperti biasa. tapi aku rasa tak betul. ada ke kata aku lembab? blur? eh kemonlah. peliklah. 

so aku just ignore je apa kawan aku cakap. aku rasa aku tak adalah lembab mana. ok je la lagi. tapi eh entahlah. aku pun tak faham. cemana dia boleh tau sesuatu tu tu adalah hint, aku pun tak faham. eii menakutkan. so scarey yu no. hahaha. 

oklah. aku keje hari ni. sambil dengar lagu titanium. yang cover punya. aku rasa aku pandai tukarkan lagu ke mode slow la. macam cover la. aku tak leh feel lagu lagu yang berentak laju plus tak cukup napas. ahahaha. so aku rasa aku excellent bila ada petikan gitar. cewah. hahaha so akustik yu. konfiden je kan. padahal suara tak sedap ko tak tau. hahahah. 

ok selamat bekerja. dah banyak sangat aku bebel. sambung esok la. minggu akhir kat syarikatY. harus diisi dengan kenangan. hehehe. 

ok sepanjang hari kat yokohama hari ni. siapkan apa yang patut. ESOK INTERNAL AUDIT ISO oiiiii. 

ganbatte!

Feb 17, 2015

menghitung hari

lagi seminggu. how times flies.

okay aku akan berhijrah ke tempat lain. dalam kata lain. aku akan bertukar tempat kerja. hmmm. dua hari ni memang kena nikmati la suasana kerja kat sini. haha. sedikit sedih sebenarnya. aku kan poyo sikit. kawan kawan dah mula balik cuti raya pun aku nak sedih. poyo je kan. cuti holiday je ma. apada.

sedih sebab nak tinggalkan kawan kawan and bos. haha rasa macam sayanggg je. rasa macam risauuu je ko tak jumpa bos ko sebaik ini lagi. aku rasa bos aku baik. walaupun dia bukan sebangsa aku. tapi dia baik la. dia suka encourage ko untuk berjaya. haha. haih.

kawan kawan...aku kurang bergaul sangat dengan orang sini. tapi yela kan. tak ada lah sampai tak bertegur. cuma kau kurang berborak mesra la. ada gap. sebab aku ni banyak cakap. so aku kena kawal percakapan aku. sebab kalau layan sangat aku ni. kau memang tak buat keje. sebab tu la semua yang duduk kat sebelah aku masa sekolah dulu semua tu kena panggil nama. termasuk aku. sebab berborak. kalau tak panggil nama. kena tulis nama kat papan hitam (zaman sekolah rendah) pastu senang je nak buat nama ko padam.

kau nangis la tipu tipu!

so nanti konfem pengawas akan padam nama ko (pengawas lelaki) pastu buat tanda shhhh. hahaha pastu kita tekup muka senyum senyum la dengan kawan sebelah.

poyo tak? nampak sangat kegedikan memang dah jelas dari sekolah rendah. hahaha.

ok berbalik pada beberapa hari ni kan. ah sedihnya. risau lah. dup dap dup dap jantung aku. ada yang kata aku akan masuk penjara selepas keluar dari tanah lapang. ada yang kata aku masuk tanah lapang selepas keluar dari penjara.

entah la. aku just pegang pada prinsip. kalau ni tak seindah yang disangka. just deal with it je la.

kan?

ok semua. tadi masa meeting ISO bos cakap kalau seminggu tak ok kat sana. call dia balik. nanti dia bagi masuk balik. aku macam... -.-''

ok bos.

=P

selasa yang indah

hari ni aku amik departure pas. pegi tmpt tuisyen. hahaha mak ngah mintak tolong jaga setengah jam. sebab dia nak amik anak dia balik sekolah jam 11.30 (kelas akhir tamat kam 11.30. malam tadi mak ngah kol. aku pun teringat hal departure pass. so aku ok je lah.

so jam 10 pagi aku dah lambai lambai dah kawan kawan kat department admin. poyo kan. bajet ko x masuk keje lagi pulak. lepas rehat masuk la balik kan. tmpt tuisyen kat pasar kajang. memang putus harapan la kalau ko nak carik parking area situ. so aku parking nun jauh di kepci pizza. aku memang gemar parking jejauh. benda tu tak ada hal. walaupun aku ni jalan lembab tapi saya gemar parking jejauh.

sampai tmpt tuisyen mak ngah lega. x ada pulak aku anneyong haseyo. kali ni aku bagi salam penuh. hehehe mak ngah bagi la tugas pending yang ko kena buat before cuti lama. pastu dia kata dia risau itu la ini la aku ni kengkonon nak tenangkan hati mak ngah aku pun cakap

relakss mak ngah. saya kan dah sampai ni. mak ngah balik la cepat nanti anak mak ngah tunggu lama.

pastu mak ngah pun mcm ha yela nak balik la ni tapi dalam nak balik dia masih risau eh suis ni ko kena tutup itu ini itu ini aku pun iya mak ngah dun wori mak ngah.

pastu salam salam peluk cium muchacha sambil sambil tu aku gelak tau. pastu aku cakap 'babai mak ngah. nampaknya ini kali terakhir kita berjumpa sebelum saya berhijrah' (sambil bercakap pastu ketawa tutup mulut) mak ngah yang bermuka risau tadi berubah wajah dan berkata 'kau ni kalau shah nampak. mesti dia pelik ngan perangai kau'

aku ketawa

shah tu kawan sekolah aku. aku tak adalah rapat sangat dengan shah dulu. aku kan kurang berkawan ngan laki sangat dulu. macam eksyenn je kan. haha tak adalah cuma ngan shah ni aku tak gegila sangat. mak ngah ni mak dia. aku selalu la usik mak ngah cakap mak ngah. bila mak ngah nak meminang tirah? hahaha

pastu tersedak lah mak ngah.

tu citer lain.

so mak ngah! mak ngah dun wori la. saya akan menjaga tmpt ni malam ni alone. saya berani sikit. hahaha sebelum mak ngah pegi dia cakap ko tgk la tv. pastu aku cakap malas lah. selalu al hijrah. pastu mak ngah jawab. eh tak la. ni tv 9. citer toyol. ko takutkan. pastu teruus aku mcm ok tutup tv.

sampai kat pintu visi a mak ngah masih menyampaikan amanat. riso benor. ni konsep tiada kepercayaan namanya ni. ah patut aku cakap dialog ni tadi ' mak ngah tak percayakan saya ke?' kahkahkah! mesti mak ngah stop bagi amanat dan cakap ok lah mak ngah nak balik. hahaha aish!! aku lupa la nak cakap mcm tu. hahahahaha

pastu aku tanya mak ngah parking mana. dia kata belakang meden. pastu aku cakap. ohh patutla saya x jumpa parking kat situ. kete mak ngah la ni buat parking full. (statement tak da motif) so mak ngah just gelak pastu macam geram ah ko usik dia pastu kat tangga dia pun cakap babai pastu aku pun balas

babaii (suara ko dalamkan)

hahaha mak ngah layan je la perangai katun ko tu. wat to do.

so kita nak lunch kat ne? rasanya singgah balik rumah makan pun owrait gak. jimat duit. hahaha

Feb 16, 2015

Manic Monday

hari isnin yang berserabut OK. sangat sangat berserabut.

hari ni emosi bercampur baur. ko menungkus lumuskan diri kau buat keje. pastu pergi discussion untuk ISO audit. pastu ko kena bebel bebel sikit pastu ko wat lek wat peace pastu ko kena attend meeting near miss. pastu ko jumpa bos ko. ko gelak gelak

setel.

