Pages

Showing posts with label kawin. Show all posts
Showing posts with label kawin. Show all posts

Aug 15, 2013

Assalammualaikum.

kalau korang jadi aku.ape pulak korang jawab?

cik udin: Ko nape dengan yang dulu tu tak nak?
aku: tak ensem.
cik udin: ya allah budak ni.itu yang ditengok dulu.
aku: *diam*
cik udin: kita ni kalau nak cari bakal suami.kena tengok dia semayang ke tak? bertanggungjawab ke tak? pandai cari duit ke tak?
mak aku: ensem tu tangga ke berapa din?
cik udin: tu tangga last sekali pun tak pe.
aku: .......

kak su: kat kilang tak ada ke yang berkenan?
aku: tak da.tak ada yang ensem.
kak su: *diam*
aku: *diam*

kerek kan jawab? kak su dah malas nak tanya.sebab aku tak berminat nak jawab.ni jawapan aku.belum tengok reaksi aku.masa tu aku ngah makan.dorang tanya aku jawab sambil pandang makanan.lapar.makanan first la.lagipun topik tak menarik.tapi tambah tak menarik bila dapat tazkirah isyak free dari cik udin.

ala lek aa.memain je.tapi betul la jugak.kita nak pandang suami kita ni.bukan sehari dua tau.biar la kena dengan mata kita tapi ensem ni subjektif.sedap di mata aku tak dimata ko.so siapa peduli? weq.

tapi aku yakin.aku kena banned.si Ecah tu entah ape ape.ada ke rupanya ditengok dulu.bla bla bla.yang ensem pun belum tentu bagus pun kekadang.

ala memain aaaaaaa.tak yah aaaa tanya soalan entah apa apa tuuu.

atas tu dialog bila bosan nak jawab.malas.dan sebagainya.tapi bila mood nak menggoreng.atau terlebih nak menjawab.habis aku menggoreng.sian mak cik aku.kena goreng. T-T. rasa berdosa.

aku: anis nanti ko nikah pakai baju apa?
anis: light pepel.
aku: ooo.ok nice jugak.tapi asik pepel je ko ni. *amboih kemain komen*
wak tipah: ko pulak kaler apa?
aku: saya? pink! dusty pink.ehehehe
wak tipah: bila tu?
aku: oh 2 tahun lagi! doakan ye!
wak tipah: *diam* ko...wak bebetul ko memain.
aku: eh ya allah! betulla wak.saya ni 2 tahun lagi tau. *pandang anis*
wak tipah: pakwe ko duk mana? orang selangor ke orang luar?
aku: err....oh sini la.orang selangor. *dalam hati ya allah! dosa! dosa!*
wak tipah: selangor belah mana?
aku: oh saya kan sekarang dah orang shah alam.so orang shah alam la. *ya allah! ya allah! siapala orang shah alam yang malang tu* *pandang ayu pandang anis*
wak tipah: ok la tu..dekat.t sekali la dengan ayu.jimat.
aku: iye iye.insyallah. *tukar topik.cuak punya pasal dan tak sampai hati nak sambung menipu*

kat dapur

anis: ko da ada pengganti ke?
aku: tak *kunyah makanan*
anis: tadi tu?
aku: tipu je.
anis: taik la ko!

ok tamat.pembohongan apekah yang telah aku lakukan pada wak tipah.ai dono.

kita tengok je la ape cer 2 tahun lagi.bhahahah.scary dow.


Apr 29, 2013

Melaka

Assalammualaikum!

hai olls!
saya sedang berduka.berduka sebab kawan kawan ligat meninggalkan saya.mereka sudah habis berinternship.aceli tak ada lah duka sangat.cuba aku rasa tahap gelabah tuu macam dah meningkat lah.makin hari makin meningkat sebenarnya.tu yang kadang kadang serba salah nak tido.

boleh pulak gitu?

ini disebabkan penangan report dan final year project.nak menangis bila memikirkan.oh lupakan lah.

ok lets continue.

aceli bukan nak citer pasal fyp or internship.nak citer...hari tu kitew ke melaka.huhu eksited giilaa jenjalan kat melaka.tak sangka melaka sangat best!

hari sabtu 21hb 4 yang lalu. aku telah ke melaka! buat apa kat melaka? memenuhi jemputan kenduri  kawen kawan sekelas aku masa diploma dulu.lama gila kottt aku tak jumpa nora.last pun aku rasa masa diploma la.lepas balik dari praktikal masa diploma.3 tahun yang lepas ai guess.

kenduri kawin nora kali ni belah lelaki.dekat...aku tak tau dekat mana.lupa dah.kad kawin nak show off pun tak dapat dah.juju dah amik buat hak milik kekal.oh ya! seingat aku dia atas lagi dari stadium hang jebat.pastu nampak sungai yang tak berupa seperti sungai langsung.macam parit ja.pastu amik kiri.pastu tadaaa dah sampai.

