Pages

Jan 25, 2013

#kawan : katak

Assalammualaikum!

salam maulidur rasul semua.

malam tadi lepak dengan katak.atau pun afiq edika.faja last menet kensel.sebab famili bakal kakak ipar dia nak datang rumah.faham tak? ok.famili awek abang dia.nak datang rumah.haaa.dan kemudian,wafi dan ilyas tak dapat dikesan.

ok sebelum mula cerita.mungkin aku akan terus gunakan nama 'katak' untuk afiq edika.macam teruk je kan? tapi..ini nama samaran je.nama gelaran.bukan teruk sangat kan? kan? eh kena yakin! jangan was was.ok katak.

ok sambung.ehem.

dan very the last minit.aku terpaksa kua lepak dengan katak jew.berdua.terpaksa? ok katak kalau dengar sure tacing siud.haha.actually berat hati sikit nak kua dengan katak je.tak meriah la.nak gosip pe jew ni.haha.tapi mengenangkan dia dah gerak dari rumah masa baru tau yang faja tak jadi lepak.so.kua je la.

makan char kueh teow.dekat simpang balak.dekat dengan sekolah menengah agama persekutuan.cewah.baru hari ni ingat jalan.tu yang eksyen sikit.tapi sebenarnya nak makan sate.sate ismail magek kami panggil.kawan sekolah rendah gak.tapi kedai tengah buat renovation.so..tak jadi lah.plan B.kita makan char kueh teow ja.

so dalam perjalanan nak makan char kueh teow.katak tepon semua kawan kawan kami yang ada.dan malang untuk hari ni.semua tiba tiba tak ada.naqiuddin demam pulok.

so macam macam hot issue la keluar.eh banyak pulak citer ye.haha.pasal reunion kat bukit merah hari tu.we ouls tak pergi.aku tak ada duit.ewah.jujur habis.katak tergelak sambil geleng kepala.why katak! why! salah ke aku jujur.standed la student tak cukup duit wehh.lain la ko.dah keje.pui la ko! haha.dia betul ada hal.so that dia memang tak pergi.pastu tanya aku banyak kali.betul ke ko dengan faja tak pergi sebab tak ada duit? betul laaa.apela katak.puas aku bikin kecoh dekat page reunion hari tu.

so soalan cepumas untuk usia 24 tahun aku hadiahkan kepada katak.

aku : ko bila nak kawin katak?

bhahaha! siud je soalan.

katak: lambat lagi.maybe dalam 5 tahun lagi.

dalam hati aku terus jerit.wuiyoooo.

aku: oh 5 tahun lagi.so umur kita 29 lah ye?
katak: ha yelah, tapi kalau jodoh dah sampai.tak apa je.ko bila nak kawin? hahaha
aku: kawin menda..pakwe ai dah runaway.
katak: runaway? hahahahah! lawak gila.
aku: kuang ajo ko katak.bodoh aaa ko.haah la.runaway dah.sian en aku.
katak: hahahaha.cemana leh runaway weh?

so bermula lah episod duka.tak ada lah aku cerita dari A ke Z.malas nak citer.so aku gelak gelak je la.malas nak tacing tacing sangatt.haha.sekali katak tanya aku.

katak: oh patutla ko post tacing tacing kat twitter?
aku: menda nyaaaa.tu lirik lagu laa.GD punya.big bang maaa.kenal tak?
katak: kenal la.
aku: huiyo.katak kenal bigbang siud! hahaha!

aku memandang rendah pada katak.teruk lagi.

katak: ko kalau tak ada faja.ko lepak ngan sape je?
aku: duk umah je la.tengok tv.
katak: hahahaha.sian gila ko.ko lagi sombong dari aku kot.
aku: hahaha.tak ada lah.semua keje la.ada sorang kawan taman jasmin.tapi dia keje kat shah alam.weekend je dia ada.so weekend je la lepak dengan dia.(merujuk kepada hani)
katak: next time kalau nak lepak.bagitau je la.nanti faja dah kawin.ko dengan sape je?
aku: haaa.tu la.aku pun tak tau.tengah fikir gak.haha.
katak: lepak la dengan kitaorang.memula tak kenal sangat.lama lama ok la.
aku: ok gak.tengok lah.

