Pages

Feb 6, 2013

Aktivti menJODOH

Assalammualaikum.

lately.aku perasan.ramai yang asyik dan giat menjodohkan aku atau mencari jodoh untuk aku atau memasang masangkan aku.eh ape ayat ni? ah tak kisah lah.ampun puan mumtaz. =P

sejujurnyaaa...aku tak suka.

aku pun berpengalaman menjodohkan orang jugak.gurau gurau.tapii..tak adalah jadi isu sampai semua orang tau.sampai semua orang syak bukan bukan.sampai orang tu jadi tak selesa ke apa ke.kiranya.adalah hadnya.kannn.

mana ada orang suka kan? aku tak suka sebab aku akan menjadi tidak selesa.aku tak suka sebab nanti aku sendiri akan mewujudkan gap antara aku dengan orang yang dijodohkan.dan ini sungguh kasihan kepada orang yang dijodohkan.kena tempias ketidak-sukaan aku.sebab..yelah.aku tak suka tak selesa.

sesetengah orang.aktiviti ini dianggap menyeronokkan.lebih lebih lagi orang yang bertanggungjawab menjodohkan itu.dorang suka.gelak gelak.tengok muka aku merah padam.actually tak amik hati pun.tahu yang mereka mereka gurau.tapiii..kalau dah selalu.aku tak suka.oklah.gurau kan.sporting lah sikitt.tapi nak buat macam mana.aku tak suka.so jangan lah paksa.kan?

dulu zaman sekolah ada jugak.tapi lain sikit.lelaki tu ada respon.tapi aku tak suka kan.hasilnya.aku wujudkan gap dengan budak lelaki itu.tak cakap.tak tegur.buat perkara yang budak lelaki tu tak suka contoh cakap kasar.entah lah.aku buat lah ape ape yang membuatkan aku ni bukan pilihan dia.kahkah.dan kami tak bertegur selama..beberapa bulan.sebab.aku segan.aku takut.boleh tak? haha.

next punya case.kawan aku.kenalkan.jodohkan.via fesbuk.muda jugak.ok sungguh rozita che wan. T-T. dan aku akhiri dengan.hide kan semua aktiviti aku.sebab..tak suka.tak selesa.simple.

sebab aku tak suka.tak selesa.

yang terbaru.faja.haha.faja aku tak kisah sangat.sebab dia kenal aku.so kekerapan dia bergurau begitu ada hadnya.tapi dia still jugak gatal nak jadi agen jodoh aku.pui ko faja.

dia kenalkan aku dengan kawan tunang dia.actually tak kenalkan secara rasmi.cukuplah dia ajak aku kua.and pada masa yang sama.kawan tunang dia pun ikut keluar.muda dari aku.see.aku ni dah boleh gelarkan diri sendiri rozita che wan pulak dah.

so hari sabtu itu hari.faja ajak pergi downtown.tunang dia gigih amik aku kat shah alam lepas dapat arahan dari mem besor dia.hehe..sebab aku lepak rumah baru ina risma hasmie kat shah alam.dan tunang dia dari klang.so dekatlah.no need to naik naik train ke kajang.alhamdulillah.save duit.mula mula aku tak dapat baca lagi tujuan faja.so aku naif je.lurus kan? sampai kajang aku mintak tunang faja drop kat ktm kajang.amik kereta aku.si kawan tunang dia ni gentle nak drive kan.oh sukahati kau lah.drive lah ke rumah faja.dalam pada tu.takkan diam je kan.so aku borak la ntah pape je.tak ada niat pape.aku tak peramah sangat.just borak kosong untuk bagi keadaan tak tegang.boleh lah.sebab..sebab dia muda kan? aku kalau budak muda dari aku.boleh masuk lagi.borak la macam macam.

sekali faja jalan dengan aku.cakap.

''aku saje ajak S ni sekali..kot kot leh ehem ehem dengan kauu..hehehe''

aku terus.

''heyy kau niii.....''

terus aku tak selesa korang tauu.nonono.aku tak suka.so aku terus wujudkan gap dengan kawan tunang faja tu.macam tak borak sangat dah.berubah terus.hahaha.so kesian kat sini.yang lelaki tu la.tak tau apa apa.mesti blur je.eh tadi ok jee.

sebab aku terus jadi segan aaa.aku pemalu kott.dan tak selesa.serius.oh tolonglah faham perasaan aku.tak suka.dan tak nak pun.aku memang suka gurau gurau mintak tolong carikkan lah ape lah.tapi jangan lah jadikan gurauan itu sebagai medium untuk menjodohkan aku sewenang wenangnya.ai don like this.seriously.

like annoying oyen la this things.

dan aku rasa faja tau.faja je yang tau riak muka tak suka tak selesa aku.even kalau tak nampak kat muka.and aku kata aku ok.tapi faja tauu yang aku tak suka.

bila aku tau tujuan itu.aku jadi tak selesa.dan perangai normal aku akan totally berubah.dan memang akan buat lelaki tu.komfem kensell nak kenal aku.kekeke.makan pun tak cover dah.sebab yelah.nak buat lelaki tak suka.ah macam macam lagilah.

so balik tu.faja belikan mee goreng bungkus untuk adik dia.dia bagi aku soalan.

'ecah, kalau ko nak carik pakwe..ko nak degree jugak ke?'

sentap ai.terus aku senyum.

'aku nak master.'

hahahah.as simple as ABC jawapan aku.terus faja cakap.

'bengong aa budak ni.'

terus kitaorang ketawa besar.dia tau lah aku malas nak cakap pasal ni.terus aku marah dia kenapa tanya soalan merepek macam tu.dia kata saje.cheh. =.= so aktiviti menjodohkan tamat disitu.setel.oh ya! ada satu part yang mana dia kenalkan aku dengan kawan tunang dia.lepas tu dia cakap kawan tunang dia tu single.secara tak sengaja aku terpijak kaki faja.kekekeke.sori faja.tak sengajaaa. =P

aku bukan memilih..degree ke master ke.tak menjamin kebahagiaan pun benda tu.master degree juga tak menjamin kematangan seseorang untuk berjuang dalam hidup kat dunia ni.cuma.aku tak suka orang kenal kenal.kenen kenen.dengan rancaknya.ini sungguh headache.sebab tak suka kan? so memang tak suka lah.adoi.bape banyak patah kata ayat 'tak suka' 'tak selesa' aku ulang kat sini eh? sebab aktviti ini aku rasa tak sopan.cewah.aku rasa lelaki tu pun tak suka.tapi dia layankan aje.urgh.pada aku terlalu kerap gurau macam ni..seolah olah tak hormat perasaan aku.serius tak bunyiknya?  serius kan.kekeke.tak kisah lah dengan niat nak hiburkan hati aku.tapi..gurau macam ni tak boleh lah.ni gurau tentang perasaan.buat nya gurau gurau dah timbul perasaan.ish.tak boleh macam ni.lepas tu aku risau nanti aku terperasan.huh! lagilah.lagi ape? macam macam lah
kemungkinan atas gurauan macam ni.

sungguh aku tak boleh terima.

kepada kawan kawan.no gurau gurau like this with me aaaa.ai don like lah.tak selesa.serius tak selesa.

