Pages

Dec 9, 2013

isnin blues

ketenangan 5-6 aku telah direnggut. yang pasti seseorang yang merenggutnya adalah sipolan yang sedang duduk dimeja belakang aku.

Mr M.

no no. jangan salahkan dia. dia bukan punca teragutnya ketenangan aku. eh salah. dia salah satu punca. yang bermaksud. dia tidak keseorangan.

lulz.

untuk masa masa ini. aku cuba jadikan gerak geri Mr I suatu ketika dulu sebagai iktibar untuk minimakan tekanan dalam tubuh badan. gerak geri dia aku jadikan inspirasi. kata kata berbaur nasihat *mungkin* dari papa S aku perdengarkan kembali.

tapiii masih. masih gagal untuk kali ini. tak leh digunapakai. makin aku makin terserlah tahap ke-stress-an aku. bibir semakin galak menaikkan volume keluhan keluhan berat dari mulut aku.

ottoke?

'pehhh. tak yah ottoke sangat la ecahhh.'

kata seorang kawan.

heilu. sukahati ai okay. ni mulut ai. sukahati ai la nak cakap bahasa ok. pape pun. biane.

lol.

pura pura berhumming- bird
pura pura ketawa
pura pura tersenyum

aku makan. aku gelak. aku dengar lagu. aku tengok drama. aku tebahak bahak tengok running man. aku tengok wayang. aku tido. tido dalam gelap. aku memandu. aku karok sorang sorang. aku jumpa kawan. aku wasap dengan mereka terpilih.

itu adalah metod untuk aku minimakan tekanan dalam tubuh badan. tapi malang.

masih tidak membantu. mungkin belom. mungkin metod yang tidak praktikal. mungkin aku terlalu berahsia.

terus pura pura ketawa.

petanda aku sombong ke cemana?

hari ni aku tanyakan banyak soalan mengejut kepada kawan kawan. aku tak tau mana datangnya soalan itu.

'cemana seseorang boleh berjumpa dan bertunang dan bernikah?'

'cemana seseorang tu berjumpa seseorang?'

banyak lagi.

paras normal diri aku mungkin bakal hanyut dilaut mati.

lol.


Nov 30, 2013

drama

sebenarnya aku nak membicarakan tentang sesuatu yang serius. tapi aku rasa macam tak sesuai je jiwa aku nak bicara serius dalam blog ni. 

entah. sape layan citer The Inheritors yang tengah hangat meletup kat channel 393. 7 hari 7 malam orang sekeliling aku berbicara tentang hal ini. means cerita ni. 

ai tot aku sorang je manusia terpilih yang tengok. lol. teruk gila.

ok cerita ni..aku teringin nak jadi macam eun sang. aku rasa dia manusia bertuah. berkenaan dengan rachel. aku lebih suka kasihankan dia dan selami perasaan dia. 

aku rasa apa yang dia buat dan cakap adalah jujur. cintakan seorang yang tak cintakan kita. situasi tu agak tertekan. tapi tak boleh buat apa apa. tapi mengharapkan yang seseorang tu akan berubah untuk sukakan kita tapi apakan daya. hati itu bukan milik kita.

watak perempuan antagonis sebenarnya sangat menarik. aku suka. sebab..perasaan mereka. selalunya watak antagonis akan marahkan perempuan watak utama. itu aku tak peduli sangat. yang aku peduli. perasaan tertekan mereka. serius tertekan. tapi cara handle tekanan tu bergantung pada seseorang.

so dari situ tau la sejauh mana ke-antagonisan mereka. kalau yang taksub lebih tu. tu yang sampai berbunohan. 

bunohan sangat ecah ni. 

memang akan ada satu masa lelaki akan jatuh hati dan tinggalkan kekasih dia ke kalau dia terjumpa perempuan yang buatkan mata dia berhenti dan jantung dia berdebar melihat perempuan tu? 

kesian kan jadi perempuan yang ditinggalkan atau kena ditinggalkan sebab pakwe dia dah jatuh hati dengan orang lain? tiba tiba. 