tengok lah katak.terima kasih atas keprihatinan.tapi selalunya aku malas sikit nak keluar.even mamak depan rumah.hahaha.tak sangka baik pulak si katak ni.terharu aku.*konon* maybe hari tu dia kena hantuk dengan dinding kot.eh kena hantuk? eh bukan! terhantuk.see.sejak tinggalkan alam persekolahan ni.tatabahasa sungguh teruk! penggunaan ayat apentah lagi.menangis puan mumtaz tengok anak murid kesayangan dia jadi macam ni.hahaha.ok syok sendiri.

katak terhantuk kepala kat dinding kot.sebab tu dia baik je ni.hahaha.so sambung macam macam cerita.katak pelik.sebab semua kawan kawan kitaorang tak angkat call dia hari ni.so dia syak semua orang benci dia.aku cakap kat dia yang mungkin sebab balasan dia menipu kawan kawan dia.yelah.dia sombong kot busy semacam.dia kata.agak jugak la.selalu jugak aku tipu dorang.hah kannn! now serve you right la bro! tapi masalahnya.aku jugak kena tempiasnya.sebab kalau ramai lepak lagi syiok ma.the more the merrier kan.ehehe.sampai aku marah dia.

"ko ni katak, buat malu hidupan dua alam la! ape suma tak angkat call ko ni."

katak gelak besar.mengaku la tu dia hidupan dua alam.macam macam hal la kami citer.perihal keje.kawan kawan.pasal faja tunang and nak kawin this year.beria aku ajak semua orang.padahal tuan punya badan tak print kad lagi.hahaha.oh well.selalunya kawan baik yang eksited lebeih.hehehe.dan kami bercerita pasal bola.huiyo.ai don bilivit aku berborak pasal bola dengan katak.bhahaha.sepanjang lepak.macam macam orang katak call.tumpang ajak lepak sekali.bab call ramai orang ni aku nak pukul si katak tu.kenapa? sebab dia buat cerita.semua orang yang dia call.dia akan kata.

"ni ecah ada.dia teringin sangat nak jumpa ko weh"

kuang ajo ko katak.sejak bila ayat tu keluar dari mulut aku.aku dah terbeliak beliak kan mata dah.dah tunjuk tunjuk muka dia dengan jari telunjuk dah.kena ko nanti katak.dah habis makan.faja mesej.dia kata kul 9 setengah ok? ok ja.tapi masalahnya kami dah kenyang.dah segala macam dah makan.haha.so hari ni sesi latihan vokal dekat music box pulak.dengan faja.walaupun nama duduk satu kajang.taman bersebelahan.tapi dah lama jugak aku tak jumpa faja.hahaha

ok katak separa single katanya.bhaha.hubungan relationship 50:50.so bila dia dah totally single.aku bagitau.sape sape berkenan.sila roger ai.sudah kerja.punya kereta.oh ya.dia merokok.

ok aku akan dibunuh kalau entri ni dapat dikesan oleh katak bukan nama sebenar.bhahaha!

xoxo! 

Jan 24, 2013

4# Cendol

Assalammualaikum.

malam yang sedikit bosan.sekarang lah.tadi tak.

sebab semua dah tido.rumah ni.tido awal orangnya.aku je yang selalunya jadi burung hantu.

tak payah nak berhantu hantu sangat lahh.tibee.

tadi tengok sinister.citer hantu.aku tak menjerit pun.sedih dengan diri sendiri.apekah rasa hati telah mati? aku.ayu dan uyun.ayu adalah kakak aku.dia penakut.eh.sukahati aku je.

aah.dia memang penakut.

sinister.menarik jugak.misteri.aku suka citer misteri misteri ni.sebab cita cita masa kecik nak jadi penyiasat.ok tipu.tak pernah wujud kot.

dia pasal penulis ni.siasat kes pembunuhan misteri kot.satu famili ni.pastu makin dia siasat.makin jelas pulak buktinya.sampai..dia pun terkejut.dan famili dia pun bakal jadi mangsa.

mula mula aku emo.emo sebab hantu dia gelabah.bunuh famili famili yang dulu dasyat kot.ada yang mati bertali gantung kat pokok.ada yang mati kena bakar hidup hidup kat kereta.ada yang mati kena kelar hidup hidup.ada yang mati kena toreh dengan mesin cabut rumbut hidup hidup.semua hidup hidup.

mulut aku tak berhenti tanya.kenapa kenapa kenapa.sampai lah.adik aku suruh tengok sendiri.aish.kalau ikutkan hati.aku terus forward ke bahagian ending je.setel.

dan aku pertikaikan.