xoxo.
=D

Feb 5, 2013

Bebaskan Cinta Mu

Assalammualaikum.
malam ni dek kerna terkesan dengan cerita cinta qaseh itu aku terus menjadi emo.lantas aku post entri pasal cintan cintun.ewah.berbalik citer cinta qaseh.aku stress tengok cerita tu.korang stress tak? ke aku je? sampai kadang kadang tak nak tengok.tapi nak tengok jugak.kuatkan semangat.nak tengok sebab nak tau ape citer minggu ni.tak nak tengok sebabbb..first sekali jeles tengok muka wawa zainal.cantik gilaaa.oh reason lagisatu aku nak tengok cerita tu.sebab nak dengar suara dia.haha.serius aku suka sangat wawa zainal.cantik yang terpegun aku.ok lagisatu stress sebab abang wahyuu! kenapa dia sangat baikk.nak menangis mengenangkan nasib dia yang bertunangkan qaseh yang tak suka kat dia..sampai aku bermonolog sesorang tadi.
'abang wahyu kawin dengan saya je lah'
kekeke.arghhh tutup kisah cinta qaseh.sekarang aku nak kongsi satu artikel yang menarik ni.berkisar kaseh kaseh jugak.kekeke.dari penulis hebat.ustaz pahrol juoi.aku ada beli buku dia tentang cinta.best.bagus jugak.
Ramai orang yang mengaku menyintai orang lain – isteri atau suami atau sesiapa sahaja, tetapi hakikat sebenarnya dia bukan menyintai orang itu… tetapi dia menyintai dirinya sendiri!
Sedarlah bahawa cinta dengan memiliki itu suatu yang berbeza. Jangan silap tentang hakikat itu. Ramai pasangan suami isteri ‘terkorban’ cintanya kerana gagal membezakan antara mencintai dengan ‘memiliki’.
Bila kita mencintai seseorang, kita berfikir tentang dirinya, bukan diri kita. Kepentingan sendiri tidak dihiraukan, bahagia kekasih itu itulah yang diutamakan. Ungkapan ini menggambarkan cinta yang sejati.Sebaliknya, jika kepentingan sendiri lebih diutamakan, perasaan, jiwa dan rasa kekasih dibiarkan, maka itu bukan cinta. Itu memperalatkan cinta, namanya!
Mencintai itu membebaskan, manakala memiliki itu cenderung mengikat, membelenggu dan mengawal. Berapa ramai isteri yang ‘mengawal’ suaminya atas nama cinta. Sehingga suami hilang kebebasan dan kemerdekaan dalam hidup seharian. “Bila nak balik?” “Kenapa lambat?” “kalau abang tak balik lagi, saya akan…” Bolehkah itu dikatakan ‘ayat-ayat’ cinta? Maaf, pertanyaan itu lebih mirip kata-kata seorang majikan kepada pekerja, bukan antara isteri dengan suami tercinta.
Suami pula apa kurangnya. Segala gerak-geri isteri dipantau penuh curiga. Setapak isteri melangkah, menggelak cemburu di dalam dada. Prasangkanya sudah ke tahap merimaskan sang isteri. Salah sedikit, marah. Terlanjur sekejap, ugutan. Bila ditanya, mengapa? Sisuami tidak malu mengaku, “kerana saya terlalu cintakannya!” Padahal, jika diamati dan diteliti, itu semua kerana cintakan diri. Kesihan, siisteri menjadi sandera cinta. Dikepung oleh penjara rumahtangganya, dicemeti oleh kata-kata suaminya. Ah, ada benarnya kata bijak-pandai… kekadang perkahwinan itu menjadi pusara percintaan!
“Queen control” atau “King Control” adalah produk cinta yang palsu. Cinta yang diselaputi kepentingan diri. Kulitnya cinta tetapi isinya keegoaan diri. Seperti seorang pemilik burung tekukur – diberi makan, diberi minum, dibersih dan dimandikan, dilatih berlagu – tetapi dikurung dalam sangkar. “Ini burung kesayanganku,” akuinya di hadapan tetamu. “Suaranya sungguh merdu,” puji tidak henti-henti. Sekalipun tekukur dikurung dalam sangkar emas. Sangkar tetap untuk mengurung, sekalipun sangkar emas. Kilauan sangkar emas, suara berlagu merdu, bukanlah kebahagiaan tekukur yang terkurung tetapi buat tuannya yang mengurung.
Ah, cinta kita kekadang begitu. Kita ingin memberi kebaikan yang diingini oleh kita bukan yang diingini oleh pasangan kita. Apa gunanya sangkar emas, makan-minum yang mewah, kemampuan berlagu, pada tekukur yang dibelenggu? Kalaulah terkukur boleh bersuara, dia akan berkata, “jika benar kau sayangkan aku wahai tuanku, bebaskanlah aku.” Walaupun tertukur tidak mungkin bersuara, tetapi tuannya pasti tahu, bahawa keinginan atau naluri setiap burung adalah kebebasan. Tidak sukar memahami dan merasai jika kita benar-benar mencintai. Bukankah kekasih sejati itu selalunya bertindak memahami dahulu kemudian baru difahami?
Betapa ramai isteri yang dikurung dalam villa atau istana, yang dilimpahi intan dan permata, diberi segala dan semua… tetapi dinafikan suara hatinya. Betapa ramai pula sisuami yang dijaga makan-minumnya, disiapkan pakaian dan segala keperluan lahirnya, tetapi sering disakiti dengan kata perintah, rajuk dan amuk oleh isterinya. Pelik, ketika suami belum pulang, segalanya dirisaukan. Sudah makankah dia? Kenapa lambat, rosakkah keretanya? Agaknya bagaimana dia di permusafiran? Sakitnya? Letihnya? Semuanya seakan menghantui perasaan siisteri. Tapi bila suami yang dibimbangi itu pulang… belumpun melangkah pintu, sudah dihambur dengan wajah masam mencuka, sudah dileteri dengan kata-kata yang berbisa.
Sudah lama tidak ziarah ke rumah mertua. Sisuami tahu hakikat itu. Boleh jadi sudah berbulan-bulan, boleh jadi telah bertahun-tahun. Siisteri memendam rasa. Ingin bersuara takut disentak. Ingin meminta gerun dibentak. Boleh jadi akan ‘diboikot’ dengan diam memanjang hingga ‘mode silent’ begitu menyiksakan. Keinginan isteri menjenguk ibu di kampung disekat. Tetapi kononnya kerana masih cinta, lalu diajak siisteri ‘ziarah’ ke ‘shopping’ komplek atau singgah di kedai emas, dibelikan subang dan rantai agar keinginannya pulang ke kampung halaman dilupakan. Jangan, jangan begitu, dahaga rindu bukan emas dan perak galang gantinya.
Belajarlah membebaskan, bukan mengikat sewaktu bercinta. Khususnya, bagi pasangan yang telah lama berumah-tangga, prinsip ini mesti difahami sebaik-baiknya. Apabila usia perkahwinan semakin meningkat, tidak ada lagi cinta berapi berasaskan keinginan biologi dan fisiologi. Yang mampu bertahan ialah rasa cinta yang sebenar – cinta yang melepaskan bukan mengikat. Ketika warna sebenar (‘true colours’) pasangan kita semakin terserlah hari demi hari, mampukah kita bertahan lagi? Bolehkah kita bersabar atas kelemahan dan kekurangan pasangan yang ketika itu sudahpun masuk belasan bahkan puluhan tahun kita hadapi?
Sudikah kita memberi peluang kedua, ketiga bahkan tidak kira kali keberapun untuknya memperbaiki diri? Jika sudi, benar kita masih cinta. Namun jika jemu, jika enggan, jika bosan itu petanda kurangnya rasa cinta. Ingatlah, jika pasangan kita ada karenahnya, apa kurangnya kita? Jangan kesabaran kita sahaja yang diperkirakan, kesabaran pasangan kita terhadap karenah kita juga wajar dipertimbangkan. Ingat selalu, suami adalah cermi siisteri dan begitulah sebaliknya. Hubungan kesalingan ini menunjukkan bahawa bagaimana perangai dan akhlak kita maka begitulah perangai dan akhlak pasangan yang ditakdirkan untuk bersama kita!
Jadi, jangan cepat menyalah atau mengalah, sebaliknya banyakkan muhasabah diri. Sedarlah bahawa kelemahan ataupun keburukan yang ada pada pasangan kita itu sebenarnya, bukan sahaja tidak diingini oleh kita tetapi juga oleh mereka. Mereka pun pada hakikatnya sedang berhempas pulas untuk mengatasi kelemahan atau keburukan itu. Kalau begitu, adalah lebih baik sekiranya kita membantu daripada ‘membuntu’ mereka.
Malangnya, hal diatas jarang berlaku. Kebanyakan orang tidak sabar dengan karenah pasangan mereka. Keceriaan dan ketenangan hidup terasa semakin terhakis oleh tabiat buruk pasangan. “Abang, saya hilang bahagia kalau abang berterusan marah-marah begini.” “Kalau you buat muka masam macam ni, I tak da pilihan. I terpaksa keluar ‘enjoy’ dengan kawan-kawan.” Kekadang suara begitu diperdengarkan. Tetapi acapkali dipendamkan. Kata-kata itu atau yang seumpama dengannya membayangkan penuturnya hilang ‘interest’ dengan pasangannya. Kata orang, habis manis sepah dibuang. Padahal, telek-teleklah kenapa suami puan muram, kenapa isteri tuan masam… Mungkin akibat beban kerjanya dipejabat. Mungkin impak perangai anak-anak di rumah. Atau yang lebih parah lagi, mungkin kerana karenah puan atau tuan sendiri. Masya-Allah.
Kita akan membuang barang yang kita miliki sekiranya barang itu hilang fungsinya. Kalau sesuatu itu tidak membawa manfaat kepada kita, apa guna lagi untuk meyimpannya? Begitulah cinta kalau tujuannya hanya untuk memiliki. Tetapi kalau cinta itu bukan untuk memiliki, kita akan terus cinta tidak kira apa jua keadaan pasangan yang kita cintai itu… Barang yang hilang fungsi bukan untuk dibuang, tetapi untuk diperbaiki. Begitulah sikap sebenarnya seorang isteri atau suami apabila berdepan dengan keburukan atau kelemahan pasangannya. Demi cinta, dalam diam-diam suara hati mereka membisikkan, kalau aku tidak dapat apa yang aku sukai, aku mesti belajar menyukai apa yang aku dapat!
Ah, betapa hebatnya sebuah kisah cinta seorang ahli sufi terhadap isterinya. Kisah yang menyebabkan saya termenung dan merenung begitu lama. Pada hari kematian isterinya barulah masyarakat tahu bahawa dia sebenarnya bukanlah seorang yang cacat… Dia hanya ‘berlakon’ cacat hanya untuk menjaga maruah dan harga diri isterinya yang benar-benar cacat. Berapa lama dia berlakon begitu? Puluhan tahun! Subhanallah. Itulah cinta yang sebenar. Cinta yang melepaskan belenggu psikologi, penjara jiwa dan rantai fikiran yang boleh menghilangkan kebahagiaan daripada diri pasangannya.
Tidak ada cinta seikhlas cinta Allah. Allah yang Maha Kaya itu tidak memerlukan sedebupun manfaat daripada hamba-Nya. Dia Al Qawwi, Dia Al Ghani… Tuhan maha Perkasa dan Tuhan maha Kaya, Tuhan tidak memerlukan kita sebaliknya kita yang memerlukan-Nya. Justeru, cinta-Nya benar-benar suci kerana hakikatnya Allah tidak inginkan sebarang balasan ataupun ganjaran.
Ya, Allah memang memiliki… tetapi DIA bukan membelenggu. Cinta-Nya membebaskan. Untuk bebas dariapada memperalatkan dan diperalatkan oleh cinta, jadikanlah cinta Allah sebagai asas dan di atas segala cinta. Jangan jadi sandera cinta, walaupun kepada isteri atau suamimu!
part yang cinta itu bukan untuk memiliki sungguh membuatkan aku tersedar dan..betul betul.dan bestnya kalau dapat pasangan yang terima kita baik kurang semua kan.bukan yang tahu kelemahan kita yang dia sendiri pun tak suka.pastu tinggalkan kita je.tak tolong kita pun untuk baiki diri kita.kita pun bukan nak hidup dengan kelemahan kita tu kan.kadang kadang kita sendiri cuba untuk perbaiki diri.tapi nak buat macam mana kan.kesian kan? 
so aku nak carik lelaki macam abang wahyu.hehehe.kononnn je kau kan ecah.
ok semua.esok keje.sekarang waktu tido aku bermula jam 10 setengah.penattt. T-T
xoxo. =D

