Pages

Dec 30, 2014

demam dah baik.

yahoooo bapok gedik permulaan ayat. eh nyampah la ecah. ko leh elok elok ayat mula dia tu? macam poyo la.

hahaha.

ah sukati lew. mana tau ada stalker ngah baca blog hari hari. aku harus bagitau dia. aku dah baik demam. kahkahkah. ini perasaan perasan yang menggelikan.

ok hari ni happy. sebab aku dengar lagu shower. dari opis tadi weh aku buat rayuan gombal. tolonglahh tolonglahh download lagu shower kat azwad.

dia balas.

shower kat rumah.

ko hangin tak? terus macam. ok foineee.

best la lagu shower. ko rasa nak menari. aku menari weh. walaupun ngah drive. ramai org pertikaikan cemana aku drive bila dengar lagu riang.

ok.

sebab selalu kalau jadi co driver. aku memang beria la menari. so dorang macam tertanya tanya. macam mana lah budak ni drive kalau dengar lagu macam ni. drive masih drive.

cuma senyuman mekar lagi lah. pastu ada pergerakan tangan. contoh macam

dancing in the mirror~

tangan ko kat tepi bibir dengan gaya macam tgh bisik. hahaha ah korang buat tak jadi. aku buat jadi. i mean kira comel habis la kalau aku buat. hahaha

bapok perasan kan?

so happyyyy.

so saya ishtiharkan. shower adalah lagu ulang alik bagi penggal ini!

#kena happy lepas kena speed trap. rasanya dah boleh mula roger wafi. hahahahhaha. sengal

gudnaiteee

Dec 29, 2014

aku demam lagi

aku demam lagi.

hahaha gedik ah tajuk. nak lempang laju laju je nghase.

okay. aku demam malam je. kul 6 lebih aku rasa suhu badan dah lain. ok tak pe. kul 7 oh dah naik sikit suhunya. masa ni aku terus cakap.

mak! rasanya kan demam malam la! - aku
pegi la klinikk - mak aku
malas lah. takut. - aku

iye. aku mmg penakut. aku tak suka jumpa doktor. sebab aku tak tau nak terangkan situasi badan aku. kalau dia kata awak sakit tekak? contoh la aku sakit tapi tak sakit sangat. kadang kadang sakit kadang kadang tak.

tu jatuh hukum mana? sakit ke tak sakit?

so aku malas nak biarkan doktor macam bengang dengan jawapan aku. so yela. aku kata esok je la pegi.

hari ni hari kedua. so aku bertambah dua kali ganda. aku suruh syira amik panadol. amik air suam.

tone suara yang.. syiraaa tolonggg syiraaa tolonggg

padahal ngah tengok tv ni. macam aku cakap sebelum ni. adik beradik aku memang penyabar banyak dengan aku. aku kat rumah tu. paling lembik. paling lemah. paling ngada ngada. paling sensitip. ah yang sayur sayur bagi aku je la gitu.

pastu macam mengeluh.. cemana nak mandi ni. sejuk gila. nanti demam teruk. syira cuba rasa dahi akak. panas tak? apa? panas? mak? macam mana ni? panas lah. hah? pegi klinik? mahal tak? ala esok je la. medikal kad panel? ala tak tau mana letak.

pastu mak aku suh syira masakkan air. bukan syira la g masak. syira suruh akak aku pegi masak air untuk aku. ngehngehngeh.

gedik je kan?

pastu g metropoint. beli jus katanyaa. konon kepercayaan diri sendiri menyatakan. jus peel fresh mampu pulihkan kesihatan badan. tapi balik x minum pun. duk begosip dengan member sampai akak aku tegur ko ni sampai kul bape nak begosip ngan member.

peh.

syira teman aku pegi kajang tadi. jalan dengan dia. hati riang. kami nyanyi lagu black widow ha kau. aku train baik punya sampai dia suka lagu black widow. pastu lagu yuna. yang cinta ini tanda hati tu. hafal wehhh. kagum tepuk bahu dibuatnya.

masa lintas. aku membebel sejuk. dia kata sweater aku nipis. see. budak skrg. dah pandai tengok kualiti baju ko. aku cakap la. lama kot sweater ni. dari kak echa diploma kott. beli mahal. kena pakai 10 tahun. ( padahal baju tu serius dah mereput)

ngah lintas. aku ni tak pandai lintas. bebel sorg sorg. ah susah la nak lintas. tak sedar adik sendiri telinga kuali. alert.