"poyo gila hantu ni! nak bunuh bunuh orang dasyat pulak! ish.aku tak puas hati betul.mesti dia jeles tengok kebahagiaan famili ni!"

serius poyo.gelabah kan hantu tu? kenapa nak bunuh dasyat sangat.ish.tak puas hati lagi aku ni.rasa nak pukul je hantu tu.dan setiap keluarga yang kena bunuh.pernah duduk kat rumah yang sekarang penulis tu duduk.penunggu rumah tu la kot.lepas tu.semua famili ni.masa dijumpai mati dibunuh.mesti ada seorang ahli keluarga polis tak jumpa.dan yang tak dijumpai tu.adalah kanak kanak.

so aku tengok separuh je.sebab.ngantuk.tiba tiba teringat esok kena hantar shira ke sekolah agama.ada sambutan maulidur rasul.esok ai jadi mak muda.hantar anaknya.siap berbaju raya.aaaaaaa.tak apelah.makan free.ceramah lagi.ok lah.aktiviti kemasyarakatan esok hari.

tiba tiba henpon berbunyik.pelik.

rupanya katak.ok buang tebiat.katak tiba tiba mesej.ok katak adalah kawan sekolah rendah.nama dia afiq edika.dia aku dan faja panggil katak.tapi dia panggil aku.ubur ubur.dan faja.sotong.teruk kan dia? aku dapat takhta ubur ubur je.mana datang idea tu.aku pun tak tau.

dulu masa sekolah rendah.dia ketua kelas.keje ketua kelas ni.tahu tulis nama budak bercakap je selalunya.lebih lebih lagi bila tak ada cikgu.dan selalunya ya! aku selalu beborak jugak.dengan faja lah.dan selalunya juga! nama aku naik takhta kat papan tulis.dan bila nampak nama iols kat papan tulis.ai akan tekap muka kat meja sambil pura pura nangis.kahkahkah! ok geli je.pura pura je tau.dan katak kecut.terus padam nama.

jahat tak? kecik kecik dah buli ketua kelas.

dan lagi best bila aku dan faja pura pura nangis.join venture.tak pun merajuk.gelabah katak.terus padam nama.yayy! 

aku tak tau kenapa aku dan faja letak nama dia as katak.kalau dulu.zaman ejek ejek dulu.aku lukis terus gambar katak dekat papan tulis sambil beranak panah menunjukkan. 

ini afiq edika.


pastu jerit jerit nama afiq edika! afiq edika! pastu tunjuk gambar kat papan tulis tu.pastu gelak macam syaiton.

memang perangai macam syaitonnn.

so katak mesej.hai ubur ubur.tengah buat pew tuew? 

pelik.sebab katak sekarang susah betul nak meseh.nak ajak lepaks.dia busy.busy ape ntah.jaga anak ke ape.cuti pun busy.siap kata diri dah macam bangla! aku terus musykil.ape dah hitam legam ke si katak ni? macam flo rida? dia sejak pindah ke kajang utama.memang janji palsu je aku jumpa.bukan aku je mengakuinya.kawan kawan lagi jugek.dan dia mesej tanya.

"bila nak lepak makan char kueh teow."

oh last kami lepak.kami makan char kueh teow.tu pun beberapa tahun yang lalu.teringat memori bersama lettew.

so kena tunggu green light dari cik pajia.almaklumlah.sejak beliau menjadi tunangan orang.susah bersosial sangat.kekeke.

rupanya dia teringat nak mesej sebab wafi bercakap pasai aku.wafi pun kawan sekolah rendah.haaa ni mesti ngata aku asik pi shah alam je siang malam ni.hahaha.ina kagum.aku still keep in touch dengan kawan sekolah rendah.ala sekolah rendah aku kat taman sebelah dari taman sekarang je kott.kajang pun bukan besar.ewah.bukan besar konon.tapi tak pernah pulak aku jumpa kawan kawan sekolah kat tepi jalan.selisih bahu masa kat pasar.tak ade pulak.

ok lah.nak tido.esok nak pakai baju ape yew.

xoxo.

Jan 23, 2013

Missing you

Missing you by G-Dragon.

