Pages

Nov 19, 2011

separuh beban ku pergi

salam.

fuh.untuk masa dan ketika ni.boleh la helakan nafas sedikit lega setelah tamatnya beberapa urusan yang menggugat emosi jiwa dan raga.sejak beberapa bulan lepas.ada je kerja yang kena buat.biasalah student kan?salah satu urusan menggugat emosi dimenangi oleh subjek industrial hygiene and safety.subject ni kitaorang ditugaskan untuk buat study.carik parameter untuk dikaji.carik local factory and international factory then compare parameter yang kitaorang nak kaji tu dengan 2 kilang ni.untuk group aku.major parameter adalah udara.kitaorang nak kaji kualiti udara dalam bangunan kat kilang tu.tapi secara tiba tiba kami disuruh untuk carik lebih dari 1 parameter.omaigod.no komen la.kelam kabut jugak lah.

alhamdulillah.minggu lepas satu urusan terbesar sem ni telah tamat.seminar untuk subjek industrial hygiene and safety.presentation dah setel but now kena bertungkus lumus siapkan report yang setebal kamus dewan bahasa mungkin? huhu.

perjalanan dalam nak siapkan report, analisis data, buat abstrak.hurm.sangat sangat mencabar.masa ni macam macam emosi dari ahli kumpulan aku dapat tengok.aku jugak tak nafikan yang aku turut terjebak dalam keadaan dimana emosi sangat sangat tak stabil bila berhadapan dengan suasana tertekan dalam mencuba untk hasilkan yang terbaik.sangat tertekan.betul.untuk masa masa terakhir.aku sendiri pun susah nak tidur asik fikir pasal kerja kerja kerja.masa ni rasa nak kunyah rokok je.hah.tidur pun tak cukup lagi lagi minggu lepas.memang sangat sangat penat.bak kata sir subra masa hari kejadian.cry n smile! ye word for that day adalah cry and smile.lagila berdetak jantung dibuatnya.

nak kata hasil kami baik.entah.tapi sekurang kurangnya markah untuk presentation kami tak dapat paling rendah la.standard harga je.haha aku bersyukur jugak dapat markah tu sebab semua kerja yang kami bentangkan adalah hasil pengubahsuaian dalam masa beberapa minit beberapa jam sebelum giliran kitaorang.haha.

biasalah.masa berahli ahli group ni.sangat sangat sangatlah banyak perkara yang kadang kadang buat hati kita atau hati seseorang tu terluka.memula memang aku susah la nak terima.cepat sangat melatahnya.tapi bila difikir fikir balik.dan cuba berfikir dengan positif seperti kawan aku hani.anggap je la ni satu proses pembelajaran dan mengenali ahli group kita dengan lebih dekat.aiceh.memula memang susah nak carik keserasian.mungkin for the next task.kami akan buat yang terbaik.huhu.

banyak lagi keje kami tau.huuu.menghitung hari betul dengan keje la dengan test la.haiya.macam macam.study week pun nak dekat dah.ni kira lega sikit la bila separuh beban dibahu dikepala telah pergi.

kepada ahli grup.aku mintak maaf sebab mungkin aku jugak tergolong dalam salah seorang yang emo emo masa buat kerja hari tu.huhu pape pun.tahniah semua sebab kita habis jugak present! yay!

esok nak pergi penang.tak eksited pun.huhuh.balik sini keje banyak bang~ duit pun tade bangg~

Oct 4, 2011

monolog

hai.nama saya norraisyah ahmad.saya berumur 22 tahun.saya belajar kat uitm puncak alam.saya amik jurusan kesihatan persekitaran dan keselamatan.kebiasaannya.saya gemar memanipulasikan jurusan yang saya amik bila becakap dengan orang.kadang kadang saya cakap saya amik fizik.kadang kadang mascom.kadang kadang nak tunjuk best sikit.cakap la engineer.jahat kan? bukan apa.saya tak suka nak terang lebih lebih kat orang ramai berkenaan kos saya.sebab ramai sangat tak faham.memanglah kita kena terangkan kat orang ramai apa kos yang saya amik.tapiiiii saya lagi rasa tak best bila orang tanya saya.

"amik kos apa?"
"environmental health and safety"
"hah?"
"kesihatan persekitaran dan keselamatan."
"oooo"

lepas tu orang orang ni akan diam dan terus ubah topik.seee.nampak sangat kan dorang tak tau kos apekah ini.kemudian saya akan rasa bersalah dan nak menangis sebab topik saya macam tak best dan tak diminati.sejak hari hari itu.saya berazam untuk tipu jurusan yang saya amik.senang hati bila orang faham apa yang kita cakap.betul tak?

besday saya? dah lepas dah.bulan tiga hari tu.15hb 3.kalau nak bagi hadiah.boleh boleh.belated besday punya la.tapi boleh je.saya tak kisah.saya ada twitter.blogger dan facebook.oh ya.myspace pun ada lagi rupanya.lama saya tak bukak myspace.apa kabarlah agaknya kawan kawan lama disana.twitter saya suka.sebab saya boleh buat sesi luahan perasaan serta kutukan kat sana.teruk kan? saya tak kisah.sukahati saya lah.tu kan twitter saya.betul tak? facebook? ada jugak.mestilah ada kan? facebook saya apa? ala malulah nak sebut.disebabkan saya minat kat salah sorang artis dari taiwan ni.so saya pun dengan gatalnya bubuh la nama saya dengan nama dia.aisyah achou.macam gabung gabung gitu.tapi tak maksud pape pun.saja suka suka.ada kawan kawan yang tak suka.diaorang kata kesian ayah saya.tapi saya tak kisah orang nak cakap apa.sebab ni kan main main je.janganlah serius sangat.bukan saya nak guna nama artis taiwan tu masa saya akad nikah nanti.nama kat kad pengenalan masih aisyah ahmad.bukan aisyah chou.orang panggil saya pun nama aisyah ahmad lagi.relakslah kawan kawan.

blog? lagilah malu.malu ke? perlu ke nak malu.saya tak tau kenapa saya bubuh nama tempoyak durian.tak komersial langsung kan? tapi nama blog yang tak komersial ni la yang saya berjaya sikit mengarang dan tambah follower dan macam seakan aktif sikit.nak harapkan yang lama lama? this is much much better.saya tak suka tempoyak.tapi saya sangat cintakan durian.pada saya.saya ibarat puteri durian.sebab bila makan durian sebanyak banyak mana pun.saya tak panas badan.baik kan durian terhadap saya.terasa seperti disayangi oleh buah durian.

saya anak kedua.dari 5 orang adik beradik.dulu kawan kawan saya ingat saya anak bongsu.anak tunggal.pelik.adakah saya nampak sangat kebudak budakan.ah.persetankan.saya kakak yang garang.cerewet.dan suka ketawa berdekah dekah.oh ya.juga kakak yang cuai.bila keluar dengan adik saya.mereka yang jaga saya.angkat barang untuk saya.saya tak buli.tapi sebab saya gemar berpura pura tak berdaya.over kan.

saya ada kucing.nama kucing saya yayang.yayang seekor kucing gagah tapi pemalu.dulu dia ada makwe.makwe dia selalu datang rumah untuk jemput dia pergi dating.ibarat perigi mencari timba.tapi malang.yayang dah tak betul.dia selalu menjerit jerit bila balik rumah.suara dia sangat nyaring.kadang kadang saya stress bila tengah tidur.kalah jam loceng.saya konfius.sejak kejadian kucing cantik datang rumah.dia semacam tak keruan.padahal dia tak menyukai kucing cantik tu.oh ya.yayang adalah seekor jantan.saya harap yayang berubah menjadi normal.dan makwe dia? hilang tak dijumpai.sudah mati mungkin.

status? soalan susah tu.in a relationship.dengan sapa? kawan sepergaduhan masa sekolah.so pengajaran.jangan gaduh gaduh.nanti lain jadinya.kalau saya stress.saya suka menulis.macam sekarang.tengoklah hasil stress saya.sebuah entri yang merapu saja.tapi tak kisahlah.janji dapat meneruskan semangat berblogging pun dah kira baik la tu kan.positif positif.selain menulis.saya suka bercakap dengan banyaknya kalau saya stress.okay.sebab sebab menulis banyak banyak.salah satunya sebab saya naak bercakap.dan tak ada sumber yang sesuai untuk saya ceritakan atau saya tak ada mood nak cerita kat sapa sapa.so saya merapu je la kat blog ni.kalau saya banyak cakap.99 peratus adalah angan angan kosong yang konon konon terjadi lagi 10 tahun.itupun kalau ada rezeki dan panjang umur.sangat hebat kan rapuan saya.

saya seorang yang suka marah.dan saya selalu sangat terlepas cakap.tapi muka saya berwajah tanpa perasaan.rasa teruk.baru perasan masa kerja hari tu.lagi lagi orang lelaki gatal.keterlepasan kata kata makin menjadi jadi.saya terlepas cakap.bukan sengaja.kira kata kata itu jujur dari fikiran.mujur tak jadi apa apa kan? bahaya.berbalik kepada marah.iye.saya cepat marah.percaya tak.harus.tapi masalahnya.saya cepat lembut hati.ini satu kelemahan.

saya tak suka lipat kain.saya harus cari bakal suami yang pandai lipat kain.eh bukan pandai tapi suka lipat kain.semua orang pandai lipat kain bukan.jikalau saya tak menjumpai bakal suami yang suka melipat kain.saya bercadang untuk membeli sebanyak mungkin almari besar dan container untuk menggantung baju baju saya.mudah bukan.tak perlu lipat.atau mungkin saya perlu beli mesin lipat kain? idea baik.saya tak pandai masak megi.pada saya megi adalah makanan yang paling susah untuk masak.ini berita baik kepada bakal suami saya.

saya suka simpan perasaan.tak baik bukan.

saya asalnya bercadang menjadi seorang cikgu bahasa melayu.cita cita yang paling teruk saya pernah cakap adalah untuk menjadi akauntan.macam mana nak jadi akauntan bila subjek matematik adalah musuh kita.nampak sangat cita cita nak best aje.

penulis novel? dulu la.sebab musim orang baca novel dan pertumbuhan penulis penulis muda yang sangat banyak.

okay.itu saja.babai.





Oct 3, 2011

manic monday

hari ni teruk! dah nama pun isnin kan? aku seolah olah tak percaya yang kena pergi kelas hari ni.over tak? haha bangun pagi rasa macam.ohhh tidakkkk.kenapa kena pegi kelas? haha sengal.padahal aku dah tidur awal kot.kul 12.tu pun dah gelabah sebab rasa dah lambat sangat aku tidur.kenapa aaku tak tidur pukul 11 tadi! hah macam tu pulak kan.

kelas pagi je aku dah terkapai kapai.bila masuk kelas kedua.kelas encik rahim.aku dah exhausted.bila lecturer aku cakap nak lepaskan awal.aku dah beria.sampai dia kata.nak keluar pukul 1 o 12 setengah? aku salah sorang yang tak rasa bersalah jerit.