apa yang susah? xda kereta. jalan la. - syira
......... - aku

pastu ko nampak satu kereta lambang chevrolet kot. ke bukan? aku men bantai je. ni yg besar tau. mcm wish tu. bila adik ko tanya ni kete apa. aku jadi macamm.. hmmm..

ni chevrolet. macam alza tapi bukan alza.- aku
tak nampak macam alza pun - syira
dia bukan alZa tapi besar mcm alza la - aku
sama pesen macam alza - aku

aku tak tau ajaran aku tu masuk ke tak. atau dia sedar aku tengah merapu. so ok.

syira faham.

lol


ok aku nak tido. demam dah kebah sikit. sebab aku dah boleh pasang kipas. hahahaha.

ok semua. gudnoitee gudnoitee gudnoitee ( suara snow white cakap babai kat haiwan haiwan dia)

over je kan. hahaha

 kantoi selalu buat kat rumah.

Dec 28, 2014

aku demam.

aku demam.

peh! menggelabah gila kan nak bagitau diri sendiri demam. eh sukahati kita lah nak citer pasal ape. ni belog kita.

hahaha.

ok anneyong haseyooo.

aku demam weh. aku tak tau kenapa tiap kali aku demam. ahli rumah ni gemar pandang aku sayu pastu buat kerut dahi pastu geleng kepala pastu gelak (kadang kadang)

waii?

standed lah orang demam. dia akan beli hundred plus untuk diri sendiri. makan sup. bersweater. dan berstokin.

betul tak?

pagi tadi macam suam suam kutu gitu.

eh jap. suam suam kutu ke kuku? konfius lah kita. 0.o

ok pastu kan. ok lagi la. pegila teman kawan soping kat matrade. bagus bawak mira. dia kontrol ko. dia x suh ko habiskan duit. kalau tak. hurm.

idoklah tau apa jadinya nanti.

kejap je soping situ. aku jumpa di daus gendut. butik dia pun join benda tu. dia tak amik gambar ngan aku weh. ko sedih tak? kita ni kenalah amik gambar bila tak jumpa. tapi tak tau nape. aku ingat nak amik. tapi tak tau nape aku rasa ah tak yah ahh. hahahaha pastu mcm weh gendut tak begamba weh.

sentap sesorang.

umah dia sebelah taman aku je. just imagine umah dekat sebelah je tapi nak jumpa punya kemain susah! apada!

demam demam ni aku pegi bejalan umah kenduri. sana tak rasa lagi. dia macam lek lek. cool. boleh tahan la ni.

masuk metro kajang. hmmm. mulut tak henti mengomel cakap. penatt penatt.

korang rimas tak? jalan shopping dengan orang yg mulut dia kata penat? hahahaha

aku selalu macam tu. so dah alah bisa tegal biasa gittew.

adik beradik saya seorang penyabar dengan saya. sebenarnya.

so sekarang aku rasa nak tido. dah stokin lain lain. its fasyen. katanya.

demam pertama selepas 23/10/14 so rasa lain sikit la. selalu aku dah tau sape yang gelakkan aku perangai macam ni. ngada ngada melebey. siap stokin lah. siap nak sup lah. siap itu lah ini lah. tapi kali ni tak ada. patut la keadaan yang gelakkan aku tak meriah sangat. kalau tak mesti ada ayat macam.. ' kau ni macam macam lah' 'napela ko pakai macam ni. hahaha'

kira macam tu la. geleng geleng kepala gelak. pastu aku macam buat muka bajet comel cakap. 'ala bialah. dah demam.'

gelabah kan?

haih. so skarang nak beli hundred plus. ko amik kunci pegi la kedai min kong seru hundred plus satu.

bertabahlah!

sobs.

Dec 26, 2014

aku duduk dalam ekon pun sejuk weh. inikan mangsa banjir. dalam hujan tahan sejuk lapar. kita duk dlm opis. sejuk sikit. perut mulalah bunyik bunyik. mulalah geledah laci carik biskut. tak jumpa. tanya lagi org sebelah sebelah.

ada stok makanan tak?

malunya. tabah betul dorang. kuat betul mental dorang.

tuhan sajalah yang membalas kekuatan luar biasa tu. Insyaallah.

Dec 25, 2014

tadi kat pencetus ummah dia cakap pasal cepat kaya mlm. tapi aku tak ingat sangat point dia. yang aku ingat.

biar gaji sikit tapi berkat. 

rasanya aku kena bersihkan hasil gaji ni. rasa macam tak sedap plus rasa bersalah je. yelah. kitakan manusia. ada waktu keje kita tak keje. soooo

hmmmm. 