ok pagi tadi aku sampai dalam pukul 8. aku terus ke kampung pasir tak masuk ke syarikat Y sebab teringatkan nasi lemak dia yang sangat lah sedap. aku ni kalau teringat teringat. aku kena beli. nanti macam tak best seharian. aku beli 3 bungkus. tabiat aku memang akan beli lebih. selalunya aku bajet aku tak cukup satu. so aku kena dua. pastu aku beli lebih satu sebab incase ada rasa nak bagi orang. hahaha.

so aku makan satu bungkus je. ada ayam. sedap. dan kenyang. so ada balance dua. aku hold tepi. tengah aku sort sort keje pagi ni. cleaner datang kat meja kelig aku belah kiri. dia bagi kain. hahaha. meja dia kesat katanya.kotor. lelaki memang particular meh? siap nak bersihkan balik lagi. pui je aku rasa. dia tak nak guna ape ek pencuci pinggan yang contohla nama dia stich. kata kulit dia kasar ke apa ntah nanti. so aku ni kan suka cari pasal. berani betul la aku sindir time orang tu tengah muka tegang kan. aku cakap.

'aci! dun wori saya punya meja boleh pakai stich ke axion ke ok je. tangan saya tak jadi kasar sebab lengan panjang. (uniform lelaki lengan pendek)'

over kau. siap angkat tangan sambil bercakap lagi. dia macam cikgu tanya soalan ko angkat tangan sambil jawab. konon nak cikgu pandang ko lebih la dalam ramai ramai yang angkat tangan tu. bhahaha.

pastu aku teruskan kehidupan aku menyibukkan diri siapkan itu ini. so dalam jam 11 lebih sikit kot aku pergi la jumpa kelig sorang ni nama dia hoho (bukan nama sebenar). jumpa hoho kat opis dia. kitaorang nak audit ISO tak lama lagi. so dia bincang ngan aku la ape yang kena buat kena buat lagi. almaklumlah. seminggu je lagi weh khidmat aku diperlukan. so ko kena bagi kerjasama yang baik la walau sedikit tertekan. sepanjang discussion dia macam stress tau. ada yang dia pertikaikan itu ini. aku memula macam bagi la reason yang macam relaks weh. benda leh setel. pastu diam..buat muka no feeling.. pastu lawan lawan cakap..pastu diam..buat muka tak ada perasaan lagi..

tapi dalam hati kau.

tensen kau tuhan sajelah yang tahu. so sebagai mogok pada diri sendiri yang malas nak tengok muka dia. aku berhibernasi kat surau dalam gelap. haha masuk je dah ada ahli grup tido waktu rehat dah masuk dulu. so ko just isi ruang kosong yang sedia ada la. pastu ko beria tido sampai bangun bangun.

eh dah pukul bape ni? dah pukul 1 suku. (teruknya)

bangun buat melo pukul 1 setengah sambung jumpa dia. lepas rehat perut dia dah kenyang so emosi dia kembali stabil. keje dengan pompuan memang macam ni. ada masa dia macam ada rasa annoying je. aku ni dah la jenis cepat marah pulak. so memula aku lek lek dlu selalunya. bila aku dah sampai boiling point. dia sedar la dia dah over pulak nak lontarkan stress dia. tapi untuk kes hoho ni. aku boleh lek lek lagi lah. sebab audit kot. so ko memang akan pressure. so apa je ko bole buat selain biarkan dia bebel.

butakan mata pekakkan telinga.

tengah kau kena bebel. belakang hoho ada mamat cina. dia pandang ko senyum kat ko sebab ko kena bebel pastu gelak gelak pastu aku pun tergelak pastu nak kaver tak nak kena marah dengan hoho aku pun tunjuk tangan aku pada mamat kat belakang dia pastu dia toleh pastu dia macam kenapa yu gelak?

pastu nak kaver kita pun cakap lah.

'hey X (bukan nama sebenar) boleh tak jangan pandang pandang saya. saya tak dapat fokus apa hoho cakap. kalau u pandang pandang ai nanti ai jatuh cinta sama yu lah'

so si X ni dah merah padam muka dia so dia bla so ko boleh senyum kemenangan lah. dalam hati. kacau aku lagi kena kau.

balik discussion ko pegi surau. dalam surau ko jumpa orang yang dalam opis yang ko kena bebel tu. masa ko kena bebel. ramai gak dengar. tapi kau ni jenis hati kering dia macam ah lantak la. so dalam surau akak ni melahirkan rasa simpati sebab ko kena bebel padahal ko macam ha? biasa je. ko tak ada rasa malu ke rasa sedih ke apa ke semua tak ada. so ko macam kenot brain bila ada orang simpati pada ko.

hahahaha.pastu akak tu macam 'biasalah hoho memamg macam tu' pastu ko cakap. saya rasa dia lapar. so saya maafkan dia. sebab balik lunch dia happy je.

hahaha. nampak tak benda ni tak penting langsung. sebab its normal la. cuma ko rasa annoying la rasa nak cakap kat hoho yang ko ni kalau lapar pegi makan dulu boleh tak ni sebab lapar pastu benda simple je ko dah panik kemain.mungkin dia sedar yang dia terlalu over bebel kalah bos aku kot. oh tidak mengapa. selagi saya boleh rasa benda ni biasa je ok la. kalau aku tak boleh tahan and rasa ko pehal nak bebel macam orang gila ha aku marah direct je la.

tapi mujurlah tak. phew~

pastu ko kena attend meeting.

ko bawak student intern. pastu bos ko shake shake tangan dengan dia pastu bos ko sempat tanya kat junior ko tentang KEADAAN KO MASA KAT UNI. omaigod. aku nampak sangat JUNIOR AKU TU TERAGAK AGAK NAK CAKAP AKU NI BAGUS. kuaja ko. hahahaha.

bila bos ko tanya dia 'aisyah ni bagus kan kat U?' pastu KO PUNYA JUNIOR BUAT EYE CONTACT DENGAN KAU. ko rasa ko tau tak apa yang terpendam dalam hati dia. i mean apa yang dia nak cakap sebenarnya. hahahaha.

kuaja ah!!!

pastu ko gelak gelak je la. seolah olah ko ni bagus ya ammat sampai bos ko tanya macam tu. aku harap dia tak ungkit lagi kisah aku ni bagus ke tak sebab aku rasa junior aku serba salah nak jawab. dia dipersimpangan dilemma gitu. nak cakap betul ke tak? superior dia (aku) depan dia ni. hahaha

so masa meeting ni aku kena kol sorang bos ni. tapi kes ni ada 2 jabatan. so semua macam tolak tolak nak kol sape eh sape eh. ko dah pegang tepon bilik meeting ni. tapi yang lain tak decide lagi nak suh ko kol sape. ko malu la sorang sorang terpacak kat depan whiteboard. so ko pun cakap.

ok saya kena kol sape sekarang ni?

semua orang gelak. dan aku tak faham. why weh? aku tak buat lawak ok.

meeting berjalan lancar. dimana muka aku cukup serius. disamping seorang engineer asik pandang kau pastu ko macam apehal ko ni? tapi benda ni tak berlanjutan sebab ko tervibrate depan depan bos ko bila dia borak dengan satu bos lagi pasal kenapa ke empangan tak ada air sungai. hmmm. empangan ada air sebab air hujan kan? so dia tanya kenapa tak boleh buat sungai. aku rasa kelakar. so aku gelak dari berdiri straight sampai la terbongkok sikit tahan gelak. hahahah. teruk! kena belajar nak kaver ketawa la. haih payah la macam ni aku rasa kalau ada kawan aku sebelah aku dah kena cubit dah. hahahah.