"12 setengahhhhh~"

haha.kejam.kalau aku jadi lecturer dan dapat student macam ni.menangis aku. T-T

petang lab.lab IHS.masa ni rasa terkapai kapai.sebab apa rasa terkapai kapai untuk subjek IHS? sebab tiba tiba tadi kena demonstrate alat yang bakal kita guna.uhuhu.sepatah haram langsung tak faham plus tak reti guna pun.tapi kami berjaya larikan diri dari di paksa untuk demonstrate.

hari ni kira macam nasib baik.semua nasib baik.baru kitaorang terfikir macam macam.tulah.bila otak mula didesak.masa ni la macam macam terfikir.nasib baik jugak kitaorang jumpa balik lab assisstant.mintak pendapat semua.tanya senior.kebetulan senior ada di tempat kejadian so serbu je la akak amirah dengan abang afiq tu.

lepas jumpa.baru rasa ada sinar sikit.baru rasa macam ada lorong lorong cerah.hahaha.baru rasa semangat sikit.dorang kata benda ni simple.tapi kenapa nampak sangat sangat complicated? bijak gila diaorang.huhu.

berita baik selaku ajk publisiti.poster untuk seminar IHS.ajk montaj yang buat.hahaha i like this.so kitaorang just helo helo je.bila mau anta itu sama itu kedai buat poster? ahahaha.boleh la hembus nafas lega sikit.hahaha

lab IHS.aku dah kritikal sampai tak boleh kritikal dah.haha.kepala sakit pun jadi lagi sakit sebab kena betulkan macam macam.kena tengok macam macam demonstration oleh group lain.memang kena banyak kajian sendiri untuk faham IHS ni.yang aku pulak? macam syok sendiri.

petang tu memang masing masing dah kritikal.aku tak suka lab.aku suka lecture.sebab boleh sandar dan tidooo.hahahah =P

betul tak?

ok.kena buat essay mandarin.tajuk.menonton tv.huhu


Oct 2, 2011

bebel

hai! salam!

aku rasa lama sangat aku tak mengarang dekat sini.dah macam satu musim pulak.ramai yang tak update blog.haha.musim kat kawasan aku je kot.aaaaa.aku bukan malas nak menulis.kalau ikutkan banyak sangat yang nak kena tulis tapiiii busy lah.haha busy ke? eh mestila!=D

so dah 3 minggu rasanya kelas aku dah berjalan.secara keseluruhannya.aku risau.sangat risau.permulaan yang tidak baik.pada aku.aku seolah olah masih tidur.haha.over tak? jangan tanya aku sama ada aku sedang berdengkur ke tak.tu lagi over.hurm.serius betul.aku rasa aku tengah tidur lagi.teruk kan? macam entah.tekejut.blur.n banyak lagi.just imagine.ko tengah tidur.pastu orang kejut ko tiba tiba.hah! macam tu la aku rasa.aku rasa blur.blur yang tak tau bila habis.huhu aish.risau! =.=''

dengan subjek sem ni yang sangat sangat mencabar.buat aku lagi menggigil lutut.seakan satu habit atau perasaan fobia.entah la.tapi bila setiap awal sem je.perasaan nak quit belajar tu.menebal gila.haha ngok ngek pun ada.mood tu macam hilang.asik fikir nak kejeeee je.ok sejujurnya.aku memang nak semua ni habis dengan cepat.setiap hari.eh tak ada lah setiap hari sangat.selalunya la.aku akan kira bila nak habis.hoho.over lagi kan? kadang kadang bila dah tak fokus kat kelas tu.hah.mulalah.berangan.dan salah satu angan angan aku adalah.tempoh tamatnya semua ini dari berlaku.huaaaaaaaaa.oh masa.cepatlah lari dengan laju.

subjek paling busy sem ni dimenangi oleh subjek industrial hygiene and safety.aku rasa dah tepat dah nama subjek ni.subjek ni aku kena pegi lawat kilang.bukan takat lawat.kena buat kajian.perghhh.dah macam final projek.tapi bezanya.kitaorang buat kajian secara berkumpulan.nasib tak menyebelahi.aku dapat parameter yang aku tak suka.apakah dia? udara.huuu.nampak senang.tapi sebab da pernah tolong kawan dulu buat kan? so rasa macam.aaaaaaaa~ jumpa lagi kau rupanya! haaa.macam tu la lebih kurang keluh kesahnya.udara ni macam kita nak check kualiti udara tu.capai standard tak? contoh kalau ada gas co2 kan? hah.tahap co2 kat kilang tu.bahaya tak? kesan dia kepada pekerja? aaaaaaaaa.lebih kurang macam tu la.hahaha =P *see.tak serius lagi*

sekarang sibuk buat proposal.jumaat ni nak kena pegi kilang kecik.next weeknya berangkat ke kilang besar.adodoi.fening.tu belum habis.semua hasil kajian kitaorang.kena present.huaaa.tu yang gugupnya.entahla.cuma harap aku dapat buat yang terbaik.tapi masalahnya.aku malas la sekarang ni.oh ecah.bangunlah! bangunlah! *pelik je*

next subjek adalah env built n tech.ni kitaorang jadi macam arkitek.hahaha.geli pulak.tapi betul tau.kitaorang kena design satu kawasan penempatan yang env friendly.macam macam lah.dari rumah sampailah tol semua.yang ni nak terang.tak cukup satu entri.haha yang ni haris dah aturkan temu janju dengan kawan dia.just hope everything goes well.sebab beberapa minggu ni kitaorang tak habis habis dengan subjek IHS je.huah.subjek aku untuk sem ni.bukan 2 ketul ni je tau.ada tujuhhh semuanya.rasa rasa 2 subjek tak ada final.so 5 subjek la aku kena hadap masa final nanti.macam haris.aku pun nak doakan final cepat datang.hahaha =P

sebenarnya aku baru balik kajang ni.3 minggu gak tak balik.haha so macam nak balik la.amik selimut je kot.ahaha puncak alam ni dah macam genting dah.tapi kadang kadang je la.atau mungkin rumah aku je kot.haha bertuah kan? aku harap minggu ni aku berubah jadi kuat secara tiba tiba.kuat means bersemangat! bukan macam makhluk hijau! ahahahahah! 

ok.bai! 
  

Sep 21, 2011

morning.

dah masuk minggu kedua belajar.semester ni mencabar mental dan fizikal mungkin.macam biasa.dilemma awal sem.mood belajar tak sampai lagi.sebab tu selalu tak perform test,quiz and etc.assignment? no komen.rasa macam tengah tidur sedap sedap sekali kena kejutan yang amat dasyat untuk bangun pagi.sungguh lah tak bersemangat.

risau.

harap harap perasaan ni segera pergi.

oh ya.aku nak balik kajang.tapi tak adalah masanya.

minggu ni kenduri kawin rumah anis.sedara aku.yang vouge gitu.

bila eh nak balik?

kenduri kawin kak izyan mungkin.

laaaagi 2 minggu.

apa?

2 minggu!

aaaaaaaaaaaaaaaa

*headache* #over gila

Sep 8, 2011

kenangan

salam.

genap seminggu aku dah berhenti kerja.kejap je masa berlalu.semalam aku pegi tengok wayang dengan faja.citer hantu bonceng.kitaorang pun cakap hal yang sama.sekarang masa berlalu begitu cepat.raya pun tak terasa sangat.ke kitaorang je? haha masa beraya pun macam terhad.dia bz.aku bz.bz ke aku ni?

okay.berbalik kepada topik.

dulu masa kerja.tak sabar betul nak berhenti.hari hari menghitung hari.

timah: ecah! aku x sabar betul nak berhenti!

yang aku pulak.siap tulis hari kat buku 3 5.haha orang lain tulis untuk kira stock.tapi aku tulis untuk kira gaji n hari berhenti.kejam.

sepanjang kerja.macam macam pengalaman aku dapat.dapat pergi training dan sekaligus aku dapat kawan yang gila gila macam luqman dengan daoh.bila dah kerja jugak ni.aku kenal macam macam ragam orang.secara tak langsung jugak aku dapat faham keadaan persekitaran bekerja kelak.politik kerja sangatlah banyak.dan aku percaya cakap kawan aku sorang tu yang selalu pesan.jangan sesekali lunaskan kepercayaan kita kepada kawan.kepada kawan adalah 0 percent.tak mustahil kawan kita yang hari hari pergi kerja sama sama.makan sama sama.duduk semeja sama sama.kongsi air sama sama.akan khianat kita.

aku pernah jumpa situasi ni masa di tempat kerja.kaki ampu banyaak.sanggup tikam belakang kawan pun ada.pada aku.bila kawan dah tikam belakang kawan.ko berhak angkat kaki dari kawan dari orang macam tu.sekali dia buat.tak mustahil dia buat lagi.pada ketika ni.aku kesian dengan kawan yang setia pada nilai persahabatan.puiii! nilai persahabatan? nilai persahabatan takkan sesekali dicemari disebabkan hanya kau nak naik pangkat cepat.manusia pelik.

tapi kawan dia setia.tak kisah kawan dia buat apa je kat dia.dia pekakkan mata.butakan telinga.hebat.macam mana dia boleh jadi sekuat macam tu? dia boleh lagi bergelak ketawa dengan kawan yang tikam belakang dia? tapi akhirnya.dia naik jugak pangkat.kira misi kawan dia menjatuhkan dia.gagal sama sekali.aku suka yang tu.

orang cakap belakang? pergh.banyak gila.aku bukan yang jenis pilih kawan.tapi aku jenis perhatikan orang.kalau tengok dia suka bercerita.aku suka.aku suka dengar cerita.tapi ada had.bila dah bercerita.aku tengok dia cerita pasal apa.bila dah meleret.okay kita stop.aku blah atau diam.so for the next day.kalau nak lepak dengan dia.ajak orang lain.sebab aku fikir.kalau dia cerita hal orang kat aku.tak mustahil hal aku dia cerita kat orang? betul tak?

tapi bukan aku nak kata yang diri aku terlalu baik sampai tak pernah cakap pasal orang.semua orang pernah.kan? kan? haha.tapi sampai yang mengaibkan plus sampai berbaur fitnah.mau aku tak takut.huish.

pendengar setia.okay aku kena faham yang bukan semua orang boleh jadi pendengar setia.betul tak? mungkin dia jenis yang suka bercerita tapi bukan pendengar yang baik.dia mendengar tapi just untuk mendengar dan bukan untuk membantu.harap korang faham.tu jugak aku belajar.

masa bekerja jugak aku jadi macam jahat sikit.aku tak pasti jahat banyak ke sikit.tapi bila dah tak dengar cakap supervisor dan kadang kadang melawan.korang fikir apa eh? hurm.aku respek seorang ketua bila dia respek aku sebagai pekerja.bila dah mula kutuk belakang sape tak marah kan? means.aku buat salah.but ko tak tegur aku secara direct tapi cakap kat orang lain.seorang ketua akan dipandang ketua bila dia berani tegur anak buah dia.lagi satu.tegur bukan macam aku ni hamba abdi ko yang ko boleh marah sesuka hati kat depan orang ramai.jadi profesional.emosi perlu jaga.aku bengang bila ada kawan aku kena marah depan depan customer oleh supervisor.hello.macam ni ke cara tegur orang? pekerja pun ada air muka yang perlu dijaga.betul tak?

pernah aku diserang secara tiba tiba berkaitan dengan hal kawan aku tak datang.pergh.berasap aku.terus aku sound supervisor tu.aku pun tak sangka aku boleh marah balik.huhu sebab yela.orang tak datang bukan tak bersebab.ni nak serang serang aku macam aku komplot pulak.sapa tak marah.kalau pasal gaji tu.apela sangat.huish.at the end.amik hati aku balik.baguslah.tau rasa bersalah kan.

banyak kali kitaorang fight ngan supervisor.jahat tak? bukan jahat tapi nakal.nakal ke? tak dengar cakap.sampai kena tangkap dengan manager kan? hebat.sampai sekarang manager tu ingat kitaorang lagi.sebab kitaorang tak kenal dia.bagus.

customer? macam macam.dorang tak hormat kat kitaorang pekerja ni.jujur aku cakap.ko datang meden.buat apa nak perkhidmatan kelas atas? kalau nak barang branded.pegi la carik kat parkson.n jangan la ingat orang kerja meden ni.bodoh bodoh sumenya.ada je yang berpelajaran.tapi dorang tak ada peluang nak sambung.pelik dengan orang malaysia ni.selalu tertekan sebab customer.bukan dengan kerja.

oh ya.aku suka kerja kat situ sebab kawan kawan dia sangat baik.kami macam family.hari hari kena paging.kena marah.tak kisah.sebab ada kawan kawan.macam aku ada partner yang bagus.dia ajar aku cara bekerja.dia tak pernah tensen bila kena marah.haha steady je.kerja pun relaks.pernah je dia jadi rajin.tobat.aku tak nak dia jadi rajin lagi.haha.tu la naim.babai naim.kerja baik baik.jaga mens dengan mens-na aka kakak kesayangan ko baik baik eh.aku ingat lagi yang dia selalu pesan kat aku dengan hani qin timah semua.suruh jaga kesihatan.jangan amik mc bulan puasa hari tu.sebab nanti x dapat duit raya.tapi last last.dia yang amik mc sebab sakit perut.pe cer bro? haha

even kerja dengan stress.menari.bercakap.menyanyi.macam macam hal kitaorang buat.siap ada manager cakap kitaorang buat konsert kat atas.bagus betul.sengal qin la punya idea.haha.