Dec 23, 2014

Dia cakap

semalam tengah aku lepak makan tomyam berkawankan melo ais dselera. aku membincangkan hal ami dengan uyun. ami tu kuceng aku. cantik. ramai orang berkenan. kalau mood aku baik. aku panggil dia si cantik. ami atau baby. tapi bila mood tak baik.

aku babikan aje.

ops. *emot gelak tutup mulut*

perbualan tu macam ni.

aku: cuba teka ami dah melahirkan ke belum?
uyun: dahh.
aku: okay kalau dah kenapa perut dia masih kembung?
uyun: sebab saluran darah bahagian tempat susu dia bengkak
aku: macam mana ko tau..???
uyun: tau lah. aku kan ada buat kajian kucing masa sem 3.
aku: ok apa kita kena buat? bedah?
uyun: tak boleh bedah. atau dia akn mati sebab pendarahan.
aku: ok pastu kita kena buat apa?
uyun: kita kena biarkan saluran darah dia ok balik. pastu baru leh mandulkan.
aku: oh ni sebab susu banyak ni. tu pasal la bengkak. dia kena susukan anak dia la ni.
uyun: aah
aku: tapi ami tak susu kan anak dia..payah la macam ni.
uyun: mana ada... dia selalu la susukan.
aku: tak.. dia tak susukan.
uyun: mana ko tau?
aku: dia cakap.
uyun: ...gila dia ni. (berkata pada syira)
aku: (terpinga pinga) watt? eh betullah.


uyun berlalu pergi ke dapur. tak ada sape dengar apa yang keluar di mulut aku selepas itu. oh ti dak.

Setiap pagi

aku pegi ke pantry. mau isi air. aku malas sikit nak pegi pantry tu. jauh. macam aku bebelkan kat tuiter. aku rela kehausan dari pegi pantry isi air.

yawn.

atau menguap.

masa aku tolak pintu nak ke pintu pantry. aku bertembung dengan manni. aci cleaner. sambil tolak pintu sebelum ke pintu pantry. aku pegang pinggang ke perut ek? lupa. sambil dahi berkerut kerut.

tengah aku isi air suam. manni tanya aku.

manni: amoi. sakit ka?
aku: oh haha. sakit perut sikit
manni: sudah makan kah? setiap pagi kena makan. kalau tidak sakit perut lah.
aku: hahaha. setiap pagi kena pegi toilet.
manni: oh haha. aah la. btl2.

air penuh. letak tepi. lima minit lagi dtg balik. korg pk la mana peginya aku lima minit tu.

hoho

Dec 22, 2014

Sebilik

aku : uyun tido mana?
uyun: dengan mak
aku: ala tido la dengan aku.
uyun: nape pulak?
aku: aku takut.

aku: syira. syira tido mana?
syira: dengan mak
aku: tido la dgn kak echa
syira: alaa.. syira nak tido dengan mak..

aku: mak. tido la sekali jom
mak: ko tido sorg pun nape
aku: takut

disebabkan terlalu letih. aku baring smbil cuba  melelapkan mata tanpa menutup suis lampu bilik tapi beberapa minit selepas itu. kedengaran lampu bilik aku ditutup. lantas dengan segera aku buka mata n bertanya  kepada mak aku.

aku: mak. mak tido mana??
mak: ya allah budak ni

uyun sudi tido sebilik dengan aku malam itu.

Dec 19, 2014

tentang hati

ada satu keadaan. ko terpaksa berpura pura. padahal ko terasa gila. gila gila. ko terpaksa berpura pura semua ok. kau terpaksa bodohkan diri untuk pura pura tak terasa hati. padahal. hati kau tuhan je yang tahu.

betullah. sabar manusia tu luas. ada tahap jugak. macam limit. contoh halaju forklift dalam bangunan tak lebih 50km/jam.

aku rasa lah. kena selak nota balik nanti.

kalau lebih halaju. kena kaunseling atau warning letter.

makan pun ada limit. sampai kau kenyang. tapi ni tak elok. sebab nabi pesan suh benti sebelum kenyang. apa apa ada limitlah. ada jangka masa.

sama lah limit menunggu. limit bersabar.

bila tiba masa tu. jangan tanya kenapa aku tak lalu nak pandang muka ko.

masa tu maksudnya fasa fedap dah bagi salam.

so

babai.