balik meeting ko jumpa bos. borak borak kejap pastu ko pegi lagi jumpa hoho. tengah ko tunggu turn jumpa hoho pastu ko borak dengan lili (bukan nama sebenar. oh dia lelaki) lili cakap dia dengar kabar angin yang aku nak bla. aku cakap aku nak ke syurga so dia bersyukur. pastu adalah merepek merepek lagi. aku ni kalau dengan orang bukan malay (lelaki) merepek tu lagi selamba la. macam. kenapa lili? yu suka ai meh? hahaha saya yakin yu akan rindu ai nanti. selamba sikit la. so kelakar la jadinya. pastu dia ni jenis kenakan ko balik so bila dia nak balik dia cakap. aisyah babai esok you ada ke? pastu ko ni blur blur ko cakap la oh ada kenapa. oh saya masih boleh melihat wajah yu. pastu muka ko kerut kerut kenot brain pastu ada orang lain nampak dan dengar terus cakap.

you dating dengan lili meh?

ko terus. 'tak adalah. dia minat ai. ai tak minat dia.' hahahaha pastu lili ni pun selamba selamba so dia pun gelak je la. so kelakar la situasi tu.

hoho yang tanya adakah aku dating dengan lili. see. mood seorang pompuan berubah sangat cepat. so ko layan je la.

so hari isnin yang penuh dengan emosi. mujur aku ni tak terbawak bawak sangat. marah tu memula la. pastu dah chill dah bila ko rasa ah standed la dia kena tensen benda ni.

so happy holiday semua sebab esok ramai orang dah cuti balik raya cina yayyy!

mr B balik raya bila? - aku
esok malam saya balik (selasa malam) - mr B
oh okay mesti jem. ok2. -aku
aisyah yu balik bila? - mr B
hmmm rabu petang jam 3 kot! - aku

semua orang gelak. sebab syarikat Y tutup kedai rabu petang jam 3.

ok semua. selamat berehat rehat!

Feb 13, 2015

Flyday

Hai semua happy flyday.

aku dah tak boleh guna term freeday untuk ahad sebab nanti mindset aku terus cakap hari ni free dan keadaan tu sangat menakutkan.

pagi ni saya happi! y baby y? sebab? rasa macam hmmm cantik pagi ni. hahahaha. well ko kena cari satu point la kan untuk happykan diri kau walaupun dia kebunyian macam eiiiiiii . hahaha

pemakaian adalah sangat penting untuk mood saya. sebab mood saya akan terganggu sepanjang hari dek kerna salah pilih pakaian. kena pilih pakaian yang buat kita yakin! cewah. dan hari jumaat adalah hari yang stress lah sebab sebelum tido ko decide nak pakai baju lain. esok pagi tu ko pakai baju yang dirancang sebelum tido pastu ko rasa macam eiii x macam dalam imaginasi pun.

so cari lah baju lain.

pastu mak ko tengok ko tak siap siap lagi dia cakap. 'ni baru nak pegi keje!' maksudnya baru nak pilih baju nak pegi keje. aish. pastu ko dengan tak bersalah cakap. mak ok x baju ni? so mak ko terpaksa cakap ok sebab dia tau dengan jawapan dia yang ok je lah mampu membuatkan ko puas hati. lolol

so cemana kehidupan sejak kebelakangan ini? macam dalam blog aku la. aku agak bz. bz dengan kehidupan duniyawi. aku ada lagi 2 minggu untuk menabur bakti kat syarikat Y. aku tak sempat nak mengira hari. sebab aku rasa aku sibuk dan tengok kalender je dah wat? dah jumaat! ha gituu. poyo tak?

so aku ada 15 minit lagi nak nikmati melo 3 in 1 aku.

tata!

Feb 8, 2015

SunWork (Hahahaha)


ko tak rasa loser ke keje hari ahad? ko tak rasa nak marah ke? - anon


loser? tak ada pun. aku tak tau lah aku ni jenis tak berperasaan atau lembab fikir ke apa tapi tak ada rasa pape pun. aku suka lah. aku suka keje ahad. sebab dibayar ma. kalau tak berbayar tu. memang la. sape je suka keje free. aku rasa sabtu ahad kalau keje pun lagi better. sebab masa lapang terisi. tak ada aku kebosanan. asik kuar pegi jenjalan je. jenjalan selalu pun bosan. sebab penat. tempat yang selalu aku pegi kalau keluar dengan famili hanyalah kedai buku. seronok. lepak la situ berjam jam pilih buku. pastu balik semua hadap buku tak buat pape.

lolol.

entah. susah jugak soalan kawan aku tu. tak ada life? bangla pun cuti? biar lah dia cuti. hmm siapa peduli kan? kecewa sangat ke kalau keje hari ahad? entah la weh. aku pun tak tau nak cakap pe. benda ni tak pelik sangat sebab aku dulu selalu keje part time. so keje part time kat paksen meden ni semua mana ada cuti weekend. semua kena keje. so bila ko keje sekarang time weekend pun apedehal.

kalau nak bejalan..boleh je? balik keje. lepak la ngan kawan. balik keje lepak la ngan famili. bawak keluar pegi makan ke. balik keje boleh je layan astro tengok citer hantu. aku penah je balik keje rasa nak pegi mines pastu terus ajak akak aku pegi mines. entah. tak ada masalah la. ko yang arrange. aku ni kaki jalan. aku tak kisah. kalau penat malam tu tido la awal.

kepada mereka yang kena keje ahad. entah kadang kadang aku tengok kawan kawan aku mengeluh kat fb kata kena keje sabtu la ahad la. aku pulak kerut dahi. ko tak suka meh? mungkin masa kot. masa ye..setakat ni aku tak ada masalah dengan masa. ala tak kisah la. ko positifkan je benda benda negatif ni.

fikirkan yang keje dihari minggu adalah untuk mengisi masa lapang. (tutup mata dan senyum) so ko tak ada la rasa kemurungan bila tak ada kawan ko ajak ko lepak dan ko tak juga rasa loser bila jenjalan sorang sorang kat mall. like serius aku tak pernah alami perasaan loser jalan jalan kat mall (alone) lagi suka kot. aku tak ada masa la nak fikir pasal loser loser ni. dia macam ah lantak la. sekurang kurangnya aku tut tut..sekurang kurangnya aku tut tut.

untuk tangani masalah rasa ko loser. ko anggap je semua orang sama. kalau dia kete besar ko kete kancil. sekurang kurangnya ko tak ada hutang.

ok?

happy sunday!