lagisatu yang aku suka ngan dorang ni.dorang tak berkira.walaupun kerja biasa biasa.kerja susah payah nak dapat duit beribu ribu.tapiiii..sangat tak berkira.suka belanja kitaorang.kitaorang faham kesusahan dorang nak dapat duit tu.tapi hati dorang tak susah nak belanja kitaorang makan.hampir semua belanja kitaorang.kitaorang nak belanja dorang pun.fikir 2 3 kali.macam segan gak la ngan dorang.tak berkira.kalau kirim pape.mesti tak nak duit balik.stress gak kadang kadang.sebab rasa bersalah.huish.

kami diberi pesanan ringkas oleh abang yusuf.kata dia.bila jadi bos.layan pekerja dengan baik.sebab kita semua sama.kita semua menumpang kerja di bawah bumbung yang sama.cleaner tu pun kita kena hormat.betul abang yusuf! kami dengar! pastu dia cakap.belajar rajin rajin.sekarang zaman dimana lelaki dengan perempuan sama taraf.kalau kita yang perempuan tak belajar rajin rajin n kerja bagus bagus.susah nanti.pastu dia cakap lagi.kalau bercinta tu.ehem.jangan percaya kat lelaki.kalau dia cakap dia seorang pemalu dengan perempuan.persetankan.kalau dia cakap dia tak pernah kapel.persetankan.kalau dia cakap dia setia semua.persetankan.percaya.tapi jangan semua.faham?

huhu.

abang yusuf chief cashier.dia dah berhenti dah.jaga parents dia.rindu gak dengan dia.sebab dia sangat la heppy orang nya.dan dia cakap! senyum selalu! sebab kalau kita stress n senyum./stress tu akan pergi jugak.huhu.baguslah abang yusuf.kami akan merindui abang! oh ya.dia sorang je yang panggil kitaorang adik.tiba tiba rasa nak ada abang angkat.ehehe.gedik.

kepada kawan kawan sekerja.hani.qin.timah.naim.nana.faiz.yan.syukri.dan lain lain.terima kasih sebab jadi kawan aku sepanjang berbulan bulan ni.terima kasih dengar ngarutan aku sepanjang ni.terima kasih dengar bahasa kasar aku sepanjang 3 bulan ni.haha.jumpa lagi.aku ingat semua nasihat korang! bak kata faiz.jalani hidup dengan tabah.pergh.sentap punya ayat.huhu

ok! babai!

selamat belajar semua! kawan kawan! kita jumpa di palam ya! =D

Aug 31, 2011

berapa banyak rancangan yang kita rancang.jadi kenyataan?

selamat hari raya semua.

maaf zahir batin. 

Aug 15, 2011

Aug 14, 2011

kerja

salam.

masuk hari ni.dah tiga belas hari kan kita puasa? ehem.puasa tahun ni.bagi aku lain sikit dari tahun tahun sebelum ni.tahun ni aku berpengalaman untuk pertama kalinya bekerja.alhamdulillah.setakat hari ini.aku berjaya bertahan! eiceh.

pengalaman bekerja masa puasa..sangatlah mencabar but at the same time.banyak benda aku belajar.mencabar kat sini macam macam hal la.dengan kawan kawan sekerja.dengan bos.dengan customer terutamanya! dari situ la aku belajar cara mengawal emosi.terima kasih pada bulan ramadhan.kalau bukan bulan puasa.dah aku caci maki da customer ni.huhu

masa sebelum puasa.aku and da geng.takut sangat nak hadapi.sebab macam menakutkan dengar cerita dorang semua.kata busy sangat la.customer ramai gila la.tapi setakat hari ni.semua under control.kalau ramai tu biasalah.lagi lagi nak raya sekarang ni.comfirm sangat lah ramai.memang sesak.tengok pun rasa nak pengsan.tapi baguslah.setakat ni berjaya kawal anggota badan supaya tak pengsan! huhu

dulu sebelum kerja.aku dah fikir aku tak nak kerja kedai kedai macam ni.sebab nanti puasa.penat.ramai orang.tak dapat cuti.tapi nak buat macam mana.aku telah ditakdirkan untuk kerja disini.biasalah.kita selalu dapat benda yang kita tak nak.dugaan tu.

kerja kedai macam ni.masa bulan puasa.sangat sangat tension.sebab apa.macam macam ragam customer korang jumpa.ada yang baik.ada yang tak sangat.hurm.aku pelik.customer ni.kadang kadang biadab jugak ngan kitaorang.contoh macam tanya harga baju.tanya saiz.nak menjerit aje.kadang kadang macam nak carik gaduh.pelik la rakyat malaysia ni.emosi aku selalu kritikal bila susun baju melayu.baju melayu kan gantung kan? bila dah ramai customer.tak ada nya gantung elok elok.macam cekodok dah rupa.tension weh.kalau yang ada dalam offer bin.means yang lipat lipat tu.pergh.jangan tanya.memang macam bukit.aku pernah kena sekali.baju t shirt.sebelum puasa.aku lipat cantik cantik.dah siap.aku pergi tempat lain.5 minit kemudian aku datang.pergh.rasa nak nangis kat tempat kejadian.hancur.aku nampak gunung je.masa ni.rasa nak pengsan.

susah nak cakap tau.kadang kadang customer ni buat kita geram je.tengok kita ni macam tak ada ilmu.bukan se orang yang kerja kat kedai kedai macam tu bodoh tau.bukan maksud dia tak ada education.bukan nak cakap aku.tapi setelah beberapa bulan aku kerja situ.aku dapati.ramai je yang educated.cuma dorang tak ada rezeki lagi nak pergi ke bidang yang dorang carik.tu kira macam part time dulu la before dapat kerja tetap.

musim raya sekarang ni.ramai carik baju melayu.baju kurung.baju baju semua tak ada stok.memang apa yang kitaorang display itu je la yang tinggal.jujur aku cakap.sekarang aku kesian bila mak cik pak cik carik baju yang dorang nak dengan muka eksited tapi at the end tak dapat beli sebab tak ada saiz.maafkan saya.lagi lagi kt bahagian children.tumpang sedih bila budak budak nak pakai baju tu.tapi tak ada saiz.pastu mak dia pujuk dengan suara lembut.sayu je.huhu  

adik.kalau akak pandai jahit.akak boleh jahitkan untuk adik.ehehe *tipu je*

bila dah kerja bulan puasa ni.kesempatan berbuka puasa kat rumah selalu gagal.aku la gagal.aku ingat lagi.masa puasa pertama je aku dah gagal buka kat rumah.sedeh ooo.aku dengan timah.masa ni tak nak bukak kat gerai.konon nak jalan jalan sambil makan.tapi lagi sedih bila ko jalan jalan.bawak air bungkus dengan wafer.sekali ada mata mata yang pandang pelik sampai kita pun rasa pelik dan baru kita sedar yang rupanya dah masuk waktu berbuka dan dorang tengah makan dengan sedapnya.huuuuu T-T

lama lama ok dah perasaan sedih ketika berbuka.sebab apa? sebab ada kawan kawan.terima kasih kat naim.syukri.sebab bulan puasa ni.rezeki diaorang murah dan dorang murah hati belanja kitaorang.rajin pergi bazar.amik order kitaorang.konon nak belikan tapi rupa rupanya belanja terus.uish.rasa bersalah.moga korang murah rezeki ya. =')

bila buka dengan kawan kawan.tak ada la sedih sangat.meriah jugak rasanya.huhu.selama ni aku kemas kemas baju melayu.aku buat untuk tempat tu kelihatan kemas je.bukan cantik dan menarik.tapi sejak aku tengok cara kerja kak menaga iaitu partner aku jugak.fuhyooo.rasa macam masuk butik.dia memang susun ikut turutan warna.kalau ikutkan.memang kena macam tu.ikut plan yang dia bagi.tapi dulu aku malas.janji kemas je.sebab aku tak suka bahagian baju melayu.nak muntah tengok baju yang seluarnya digumpal gumpal masuk dalam hanger.siud je kan? dugaan~

kak menaga rajin kemas baju melayu.sampai aku naik hairan dan buat kesimpulan sendiri.

ala.akak menaga tak hidup dengan baju melayu.aku hari hari tengok baju melayu dalam rumah.jemu.

alasan mengarut gila.hani, qin ngan timah pelik je dengar statement tak masuk akal aku.

so aku susun gitu gitu je la.bila kak aisyah cakap yang kalau dah susun ikut warna.kita akan rasa puas.baru aku try.dan betul.puas gila bangga sikit.ehehe.so mulai beberapa hari yang lalu.aku berjaya buat dengan jayanya.eceh.sabar gila la weh masa kemas tu.mujur tak muntah.blergh.

tapi raya tahun ni aku tak rasa sangat.sebab entah.busy kerja.hahah =P t sambung lagi.esok full.nanti aku tulis lagi.ehehe ok daa~ nanite.

Aug 6, 2011

situasi

tadi siang.aku pergi rumah mak cik aku.mak cik aku.jaga budak kecik tau.nama dia izwan tak silap.ni perbualan aku dengan izwan.

izwan: awak.awak umur berapa?
aku: awak? *mata pandang mak cik aku*

*awak? hahahaha dah gelak besar da ni*
 
wak minah: eiii! ape awak awak ni.kakak la!
izwan: awak la.awak umur berapa?
aku: umur kita *mata pandang mak cik aku* 5 tahun.

*gelak besar gila aku* =D

izwan: 5 tahun? sama lah kita.
wak minah: eiiii! mana boleh tau umur akak ni la.

*kali ni gelak aku makin besar.*

gatal gila budak ni! hahahaha lawak je! ada ke panggil aku awak! hahahaha =D
comella dia.hahahaha

Aug 1, 2011

malam ramadhan.

aku baru pulang.


pulang dari mencari nafkah untuk anak anak kucing.hahaha.anak nyangnyang.eh silap.nyangnyang tak ada anak.sebab dia adalah kucing yang jantan.haha.okay okay.berbalik kepada topik kita.esok adalah hari pertama kita berpuasa.selamat berpuasa semua ya! alhamdulillah aku jumpa lagi ramadhan tahun ni.

hari ni aku kerja FULL shift.

blergh.penatnya tuhan yang tahu.pagi pagi hari aku dah dapat iktibar hidup oleh timah.kenapa ye?

timah datang kerja hari ni lewat sikit.aku dah carik carik timah.mana timah? mana? mana? dia tak ada la lewat.aku yang semangat masuk awal rupanya.bikin kecoh la lu ni ecah.haha.mata dia bengkak tau.pelik lima minit.then dia mula cerita...

...semalam dia ada cakap.kawan dia meninggal dunia.kawan satu taman.rapat jugak.tapi semalam dia macam redha sikit.tapi bila dah balik rumah.opkos la sedih gila kan? so dia cerita.pagi semalam yang kawan kitaorang ada nampak orang meninggal kat tol bukit dukung tu.kawan dia sebenarnya.langgar lari.yang tak bagusnya.motor arwah selamat dicuri.tak baik kan? lagi lagi teruk.kes langgar lari.kereta langgar belakang motor arwah.kat highway.opkos semua kereta laju kan? hurm.tengkuk arwah patah dan dalam semua hancur.ye kot.timah betul betul terkejut.aku pun sedih.terkedu.terkesima.even dia bukan kawan aku.aku tak kenal.tapi terkesan kat hati.sebab dia penunggang motosikal.aku fikir adik aku je masa tu.dah ajal kan?

...dari situ aku fikir.tuhan nak amik nyawa kita.bila bila dia boleh amik.tu kan rahsia tuhan.memang aku fikir kita kena bersedia.seminit.sesaat.tak boleh lupa tuhan.masa ni aku rasa betul betul terkedu.kita tak tau esok lusa.wujud ke kita kat bumi tuhan ni.masa ni aku diam gila.masing masing muhasabah diri.masa ni aku terfikir.cukup ke bekalan aku nak bawak sana? masa ni rasa diri betul betul kerdil.huish.

...timah ada cakap.dia rapat jugak dengan arwah.tiap kali dia balik keje.arwah selalu usik dia.arwah baik.berkorban untuk adik beradik dia.macam macam lagi la.sampai aku rasa.aku ni lagi teruk dari dia.kami semua terdiam sampailah nana cakap..

"hurm..tula kan? orang yang baik ni selalu pergi dulu.."

