Pages

Jun 29, 2012

entri cilok










"...But perhaps you hate a thing and it is good for you; and perhaps you love a thing and it is bad for you. And Allah Knows, while you know not."
[ 2 : 216 ]

Entry ni aku cilok dari blog isteri ally iskandar.Farah Lee. Aku suka melawat blog dia sebab blog dia bagi aku menenangkan.Sebab kata kata dia penuh motivasi.untuk orang orang macam aku yang selalu hilang arah.eceh.tu yang kena selalu jenguk blog yang membangkit semangat.blog dia banyak mengajar aku untuk menjadi lebih positif dalam hidup ini.InsyaAllah.Jenguk la blog dia.sangat best! =)

Jun 24, 2012

study week

Assalammualaikum.

okay hari ni dah mula dah study week untuk pelajar degree UiTM.yayyy! semester ni parah.parah separah parahnya.haha.over pulakk.sebabkan dapat hadiah cuti hari tu.jadi sebagai galang gantinya study week dari one week akhirnya jadi empat hari sajew.

kalau ikutkan tak ada la parah sangat lew.sebab kalau ada study week pon aku bukan study sebaiknya seminggu tu.huhu berjimba dulu.dua tiga hari nak study baru bukak notes.tapi ye.harus diingatkan disini.semester lepas tak adalah disaster macam semester ni.hamek ko.disaster terus aku guna.haha.

semester lepas tak se-disaster semester ni sebab kita ada cuti study week seminggu.yayy! tapi tu tak penting sangat.tapi penting sikit kot.sebab bila ada cuti study week seminggu.segala macam assignment akan settle sebelum seminggu tu.tapi kali ni study week empat hari.okay fine la.aku tak balik rumah la.jenguk mak ayah mintak restu ayah bonda tapi mesej dan call je la yang mampu.wuwuwu.

okay sambung.

okay yang buatkan semester ni lagi disaster disaat saat semua program dah habis kelas.dah habis hantar assignment.kami sekelas berhempas pulak siapkan assignment.minggu sebelum tu hempas pulak study nak jawab exam.hempas pulas pun result tak cukup pulas.tu memang nasib otak lembab tahap 8 la kot aku ni.biasalah untuk orang buat kerja last minit macam aku ni.walaupun dah diberi masa satu semester untuk siapkan lab report.tapi minggu terakhir tu jugaklah yang jadi pilihan kan.bukan setakat lab report.banyak lagi lah.bermacam macam report kena buat.biasalah bila dah jadi akak senior kan? eh tak.next semester baru jadi akak senior.hari jumaat lepas semua benda setel akhirnyaa.bagi meraikan hari tersebut.ramai la pergi keluar makan termasuk aku.tapi dorang makan best best sikit.aku makan mihun jew sambil lepak tengok tooth fairy sambil kunyah keropok jew.thank god sebab semua dah selesai cuma nak setelkan final exam je ni.

bercakap tentang final exam.aku mempunyai jadual yang sangat urghhh.mau pengsan wow! aduh.kenapa aku harus melalui tiga paper berderet lagi niii.. =(

first paper aku adalah paper Health Psychology bertarikh 28hb iaitu pada khamis ini.
second paper adalah paper Toxicology.bertarikh 30hb iaitu pada hari sabtu depan
dan bermulalah waktu waktu penyeksaan bagiku
Lab Technique = 3hb 7(selasa)
Housing =4hb7 (rabu)
Environmental Health and Safety = 5hb7 (khamis)

dan paper terakhir adalahhhhh *drum rolls*

Applied Ecology=7hb7 huah! paper ni tengok nama je macam senang.tapi susah gak kalau tak buat betul betul.