tertekan sungguh.

ok cerita eun sang. aku jeles jugak dengan dia. sebab...lelaki yang nakal pun suka dia. aku ni. lelaki naik motor pun tak pandang aku. isk. T_T 

bila tengok cerita tu.aku jatuh hati dengan lelaki yang kuat jeles. lol. dalam citer tu la. kim tan macam comell je jeles jeles ni. tapi wujudkan lelaki jeles yang versi comel? secara hakikatnya. 

lelaki jeles adalah pemarah. lol. 

fakta atau auta?

aku tak pasti entri ni serius ke tak tapi konklusi yang boleh anda buat adalah.

saya baru lepas nonton 2 episod back to back citer The Inheritors di channel one. 

untunglah eun sang. 

*tiba tiba. =P

Nov 22, 2013

selamat berjumaat

Salam

heilu uolls. hari ni jumaat. jumaat yang pelik sebab tak ada mood langsung minggu ni tau tak!!!

ok baca rangkap diatas dengan membayangkan emot wechat yang mulut besar sambil tangan dua kat tepi tu. hmmm. faham tak? tak tau nak jelaskan cemana.

kehidupan minggu ini sangat stress. ada banyak faktor aku stress. aku jarang stress yang stress sangat. pehhh. dan dan je.

ok ok. jujur ok.

aku pernah stress macam ni tapi jarang jarang. stress yang tak leh diungkapkan dengan kata kata. dan aku syak stress ni berpunca dari masalah keje. keje ok je. tak stress. ke aku yang lembab?

sebab lepas beberapa bulan baru sedar yang keje aku stress?

ai dono.

ada sesetengah manusia kagum dan pelik. sebab lepas beberapa bulan baru nak stress.

aku nak cerita pasal ape ni? sebenarnya. aku malas nak bubuh tajuk setiap entri. sebab aku nak cerita macam macam. tak ada spesifik pun. aku menulis apa yang aku fikir.

so hari ni aku fikir tentang pandangan manusia terhadap aku ketika mereka menceritakan masalah mereka kepada aku. hmmmm. aku hargai setiap luahan perasaan mereka yang menceritakan masalah mereka. pada aku. satu penghargaan. sebab diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia dan mendengar. dan ya...mungkin bagi respon kot.

simpan rahsia kennn....
dengar kennn...

sebab saya seorang pendengar yang baik u no.

tapi bab beri pendapat...

oso kennn....

tapii...

cara aku cakap macam tak serius. so...aku sangat risau mereka akan rasa yang.

no point luahkan dekat ecah.

kadang kadang aku balas wasap atau email atau sms..cewah!! bajet macam kaunselor hebat la kan. ramai konon orang buat luahan perasaan. hahaha.

ha kadang kadang aku balas semua semua tu. bergantung pada mood. kalau aku bagi pendapat memain. bukan maksud aku tak serius. kadang kadang aku saja tak nak kawan aku stress sangat. so letakkan humor sikit la. contoh.

' tak ada mood? siapa? siapa yang buat ko tak ada mood? bagitau aku! bia aku sepak dia'

'how dare dia buat ko terluka! siapa dia! bagitau aku nama dia!'

=.=

this is me.

so...tak tau la ape perasaan kawan aku. kadang kadang aku risau dia cakap. ecah ni memain aaaaa. orang serius niii.

no no. aku bukan memain. aku serius sebenarnya mendengar. cuma...bebalik pada ayat diatas. aku tak suka suasana tegang. tapii risau macam tak kena lak ye. hewhewhew.

aku ada je bagi nasihat yang serius dan matang sikit. tapi setelah bersantai santai. aku sangat risau orang ingat aku asik memain. padahal...kita nak relaks relaks je. bila dorang ingat aku memain..t tak nak dah mengadu masalah. satu kesedihan untuk aku sebab kepercayaan mereka terhadap aku telah berlalu.

