Pages

Showing posts with label tentang hati. Show all posts
Showing posts with label tentang hati. Show all posts

Dec 19, 2014

tentang hati

ada satu keadaan. ko terpaksa berpura pura. padahal ko terasa gila. gila gila. ko terpaksa berpura pura semua ok. kau terpaksa bodohkan diri untuk pura pura tak terasa hati. padahal. hati kau tuhan je yang tahu.

betullah. sabar manusia tu luas. ada tahap jugak. macam limit. contoh halaju forklift dalam bangunan tak lebih 50km/jam.

aku rasa lah. kena selak nota balik nanti.

kalau lebih halaju. kena kaunseling atau warning letter.

makan pun ada limit. sampai kau kenyang. tapi ni tak elok. sebab nabi pesan suh benti sebelum kenyang. apa apa ada limitlah. ada jangka masa.

sama lah limit menunggu. limit bersabar.

bila tiba masa tu. jangan tanya kenapa aku tak lalu nak pandang muka ko.

masa tu maksudnya fasa fedap dah bagi salam.

so

babai.

Feb 1, 2014

catatan hujung minggu.

sejak kebelakangan ini beberapa kejadian aneh telah berlaku dalam hidup saya. 

kekeke. 

aneh sangat. bukan aneh la. tu propa je lebih. dia bukan aneh. dia macam satu kejadian berbaur kesedaran untuk lebih bersyukur dengan apa adanya. dan...rezeki. hewhewhew.

aku baru balik dari batu pahat. petang tadi. seronok pulak drive ke johor kali ni. entah. selama ni balik johor berdebor dia semacam je. tapi dewasa ini aku merasakan satu keseronokan pabila drive kesana. dulu macam kecut dan merasakan terlalu panjang bebenor jalan nak ke johor tu. sekarang...balik batu pahat tu 3 jam je. tidak termasuk berhenti rehat di ayer keroh la. hihi. 

yang sedihnya bila balik johor ni. Tol bukit gambir dah dibuka. haih. bila zaman asik balik kampung dulu. tak ada pulak kemudahan terus sampai kampung. tapi bila dah tak balik bukit gambir...jam tu la dah siap. sedih! sedih!

hari ni balik..alhamdulillah. jalan tidak jem. tu yang best tu. semalam masa nak datang..jem kat somban. aku ikut jalan dalam. biasalah kat malaysia ni. jemnya kekadang sebab lampu isyarat.kiranya lampu isyarat menjadi salah satu faktor jem selain keprihatinan masyarakat malaysia sewaktu eksiden dan..mrt yang sedang giat dibina sekarang ni. oh semalam nak pegi batu pahat. arah bertentangan which is dari johor tu dua tempat jem. mujur hari ni aku balik tak jem. semalam jem sebab ada eksiden. 

oh! bercakap jem sebab eksiden. semalam aku nak balik batu pahat ada jugak eksiden. ke kete rosak. tapi jem la. aku bebetul nak gelak. gelakkan kejakunan rakyat malaysia tengok eksiden. tu bukan prihatin dah. tu jakun. aku yang drive pun tak tengok eksiden tu. cemana lah orang lain leh bawak selow dan tengok. gigih. multi task betul. 

balik batu pahat rumah adik mak aku. aku bawak mak aku. wak minah . adik aku dan kakak aku. kira gugurl la dalam kete ni. seronok. mak cik aku asik bercerita dengan mak aku. seronok tau bawak orang tua ni. seolah olah dapat melunaskan hasrat hati mereka. 

cecewah. 

oh ya. umur aku dah 25 yu. so sejak berumur 25 ni secara tidak genapnya lagi. sindrom sindrom umur 25 tahun dah mula nak serlah kan diri. tapi aku yang masih single ni tak seteruk orang yang dah berpakwe la. 

apekah sindrom 25 tahun?

aku gelarkan sindrom 25 tahun. adalah sindrom nak kawin. bahaha. sebab umur umur ni. ramai kengkawan aku dah kawin. baru kawin. akan kawin. wiwit.

so kalau lepak dengan tirah. mesti akan bangkitkan isu ini. haha. bosan kan? saje je carik isu yang buatkan timbulnya kerutan kerutan didahi yang memungkinkan secara luarannya muka kelihatan lebih lanjut dari usia sebenar. lulz.