...semua mengangguk tanda setuju.hurm.sedekahkan al fatihah untuk arwah.doakan semoga kita semua panjang umur.alhamdulillah aku dapat jumpa lagi ramadhan tahun ni.harap tahun depan jumpa lagi.

aku ada teringat satu potongan ayat yang aku cilok dari majalah solusi bulan ogos kot.mana yang buat aku terkedu sambil mengiayakan perkataan itu.ayat dia lebih kurang macam ni..

"andainya ini ramadhan terakhir..layakkah kita berhari raya?"

betul kan? orang sibuk berhari raya sampai lupa nikmat bulan puasa.so aku harap ramadhan kali ni aku dapat manfaatkan sebaik mungkin.dan bulan yang berkualiti untuk diri aku.kita patut rebut peluang bulan ramadhan ni.tanya diri kita.ada lagi ke ramadhan untuk kita.huish.artikel tu betul betul terkesan kat hati.belilah majalah solusi.hurm.kepada penunggang penunggang sekalian.hati hati kat jalan raya.pemandu pemandu jugak.kita tak pasti petang ada lagi tak untuk kita? malam? hurm.macam kes timah.pagi sihat walafiat je bangun nak pergi keje.keje betulkan kete orang.sekali.dapat panggilan.dah meninggal.innalillah... semoga roh arwah dicucuri rahmat.amin.

 selamat berpuasa! jangan lupa niat puasa! hehe

# tahun ni puasa pertama aku kat rumah selama sebulan! tahun ni puasa pertama kami puasa tanpa adik aku uyun.kali pertama uyun berpuasa di perantauan! hihi tak care uyun! selamat berpuasa! ^^

Jul 28, 2011

situasi

*ok sila rujuk entri bad day dulu untuk fahaman lebihan lanjutan.*

tadi petang.customer tak ramai.aku lepak kat department baby.sambil mata melilau ke arah sekeliling.

aku: huish.ramai gila berkumpul.

hani, qin tengok ke arah pandangan mata aku.

aku: dorang berkumpul kan.nanti ada orang jalan n cakap. "awak kenal siapa saya?"  *sambil ajuk suara n gaya*

hani: haaa? *tak faham*

aku: yela..kan dorang berkumpul..nanti ada orang datang.sambil tanya. "awak kenal siapa saya?" *gelak*

qin gelak.

hani: oohh..hahhaha!

qin: korang...patutnya masa mr x datang hari tu tanya siapa dia.korang patut cakap macam ni.

"kejap ye encik". pastu korang bincang bincang.pastu.. "haaa! raja lawak musim pertama kan?" alex yang gemuk tu kan? wah! da kurus la!"

aku dan hani ketawa gila gilaan.

kahkahkah!!

aku: pastu dia tendang kitaorang keluar dari sini kan? get outttt!! bagus gila! hahahahah!

ketawa sakan kitaorang sampailah fatimah datang dalam keadaan terpinga pinga.

situasi

fatimah: qin! aku nak mintak tolong ko ni.tolong buatkan hamper.

qin: boleh boleh.nak bila?

fatimah: sekarang la.esok aku nak bagi.budak yang mak aku jaga tu.last esok.

qin: oh ok ok.pilihlah nak apa.

setelah beberapa minit kemudian.sesi pemilihan barang untuk pembikinan hamper setel.

aku: ko tak nak tambah apa apa lagi ke?

fatimah: jap jap.mainan ok tak?

hani: haa..oktu ok gak!

qin: haa..apa lagi.pergila first floor carik!haha

fatimah: sekarang ke?

qin: yela..

fatimah: jom hani!

hani dan timah pergi ke first floor mencari permainan kanak kanak.


aku; sambil belek barang.baiknya timah...!

qin: haah.nak bagi budak tu.nanti mesti budak tu ingat dia.

aku: aah.nanti mesti budak tu tunggu timah kan? will u marry me?

qin: 20 taun lagi? hahah aah!

aku: masa tu timah mesti dah tua kerepot jalan pakai tongkat.pastu budak tu cakap. will u marry me? *pelat*

qin: hahahahhaha *gelak gila sambil buat aksi orang tua menggigil pakai tongkat dan jalan jongkit jongkit.*

aku gelak gila yang tak keruan

qin: masa tu timah tak ada gigi! hahahha!

aku: *ketawa bertambah rancak* kejam gila weh! jap jap.gigi yang mana tu?

qin: *gelak gila jugak* gigi depan! dua dua tak ada! hahahah!

aku: hahahhaha! siud seh ko!

sepanjang aksi kami.kami telah diperhati oleh seorang promoter barang baby.dia senyum je tengok kitaorang.tak lama beberapa minit kemudian.dengar suara aruna.supervisor kitaorang.jerit jerit mintak tolong *kahkah! ni tipu* pastu kitaorang terus senyap.pura pura sibuk.hahaha tau takut weh.tak ada la takut.tapi riso dia ingat kami happy sangat tak ada kerja.nanti dia bagi kerja.hahaha so buat la lipat lipat baju baby.hehe tapi serius.angin masuk perut aku dengan banyaknya.lupa.kami sempat buat lakonan.aku membelakangi qin dan cakap.will u marry me dalam keadaan pelat.pastu dia toleh sambil melakonkan watak orang tua.cakap yes.pastu jalan ke arah aku.pergh.lawak gila sampai ketawa terduduk aku.hahaha gila!


beberapa jam kemudian.


aku: eh qin!sekarang kita baru 22.20 taun akan datang.timah baru 42.mana ada kerepot lagi.

qin: aah la..hurm jap2.tukar tukar.

*lakonan versi baru dimulakan.*

qin menggayakan aksi pelik.

aku: apakah itu?

qin: kita ubah sikit.kira 20 taun nanti.timah tersasar sikit dari landasan.dia pakai skrit! HAHAHHA!

aku: kahkahkah!! jahat gila weh! mana boleh macam tu! lucah! hahahaha

qin: hahahhha!

lakonan diulang semula.mana mungkin perut tak terburai ketawa.HAHA

Jul 23, 2011

Tips Bangun Subuh

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.
Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.
2. Ambil wuduk sebelum tidur.
3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.
5. Pasangkan niat; 'Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.'
6. Maafkan semua orang sebelum tidur.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.
8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.
9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.
10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

p/s : sakit weh bab picit ibu jari tu.selalu nangis! huhuhu

Jul 17, 2011

bebelan

banyak typo la last entri.ah persetankan.malas nak betulkan.

episod dukacita berlaku bulan depan.dimana jadual keje sungguhla malang.pergh.sentap.

Jul 15, 2011

outstation

salam!

lama kan tak update blog? biasalah.wanita bekerjaya kan? hehe ok entri paling last aku tulis adalah berkenaan training.kira macam outstation la.haha baru macam WOW sikit.haha sikit je la.

hari tu aku outstation bukan kat subang.last menet dia tukar tempat.tapi kat kl je.orait l tuh.sekat sikit.beberapa hari sebelum kejadian.aku dah siasat sape yang pergi sana.hurm yang aku kenal hanyalah ravi ngan nana.luqman hakim? firdaus? siapakah? 

tu yang kita tak kenal.dan terima kasih la kepada nana.sebab kenal kan dari jauh.haha.

firdaus? oh yang pakai spek selalu tolak troli tu ke? haha
luqman hakim? oh cashier yang spek putih tu? 

setel.

nana cakap lagi.yang luqman bawak kete g keje.so dari jauh aku seru.

bro.tong tong ah duit minyak.haha

tapi seru dari jauh jela.dan for sure misi GAGAL.

ok pendekkan citer.training tu pasal customer service.dia bagi kita ilmu sikit macam mana  nak layan customer dengan baik! dan biasalah.pepatah mr carb. "custmer is always right!" memang jadi moto ah.haha banyak gak info aku dapat.so senang la nak praktikkan sekarang.ok.training tu ada dua sesi.sesi sebelum rehat dengan selepas rehat.baru beberapa minit aku dalam bilik tu.aku dah mula rasa bosan yang sangat luar biasa boringnya.yang join training tu kan.pekerja lain cawangan dari pelbagai department.mana tak bosan.baru sesi pertama aku dah kena denda.tensen je.menyampah oooo.nape eh kena denda?

okay.

dia bagi ko sekeping kertas.suruh lukis muka ko guna tangan yang ko tak biasa menulis.dan kemudian dia akan kutip dan bagi kat orang secara rawak.gamba sape sape yang berada ditangan ko.ko kena dapatkan info pasal dia.dan aku GAGAL.macam mana leh gagal? itu yang kita tak pasti.tapi aku rasa pagi tu otak aku lembab gila.mungkin tak minum melo ais kot.haha!

abang yang incharge tu tanya sape tak dapat setelkan.dan aku dengan semangat.angkat tangan.akhirnya aku dikenakan denda.padan muka.isk isk.dan aku berterusan buat muka kat abang tu.tensen! 

serius aku boring untuk sesi pertama.emosi aku betul betul terganggu.pandang abang tu pun kerek.haha ada mamat kat sebelah kata gamba aku dapat tu gamba lelaki.dengan kerek aku pun jawab.

"alah biala.bukan penting pun.huhu"

bosan.

tapi bagus gak training ni.dapat jumpa kawan baru.haha daus ngan luqman tu nama je satu tempat kerja.tapi x pernah kenal dan bertegur.haha aku kan sombong. =P kat training baru la kenal.dorang memula semangat borak ngan nana je.haha aku tak kisah sangat.sebab aku bukan jenis reti borak ngan orang bila first time lepak o borak o kenal.lama lama ok la.boleh masuk aaaa.haha

sesi kedua sangat best.sesi yang aku tunggu.yang aku geram part dia suruh terangkan mystery shopper.pergh.sentap i~ bila si luqman dengan tak berapa sengaja *yeke* sebut nama aku suruh jawab.masa tu rasa nak toleh dan buat mata besar kat dia.haha.tapi fikir balik.oh dia sedar jugak kewujudan aku.isk isk isk T-T walaupun aku tak banyak cakap.huhu gud gud.

part paling mendebarkan bila isu tak kenal rakan sekerja dibangkitkan.nama aku agak popular.haha.aiceh! masa tu penceramah tu tanya aku dan soal aku sape orang dari branch aku.tanya sapa nama daus.pergh.serius aku lupa.sori daus! haha aku nampak samar samar je nama kat tag ko tu.90 peratus guna firasat aku.haha dan betul.haha cuma nama department agak pelat nak sebut.haha ok la.kali ni enjoy sikit even ramai nak tido.haha

sesi last adalah sesi soal jawab.masa ni banyak la pertanyaan yang penceramah kena jawab.aku ada gak tanya soalan.tapi agak sensitif.tapi aku puas ah.sebab aku tau apa nak kena buat untuk next step.hahah jaga jaga ko cvik salmah! grah! grah! grah!

so hari training tamat dengan hepinya dan mesranya sebab aku dapat ilmu.pengalaman dan kawan.hehe =D
btw sori sebab lambat sangat update.sibuk sibuk.hehe =D

Jun 23, 2011

Jangan Menyerah




lagu motivasi bila hadapi situasi tertekan.terutama ditempat keje.bila jumpa customer yang sakitkan jiwa dan raga

utusan

terima kasih kepada kawan saya yang disayangi.cik zainorina yang sudi menelepon gue dari kota mekah.TERharu.hehe aku main main je weh suh ko tepon tu.tak sangka ko gigih gak tepon aku.huhu semoga satu hari aku dapat jugak jejak kaki kat sana.tak sabar! tak sabar nak grad dan keje! kumpul duit dan pergi ke sana.insyaallah~ lagi setahun setengah nak berhempas pulas ni! go ecah go~ tq ina doakan aku kat sana! frens for eva ya! semoga selamat sampai malaysia! ;)

reaksi

aku: eh qin! ko ada tahi lalat kat kening la! sama la kita! huhu

qin: haah.maksudnya kita banyak hadapi cabaran dan dugaan dalam hidup tau!

aku: eh yeke?? *muka pucat* cabaran apa?

qin: entah.aku pun tak tau. *muka serius*

aku: eh hani! awak pun ada tahi lalat kat kening la! banyak cabaran jugak! haha

hani: tapi kita belah kiri...korang la belah kanan..tak sama maksud..

qin: aah..belah kiri dengan belah kanan tak sama maksud tau! *muka serius*

aku: yeke? *risau* ala bencilah! malas la dengar dengar macam ni.mana tau ni?

qin: aku kan suka baca pasal pasal psikologi ni...

aku: mana ko baca?

qin: intenet..

aku: yeke? aaaaaaaaaaa...risaulah.bencilah macam ni.menganggu la.

qin: aku pun risau jugak ni.tertunggu tunggu apa la cabaran dan dugaan hidup aku ni.

aku: boleh pulak tunggu tunggu ke? *serius*

qin: hahahaha

oleh kerana sedikit terpengaruh.aku terdiam.sambil sedapkan hati.cakap macam ni kat diri.

dengar boleh.percaya jangan.