Dec 16, 2014

status

aku ada soalan.

ko tengah makan kitkat. sebab lapar. sejam kemudian. kau baca artikel. kalau kau makan kitkar maksudnya kau stress. kata kunci dia ko makan coklat atau manisan tu tanda ko stress.

contoh.

so. ko terima ke fakta anggota badan atau diri ko tengah stress tu?

hmmmmm. itu perumpamaan. paling hampir untuk situasi aku ni.

wujud ke keadaan dimana tindakan ko mendahului otak ko berfikir? contoh ko makan sebab lapar. tu je. tapi sebenarnya ada lagi maksud lain yang ko tak sedar. tapi bila oo baca satu fact ke apa ke tentang keadaan ko. apa status sebenar keadaan diri kau tu. kau terima tak? kiranya. kau terima tak kenyataan diri kau tengah stress?

ok lagi satu contoh.

kau kawan dengan aina. kau selalu belikan aina kfc. sejam kemudian kau terbaca kat facebook. kalau kau selalu belanja kawan ko kfc maksudnya kau sebenarnya suka aina.

contohhhhhh. tak ada pun fakta kfc tu.

so ko faham tak? status sebenar diri kau apa? adakah tanpa kau sedar kau suka aina? padahal adalnya niat kau nak beli sebab ko ada kupon lebih.

 macam logiknya kenapa kau teringatkan aina kot bila ada kupon lebih. nape ko tak ingat rosli?

so ko terima tak status diri kau sebenar lepas ko baca fakta tu?

boleh ke? kita bertindak dulu dari otak? ini dinamakan tindakan luar sedar ke?

ok. aku dalam bahaya.

emergency button on.

aaaaaaaaaaa!!!!!

Dec 15, 2014

selamat malam senin

hai hai hai.

isnin yang sibuk kan. tadi aku balik jam tujuh. mak aku kol. tanya kat mana. dia terkejut aku masih diopis. sebab dah lama aku tak stay kat opis until 7. mak aku ajak beli barang dapur. aku pun ok lah. tunggu aku balik. pastu gerak.

tempat kegemaran. kat meden. meden depan klinik kesihatan. smpai rumah tak mandi pun. solat semua. terus pegi meden. pastu mulut tekumat kamit cakap kat mak aku.

lapaa lapaa lapaa.

macam zombie. pastu cakap nanti balik nanti nak singgah dselera. nak makan nasi goreng. pastu cakap lagi. mak tak yah kua kete. t aku sendiri yang turun beli. hahaha. mak marah sebab nape nak singgah singgah? y tak beli je kat gerai kat meden nanti. alasan aku. situ tak bersih. hahaha tipu!

masuk meden. pakai troli. kita amik pengajaran yang lepas lepas. kalau troli. leh bawak smpai parking. walaupun aku tak gemar sungguh guna troli sebab berattt nak tolak. demi tangan tak penat angkat barang masuk kete nanti. aku relakan.

memandangkan aku dengan mak aku je yang pegi shopping. so automatik. keje menolak troli jatuh ke bahu aku. takkan ko nak suh mak ko yang tolak. tak cool la weh. aku pakai selekeh je tadi weh. baju belang belang tudung kelabu. nasib tak ada sape aku kenal. kalau tak.. memang aku buat tak kenal lah kan.

keje menolak troli ni senang. ko dengar jenmak ko nak beli barang ape. pastu guna ingatan tak bape nak tajam ko ni. pegi kat tempat barang yang dimaksudkan. aku memang harap tak ada yang kenal aku weh. sebab kalau ikutkan watak aku tadi. ada satu ketika aku berlari lari sambil menolak troli.

sungguh budak budak.

lari lari pastu stop. lari lari pastu stop. lari sambil menolak troli.

nasib mak aku tak marah. sedang kami membelek belek barang. jumpa jiran. mak kepada kawan adik aku. adi. kami panggil. mak alip. so kawan adi adalah alip. mak alip shopping bersama suami dan adik dia. kami berborak sekejap. depa cerita tentang longkang tersumbat. tukar tukar no jap. pastu gelak gelak. pastu tengok aku beli timun jepun pastu tanya sedap ke timun jepun tu. aku tak pernah pun makan timun tu. mak aku yang suh amik. aku amik je la. dorang la bork borak tentang timun jepun.