aku ke sana dengan lina, susu dan juju.

alkisah nya.aku tak plan pun nak pergi ke melaka ni.dah lah tak plan.silap pulak tu.susu call jumaat tu.nak komfemkan sama ada aku nak ikut or not.aku pun yakin je cakap kenduri dia kat sabak bernam kan suma.yakin gila.yakin sesangat lah! sekali salah.sangat sangat salah.kenduri berlaku di melaka.woahhhhh.bila dah salah tempat.maka salah juga la maklumat aku sampaikan pada mak aku.makanya..

terpaksa aku usulkan proposal kali kedua kepada mak aku.

mak aku lak macam berat hati je.dengan isu isu lain.makanya aku kenselkan aje ke melaka.dan efeknya.aku tak boleh tido malam tu.bangun pagi awal sambung fikir.perghhh.

last last aku tanya lagi mak aku.hikhik.degil ouh.aku ni degil gila.tapi degil degil pun mintak permission lagi.jenis aku.aku tak tanya direct.aku jenis mintak pendapat.macam...

'mak mak.kalau kawan mak buat kenduri kat melaka.mak pegi tak?'

mak aku jawab. 'malas'

so bila mak aku dah cakap macam tu.aku pun fikir fikir yang mak aku tak bagi pegi.

pastu sambung tanya lagi.

"mak mak kalau tak pergi tak ape ke mak?"

aku tak tau berapa kali aku ulang soalan yang diputar putar belitkan.last last mak aku surrender.

'pergila kalau nak pegiiiii..'

pastu tanya soalan mintak penampor lagi.


'tak ape ke mak?'

hahahaha.so aku pun laju laju siapkan diri dan mesej susu.yahooo!

so pergilah aku dipagi sabtu tu dengan last minit permilihan baju dan semua semua lah! susu kat nilai.so aku decide untuk drive ke ktm kajang dan letak kete dan ke nilai.setel.jimat pun jimat.RM5.40 pergi balik.tak lambat.dapat tempat duduk dan tak payah drive sesat sesat.

hehe.

so tepat tepat je jam 10 lebih tu.dorang sampai ktm nilai.aku pun sampai.best kan? so jalan macam mak datings ke kete lah.so bermulalah perjalanan aku, ju, susu dan lina ke melaka.weehooo!

kenduri kat melaka meriah gila.ini adalah kali pertama aku ke kenduri kawin orang melaka.best.entah.aku rasa meriah.DJ dia petah bercakap.pastu ada respond dari pengunjung.so best lah.ada interview ahli keluarga.siap ada kuiz untuk dimenangi oleh jemputan.dapat teddy bear besar kott.pergh.tapi yang tak best..ramai golongan berusia lah.so..nak cuci mata tu..banyak kali cuci pun tiada guna.hahaha. =P yela kan.kenduri kawin pun salah satu lokasi berpotensi tinggi untuk mencari jodoh maaa.hahahaha =P teruk! terukk! 

kenduri melaka ni kenduri belah suami nora.gigih kan kami.selagi boleh pi..kita pi la kan..huhu

Nora tekejut aku rasa bila nampak kami berempat.hehehe.tak expect kami datang belah melaka.tapi syok ah kawin.sebab pakai baju cantik.ah kau ecah.manjang tu je fikir kan.teruk betei.haha.

tahniah nora! tak sangka nora dah kawin! nora yang aku kenal adalah seorang yang sengal sikit.hahaha.yang aku kenal la.haha tahniah! semoga bahagia hingga ke syurga dan diberkati oleh Nya.



so lepas pegi kenduri.jenjalan lah ke melaka.ok ini aku noob gila pasal melaka.bukan aku tak pernah ke melaka.aku dari kecik dah jalan melaka dah.alah rombongan sekolah.kan femes dulu dulu.asik pegi melakaaa je.bandar bersejarah lah kan.huhu.so bila depa ajak pi jenjalan.aku macam.wahhh bestnyaaa!! yay! yay! 

tapi perasaan tu lima minit ke sepuluh minit je.pastu aku dah..haaa? jalan jalan.penatlah.boleh tak jalan kat dalam kete jee.hahaha aku tak pasti lah aku yang tak tau melancong ke apa ke.tapi memang teruk la perasaan tu.hahaha.yang aku malas lagi.aku pakai kasut tinggi kot woih.dengan berskrit bagai.kau tahu jelah tahap kemalasan aku dan kenapa tu kan? 

dan dorang cakap.nak pegi mana eh! pegi mana? aku macam..ha? melaka ada ape je? noob gila kan soalan? so decide nak pergilah jonker walk.ok gelak lah puas puas.sebab mana ada orang pergi jonker walk siang siang kan? hahaha.memalukan!!!