tapi aku sesaje je pun beborak. kalau ada yang kata aku nak meroyan pun sebab nak kawin. siapa peduli. untunglah aku meroyan secara terbuka. dari ko. cakap je aku meroyan. walhal ko meroyan sesorang. loser. 

euw. kesiannya. bila kita cerita kat orang dan saling bertukar pendapat. kita akan dapat jawapan yang mematangkan diri kita tau. buat pe la nak malu. standed la nak kawin ni. normal. perasaan tu. bila tak ada nafsu nak kawin tu masalah. ah tipulah! ada ke manusia macam tu? sami pun ntah ntah nak kawin. tapi sebab konon syarat jadi sami tak leh kawin. so terpaksa matikan nafsu tu. kesiannya, sedih dengar penderitaan mereka. 

kahkahkah! gila la. 

ok ok. jujur aku cakap. perasaan seorang yang single  mingle macam aku ni nak kawin...tidak lah setertekan mereka yang dah berpunya. dia sama je persoalannya. B.I.L.A A.K.U N.A.K K.A.W.I.N.??? 

tapi orang yang dah berpunya jadi lagi stress sebab..ko dah ada.rasa insecure dia tu macam tinggi. contoh aku ni bercinta dah lama bila lagi agaknya nak kawin. 

no no no. jangan persoalan benda yang tidak ko tau jawapannya. 

cecewah. cakap orang. well. kita manusia biasa kadang kadang terlepas dengan persoalan yang tiada jawapan tu. so kepada mak cik mak cik. saya maafkan anda semua dengan bertanyakan soalan yang...pelik. yela. tanya soalan yang kita sendiri tak tau nak jawab. cuba tanya zaman single zaman muda dia. apekah dia tau bila dia nak kawin? 

'bila ko nak kawin?'

satu soalan yang seringkali buat aku tergelak nak jawab. tersenyum la. gelak tu dengan sedara mara. dia gelak bukan malu malu ittew nak jawab tau. dia gelak sebab...kenapa tanya soalan yang seolah olah aku tau jawapannya. ha berulang kali aku ulang ayat ni. tolonglah. soalan ni tak relevan. kalau masuk pusingan untuk pencalonan masuk dalam kertas exam SPM konfem ditolak oleh majlis peperiksaan negara. tak layak. sebab susah nak buat skema jawapan. tiada siapa tau. rahsia. 

jodoh tu kan rahsia allah s.w.t. yang penting doakan.

so..bila kekadang tu ramai yang tanya ko bila ko bila. maka timbullah perasaan moral down. kekadang bukan sebab orang tanya. kadang kadang dapat tau kawan baik kita nak/dah kawin pun kita leh termenung sesorang mengenangkan nasib. kekeke. macam berpengalaman jew. bhahaha. ada pulak masa aku nak termenung mengenangkan nasib.

so..cara nak atasi. muhasabah diri. apa yang berlaku tu..ada hikmah. percayalah. tuhan tu perancang yang baik. just doa agar jodoh kita diringankan dan dilembutkan hati bakal suami kita untuk terus datang masuk meminang.ha sweet gittew. kalau rasa jodoh kita lambat. maybe sebab kita tak bersedia sebenarnya. kewangan. rohani. banyak lagi lah. doa je. tenangkan diri. 

tengok running man. 

fikir yang baik baik je. tak payah nak peningkan diri dengan fikir sesuatu yang bukan terlangkau dengan fikiran kita. tak payah persoalkan banyak benda. boleh jadi gila. 

relaks. tenangkan diri. hati senang muka pun nampak muda.

k chiau. selamat malam! 

Dec 9, 2013

isnin blues

ketenangan 5-6 aku telah direnggut. yang pasti seseorang yang merenggutnya adalah sipolan yang sedang duduk dimeja belakang aku.