masa aku beli belah ni. aku lapaaaa gila weh. sambil tolak troli. lari lari sikit. sambil tu mulut aku berbunyi lapaa makkk lapaaa lapaaa.

so semua benda aku amik. aku amik fries. aku tengok naget semua sedap tapi tak amik sebab kat rumah ada lagi. pastu aku kata kat mak aku. aku nk buat koktel lah malam ni! mak aku iyakan jee. pastu apa lagi? biskut aku amik. alasan untuk opis. hahaha jahatnya! tapi betullah. kat opis tak ada makanan.

dalam lapan lebih kami selesai shopping. yang seronok shopping ngan mak aku. dia bagi aku buat keputusan. nak yang mana yang mana. kalau tak ok. dia tak marah. dia lekk je. cool je mak aku ni. hahahaha

lapar kan? singgah dselera. mak aku duk dlm kete diam diam. mak aku tak pandai kunci kete. hahaha. sebab aku cakap. mak! t kunci kete tau! safety! buat lah tutorial 5 saat sat. how to kunci ur car dari dalam. haha. kat dselera? hmmm aku tertinggal hp. so aku duduk berteleku tongkat dagu dlm 15 minit. bosan. macam macam manusia aku nampak. biasalah. dah duk sorg tanpa hp. apa lagi yang ko boleh buat selain observe org?

sampai rumah. aku parking depan rumah. reverse parking. excellent! hahaha tengah reverse. aku citer.

mak! hari tu kan. ada langgar kete orang. (sambil reverse aku citer)
hah! jerit mak aku.

kete benti. aku terkedu sebab ngah carik ayat.

oh haah. huhu terbakar duit. (sambung reverse sambil ketawa)

kau ni! dah banyak duit sangat ke?

mak aku masih shock.

kat mana? teruk ke? bape rm kena?

ala kat parking kete. kena rm 150. ala ok wat. call dia lagi siap cakap saya langgar kete you. hahahaha

pastu mak aku geleng kepala pastu dia kata mesti baiki cat kan macam tu la dia tanya. pastuuu.

argh. Apa je aku bleh buat selain biarkan mak aku geleng kepala sekali lagi? wuwuwuwu.

so saya sangatlah penatttesok aku half day pagi. saya ada hal. mau tido dah. sebab saya sangat penattt. k gudnaite semuaaa!!!!


so

so saya sangat penat

Isnin yang sibuk (sangat sibuk)

Manic monday.

hari ni boleh aku buat pengakuan yang ini adalah isnin yang parah. dimana otak aku dari malam tadi duk ingat keje apa yang aku kena setelkan hari ini.

keje banyak rasa nak benti. masa ni berangan nak student intern. nak laki. pastu tinggi. nak malay. t leh teman aku pegi makan sama sama.

lolol.

lupakan pasal student intern.

semalam aku baca entri blog aku yang lama lama. entri dulu macam lagi best dari sekarang. dulu memang teratur kot cara aku olah. atau banyak idea untuk aku lahirkan kata kata yang nampak hidup. means aku boleh tergelak bila baca penulisan sendiri. pastu aku terfikir. apalah yang aku fikir masa menulis entri tu?

hohoho.

ada satu entri. gambar afghan. sampai pagi ni aku fikir. sape kawan lelaki yang tanya lelaki idaman aku tu? peliknya. kenapa aku tak ingat langsung? dan kenapa benda tu jadi penting? penting sebab jawapan aku tak best. tak spesifik.  jawapan budak baik. alah lagipun aku dah state kat entri tu. aku tak ada mood nak cakap pasal topik tu masa tu. tu pasal la aku bagi point tak menyeluruh sangat.

siapa lelaki itu? sape je yang aku berkita kita? eh peninglah!

so ni isnin ketiga untuk minggu ni kan? ada lagi 2 minggu untuk habiskan tahun ni. dan ada lagi 1 minggu untuk dapat gaji ho yeah!!

jumaat ni aku pegi pengkalan. aku malas la nak pegi. tapi kalau rasa nak claim duit pastu nak masyuk sikit bulan ni. better ko pegi ecah.

hahahahaha.

lagi 15 minit. aku tak bleh main wasap pagi ni. kalau aku dah mula. aku kena tamatkan. tamatkan jam 5 setengah pulak tu. dan hari ni busy. so confim better aku syuh syuh hp aku dari awal pagi.

arghhhh. menggeliat sikit atas meja. shaun tak nampak. so ok lah. gila dia tak nampak. dia buat buat x nampak tu.