I meet ordinary people and talk to them

Laugh with them just like usual without any thoughts
Tv is my only friend at night
Finally go to sleep when the sun rises in the morning
I'm too shabby, I might have liked you a lot
After you left, the blue sky seems like it's just yellow
Where are you feeling hurt, I'm here
Or maybe you're in love with someone else
Some other love, I miss you my baby

My heart feels this sad but I have no one to talk to
I Wanna smile broadly sometime but have no one besides me
Maybe I'm missing you

Back then, we were like that
Between you and me it was all clear and pure
First it was all about love, just like everyone says
Why did we do that though we all know
But as time goes, like the glass breaking 
Like the ring in hands losing its light
Like getting a cut by a sharp knife
Like strangling my neck with the chain of restriction
The memories that I have with you
Which I thought they're gonna be always good
Though I hate it, only the wounds and unsolved misunderstandings are left
I need to hold back till the end
The words of " i'm breaking up with you"
The time we fight and argue
It was better than now

My heart feels this sad but I have no one to talk to
I wanna smile broadly sometime but have no one beside me
Maybe I'm missing you

I still feel like you're next to me everyday when I open my eyes
Can't we turn the times back that we've been together 

My heart feel this sad but I have no one to talk to
I wanna smile broadly sometime but have no one beside me
Maybe i'm missing you


Currently addicted to this song.maybe I'm missing you OoO maybe I'm missing you OoO

Jan 22, 2013

#3 Cendol

Assalammualaikum.

my heart feels this sad but I have no one to talk to
I wanna smile broadly sometime but have no one beside me
maybe I missing you OoO maybe I missing you OoO

update entri sambil dengar lagu G-Dragon.sejak bila minat GD.haaa.tudia.sejak pergi konsert GDA.masa tu lagu GD yang aku tahu hanyalah heartbreaker.now dengar lagu missing you.sedap.

sedap macam ayam.

boleh pulak?

actually nak update pasal semalam.semalam pergi shah alam belajar guna GIS.actually tak belajar guna lagi.baru belajar faham konsep.dan digitize map.oh ya.encik adon seorang lelaki berusia.ayah ayah gittew.

tadi pergi setia city mall.aku pakai gaya nak ke tesco.tensen.rasa nak balik jalan kaki.sebab  selekeh gila babeng.tabah gila jalan kat setia city mall.best pulak kat sini.kedai baru.baju baru.promosi baru.pakwe baru.eh? 

aku.ina.azi dan fad.

pergi SCM sebab fad carik seaweed.untuk final year project.cek heavy metal kat seaweed ittew.memula nak pergi tesco.tu aku beria ikut konsep ke tesco.sekali ina suggest SCM.sakit kepala haku.ewah.

seronok.sebab tak ramai orang.tak ramai student UiTM.pastu..banyak kedai baru.banyak baju baru.malang.sebab tak ada duit baru masuk.itu sedih.dukacita.

so ina dan fad dengan meriahnya menuju ke fresh market.aku nampak dedaun kehijauan dari jauh.kami split.aku dan azi.ina dan fad.menuju destinasi cinta memasing.ewah lagi.

sebelum nak parking kereta masa baru datang tu.eh reverse story pulok ye.kita kebelakang balik.ok.nak parking.ada kereta myvi merajuk dengan kami.sebab kami masuk parking.jeles lettew.terus dia vroom vroom pastu drive laju laju.kami?

gelak gelak dalam kereta.merajuk lettew.

first come first serve ma.parking banyak.don emo emo.signal sudah bagi jugak.nak ape lagi.tak tau la.bukti merajuk lettew.haha

malam ni tido rumah azi.sebab kami berdua je.bosan asik pandang muka masing masing.boleh pulak?

penat actually.tapi mata tak penat lagi.

so yang best nya lepak rumah azi ni.sebab wireless free.best tak? best kan? tu yang gigih tengok mv GD.haaa.sejak bila minat? sila rujuk diperenggan paling atas.

nak upload gambar semalam.tapi kad reader tak bawak.sepoil la ai ni.haiya.

ok.nak sambung tengok GD.nite uolls.esok ai balik kajang.nak tengok citer 3 am lah.mama.ah segala macam citer hantu la.mood kan nak menjerit macam kena rasuk hantu.eh? 

nite.xoxo! 


Jan 18, 2013

part 2 famili outing

Assalammualaikum!


sambungan entri famili outing bahagian 1 hari ittew.ni bahagian 2.ewah! berbahagian bahagian konon.hehe.lama dah.baru nak update balik.beberapa hari ni sibuk aktiviti kemasyarakatan sikit.konon.hehe

ok.hari tu kitaorang pergi ke the mines kan.asalnya nak buat tiga aktiviti! jalan jalan, karok dan tengok wayang.sungguh membazir bukan? dah la duit memang paras hidung.tapi aku dah memang sediakan duit untuk 12hb ni.tengok! betapa semangatnya haku.hehe

actually mood sekarang ni nak tengok citer hantu.sebab nak jerit jerit macam kena rasuk dek hantu.malam tu buat mini mesyuarat dengan haris dan ina.tengok.over tak.siap buat mesyuarat? mesyuarat kami dah decide seminggu sebelum exam.hah.tengok.serius poyo gila.