Jun 16, 2011

Written In The Stars




saya suka lagu yang ada orang berkulit hitam.hehe

saya terasa seperti mahu

miming

menari

dan sebagainya

huhu

Jun 12, 2011

Jennifer Lopez - On The Floor





Tonight we gon' be it on the floor~~!!!

sejak kebelakangan ini
telinga sering memutarkan lagu ini
dengar lagu ni
automatik rasa nak mengikut rentak
haih
lama benar
tak ikut rentak sampai keluar peluh
ala ala aerobik gitu
haha
dengar lagu ni jugak
teringat qin
haha
dia selalu menari kat tempat keje
yang kadang kadang ramai orang
menari dengan lagu ni
sampai aku TERpesan kat dia
"ko jangan sampai buat orang takut nak naik floor kita"
dengan muka tak bersalah dengan muka konon kiut
''baik aisyah chou!!''
rasa seperti mahu sepak beliau laju laju.
haha
tak sampai hati
kejam
dengar! dan menari!
haha
feveret hobi saya tu!
seksi dol mv ni
tu yang seram sejuk nak share kat fb
haha
tapi tarian sungguh bertenaga
kalaulah lagu ni ada kat showdown.
sure sangat aku turut serta ikut langkah.
haha!

lalalalalalala~

p/s: time lalalalala tu macam lagu lama kan? betul tak? sape nyanyi ek? madonna eh? argh.tertekan 5 minit nak ingat balik.

k adios!
salam.




Jun 4, 2011

saya bukan sombong

salam!

pertama tama sekali aku nak menyatakan rasa sedikit keciwa sebab malam ni aku gagal untuk menghadirkan diri tengok akmal faiz n da gang perform kat damansara.terpaksa berkorban demi kerja.haha gedik.frust frust lagi frust sebab kalau aku tau event tu malam.boleh je aku mintak keje morning.oh no.frust lagi.

okay lupakan soal frust frust ni.nanti aku kerja dalam keadaan tekanan.haha tak apa.next time boleh tengok lagi.insyaallah~

okay sekarang kita fokus pada tajuk entri ye.sedikit rasa bersalah dengan orang sekeliling sebab aku rasa ramai yang menyangka aku ni macam sombong.mengapakah begitu? sebab aku selalunya aku gemar buat hal aku sendiri dan berdiam diri kalau first time o bape kali time jumpa.macam kat tempat kerja aku ni.kalau tak ada yang menegur.aku buat hal aku la.susun spender.pura pura lipat kain yang sedia lipat.selalunya akak akak kat sana yang tegur.nampak sedikit kerek.tapi sebab apa tau? sebab aku sangat tak reti nak approach seseorang.nak tegur dan nak memanjangkan perbualan.itu bukan kelebihan aku.sebab aku terlalu memikirkan adakah orang itu senang dengan perbualan ni? hah.macam tu la aku fikir.

kalau aku pergi mana mana.macam tempat tu ramai orang.kalau betul betul rasa nak tegur orang.baru aku tegur.kalau rasa macam keberatan.aku lebih gemar diamkan diri.dengar lagu o main game sambil buat muka tak ada perasaan.sebab apa tau? sebab macam yang aku cakap sebelum ni.aku tak reti nak tegur orang dulu.kalau aku tegur pun.mungkin masa ni berlaku lah keadaan dimana.aku tanya sepatah kau jawab sepatah dan kau tanya sepatah aku jawab sepatah.bila dah sepatah sepatah tu.lama lama aku macam tensen.eish! ko ni! boleh panjangkan lagi perbualan ni! dan akhirnya aku terlepas peluang untuk berborak dan menyesali diri sendiri.hahaha.tapi aku cover dengan muka plain white.

lagisatu aku hanya mampu dengar perbualan orang tanpa mencelah.sebab tak reti la nak celah celah cakap orang ni.lagi lagi aku tak kenal sangat.so buat muka baik dan dengar je la.kalau boleh gelak.kita gelak.huhu.jadi maaf ye kepada semua yang baru kenal aku.kat mana mana aku macam ni.jarang borak.hanya mendengar.kat tempat kerja pun sama.nak panjangkan perbualan tak reti.lagi reti buat kerja sendiri.bukan sombong dan tak berminat untuk berborak.tapi adalah lebih baik aku diam dari aku tanya soalan bodoh yang akan menyebabkan aku kelihatan sangat bodoh.haha

keadaan jadi lebih kritikal bila...kat satu kelompok tu tak ada perempuan.masa ni memang aku macam kayu.sebab apa tau? sebab aku sangat sangat tak reti bergaul dengan lelaki.aku ambil masa lama untuk berkawan.berborak dan sebagainya dengan mereka mereka.macam daus gendot.walaupun satu sekolah dari form 1 tapi aku berkawan berborak dengan dia hanya bila dia pindah masuk kelas aku masa form 4.masa ni ramai la laki melayu masuk kelas aku.tapi entah.aku bukan reti borak ngan laki.so...buat bodoh sampai lah kelas tu betul betul minimum dengan orang melayu.baru la reti borak sikit sikit.akmal pun sama je.haha bila pindah masuk sekolah aku n kebetulan satu kelas ngan aku.mana ada aku borak borak ngan dia.dia tegur aku dulu.baru aku borak.nasib dia tegur.kalau tak.tak kapel.HAHA gedik.

macam kat tempat kerja.mana mana la.dari parkson sampai la sekarang ni.tempat aku kerja.sama je.tak reti la.tolong ajar boleh? haha kalau ada lelaki yang cuba bergurau dengan aku.aku macam...gelak sikit.dan sambung buat kerja.memang macam hampeh la respon.kadang kadang bagi ayat tertusuk jiwa.maaf! maaf! aku tak sengaja keluarkan ayat tertusuk jiwa.macam...

abang tu: "nora dah makan?"
aku: "belum"
abang tu:"jom abang belanja!"
aku: "belanja makan hati boleh la." *muka plain dgn tak pandang muka abang tu*

pergh! sejak tu abang tu tak tegur aku dah.hahahah! mana aku sedar aku cakap tertusuk jiwa dia ke hape.sori bro! haha.saya tak sedar.aku memang ouh.kalau cakap.dah la tak banyak cakap.tapi sekali cakap.orang tertusuk jiwa pulak.haha kadang kadang aku fikir la.aku ni pendiam ke sebenarnya? haha.yela sebab kadang kadang macam kritikal je.bagi respon pun macam lah tuttt..haha! kalau orang tegur pun aku hanya senyum.haha hiyah.ciri ciri yang tak diminati lelaki.okay la tu.selamat akmal.haha

tapi sebenarnya aku tak sombong tau.tak kerek.tak ape ape lah.aku amat kasar orangnya.macam abang tu kena la.haha patutla masa sekolah tak ramai budak laki mendekati aku.muka aku kerek kot.aku amat suka kenakan orang.pastu gelak nak macam hantu je.haha cuma aku jenis tak reti nak beramah mesra dengan orang sangat.lagi lagi aku tak berapa nak kenal.so aku bukan la jenis peramah.haha cuba nak borak tapi tak reti.so aku lebih gemar diamkan diri dan dengar dan perhati.macam macam aku perhati.haha rahsia aaaaa.ne leh gtau! banyak kali gak akmal tegur.tapi nak wat cemana.dah tak reti.haha sabar je la dia dapat awek degil macam aku.tapi kalau dah rapat.borak sampai pagi pun tak hengat ko tau! hahahaha

akmal macam memahami.so dia rajin la bawak aku jumpa orang.tapi misi dia selalu gagal.haha.tapi sekarang okay sikit la.haha memula memang sepatah haram tak keluar pape dari mulut aku .diammmm je.melainkan senyum.sebab tak reti nak tegur orang dulu.haha better diam.tapi akmal pun satu.jumpa kawan tak ingat aku.isk isk isk.haha okay okay.nak siap siap pegi keje.hari ni keje pukul 1.tak suka keje petang sebab masa berlalu begitu lambat.

okay.tata.

May 26, 2011

soalan.sila jawab.

tadi aku ada baca satu entri kat satu blog ni.dia selalu cerita pasal cinta.catatan tulisan dia pun sungguh puitis.tapi pertanyaan kawan aku berkenaan kisah cinta dia kat aku.aku tak jumpa dalam blog tu.hari tu aku lepak dengan kawan form 6 aku.kami susah nak jumpa.kalau buat reunion pun.selalu last minit tak jadi.tiba tiba hari bertuah tu.dapat lah lepak.aku ingat faez ngan fa je.haha tu je pun yang rapat.kitaorg ni tak da la rapat mana.tapi kawan masa form 6 tu.walaupun sekejap.tapi bertahan lama.huhu okay lupakan kisah form 6.huhu

biasalah orang perempuan.haha kitaorang je ke? kalau jumpa sama sama.selain cakap pasal perkenalan yang singkat tu.mesti cakap pasal lelaki.gedik kan? isu isu love story ni.sure ada lah.haha gedik lagi.pastu salah sorang dari kitaorang ni.bagi situasi.so aku nak tanya korang.atau sapa sapa lah yang baca blog ni.silalah jawab.silalah bagi pandangan.kalau korang ada kat situasi macam ni.apa yang korang buat?

okay situasi dia.

bila si gadis sayang pakwe dia tu.gila sayang la.kira dah in deep bak kata kawan aku salimm.*haha* tapi bila si gadis dah sayang gila.pakwe dia tiba tiba.buat hal.macam tak kesah.macam tak amik peduli.macam malas layan la.tak macam dulu.nak nak lagi kalau si gadis ni kalau boleh tak nak lah break.sebab dah sayang sangat.but at the same time.dia makan hati gila gila an.

aku bila dengar.haah kan? tapi macam kena pekkk sebijik kat muka. mesti ada punya kisah macam ni.eh aku pun penah je jadi.ops.citer lama.haha lupakan.aku pun malas nak bagi pendapat aku.so nak tanya orang ramai.sila jawab.

May 25, 2011

SC: day three *hari yang...membanggakan* (part 2)

salam! kembali lagi! haha! ok2 sambung citer pasal part one hari tu.okay.aktiviti seterusnya adalah..berakit.pertandingan berakit nih.nasib kami sangattt baik.sebab rakit tu kena bina sendiri tau.masa ni nak terimas kaseyy pada ahli ahli kumpulan 1,2,3,4 betul kan? sebab pa? sebab depa la yang buat rakit.pastu pulun pulun buat pandu uji rakit tu.haha

okay.group aku lawan dengan group...9 dan 10.okay masa ni memang mendebarkan.ada beberapa keadaan yang menakutkan masa pertandingan ni yang aku sangat sangat takut terjadi kat group aku.

1. aku takut jatuh.tu satu.jatuh means rakit tu tak seimbang dan beberapa ahli group bakal jatuh.
2. aku takut rakit tu beralih arah.contohnya.rakit kamu berjaya jalan.jalan ke? nope nope.berjaya bergerak dengan agak pantas hasil kayuhan anda.tapi malang.tiba tiba beralih arah dan membuat pusingan u-turn di tasik kecil.omaigod.malu.
3.macam biasa.semua orang takutkan.ketinggalan jauh dibelakang.huhu

okay.masa ni semua orang takut.ahli group aku ada..1,2,3,4,5,..6. ..eh! 6 je? mana lagi sorang? jap jap.aku, wani,tiqah, miha, raudah..taqi.hah! 6 orang! soli???

"weh! jom la tolong aku!"