Feb 4, 2013

Internship story : First day yang ohsem

Assalammualaikum.


'semangat aku yang membara sekuat semangat bercinta!'

ewah.ok uolls.hari ini adalah hari pertama aku berinternship.semangat membara bara.sekuat semangat bercinta kan.haa...ok hari ni aku intern di syarikat Y dekat semenyih.kena bubuh kod kod.nak jujur sangat.macam berat hati je.haha.syarikat Y adalah  sebuah kilang  yang membuat bateri kereta.jauh nun di semenyih sana.sungai lalang.jauh kot.serius.

so jam 8 pagi aku setel hantar mak aku ke bandar teknologi.so drift ke semenyih.aku target  8.15 sampai syarikat Y.alhamdulillah.sampai jam 8.15.aku bertemu janji dengan puan M pada jam 8.30 dilobi.so bila duk menunggu.receptionist bagi borang kerja untuk diisi.ok ikut procedure katanya.ok aku benci isi borang.

dan aku amik masa yang lama untuk mengisi dengan tenang.

bila dah setel.receptionist call puan M.puan M datang ke lobi bersama puan A.so briefing sikit pasal syarikat Y dekat discussion room.amik gambar aku sekeping sebagai kenang kenangan.ok tipu.sebagai simpanan HR.pelik.kenapa amik gambar sendiri? tak nak mintak kat aku.aku banyak kott gambar diri sendiri.haha.

so aku diberi punch kad.puan M terkejut aku reti guna punch kad.=.= pelik.aku pernah keje kott.tapi rupanya.dorang tak guna punch kad.dorang guna.thumb print.so untuk intern student.kena guna punch kad.ok je.ai ok je kan.

so aku dibawa ke pondok pak guard.ni pak guard ni.aku dah cakap aku student intern.tapi dia still bagi pas visitor! dan amik lesen aku! sampai aku sendiri tanya "are u sure" bila dia sibuk nak lesen aku.so puan M mintak balik lesen aku dan ajar aku punch kad.ok baru aku faham soalan dia yang seakan kagum bila aku tahu guna punch kad.

rupanya punch kad machine dorang super old fashion.zaman 60 an kot.mentang mentang semua workers guna thumb print je.so old fashion machine tu.khas untuk student intern.sedih.sungguh vintage.

so aku dibawa jumpa ke superior aku.macam penyelia la.department health and safety ni.iaitu Mr I.Mr I serius sempoi.berkau aku je.aku pulak segan.tapi aku terus berincik incik.rasa lah gap sikit kann.nanti tak ada gap.aku buat macam kawan.pening pulak dia karangg.dipendekkan cerita.Mr I bawak aku keliling kilang.hurm.

120% lasak.totally bukan diri aku.dan aku boleh adapt dengan situasi itu.Insyaallah.

oh ya.aku intern dibahagian safety and health.dengan jawatan safety and health officer.tapi Mr I sibuk cakap aku exec.aminn.moga moga suatu hari nanti termakbul doa itu.kekeke.so bidang kerja aku kat syarikat Y adalah..bagi safety training, buat observation  kat tempat kerja terutama potential hazard dia, fire extinguisher dia berfungsi atau tak, tengok pekerja dia pakai personal protection equipment (PPE) tak? selalu lah turun padang nak tengok pekerja ikut peraturan tak.aku rasa dah macam pengawas sekolah je..=.= sape tak follow procedure atau ada keadaan yang boleh menjadi sebab berlakunya kemalangan.kita amik gambar dan email kepada department itu untuk amik tindakan yang kita nak.incase ada berlaku kemalangan.aku kena rekod data tu dan amik tindakan susulan.secara keseluruhannya.kerja aku adalah menjaga keselamatan pekerja la.so that kadar kemalangan ketika bekerja diminimakan.