mula mula haris ngan ina je meeting.sebab aku busy.busy nak update monolog twitter, busy nak borak borak dengan susu, busy nak hapdate entri kat belog.alasan bengong tu buat haris pasrah.ngehngeh.

tapi malam tu sambung lagi mesyuarat.aku ngan haris pulak.haris ni macam dato pulak kan.semua meeting dia kena ada.euw.haha.ok then tolak tolak sape nak uruskan.macam aktviti ape je outing kali ini.so katanya nak tengok wayang kan.jadi aku cekidaut la movie ape yang ada.movie citer hantu la maksudnya.sebab nak feeling seram gittew kan.

movie hantu yang ada.hanyalah minyak dagu.

frust ai! kenapa citer hantu ada minyak dagu jeeee!

aku kalau movie melayu ni macam curious tak confident sikit ah.bahaya.sebab kualiti tak bagus.entah hape hape.sampai pening pening dalam meeting kat twitter.nak tengok citer ape.betui ka nak tengok minyak dagu? haris kata.ok.dia tak kisah.ok fineeee.minyak dagu lah ye.

mood tak sedap kot.hati aku berkira kira lagi.minyak dagu?aish.napelah 3am keluar minggu depan.*masa hari nak decide movie.3am tak keluar lagi.*

so masa kat mines.kami pi beli lah tiket.komfem ni.kami tengok minyak dagu.rm13 hinggit per person.

minyak dagu ye...gatal dagu aku!haish!

secara keseluruhannya.minyak dagu adalah loser.tapi manusia yang tengok tak loser.kami tertipu je.atau TERpaksa.no choice.kami ibarat mangsa keadaan.strategi dorang kot.tayangkan masa banyak filem luar tak masuk lagi.haha.ok sambung.filem loser ini.jahat gila.dia ibarat tengok running man.serius lawak.lawak sebab tak logik.tak realistik.entah hape hape mereka ngarutkan.lagi best drama hantu setengah jam kat tivi.sepanjang kat wayang.dengar orang gelak gelak.see.ni bukan citer seram.ni cerita lawak.tolonglah.

banyak part aku ketawa.sampai sakit perut.ketawa yang beria ria.part yana tendang tendang pintu.pastu dari mana entah datangnya kekabu yang berterbangan.memang la orang yang terbangkan.tapi tak ada motip.pastu terbang tak rata.sekali selonggok terbang.lol.

sepanjang kat wayang aku dengar haris merengus mengeluh.bosan kot.hahaha.menyesal mungkin.lol.

aish.banyak lagi la.nak citer pun tensen.

disebabkan karok mahai betui.satu jam rm30.ada yang satu jam 25 ke bape entah.sebab dekat kajang rm15 kot.so tak jadi.ke masing masing nak costing ni? entah.so kami jenjalan la kat mines tu.mines tak ada ape sangat.kalau nak shopping dengan tengok wayang.aku prefer  la mines.sebab murah dan tak ramai orang.serius tak ramai.tengok lah.tak yah beratur kot nak beli tiket.parking standed la ramai orang.tapi bukan tak dapat parking langsung pun.

disebabkan outing ni last keluar bertiga.so konon nak sweet memori la.haha.pastu banyak la citer macam macam.luahan hati suma.luahan hati tu macam dilemma internship, perasaan nak pegi intern.elaun.fyp.bla bla bla.banyak lagi laaa.

then jalan jalan sambil usha usha baju dan banyak lagi.haris nak carik teddy bear untuk adik dia.pergilah semua kedai cenderahati.cerewet gila mamat ni.ni baru beli untuk adik.belum untuk aweks.bhahahah! 

ok kemudian, haris dengan ina carik carik la barang lagi.katanya banyak berkenan.tapi prinsip kedekut menguasai diri.so kensel tak beli.haha.sambil sambil jalan tu.kita posing posing kat tengah mines.haha.malu je orang tengok.eh buat ape nak malu! kita amik gambar suka suka je pong! kan kan? 







dannnn aku terlupa gila bahagian luar mines.dah nak maghrib baru sedar kawasan luar tu.aigoo.kalau aku ingat dari awal.sure leh posing posing dengan banyaknya lagi.hehe


last destination pergi daiso.ina nak beli barang.bergamba kat daiso macam tak pernah pergi daiso kan? 