lepas jenjalan secara tidak langsung.iaitu bernaikkan kete je.kami pun benti kat mana entah.tapi tengah tengah bandar melaka lah.pastu naik ada satu laluan ni.tangga lah.tinggi tangga dia.tinggi gila.pakai skrit labuh pakai wedges.naik tangga tinggi tinggi.satu kebanggaan.rekod seumur hidup.boleh citer kat anak anak nanti.bhahaha!



gereja St Paul.sebenarnya aku tak tau tu gereja.walaupun dah tulis kat bawah.haha.beria ingat tu Kota A Famosa.

nak naik ke sini lah yang bertangga tangga kena naik.just imagine aku pakai skirt naik tangga tinggi gila nih.dah tu siap berkasut tinggi lagi.hebat tak hebat? hahaha.

bila dah naik.nampaklah pemandangan melaka.wah sungguh indah.angin pun sepoi sepoi seribu bahasa.hehe






kat gereja ni banyak macam tanda nama la.memorial eh orang panggil? aku entah la.blur sesangat.so bergambar pun memang tak hengat.memang aku ingat ni Kota A Famosa lah kan.muka hitam sebab berpanas di melaka.melaka panas kan kawan kawan! huah~



bergambar dengan penyanyi jalanan.suara dia memang sedap dan sporting gila.best best.ai loike~.




gambar ni masa kat tokong cina tak silap.tokong belah mana entah la.aku ngan lina je singgah.masa ni juju dengan su dah ke tempat membeli belah.ikutkan aku nak masuk je muat muat dalam bekas tu.hahaha.sukahati aku je namakan dia bekas.ke ada nama lain? ai dono.

aku tak tau lah.dah lama tak ke melaka.so bila datang jadi macam noob gila.tak tau menda.tanya nak jalan mana.masing masing hadiahkan muka blur.dan masa ni aku tanya juju ngan lina.awat tak study dulu pasai melakaa.

aceli aku tatau depa nak jenjalan melaka.hahaha.sengal.kalau ikut logik.dah jenjalan jejauh.rugilah kau kalau tak singgah jenjalan.naif sangat la kau ecah.

iye.tapi bukan aku sorang yang tak terfikir ok.susu pun tak terfikir.so i'm not alone bebeh.

melaka panas lah.melaka memang panas eh? hahaha.ini dinamakan statement mintak penampor dari masyarakat melaka ok.hahaha.disebabkan terlalu panas.maka buah tangan yang aku beli dari melaka hanyalah spek mata hitam.hahaha.gedik tak akhak? hahaha.

dah jenjalan bandar hilir.kami ke dataran pahlawan.jalan kaki je tau.tu yang best melaka ni.dekat dekat je.tapi yang tak bestnya aku la.pakai kasut tinggi berskirt pakai.sungguh salah dress code.

suatu masa dulu.aku pegi dataran pahlawan ni.dia macam padang kan? padang hijau nan luas kan? tapi ni dah jadi shopping mall ye? hurm.tak best,

kami pun masuk lah shopping mall dataran pahlawan tu.niat asal nak g mahkota parade.alahaiii.kat somban pun adalah mahkota parade tuu.

bab makan.niat asal nak makan dominos.sebab susu ada kupon.ni satu entah hape hape.kalau dah jenjalan melaka.suppose pegi lah tempat makanan yang fofular yang umph! yang best gila lah kan.ni ada ke dominos.hello ecah.kajang ada dominos.

tapi malang.dominos tiada di dataran pahlawan mall.so ganti dengan a&w.masa ni dah nampak a&w terus cakap kat su yang dia ada makanan 'dog..dog ..dog..' terus su terkejut dan lantas cakap 'hah! dog?'

dah ingat hanjing pulak kan.hahaha.sekali bukan dog dogg ye ecah.tiada langsung nama menu dog.hanya ada connie beef o ciken.akmaklumlah.pesyen aku ni.dalam fikiran terfikir lain.alam nyata fikiran lain.ish ish ish.

citer kat faja pasal melaka.faja marah.dia kata awat tak rasa coconut shake.1 kesalahan ok.kesalahan.dan tengah aku berjimba sakan.si gendut mesej.dah dia boo kan aku sebab tatau apa yang best tentang melaka dan tanya aku balik kenapa tak tanya dia.pui! sukahati ai lah! 

jadi secara keseluruhannya.aku suka melaka! aku tak sangka melaka sangat best! dan aku bagitau semuaa orang yang melaka best! so aktiviti membujang boleh dilakukan dimelaka kelak ye? hahahaha.


