Assalammualaikum.
Friendship..is not something you learn in school. But if you haven't learned the meaning of friendship, you really haven't learned anything - Muhammad Ali
ehem.sabtu yang lepas.me and my 'familia'.pergi berjalan jalan di the mines.okay.actually dah lama plan.dari awal semester tujuh lagi.nak pergi makan makanan korea laa.makan pizzaa laaa..and macam macam lagi laaa.tapi selalu tak jadi.almaklumlah.kami busy.cewah.
so plan 12hb ni memang tak boleh kensel! kalau kensel.putus kawan 5 minit.hehe.
kenapa the mines?
asalnya gue mau ajak mereka pegi the curve.nak makan meatball! meatball! tapii..aku ada jemputan kenduri kawin junior krs pulak.so..tak sedap lah tak pergi kan.kita singgah kajang dulu.tu yang pilih the mines.lokasi outing kali ini.cewah.
jam 10 lebih tak silap.dah mula gerak.sebab nak pergi shah alam dulu.ada urusan zainorinazainal.kak ina risma hasmie kita.pastu gerak menuju ke kajang.untuk rombongan kawin cik kiah.
kajang..well.tanah tempat jatuh kot.jatuh main kejar kejar masa kecik kecik dulu.pastu nangisss.pastu buat semua orang gelabahhh.lol.eksited sikit la tunjuk.
oh ini sekolah aku!
oh inilah ktm kajang!
oh inilah tempat aku karok!
oh inilah tempat aku dating! ok tipu.
maidin belah sana!
nak pulak aku tunjuk meden kat mana.hish! belum masuk metro lagi.boleh aku bawak dorang lawat kawasan lepak aku lepas sekolah.which is.paksen dan giant.ape hade kat dua tempat tu.aku pun tak tau.haha.
orang kajang tahu lah betapa new york dan las vegas nya kajang itu.kalau drive boleh kasik blood pressure naik pastu terus terbongkang kat hospital kajang.untung sikit boleh sedar.tak untung.kubur mali punya.huh.
aku ingat tak masuk la pekan kajang depan bus stand tuuu.akak faja kita.yang lead rombongan itu telah memasuki pekan kajang yang..urgh.malu ai.faja tak ngethi nak uturn lalu sungai chua.awat tak habaq kat cheqq.
so saya malu! malu menunjukkan betapa jem nya kajang ini.seumur hidup aku pun tak pernah drive ke kajang sampai ke bus stand sana.kawasan larangan tu woiit.
disebabkan kelemahan daya ingatan.so jalan nak ke mines.aku tak tau.even dah selalu pergi.almaklumlah.jadi tuan besar.so mana la nak amik port ingat ingat jalan ni kann.duk bape kali faja terang kat aku.aku akhiri dengan muka blur.faja senyum dan berkata.
'tak pelah.aku anta sampai jusco'
huarghh.thank god saya punya kawan yang sangat sangat memahami.faja ibarat kakak untuk aku.hehe.kami dah berkawan dari tadika.dan dia memang memahami lah.terharu kitew.ini menambahkan episod duka sebelum tiba hari bahagia beliau.siapa je la boleh jadi pengganti faja. T-T
sampai mines.solat dan beli tiket wayang dan jalan jalan.karok sungguh mahal! musnah harapan nak menyanyi sampai lari anak tekak.
kami dah makan free kat kenduri kawin.so lepas jalan jalan sementara nak tunggu wayang mula.dan lepas penat berjalan seluruh the mines ni.tak adalah habis berjalan sangat.tapi penat woih.rasa nak patah kaki.then pergi la makan petang sat.haris sibuk nak minuman panas konon.sungguh orang tua la yu ni.euw.
muka haris dengan ina sama kan? kan kan kan? faja pun cakap.so ramai yang ingat depa ni adik beradik.tapi mulut aku jahat sikit.buat gosip kat faja.kata depa ni kapling kapling gitu.tak caya pulak faja percaya sampai terbeliak biji mata.lol.
oh faja! y u so lurus meh? hahahah!
aku ngan haris pun adik beradik jugakk.cewah.nak jugak.sebab lahir bulan sama.pada aku.mereka yang lahir bulan tiga sama ngan aku secara tidak langsung adalah adik beradik dengan aku.sebab secara mitosnya.kami punya gen yang sama.punya personaliti yang sama.lol.boleh ke fikir macam tu? so kalau carik suami.tak boleh sama bulan tiga! ini memang pantang larang diri aku! lol. sebab ape tau! mengikut firasat aku seolah olah aku "kawin" dengan adik beradik aku sendiri.which is harammm! lol. inilah mitos sendirian berhad aku.ok crazy me.
sekali bakal suami lahir bulan tiga dok? haha.
ini adalah ina.ina risma hasmie nama gelemer.okay aku mula rapat dengan ina masa praktikal dekat kuala pilah.masa tu zaman yahoo mesengger.dia je yang selalu dok online.so dia je la yang selalu aku kacau.masa tu nama zaman nama fesbuk dia hisa sajuji.dan aku asik ejek dia.si tudung saji.jahat kan?
masa masuk degree.geng geng diploma aku tak ramai yang masuk degree.depa nak keje.so aku dengan faraha je.geng rambutan ke hape ntah.yang masuk degree.eh betul ke nama geng dulu rambutan eh? aku rasa macam cendol cincau o something else je.
so inalah yang penyelamat aku.aku rajin la lepak bilik dia.pegi kelas sesama suma.sampai la ni la kami berkawan.alhamdulillah.tido awal jam 12 sama sama.ketawa macam pontianak sama sama.menangis sebab tak dapat jawab exam pun sesama.haha.
aku pelik.nape hari itu.ramai yang tertidur masa bergambar dengan aku? ina pun tertidur.mana entah gambar nya.mau aje aku tangan kan mereka berdua ini.memang mendatangkan murka! seolah olah aku bergambar dengan patung lilin mereka.urgh.stress akak.
single.bakal consultant.sape berkenan sila roger saya.lai lai laiii~
*mampuih kena sumpah dengan haris*
ok.next entri akan bersambung nanti..mungkin gambar banyak lagi. bergantung pada my kerajinan lah ye.hehe.
till then,
hug and kissess.
xoxo!
No comments:
Post a Comment