tak..dia tak nampak. komputer dia menghadap penjuru. lainlah macam aku. depan depan aku. aku hadap dia.

penatlah! baru aku sedar last week aku keje tujuh hari bekerja. penatnya.aku rasa sedih pagi tadi sebab aku kena bangun untuk pergi keje. aku macam. eh dah isnin eh? bila nak bangun lambat ni? pastu mekap mekap dengan slomo nya sampai mak aku tanya ko tak pegi keje ke? pastu tengok aku masih bermekap mekap padahal muka sama je ko mekap ke tak mekap.

comot.

hahahaha.

haris mana haris ek? dah bape hari dah ni dia menyepi je kat group. dia tu macam biskut. kejap ada kejap tak ada. aku syak dia pergi backpacking. korang rasa? no no. aku rasa memang rasa dia pergi jenjalan. kitaorang kecoh kat wasap group. dia tak balas pape pun. untunglaaa iaaa pegi jenjalan. jangan risau. aku dah mintak buah tangan dah. kalau pergi jalan jalan mestilah kena beli hadiah untuk kawan kawan kan? hahahaha. tu kalau dia bagitau sebenarnya. kan? aku pun tak tau. tapi kalau tak bagitau pun aku rasa ko pegi jenjalan. rasa rasanya macam kena belikan jugak je. aku rasa la. kalau orang lain aku tak tau.

ok semua. selamat menjalani isnin yang ceria!

bekerjalah dengan seikhlasnya...ewah!

Dec 14, 2014

Menderita dimeja kerja.

happy sunday semua orang.

berlatar belakang kan lagu pink bertajuk try. aku mengupdate blog sambil kertas kertas berselerakan diatas meja opis syarikat Y.

ya. aku tengah bekerja. bekerja menderita di meja pada ahad yang ceria.

mihmihmih.

aku pasang lagu sekuat mungkin. aku sorang je kat opis belah purchasing ni. opis kat syarikat Y memanjang ke belakang tapi ada 2 belah. ibarat tulang ikan. ada belah kanan belah kiri. kalau dari lobi. meja aku terletak di posisi belah kanan.

belah kiri ada kak anis and cherry. dorang payroll. so tak tau lah. ngah kira duit kot. i dono.

so kiranya aku sorang lah kat belah kanan.

dan dihujung sekali adalah opis QC. ada ms ho. dia datang keje sebab nak temankan aku buat keje. btw dia yang paksa aku suh datang hari ni. ok fine. datanglah. next week cuti tak nak datang.

aku rasa dah lama aku tak Ot.dah kaya ke? haha tak da lah. cuma lately macam malas nak keje. tak ada mood. sekali amik ko. belambak keje datang. lagipun bulan ni bulan terbakarnya duit aku. dimana duit aku hampir seribu telah aku belanjakan ke atas kereta aku. wyt. sian wyt. cedera ringan tapi kalau ikutkan hati aku buat bodoh je la kan. tapi tak baik pulak bila buat bodoh ni. so aku terpasa back up balik la duit yang hampir seribu tu. syukur keje bulan ni melambak.

kahkahkah.

cita cita aku nak siapkan semua ni menjelang tahun baru. so tahun baru nanti aku nak duduk kat meja tunggu whats next. lolol.

ni bukan macam zaman sekolah. apa untuk tahun 2014 habis pada tarikh 31hb. ini palsu. haha. semua benda palsu. lulz.

okla. banyak keje yang aku kena setelkan. oh penatnya. balik ni terus tido sampai petang.

hahahaha

Dec 13, 2014

yang sebenarnya....


... yang sebenarnya kau ni ok. baik. cantik. cuma ko terlalu merendahkan diri kau.,.dan kadang kadang ko offensive bila ko rasa terkena..  


hmm. any komen?



drama dua



masih lagi nak bercakap tentang drama big.

korang tak rasa sedih ke dengan watak doktor tu? dia tak sempat nak bagitau perasaan dia kat awek dia. sedihnya! dan dia terpaksa terperangkap dalam badan budak muda yang tak sedarkan diri tu. so aku sedih dengan doktor tu.

ending dia aku tak tau apa sebab aku tak sanggup nak tengok. hahaha. nantilah. bila kegusaran aku dah reda. lol. aku terlalu menghayati ke apa? hahaha. tapi ending dia aku dapati tak ada citer pasal doktor tu kan? (aku gugel ending dia) macam apa jadi dengan doktor tu tak tau la apa. so aku kesian kat doktor tu.

hahahaha. emosi kau ha.

nantilah tengok lagi. aku tak boleh tengok drama sorang sorang sebenarnya. banyak persoalan. kalau aku tengok dengan kawan ke. at least sorang akan tenangkan aku.


bhahahah!