dalam dua hari aku menjerit menceritakan keseronokan melaka.sampai naik bernanah berdarah telinga adik aku uyun dan mak aku dengar aku bercerita dan bercakap yang:


mak! melaka best mak!
mak! bulan 12 nanti komfem semua orang nak pegi melaka mak!
mak! jom pegi jalan jalan nak? jom pegi melaka!

banyak lagi tempat aku tak pergi.bergambor dengan replika kereta api pun tak.aish! rugii rugiii

dan yang pasti aku akan ke jonker walk bukan waktu siang.hoyeah.huhu.memalukan kan.dan menjelang bulan disember nanti.sedara aku kawin dengan orang melaka.dan ape yang pasti.aku akan ke melaka lagi.tapi bukan dengan skrit dan kasut tinggi.kali ni kita tukar! hahahaha eh macam familiar je ayat?


saya suka melaka.melaka besh!
xoxo.nanito!

Mar 10, 2013

Wedding Shuhadah 130309


Assalammualaikum! 

halu halu.semalam 9hb 3 2013.kawan aku sesama sekolah kat smk jalan bukit (hill street.eceh!) shuhadah selamat melangsungkan majlis resepsi beliau.wahhhh.bestnyeee kawin kawinn.hahaha

over.

majlis resepsi shuhadah bertempat di dewan serbaguna ( tak silap) taman bukit mewah, kajang.majlis dia sekali dengan abang dia.depa ni 2 beradik je.sekali harung terus.huhu meriah! 

aceli memula aku habaq kat semuaa orang.aku tak pi kenduri beliau.sebab nak ke ipoh.kenduri kawin abang faraha.tapi last minit tak dapat pi.sedey hati gue.rasa bersalah jugak.tapi tak apelah.nanti kenduri faraha ai pegi.hehe

so inilah pasangan pengantinnya.baju ungu abang dia.baju oren dia.


cantikkan? cantik dan meriah.shuhadah ni brutal orangnya.orang brutal kawin dulu.jodoh tidak mengenal sesiapa nama dia.haha.tibee. 

memula aku pegi dengan hani.sebab hani adalah pengapit adah.so aku dengan baik hatinya temankan lah hani pegi umah adah before jam 12 tengah hari.tapi! tapi aku tak leh lama.jam 12 lebih tu aku kena ke semenyih.amik akak aku.oh well.driver berjaya memang gini kerjanya.datang awal.dapat lah tengok adah make up.syok la kawin.dapat mekap macam retis.bhaha.

dengan berat hatinya aku tinggalkan hani.bila setel amik akak aku.aku pergi umah faja.datang ke dewan dengan faja.jam 1 lebih kitaorang datang.aku faja dengan mak faja.3 dara pingitan namanya.ewah kaw.haha.pegi rumah faja.tumpang gosok tudung.tudung dah macam belacan kata faja.faja pening je tengok aku tak terurus.hehehe. =P

sampai dewan.masa tengah carik parking.dari jauh aku nampak seorang gadis berbaju biru bawak hadiah bersama seseorang bertudung pink.dan mereka berdua ialahh...

nonol dan nazihah.



amboih nonol.bukan kemain gambo.haha.baju biru tu nonol.cikgu nonol.haha.nama dia ainul mardiah.panggil nonol.dia nak tunggu posting dia.hari tu masa aku nak tengok citer hantu kak limah 2.nampak dia kat tgv.jadi orang yang tengok tiket pastu cakap. "enjoy your movieeee" haha.gelak gelak je masa tu.dia part time kat tgv.syok aaa.dapat tengok movie free.oh ya! dia single.promote2. =P

nazihah sekarang dah keje! keje as akauntan.kat mana? kat kajang jugak.dah berpunya dan bakal mengikut jejak faja tahun ini jugak.auww.bestnyeeee.oh ya.nazihah ada abang tak silap aku.hahaha. =P



ni baru betul betul tiga dara pingitan.yang tengah tu dah berpunya.yang kiri kanan tengan searching, scanning.haha.masa terjumpa tu.amboih.kecoh kemain.kat tengah tengah jalan tu borak borak.tak jumpa kerusi untuk duduk dah.haha.

masa ni la depa berdua ni tanya. 'pasni ecah laa..' aku blur.aku tanya. 'mana adaa lah' nonol cakap.' aku tengok ko bahagia je sekarang' aku blur episod dua.dan aku syak depa tak tau citer sebenar.

