Pages

Jul 12, 2014

Jumaat kedua




entri ni dimulakan dengan lagu Am I wrong. best lagu ni. aku baru dengar petang tadi. terus pinjam laptop uyun nak donload. lap top aku lauya punya. sedang aku menaip. dia tukar tukar tempat. sampai aku ingatkan ada orang kawal aku keypad aku dari jauh. 

kahkahkah. 

drama MH sangat ko ni ecah. 

ok ok. Jumaat kedua berpuasa dan aku bercuti. hihi. cuti belaka.
cuti nak pegi interview. LOL. kekeke. siud je. tu memang tak la kan. haha
puasa kali ni puasa kedua aku 'sambut' kat syarikat Y. tahun ni penat dia lain macam. boleh dikatakan aku hari hari tido masa waktu rehat. tido yang memang ko tak sedar walaupun hanya 30 minit. haih. tak tau la kita yang tido tu sekali pakej dengan dengkuran ke tak.
T-T
nampak tak penat dia macam mana. aku rasa mungkin aku dah tua. so cepat benor letihnya. pui. orang tua kat syarikat Y tu pun tak ada yang kritikal macam aku. mihmih.
hari ni aku cuti. sengaja cuti. sebab aku nak setelkan hal yang merunsingkan jiwa semua orang. ke aku sorang je? huhu. untungla kalau semua orang tak runsing macam aku. maksudnya anda bertuah! lulz. 

hari ni aku setelkan insurans kete. dan road tax kete. road tax tak mahal. rm90 je. tapi buat runsing bila ko ada saman tertunggak. kahkahkah. gelakkan ecah! kena saman rm300 sebab parking kat depan metropoint kajang! 

T-T

aku menangis lagi. aku sendiri tak faham macam mana aku boleh pandai sangat parking kat situ. dah tu. polis plop yang saman aku. 

so pagi tadi pukul 7 lebih lebih sikit aku dah kol adik aku. uyun. dia dari puncak alam. da odw nak balik kajang. semalam baru habis final exam dia. so hari ni dia balik kajang. aku suh dia temankan aku setel semua benda hari ni. 

aku kol jam 7 dia kata jem. jem kat puncak alam. okay noted. jam 10 lebih aku kol lagi. tak sampai umah. dia tak angkat. hampeh. ok la tengah drive so tak boleh angkat. 

fineeeeeeeeee!

pukul 11 kot. dia hon berkali kali. aku tau la sape yang balik. siud je minah ni. malu tau. pompuan jakon mana yang hon hon kete ni. oh anak cik ahmad rupanya. 

aku ke petaling jaya seksyen 2. pegi sebuah bank yang popular disana. untuk mendapatkan geran. nak bayar roadtax ngan insurans punya pasai. gigih sangat. sebelum ni aku dah kol bank berkenaan untuk tanya pasal geran aku. dia pun bagitau la geran aku kat petaling jaya. aku pulak bajet masih kukuh daya ingatan. pegi la seksyen 2 PJ dengan versi yakin cakap kat adik aku. 

'orang tu cakap seksyen 2' 

beria punya ekpressi. 

ok kita pun pegi la petaling jaya. sampai cheras jem. jem gila babeng. tengok waze siap bagi sign merah. kita pun lalu la jalan alternatif lain. terima kasih waze. walaupun kadang kadang hang tak tau sebab apa mungkin faktor hp yang makin mentua. T-T *duit lagi*

dalam pukul 12++ aku sampai sea park. seksyen 2 la tu kot. aku tak tau la tu seksyen 2 ke apa tapi alamat dia SS2 so aku anggap tu seksyen 2. carik parking satu hal. carik bank tu satu hal. pusing bape kali pusing. sekali parking jalan kaki baru jumpa. hampeh. dah la hujan. pastu nak amik geran bukan cawangan tu plop. 

stress adik aku. 


so kami ke seksyen 14. yang ada Jaya supermarket. nyawa orang PJ kot. sebab dorang macam tak ada shopping mall je. ala jaya ni macam metro la kot kalau kat kajang ni. cuma dia standard sikit. bukan sikit. banyak sikit dari metro/metropoint kat kajang ni. bhahah. 

pegi bank dalam mall tu. salah lagi. bukan dalam mall. tapi luar mall. skill memandu memang boleh dibanggakan kot. dan nasib aku baik sebab ajak adik aku. dia seorang yang kuat daya ingatan. aku ni kaki tiru. kalau guna waze. aku hanya ikut apa yang waze bagitau tanpa analisis. jalan hanya ikut waze. so bila tak ada waze means ko malas nak bukak hp untuk guna waze. ko lost. 

ok ko tu boleh ditukarkan kepada aku. saya. means aku la. yang tulis blog ni. 