sebenarnya aku pun tak ingat bila kali terakhir aku memberikan nasihat yang matang sikit. aku tak faham la matang semasa memberi nasihat tu. maybe kalau ada yang perasan. dalam ketawa aku dalam bagi pendapat. terselit sikit nasihat yang matang. kekeke.

poyo gila. ni sumpah konfiden level tinggi sangat. yakin je.

macam ni la. untuk apa apa juga masalah. jalan penyelesaian adalah selesaikan. baru hati tenang.

berbalik pada pendapat orang..aku risau aku dilabel main main. tak serius. dan tak matang. matang ni pada aku subjektif. matang ni bukan diukur dengan tumbuhnya gigi geraham ko yang terakhir ok. matang ni luas. dari cara ko bercakap. dari cara ko berfikir. dari cara ko buat keputusan. dari cara ko handle masalah dalam diri ko. banyak lagi lah.

cuma tipikal malay people. *malay la sebab saya hidup dengan malay people* dorang selalu ukur kematangan tu dari gaya pakaian la. perwatakan la and macam macam lagi. walhal dorang tak sedar maybe ada side tersembunyi seseorang tu yang menunjukkan dia matang dalam hidup.

entah la.

ok berbalik pada pendapat. aku rasa kalau nak tengok tahap keseriusan aku. maybe yang terbaik adalah bersemuka dengan aku. simple. life is simple.

mr simple.

kekekeke.

selamat berjumaat.

Nov 20, 2013

Nov 18, 2013

heilu

heiluuu.

aku mendapat tawaran untuk menulis novel berkenaan sebuah kisah cinta yang...aih tak perlulah aku mention disini. haha ianya satu tema yang memalukan jiwa ragaku. hahaha.

konon.

lately aku jarang mengupdate blog sebab sibuk dengan kegiatan duniawi yang entah hape hape. banyak enjoi ini manusia. bila nak berubah. ai dono. 

berubah bila ketandusan kewangan aku rasa.

hari ni macam nak membebel sikit. yela. untuk manusia yang macam aku ni. banyak benda nak bercakap.memerlukan banyak telinga yang diperlukan. jenis aku yang gemar bercerita ni sampai tak ingat dah. aku pernah cerita ke cerita ni cerita tu kat orang ni orang tu. haa..nampak tak eksited nak bercerita dia sampai tak ingat cerita kat siapa. sampai cakap macam ni.

'eh aku dah citer ke citer ni kat ko?' 

hahaha.

so lately jugak aku kerap bermonolog dalaman sesorang. kekadang tengah drive.sibuk fikir nak update apa ye kat moments wechat.kat kepala mulalah dah karang ayat. siapa perilaku dia serupa gini angkat tangan! *me!me!* kadang kadang ayat yang melucukan la konon nak letak.

hihi. so tak sedar..tengah drive ada kakak kat sebelah. kakak ai le. so bila teringat atau berangan ayat lucu tu..maka tersenyumlah ittew sesorang...lima mint kemudian baru sedar yang diri ni bukan kesorangan dalam kereta.so...

malunya tuhan saja yang tahu.

yang sebenarnya tak salah kalau nak monolog sesorang.dia jadi salah dan memalukan bila kau senyum sesorang tu.itu sangat...memalukan.

memalukan sikit tau bila kau ditangkap tersenyum sesorang.padahal bukan angau. tapi sebab yela.mengarut sesorang kat kepala.haih. yang paling memalukan bila aku ditangkap senyum sesorang oleh kakak sendiri. dia sebenarnya tak adalah malu sangat.tapi malu bila kau sedar kau tengah senyum ya allah..rasa nak terus tido tak nak bangun.malu gila!

seterusnya kejadian senyum sesorang ni terjadi bila aku melakukan aktivti membosankan dan menjengkelkan ditempat kerja.iaitu meng-laminate. ai hate this job.this stupid job.selalunya aku akan menjerit menyatakan 

this iz not mai job.seriusli.