'woih.aku dah break la.hahaha.ape korang ni!' semua terdiam dan tuduh aku pentipu! how dare korang! 'dah la.dah break.dia cakap tak suka dah.tak ada hati.hahaha' then baru depa diam.hahaha sengal ah.pastu nonol cakap 'kurang ajar betul.' elek nonol.kunyah biskut dulu.aku ingat dah caya dah.pastu tak caya lagi! arghhh.aku punya yakinkan.last word aku.aku cakap.' ko nak tengok aku nangis kat sini ka.' hahaha baru la semua cakap 'ok2 caya2.' haha sengal! 

aah la.dah break dah.lama dah.orang tu cakap tak suka.tak ada hati dah.tak tau pulak aku yang kena announce kat khalayak ramai.huhu.inilah akibat ye bila tak inform.asik dok tanya je.argh.sakit kepala.semua tak caya.then aku sendiri pun lagilah tak percaya.haha.tapi kenalah caya ye.

ok ok.teruskan bercerita.

nonol masih sama seperti dulu.banyak citer.memacam dia citer.citer citer citer.pastu gelak.kecoh meja tu.tak senonoh anak anak dara ini.terpukau doh tengok nonol bercerita.haha.pastu kaji selidik nazihah.amboih.sonyap sonyap je yo! nasib aku tau awal.2 3 bulan sebelum majlis.hahaha.bestnya! jelesnyaa! haha



dah makan.kami pi candy booth.masa ni pengantin tengah makan beradab.frust weolls.sebab tak pek amik gambo dengan pengantin.harapan nonol untuk bergambo dengan 'the pengantins' punah! so nak ubati.kita pi makan gegula.cokelat.haha.

masa ni la tulis ucapan tahniah buat pengantin.ucapan boring aku. 'semoga bahagia till jannah' haha.ayat tu je guna.nampak sungguh tak kreatif.

dah habis bergambo dekat dalam dewan.kita sambung kat luar dewan.haha.tak senonoh.berlatar belakang kan padang.padang ke? ok mini padang la.haha ada rumput sikit sikit tu.padang la kan.haha =P

kemain posing.haha.biasalah.pompuan jumpa kamera ada ke yang tak suka? haha.









selebet kan aku.tak terurus! kerudung pun senget.eceh.kerudung.hakhak.geli je ayat.aku dah nampak gemuk ke? nape aku rasa muka aku dah gemuk? ke tu ilusi je? ilusi je tu.mustahil dah gemuk.sehari dua tiga kali aku turun ke production.jalan berkilo kilo meter jauhnya.aku rasa untuk next bergambo.aku kena besarkan sikit mata aku lah.tak ada la layu macam nak mintak penampor bangun pagi.haha 

balik tu aku terus on fesbuk.mohon faja and nonol upload gambo.depa dua orang ni je yang ada henpon canggeh.haha.dan dukacita dimaklumkan oleh pihak nonol.gambo yang kami amik guna tab dia.semuaaaa tak save! aaaargh.guna camera 360.amik tak save dulu.terbuang gitu saje.aaaaaaa menjerit aku.hahaha.so gamba yang berjaya diselamatkan.ada 2 keping je gambo aku.sob sob.sedey hati gue.penat posing like a model.hik.balik tu dapat bakul.bukan kotak yang aku tolong buat tu.nyesal tak amik kotak.dapatlah kenangan ai tolong dia.hehe.lupa lah.short term memory kan.susahh.

kepada shuhadah dan partner.semoga berbahagia hingga ke syurga.ahahaha.ucapan yang sama jugak.hampeh punya ecah.ok nak upgrade sikit.semoga ape ye.semoga sabar dan tolak ansur dalam melayari kehidupan berumah tangga.eceh.ucapan.tak menahan. =P

kepada nonol dan aku.keep searching and scanning ye.bhahaha! 

happy sunday! ai tak suka sunday.aaaa.esok kejeee. T-T

ok

xoxo! =D

Feb 14, 2013

Wedding Nida 130202


Assalammualaikum.

ini kisah 2 weeks ago.aku kelewatan ya amat menceritakan kisah hari bahagia my housemate classmate.hasnida hamdan.hehe.

okay.hari terakhir perjumpaan pelajar semester 7 (masa tu).kad kawin hasnida hamdan diedarkan.okay okay.aku panggil dia nida ok.ehem.nida.kad aku lewat sikit! lewat beberapa minit.sebab tiba tiba carik nama aku dalam beg kad dia.tak ada.aku frust! hehe.konon je frust.aku syak kad tu malu nak jumpa tuan baru dia.tu la pasal nyorok nyorok pulak kan.hehe

kad nida comel.simple yet elegan.keke.dan dan je aku ni.dan aku menjadi terkulat kulat 5 saat bila baca kad nida.why baby why!? 

ecah dan partner?

menangis ai.siapakah yang layak jadi partner aku? amboih.ayat..haha.sedih oo.kita tak ada partner.ina dah terkekeh kekeh gelak dah.haha.hampeh ina! terus aku cakap kat dia.dia secara paksa! kena jadi partner aku pada hari kejadian!! 