kata mereka.mereka tak sempat explore lagi mines ni macam mana.haha.okay okay.nanti korang datang lah lagi ye.aku tak mahir sangat jalan mines ni.jarang jarang pegi.kalau pergi pun sebab nak tengok wayang dan beli barang eletronik.macam hard disk ke.tu je.pastu balik.bosan kan aku? 




disebabkan saya la yang memegang kamera.jadi tak banyaklah gambar kitew.inilah risiko jadi kameraman.i hate this job.sebab tu le kita amik gambar sendiri je.ke-gegaran gambar menunjukkan kegigihan untuk amik gambar sediri..sadis takkk. T-T sekali tengok gambar sendiri ni macam gamba hantu je..euw.

malam balik ke puncak alam.singgah seksyen tujuh.makan makan.sambung lepak.ni kalau cinderella aka haris tak duduk kolej ni.dah kami merayau lagi ke mana mana entah.next time maybe.nak jugak tuuu.teruk betei.

life stat jam 10 maaa.

dialog akasha dalam drama ape entah.lupa.

to ina and haris.i'm glad having uols as ma fren.harap harap lepas ni kua la lagi yek.pastu tak putuih na our relationship ni.sampai mati.hehe.kalau kawin jangan lupa bagitau! bagitau tu awal awal.so that boleh aku carik orang untuk kongsi beli hadiah.lol.lagi ape?  to ina.ai will melawat you lah di shah alam t.insyaallah.shah alam and kajang.sekangkang kera je la weyh.hah.haris.dah kaya jadi consultant.jangan lupa akak ni.belanja akak makan makan.akak nak dominos,sgarden,srecipe dan macam macam lagiiii.haha demand pulak akak ni ye.actually aku dah bagi task kat depa ni.carikkan ai jodoh.kahkah.tapi ina dah aku kenselkan.sebab company dia tak ramai melayu.so tak boleh.awal awal dah disqualified.so harapan terjatuh dibahu haris je la.hahahah! tak pasal pasal tambah 1 task untuk haris.selain report intern dengan fyp.ngehngeh.

ok.

till then.
hug n kissess.
xoxo! 

Jan 15, 2013

Tragedi 15.1

Assalammualaikum

petang ni banyak betul tragedi nya.tak ada la tragedi mana.hehe.

lepas majlis perjumpaan student semester 8.hati dah gundah gulana nak balik kajang.perut lapar menggila.

target balik kajang jam 6 petang.dan ikut jadual.kita balik kajang ikut masa.

bila dah salam salam.peluk cium muah muah.aku masuk kete.

demmm.enjin tak hidup.

"...bateri ni."

hati aku berbisik sorang sorang.terus call ayah.ayah kata bateri.so mintak tolong faizal jump kan kete.

2 minggu tak start enjin.inilah padahnya.padan muka engkau.

dalam 6.40 faizal datang.dengan deli.tolak kete sekali.pastu jumperkan sekali.

alhamdulillah.enjin boleh start.

ayah keep on calling calling.lambat lambat aku angkat.pastu cakap sikit.terus aku cakap babai.

minyak surut sudah.so nak isi minyak.kena mati enjin.dan aku risau kotnya aku matikan enjin.terus tak hidup hidup.mampuih.

so aku tawakal.aku tak matikan enjin.bukak separuh je.bunyi radio.

bayar minyak sambil enjin hidup.sambil pintu tak tutup rapat.asalnya nak mintak orang jagakan.eh ecah.kau jangan berani berani percaya orang!

dan macam aku katakan.just tawakal.

lari lari pergi bayar.isi minyak.ada abang sebelah pandang pandang.mesti dia pelik kenapa budak ni isi minyak tak tutup pintu.

ok cun.kereta masih hidup.so aku drift ke kajang dengan seberapa segera.

kereta ayah aku iswara je.manual.aku rasa kereta ni la yang paling berani aku bawak macam orang gila.kalau kat skve aku suka.120 aku bantai kelajuan dia.haha.masa drive kete ni perasan diri tu ala ala watak jay chou dalam initial D.sumpah poyo gila babeng.

ayah keep on calling lagi.disebabkan tadi kena marah sebab sape suruh tak hidupkan kete selama 2 minggu.aku merajuk.tak nak angkat call.tanda protes.weq.