120% lasak.kenapa lasak? sebab ini adalah kilang bateri.so ada 8 department untuk production tak silap.besar kilangnya.tapi tak penat sangat lah jalan.banyak guna short cut.environment dia lasak.panas.acid.lead.licin.bla bla bla.tapi tak mengurangkan semangat aku untuk bertugas dengan dedikasi disini.ai like this feelings.serius.dan gaya dan penampilan aku bekerja.tak sama macam korang nampak aku ke majlis kenduri kawin atau aktiviti meronggeng.

hazard dia.tinggiii.pada pendapat aku lah.

aku dibawa melawat semua department.dari kawasan scheduled waste sampailah ke warehouse sana.macam macam soalan yang Mr I tanya.lagi lagi pasal scheduled waste.Osha Act.oh banyak lagi.bau chemical sangat kuat.mujur aku dibekalkan mask.safety shoes diri sendiri provide.eksyen 5 saat dekat Mr I sebab safety shoes aku lagi canggeh dari dia.haha.aku didedahkan dengan bahaya dan masalah bagi sesuatu department tu.oh kat kilang ni.dia separated kan antara safety dengan environment.ada department lain untuk environment.entah la.aku pun tak faham.lepas 3 bulan baru faham kot.

so dalam jam 11 lebih.habis melawat.serius balik ofis aku ngantuk tahap dewa punya.nak nangis sebab nak tunggu jam 1.cemana ni? ngantuk sangat ni.then kakak aku call.tapi guna telefon ofis.call orang meja sebelah aku.cik D.dia ajak makan jam 12.ouh rehat jam 12 yeee.yayy! alhamdulillah.selamat dari tertido dekat meja sendiri.oh ya.aku intern di tempat kakak aku berkerja.senang.balik sama pergi sama.tapi yang tak bestnya.satu kilang tu kenal.nampak aku.terus cakap.

'ni adik ayu ye?'

dan sebab fizikal aku dan rupa aku yang lebih berisi dan matured dari kakak aku.eceh.so aku dikonklusikan sebagai kakak pada pandangan pertama beberapa orang.

lepas waktu lunch.solat semua.aku cakap dekat Mr I.

'tak ada ape ape nak buat ke?'
'ada..banyak..jap ye'

sekali dia bagi aku satu accident form.satuu dulu.means that, kalau ada accident.kita rekodkan dalam form tu.ada incident form dengan investigation form.memula aku study dulu pasal senarai accident berlaku tahun lepas.scary 5 saat.major? minor? oh maii..takut lah accident berlaku kat sini.

aku diberi sebuku fail.untuk aku isikan data accident dalam form tu.menarik.baca baca report accident dan masukkan data dalam borang accident untuk diberi kepada HR.so esok.aku kena turun kat setiap department yang ada sejarah accident tu.jumpa bos department masing masing.eksitedd.dan lebih eksited bila kita pura pura busy dan penuhkan meja.ai like sepah sepahkan meja.so macam busyy je.haha.poyo kan? poyo gilaa.

aku tak sabar untuk activity bagi training kepada workers.ai like berlakon lakon sebagai cikgu.dan tak sabar nak pura pura garang dekat nepal-lian tu.eh sukahati aku je lian lian kan mereka ini.

ada akak tanya.ok tak hari ni.aku jawab.

'setakat hari ni.ok la.huhu'

then aku fikir.macam teruk je ayat tu.hukhuk.semua orang baik.ai like.aku bukan pendiam.aku cuma jarang berborak.lagi lagi bila duduk kat meja aku.sebab aku tau diri aku ni kalau dah berborak.lupaa semua.so kita kawal.kena kawal! so kita kurangkan borak.buat kerja.sampai ada jiran sebelah meja takut nak borak dengan aku,sebab muka aku serius dan garanggg.aduan hari pertama ini diterima dari kakak aku.jiran sebelah sempat cerita kat kakak aku.ini sungguh no komen.cepatnnya! relaks la.baru hari pertama kott.yu tak kenal ai lagi maa.nanti dah kenal.tak terlayan pulak nak borak dengan aku karangg.haaa..

secara keseluruhannya.ai like this.sungguh ohsem perasaan ini.tak adalah ohsem sangat pun kan? biasa je buat kerja.tak adalah ohsem macam naik helikopter untuk usha satu kilang dari udara.kononn.tapi best lah.semangat semangat! semoga terus bersemangat untuk bekerja sebagai safety and health officer dengan membaranya sekuat semangat berchenta gitew.tak habis habis tagline ni.sesuai kan.oklah.nak siap siap untuk selip.sekarang kena tido awal tau.esok second day.tak sabar aktiviti esok.wish me all the best ya.hehe.

xoxo! =D

Jan 31, 2013

Fyp story: Aku STRESS!

Assalammualaikum! 


ok first of all.aku stress! hari ni aku stress! hari ni ada urusan fyp aku.aigoOo.aku kalau pasal fyp ni memang runsing hati sikit.actually tak runsing sangat.eh tipulah tak runsing sangat.ok runsing sikit.eh yeke? eh diamlah! pening pening!

ehem.

ok.semalam tiba tiba teringat pasal sv aku nak tanyakan other lecturer pasal koordinat untuk men-digitize-kan map aku.dan mesej dia.tanya perkembangan.ewah.aku pulak tanya perkembangan kat sv.bukti keterukkan fasa 1 disitu.dan sv aku pun pening.dia tak tau pasal menda menda ni.huahua.sungguh kasihan diri ini.so dia pun suggest aku jumpa dia.ok je.ai ok je.even terpaksa batalkan temujanji istimewa dengan my flen ayu.

so jam 10 lebih aku gerak dari rumah ke shah alam first.sebab nak ke fasiliti untuk mintak map uitm shah alam.ok procedure untuk menggunakan GIS dalam kajian ini adalah peta dan data.peta sebab kita nak buat digitize map nanti.mesti korang tak tau kan GIS tu ape? ok GIS ni satu software yang awesome gilers sampai pening kepala.actually aku tak tau la awesome cemana.tapi lately banyak la pape kajian yang mesti ada related dengan GIS.ok macam ni.next entri aku akan pastikan aku terangkan pasal GIS ni sikit ye.malam ni tak leh.otak aku dah hang.asik hang je ni.kena tambah ram dah aku rasa.

so pagi tadi aku pergi pejabat fasiliti.untuk pelajar puncak alam yang langsung tak tau jalan pasal uitm shah alam ni.aku terkial kial sikit.ok aku pergi sorang je.nak ajak kawan.sian pulak nanti depa.kena tunggu aku lelama.padahal.urusan fyp yang boringg.so tanyalah pak guard kat pintu depan.dah terangkan banyakkk kali kat aku.mujur sabar.dah 2 kali aku ke sana.tanya jalan.semuaa sabarrr gilaa.sebab aku keep on tanya balik.pastikan balik.huhu.thanks ya pak cik! tapi pak cik kali ni tak best.dia tak tolong aku tengokkan kederaan yang nak masuk.supaya aku boleh hepili reverse itu kereta.ah takpela.

ok teruskan.

jalan ke fasiliti? senang kot.terus jeee.alhamdulillah selamat jumpa.parking? kalau senang jumpa parking.tu bukan uitm shah alam. =.= see.betapa aku benci masuk uitm shah alam.