Feb 7, 2015

Minggu suam suam kuku

hai semua happy caturday.

tak ada lah happy sangat. minggu ni aku namakan minggu suam suam kuku. aku rasa lepas beberapa minggu penat keje tujuh hari seminggu. ini minggu badan ko tak leh tahan dah. so ko namakan lah dia minggu suam suam kuku sebab tubuh badan ko suam suam kuku je gaya dia.

aku tak nak komen sangat pasal keje tujuh hari seminggu. pak guard siap cakap awak ni keje carik duit banyak banyak buat apa? haha. aku buat tak tau je la. keje banyak pak cik. kena siapkan. hehe.

minggu suam suam kuku banyak cabaran. bermula tayar wyt bocor. kejadian ni aku tak tau melainkan kawan aku bagitau. dia kol aku. aku tak sedar. waktu tu rehat. aku waktu rehat kan bersungguh sungguh tido (untuk kes tertentu) so hari rabu hari tu. aku tido la. beria. sekali tengok wasap. peh kawan aku mira ni memang jenis yang panik panik punya orang kot. dia panik la bagi wasap. aku yang cool ni terpaksa panik gak. macam..ko kena bangun dari tido. (aceli masa tu dah habis rehat pun) so aku lepak dlu kat tempat aku. pastu aku ni kan kepochi. aku pegilah cakap kat kawan aku laki. yang kete aku tayar dia bocor.

dia gelak je. pastu aku cakap. weh kau gelak apesal? dah aku nak pegi turun tengok kete aku. dia pun balas. ko turun. kete ko tayar dia kembali pulih ke? aku macam..eh janji aku tengok. nampak care sikit.

aku turun ke parking lambat. sebab malas nak bertembung dengan orang balik rehat. aku ni kan jenis tak suka tembung tembung dengan orang. pastu aku tengok tayar wyt depan belah kiri bocor. leped gila. siot lah. aku gelak. sebab aku malu! bayangkan pagi tadi aku melaju kat jalanan. tapi melaju dengan tayar bocor. ah dem.

so aku balik naik opis. aku pun cakaplah kat kawan aku. weh sape ek boleh tolong aku nak tukar tayar petang ni? aku ni jenis yang malas fikir sebenarnya. last minit fikir. so masa ni aku yakin la aku mampu buat. hahaha. pastu aku kan suka drama drama kan bila cakap. so kawan aku pun cakap xpe dia tukarkan la nanti semua aku baca huah leganya pastu dia cakap weh kalau ko bawak pegi kedai upah bukak tayar ni adalah dalam 36-39 inggit. terus! terus aku..ok macam ni. ko ajar je. step step dia. biar aku buat. ko tak yah buat.

bhahahaha. bengang je kawan aku tu.

tapi petang tu aku janji dengan dia jam 6. tapi last last aku tak guna bantuan dia pun. aku guna bantuan orang lain. pakwe kawan aku. masa ni grup cik puan syarikat y berkumpul kat wyt. semua duk tengok. tengok saja ye. hahahaha. so aku dah tau dah step kalau tayar bocor.

1. ko bukak nat (longgarkan)
2. ko jack tayar
3. ko cabutkan tayar.
4. ko amik tayar spare. kalau wyt kat bawah. hahaha memalukan! sebab aku tak tau ada tayar spare. dan tayar spare sangat hodoh. ko akan taubat tak nak bocor lagi dah.
5. masukkan tayar spare. (i mean pasang)
6. ulang aktivti 1 dan 2.

tadaaaa~ dah siap!

tayar bocor tu ko bawak pegi bengkel pastu kalau kebocoran tayar tak sebesar syiling 50 sen lama makanya ko boleh tampal kalau besar. ko kena beli barulah. kos tampal tayar aku hari tu hanyalah rm5. mungkin dia tengok kebesaran kebocoran kot. idk. sebab kawan aku cakap around 10-15 hinggit kalau tampal tayar.

tapi serius! malu dowh ko bawak kete pakai tayar spare. dah la tak boleh laju. ah. kecik pulak tu. ah pelik pelik. rasa nak tutup muka sepanjang jalan. tapi ape je ko boleh buat selain bertabah sebab cermin kete ko macam akuarium. ngehngeh.

tu cabaran pertama minggu suam suam kuku. cabaran kedua adalah. food poisoning!

aku tak tau la nak cakap ni food poisoning ke apa tapi efek dikesan khamis petang. hasilnya. khamis malam balik keje aku terus berselubung dalam bilik. bhahahaha. makan pun tak. sebab tak lalu. demam kejap panas kejap sejuk. so menakutkan. hahaha. aku ni jenis tak gtau sangat aku demam ke apa kat mak aku. tapi dia boleh nampak sebab aku beria stokin. sweater bagai. sah sah la demam. makan panadol..hasilnya!

aku segar jam 12 pagi dan aku tengok tv citer pompei plus kpop star 4 sampai jam 2 pagi. esok nak keje ni.bhahaha dengan pakej makan nasi tengah tengah malam sekali dengan melo panas.

hahahahahaha!. suka gila eh bila acah acah dah baik ni. terus saya dah baik! saya dah baik! (cakap dekat kucing) pastu hasilnya?

jumaat badan ko kembali lesu. ko tak bermaya pegi keje. ko datang awal ke tempat keje. pastu sambung tido kat surau. jam 8.30 hati ko meronta tak teruskan tido tapi! ada suara belah kanan cakap. keje yop keje. hehehehe. so kejelah.

aku ni jenis. kalau sakit. payah gila lah nak pegi jumpa doktor. aku rela amalkan perubatan tradisional. aku rasa aku ada share kot kenapa aku tak suka jumpa doktor. sebab soalan dorang susah. and aku tak tau situasi badan aku. aku takut doktor tu rasa annoying dengan penjelasan aku yang merepek.

so apa aku buat? aku tanya orang. kena makan apa minum apa! mengikut kepercayaan aku. kena minum hundred plus dengan air oren berpati tu. (tu aku minum masa kena tahan wad dek kes denggi dan terbukti berkesan!) tapi masih tiada kesan. siang tu aku makan 4 biji panadol.

asalnya jumaat semalam aku ada pesta ikan bakar. aku kensel. aku cakap aku tak sihat, tapi! ending dia aku x jadi kensel. semua ahli grup cik puan syarikat Y bengang, hahahahahaha. dengan alasan. kak lin suh makan ikan bakar. dia kata kena makan something different. 

hasilnya?

ikan bakar rasa plain. tak cukup garam aku komplen. layun yang habiskan. duh.

sepanjang lepak. aku rasa mual. ewah mual mual kau. aku gtau layun. layun rekemen minum air limau suam. aku order cakap air suam limau. layun betulkan ayat. nampak benor teruk lalok dah. cakap pun tak betul. ok air limau suam sampai. first time seumur hidup oder minuman ni. see. aku akan lakukan apa saje untuk pulihkan badan. secara tradisional. hahaha. pastu badan rasa panas dalam. aku buat aduan kat aisyah. aisyah rekemen air barli. okay kita order barli suam. so aku ada dua minuman. elak muntah and bagi badan sejuk. balik tu rasa gas penuh dalam perut. seksa! pakwe layu rekemen suh minum coke. hilangkan gas.

hasilnya aku tak beli aku terus balik. hahahahahaha

tapi pagi tadi aku singgah mekdi. fida cakap lupakan pasal israel demi melayan mabuk. bhahahahah! poyo tak? so kita pegi dengan happy lah. order bubur ayam~ order COKE~ order hashbrown~

hasilnya? bubur ayam sangat plain. xda rasa. aku tak tau la salah mekdi cawangan saujana impian atau salah aku. hahahah. 

kepada semua! jaga kesihatan! pastikan kebersihan restoran anda makan. aku tau punca ni dari mana. oh seksa. tapi sabar je lah. sebab aku alami demam. mual mual (morning sickness weh. serius aku dah alami pengalaman ni dek gastrik (bila ko sakit. ko x lalu makan. hasilnya gastrik ko menyerang) dan sangat menakutkan! aku memang takut aktiviti muntah ni sedari kecik. 