Dec 12, 2014

drama

aku baru lepas tengok citer drama korea tajuk big. baru tengok. macam mana boleh tertengok? sebab hari tu aku tengok kbs. pastu dia tayangkan citer ni. tak tau la pulak kitew yang citer ni dah lama. ngehngeh.

pastu jadi bahan ketawa sebab baru tau. wekk.

pastu dengan semangat aku gugel sinopsis citer ni pastu aku suh kawan aku download tapi sampai kesudah tak dijanjikan pape. untuk manusia kurang sabar mcm aku ni. baik aku pegi kedai carik sendiri. dan! nasib aku baik! citer ni ada kat kedai cd murah kat metropoint. pelik jugak cemana citer ni leh ada. kebetulan. rejeki.

so aku tengok.

hero dia ensem. aku suka hero dia. citer dia pasal apa korg leh gugel kot. tapi aku tengok bab yang laki ni sweet gila nak mampuih so aku seru semua kawan kawan laki aku yang lain sila tengok citer ni untuk belajar jadi seorang penyabar and romantik. jangan asik tengok citer hang tuah hang jebat je.

cewahh.

tapi bila lama lama. citer ni aku rasa ketandusan babak kiut. ke aku dahagakan sesuatu yang kiut? idk.

yang aku perasan. ko memang kena menipu untuk cover perasaan korg. contoh ko kena pura pura kasar kat orang tu. cakap lepas la ape la. so that dia jadi tak suka ko. dia jadi mcm ko exclude dalam ciri ciri laki/pompuan yang ko suka. atau kalau korg bercinta. contoh la ko tau ada org suka dia (orang yang ko suka tu) so ko tak nak gaduh. i mean ko beralah la kan. so ko cakap sesuatu yang buat dia benci kau and lupakan ko. peh drama korea betul. tapi serius lah. kadang kadang bukan sebab pengaruh drama. tapi sebab logik akal kita sendiri yang buat kita nak fikir macam tu atau nak bertindak macam tu.

kadang kadang kita tak sedar yang kita sedang bina satu gap kat seseorang tu sebab kita suka dia. so untuk buat dia tak sedar kita suka dia. kita carik gaduh dengan dia. atau ya buat sesuatu yang sakitkan hati dia.

tapi aku tak faham part yang kau dah bercinta lama pastu cemana kau leh keluarkan kata kata menghiris perasaan orang yang kau suka.

tu bukan buat gap dah kot. tu mmg cari alasan utk berpisah kot.

lolol.

btw citer ni sedih la. aku jadi lemas. sebab aku suka hero dia. ensem. tapi aku tak leh bayangkan disebalik muka ensem hero dia ni adalah lelaki muda bermuka jambu.

ok tak faham eh? pegilah download or beli cd or ape ape jelah utk ko tengok citer big ni.

hahahaha. gudnaoiteee

Dec 6, 2014

Disember minggu pertama

Matahari malu malu selamat hari sabtu yang senduuu.

kajang hujan. pekan semenyih hujan. kawasan persekitaran syarikat Y pun hujan.

minggu pertama bulan december dah tammat. cepatnya masa berlalu. apa yang berlaku sepanjang minggu ni? kpi lah. lolol.

hmmm.

nak cakap pasal ape eh?

okay aku telah buat satu kesalahan. hmmm. kesalahan macam mana ek? hmmm..aku berjanji dengan orang pastu aku TERmungkiri. contoh aku nak mintak tolong dengan kawan aku masa hari kamis. tapi aku tak tau kenapa aku lupa ke atau aku malas nak mintak tolong dia sebab macam lambat sangat je nak tunggu kamis tu. so dia pun senyap je pastu hari kamis tengah aku berchit cat dengan kawan aku dia pulak mesej aku tanya aku nak mintak bantuan dia malam tu jadi tak?

oh mai god.

aku lupa nak inform dia tengah hari ke petang ke.

agaknya dia tengok aku senyap je pastu dia tanyalah. so aku rasa bersalah. aku kata aku lupa. hahahaha. bodoh la. patut aku tipu la cakap emergency ke apa. ni tak cakap lupa. marah ke ek dia? i dono. pastu aku mintak maaf tak inform awal dia buat bodo je.