Actually aku dah janji dengan ina.yang nak ikut dia pergi majlis kawan dia.sebenarnya kan.aku tak kenal pun kawan dia.farah.kan? ai will edit balik lah if salah.hehe. =P Sooo TAK malu kan? haha.dah la tak kenal.selamba je pergi majlis orang.aku pun..aish.no komen.tapi best.dapat kawan baru! dapat rasa suasana bertunang! heee. =P

ok sambung.so! pada hari kejadian.4 februari 2013.aku naik kereta dan park di ktm kajang.then dengan menggunakan ktm.aku menuju ke sungai gadut.rumah kawan ina kat nilai.jangan tanya kenapa aku tak drop kat nilai.sebab aku syak ina tak tau ke ktm nilai.hahaha! 


kami bergambar bersama pelamin.mana si petunang? petunang mana petunang? bukan yang tengah tu ye.yang tengah tu cik susu.syok sendiri je nak pegang bunga tu. =P jap.aku rasa petunang tu kot yang amik gambar ni.hahaha.hampeh je.ini dinamakan sesi bergambar dengan pelamin ok.

kira kira jam 12 lebih kami keluar dari nilai.atas atas sebab tertentu.susu tak pek ikut kami ke majlis nida.alamak! gambar hadiah kawin kitaorang..lupa nak amik buat kenang kenangan.oh ya.hutang haris.jangan lupa ecah, ina dan su.hahaha.

ke majlis nida.kami sesat. T-T berjam jam sesat.so rasanya dalam jam 3 baru sampai.ramai kawan kawan kami yang sesat.perempuan kebanyakkannya. T-T elehhh..normal la tu kan? 


masa ni tengah makan, haaa..cantikkan nida? gojes betul! ni membuatkan semangat kami semua membara bara nak kawin.hahaha! kami tak sempat lah tengok dia bersanding.tak apelah.janji dapat jumpa jugak! terima kasih kepada yna macaspac.sebab gigih gila tunggu kitaorang.terharu weolls.

nida selamat menjadi isteri kepada tarmizi azmin pada 3 februari 2013.tarmizi ataupun miji ni pun kawan aku jugak! kawan masa diploma dulu.haa...dorang ni bercinta sedari diploma lah.best kan! bercinta bercinta dan bercinta akhirnya sampai ke jenjang pelamin.hehehe.kuat jodoh mereka ni! 




gang gang sesat kecuali haris bergambar bersama sama.nasib ada jugak saki baki yang tak datang lagi.dapatlah kita bergambar dipelamin bersama sama pengantin.suka gambar ni.walaupun tak ramai.sebab ramai dah balik. T-T tapi masih terpancar kehepian masing masing.kekeke.1 happy famili at home.



gambar penuh kontroversi ina dan ayu.aku mesti gelak tengok gambar ni.why ha? jawapannya..fikir fikirlah.hahaha










masa ni semua berlumba lumba nak bergambar dengan props "me next" doakan la ye semua.me next! me next! me next! HAHAHAH! aminn! 




masa ni crowd dah tak ramai tau.aku rasa adalah dalam setengah jam jugaklah kami bergambar dengan props depan pintu gerbang ni.kalah bergambar dengan pengantin! hahaha.memang semua props tu kami yang punyalah.ada budak amik yang mana ntah.gigih pergi mintak balik.jahat tak? taksub gila dengan props props ni.hahaha.



majlis resepsi nida bersama sama dengan kakak dia.kak fizah.dua dua cantik! aaaaa.ni menambahkan semangat berkahwin 2 kali ganda! terbukti semangat berkahwin sangat dipengaruhi kecantikan fizikal ketika majlis sahaja.sungguh tidak memandang ke hadapan!




ni trend bergambar dengan pengantin nama dia.semua berebut bergambar dengan nida.hehe.mestilah.amik berkat jugakk.kekeke





so entri ini berakhir dengan gambar menggeletis kami bertiga.faraha, jijah dan aku.pah mana pah! ini yang mendatangkan murka ni.bila sorang tercicir entah ke mana! stress! ni lah geng rambutan dulu.hahaha.geli je nama kan? aku pun tak tau cemana nama tu boleh wujud.aigoOo.biasalah.zaman muda muda.mana kesah nama pelik pelik tu.hahaha

serius seronok pergi kenduri kawin kawan kawan kita ni.aku rasa macam nak turut serta kawin jugak! hahaha.berbunga bunga gitu kau.happy jumpa kawan kawan.happy tengok pengantin.muka pengantin pun hepi berseri seri.haha.

kepada nida aka nidot dan miji! semoga berbahagia hingga ke syurga! dan segeralah menimang cahaya mata.hahaha.selalunya yang eksited bab bab anak ni.tetamu je.pengantin pulak yang tersipu sipu malu.hahahaha. =D

weolss will follow u sooonnn~~ amin! 