pergi pejabat fasiliti.just 5-10 minit je.bodoh kan.rasa nak menyumpah je.aku call kata kena buat surat tak.beria cakap takkk.datang jeee.aku pelik gak mulanya.tapi pergi jugak lahh.lepas tu tanya peta berkoordinat ada tak? tak tau pulak.lepas tu suruh buat surat kalau nak peta.ai hate this.serius.huh.

tak nak buang masa.aku lepak ke ibu pejabat polis bantuan.dah pergi sana.parking aku macam haram je.gangster gila.sedapkan hati.kata takpe.kejap jeee. =P actually pergi ibu pejabat polis bantuan sebab nak fahamkan beberapa maklumat yang aku tak faham, tak lengkap dan bla bla bla.so pergilah.tunggu puan B.ok kita namakan dia puan B ye.puan B tak ada.dia pergi beli makanan.ok tak ape.ai tunggu je.takkan nak merajuk terus balik kan? eh apekedehal aku nak merajuk pulakk.

aku menunggumu puan B.

ok geli.so tak lama tu puan B datang.huah lega.so aku pun tanyalah macam macam.ok runsing disini.data aku ada hanya 3 tahun.aku rasa tak cukup.masa saat aku menaip entri ni.aku runsing fikir soal data aku.kenapa 3 tahun je meh? puan B kata tu je yang ada.yang lain lama dahhhh.ok serius.ai hate this episod 2.huargh.next time aku kena desak puan B untuk pastikan dia bagi data 1 tahun o 2 tahun lagi.

so berbaloi sikit kedatangan aku ke ibu pejabat polis bantuan.sebab ada maklumat yang dah jelas sikit.mesej sv untuk komfemkan keberadaan dia di uitm puncak alam.dia lupa pasal aku.ok sedih.dia beria suruh aku datang petang kottt.ok tak ape.aku batalkan niat jumpa dia.aku terus roger encik adon.encik adon adalah orang yang bertanggungjawab untuk mengajar aku guna GIS, bagi aku software GIS.so aku jumpa dia untuk tanya pasal koordinat peta aku.sebab ai tak tauu nak carik mana dah.tapi sebenarnya aku nak yang dah siap je.senang sikit.kekeke.

masalahnya.aku tak tau ke menara saas dari pintu belakang.which is dari seksyen 7.pening.sebab dulu aku dari pintu depan.so sekali lagi.kita tanya pak guard la ye.macam biasa.banyak kali dia terang.tapii.aku silap cakappp.aku cakap nak ke fspuuu.dah masuk kete.dah jalan.baru aku terfikir.eh? nape aku nak pergi fspu? bukan nak ke menara saas? huaaaa.bukti kena tambah ram sudah jelasss dan makin jelasss.

takpee.kita relaks relaks je.teruskan jalan.guna jalan yang pak cik tadi terangkan.so aku tekad tanya je lah sape sape.so aku nampak kelibat 2 manusia yang bakal jadi mangsa penunjuk arah aku.dia terang.dan aku tak faham.serius.last last aku tumpangkan.sebab mereka pun nak ke menara saas.yayy! 

oh ya.mereka lelaki.kekeke.so aku pun banyak lah tanya.banyak pulak cakap aku ni.tak malu kan.aku tanyalah.buat ape? bukan cuti dah ke? bila grad? thesis pasal ape? kos ape? ah banyak lagilah.sampailah jumpa menara saas.actually boleh parking kat dalam.tapi aku degil.

'eh tak ape lah.luar ni je lah.takutlah parking dalam.'

budak tu kata kena jalan jauh sikit.aku kata.tak ape.its ok.tapi lama lama aku fikir.ke budak tu yang nak kata dia kena jalan jauh? hishhh ko ecah! tak baik buruk sangka! ok maaf maaf.tempat aku perking tu tepi jalan.tempat sama masa 1st time aku datang.dan ok.kalau suruh aku ke sana lagi.serius.tak ingat jalan.

masalah koordinat setel.tapi kena teliti sikit.sebab guna google earth kan.so nak tau kat peta dengan kat image google earth tu sama tak.so encik adon yang tunjuk sikit.so dengan terkejutnya.barulah aku huahhh senangnya! ni plan B.plan A aku kena carik kat fasiliti.plan C teruk.tapi plan ni la yang encik adon rekemen memula.terus aku tanya.

'ada yang senang lagi tak encik adon?'

bhahah.siud je kan? aku ni tak tau lah.kadang kadang terlebih selamba sangat pun susah.aigoOo.tak faham dengan diri sendiri.so ada..which is guna google earth.tu yang terus 

senangnya! huiyooo tak tau la pulak sayaa!

ni lah manusia malang yang tak tau menggunakan teknologi semasa.so en adun bagi peta yang dia ada.dia suggest amik je peta kat fasiliti.tapi in case tak ada.boleh guna peta dia.aku dah.

'tak ape kan guna peta encik adon? tak ada masalah kan? hehe.'

=.= sukahati je kan? orang tu cadang suruh pergi fasiliti amik.buat surat bla bla.aku cadangkan gitu je.

so hal koordinat setel.encik adon kata kalau dah jumpa koordinat semua tu.datang untuk convertkan long length dia.aku pulak blur? ape tu? oh tu maksudnya longitude dalam peta semua tu.convert kepada ape ntah MROS? Eh entahlah.lupa dah.tapi masalah disini adalah! next week aku dah nak pergi intern.setakat carik koordinat tu.kachang je.nak jumpa untuk convert tu yang maleh tu.weekdays pulak tu.so kena ponteng keje la ni ye? amboih.kalau nak ponteng.bukan bulan pertama ni la maksudnya.bulan pertama kena baik baik dan bersungguh sungguh.serius semangat nak berintern.sekuat semangat bercinta! ewah! 

so nak balik tu.aku terserempak dengan budak lelaki dua orang yang tolong aku tu.wuiyoo.macam dah lama kenal pulak.terus aku tanya dah setel ke? pastu offer nak balik sekali boleh je.haha.dorang kata ada keje nak setel lagi.oh okay.terus jerit.

'thanks tau tadi! hehe'

tapi bahaya sebenarnya main angkut je orang untuk tunjukkan jalan ni.pada aku la.sebab aku suka imaginasi pelik pelik sikit.so aku fikir.bahaya tadi tu.kalaulah nasib aku tak baik.orang yang aku angkut untuk tunjukkan jalan tu adalah mereka yang berniat jahat.huish! bahaya bahaya.tapi tadi naluri aku kuat mengatakan mereka nak tolong.amboih ayat.naluri gittew.dorang muka pun baik je.pakai beg galas belakang.so boleh la tu.aish! boleh pulak tengok luaran macam ni je.nonono.ape yang aku boleh simpulkan.aku bernasib baik.jumpa orang baik.

tapi masalah sekarang adalah data.aku tak sedap hati dengan data.aku ada data 3 tahun je.ok actually.data ni depends on objective kita.kalau kita nak tengok pattern.pattern disease, accident contohnya.kena paling minimum adalah 5 tahun punya data.kita nak tengok eksiden tu meningkat atau menurun.so minum 5 tahun.maximum 10 tahun ke 20 tahun.kalau dalam kes aku.aku nak tengok kawasan.dalam objective aku.aku nak tengok kawasan yang berpotensi atau punya potensi berlakunya eksiden.so tak ada minimum tahun.cuma yang bagusnya.lagi banyak lagi bagus.ni lepas aku tanya encik nazri via fesbuk.

serius ini runsing.aku cekidaut balik jurnal aku.semua data dorang dapat dalam 4-5 tahun.tak ada yang 3 tahun.so memang aku kena paksa puan B untuk dapatkan lagi 1 tahun atau 2 tahun untuk aku.walau apa jua caranya.mustahil la tak ada kan? aku rasa ada tu..cuma adalah faktor faktor yang membuatkan dia tak ada.contoh...malas.eh? ya allah.tak baik ecah! ishhh.