jadi saya akan sentiasa mengenang dengan baik nye setiap kenangan pada semester 6 ini.termasuk windy house ke? Secara konklusinya.semester ini sangat mencabar.kalau tak kuat iman boleh gila.haha okay part tu over.tak adalah.saat saat sukar yang aku alami semester ni.aku just anggap cabaran je.memang la ada masa masa aku mengeluh.mengomel.mengarut macam macam kat twitter.tapi at the end kita fikir balik la.anggap je ujian.ujian dalam menuntut ilmu.sebab risau kalau banyak merungut then tersalah merungut.dah jadi lain pulak.nanti gaya macam orang terpesong akidah pulak.hewhew.till then.doakan ye.semoga mendapat keputusan cemerlang untuk sem ni.aminnn. =)

p/s dengar kata.semester depan.semester 7 double disaster dia.huaaaaaa~ T-T

Jun 16, 2012

kawan baik saya tunang! =D


*gambar ni sungguh cool kan?*

Pada hari ahad 3hb 6 yang lalu.kawan baik saya dari zaman tadika telah melangsungkan majlis pertunangan beliau dengan jejaka pilihan hati beliau.ehehehe.okay mari kita panggil kawan saya ni.faja.faja tu bukan nama sebenar.saya yang reka masa tadika dulu.dan melekat la sampai usia kami 23 tahun.jodoh perkenalan kami sangat panjang.kalah usia perkenalan saya dengan pakwe saye.ehehe.gatal.ok sambung ye.ehem ehem.

Dalam gambar tu ada aisha ada gendot aka firdaus.tapi saya selesa panggil gendut.sebab dia poyo.eh ada kena mengena ke? yang tukang amik gambar ni sian dia.gambar dia tak de.haha.nak wat camnee.kata jurukameraa.kami berempat (campur jurukamera akmal faiz tolak aisha) kawan baik dari sekolah.sekolah jalan bukit yang awesome tuuu.hahah.faja sangat cintakan warna pink.jadi semua semua benda masa tunang dia.semua warna pink.saya merupakan salah seorang yang super duper eksited dengan pertunangan beliau.bila lah turn saya pulak yew? okay gatal.belajar tak habis lagi nak kawin.

oh ya.saya nak kongsi satu cerita.cerita lawak kot.

hari tu kitaorang yang gugurl ni berakap ops typo pulakk bercakap pasal kawin.lepas tu saya pun cakap.

"aku nak kawin bukan ape.tengok baju dorang cantik cantik.rasa nak pakai je macam tu.ahahaha"

lepas tu sorang kawan saya nama ju bersetuju dengan pendapat saya.

dan lepas tu sorang kawan saya nama husna cakap

"kalau macam tu elok la korang tak yah kawin"

lepas tu semua ketawa.ahahahaha.kitaorang ni macam budak budak la.

kepada faja.aku doakan semoga berbahagia dan cepat cepat la kawin.eksited nak tunggu majlis tunang tahun depan pulak.next year aku dah keje *insyaAllah* so lagi bestla kan! *ape motif*

p/s: ramai pulak tahun ni kawan kawan yang tunang plus kawin.tahniah ye!

tension i.




Assalammualaikum.

minggu ni sangat kejam.aku rasa sangat terseksa.terseksa jiwa raga.blergh.lepas berlangsungnya seminar minggu lepas.minggu ni kena menghadapi kerja kerja dan segala test yang mengejar disebabkan minggu minggu akhir kian mampir.eceh.

dan mula la bila emosi sendiri tak stabil.mula la mengarut mengarut dekat twitter.macam dah orang tak siuman rupanya.tapi kawan kawan.ape yang aku ngarutkan kat twitter tu bukan for real eh.hahaha.risau pulak edeng.minggu ni kita ada 3 test ye.3 test yang berderet.belum exam lagi dah feeling benda benda berderet ni.kita ada test housing.ecology dan lab technique.dan secara keseluruhannya apa yang aku boleh katakan ialah.aku pasrah.wuwuwuw.bukan hal test je.masa ni pulak assignment berlambakkan.sampai satu masa tak tau nak mula yang mana dulu.

nak makan pun gundah gelana.nak mandi pun fikir dua tiga kali nak mandi ke tak.aih.gila pengotor kau.tapi bab tido.hah tu tak boleh usik ya.haha tido is tido.tido berkualiti nak jugak ada.tal  tak padan dengan effort untuk test langsung! 