balik kajang sorang petang petang.sangat mengantuk.aku tak boleh drive malam.tapi perasaan mencabar diri sangat membuak buak.masuk hari ni.ini kali kedua aku drive malam dari puncak alam.first time jam 10.alone.sebab last minit adik aku uyun kensel balik sama.haru betul aku masa tu.mujur tak bawak iswara masa tu.sebab cermin kete iswara ayah aku.problem gila.ditambah dengan aku yang rabun cap ayam.maksudnya rabun ayam lah.rabun malam.jadi aku amalkan sifat tawakal je lah.boleh pulak macam tu?

alhamdulillah selamat sampai.aku seorang yang suka buat surprise la kononnya.balik balik je konon semua tekejut.ehhh dah sampaiii.

padahal tak ada pun orang sambut macam tu.sebab masing masing dah masak dengan perangai kejutan aku.lol.

ok uols.pengajarannya.next time jangan tak hidup enjin selama 2 minggu ya.2 minggu tu lama gila kot.selalu aku sadaikan dia seminggu je.hehe.dengar ayah berceramah lagi lah bertambah tambah keinsafan diri aku.insaf sebab malas nak dengar next ceramah sebenarnya.hehe.

semua orang dah tido.and takut pulak rasanya duk depan sorang sorang.oh ya! saya di kajang.kajang aku dah sampai.dan esok nak mesej faja cakap.

"faja, aku datang."

lol.seram tak? macam psiko je kan?memang kena la dengan faja kan.buang tebiat ke apa ecah ni.

faliq buang tebiat.mesej tanya pasal ent.woih.ni akak nak marah ni.akak dah pesan kat diri akak.barang lama usah dikenang.ni tanya lagi kabar ent akak ni.apo kono eh jang oi.faliq kawan kepada kawan aku.aku kawan sebab nak tanya pasal GIS lah.pastu risik risik la pasal ent kat dia.jawapan dia negatip masa tu.tak tau pape.ni rasa bersalah ke apa ni? tanya kabar ent akak ni.haha.

malam ni budak kelas pergi makan kat jeram.dengan ex classmate masa diploma.awie.bukan awie penyanyi tu tauu.hehe.so tak dapat join.

sebab esok saya busy.urusan AisyahAhmad nama dia.bukan urusan aku sangat lahhh.more on urusan FamiliWakAhmad (i'm javanese).seronok jadi driver ni.ramai orang buat appointment dengan kitew.

esok ke hospital serdang, hantar ayu jumpa specialist.
ke puncak alam (palam) angkut motor uyun
ke sepang untuk...

haaa...buat apa pegi sepang? ade lettew.hehe

"tonitee tonitee tonitee.."

update entri sambil dengar lagu tonite big bang.big bang! big bangg! hehe

nite uols.
hus n kissess
xoxo!

Jan 14, 2013

part 1 famili outing

 Assalammualaikum.

Friendship..is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything - Muhammad Ali 

ehem.sabtu yang lepas.me and my 'familia'.pergi berjalan jalan di the mines.okay.actually dah lama plan.dari awal semester tujuh lagi.nak pergi makan makanan korea laa.makan pizzaa laaa..and macam macam lagi laaa.tapi selalu tak jadi.almaklumlah.kami busy.cewah.

so plan 12hb ni memang tak boleh kensel! kalau kensel.putus kawan 5 minit.hehe.

kenapa the mines?

asalnya gue mau ajak mereka pegi the curve.nak makan meatball! meatball! tapii..aku ada jemputan kenduri kawin junior krs pulak.so..tak sedap lah tak pergi kan.kita singgah kajang dulu.tu yang pilih the mines.lokasi outing kali ini.cewah.

jam 10 lebih tak silap.dah mula gerak.sebab nak pergi shah alam dulu.ada urusan zainorinazainal.kak ina risma hasmie kita.pastu gerak menuju ke kajang.untuk rombongan kawin cik kiah.

kajang..well.tanah tempat jatuh kot.jatuh main kejar kejar masa kecik kecik dulu.pastu nangisss.pastu buat semua orang gelabahhh.lol.eksited sikit la tunjuk.

oh ini sekolah aku!
oh inilah ktm kajang!
oh inilah tempat aku karok!
oh inilah tempat aku dating! ok tipu. 
maidin belah sana!

nak pulak aku tunjuk meden kat mana.hish! belum masuk metro lagi.boleh aku bawak dorang lawat kawasan lepak aku lepas sekolah.which is.paksen dan giant.ape hade kat dua tempat tu.aku pun tak tau.haha.

