Pages

Oct 6, 2016

Bad day

lately kehidupan mcam lost. kerja aku menggunung. ada satu tahap aku tak tau nak buat keje apa. aku betul betul lost. aku tak tau nak mula yang mana.

minggu ni dua kes jadi. tak yah la tau kes apa. tapi yang pasti teruk. kawan aku kata aku bad luck. haha. sedih nya.

ini perasaan kena marah dengan bos. bos besar. paling atas. aku tau dia marah aku. marah yang marah sangat. aku memang steady, still senyum. tapi tula. dalam hati. hujan lebat.

banyak benda aku belajar. masa yang sama aku rasa tak ada guna dah. just like a puppet. i feel stupid. my bad.sorry all. saya kecewakan anda semua. title saya ni hanya dipergunakan je.

my bad. i feel bad. sedihnya lahai. saya rasa saya tidak berguna.

nite

Jun 12, 2016

Confession

ingat lagi tak post aku bertajuk confession tu?

ok aku nak buat kenyataan. sebenarnya aku ada buat confession cinta pada seseorang dan berjayakah aku?

tidak. aku gagal. aku gagal dapatkan hati. aku gagal dapatkan jawapan dari beliau.

whether yes or no.

beliau tak jawab.

macam mana aku tau aku gagal? sebab no respon for a long time. until post ini ditulis.

kecewa? no aim not. aku merupakan manusia yang ada kala keras hati. especially melibatkan perasaan. aku berhati kering walaupun kadang kadang lembut seperti ais. tapi jarang sekali aku biarkan perasaan aku berlarutan. jenis aku cuma satu.

be direct.

aku kecewa bukan ditolak. aku kecewa sebab lelaki itu tidak punya kekuatan untuk berkata jujur berkata benar dan berkelakuan jelas.

kalau suka katakan suka kalau tidak katakan tidak.

aku manusia yang stret to the point. aku tak faham bahasa kiasan yang berlatar belakangkan perbuatan dimana kalau suka dia akan ajak ko keluar dengan kata eh kau belanjalah aku. itu contoh. sebenarnya aku tak tau pun kalau seseorang tu nak ajak ko keluar secara berkias dia cakap macam mana.

pada aku kalau nak ajak keluar cakap je.

weh free tak jom keluar lepak lepak.

hah macam tu aku faham. oh ko nak ajak keluar.

atau

weh maaf. aku hargai perasaan kau tapi malangnya aku dah berpunya.

hah stret kan?

jangan tinggalkan seseorang tanpa penjelasan yang jelas sebab manusia ni kefahaman dia berbeza. satu benda je nak bagi orang faham. be direct. jangan tinggalkan sepi tanpa jawapan selain bahasa tubuh ko. tau tak bahasa tubuh ni matapelajaran paling susah? kalau ko tak caya. bahasa tubuh ni ada buku yang ko kena refer. dan nak tau ko pegilah kedai buku beli atau gugel sajelah kenapakah seseorang itu berpeluk tubuh ketika mendengar presentation dari kau?

ha gitu.

kalau yang pernah buat confession. aku ucapkan tahniah. aku faham kekuatan yang kau kumpul untuk buat confession. dan aku yakin kau berfikiran waras dan jelas ketika itu. jelas tu maksudnya kau tau apa kau buat dan kau tau apa implikasinya. especially rejection. yes. kita tau nak buat apa bila kena rejek.

dear guys.

bila seseorang perempuan make a confession. kalau ko tolak pun. jangan lah berfikiran kolot dengan seseorang wanita itu akan menangis terduduk atau bunuh diri. dizaman ini orang perempuan bukan berhati sayur. kau kena ingat balik saat kau buat confession dekat orang yang kau suka. susah ke senang? dan hargailah. hargai ni pulak bukan maksud ko kena terima. tidak. just be clear be direct and be soft.

tolak dengan lembut janji ada penjelasan. aku ulang balik. bayangkam kekuatan yang dia kumpul untuk buat confession pada kau. jangan berdiam diri pastu cuba elak elak.

kemonn be gentle la.

so apa aku buat? untuk manusia steady berhati kering. aku teruskan hidup dengan berusaha lagi. berusaha bukan amik hati dia tau. aku bukan fighter. sebab tu aku memerlukan jawapan jelas. untuk aku lebih jelas teruskan hidup dan tak terus menunggu. aku punya vision dalam hidup. yang semestinya jelas. jadi aku bukan jenis yang suka meneka neka benda yang aku kena fikir. fikiran aku simple. bila disogokkan dengan benda complicated yang aku kena fikir terutamanya bahasa tubuh manusia. aku rasa aku tengah buang masa.

now aku appreciate diri aku lebih. tanpa aku sedar aku sangat berani dan jelas. aku yakin tak ramai mampu buat apa yang aku buat. so ini pencapaian tahun ini. walaupun gagal. at least aku dah cuba. dan tak adalah kecewa. tak kecewa bila terlepas sebab kita tau jawapannya. walaupun jawapannya tak direct macam aku nak. ya apa bulih buat. kita tak punya banyak masa untuk luangkan masa pada manusia berkias.

apa yang dia buat kita rasa oh ini bukan petanda baik. jadi ya.

move on saja. sebab hidup ni bukan untuk menunggu. tapi untuk terus kedepan dan stay fokus.

paling penting. masih kekal dalam landasan agama.

take care!