cecewah. berani sangat cakap macam ni depan bos.berani cakap depan kawan dari admin department je. so bila duduk depan mesin laminate.dia mulalah satu aktiviti berangan.yela untuk manusia berangan dan kaki monolog macam aku ni.

bermonolog sampai tersenyum.pastu ada 2 3 pekerja lalu. tengok ko senyum sesorang.aish!!! malunya!! tapi selalu kaver dengan muka yang..tak mengerti apa apa. 

bhahahah.poyo la kaw ecah!

oklah.aku tau ramai yang rindukan bebelan santai aku. tapi aku harus menunaikan janji aku pada k-drama disaluran one. eleh.nak gitau dia ada astro lettew. 

salah. aku tau ramai ada astro.aku just nak bagitau aku layan drama korea jam 10 bape malam sampai 12 malam. di channel one.

itulah masa aku bersosial dengan kehidupan yang tak berapa nak hidup ni. 

bestlah drama korea.walaupun dia tak logik bab orang miskin pakai baju cantik gila nampak mahal dan muka pun tak sememeh macam pompuan kampung.tapi..ok wat. i like. aniting about korea.

btw kawan aku dapat tawaran pergi korea! atas urusan kerja la. tapi dia tolak. ya allah...alangkah stressnya diri ini. hey tau tak penerbangan ke korea sangat mahal. aku rasa lah. tapi bila dapat foc. aku stress. aku tumpang stress atau aku amik alih ke-stressan dia. sebab dia tak stress.

manusia pelik.

so kita akan bersambung dan aku akan bersambung berbicara sikit. penulisan santai ini akan dirindui.kekeke.

statement gila perasan.

xoxo~

p/s saya baru bergraduasi! yuhhu! tahniah to me myself! \(^0^)/

Oct 16, 2013

Ingatan

Assalammualaikum.

'Jika tidak mampu mencinta, jangan pernah sentuh hati seseorang.
Jika tak mampu setia, jangan pernah mengukir janji.
Jika tak mampu menggengam hubungan, jangan pernah memberi harapan.
Kerana hati manusia terlalu bernilai untuk disakiti. Terlalu mahal untuk disia siakan dan terlalu berharga untuk dihancurkan.

Pesan pada diri, usah tersalah memberi hati pada insan yang tak sudi, pada insan yang tidak mengerti.
Sekali kau memberi, selamanya dia dihati.
Sekali kau dilukai sampai bila bila tetap kau ingati.
Pesan lagi pada diri, hati hati dalam memberi hati kerana ia hanya untuk insan yang tahu betapa tingginya nilai sekeping hati.'

thanks to my beloved friend for remind me this.I love you.

ehem.aku bukan patah hati.cuma terasa mahu memberi hati.tapi rasa rasanya kena fikir dua kali.sebab...I dono.

selamat bercuti ke ipoh cik aisyah.hehe

Sep 14, 2013

Kemalangan apakah?

hi there! Assalammualaikum!

hari selasa yang lepas aku telah pergi berseminar.i dono lah bila aku cakap 'aku ada seminar esok' semua gelak gelak.gelak sebab apa? sebab tu dialog macam dalam citer kak limah.

pelik!! 

tapi bukan kak limah la yang cakap.si medikal assisstant tu yang cakap.i hate it yu no.seolah olah aku kak limah.hahaha.pelik la.dialog macam tu pun nak ingat ke? malaysian people is so pelik.hahaha

ok main main je.

so! aku bukan nak citer pasal seminar.aku nak citer pasal kejadian yang memalukan.yang yang yang aku sangat malu yang aku rasakan itu pengajaran.mungkin.weq.

terdapat banyak kejadian memalukan yang menimpa aku.haih.