ok ok.tak ape.just relaks and cool je.insyaallah ada jalan! don wori ecah! 

nite uolls.xoxo! =D


Jan 29, 2013

Perihal ini hari

Where there is desire 
There is gonna be a flame
Where there is a flame
Someone's bound to get burned
But just because it burns
Doesn't mean you're gonna die 
You've gotta get up and try try try
Gotta get up and try try try
You gotta get up and try try try

Assalammualaikum.

lagu tema untuk hari ini atau bermula dari hari ini adalah lagu berjuduk berjudul 'try' nyanyian pink.semalam gigih suruh haris analisis lagu ni pasal ape.hahaha.over.lagu ni sedap!

sedap macam ayam.

lagu ni menjadi halwa telinga aku dari pagi tadi.sejurus aku memulakan job aku as driver.yeah.love this job ketat ketat.bhahaha.geli.

rutin untuk 2 minggu yang pendek ini adalah.menghantar mem mem besor ke destinasi kerja masing masing.yang ni job wajib buat.jalan ke semenyih yang sesak menyampah sampai nak muntah muntah tu.aku dah pro dah.dah pro jalan short cut je pun.dah bajet pukul berapa keluar rumah, hantar mak kat taman teknologi dan menuju ke semenyih.ok aku bajet 7.50 keluar rumah.hantar mak 10 minit.selebihnya drift ke semenyih.

selalunya aku drive balik ke rumah selepas hantar ayu.dari semenyih.dan disebabkan radio rosak.jadi aku hanya bergantung harap pada henpong.satu minat pelik.aku tak suka dengar lagu banyak banyak.aku pening.aku suka satu lagu je.dan lagu ikut citarasa.lagu aku je.dan pusing sampai muntah.tapi selalunya tak pernah muntah.orang sebelah aku je yang nak muntah.tapi tak boleh mohon tukar.sebab nanti jejaskan konsentrasi aku memandu.

dia berbeza bila dengar lagu kat radio dengan henpon.radio boleh terima dia tukar tukar.sebab istilah radio.entah.aku pun tak faham dengan minda aku.ok lupakan.

so bila dah sorang sorang.pasang volume macam orang gilak.pastu nyanyi sama sama.orang kiri kanan jeles tengok kedamaian aku bawak kete.sure sesangat lahh.tabiat memandu.aku tenang tenang je.sape nak potong.silakan.sape nak cilok.silakan.sape nak bawak slow slow.silakan.kadang kadang siap monolog.

"ai tak rushing rushing.uolls lah.sila sila.jalan jalan."

mana lah tak sakit hati driver yang drive belakang kete aku.hehe.

ok tugas baru aku bermula hari ini adalah survey hadiah.actually sedey dapat job dari haris ni.sebab nak pergi survey sorang sorang? oh sungguh sedeh.macam kesian je jalan sorang sorang survey hadiah orang kawin..pastu nak mintak pendapat sapeee.jalan jalan sorang soranggg.sedey aaaa.haris kejam! rasa nak pengsan lepas dapat job ni.aaaaaaa.T-T so terus cek list name kat henpon.adalah beberapa orang yang bakal dipaksa teman.tak ramai actually.sebab most of them kejeee. T-T hurm! boleh la teman aku sekali untuk persiapan internship.hahaha.suppose nak ajak adi.adik laki aku.sekali nak tengok citer mama kamis ni.tapi dia laki.budak pulak tu.tak sesuai.tak sejiwa nak ajak pergi carik hadiah kawin.idea entah hape hape.silap silap berjam jam aku dengan dia kat paksen pulak.macam kes beli langsir dengan dia suatu masa dulu.

selain itu.pada hari ini.aku diamanahkan oleh emak untuk hantar syira ke sekolah.selalunya acik yang menjaga dia yang hantar.but hari ni.aku la hantar.sebab syira kata nanti aku dah keje.tak dapat hantar dia.ok.ai tak kisah.ai hantar je lah.akak mithali kan.ehehe.

tapi last minit.uyun nak hantar.naik motor.offer diri pulak tu.dah la tak mandi lagi.membuta je dari pagi tadi macam ulat.almaklumlah.dah empat hari keje kat billion buat shift full.so hari kelima which is hari ini terus berazam untuk berhenti.

entah hape hape.mak aku dah malas nak cakap pape.

aku tak heran sangat uyun tu.dia memang macam tu.sampai mak aku cakap.tak tau dah ape keje yang sesuai dengan jiwa dia.dia kata bosan lah.lain gilaa gilaa dari paksen la.of kos la lain wehhh.dah nama pun billionn.pastu komen pasal orang orang dia la.aku cakap.semua tempat sama je.tak ada yang luar biasa.

sampai aku cakap.

"next time nak keje kat mana mana, jangan tanya orang pasal keadaan tempat keje tu.jangan tanya "ok tak keje kat situ".keje situ dulu.baru boleh bagi pendapat sendiri.sebab kalau orang cerita sebelum ko keje.takut persepsi ko kat tempat keje tu dah lain.so tak ada semangat.tak ada mood."

then baru nak angguk and mengaku.pastu tanya aku.

"ko rasa keje kat speedmart taman jasmin ok x?"

dan masa ni aku rasa...ada yang kena pelangkung aku karangg.

hari ni bosan.sangat sangat bosan.aku tak tau ape masalah dalam diri aku.hari ini jenuh carik orang main badminton.serius.kalau gila aku dah sampai.aku sanggup ke puncak alam semata mata main badminton dengan haris.sebab semua kawan kawan keje.uyun pun keje.kalau nak main kat kota kajang ni pun.main sorang sorang.silap silap aku ajar baby *kucing aku* main badminton sekali.

tu baru gila sikit.

pukul 11 setengah syira balik dari sekolah agama.ponnnnn bunyi hon cik ape ntah kat depan rumah.bingit telinga ai.sibuk suruh syira tukar baju mandi semua.lepas tu syira suruh aku tengok buku dia.ok tak faham.pas kat uyun.uyun gelak gelak.tengok tulisan syira.mujur dia separa faham.

arahkan uyun masak ayam.

"uyun, gorengkan ayam.aku dah keluarkan.basuh balik.pastu bubuh kunyit.bla bla bla.."

membebel macam mak tiri cinderella.eh lupa.uyun memang cinderella.dalam sayup sayup aku dengar uyun panggil syira.

"syira, garam mana eh?''

aku tak heran.uyun memang begitu. =.=

lepas arahkan uyun.arahkan syira mandi.jangan pakai baju sukan lagi.pakai baju main main.sebab nanti kotor.suruh syira makan.dan siap siap.perasan syira tak pakai bedak.

''tak pakai bedak ke? pakai la.akak dulu sekolah.berlapis lapis bedak akak pakai.baru lah cun.pakai pakai."

uyun dengar dan sambung.