Mr M.

no no. jangan salahkan dia. dia bukan punca teragutnya ketenangan aku. eh salah. dia salah satu punca. yang bermaksud. dia tidak keseorangan.

lulz.

untuk masa masa ini. aku cuba jadikan gerak geri Mr I suatu ketika dulu sebagai iktibar untuk minimakan tekanan dalam tubuh badan. gerak geri dia aku jadikan inspirasi. kata kata berbaur nasihat *mungkin* dari papa S aku perdengarkan kembali.

tapiii masih. masih gagal untuk kali ini. tak leh digunapakai. makin aku makin terserlah tahap ke-stress-an aku. bibir semakin galak menaikkan volume keluhan keluhan berat dari mulut aku.

ottoke?

'pehhh. tak yah ottoke sangat la ecahhh.'

kata seorang kawan.

heilu. sukahati ai okay. ni mulut ai. sukahati ai la nak cakap bahasa ok. pape pun. biane.

lol.

pura pura berhumming- bird
pura pura ketawa
pura pura tersenyum

aku makan. aku gelak. aku dengar lagu. aku tengok drama. aku tebahak bahak tengok running man. aku tengok wayang. aku tido. tido dalam gelap. aku memandu. aku karok sorang sorang. aku jumpa kawan. aku wasap dengan mereka terpilih.

itu adalah metod untuk aku minimakan tekanan dalam tubuh badan. tapi malang.

masih tidak membantu. mungkin belom. mungkin metod yang tidak praktikal. mungkin aku terlalu berahsia.

terus pura pura ketawa.

petanda aku sombong ke cemana?

hari ni aku tanyakan banyak soalan mengejut kepada kawan kawan. aku tak tau mana datangnya soalan itu.

'cemana seseorang boleh berjumpa dan bertunang dan bernikah?'

'cemana seseorang tu berjumpa seseorang?'

banyak lagi.

paras normal diri aku mungkin bakal hanyut dilaut mati.

lol.


Nov 30, 2013

drama

sebenarnya aku nak membicarakan tentang sesuatu yang serius. tapi aku rasa macam tak sesuai je jiwa aku nak bicara serius dalam blog ni. 

entah. sape layan citer The Inheritors yang tengah hangat meletup kat channel 393. 7 hari 7 malam orang sekeliling aku berbicara tentang hal ini. means cerita ni. 

ai tot aku sorang je manusia terpilih yang tengok. lol. teruk gila.

ok cerita ni..aku teringin nak jadi macam eun sang. aku rasa dia manusia bertuah. berkenaan dengan rachel. aku lebih suka kasihankan dia dan selami perasaan dia. 

aku rasa apa yang dia buat dan cakap adalah jujur. cintakan seorang yang tak cintakan kita. situasi tu agak tertekan. tapi tak boleh buat apa apa. tapi mengharapkan yang seseorang tu akan berubah untuk sukakan kita tapi apakan daya. hati itu bukan milik kita.

watak perempuan antagonis sebenarnya sangat menarik. aku suka. sebab..perasaan mereka. selalunya watak antagonis akan marahkan perempuan watak utama. itu aku tak peduli sangat. yang aku peduli. perasaan tertekan mereka. serius tertekan. tapi cara handle tekanan tu bergantung pada seseorang.

so dari situ tau la sejauh mana ke-antagonisan mereka. kalau yang taksub lebih tu. tu yang sampai berbunohan. 

bunohan sangat ecah ni. 

memang akan ada satu masa lelaki akan jatuh hati dan tinggalkan kekasih dia ke kalau dia terjumpa perempuan yang buatkan mata dia berhenti dan jantung dia berdebar melihat perempuan tu? 

kesian kan jadi perempuan yang ditinggalkan atau kena ditinggalkan sebab pakwe dia dah jatuh hati dengan orang lain? tiba tiba. 

tertekan sungguh.

ok cerita eun sang. aku jeles jugak dengan dia. sebab...lelaki yang nakal pun suka dia. aku ni. lelaki naik motor pun tak pandang aku. isk. T_T 

bila tengok cerita tu.aku jatuh hati dengan lelaki yang kuat jeles. lol. dalam citer tu la. kim tan macam comell je jeles jeles ni. tapi wujudkan lelaki jeles yang versi comel? secara hakikatnya. 

lelaki jeles adalah pemarah. lol. 

fakta atau auta?

aku tak pasti entri ni serius ke tak tapi konklusi yang boleh anda buat adalah.

saya baru lepas nonton 2 episod back to back citer The Inheritors di channel one. 

untunglah eun sang. 

*tiba tiba. =P