*suara jeritan taqi tu.*

aku pandang ke arah taqi  dan pandang anak matanya memandang ke arah sape.oh soli!

soli dilihat sedang beristrirehat.eh beristirehat.eh apa apa lah.

wat the tuttt la ko kan soli.dia sedang berehat dibawah khemah o pondok dengan lecturer.hey! ko sape beb! pastu kami ajak.dia dengan gelabah dan tak machonya.tak nak join.geram tak korang? dia bukan tak sehat fizikal.mental dan jiwa.tu kami tak pasti.masa tu aku panasss je.kami 6 ketul nak lawan dengan group yang berketul ketul.group ina dah 8.group lagi sorang tu berapa ramai.tu tak pasti.tapi ramai aaaa.masa ni aku ajak lagi soli.dia tak nak weh.mati matian dia tak nak.aku pelik.apehal mamat ni.risau kemachoan dia hilang ke? atau dia tak boleh kena air tasik? alergik? hah! macam macam la ko kan soli.pastu datang kat kami.cakap gud lak.sorang pun tak peduli.huh!

okay.kami fokus.susun atur strategi.masa ni.memang gelabah gila la.sume tanya.macam mana ni kak ecah.kak ecah.aku pun guna pengalaman sesiput aku je la.depan ngan belakang kayuh.haha nasib kami TERsangat baikk sebab taqi ni tau la sikit sikit skill berakit ni.so dia bagi tunjuk ajar sikir sape yang pegang pendayung.kalau rakit salah arah.buat macam mana sume.posisi kami? aku dibahagian belakang sekali, miha depan aku pegang pendayung, pastu tiqah tak silap, pastu wani dan depan sekali adalah raudah yang memegang pendayung jugak.taqi? dia jadi turbo kat belakang.berenang tolak rakit.hahaha inilah kaedah yang dilakukan kumpulan lain jugak ya.

masa ni.tak tau la nak cakap apa.6 orang kayuh rakit.nak menang memang mustahil.so slogan kami

yeah! saksikanlah kekalahan kita!

prittttt!!! *wisel bunyik*

huah! masa ni cuakk gila.tolak air dengan semangatnya! masa ni tiba tiba rakit kami tukar arah.so pendayung pendayung gunalah tips yang diberi taqi.alhamdulillah.berjaya kawal rakit dengan baik! aku masa ni.semangat kot.haha jerit  1, 2 1,2 1,2 banyak kali! huhu tiba tiba tak berapa nak tengah tasik.berlaku kemalangan di group sebelah.group ina TERbalik!!! gelak sikit sebab takut hilang fokus.sesudah gelak sikit.lagi semangat sebab group kami di depan! haha

sokongan dari penonton penonton sungguh memberansangkan! aku tak kisah la rupa aku macam mana! at the end! group mang mang gisss menang! korang tau tak betapa bermaknanya kemenangan ni? gigih gila kami usaha! dah la sorang anggota lari! so kami sangat sangat hepiiii senyum sampai nampak gusi! hahaha

bila dah naik ke daratan.aku tanya pendapat penonton.

"huish! cayalah kak ecah! mula mula kitaorang tengok.memang jerit habis lah.sebab group akak dah depan.dah la sume perempuan! memang wonder women la! tapi tiba tiba ada laki berenang kat belakang...tengah jerit jerit.sekali perasan.budak laki tu TAK BERENANG.dia BERJALAN."

hah! taqi berjalan!! aku dah nak gelak.okay.taqi ni gilaaa tinggi.tasik pulak cetek.haha! memang terbaik la.haha boleh pulak dia jalan.patutla masa naik tu.ada la group ni kata.tak aci sebab jalan.haha no komen.gunalah keistimewaan yang tuhan beri.alah lagipun ni kan hanya main main.kalah mati.bukan ada pusingan lagi.haha patutlah kawan kawan dia tanya taqi.

"ko jalan eh tadi."

dan dia senyum kambing.hahaa ah tak kesah la jalan ke tak! janji kami kayuh sekuat hati.inilah kemenangan palingg bermakna.hahaha

di majlis penutup.group kami ditabalkan sebagai GROUP TERBAIK untuk SURVIVAL CAMP 2011 ni!!thank god! korang tau tak! betapa hepinyaaa kami semua! tak tau macam mana dipilih dan terpilih.tapi memang best!! soli tu tumpang la sikit kot.huh.masa dia umumkan hadiah ni.semua saguhati dah dapat tau.masa ni 3 group tak dapat lagi.aku pelik.macam mana dorang yang lain boleh dapat? nape group aku tak dapat? tak teringat langsung pasal tempat ketiga  kedua n pertama ni.serius tak sangka.haha kira TERkejut jugak la menang ni.terima kasih la ajk yang TERlibat.sebab pilih group kami.TERharu sampai sekarang.haha

saya sungguh merindui ahli group saya walaupun sekejap je satu group.lepas ni tak ada dah program dengan budak budak diploma.dengan budak degree je.gila bosan.tak variety.haha budak diploma fakulti kitaorang dah pindah ke UiTM Bertam.kepada kenalan kenalan adik adik diploma.akak akan merindui kamu.isk isk isk T-T.sebab kemasukkan budak asasi yang beribu ribu lemon kat puncak alam.huah.gila bosan puncak alam.penuh dengan budak budak.huhu tak best la nak cuci mata.ops.haha kepada ahli group mang mang giss!! saya sungguh hepi berkenalan dengan kalian kecuali seorang yang tak bernama sebenar.blerghhh!!! =S

sekian.tamat sudah entri survival camp.hehe

SC: day three *hari yang...membanggakan* (part 1)

hai! salam! baru sedar dah lama rupanya aku tak hapdate blog ni.huhu sory guys! sangat bz.tapi bz hape.itu kita tak pasti.haha okay.hari ni nak kongsi cerita survival camp lagi.last! last! last episod nih.tapi part 1.huhu

hari tu kita cerita until hari kedua kan? but x masuk yang solo camp tu kan? okay berfore that.aku nak tanya.dalam kepala korang.bila bercakap tentang solo camp ni.ape eh? dalam kepala aku.masa sebelum mula camp tu adalah...duduk kat hutan sorang sorang.huhu sama tak ape yang terlintas dalam fikiran korang?

okay.solo camp ni.bermula jam 11 malam until 3 pagi, 4 pagi , o 5 pagi. ikut suka hati pihak penganjur tu la.nak jemput balik kitaorang wat time.masa dikejutkan pukul 11 malam tu.sebelum tu kami dibenarkan tidur ya.
kami kena pack selimut, bantal, makanan air dan apa apa saja lah.sebab apa? sebab kita nak tidur di dalam hutan! hiyah.itulah yang diberitahu oleh pihak ajk masa proses pengejutan berlaku.masa ni aku gelabah sikit.duduk hutan? kena pakai kasut.kasut basah.kasut crocs je ada.selamat ke? dalam kegelabahan berlaku.salina nampak.dia tanya n cadangkan aku pakai crocs sebab pacat tak ada kot.jalan tar and kawasan kering.fuh~ memang memahami!

bila dah berkumpul dan dengar taklimat.dia kata masuk sorang sorang.aku tensen.aaaaaaa.tak suka lah.sape dekat dengan aku.nampak la pengerutan dahi berlaku dengan banyak kali nya disertai dengan muka ke-fed-up-an.haha emosi gila masa ni.sekali diterangkan dengan lebih jelas.yang kami duduk dalam hutan.bersama group.fuh~ solo camp tu maksudnya.kehidupan kita masa kat hutan bila sesat.dia nak ajar cara hidup kat sana.tapi yang ni tak berapa real la.sebab kami dibekalkan khemah 2, ada lampu suluh, ada parang , ada lighter.haha sesat hape.kalau ikutkan.memang dia tinggalkan sebatang kara.tapi tak boleh kot dibuat.orait gak.lega sikit.kalau ikutkan dah nama solo camp.memang sebatang kara la kan??

masa masuk hutan.gelapp.tak dibenarkan bukak lampu.atau suluh suluh sekitar hutan.pantang.masa ni.gelappp sangat.so aku terfikir macam mana kalau orang sesat? tak takut ke? mestila takut kan? tapi cara dia atasi takut tu.sungguh buat aku kagum.fuh~

kami diminta pasang khemah, pasang unggun api.mula mula kecik.kecik sangat.group marcos dah menyala nyala.cara nak pasang unggun api dengan baik.mula mula carik ranting ranting kayu yang kecik kecik dulu.bakar la guna lilin n lighter.pastu dah ada api tu.masuk la ranting kayu yang besar gajah tu.kumpul kumpul la daun daun kering sekitar kawasan.campak.dan jadilah! unggun api yang sangatttt besar! wahhhh!

time ni pulak.aku trauma 5 minit.sebab tengah aku masuk kan daun kering.tiba tiba meletop unggun api kami!! terkejut.saspen.ngeri.mujur muka tak tercela terluka.tak berani amik risiko lagi.aku..just duduk jauh sikit.tapi mengapakah unggun api kami meletup? bahaya ooo.

pastu pasang khemah.dah terer.so senang la.kacang je.haha eksyen ye ko.tengah sibuk pasang khemah.bunyik pelik ada lagi.kuat ouh.macam bom.tapi tak sekuat bunyik bom.

tiba tiba soli.

soli: patutlah meletup.ada yang masukkan asbestos."

aku: asbestos??? *monolog dalaman sambil muka plain*

soli keluarkan atap bumbung yang dari mana depa ni dapat ntah.pergh.sapelah bijak bonar masukkan asbestos.asbestos ni la yang hampir meragut muka aku tadi.huhu

huah.terkejut gak aku.ada pulak asbestos sesat dalam unggun api.naya naya.

okay.tibalah masa untuk jaga kawasan! okay.budak laki group aku tak gentleman.soli awal awal dah pengsan.tak dapat diselamatkan.so kami sebagai wonder women.*aiceh* offer la jaga dulu.dat time jam menunjukkan jam 2 pagi.so konon nak jaga until 3 pagi.but yang terpilu sikit.aku pun tak dapat diselamatkan.jaga kejap.pastu baring.pastu tertido until 5 pagi.pergh.teruk la ko! masa ni wani budak degree part 2.yang jaga until jam 4 pagi.budak laki terlebih tidur.rasa bersalah banyak gila kat wani.haha dia kata dia dengan tiqah siap pinjam parang kat marcos.potong kayu.haha sampai taqi bangun.dan tolong kejap.haha aaaaaa.akak memang x boleh aktif langsung waktu malam wani.sori sangat sangat! haha

kami sampai kat kem jam 6 pagi! solat n siap siap pergi.....berakit! part 2 eh! nak tido jap.ngantuk nih. =P

May 16, 2011

SC: day two *hari yang mencabar jiwa*

okayy.hari ni nak cerita pasal hari kedua survival camp tu.hari kedua ni aktiviti jungle trekking.group aku yang tujuh orang kehilangan seorang ahli kumpulan.iaitu soli.jangan ditanya kemana dia pergi sebab aku pun tak tau dan malas nak amik tau.yela.ajk kan? poyo.tapi ketiadaan dia tak menimbulkan kerunsingan pun.sebab dia ada ke tak ada.sama je.haha kejam siottt.percaturan hidup aku hari ni.silap banyak.sebab aku pakai stokin pendek dan seluar tak cengkam bawah.memang menempah mauttt.haha jadi sepanjang aktiviti tu aku tak enjoice langsung.part paling menakutkan bila tengah jem.yela.bayangkan seratus lebih masuk.lepas tu time kena lalu halangan.tu yang buat lambat.time tu aku dah cuak.rasa nak pengsan.risau hinggapan sang pacat berlaku.