1.menghadapi ayam yang masih hidup.
ok ini bukanlah bermaksud aku dikejar ayam hidup sewaktu bersosial sebaik pulang dari berseminar atau aku terpaksa mengejar seekor ayam.tidak tidak.eh penambahan.aku takut dengan ayam.ayam hidup.entahlah.ketakutan jenis apa ini.aku pun tak tau.

so.lepas seminar.kitaorang dijemput makan.kat dewan pendeta.tak makan dah kat student centre.kitaorang alumni ok.ape barang makan kat student centre.kekekeke. =P

makanan sedap.ni masa aku beratur la.terliuq cheq u no.nak dijadikan cerita.aku ni degil.aku tau aku nak makan guna sudu.tapi berkat confident level yang sangat tinggi.aku amik risiko untuk memilih bahagian ayam yang jenis bulat yang daging dia sedap.aceli aku tak tau tu bahagian apa.tapi bila dipotong bahagian tu bulat la.sedap tau.so aku amik.bukan satu.tapi dua.nampak tak ke-pelahap-an aku.bhaha

kata haris.dia nak amik dua.tapi kuantiti ayam dalam bekas dan bilangan orang belakang.dia matikan hasrat tu.tapi aku gelak gelak sambil cakap.

aku: ko tak payah tengok orang belakang.tengok orang depan (which is aku) je.dua ketul aku amik.bhahaha

haris: ko memang.sellfish.

aku: hahaha.

sellfish tak sellfish sangat la.sebab aku punya instinct yang dia akan tambah ayam tu balik.dan sangkaan aku betul.see.aku memang hebat.sixth sense.konon.

makan dengan sedapnya.sambil aku terfikir apekah akan ada potensi ayam ini kembali bernyawa? ok metafora. ape metafora berlebih lebih ni.hahaha.sambil makan sesedap tu aku terfikir la kalau kalau ayam ni terpelanting dari pinggan.tapi aku abaikan je dan berharap tak jadi la kan.berdasarkan pengalaman.aku tak pernah amik bahagian tu.aku amik yang selamat je untuk dimakan bersama sudu.

dan iye! tak ada pun.aku berjaya makan ayam bulat dua ketul tu dengan licin! hebat lah.aku rasa aku pilih ayam yang betul.dua dalam satu.dah la dapat makan bahagian yang sedap.berjaya makan tanpa terpelanting.so aku rasa bangga gila.kemahiran aku makan ayam apa apa bahagian dengan menggunakan sudu sudah meningkat.gooddd. 

ok aku tipu.

hahahahaha.

sedang aku makan dengan sedapnya sambil cuba mengorek isi ayam itu.ayam yang kedua ye.yang pertama dah setel.untuk yang kedua ni nasib aku tak baik.aku syak ayam tu masih nyawa nyawa ikan.sebab tu dia berjaya terpelanting sikit dari pinggan aku.sikit pun...tapi terpelanting keluar laaaa.aish!!! aku terpaku dah..aku dengar haris cakap. ya allah...

hahahah.meja tu bulat.dalam 5 orang kat meja tu kawan kawan aku.selebihnya orang orang luar yang sedang makan sambil berborak.aku dah tak pandang dorang dah.aku amik tisu and amik ayam tu balik dan continue gelak.serius lawak gila.dan malu.tapi persetankan malu tu.janji aku dapat gelak.aku rasa kelakar sangat.

pastu kena marah ngan ina ngan haris.dorang kata aku kalau makan ayam tak nak amik bahagian macam tu.aku defend diri aku dengan menyatakan yang aku tahu.tapi sebab sedap bahagian tu.so aku nak bahagian tu.haris tambah.kalau sedap pun tak yah! ha nampak tak penegasan disitu.bhahaha.kelakar kelakar.

pastu degil.nak kuis lagi.ina ngan haris bising.jangan!! ha nampak tak semangat dorang tu.siap tanda seru kau.hahaha.aku pun okay okayyyy.nak potong lobak pulak.dorang cakap jangan!!! makan je macam tu.ahahahaha so fani.but so so malu.

aku perasan ada sorang encik ni perasan.tapi...memandangkan aku bukan jenis ingat muka orang dan aku yakin tak jumpa dia lagi.maka tidak mengapalah.tapi potensi dia ingat aku sangat lah tinggi.haih.