dalam kelas nak fokus kat satu subjek tu macam susah sangat sebab dok terfikir.eh yang ni tak study lagi.eh yang ni banyak nye kena study eh yang ni yang ni yang ni.adoi~

dan mintak maaf kat Mr F sebab saya tak berapa nak pay attention untuk 2 hari kelas beliau.wuwuwu.pay attention bila dia mulakan game atau magic show je.haaaa.ada magic show tau.don play play ha.haha.tagline untuk last week sangat ntah pape iaitu DIEDIEDIE.hahaha.cakap pun merapu je.

so next week ada 1 minggu lagi.yang sadisnya.bila semua orang macam dah habis kelas.nape kelas aku tak habis habis lagi? wuwuwuw.sampai jumaat ada kelas.wuwuwuw.minggu depan minggu last kenapa ada presentation lagiii.wuwuwuw.sadisnya hidup ini.

cepatlah berlalu semua semua penyeksaan mental ni.huhu aku rasa kawan kawan aku semua tak sabar nak cuti.sebab sem ni kehidupan kami sangat dasat! sem depan? no komenn.huhu

semoga saya sentiasa bersabar dengan dugaan ini! =D

"bila dilanda musibah hati tabah mula rebah.jangan biarkan dugaan rapuhkan pedoman hidup"

Jun 9, 2012

seminar.

Assalammualaikum. =)

naik cuti khas.sibuk dengan seminar environmental health and safety dengan temanya

"nurture nature for a better future" 

  
group kami menang best presentation tau! no 1.tq semua.terkejut! :')


 bidadari bidadari.ehehe






okay ni gambar hari pertama.yang lain semua hari kedua.



untuk seminar ni.dia 2 hari.kumpulan aku buat study water quality untuk chemical analysis.dia tak susah tapi leceh.leceh sebab kena running 20 parameter.bayangkan ada 2 tempat kena buat study.satu kat  agriculture and satu lagi kat mining area.setiap tempat tu ada 3 point kita amik.dan setiap 3 point tu kena running 20 parameter.so berhari hari berjam jam la duduk dalam lab siap ponteng kelas lagi.

dia bukan apa tau.bila dah duduk dalam lab.rasa nak cepat habis.rasa lapar tu kita tolak tepi.hari minggu semua orang tido kroh kroh kat rumah.kitaorang pagi pagi dah lepak kat lab.jadi bahan kimia yang berjaya dihidu sangatlah banyak balik teruk rasa sleepy seolah olah baru lepas amik ganja. *macamberpengalamanjeek*

paling tak boleh lupa masa buat boron.pergh! gila berbahaya! kitaorang boleh kagum bila asid mula bertindak balas.bila asap asap dia mula keluar.siap amik gamba lagi.padahal semua tu salah! salah! salah! bila ada senior datang.tengok kitaorang huaaa~huaaa~ sekali dia pun tumpang "huaaa~ kenapa korang tak buat kat kebuk wasapp~~" lepas tu dia mula bagitau itu ini itu ini lepas tu dia sedar yang aku pakai contact lens.dia tanya pakai google x.sebab nanti mata berdarah.terus rasa cuak.esok hari tu.cepat cepat mintak google untuk running water analysis ni.adeh.

bekerja dengan azi, ina bad and jibam sangat best.dorang tak pressure.ada semangat bantu membantu.contoh hari tu bad dengan rela hati nak tolong buatkan mana2 test yang aku ngan azi tak boleh buat dan dengan jahatnya kitaorang bagi yang susah.hahaha.bukan sekali.berkali kali.hahaha.

so aku harap untuk next sem.kita dapat bekerjasama sekali lagi untuk EIA.tq semua dan tahniah sebab kita berjaya dapat best presentation untuk hari tu! =D


Apr 12, 2012

alergik sepi.

salam!

aku diserang serangan kegatalan alergik.aku sendiri tak pasti yang aku ni ada alergik dengan apa apa makanan ke selain keladi.baru kini aku rasa yang betapa peritnya bila kegatalan ni berlaku.