Setiap 5 minit ke 10 minit aku akan tengok kaki aku dan sepanjang berlangsungnya aktiviti tu.aku just tengok bawah.tengok pacat.risau tuhan je yang tau.masa ni aku nak cepat cepat balik.aku harapkan ada helikopter tolong angkut aku balik.percaturan hidup kali ni dianggap gagal! aku rasa nak marah orang orang yang jalan lambat.haha muka pucat bila dengar jeritan mangsa pacat.di-cool downkan 5 saat oleh faraha.haha argh! argh! nampak pacat kat satu kawasan.rasa nak lari laju laju.lagi takut bila wani.ahli group aku kena.oh tidak.pasti ke aku tak kena? masa ni banyak kali gak aku terjatuh dan hampir terjatuh.sampai wani cakap.akak ok? huhu rasa tertekan dalam hutan pacat.

alhamdullillah.aku terselamat.pacat adalah binatang paling menakutkan dalam hidup aku.sering berlegar legar dalam kepala aku selepas aktiviti jungle trekking tu.betul ke pacat tak hinggap? risau dia mencecah betis dan akhirnya masuk ke dalam perut melalui faraj dan membiak di dalam rahim.argh! argh! pucat muka aku fikir hal ni.diam tak mampu cakap ape.hanya berserah pada tuhan.untuk panjangkan nyawa aku dari serangan pacat.pergh.imaginasi gila hebat.imaginasi aku sampai ke kaedah rawatan.apekah rawatan yang dilakukan untuk buang pacat dalam badan? ada ke? huuuu.seram.

okay.sejujurnya penat gila balik tu.rasa nak makan mcd.serius.aku nak mcd.selain mcd.aku dah terbayang kari ayam dalam tin yang kami rancang nak masak.malang.misi kari ayam tak dapat dilaksanakan.sebab apa? sebab pihak penganjur nak ajar kami masak dalam mode survival dalam hutan.guna buluh untuk masak nasik.bakar ubi.pisang.ikan dan sembelih arnab.masa ni aku dah pening.protes pun ada.sebab aku dah lapar gila sampai rasa nak pengsan.haha over kan? asal lapar je rasa nak pengsan.haha group aku gabung dengan group 10 n 12.masak ubi dengan pisang.apo bondo aih nak buek dengan benda tu.tak ngoti.tapi potong je aaa ubi tu.separuh bakar.separuh rebus la konon.tak payah aku cerita saat kekeliruan berlaku.masa tu dah tensen.sampai rasa nak letak je ubi kat tepi.hahaha.ajk selamat la.x yah buat.ikutkan aku nak je lepak.tapi tak sampai hati tengok semangat budak budak degree part 2 uruskan.so buat je la.pisang memula kami bakar.tak boleh.tak diterima.so kena kupas.dan rendam dengan air garam.n cucuk dengan kayu buluh ape ntah.so bakar.hahaha.boleh tahan gak la rasa.tapi ubi laagi sedap.ubi bakar.

tengah buat tu.tiba tiba penganjur buat announce.dia cakap.3 org setiap ahli group boleh pegi kat tempat masak.n masak.sebab makanan ni x cukup untuk ramai2.aaaaaa.pengsan.lapa beb.kalau suruh dari tadi pun orait.dia patut bagi kami masak dulu.barulah semangat bila dia ajar masak dalam hutan.betul tak? aku miha n taqi masak.masak lauk kari.pergh.sedap sedap.dengan telur.akibat terlalu lapar.nasik yang semalam jumlah yang sama.tak cukup.sian wani.aku tau wani lapar.dah la makan dengan kari.sedap kot.

masa ni masak tu belangsung dengan agak pantas.sebab entah.cepat la berlangsung.taqi dah reti buat api kot.soli ada ke x eh? entah.tak sedar kewujudan dia.haha aku kagum gila dengan taqi.sekali tengok.mcm adik aku yang laki.cuma dia tinggi.pastu pandai pulak tu.pastu rajin menolong.tak macam soli.so dia harapan group aku la.lelaki harapan.nasib dia tak larikan diri.hahahaha =P

petang tu pulak.explorace.masa ni aku dah penat.malas dan sebagainya.nampak taqi makan sing-gum *malas nak eja betul betul* dengan muka tak malu.mintak.aku asik mintak orang makanan je.lagi lagi kat orang tak kenal.haha dengan kecewa dia kata tak ada.dah habis.alaaa~ tak pe la.tapi taqi ni gigih.tiba tiba datang kat aku bawak sing-gum 2.hahaha TERharu aku! agaknya group aku memang bernasib baik kot nak dibandingkan dengan group ina.haha so hasil undian yang dilakukan oleh taqi.kami dapat angka giliran pertama untuk gerak dulu masa xplorace.haha cayalah taqi!

ada 6 check poin.yang first susun atur gambar.tu pun nyaris nyaris kalah.mujur husna macam bagi klu sikit.so sempat lah betulkan.sampai check point 2.pergh.gila jauh.penat weh aku nak daki daki ni.miha lambat sikit.so dia la kami pilih buat task 2.dan gagal.oh no.kena la penalti 10.check point 3.malang sikit untuk aku.kami di minta mekap ahli group kami.dan aku adalah mangsa.sebab taqi suruh.dia kata muka aku kecik.so mampu la warna dengan cepat.oh tidak.malu aku nak tgk muka aku.haha korang pandai2 lah carik sendiri ye.budak perempuan group aku memang lepas gian nak mekap kan orang aku rasa.haha

check point ke 3.kena nyanyi.dia ada 3 tema.rindu.cinta.n sayang.so kami pilih cinta.hahaha.kena nyanyi 5 lagu yang berkait dengan cinta.lagi siti opkos la kena ada kan??

AKU CINTA PADAMU~~ sungguh walau mak aku marah aku~ *lirik tambahan*

okay.check point 5.lawak sikit.sebab apa lawak??? okay rahsia.deli tanpa disengajakan telah membocorkan jawapan untuk 9 keris tu.hahaha dia tersasul.aku tak pasan sampailah faizal buat muka terkejut dan deli pada masa yang sama asik sebut 9 daerah 9 daerah.hahahaha kami lari dalam ketawa yang berdekah dekah sambil deli menepuk dahinya.hahahah TERIMA KASIH DELI!!!

kerjasama erat dan strategi amat penting dalam sesebuah kumpulan.bangga gak aku masuk group ni.even tak cukup seorang even kami hanya bersandarkan pada seorang lelaki selaku ketua. so maksudnya kami tak memerlukan dia kalau apa apa hal.so pengajaran.dia tak penting.ada ke tak ada.lagi bagus dia tak ada.masing masing tau nak buat apa dalam group ni.tak payah cakap.cuma pantas bertindak.ni masa nak hafal nama pokok.masing masing amik tugas sendiri tanpa disuruh.carik dab hafal n gabung.bagus lah korang.bab masuk kolam pun sama.masing masing bagi kerjasama.taqi memang ketua yang bagus plus fizikal dia yang tinggi kira keuntungan pada kami.hahaha untuk jaga sekeping roti.huhu

so berkat nombor giliran yang awal tu.kumpulan kami dapat mandi awal.best! n rehat awal! so petang tu dapat minum air kosong sambil makan roti cicah kaya dan berehat rehat dalam khemah.hahah legaa~

dah rehat lama.so ajak wani masak.masak untuk malam.okay nak cerita sikit hal masak ni.izinkan aku guna ayat kasar sikit.untuk tunjukkan rasa sedikit marah.huhu okay macam ni.hurm.tak jadilah guna ayat kasar.tak best tak best.okay macam ni.

nak masak tu.aku ajak soli.so soli tanya komanden kami.boleh stat masak ke belum? komanden kata orait je.so orait la.kami start masak.okay dia dengan taqi start bakar bakar.means hidupkan api.masa ni encik izwan datang.tolong bukak api.tengok kami terkebil kebil hidupkan api kan? haha bila api dah setel.barang barang yang nak dimasak dah potong.semua lah kira dah setel.oh ya,kali ni teratur sikit.sebab dah berpengalaman n tak da lah kelam kabut masak macam semalam.okay.api dah hidup dah ni.tiba tiba soli cakap.

'okay weh, nanti pape roger la.'

aku tak syak pape dan aku just buat tak tau je.tiba tiba mata terpusing.eh mata? nope nope.bukan mata.kepala terpusing dan mata ternampak soli sedang berbual sakan dengan encik izwan dan sedang menggoreng sesuatu.apakah??

okay aku dah berasap.
sabar ecah sabarrr...*bisikan hati*

dia sedang goreng gitar dan kami ber- enam sedang bertungkus lumus menggoreng telur dan masak makanan?? wat the tutttttt~~~ okay jangan mencarut.tak baik untuk kesihatan rohani.okay.lantak dia la.kami masak dengan tenang.dipendekkan cerita.nak makan ni.taqi tanya  aku.tak nak ajak soli ke kak? aku jawab.

ah.tak yah ah.lantak dia la.

tapi taqi ni aku tak tau la.baik ke degil.baik kot.aku yang jahat.dia amik ape ntah.basuh tangan ke apa.dia sempat bertanya pada si soli ni.dan bila sampai kat tempat makan.dia kata

soli suh makan dulu.

aku dah buat muka.dalam hati geram je dengan kedegilan budak ni. HAHA

lama lama makanan pun habis.so kami yang perempuan ni semua dah buat muka dah.si soli ni nak makan ke nak main gitar? sudah la lalat banyak.ikutkan hati aku nak je biar lalat berak.padan muka ko soli.makanlah lauk bertahikan lalat tu.huh!

sekali lagi.taqi pergi mencuci pinggan.pinggan dia la.rajinlah sangat dia nak cuci pinggan kami.bila datang.agaknya dia cakap kat si soli ni kot.bila nak makan.nak tau tak soli cakap apa kawan kawan???

taqi: dia suh cedukkan untuk dia.

pergh!!!

memang lemak berkrim la ko kan soli.dan dengan baiknya taqi ceduk dan senduk dan bawak ke tempat dimana terdapatnya Soli.pergh! hebat kan soli ni? sumpah aku tak nak group dengan dia.sebab apa? sebab dia ni tak ada semangat berkumpulan.lepas tu dia buat pape semua sambil lewa.pentingkan diri pulak tu.eiii geramlah.aku bukan nak cakap apa.cuma aku kenal dia lama kot.so dah dengar cerita kawan kawan aku pasal lemak dia tu.bila kena memang sakit hati gila.rasa nak meletup.huh.nasib ahli group aku ni terbek la!

okay malam tu kami ada solo camp.next entri aku citer eh? rasa macam dah panjang sangat je ni.haha okay! tata!

May 14, 2011

disagree - please




lagu ni sedap tau.ikut taste aku la.hahahaha =B



SC: day one *hari yang mendebarkan*

sebelum mulakan apa apa.aku nak kasi tau yang entri pasal survival camp ni panjang.saje je aku buat panjang.aku akan buat entri untuk 3 hari dan aku mulakan dengan hari pertama.kenapa buat panjang? mampu ke? haha sebab banyak sangat perasaan masa kem tu plus ilmu yang dicurahkan dan aku sangat berbangga dengan group aku.hehe nape hari yang mendebarkan? sebab riso riso riso dengan aktiviti yang dijalankan plus riso dengan group aku.lagi lagi si makhluk tak bernama sebenar tu.okay! mari!

lai lai ketongg~!

okay.pagi tu kumpul kat padang kawad.aku agak kebosanan pada mulanya.sebab ina xda.gee xda.faraha bz.so aku survive la sorang sorang.kami gerak jam 9 pagi.situ dah macam sikit kagum sebab tepat pada masa.gud gud.i like this part.aku duduk dengan adik.adik banyak cakap.aku yang kemabukan bas.layan macam tak layan.mintak panadol kat atie.pakai minyak angin.pergh.macam orang tua je.adik layan aku dengan baik.haha baik ke? baik aaaa.tolong belikan air mineral kott.haha siap pagi ais kerim lagi. *clap clap* adik disini tak perlu dimention.tapi ina faraha gee tau sangat la en sape adik tu.haha okay.lupakan pasal adik.

seingat aku.aku tak duduk dekat tayar.means atas tayar,tapi peningnya kalah orang mengandung.haha aku penah mengandung ke? nope nope.mungkin sebab aku mabuk bila naik kenderaan ni.aku orait je kalau orang borak borak ni,tapi adik borak keterlaluan.tu yang tambah pening tu.kahkahkah!