May 19, 2016

May 15, 2016

Confession

Confession ni ada banyak. 

kerja, kawan kawan, cinta.

sejak mentua ni. aku jadi lain macam beraninya. aku jadi straight forward. 

suka aku cakap suka
tak suka aku cakap tak suka

contohlah tentang cinta.

aku pernah google pendapat manusia satu dunia ni tentang bila perempuan buat confession. dia banyak situasi. sama ada ko kawan lama dengan laki tu. atau kau baru je beberapa bulan nampak dia. pastu ko suka. pastu ko nak confess. hah.

perempuan confess kat lelaki tu tak salah. benda betul. ko bukan mintak buat maksiat. ko just sampaikan apa yang ko rasa. paling paling pun kena rejek. bukan kena bunuh.and ko kena ready. kena ready bila ditolak. pastu let say la dia cakap yes dia suka ko ke apa. ko pun kena ready la. bila dah say yes. apa yang ko nak buat.

kiranya ko kena fikir sedalam dalamnya lah.

apa yang pasti lepas ko confess ko rasa lega. ko tak rasa berat. selebihnya kau doa dan berserah. ada rezeki ada lah. tak ada. nak buat cemana. move on dan cari orang lain. set kan target. 

hati manusia ni bukan kita pegang. tu je. bercinta bertahun tahun. kalau tuhan nak tarik balik. dia tarik je. 

so saya menyokong kuat pada perempuan yang buat confession pada lelaki. well sekurang kurangnya ko sangat berani tau sebab tak semua manusia diberikan kekuatan dan keyakinan untuk buat confession.

hidup ni kalau ko tak berani amik risiko.

baik tak payah hidup. 

happy sunday!

Apr 6, 2016

Lonely Night

Sekarang dah bulan 4. 

Sekejap je masa dah berlalu. macam tak percaya kan? lately sangat busy. busy dengan kehidupan duniawi. teruk betul. kerja semakin hari semakin mencabar. countdown untuk mass production. everyday pergi kerja seakan macam satu pressure. tapi apakan daya.

semangat saja.

dengar lah lagu lonely night. best. dia macam entah... ok la. slow. aku suka gary punya lagu. sedap. macam ciken. macam fried ciken. haha. 

tajuk lagu tu cerminkan tentang aku ke? 

oh tidak. ya aku single but tak ada lah rasa lonely sangat. tapi bila dengar lagu tu. teringat seseorang. haha. dia serius. tapi funny. kalau lah dia tau yang aku suka dia. mesti dia jauhkan diri dari perempuan gila macam aku ni. 

haha. 

so kenangan sehari tu best la. walaupun beberapa jam je. but then still boleh kata tu adalah memori. haha. so kalau stress. teringat kenangan hari tu. the way dia bergurau. so rasa macam ada senyum sikit bibir ni.

tapi tula masalah aku. aku ada perangai buruk yang tak boleh disangkal iaitu tak suka senyum. suka buat muka plain. and akhirnya si lelaki ingat aku tak suka dia. padahal suka ni. hahah tak pe lah. 

semua benda ni kenangan hidup. so nikmati selagi boleh. 

okla.

gudnaite. 


Jan 31, 2016

2016

Post pertama untuk tahun 2016. 

umur dah menginjak 27 tahun. life partner still dalam mode searching. no need to rush suara hati aku cakap. mungkin dengan kelewatan ini memberi ruang dan peluang pada aku untuk berbakti pada keluarga.

I miss my late father.

really miss him. keadaan jadi awkward bila ko nak percayakan diri kau yang ayah kau dah tak ada. aku tak tau mana datangnya kekuatan dalam diri aku untuk kelihatan biasa biasa aje happy happy saja seperti tiada masalah lagaknya. 

pekerjaan aku alhamdullillah.

tuhan banyak tolong aku. banyak sangat. macam ada benda urgent dan last minit. semuanya berlangsung dengan jaya. alhamdulillah. dulu aku punya keje sangat banyak. sampaikan aku cakap dengan diri sendiri tolong ikhlaskan diri. anggap keje yang berlebih lebih ni adalah kebajikan. nak pahala kan?

so aku pun kembali ok. bulan berlalu bulan akhirnya berkat kesabaran aku..company tambah lagi sorang untuk aku handoverkan semuaa kerja kat dia. ya allah. terima kasih sangat sangat. 

kehidupan masih seperti dulu. biasa biasa je. kisah percintaan lagilah tak ada. now fokus pada keje je. boleh je nak bercinta tapi ada perasaan paranoid sikit disitu and lelaki sukar dingorat oleh seorang gadis safety officer. ahaha aku nampak sombong sangat nih. watevalah. aku percaya kenapa tuhan belum set kan masa untuk aku jumpa seseorang. mungkin sekarang ni bukan masa yang sesuai. aku percaya perancangan Allah s.w.t lebih baik. so just keep positif. 

kepada semua.

have a nice day ahead and please don't put so hard on yourself k?

=)