p/s: jangan salah faham.aku naik ktm bukan dengan kain meleret leret tu ye.aku pakai seluar.huhu.pastu tukar kat toilet.kekeke.takkan la nak meleret leret macam tu kan.malu la.haha.oh ya.ramai tanya aku baju tu beli kat mana.aku beli kat mazlianulmaznan. baju dia sungguh gojes! baju tu lama gila dah.ikat perut nak beli.memula dapat tak muat ko tau.cuaks gila.ni kali pertama aku pakai secara rasminya.terkejut sudah muat! oh maiii. =O kekeke.

xoxo!
=D

Jan 25, 2013

Mini rewang

Assalammualaikum.

minggu lepas.hari ahad.ada temujanji dengan hani.hani kawan sekolah dan kawan sekerja meden jugak.bahaha.temujanji untuk pergi berewang.kawan sekolah kami.shuhadah nak kawin sudah.so kami nak pergi menabur bakti lah kan.tolong dia.supaya jasa dikenang.ewah.hehe

sampai depan rumah hani.kedit habis.dan dan kedit habis.sepoil betul laa.sejak kebelakangan ni asik berhutang dengan maxis.aku sendiri pelik.mana entah perginya kedit aku.bukan aku mesej dengan orang sangat pun.hani dah sampai.mak oi.putih melepak bedaknya oi! kakaka.aku dah gelak gelak dah.siap ber-lip ice lagi.siap berhand bag lagi.macam ni kot gaya orang dah bekerja.kan hani? =P

hani macam aku jugak.sama sama kalut.haha.tapi hari tersebut bukti dia lagi kalut dari aku.hahaha.ke aku dah improve? hahaha.yes! masa nak pergi rumah shuhadah.aku terlepas simpang pertama.terus hani.jadi kalut betei.

eh ecah! awak salah simpang!!

aku dah gelak gelak dah.untuk orang yang pro jalan short cut kat kajang.don pandang rendah pada ai la.hahaha.tapi hanya dikawasan taman sendiri je la.haha

aku: depan pun boleh la wakkk...
hani: eh aah la.hahaha.
aku: yayyy! awak lagi teruk dari kita.yahoo.

Adah nak kawin.so tolong dia siapkan barang barang goodie bag dia, hantarans dia.konon nak belajar macam macam la.buat bunga ke, buat reben ke, mintak tips ke.eh? baik tak kawan macam ni? baik kan.hehe so inilah dinamakan mini rewang!



so kami tolong dia siapkan goodie bag dia.bukan 'bag' actually.tapi nama dia.goodie box.haha.sukahati aku je.sebab untuk tetamu.adah bagi dalam box.dia ada 2 jenis.lelaki dan perempuan.lain tau.untuk tetamu perempuan dapat bakul.untuk tetamu lelaki dapat box.so kiranya kami siapkan goodie box untuk tetamu lelaki.Adah cakap kalau nak dapat box.bawaklah lelaki.sedara ke.jiran ke.kawan ke.pakwe ke.

okay.adah mengamalkan DIY.semua DIY.dari bunga tangan sampailah jahit sulam kat baju.tapi mak dia lah yang buat.kekeke.dia tolong jugak.tapi tak semua lah.macam sulam kat baju tu.memang mak dia lah.kalau dia buat.hancur baju tu nanti katanya.



tema dia warna oyen.so goodie box ni pun ada oyen.kami berdua tolong masukkan coklat..ada tiga jenis coklat kat dalam kotak tu.dengan nisbah 2:1:2 so jumlah coklat dalam kotak itu adalah lima.untuk bukan peminat coklat macam aku ni.pandang pun tak ada feeling.kerja hani adalah masukkan coklat dalam kotak kecik tu.sungguh productive kerja hani.haha.nak kejar target katanya.amboihh.



so kerja aku gam kan penjuru kotak yang dah isi coklat tu.dan tutup dengan penutup dan masukkan ke dalam kotak besar.begitulah citer kojenyer.percaya atau tidak.kotak kecik kecik ni.adah and famili yang buat sendiri decorationnya.gigih kan dia? macam aku cakap sebelum ni lah.semua DIY.persiapan dah lama dah.dan dia nasihat.tak payah buat decoration macam ni.sebab sure pengsan.dan dia suggest buat benda lain.haha.



ini hani.she's taken.kekeke.bekerja sebagai editor dekat cerdik publication kot.entah.lupa.hehe.dia tenang jugak.aku selalu refer dia jugak kalau ada masalah.hehe.hani adalah pengapit Adah masa hari kejadian.dia berpengalaman menjadi pengapit.masuk kenduri Adah.adalah pengalaman kedua dia.dia kata best jadi pengapit.sebab lepas majlis ramai orang merisik kabar pasal pengapit.kekekeke.perasan la yu ni! hahaha.