actually aku dah alami simptom simptom kegatalan lepas balik family day kat Port Dickson hari tu.tapi masa tu macam biasa biasa je.still under control la.tapi malam tadi memang cannot go.aku nak tunggu hari siang.macam 1000 tahun lagi je.pastu kat kelas dah tak leh duduk diam.gatal sana sini.memang tensen jugak la.aku rasa encik hashim dengan encik izwan dah macam perasan je dengan ketidak-selesaan aku tu.huhu

dipendekkan cerita.konon nak carik farmasi kat sekitar puncak alam ni.beli ubat gatal.sekali farmasi yang kami tuju tu.tutup pulak.hadoi.masa ni pulak kau rajin nak tutup kedai.dah tak tahan ni.nak pergi klinik.nak dijadikan cerita.semua klinik kat shah alam 2 tu tutup.sangat bagus! wuwuwu memang menangis dalam hati je lew kan.

so aku dan ina menuju ke econsave.memang dah cukup bulat la jalan sepanjang puncak alam tu kami pusing.semata mata nak carik farmasi.kat econsave dah jumpa farmasi! tapi nak makan dulu.isi perut.sakit sakit pun kesihatan pelut perlu dijaga ya!

aku masih ingat lagi.hari selasa tersebut aku telah makan sambal ikan keli.atau ikan keli masak sambal? alah sama je la kan? haha.makan dengan lahapnya lah kan sebab nak kejar kelas cik meen jam 2 petang tu.bila dah habis makanan dengan lahapnya.tengok tangan.bengkak bengkak mula naik.ina pun dah cuak je tengok muka aku.memang super duper merah la wey!

untuk pertama kali dalam sejarah hidup aku mengalami masalah macam ni.cuak? memang tak boleh cakap apa la kan? aku ni dah la sangat gelabah dengan apa apa yang berlaku dalam diri aku.lagi lagi bab kesihatan ni.cuak habis la.

pergi klinik berdekatan.dokter suggest amik injection.konon takut la kan.pastu dengan bongkaknya kata tak payah.sampai rumah menyesal seribu tahun sebab bengkak lambat surut.memang diri ni tak punya sifat sabar kot.bajet baru makan ubat 2 biji terus baik.hampeh la kan.macam tak belajar je kat kelas CHRA,EHS,IHS,TOXICOLOGY bla bla bla pasal dose response kan? nampak sangat kan pegi kelas tidur kroh kroh masa lecture ajar kan? sampai orang yang tak amik kos aku pun tau setiap manusia ada antibodi berbeza beza.tula.bila sifat sabar tak ada.semuaaaa lupa.semuaaaa tau.benda logik jadi macam tak pernah tau seumur hidup langsung pun.hahaha.

bila makan ubat beberapa jam kemudiam bengkak naik balik.hati dah mula gelabah.konon ingat ubat doktor bagi tak berkesan.tipulah doktor S ni! pastu dengan gelabahnya ajak ina pergi klinik balik amik injection! wah total rawatan hari tu kira kira RM50 terbang melayang layang macam main layang layang. T-T

malam tu rasa bahagia.tidur dengan lena.

pagi tu bengkak naik balik.pastu gelabah tak tau buat apa terkocoh kocoh mesej semua orang.mintak tips nak hilangkan kegatalan.konon nak independent tak nak bagi tau mak ayah.pagi tu dengan sedihnya mesej ibu tercinta tanya macam macam.huhu dengan steady nya mak aku pun jawab.

"oh kawan mak pernah kena dulu, dia baca selawat, ayat fatihah dengan ayat kursi kat air.pastu sapu atau mandi guna air tu.dia kata okay."

terus! terus amik dan air mandi!

alhamdulillah.gatal gatal beransur surut.dan malam tu leh bantai makan pizza.wahahaah! =D

datang kelas bincang bincang dengan faraha.rupa rupanya bukan aku sorang yang gatal gatal balik PD.dia juga begitu! cuma nasib dia baik tak makan benda gatal tatkala badan tengah gatal.aku ni dah la badan tengah gatal mengenyam sekali bantai makan ikan.hah! amik ko.meng-enhancekan lagila kan.hahahaha.