"entah.krim lah menda lah.geli je"

aku balas

''bukan krim la.losyen.hahaha''

dah siap siapkan syira.pakaikan perfume pulak.kena wangi wangi! baru lah semangat! sebelum tu pilih mana minyak wangi yang wangi.cilok ayu punya sweetheart.setel.syira adalah pewaris aku.dalam empat orang adik beradik perempuan.hanya dialah yang berminat sama macam aku.haaa.so..tula.kita kenalah didik dia dari awal.kekeke.

aku tanya bawak duit tak? mana duit? pening lah jadi mak ni.adoi.aku dah kembali membebel macam mak tiri.tanya mana dompet sekolah kebangsaan.cekidaut.dalam dompet kosong! mana duit??

syira:ish.mak simpan laaa.
aku: takkan la tak ada langsung.tipu lah.
syira: eiii kak ecah ni.dalam tabung la. *sambil carik tabung*

aku dengan uyun dah gelak gelak dah.budak kecik ni.semua kena cekidaut.kalau tak.sebatang kara pergi sekolah! nak makan ape ntah.

aku: bawak dua ringgit tau.
syira: syira dah bawak roti la.
aku: mana roti? bawak dua ringgit.
syira: seringgit je la.takkan nak suruh syira belanja kawan kawan.

aku dah arghhhhh.budak kecik ni.

aku: dua ringgit.bagi akak dua ringgit.

syira keluarkan duit dari tabung rm2 dan bagi aku.aku masuk dalam dompet dia.

aku: jangan belanja orang.kalau ada baki.simpan.kalau seringgit takut tak cukup.
syira: yelahhh

aku dengan uyun dah gelak gelak.kedekut gila budak kecik ni.aku tak pasti harga sepinggan nasi goreng berapa.tapi aku selalu tanya dia beli ape.dia kata dia beli kentang goreng je.nonono.tak bagus.sampai aku kena ingatkan dia.

"jangan beli kentang.nanti perut masuk angin.beli nasik tau! nasik goreng ke ape ke.no kentang kentang.ok?"

pening.ni baru jadi kakak kepada adik yang berusia 7 tahun.belum jadi mak lagi.aigOo.tu satu hal.ni hal dengan tukang hantar.lambat siap.hantar syira jam 12.50.tapi aku tengok jam 12.43 uyun masih tengok tv.

aku: uyun ko pergi siap siap sekarang!! ko ada 7 minit je dari sekarang.cepat!
uyun: alah yelahhh.

pastu aku sambung membebel.kalau dah dengar aku membebel.petaka la maksudnya.membebel yang version gelabah punya.yang beria.seolah olah 7 minit tu 7 saat.seolah olah syira masuk kelas 7 saat lagi.sampai orang malas nak dengar.lalu buat dan gerak.saje je taktik aku tu.huah.pening kepala.kelam kabut ai jadinya.suruh syira pakai stokin siap siap.

aku: ko hantar depan kelas! jangan depan pagar! tau! tau!
uyun: iyeeeee
aku: ko jangan lupa beli tanah liat! aku bagi rm2.baki 60 sen ko amik buat belanja.
uyun: iyeeee
aku: helmet syira mana? mana? cepat pakai *sambil amik helmet syira* pakai pakai.panas.kena pakai helmet.safety safety.ingat uyun! hantar syira depan kelas! 
uyun: iyeeee

beberapa minit kemudian uyun balik.

aku: ko hantar depan kelas ke mana?
uyun: foyer.ada perhimpunan.
aku: ok good.eh petang nanti jom main badminton.ko tak keje kan?
uyun: tengok lah.aku balik interview kul bape.
aku: ko ni keje bila ni? pening la ko ni.
uyun: aku nak keje hari ni.tapi orang tu suruh start esok.dia suruh rehat.
aku: ok cun.boleh la main badminton.belakang ni je.
uyun: tengoklah.nanti ko kalah pulak.
aku: bla la kauuuu.tolong lah.muntah aku.
uyun: eh ko tak jemur kain eh?
aku: eh ada kain eh? tak pasan lah.ko pun tak jemur apesal.
uyun: aku baru perasan.jemur kain weh! tengah panas ni.
aku: ala tau laaa.nanti lah.banyak keje ni. *sambil hadap lappY*
uyun: jemur kain weh.aku nak pergi isi borang keje ni.
aku: iyeeee.petang ni badminton weh.no badminton aku tak nak jemur kain.
uyun: jemur kain wehhhh.
aku: ala yelah! 
uyun: pergi klinik kena bawak ic tak?
aku: kena lah! ape tak kena pulak.ko ni ...*membebel* dengan pertanyaan akhir.ko nak pergi klinik buat ape?
uyun: aaaaa.jumpa dokter la.aku kan tak sihat.nape? nak amik ubat untuk tambah stamina kau ke? *gelak gelak*
aku: ko kann.heyyy tak ada masa! petang ni badminton! bawak motor baik baik! ko pergi klinik mana ni?
uyun: semenyih *gelak gelak*
aku: dah dah.balik cepat! badminton!

fuh pening.hari ni semua orang buat aku pening.aku tak dapat bayangkan macam mana aku jadi mak.huah.so aku kena carik suami yang tenang tenang air dilaut gittew.oh actually aku didesak jemur kain sebab nanti permaisuri balik *mak kami* semua keje dah setel.tak bocor lah rahsia yang jemur kan jam 3 petang.bhahaha.dalam famili aku.aku sangat popular dengan istilah kurang cergas.manusia paling lembik dalam rumah ni adalah aku.angkat barang kalau beli belah.tak larat.separuh jalan.pastu jerit.helppp helppp.selalunya uyun atau akak aku atau adik aku tolong bawakkan.sebab kalau aku bawak.sah sah lambat dan...slow gila jalan.tu yang beria gelakkan aku pasal ubat stamina tu.lembik like sotong sangat.sekarang beria nak bersukan sebab nak intern.so risau dengan stamina diri yang lembik.aku amik inisiatif untuk bersenam.tapi tak bersenam sangat pongg.selain tu bab lintas jalan.aku pun paling tak reti.paling lemah! selalu semua orang dah setel lintas.tapi aku sorang sorang tertinggal.ada pernah uyun kena patah balik amik aku.bahahah! kakak yang kasihan.tapi drive aku suka.ai love driving.kekeke.

ok semua orang dah menuju destinasi aktiviti memasing.i'm alone.so nak siapkan kerja! nak buat popia untuk minum petang.auwww rajinnya! sambil dengar lagu ulang tayang bertajuk 'try ' nyanyian pink.wohooo.

xoxo!

You've gotta get up and try try try~~~
Gotta get up and try try try~~~
You gotta get up and try try try~~

Jan 27, 2013

Hari yang sibuk.maybe.

Assalammualaikum.

hari ni sibuk.

asalnya pagi hari ini.aku faja katak dan ilyas dan kawan kawan mereka plan untuk menaiki bukit broga atau brogak.haha.so malam tadi dah mesej bertalu talu kat katak.macam mana plan untuk hari ini semua kan.malang sekali.satu mesej aku pun katak tak reply.so aku dan faja plan sendiri.kata kul 6 setengah.kita gerak.nanti suruh katak tunggu memana.

ok set!

pukul 5 setengah.henpon bunyik.berlagukan 'missing you' suara GD berkumandang.bising.tak ingat volume berapa aku letak.sengaja.untuk kejutkan aku lah kononnya.henpon berbunyi sebab mesej masuk.ditengah lalok dan mamai.aku gagahkan diri untuk diamkan henpon ittew.tengok mesej.katak suruh jumpa pukul 6.blerghh.setengah jam lagi ke? arghh.tiba tiba badan rasa sejuk sejuk.tiba tiba badan rasa tak larat.tiba tiba terus rasa sakit tekak.tiba tiba terus rasa nak demam.semua itu berlaku secara tiba tiba.pelik kan? aku pun pelik.

terkejut dengan mesej katak agaknya.

bhahaha.over.so aku terus celik mata.terus mesej faja cepat cepat.dan faja balas.woah.dah bangun jugak! aku cakap.so macam mana plan kita.nak follow katak atau sambung tido? sambung tido pun boleyy.aku cakap.

kahkahkah.

so faja cakap.tak ape.relaks dulu.pukul 6.15 dia akan mesej balik.so aku pun sambung tido tido ayam.

tepat pada masanya.faja mesej.kata sambung tido je la.ngantuk.dan aku balas.

ok cun.

bhahahaha.teruk gilaaaa kan.

so pukul 7 katak mesej.bising lagi.aish.sungguh mengacau.dia telefon mulanya.maaf la.aku bukan jenis mengangkat telefon.aku tak gemar.tak suka.haha.bila dah aku tak angkat.dia mesej.kata kat mana? 