so..selamat hari sabtu! =D

Feb 1, 2014

catatan hujung minggu.

sejak kebelakangan ini beberapa kejadian aneh telah berlaku dalam hidup saya. 

kekeke. 

aneh sangat. bukan aneh la. tu propa je lebih. dia bukan aneh. dia macam satu kejadian berbaur kesedaran untuk lebih bersyukur dengan apa adanya. dan...rezeki. hewhewhew.

aku baru balik dari batu pahat. petang tadi. seronok pulak drive ke johor kali ni. entah. selama ni balik johor berdebor dia semacam je. tapi dewasa ini aku merasakan satu keseronokan pabila drive kesana. dulu macam kecut dan merasakan terlalu panjang bebenor jalan nak ke johor tu. sekarang...balik batu pahat tu 3 jam je. tidak termasuk berhenti rehat di ayer keroh la. hihi. 

yang sedihnya bila balik johor ni. Tol bukit gambir dah dibuka. haih. bila zaman asik balik kampung dulu. tak ada pulak kemudahan terus sampai kampung. tapi bila dah tak balik bukit gambir...jam tu la dah siap. sedih! sedih!

hari ni balik..alhamdulillah. jalan tidak jem. tu yang best tu. semalam masa nak datang..jem kat somban. aku ikut jalan dalam. biasalah kat malaysia ni. jemnya kekadang sebab lampu isyarat.kiranya lampu isyarat menjadi salah satu faktor jem selain keprihatinan masyarakat malaysia sewaktu eksiden dan..mrt yang sedang giat dibina sekarang ni. oh semalam nak pegi batu pahat. arah bertentangan which is dari johor tu dua tempat jem. mujur hari ni aku balik tak jem. semalam jem sebab ada eksiden. 

oh! bercakap jem sebab eksiden. semalam aku nak balik batu pahat ada jugak eksiden. ke kete rosak. tapi jem la. aku bebetul nak gelak. gelakkan kejakunan rakyat malaysia tengok eksiden. tu bukan prihatin dah. tu jakun. aku yang drive pun tak tengok eksiden tu. cemana lah orang lain leh bawak selow dan tengok. gigih. multi task betul. 

balik batu pahat rumah adik mak aku. aku bawak mak aku. wak minah . adik aku dan kakak aku. kira gugurl la dalam kete ni. seronok. mak cik aku asik bercerita dengan mak aku. seronok tau bawak orang tua ni. seolah olah dapat melunaskan hasrat hati mereka. 

cecewah. 

oh ya. umur aku dah 25 yu. so sejak berumur 25 ni secara tidak genapnya lagi. sindrom sindrom umur 25 tahun dah mula nak serlah kan diri. tapi aku yang masih single ni tak seteruk orang yang dah berpakwe la. 

apekah sindrom 25 tahun?

aku gelarkan sindrom 25 tahun. adalah sindrom nak kawin. bahaha. sebab umur umur ni. ramai kengkawan aku dah kawin. baru kawin. akan kawin. wiwit.

so kalau lepak dengan tirah. mesti akan bangkitkan isu ini. haha. bosan kan? saje je carik isu yang buatkan timbulnya kerutan kerutan didahi yang memungkinkan secara luarannya muka kelihatan lebih lanjut dari usia sebenar. lulz.

tapi aku sesaje je pun beborak. kalau ada yang kata aku nak meroyan pun sebab nak kawin. siapa peduli. untunglah aku meroyan secara terbuka. dari ko. cakap je aku meroyan. walhal ko meroyan sesorang. loser. 

euw. kesiannya. bila kita cerita kat orang dan saling bertukar pendapat. kita akan dapat jawapan yang mematangkan diri kita tau. buat pe la nak malu. standed la nak kawin ni. normal. perasaan tu. bila tak ada nafsu nak kawin tu masalah. ah tipulah! ada ke manusia macam tu? sami pun ntah ntah nak kawin. tapi sebab konon syarat jadi sami tak leh kawin. so terpaksa matikan nafsu tu. kesiannya, sedih dengar penderitaan mereka. 

kahkahkah! gila la. 

ok ok. jujur aku cakap. perasaan seorang yang single  mingle macam aku ni nak kawin...tidak lah setertekan mereka yang dah berpunya. dia sama je persoalannya. B.I.L.A A.K.U N.A.K K.A.W.I.N.??? 

tapi orang yang dah berpunya jadi lagi stress sebab..ko dah ada.rasa insecure dia tu macam tinggi. contoh aku ni bercinta dah lama bila lagi agaknya nak kawin. 

no no no. jangan persoalan benda yang tidak ko tau jawapannya. 

cecewah. cakap orang. well. kita manusia biasa kadang kadang terlepas dengan persoalan yang tiada jawapan tu. so kepada mak cik mak cik. saya maafkan anda semua dengan bertanyakan soalan yang...pelik. yela. tanya soalan yang kita sendiri tak tau nak jawab. cuba tanya zaman single zaman muda dia. apekah dia tau bila dia nak kawin? 

'bila ko nak kawin?'

satu soalan yang seringkali buat aku tergelak nak jawab. tersenyum la. gelak tu dengan sedara mara. dia gelak bukan malu malu ittew nak jawab tau. dia gelak sebab...kenapa tanya soalan yang seolah olah aku tau jawapannya. ha berulang kali aku ulang ayat ni. tolonglah. soalan ni tak relevan. kalau masuk pusingan untuk pencalonan masuk dalam kertas exam SPM konfem ditolak oleh majlis peperiksaan negara. tak layak. sebab susah nak buat skema jawapan. tiada siapa tau. rahsia. 

jodoh tu kan rahsia allah s.w.t. yang penting doakan.

so..bila kekadang tu ramai yang tanya ko bila ko bila. maka timbullah perasaan moral down. kekadang bukan sebab orang tanya. kadang kadang dapat tau kawan baik kita nak/dah kawin pun kita leh termenung sesorang mengenangkan nasib. kekeke. macam berpengalaman jew. bhahaha. ada pulak masa aku nak termenung mengenangkan nasib.

so..cara nak atasi. muhasabah diri. apa yang berlaku tu..ada hikmah. percayalah. tuhan tu perancang yang baik. just doa agar jodoh kita diringankan dan dilembutkan hati bakal suami kita untuk terus datang masuk meminang.ha sweet gittew. kalau rasa jodoh kita lambat. maybe sebab kita tak bersedia sebenarnya. kewangan. rohani. banyak lagi lah. doa je. tenangkan diri. 

tengok running man. 

fikir yang baik baik je. tak payah nak peningkan diri dengan fikir sesuatu yang bukan terlangkau dengan fikiran kita. tak payah persoalkan banyak benda. boleh jadi gila. 

relaks. tenangkan diri. hati senang muka pun nampak muda.

k chiau. selamat malam! 