orang kajang tahu lah betapa new york dan las vegas nya kajang itu.kalau drive boleh kasik blood pressure naik pastu terus terbongkang kat hospital kajang.untung sikit boleh sedar.tak untung.kubur mali punya.huh.

aku ingat tak masuk la pekan kajang depan bus stand tuuu.akak faja kita.yang lead rombongan itu telah memasuki pekan kajang yang..urgh.malu ai.faja tak ngethi nak uturn lalu sungai chua.awat tak habaq kat cheqq.

so saya malu! malu menunjukkan betapa jem nya kajang ini.seumur hidup aku pun tak pernah drive ke kajang sampai ke bus stand sana.kawasan larangan tu woiit.

disebabkan kelemahan daya ingatan.so jalan nak ke mines.aku tak tau.even dah selalu pergi.almaklumlah.jadi tuan besar.so mana la nak amik port ingat ingat jalan ni kann.duk bape kali faja terang kat aku.aku akhiri dengan muka blur.faja senyum dan berkata.

'tak pelah.aku anta sampai jusco'

huarghh.thank god saya punya kawan yang sangat sangat memahami.faja ibarat kakak untuk aku.hehe.kami dah berkawan dari tadika.dan dia memang memahami lah.terharu kitew.ini menambahkan episod duka sebelum tiba hari bahagia beliau.siapa je la boleh jadi pengganti faja. T-T

sampai mines.solat dan beli tiket wayang dan jalan jalan.karok sungguh mahal! musnah harapan nak menyanyi sampai lari anak tekak.





kami dah makan free kat kenduri kawin.so lepas jalan jalan sementara nak tunggu wayang mula.dan lepas penat berjalan seluruh the mines ni.tak adalah habis berjalan sangat.tapi penat woih.rasa nak patah kaki.then pergi la makan petang sat.haris sibuk nak minuman panas konon.sungguh orang tua la yu ni.euw.

muka haris dengan ina sama kan? kan kan kan? faja pun cakap.so ramai yang ingat depa ni adik beradik.tapi mulut aku jahat sikit.buat gosip kat faja.kata depa ni kapling kapling gitu.tak caya pulak faja percaya sampai terbeliak biji mata.lol.

oh faja! y u so lurus meh? hahahah!

 

aku ngan haris pun adik beradik jugakk.cewah.nak jugak.sebab lahir bulan sama.pada aku.mereka yang lahir bulan tiga sama ngan aku secara tidak langsung adalah adik beradik dengan aku.sebab secara mitosnya.kami punya gen yang sama.punya personaliti yang sama.lol.boleh ke fikir macam tu? so kalau carik suami.tak boleh sama bulan tiga! ini memang pantang larang diri aku! lol. sebab ape tau! mengikut firasat aku seolah olah aku "kawin" dengan adik beradik aku sendiri.which is harammm! lol. inilah mitos sendirian berhad aku.ok crazy me.

sekali bakal suami lahir bulan tiga dok? haha.




ini adalah ina.ina risma hasmie nama gelemer.okay aku mula rapat dengan ina masa praktikal dekat kuala pilah.masa tu zaman yahoo mesengger.dia je yang selalu dok online.so dia je la yang selalu aku kacau.masa tu nama zaman nama fesbuk dia hisa sajuji.dan aku asik ejek dia.si tudung saji.jahat kan?

masa masuk degree.geng geng diploma aku tak ramai yang masuk degree.depa nak keje.so aku dengan faraha je.geng rambutan ke hape ntah.yang masuk degree.eh betul ke nama geng dulu rambutan eh? aku rasa macam cendol cincau o something else je.

so inalah yang penyelamat aku.aku rajin la lepak bilik dia.pegi kelas sesama suma.sampai la ni la kami berkawan.alhamdulillah.tido awal jam 12 sama sama.ketawa macam pontianak sama sama.menangis sebab tak dapat jawab exam pun sesama.haha.



aku pelik.nape hari itu.ramai yang tertidur masa bergambar dengan aku? ina pun tertidur.mana entah gambar nya.mau aje aku tangan kan mereka berdua ini.memang mendatangkan murka! seolah olah aku bergambar dengan patung lilin mereka.urgh.stress akak.


single.bakal consultant.sape berkenan sila roger saya.lai lai laiii~ 

*mampuih kena sumpah dengan haris*



ok.next entri akan bersambung nanti..mungkin gambar banyak lagi. bergantung pada my kerajinan lah ye.hehe.

till then, 

hug and kissess.
xoxo!