oh ya. keluar dari mall tu. terlalu eksited dah jumpa tempat. maka aku terlanggar divider kecil. berbunyi kau. tokojut den ha. adik aku geleng kepala. aku dah gelak gelak. nak kaver lettew. tak tau la siapa yang nampak kejadian malang tu. 

pusing balik area mekdi. alhamdulillah! dapat parking. tau tak area seapark dengan seksyen 14 ni punyalah susah nak parking. lagilagi masjid bulat tu. nak nak hari ni jumaat. bersepah! bersepah kete! stress akak! 

so urusan amik geran aku berjaya uruskan. aku takut jugak dia tak bagi amik geran. aku dah tawakal dah. datang dari jauh kot. sekali geran tak dapat. mau memberontak emosi aku. 

kekeke. 

lepas setel urusan geran. pegi putrajaya pulak. nak bayar insurans. masa ni adik aku dah berdengkur. jeles jugak aku. tapi tak pe. kuatkan semangat yew. balik macam biasa. pastu kat lebuh raya NPE tu aku masuk lebuh raya MEX. jauh jugak ye. dah la hujan lebat. jalan nampak tak nampak je. nasib balik tak jem. memula je kat federal. tapi masih terkawan la. 

pukul 3++ aku sampai putrajaya. aku ni bukan la selalu pegi putrajaya. pegi pun malam. so keadaan siang tidak la aku tau. aku pegi ofis takaful ikhlas. kat bangunan kewangan ke apa ntah. nak bayar insurans kan. 

ni satu kejadian yang membuatkan adik aku nak ketuk kepala aku.kitaorang dah naik ke opis. dah berurusan dengan orang tu. sekali dokumen yang dia nak aku tertinggal kat kete. adik aku dah pandang aku kecik besar kecik besar je. sampai dia cakap. 

'nape ko tak amik' - uyun
aku lupa. tadi aku dah pegang,. pastu aku rasa tak payah la.- aku
tepuk dahi *uyun*

nasib orang kat kaunter ok. dia suh aku amik dokumen dlu. sementara dia buat quotation. 

aku ngan adik aku turun, dan tiba tiba pintu tu hang. adik aku dah bising. macam macam hal hari ni. lalu aku pun tekan loceng emergency. nampak tak kepochi dia. selang beberapa saat. pintu terbukak dan guard tu tanya apekah aku tekan emergency bell. dan aku katakan Ya. dan dia membalas. oh situ selalu hang. 

panic i okay. pastikan kejadian ini tak berlaku lagi kepada newbie seperti saya. lulz.

dah amik dokumen. nak keluarkan duit. 

baruuuu nak keluarkan duit pulakkkk. semalam semalam tak nak keluarkan. kali ni baru tersedar oh ini bukan roadtax. ini adalah saman. jadi ini bermaksud. aku tiada masalah untuk membayarnya. dan ya. haruslah keluarkan duit. 

kenapa risau ada masalah membayar? sebab...aku ada saman parking kan. 

=.=''

ok cucuk la duit. dan! dan! overlimit pulak. mau uyun tak keluarkan statement ketuk kepala episod dua. bhahaha! aku tawakal je weh. cash aku dah la bape je. nyesal weh tak keluarkan awai. ape yang aku mimpikan. aku pun tak tau. 

naik ofis balik. akak takaful yang baik hati telah setelkan hal aku dengan baiknya. aceli boleh je ko nak suh agen yang buat. macam kebanyakan orang. cuma aku ni kan kedekut. nak dapatkan diskaun 10% punya pasai. tu pasal la gigih buat sendiri. huhuhu. 

alhamdulillah dapat bayar. kira amaun yang aku keluar baru je tadi plus beberapa helaian wang yang tersembunyi dicelah celah dompet ketika aktiviti menggeledah dompet sendiri berlaku tu cukup lah. 

lega ai. insurans ni yang selagi tak setel akan ganggu aku weyyy. 

jadi dabel lega dan syok dan ko rasa bangga dengan diri kau yang memang independent ni bila semuanya setel. tak ada delay dah. contoh duit yang ada tak cukup. so kena datang balik bayar. nonono. 

terima kasih kepada info info yang membantu aku suh buat sendiri. 10% jadi hak milik aku. bhahahah. 

nampak tak kedekut dengan mata duitan dia tu. lulz. 

bukn kedekut. 10% tu dua kali duit minyak aku kot. full tank. gila tak kedekut. so ni pengalaman aku la. pengalaman pertama memang penat sikit. pasni tak dah. expert dah. dah boleh dah bagi briefing kat orang. lulz. 

poyo gila weyyy

ok goodnoite! aku tido awal gila hari ni. pastu bangun balik pegi seven eleven beli air badak syira pastu kete yang pekak mana ntah aku hon banyak kali baru nak gerak. macam besar sangat pulak kete ko tu. siap reverse nak langgar aku. kita yang kerdil ni hon je la. apa peduli. 

aku rasa tu inspia. eksyen. pui. 

noite!