aku rasa aku tak ada la pulak alergik makan apa apa.lagi lagi si ikan keli tu.ikan keli dengan aku dah bersama sama mengharungi kehidupan ni.masakan aku boleh alergik sama dia kan?

ok sambung buat keje! daaa~ =D




Mar 6, 2012

mula belajar.

salam!

hai hai hai~

hari ni masuk hari kedua pembelajaran untuk sem ini.sem 6 ye tuan tuan dan puan puan.saya ada 2 sem lagi untuk diharungi.semalam untuk subjek pertama dalam semester ini adalah environmental toxicology.prof rodziah ajar.lecture dia best.aku suka dan aku masih bersemangat.harap semangat untuk semester ini tidak terkubur di pertengahan jalan.kita lupakan konflik dalaman yang menguasai diri.aku tahu aku cukup dewasa untuk mengawal konflik dari diketahui oleh orang sekeliling.kelebihan jugak.bila seseorang tidak mengungkapkan menunjukkan rasa sebenar dalam hati dia tak bermaksud tak percaya dengan kebolehan orang sekeliling untuk mendengar.tapi entah.

berbalik pada pembelajaran sem ini.kelas semalam.belum padat lagi.masih mampu aku balik dan tidur tanpa tengok bella calamidades.last week aku tengok hanyalah sampai dimana lola sudah menjadi kaya raya.oh bestnya! semalam jugak aku masih mampu untuk tonton rancangan siri korea yang aku tonton masa waktu cuti dulu.becoming a bilionnaire.best jugak.tapi kat sini tak ada piring.jadi aku tak dapat tengok siri korea lagi kat channel 393.stay with me.my love.cewah! hahaha.ah gila! gila! 

itu semua hanya indah di minggu pertama.tengoklah nanti.makan megi pun tak sempat ko tau!

hari ni lecture encik izwan untuk subjek housing and residential environment sangat best.aku suka subjek ni.harap boleh skor.haha aku suka part yang "housing finance and subsidy".haha motif? ada lerr.haha untuk subjek petang adalah gabungan dari kelas budak medical lab technology.budak hebak hebak tu.kawan aku yang 'baek' ada kat situ.haha.'baek' tu nama timangan kawan aku.tapi dia memang baek pun.haha.subjek petang jam 2 setengah kita belajar pasal health psychology pulak.lecturer ni best.nama dia siti aminah.oldskul gitew.haha aku suka english dia.sedap dan jelas.agak takut sebab dia macam menakutkan.tapi oklah.tak sabar nak tunggu next lecture.ada jugak dia merapu banyak sangat.tapi tak adalah keterlaluan.paling best.dia punctual.kelas tamat tepat pada masanya.tapi next week dah anjak ke jam 5 baru stat.oOomaigod~.haha

kata dia.dia boring dengan facebook.haha same goes to me.aku pun dah bosan.tengoklah.aku dah jarang update status kat facebook.kadang kadang fikir betul betul before nak update.kalau cakap merapu rapu.pun tak best.kalau selalu update pun tak best.tak eksklusif.haha.aku pun macam dia.kadang kadang annoying dengan status orang.betulla cakap dia.takkan kita nak delete orang tu kan? nanti dia terasa dan sakit hati pulak.why not kita korbankan diri kita dengan deactive facebook tu.haha orang selalu fikir yang bila seseorang tu deactive mesti sebab dia gaduh ngan pakwe lew tew.patah hati lew tew.haha nope nope.kita deactive sebab tak nak annoy kan diri dengan status annoying orang.tapi aku tak annoy sangat.kadang kadang la.sebab manusia pelik macam aku.jarang bukak home.bila tiba tiba TERmuncul kat home aku.lagi lagi yang aduh.kenapala ko ni.tu yang buat.aish.shuhhh shuhhhhh.hahaha 

hari pertama dan kedua yang baik.semester ni aku betul betul rasa rehat yang cukup.haha sebab jadi cikgu tuisyen je kan masa cuti tu.cikgu tuisyen yang tak bertauliah.haha