2. parking dengan teknik yang...haih.

ok ok.ni aku super malu.aku nak makan.kat medan selera seksyen 7 shah alam.aku punya instinct ni memang hebat.tapi masalahnya aku.aku degil.aku tak ikut kata hati.aku unya konfiden level yang super tinggi.so..aku yakin aku boleh parking dengan selamat.tanpa pura pura tak tau yang aku sangat lemah parking petak.

iye.aku lemah parking petak.nak nak kalau kiri kanan ada kete.kena punya kawasan yang luas untuk amik jarak.tapi ini dipengaruhi dengan kepanjangan kete jugak.semakin panjang dan lebar semakin gugup jantung aku.cecewah.

so aku parking.sekali! sekali....depan masuk dah.belah belakang betul betul rapat dengan kte sebelah.tak yah citer teknik aku masukkan kete masa tu.fail! test jpj iz fail u no! hahaha masa ni aku dengan ina.nak makan malam.ina dah pucat dah.habis direction dia bagi.tak boleh jugak.last last aku duduk dalam kete until owner kete sebelah datang.seperti yang dijangka kan.dia tak leh masuk ikut dari driver punya pintu.so...kena masuk through penumpang punya la.bhahaha! ya allah ecah ko gelakkan orang tu.ko tau tak! punca dia sebab kau!! 

hahhahaha *gelak lagi* 

aku tak tau la.aku rasa super teruk dow aku.aku cakap ngan orang tu.encik...ni cemana eh? bodo kan soalan.muka encik tu serius je.terus aku tutup tingkap and cakap.lek aaa bang.kami pompuan.laki mana leh marah marah.hahaha konon je.

aku tak ingat aku cakap terima kasih ke tak.tapi macam tak je.sebab..entah.tak sempat kot.encik tu sombong ngattt.haha sombong menda ecah oii.padahal bengang kot.hahaha 

so aku terus reverse kete and blah dari medan selera.dengan berikrar tangan kiri menyatakan aku sedaya upaya akan tak makan situ dah.

3. laluan sehala.

i feel stupid bila masuk laluan sehala dari arah bertentangan yang mengakibatkan manjadi laluan dua hala padahal ko punya kete sebijik tu je yang lalu arah bertentangan.

malu gila.ini terjadi di kawasan makan restoran Pak Li seksyen 7.konon nak larikan diri dari medan selera now aku rasa kebodohan di kawasan ini.haih.kemalangan apekah yang menimpa aku hari ini.hahaha.

ina cakap lek la ecah..ni shah alam.relaks je.relaks brother brother relakss.

kenot relaks ini.aku rasa semua kete pandang aku sambil berkata.hey! tak reti baca ke? tak tau baca signage ke? hahaha maaf uolls.iolls rabun ayam.and aim newbie here.kekeke.tapi serius.mau aje aku tinggalkan kete aku kat situ.hahah malu gila.ke shah alam sangat pelik.tak normal.setiap lorong tu boleh aje masuk.tapi dorang pelik.buat sehala.hahaha ni ayat nak protect diri.kononnya.

perkara ni jarang berlaku untuk aku kat kawasan berprofil tinggi macam ni.kekeke.konon.kalau takat kajang tu.calar sebelah sebelah pun tak de hal.haha 

btw i do love kajang much more dari shah alam.sebab pada aku kajang is like New York City yu no.pekan kecil yang parking susah nak cari.so thats why ko kena parking kat satu kawasan dan jalan kaki je.dia jadi macam new york city tu sebab jem dan lengkap.macam macam ada.nak g tengok wayang.pegi metro kajang.nak pegi men boling.pegi metropoint kajang.nak minum minuman berbubble.pegila chatime.ko nak kasut? pegilah bata.urgh.sangat lengkap.

aih tetiba masuk hal kajang.

so macam ni sebenarnya.jangan pegi kawasan tu lagi.kalau nak pegi.jangan drive.lagi ape.ok nasi lemon pak li sedap.

sekian.


lagu untuk hari ini minggu ini bulan ini adalah...

'i dono about yu but aim feeling 22~~'