Feb 27, 2013

Perihal Baucer buku


Assalammualaikum.

ehem.last week dengan gigihnya aku ke palam semata mata untuk amik baucer buku.malas jugak.tapii sebab.yelah.mood shopping is cominggg.RM250 tu.banyak tuu.huhu kebetulan last saturday hari tu adalah hari yang baik kot untuk amik baucer buku.hehe

so dengan baucer buku yang bernilai tu.aku amik keputusan untuk shopping buku yang tak mampu kita miliki.eceh.poyo je.konon ja semua ni.

makanya! eceh makanya konon.entah betul ke tak penggunaan bahasa malaysia disini.maaf 150 juta kali kepada puan mumtaz.hewhew.so ahad lepas.aku ajak hani ke mph mid.kami ke sana nak shopping buku.bosan pegi sesorang.so ajak lah hani.kami naik ktm je.sebab aku tak ingat jalan ke sana dengan menggunakan keleta.sob sob sob. T-T sungguh..kasihan.sungguh jiwa hijau,.eceh! =D

drive sampai ke ktm kajang.macam biasa.pastu naik ktm ke mid.perkhidmatan ktm bagus.tak puas duduk lagi.dah sampai komuter nya.yang tak bestnya kan.ada lahh lelaki lelaki perasan pompuan.duduk kat koc wanita! hey tak malu ke! pergh.dah la kau duduk kat koc wanita.pastu duduk bersandar kat kerusi pulak tu.means duduk dengan selesanyalah kann.sampai pulak hati kau tengok penumpang sah koc ini berdiri.aku rasa..dia roh wanita yang tersesat dibadan lelaki kot.tu yang syiok sendiri masuk koc wanita.huh!

aceli ke mph ni ada mission.mestilah untuk membeli buku.aceli aku mencari buku fotogerafi.suatu hari yang lalu.aku rasa rasa nak survey buku apekah yang best aaa kan.bab bab fotogerafi ni.so aku pun google lah...

'best wedding photography books 2012"

maka jumpalah aku dengan laman web ini.


laman web best photography book sebenarnya.so pape jenis genre photography la ada.eh betul ke apa aku cakap ni?aku carik wedding photography punya.so dia tunjuk 10 buku terbaik pasal wedding photography ni.so aku baca satu satu sinopsis cerita dia.sinopsis menda.review sudah la kan.bajet novel plaks.hiks.

rambang mata kau.bukan rambang mata nak pilih buku mana yang terbaik.cewah.tapi rambang mata tengok gaun gaun pengantin yang dipakai pengantin.auww.mood berkahwin is cominggg.weks. =P



dan disebabkan terlampaulah eksited! maka aku terus bergegas ke mphonline untuk cekidaut pasal buku buku yang ada tu.ni namanya sindrome eksited.jantung berdebar debar kaw.tapi ini semua sebab kekangan masa lah.takkan aku nak hadap satu satu mph kat selangor n key el ni kan.untuk carik buku ni kann.so work smart lah beb.cewah!

No satu the best adalah buku berjudul On - Camera Flash Techniques for Digital Wedding and Potrait Photograpgy oleh Neil Van Niekerk berdasarkan sinopsis buku.aku tengok menarik.jadi dia adalah carian no satu aku di mphonline.terbelit belit lidah aku nak sebut nama author dia.mana nak menaip.nak ingat ejaan.nak menyebutnya.ouh ini sungguh mini multi tasking.eceh.

memula aku taip tajuk buku.tapi carian gagal.dan kita cuba carian nama penulis pulak.author.dan jawapannya.




no result found.. T-T

masih gagal jugak.punah harapan nak dapat buku no 1 best.aceli kena guna last name first name.baru tepat.aku try 2 konsep.last name first name, first name last name.but then.still gagals.

tapi takpee.jangan putus asa.kita teruskan carian kita.kita turun ke tangga ke dua.tangga ke dua the best adalah buku bertajuk Digital Wedding Photography: Capturing Beautiful Moments oleh Glen Johnson.aku study lah jugak pasal buku ni.bacaan online je lew.menarik menarik.aku suka.amboih.aku yang suka.huhu aku rasa menarik! aku rasa ini the best.baca review pun semua puji aaa.semua suh beli yang ni aaa.


thank god! this book are available! dia nak tengok available ke tak.kita klik kat tajuk buku tu.pastu dia kua lagisatu page yang tunjuk lah buku tu available or not.dan tengok price!  eh tak ada.ai dah padam.kekeke.terkulat kulat jugak biji mata aku tengok harga dia.tapi..itulah tujuan guna baucer buku.kan? buku tak mampu milik. =P tapi dimana mau carik buku ni? bukankah MPH kat malaysia ni banyak? so acane acane?

dengan semangat yang makin membara bara.maka aku berurusan terus dengan pihak customer service MPH.terus tak terus sangat lah.via email jugak.so aku dengan gigihnya.email la pihak sana.dua soalan aku tanya! book availability and kat store mana yang ada.and..boleh guna baucer buku tak? soalan bodoh je rasa.tapi risau! aku fikir buku belajar je boleh guna.yelah.ni buku ilmiah ke weh? buatnya tak boleh guna BB1M.terkulat kulat aku keluarkan cash masa tu.

baru aku tau.boleh beli buku secara online eyh? guna BB1M pun boleyh eyh? adalah step dia.menakjubkan.kehidupan menjadi lebih senang meh.tapi tak challenging la.no fuel burning maa.bhahaha! sungguh bukan jiwa bumi hijau lah kaw ecah!

dan tak lama tuu...pihak mph balas.wuhoooo.perasaan eksited bertambah berkali kali ganda.so dia bagitau lah mana store yang ada dan berapa yang tinggal.ok noted! dan dan dan.dalam kerabunan siang itu.aku dapati sesuatu..oh oh oh.




oh mai godd.apekah aku yang menulis BR1M tadi? bukan BB1M? lamunan terhenti. aku melihat ini.cik aisyah! yu aaa.aigoo! =.=''

jadi aku terus meluru ke email pertama yang aku hantar tadi.maka..


benarlah.aku tulis BR1M instead of BB1M.malunya!malunya! rasanya kan tersenyum sinis ke operator tu? nampak sangat aku manusia yang lalai! cuai! berangan! ape aku fikir.aku pun tak pasti.oklah kalau dia fikir aku cuai.aku rasa tu lagi better kot..kan?

bueknyo dia fikir.wats wrong with this gurl aaaa.BR1M dengan BB1M pun tatau ka? are u Malaysian? =.=

yes sir, i'm malaysian.truly asian. =P

buku ni aku beli untuk kazen gue.so last minit rupanya dia dah ada.siud.konon nak hadiahkan lah kan.eceh.ape baik aku ni.hoho.sekali dah ada dah.penat ai booking sama itu Mph seremban 2.terpaksa kensel.so last minit.aku cekidaut buku ditangga kelima dalam web yang awal awal tadi aku sebut tu.The wedding Photographer's Planner by Kenny Kim tak silap.tapi tak puas hati.sebab aku minat buku johnson tu kan.haiya.stress! 5 saat.




walaupun buku yang ko cari jumpa.tapi tak semestinya dia available tau.tu yang macam aku cakap tadi.kena klik kat tajuk dan disitu ko akan tau buku ni available ke idok.dan buku ni available.jadi! saya terus call MPH Midvalley.

ini ada ceriteranya..

aku call mph mid punya orang.terus dia sambungkan ke customer service.sampai customer service.aku tanya lah buku ni available tak? dia kata dorang ada..ok fine.hepi 5 saat.so aku terus cakap.saya nak book boleh ke? jadi! dia mintak nama aku and no tepon aku.

bagi nama.kachang je.siapalah manusia yang tak ingat nama sendiri kan? hohoho.tapi lain pulak halnya bila operator tu mintak no tepon kittew.aku tak pasti ini sindrom gelabah cap ayam atau apa.tapi! terus lupa no sendiri korang tau.bukti ram sudah rosak. T-T

dengan yakin aku cakap.