so aku berkira kira.bila turn aku nanti.aku nak buat interview.sape berpengalaman jadi pengapit.baru qualified.haha.over kan? ini semua poyo la ecah! hahaha

kadang kadang aku rasa hani macam siti nurhalija pulak perwatakan dia.ewah.lagi macam siapa eh? lupa sudah.statement macam siti nurhalija tu kawan aku dari sekolah pulak kan.hahaha.dia ada ajar tuisyen.dia ajar darjah 2, 4 dan tingkatan 3.aku terus

woah.tingkatan 3?? i loike~.haha terbeliak terus mata aku.

so macam macam la dia citer pengalaman jadi cikgu dia.so ada satu tu.dia tanya budak darjah 4.oh ya.sebelum tu.pusat tuisyen ni ramai lelaki katanya.so dia ada tanya student dia.

hani: semua suka tak subjek sains??
murid murid: sukaaa
hani: kenapa suka??
murid murid: sebab cikgu cantikkkkkk

aku yakin hani terus kembang bermangkuk mangkuk.sebab syok je dia citer.hahaha dan sebab tu keazaman untuk mengajar menjadi lebih bersemangat bangat.lebih lebih lagi kepada murid murid tahun empat.hahaha.

yang syioknya menolong ni.kami dapat makan jugak! mak adah rajin masak macam macam.so kami disajikan rojak buah.serius sedap gilers rojak buah tu.masa ni.production berkurang.sebab kerja menjadi kurang productive.sebab masa ni 80% makan 20% kerja.lepas makan rojak.disajikan ais kerim oreo pulak.aish.serius sangat sedap! semua sedap! ni yang rasa nak datang next week lagi ni.hahaha.teruk betei.

sepanjang menolong Adah.macam macam isu kami ketengahkan.ewah.dia ada la citer kat aku cemana dia kenal dengan bakal suami dia suma.dan aku terus tanya soalan.contoh.

"Dalam tempoh 6 bulan kenal masa kursus tu? ada apa apa hubungan istimewa tak?"

amboih soalan.sungguh paparazi la iolls ni.hahaha.aku pun geli dengan soalan aku tanya.euw.

Adah pesan untuk carik suami yang ada agama.yang boleh imamkan kita.cukup sembahyang especially.jangan main rupa je.rupa tak menjamin kekuatan agama seseorang.rockers pun cukup sembahyang pe.carik seseorang yang serius tentang hidupnya.bukan yang tau nak enjoice je.tak ada matlamat hidup.

ingat itu ecah! kami berdua beria sama sama angguk kepala.betul betul betull.



mak adah sempat tanya aku bila.hani terlepas soalan cepumas ni.sebab pergi solat.so aku just jawab..

"Coming soon.ewah.hehe"

jawapan selamat untuk soalan tak berapa nak selamat.membanggakan.kami siapkan 5 kotak dari 7 kotak.betul kan 5? ok kalau tak betul ai will edit balik lah dis part.hahaha.

so balik tu.mintak hani teman ai pi meden jap.belikan baju sekolah syira.syira? ai pening dengan adik bongsu aku ni.aiiii.pening sampai rasa tak nak kawin.sebab pening.hahaha.boleh tak macam tu? so kami sempatlah tanya tanya kabar kawan kawan meden dulu.sebelum tu dah citer dulu.ketabahan kami kerja kat meden untuk 4 bulan.so boleh la cakap yang kami ni tahan tekanan.ewah! buat kesimpulan diri sendiri pulok.

pastu balik hantar hani depan rumah.hani menolak.

hani: eh tak ape.leh tepi je.nanti tak payah susah awak nak pusing.
aku : pusing? pusing mana? nanti kita lalu la kat tengah tu je la.boleh lalu kan?
hani: eh.aah laaa.hahaha
aku: eish awak ni...aiii.pening laa awak ni.penin penin penin!hahahaha.
hani: ala kita ingat tak nak susahkan je.
aku: hahahaha.pening la! pening! pening! hahahaha.

dan aku berjaya hantar dia betul betul depan gate rumah dia.lawak gila ok.ahad ni pergi lagi aktiviti mini rewang ni.Insya Allah.adah kawin 9hb3 so kehadiran aku jadi 50:50 sebab abang faraha pun kawin during that time.maybe aku pulang ke ipoh la kot.sebab dah berjanji dulu.so kalau tak datang wedding adah ni.kita tinggalkan hasil kerja pun.owrait jugok.kan?

tiada ape yang lebih bahagia bila tahu yang hani lebih kalut dari aku.serius.ini mendatangkan bahagia.hahaha.




bergambar bersama bakal pengantin.which is Syuhadah.yang tengah tu Adah.selamat pengantin baru in advance.hani will follow you soon.kekeke.sukahati aku je.

xoxo.