sampai dalam pukul 12 tak silap.duduk dalam kumpulan.fuh.nasib budak degree part 2 aku dah familiar dengan dorang.wani dengan tiqah.tinggal budak diploma part 2 je.sorang laki.sorang pompuan.pompuan nama raudah.laki nama taqiuddin o taqi.taqi tu tinggi orangnya.gila lah.soli (bukan nama sebenar) tak yah la tanya.dia ajk kottt.biasalah ajk kan? sibuk la.n aku tak istiharkan pun dia ketua kami.disini nak cerita sikit.sian kat group ina ngan faraha.hilang tunjang harapan.haha larikan diri ek? pegi group mana eh? hahaha tula ina...lain kali jangan bagi harapan tinggi tau! haha aku rasa mungkin dia terdengar suara hati ko yang nak suruh dia carik kayu api.hahaha kan dah lari~ =P

bila suruh pilih nama group dengan cheer.berdasarkan tali yang kami dapat.setiap kumpulan dapat kain.kain tu banyak helai.dan lain warna.means.satu kumpulan satu warna dan banyak helai.untuk setiap ahli.sila pakai dengan apa gaya dan cara sekalipun.so.group aku dapat warna purple macam tu la.cantik warnanya.tak macam group popcorn! ape ape je la eh~ hahahaha! huhu.so pulun pulun pilih.si soli dengan peliknya kasik nama dragon fruit.pergh.depan depan dia aku gelak.haha dia biasalah macam nak tegakkan pilihan dia.nope nope.gue tak mau kalah.aku cakap.lain lain.pastu taqi bagi nama mangosteen *ejaan lupakan* in malay ape? manggis la kan? adeyy.haha.pastu pilih cheer.belum pilih nama group dah pilih cheer.tapi soli nak jugak dragon fruit dia tu.nope nope.aku tak setuju.pelik je.tak sedap pulak tu.so kami sebulat suara dan keredhaan soli menggunakan nama manggis.okay setel nama group.cheer lak si soli nak buat gaya power rangers.gedik la ko.aku ketuk jadi senduk.so amik la power rangers dia untuk part awal.weq!

so dipersilakan kumpulan 11!! *kami kena ke depan dan persembahkan cheer *

M.A.N.G.G.I.S  ~
Kami!! *taqi* Mang mang gissss~~ *tangan macam orang buat kat pemain gitar tuuu*

diteruskan dengan aktiviti pertama.apebenda ntah paling panjang.kami punya paling pendek.sebab masing masing plus aku macam malas je nak keluarkan tali kasut.nak bukak stokin.haha ntah pape.so kalah la.dengan 19 langkah je. =.="

aktiviti kedua.bina menara.guna straw ngan selotape.kena tinggi.stabil.cantik.masa ni.soli main peranan.dia bagi aa idea.berguna jugak engkau ni soli.dengan kerjasama erat serta idea idea bernas.maka menanglah group kami.hehe cayalah mang mang giss! hehe

aktivti seterusnya pasang khemas n masak.pasang khemas aku duduk dengan nani n gee.agak banggalah sebab berjaya juga pasang khemah.lagi lagi untuk orang yang gedik gedik macam aku.haha masak? oh ni sikit gagal.group aku lambat jugak masak.sebab tak berkemahiran dalam menyediakan unggun api.potong potong sume setel sudah.tapi bab api tu yang lambat sikit.dia dah bagi lilin.lighter.tapi sebab kurang pengalaman dalam gunakan kayu.plus kehilangan soli yang tak dapat dikesan untuk beberapa minit menyebabkan sedikit tergendala proses masakan.so api macam hidup segan mati tak mau lak.masa ni jugak la.cara masak nasik tiba tiba lupa.bukak je periuk o tutup periuk ek? tapi tak da la ketegangan urat berlaku.menu hari pertama.sadin dengan telur dengan ikan bilis goreng je.style jugak la kott.sebabkan lambat masak.so group ina lah makan dulu.weq weq!!

malam tu ada dua aktiviti.satu great egg drop.ni kena buat tapak kukuh sikit supaya telur yang dijatuhkan dari aras tinggi oleh encik izwan tak membolos keluar atau pecah atau sebagainya.macam macam strategi yang group aku buat.first round.kita kena pegang bekas tu n encik izwan jatuhkan.hah.tu menang.sian group ina.kalah.kahkahkah. *gelak besar sikit* untuk round kedua.kalah.sebab keras kot base dia.takpe.janji tak kalah first round kan ina? hehe =B

aktivti  nite river treck-king.masa ni sepanjang panjang stokin aku pakai.hahaha.bajet nak selamatkan diri dari binatang paling menggerunkan.iaitu p.a.c.a.t tapi kami bukan jalan kat sungai.parit kot.lalu terowong la.macam macam.memang lenjun habis la bahagian bawah,haha lagi lagi part nak sampai.air sampai leher ke ape ntah.untuk insan insan istimewa lagi comel macam aku ni.memang sah sah air tu paras situ punyeee. =.="  alhamdullillah.aku terselamat dari hinggapan pacat.yela.pakai stokin panjang.pastu aku rasa kami lalu kat pasir kot.ada pacat ke? lepas tu telinga aku terdengar yang pacat tak keluar waktu malam.sape yang cakap tu? aku nak peluk erat dalam ketawa besar.betul ke?? haha!

berakhirlah aktiviti hari pertama.ni nak speaking nogori sikit lah.den raso mulo seronok dengan group den.group mang mang giss.sobab besh.hahaha *walaupun duduk nogori untuk 2 sem masa diploma.masih gagal speaking dengan lancar.hehe*

May 8, 2011

i will survive!

diam tak diam.pejam celik pejam celik.masa yang ditunggu tunggu telah tiba.aku tunggu ke? hurm.lusa nanti aku akan menghilangkan diri selama 3 hari 2 malam kat jempol.huuu.ada kem.survivor camp.argh.tensen 5 minit untuk kem ni.

kenapa tensen? argh.tensen la.bukan tak minat join join aktiviti macam ni.minat.tapi banyak perkara yang mencabar punyalah.dan leceh untuk difikir.biasala.nama pun survivor kan?

last aku join kem.masa diploma.tu kem biasa biasa je.tak horror sangat.tu kat lembah pangsun.biasala.kos aku ni rajin buat aktiviti aktiviti yang ke arah pengikisan duit uitm selain tu merapatkan hubungan kami semua la.aku kira.program program lepas memang berjaya.even kos ni ramai student.tapi kami kenal orang orangnya.tak kenal nama.kita kenal muka.betul tak?

kem nanti dekat ulu jempol tak silap.duduk kat khemah.khemah pun kena bina sendiri.tu kira orait lagi la.makanan pun orait lagi.kalau makanan dalam tin tu.no hal la.dulu kem kat sekolah pun.hebat jugak masak sadin.haha bab makan.pasang khemah aku no hal.pasang khemah ye.tapi duduk dalam khemah.hurm.diam sekejap.

kurang minat duduk dalam khemah.sebab panas.sempit.dan sejuk.okay fine.survivor camp.memang kena pegang dan beringat la nama kem ni.boleh la fikiran waras kembali pulang.tapi hati rasa nak ngumpat jugak pasal khemah ni.tak sukalah duduk khemah.kalau besar tak apa.ni sempit.difahamkan khemah tu untuk 4 orang.hurm.boleh la bayang sikit.khemah standad je la.pegi kem kem ni.mungkin kena buat rengkok-kan yang paling lentik sebijik macam ulat ke.macam pupa nyamuk ke.huaaaa.pastu nanti mesti berhabuk dengan pasir.tak pela.boleh sapu sapu sikit.bawak kain buruk sehelai dua. *rajinla sangat nak bawak kain lagi.penuh beg je*

tapi aku rasa yang paling mencabar adalah nak berhadapan dengan mood kawan kawan.okay bila dah semua dalam keadaan serba tertekan dengan khemah macam ni.semua emosi menjadi kurang stabil.lumrah alam.biasala tu.masa ni sure ada muka macam hampeh je.sebab penat.tak selesa.so kita akan menempiaskan perasaan tu secara tak langsung.mungkin kita tak sedar.tapi orang lain sedar.betul tak.aku pun tak janji mood aku jadi baik.sepanjang masa.mustahil.mesti aku jadi seorang yang panas baran.moody.banyak kali pegi kem.aku paling lemah duduk kat khemah.sebab panas.sejuk.dan sempit.aku tak boleh terima sampai sekarang.jujur ni.kepada penghuni khemah aku.aku bagitau awal awal ni.haha nanti korang tengok la muka nak pengsan aku.muka sememeh aku.gedik kan.

paling liat bangun pukul 5.aku ingat lagi.pegi kem mana ntah.kawan aku kejut aku awal sangat.khemah lain nak masih tido.huuuu.tapi tak tau kem ni bangun pukul bape.liat sikit bangun awal lepas tu dalam keadaan terkejut.pergh.moody 10 minit sebelum jumpa air.

tandas.adalah satu perkara paling penting masa pegi kem.masa aku form 4 dulu.kem krs.mandi kolah.ramai ramai.syiok maa.haha.tapi kenangan pahit masa kat lembah pangsun.pergh.tensen aku mandi sana.tandas berlumut.katak kat sebelah pun tak nampak ko tau.eiiii.geli!tak selesa langsung.dengar kata tandas kat ulu jempol ni.tip top.tip top tu tak maksud macam 5 star.mustahil.tapi rasanya selesa la untuk kami semua.

group.group aku dengan soli ( bukan nama sebenar ) tak sukala dia.eiii.dala 3 orang je budak kelas.pastu kami paling tua.aku tak dapat banyangkan dia dalam grup aku.semoga kami dapat bekerjasama dengan baik.haipppp.

pacat.seperti yang anda sedia maklum.sekarang musim hujan.betul tak? pacat akan tumbuh berlambakan.lagi lagi selepas hujan.hehe.ini maklumat palsu dan mitos mungkin.hiperbola.hurm.tertekan.geli.geli geliian.aku tak boleh terima binatang tanpa kaki dan mengengsot atau menyusur dan sebagainya dalam hidup.tak boleh tak boleh.bulu roma naik.jeritan berlaku dengan refleksnya.huuuu.

burung hantu.ni satu aktiviti yang palinggg menakutkan.satu keajaiban.dimana.kalau aku pergi kem.aktiviti ni tak pernah jadi.syukur.lega gila hati.dulu pernah hampir jadi.last last buat jalan ramai ramai malam malam.lega la sikit.ni khabarnya tak jadi jugak.gembira rasa seperti mahu memetik bintang.haha alergik.aku takut hantu.haha penakut tahap kura kura.

ok.nak tido.esok kena siap siap balik palam.bosan.esok balik dengan sebatang kara-nya.sebab memang dah siap kat sana.balik ni just bawak spare tracksuit je.dan baju baju yang sepatutnya.huhu.selasa saya berangat.kehidupan tanpa line.tanpa komunikasi dengan kekasih hati.cewah cewah.tak merunsingkan saya.pergh.belagak.haha

ok.harap harap aku boleh survive dan enjoy dengan enjoice nye masa kem ni.lagi lagi dengan gruop bersama soli (bukan nama sebenar) blergh. =.="

i will surviveeee!! hey heyyyy~!!

ok nanaite.adios.hari ni man u lawan chelsea.aku sokong man u.tapi aku suka lagu chelsea.hiyahhhh.

Apr 22, 2011

final exam datang lagi

salam semua.pejam celik pejam celik.final exam dah datang lagi.sem ni adalah kejutan untuk kami.3 hari paper tanpa gap.betul ke ayat aku ni? hurm macam tu la.dan sedikit kelegaan sebab paper habis dengan cepatnya.3 hari bulan! so macam eksited sikitla.huhu tapi yang sakit 3 hari tu la.semua subject aku rasa susah kot.lagi lagi untuk orang macam aku ni.orang macam aku ni bermaksud yang pemalas gila.ni bukan malas sikit.tapi malas gila.malas yang asik ikutkan hati dan perasaan untuk tido je.teruk kan? iye.aku tau tu.

dengan berani mati aku balik rumah study.betul ke study? betul.aku study.haha tapi benti sekejap sebab tengok citer korea 'yuhee the witch'.tapi aku rasa kalau kat rumah sewa.lagi teruk kot.aku mungkin menghabiskan masa yang sedia habis tu dengan tido.lagi teruk kot.

harapan untuk exam sem ni.aku harap aku dapat buat yang terbaik.perbaiki pointer aku.tu yang paling penting sekali.lepas tu aku harappp sangat soalan aku dapat jawab dengan sebaik baiknya.risau aku.semua subjek aku risau.lagi lagi paper ahad ni.microb.haizzz.lagila tensen.3 hari aku bukak notes untuk subjek yang sama je.sebab aku takut sangat.lepas tu aku harap paper 3 hari nanti aku dapat hadapi dengan tenang.huhu 

to all my fren.all da best.doakan aku.aku juga semestinya mendoakan korang.jaga kesihatan ye.bak kata haris.kejayaan lebih manis bila dikongsi bersama.huhu doakan aku dapat keputusan yang cemerlang ya! 

Apr 17, 2011

Day TEN: TEN final words

"semoga aku lulus dengan cemerlang untuk final yang bakal menjelang."


sekian.tamat sudah.siri buang masa ini.fuhh~