"zero one seven two five o three o XX "

yakin.yakin gila.siap suruh dia ulang 2 3 kali lagi.dah yakin.dia kata dia akan call me back lah yew.so okay okay.no prob.letak tepon.tiba tiba rasa macam salah je no aku tu...

cek balik.gigih sebut banyak kali.dan iye! salah! aaaaa.malu episod 2.rasa nak jerit satu rumah.terus kecoh kat mak aku.amagadd amagadd.malu nak call operator balik.so booking session aku terbatal begitu saje.maaf operator! saya salah bagi nombor..maaf pemilik no tepon palsuku! kalau ada orang call masa tu untuk bercakap dengan cik aisyah cun.itu adalah saya! T-T

alhamdulillah masa aku sampai mph sana buku ni still available.punya gigih suruh customer service cek kan.dia kata tak ada.eh yeke tak ada! semalam saya call dia kata ada.cewah..! pastu barulah nak mintak no ISBN kat aku.nasib dah buat persediaan rapi.so buku itu tinggal satuu je.fuh.rezeki engkau lah wahai tut.kenapa gigih sangat carik ni ecah? yelah.untuk orang.kenalah gigih.

shopping kat MPH sangat syiok wooo.belanjakan rm100 baucer buku.awak akan dapat kupon rm5.kupon ke eh nama dia? ke baucer mph? ok teruskan.pastu! awak dapat masuk lucky draw tau.haa.masa ni tiup tiup lah tangan tu.baca bismillah banyak banyak.t dapat lah tiket ke sunway lagoon untuk 6 orang.hehe.itu hasil pengintipan aku masa hari tu.ada budak dapat tiket tu.tapi muka dia jelas tiada kegembiraan.peliks.

masa aku tiup tiup tangan tu.aku dapat wendy ke wendy's? frust sikit ja.tapi gue obati dengan cakap kat hani.

"buku buku.."

yakin episdodo 2.amboih.kemain ko memain.yakin gila cakap wendy o wendy's tu adalah sebuah buku.sekali itu bukan buku ye tuan tuan dan puan puan.wendy o wendy's tu adalah nama restoran.dan aku dapat kupon free untuk dapat french fries n air soft drink.tiada jiwa gembira ketika itu.frust! rasa nak kejar balik budak yang dapat tiket sunway tu.tukar dengan akak dik! adik komfem tamau pegi kan? haha.wendy wendy's ni siapa mau pegi? aku komfem komfem lah tak pegi.aaaaaaaa.frust! hani pun tumpang frust!

yang paling best.yang buat ai eksited lebey adalah 10% akan dapat untuk setiap buku jikalau anda guna kad siswa.

before sampai mph tu.adalah aku ngumpat ngumpat dengan hani pasal kad siswa ni.aku katalah tak guna pun kad siswa ni.bla bla bla.sekali.amik kau.10% nilah yang aku dapat u noe.

inilah buku buku yang aku beli..

1.Little Ronnie and Magic The Horse
2.Wedding Photographer's Planner
3.Koleksi Kisah kisah 8 Nabi dan Rasul
4.Untuk Kita Pendosa Harapan Selalu Ada
5.Laugher, The Best Malaysian
6.The Happiness Project






tau ape motif letak 3 gambar buku yang sama je? aku pun tak tau.haha.buku ni semua hadiah untuk orang.aku punya happiness project je.little ronnie dengan kisah nabi tu untuk syira ma little sista,laughter tu untuk fida, untuk kita pendosa tu untuk hani.aceli hani yang pilih sendiri.yelah dah temankan aku pegi mid.so belanjalah dia satu buku.thanks hani sudi temankan ai.berkampung di mph berjam jam.hehe tenkiu sangat banyak!

so seronoks uolls shopping buku ni.rambang mata.so aku punya cita cita baru adalah.untuk spendkan duit sebulan dalam beberapa ringgit untuk beli buku! ya ya ya ya.bagus kan? lagi lagi kat mph.cakap haris.dia x heran sangat kupon rm5 dengan lucky draw tuu.diskaun 10% tu yang lebih menambat hati dia.wekss.poyo little kiddo.tak boleh ke pura pura eksited? blergh.semangat kot aku promote mph ni.hahaha.

so ada baki lagi baucer aku ni.selebihnya kita shopping nanti ye.ok semua selamat 
me-nyopping! kekeke oh ya.bukan BR1M tau.tapi BB1M.dan tau tak ape perasaan belikan orang hadiah dengan pencarian yang gigih? sungguh..best.puas.bla bla bla. =D tapi tak puas hati.kenapa dia dah ada buku johnson tu? aku lambat ke ape? haha.

p/s: oh bulan 3 is cominggg.welkam welkam. =P

xoxo!




Feb 18, 2013

SENYUM

'beep beep'
bunyi handphone bervolume satu.
tangan segera mencapai.
inbox  dibuka.

'tak perlu'

jawapan ringkas.nasihat atau arahan? siapa tahu?
ikhtisar? hurm.
helaan nafas berat dilepas.

hati degil.tegar membulat.
handphone kembali dicapai laju.
hanya demi sebaris kata.
ucapan biasa
melegakan jiwa
mungkin.

'take care'

mesej dihantar laju.
ke destinasi jauh dari kalbu.
delivered.

puas.
hati tersenyum.
kembali berlagu.
lagu syadu.

maaf pemilik 'tak perlu'.

Feb 17, 2013

#Empat


(#Np - Aku yang tersakiti by judika )







'You have the right to leave someone, but at least tell them why cause what's even more painful than being abandoned is knowing you're not worth an explanation.'

Feb 15, 2013

Internship Story: Outstation Semalam

"cuba teka saya dimana? saya dihospital menghantar nepalian berjumpa dokter"


itu mesej semalam.dari aku kepada ina risma hasmie.oh ye ye ye.saya semalam seharian outstation ke hospital kajang.nampak sangat kebosanan sampai hantar mesej entah ape ape kat ina.sendiri soal sendiri jawab.aceli nak bagitau ina.yang aku dihospital.keke

so outstation lah sangat kan?

boleh la kot.sebab dia keluar dari kompeni kan? pastu jauh jugak.berkilo kilo meter.so kita panggil 'outstation'.bhahaha.

okay.

jam 9 lebih lebihan.Mr I datang.memula aku mencari cari jugak Mr I ni.dimana beliau.kak Ayumi pun datang tempat aku mencari dia.aku fikir dia cuti atau half day atau apa apa lah.haih Mr I ni.susah benor nak jumpa.selang 5 minit kemudian.beliau datang dengan muka tak bersalah.selamba dan cool.cool? heh.geli.dia datang meja aku dan bagi satu borang suruh aku isi dan menyatakan.

