Pages

Showing posts with label perasaan serius.. Show all posts
Showing posts with label perasaan serius.. Show all posts

Dec 19, 2014

tentang hati

ada satu keadaan. ko terpaksa berpura pura. padahal ko terasa gila. gila gila. ko terpaksa berpura pura semua ok. kau terpaksa bodohkan diri untuk pura pura tak terasa hati. padahal. hati kau tuhan je yang tahu.

betullah. sabar manusia tu luas. ada tahap jugak. macam limit. contoh halaju forklift dalam bangunan tak lebih 50km/jam.

aku rasa lah. kena selak nota balik nanti.

kalau lebih halaju. kena kaunseling atau warning letter.

makan pun ada limit. sampai kau kenyang. tapi ni tak elok. sebab nabi pesan suh benti sebelum kenyang. apa apa ada limitlah. ada jangka masa.

sama lah limit menunggu. limit bersabar.

bila tiba masa tu. jangan tanya kenapa aku tak lalu nak pandang muka ko.

masa tu maksudnya fasa fedap dah bagi salam.

so

babai.

Aug 3, 2014

pernah tak terfikir yang..kadang kadang kau buat baik kat orang.tapi orang tak rasa tu adalah satu kebaikan. orang rasa tu kebiasaan yang kau kena buat untuk dorang?
 
betul. ada satu kata kata entah mana tak ingat. dia cakap jangan ingat kebaikan yang kita buat kat orang. ingat kebaikan orang buat kat kita. lebih kurang ni la kot.
 
tapi sampai satu keadaan.aku rasa aku kena ingatkan kebaikan yang pernah aku buat kat sipolan. nampak macam tiada keikhlasan disitu. okay sama konsep macam ni la.
 
kawan ko nak pinjam duit kat ko. dia janji dia akan bayar secepat mungkin. dapat gaji terus bayar. ko bagi pinjam. sampai satu ketika. ketika musim gaji lah maksudnya. tak ada kabar dari kawan ko. tapi kabar dari status fb atau dia mungkin tak sengaja tercerita dengan tagline. 'bapok rambang mata kat keyelfestival ni weyy.' contoh. atau bila ko tanya tru wasap. wei ko kat mana? dia balas. aku kat jalan tar. shopping weh. ko dah shopping raya lom?
 
akward moment adalah ko nak jawab pertanyaan tu sedangkan kat dalam fikiran ko jugak tertanya tanya. eh? duit aku....
 
duit aku ko nak bayar bila? ha ni dialog kat dalam hati. kat dalam mulut tapi tak ada bunyi yang macam kat atas tu.
 
benda ni berlanjutan. dengan kau dah masuk duit hasil pembayaran hutang dri sipolan dalam akaun duit ko. tapi jadi tertangguh atau status pembayaran tu asik bring foward. benda ni otomatik akan kacau bajet bulanan ko. last last ko yang kena bagi hint malu malu kucing belapis lapis konon tak nak si polan ni sentap. sebab ko bukan orang yang jenis wei bila ko nak bayar hutang aku. tapi malanggg. dia tak faham langsung hint malu malu kucing ko tu.
 
haih.
 
bila pertanyaan ni ditahan tahan. keikhlasan jadi tergantung. status dah jadi anon. anon status. pahala aku yang meminjamkan ko duit dengan ikhlas diawalnya pun aku tak tau status dia.
 
dalam masalah peminjaman duit. aku tak percaya orang akan bayar duit aku. aku rela pinjam duit dari bagi pinjam. sebab aku percaya diri aku. aku tak percaya kat orang. kalau lah terdesak sangat orang tu. aku bagi pinjam. tapi manipulasikan ayat pinjam dia kepada amik terus. so aku tak bengkak hati sesorang bila dia tak bayar.
 
sama la dengan kebaikan yang ko buat. bila ko buat baik kat sipolan. lalu lama kelamaan dia tak rasa itu kabaikan. itu mungkin dia rasa sifat semulajadi ko pada semua orang. kebiasaan kau. dia tak alert. lalu balas kebaikan ko dengan membuat tahi pada ko.
 
ni konsep kaduk naik junjung ke bagi betis nak peha. aku pun tak faham. maaf kalau penggunaan peribahasa yang salah. almaklumlah. dah lama tak baca buku peribahasa.
 
kalau macam ni aku stress jugak. dengan pertolongan aku dah bagi. ko buat taik. pastu nampak aku dengan muka aku yang buat salah kat kau. kau tak angin ke jumpa orang macam tu.
 
ni satu hal. ada hal lain yang tak alert langsung.dimana dia tak buat taik kat ko. tapi dia just neutralkan kebaikan ko. maybe dia tak sedar tu adalah kebaikan kot. macam aku cakap sebelum ni.kebaikan yang kebiasaan. benda tu biasa je bagi dia.benda yang orang lain selalu buat untuk dia. benda yang ko perlu buat untuk dia. 
 
alah kadang kadang kita tak leh harapkan orang yang kita buat baik tu yang balas kebaikan kita. iye betul. aku tak pernah harap orang tu balas kebaikan aku. at least kau berkelakuan baik la. 
 
bila dah macam ni. sama la macam hal pinjam duit, status kebaikan dah jadi anon. bengkak hati memang bengkak. tapi terpaksa buat tak tau je. penyeksaan dalaman betul. masa ni kena muhasabah diri banyak banyak. cakap insyaallah ada orang lain yang balas kebaikan ini. dan tahi yang dibalas oleh sipolan itu akan dibalas tahi kepada beliau.
 
bila dah membebel ni. aku pun tak tau nak letak tajuk ape. mungkin anon status.
 
okay sambung nanti. chiao!