dan aku balas.kami tak jadi pergi.nite uolls~

terus katak balas.

siuttttr.

jahat tak? jahat kan.sebab katak tak nak tolerate dengan kami.kami memula nak gerak jam 6 setengah.dia sibuk suh kul 6.so tak nak pergilah.minda tak set lagi untuk siap jam 6.so tak nak pergi.

sambung tido.bangun pukul berapa.adalah rahsia. =P

kemudian.ain hamdan call.ain belajar dekat kuantan.hari jumaat hari tu aku mesej tanya bila mau pulang kajang? dan dia sudah pun dikajang rupanya.cuti hujung minggu.jadi dia call aku pagi tadi untuk ajak lepak rumah dia.chit chat sebentar sebelum dia kembali pulang ke kuantan.

dan eksited.terus aku vroom ke rumah ain.rumah ain depan taman aku je.dekat.10 minit drive sudah sampai ma.

so borak sakan dengan emak dia.ain aku tinggalkan aje.haha.ain busy.dia masak ikan la sayur la ape la.buat santapan diraja untuk aku.weweitt.so borak la dengan emak dia.macam macam cerita.yang bestnya pasal intern.mak dia tumpang gembira aku dapat intern dekat semenyih.senang.dekat.bla bla bla.alhamdulillah.

mak ain pesan.dapat elaun jangan lupa bagi mak ayah duit.tak kisah bagi sikit pun tak ape.janji kita bagi.sejuk sikit hati mak ayah kita.kalau tak cukup duit lepas tu pun tak ape.at least kita dah bagi duit kat mak ayah kita.keberkatan.

aku angguk.tanda setuju.

kemudian sambung borak borak lagi.lama betul borak dengan mak ain.best.macam macam cerita boleh cerita.hehe.sampailah ain sudah masak.cerita belum habis.mak ain cakap jugak tentang ujian.aku tak ingat cemana cerita ini boleh termasuk dalam silibus.tapi nasihat mak ain.ujian akan sentiasa datang.so kalau kita teruskan berdoa, terima dengan tabah.so maksudnya kita berjaya.ujian lain lain.lain masa susah.lain masa senang.dan lebih berat selalunya waktu senang.sebab kita selalu leka masa senang.masa senang tu pun ujian.mak ain cakap jugak.jangan tanya 'kenapa kenapa kenapa' jadi macam ni.tak baik tu.

haa betul betul betul.

actually aku pernah jugak pertikaikan kenapa kenapa kenapa.jadi macam ni semua.teruk kan.nampak macam orang tak ada akidah je.so istighfar jugak la aku.

lepas tu kami dijemput makan oleh chef ain.kekeke.so kemudian sambung kisah cerita dengan ain pulak.macam macam.tapi tak dapat borak lama lama.sebab aku ada kenduri jam 1.kami berjanji untuk berjumpa lagi ketika cuti raya cina nanti.so peluk cium salam sayang ketat ketat.ok geli ayat ni.

petang tu pulak.main badminton dengan hani.janji nak pergi joging.tiba tiba hati terus rasa berdebar debar bila dengar ayat joging.takut badan jadi melarat.eh over.terus tak jadi joging.haha.

so kami decided nak main badminton.jam 5 setengah aku pin pin depan rumah dia.actually tak punctual pun.lewat beberapa minit.sebab teman mak pegi speedmart.kerjaya driver sungguh cool.i love this job.

so dah amik hani.kami menuju ke...tak tau nak ke mana.so pergi taman kajang prima.taman permainan dia.tapi masalahnya.kami tak tau taman dia kat mana.macam mana nak ke sana.

so jalan je la.

pelik kan.dua manusia ni.tak tau nak ke taman permainan yang terletak dalam kawasan operasi mereka.hampir nak tanya orang.haha.teruk gila.tapi malu la.jatuh la saham we oulls  kan.haha.

so jumpa.parking dan...jalan jalan.tak jadi main badminton.dengan alasan.kawasan berangin.weq.

macam macam cerita.masing masing nak lepaskan tension.perempuan biasalah.kalau tension.mulut nak bercerita.berborak bagai nak rak.tak putus putus patah kata keluar dari mulut.macam peluru.dari jalan jalan kat taman permainan tu.dari main buaian.dari duduk kat kerusi.sampailah kena kacau dengan seorang india.ok part ni scary.

kitaorang duduk dekat kerusi.sekali ada seorang india datang.dia berdiri kat pokok belakang kami.aku perasan.tapi buat buat tak perasan.sampailah hani yang perasan.yang india tu seolah olah nak membuang air.geli.takut.geram.eishhh!! bodoh tak? bodoh kan? lelaki india itu.

rasa tak selesa.kami bergerak menuju ke kerusi yang ada orang.ada budak budak.dan duduk.lelaki india tadi duduk kat kerusi kami duduk tadi.tak lama kemudian.dia jalan menuju ke tempat kami duduk sekarang.so dia berhenti dan cakap ape ntah.so aku fikir ada pulak gangguan seksual kat tengah padang tu nanti.so aku cha alip bot.cabot.bodoh betul india ni.kuang ajo betul.terus naik kete.vroom blah dari padang tu.sepoil aaaa.nak berkongsi kasih.cerita cerita.ish.tapi risau dowh.

sebab tu la aku sanggup joging kat bangi jauh sana tu,sebab ramai orang.tapi sini ada 3 orang budak budak pun dia berani datang kat kami.aish.takut! bodo betul.bengang sungguh aku.kurang ajar.

so sampai depan rumah hani.kami tak patah semangat.baru mulakan langkah untuk main badminton.semangat woi.baru beli raket dengan bulu tangkis tengah hari tadi.tu yang beria ajak hani main.hahaha.

best.puas hati.kita smash kuat kuat.mula mula takut.sebab yelah.lama pulak tak main badminton.so nampak bola dia melantun ke arah kita.so jadi..wowowow.what is this! takutnya.ada lah scene elak elak bola.entah hape hape.tapi serius puas hati.pukul kuat kuat.fuh.sungguh puas! tengah stress lagi puas.rasa pukul kepala orang je.haha.jahat.

aku puas hati.hani puas hati.

hani ajak masuk rumah dulu.ada air oren katanya.kelakar tak.tak tau kenapa aku rasa nak gelak bila dia sebut. "ada air oren".haha.so sambung story.pergh.sampai jam 9 setengah borak.teruk tak? teruk kan? hahaha.anak dara ape ni? 

macam macam kami bercerita.dari kisah dia pergi interview.dari kisah kerja dia kat cerdik.dari kisah dia dengan manager dia.dari kisah perjalanan dia ke shah alam.masing masing cerita perihal masing masing.sampai lah hani kata aku naif.lepas dengar cerita aku.sebab..aku terlalu cepat kagum pada orang.walhal.tak ada lah nak kagumkan sangat sebenarnya.aku pun tak tau kenapa aku macam tu.positif.optimis.naif.selalu pandang orang positif.hani suruh titipkan sikit perasaan negatif.sebab semua orang pasti ada liku masing masing.cuma tak tunjuk.sebab takut bila naif sangat.bila optimis sangat.bila positif pada seseorang sangat.kita akan jadi lemah dan rasa rendah diri dan rasa down pada diri.

ok noted! thanks hani! hehehe. after this ai will not menjadi too naive.hahaha.terlalu positif pun tak boleh jugak.betul betul.sibuk kan hari ni.hari ini aktiviti berakhir jam 9 setengah tadi.hahaha.aku ibarat YB hari ini.busy jumpa rakyat.ewah! 

ok nak tido.esok cuti.esok nak pergi joging.main badmintion lagi.weehuuu!!

xoxo.nite! =D