'jom pergi jenjalan'

jenjalan! wahh! ai loike~~.aku memang terkenal dengan minat berjalan.kalau demam.terus baik dengar ayat 'berjalan'.temankan orang saje pun aku sanggup.tak ada duit tak pe! kita window shopping pun owrait.jalan lah sejauh mana pun.ai will ikut jugak! sebab saya suka jenjalan.tak caya? tanya ina risma hasmie.hehe so aku boleh konklusikan diri aku.peneman jalan yang bagus! ai will not merungut rungut tau.hehe

dan aku tanya.jalan ke mana? beliau jawab.hospital kajang.

terus mendung langit dikepala aku.kepala aku saje tau.orang lain cerah! mungkin ada pelangi jugak.dalam hati terus menjerit.hospital kajanggg?? aigOOO.

aku tak suka ke hospital.pada aku.hospital adalah kawasan paling bahaya berisiko dan memerlukan kesabaran yang super tinggi.iaitu.

menunggu.

ok lah.borang yang diberi Mr I adalah borang keluar.kena isi dan hantar ke pak guguard.saje nak gagap gagap sikit.menunjukkan kehepian sebab jalan jalan kan? =.=

jalan jalan lah sangat.weks.

so sampai hospital kajang.aku dah lama gila tak jejak kaki ke sana.last aku jejak masa uyun masuk ward sebab sakit perut.tu je lah kali terakhir.kira kira 2 tahun yang lalu.tu pun unit yang biasa aku pergi sedar kecik.tapi semalam.unit ape? klinik kaler biru? aku jamin papa S pun tak tau klinik biru tu wujud.

so papa S bukan anak jati kajang.aku dah separuh jati.sebab dah tau wujud klinik biru.kekeke.tibee lak kan.

tujuan ke hospital adalah untuk menghantar seorang pekerja nepalian berjumpa dokter.temujanji katanya.beliau bernama Yagya Raj Chopra.hahaha.sukahati aku je.nonono. Yagya Raj tu betul.Chopra tu aku reka.sebab aku lupa nama last dia.it's ok.tak penting pun.aku tak tau beliau sakit ape.tapi berdasarkan pemerhatian aku separa tajam seperti burung helang.aku dapati ada luka ditangan dia.dan berdasarkan pegamatan telinga yang agak tajam dek mencuri perbualan orang.aku rasa dia pernah alami kemalangan dan pernah dikejarkan ke hospital.dan kali ini.follow up lah kiranya.

so Mr I yang menjadi drebar ketika itu.Alhamdulillah.parking senang.bila dapat parking.Mr I tanya aku.

"haaaa..dapat parking.so ape maksudnya?"

aku terkulat kulat.sudahlah baru berangan.terus tanya soalan yang sempoi untuk memecah kekusyukan aku berangan.dan jawapan aku.

"nasib baik kot.hehehehehe"

gelak kambeng.terus tergelak besar Mr I.dan ulang ulang ayat 'nasib baik' aku tu.ada masalah ke Mr I? setelah menunggu selama setengah jam atau lebih sikit je aku rasa.kemudian! kemudian dia meninggalkan aku dan Yagya berdua tercungap cungap seperti ikan yang terjatuh ke daratan.

kejap.aku rasa ada ayat pelik diperenggan atas tadi.tapi..lupakan.

ok.sambung ye.ehem

dah dafta.tunggu.Mr I pulang ke kompeni.so aku.teruskan menunggu dengan main game Moto GP.berkerut kerut dahi main game tu.sampailah mood main game dah mati.ada mak cik sebelah aku.kira kira macam emak ina risma hasmie lingkungan usia.terus aku berbalas balas senyum dan mulakan perbualan.

aceli aku tak ingat apa ayat yang aku keluarkan untuk mulakan perbualan.sama ada aku mengeluh cakap 'lamaaanyaaa' atau tanya mak cik dari mana.lupa.

so borak borak.mak cik tu dari cheras.datang sebab gastrik.datang sorang.drive.duduk dengan anak.dan banyak lagiii.borak rancak jugak.dia tanya aku buat apa.praktikal sebagai ape? medikal ke? oh no no mak cik.saya tak layak untuk medikal.hikhik.

mak cik mengantuk.sebelum tu.dia baca buku tajuk 'hebatnya hari jumaat' tak silap.aku curi curi baca jugak.sampai naik juling baca.bila mak cik dah ngantuk.aku pandang pandang jugak buku dia.dengan harapan dia offer kat aku pulak.dan kemudian.

mak cik: nak?? *dengan menunjukkan buku ittew*
aku: nak! nak! *dengan mata yang penuh kepancaran bahagia*

so sementara nak tunggu no giliran.aku baca lah.bacaan pantas.tak lama tu selamat no dipanggil.so aku ikut jugak si Yagya ni jumpa dokter.baik kan aku? alah memang keje macam ni.nak tau jugak ape jadi.tapi Yagya kata tak yah.so okehlah.ai duduk balik main game.tapi tak lama tu.dokter panggil aku masuk.berdebar 5 saat.kekeke.

dokter ensem.tapi dah kawin.sebab ada cincin kat tangan dia.haha.sukahati aku je judge macam tu.oklah.dokter tu cakap.tak ada ubat.kena scan! sebab bahagian tu dah bengkak!

aku blur.bahagian apekah? bengkak? tangan dia yang luka tu? oh ok.

dokter: bahagian tu dah bengkak.so kita nak scan.telor dia. *sambil tekan kan ayat telor*

okay.guess what? aku sedaya upaya buat muka tenang.profesional.tapi! dalam kepala aku.aku bayangkan nak cari air dan nak jerit dalam air tu.telor! wat..? watss thattt! 

tapi cool.tarik nafas.aku tak bayangkan apa apa lucah.aku just bayangkan.mungkin jari dia ada lalat hinggap dan bertelor disitu.so telor tu.kena bedahlah.kena scan.

inilah imaginasi katun aku untuk menutup perasaan sebenar aku.so dokter cakap.kena amik urine test.dia kata harga sama macam kat private.so better buat kat private sebab tak yah tunggu.dan barulah aku tahu apa yang menyebabkan beliau ada appointment dokter.

so kesiannya Yagya.bahagian tu kot.aigooo.you know what? aku simpati dengan Yagya.dah la bangsa asing.hidup tak terbela je aku rasa.mak ayah jauh kot.so totally depends on diri dia sendiri ataupun rakan rakan.haih.begitulah kehidupan kesengsaraan seorang pekerja aseng.sakit yang kronik je aku rasa.haih.simpati.so next appointment maybe afta 3 month.so tunggulah dalam bulan 5 eh? maaf kalau salah kira.math bukan kegemaran saya.

untuk keterangan lebih lanjut perihal Yagya.aku tak tanya Mr I.malas.

masa ni.tak habis lagi.kena tunggu number giliran untuk ke kaunter pulaks.bila kat kaunter.dia suruh buat urine test jam 2.aigOoo.memang berkampung aku kat hospital.

so jam 4 baru balik.amik urine test sampai berjam jam.padahal keje nya 5-10 minit je.aish.sabar je lah.memang aku bersabar je pun.biasalah.public hospital ni.sistem entah apa apa.kaki kita kena berjalan tanya.kalau idok.jam 5 dia yang tanya.

"apa buat lagi? dah pukul 5.baliklah."

yang sadisnya lagi kan.dalam perjalanan pulang.Mr I cakap.

'next week hari selasa ada lagi tau.hantar lagi sorang pulak'

oh mai goddd.tau tak.kali ni awan beserta ribut kilat dalam kepala aku.dan harapan.janganlah kes kes macam hari ni.lepas ni nak bayangkan telor apa pulak.telor kutu dikepala? rama rama bertelor dihidung? dan aku bayangkan ape lagi? baucar buku.nak amik baucar buku dan membeli belah untuk persediaan hari selasa.aku mungkin kena beli buku yang tak berat.ringan.gelak gelak.

lawak kampus?




serius aku kena dapatkan jilid ke 16 ini.bigbang! bigbang! si kosong daesung? bhahahhaha!!!! =D


xoxo!