Aug 2, 2014

Haters

memula aku berniat nak post entri pasal raya aku. tapi aku tangguhkan dulu. sebab aku tak ada idea nak berceloteh pasal raya. huhu.
 
sebab terlalu banyak untuk diceritakan. ewah! huhu
 
oh berkaitan dengan tajuk.
 
mesti ada yang macam eiii ecah tu bapok poyo gila nak perasan dia ada haters. pui!.
 
so korang ada haters? haha.
 
hahaha. weh aku tak tipu la. haters ni bukan nak tunggu ko jadi retis atau blogger tau. anytime je boleh dapat. masalahnya. yang aku mushkil. manusia yang buat hal sendiri yang ada manusia lain tak sedar kewujudan dia pun ada haters.
 
maybe nak wujudkan kelompok ni bukan nak tunggu ko sibuk hal orang lain jugak rasanya. hmmm.
 
so apa yang aku nak cakap kepada sipolan dan sipolan.
 
aku sangatlah tak kisah apa yang dia fikirkan atau sampaikan kat orang. bila aku dengar. aku just gelak. dan wateva je kan. entah. aku terlalu banyak benda lain nak fikir yang mana lebih serius dan lebih berkualiti untuk difikirkan means ada imbuhan bila berfikir tentang yang hal selain hal haters ni. so aku tak ada masa. tak ada masa nak fikirkan apa yang orang fikir tentang hal aku dan bercerita tentang aku.
 
tapi kadang kadang bengang jugak la. rasa nak tumbuk muka sipolan tu. tapi setakat ni hati kering aku masih berbisa lagi. so lantak kau lah wey.
 
aku kadang kadang blur atau sikap tak fikirkan sangat ni buat orang bengang. macam. kena sindir. aku tak sedar pun benda tu satu sindiran yang sinis. so aku just gelak dengan muka yang tak ada perasaan padahal tak faham. kena marah pun aku tak rasa kena marah. tak tau la ni positif sangat atau jenis yang terima seadaanya dengan positif gila babeng. tapi lama kemudian aku sedar. dia marah aku ke tadi?
 
so bila cerita pasal haters ni. aku rasa macam. eh kau tengah bercerita tentang aku ke sekarang ni?
 
percayalah. banyak mana kau cerita. selagi tak sampai kat telinga aku. jangan harap la aku nak amik port. tapi bila dah sampai kat telinga aku. aku tapis jugak. kalau rasa tu macam standed kisah monyet monyet ni. lagila aku malas. masuk tong sampah terus. dah jadi reject punya barang. sebab hal yang tak ada kualiti hidup.
 
almaklumlah. saya popular dengan gelaran hati kering. tiada perasaan.
 
cuma kadang kadang bila aku stress keje dan aku rasa naik menyampah tengok muka dorang yang sinis tu. pandangan sinis dorang. terdetik la satu perkataan dalam hati.
 
'aku tak tau apa korang bercerita tentang aku. tapi sekiranya cerita yang korang dengar/cerita tu tak betul.aku takkan maafkan korang sampai bila bila'
 
mira cakap aku menakutkan.
 
gudnite.

























Feb 21, 2012

kejutan sehari sebelum result keluar.


ni jadual kelas aku untuk next sem.mantap kan?dah macam jadual berkala unsur kan? 

SPEECHLESS! 

huaaaaa! kenapa aku harus harungi sem sem yang padat macam belacan setiap sem.lepas jadual ni dipost.pemberontakan secara rahsia berlaku ditwitter.macam macam perasaan yang ada.hari tu dari dafta 6 subjek.jadi 7 subjek.terkejut ko jah! memang kos aku selalu buat kejutan.ni kejutan sehari sebelum result kua.mantap kan?

ada subjek biologi? duhh..
env kimia? adududuhhh...

baca tweet kawan kawan aku.semua tak tau nak cakap apa.haha nasik sudah menjadi bubur.menjadi taik.hahaha.kawan kawan kat fb pun semua tak boleh cakap apa.pasrah.redha.ah no komen.memang kena kuat semangat! budak pandai pun fikir nak quit.teruknya lahai kami ni.

ok aku amik kos.environmental health and safety.nak gelak sambil nangis.

STRESS! 
malas nak pk.tengok running man lagi best! hahahah *manusiatiadaperasaan*