hahaha. adeh. ini boleh dinamakan perang saiko tak?

kenapa semua orang suka main main saiko ni!

hmmm so aku rasa nak ajak dia minum koppi la.

rasa rasa macam mana?

hmmmmmm. perlu ke?

lolol.

aku rasa semakin hari aku semakin macam jadi cepat marah. macam jadi seorang yang terus luahkan apa yang dia rasa.macam kalau aku tak suka. aku cakap je tak suka. dan kalau aku buat sesuatu yang aku rasa kawan aku akan sentap. aku macam. biarlah. dia patut rasa apa yang aku rasa ke apa ntah.

keringnya hati ni. hati akan jadi sangat kering bila kesalahan tu bukan aku yang lakukan. ia akan sekering padang pasir bila orang yang buat kesalahan pada aku.

kalau aku buat salah. aku mintak maaf. tapi bila orang tu tak maafkan. ape je aku boleh buat selain buat bodoh.

hahahaha.

siot.


ok selamat hari sabtu.

Nov 30, 2014

hai semua.

selamat hari ahad. esok masuk dah bulan december. takut nak hadap hujung bulan ni. walaupun best sebab yela kan. nak dapat bonus dah. tapi nak tggu tahun depan tu. mencabarnyaaa. seram pulak.

audit konfem bersepah.

ok december. selamat datanggg

gudnaite.

Nov 26, 2014

selamat hari rabu!

Hai semua!

pagiiiiii

hari ni hari yang indah. saya masih seronok pasal semalam. hahaha

semalam? kenapa dengan semalam?

oh semalam aku bosan. aku tak tau la. aku tak ada keje ke apa. tapi aku bosan. so dalam pukul berapa ntah. bos aku panggil aku masuk bilik dia.

dia bagitau aku. kos competent yang aku pegi. yang mana? aku kata la satu. pastu dia suruh aku pergi lagi satu.

wat??

aku pun cakap wah? saya boleh pegi ke? best2. i loike. hahahaha.

lepas tu dia bagitau aku dia dah dapat sijil competent. ini sangat best! sebab apa? sebab report dia lulus lebih 80%. ini sangat cool untuk diri saya sendiri!

hahahahaha.

sape sape yang faham je yang tau kenapa aku eksited gila bila report dia lebih 80%. hebat gak la aku ni sebenarnya. oh saya sangat suka. rasa nak celeb sorang sorang je makan apa ya? hmmmm. oh mungkin akan hadiahkan diri sendiri sehelai baju. *terus bukak igshop*

banyak la yang kami bualkan. bual kosong je. aku serba salah jugak. tapi ok la kot dari aku berangan depan komputer aku. hahaha. lagisatu yang bos aku nasihat kat aku.

buat bisnes makanan. contoh la. ko kena jual makanan yang safety n healthy. contohlah ko jual makanan yang tak menyihatkan badan. boleh jadi asas kepada pembentukan penyakit atau kehidupan tak sihat. ko memang untung. lama lama. hati kau tak senang lah.

aiya. insaf la. terus kensel nak buat bisnes makanan. betul jugak. sama konsep jual baju. kau kena jual baju yang menutup aurat. tak jarang. macam macam lagi lah.

bos aku ni nonmuslim. mungkin kata kata dia berbaur kemanusiaan. tapi hmmm. kalau diolah dari sudut agama. ada betul jugak.

dan! dia bagi aku satu pemikiran yang genius. hahaha. aku sukakan idea tu! thank you papa! =D

hari ni hari yang indah.

hmmmm. *senyum*

okay. aku tengah dengar lagu habits ni. aku datang awal pagi ni. aku dah tau dah cara nak hindarkan ketakutan bila masuk opis. ko bukak utube.ko pasang earphone kat telinga. dengan volume yang kuat *tu mmg aku suka* pastu ko masuk je la kat opis yang gelap gelita pegi pasang lampu.

tadaaaa! semua lampu sekali pakej dengan ekon aku bukak.

sambil tu nyanyi la part korus. tak pun lalalalala je.

tempat aku sangat bersepah. aku tak ada mood nak kemas. nantilah. jap lagi. nampak macam kau tengah alami tekanan kerja yang dasyat. 

sikitlah.

tapi smalam bos aku tanya aku keje ok x? ada masalah tak? rasa disayangi tau. hahah 

ala tu sebab ada koyok kat dahi aku. maigod! aku semalam mengalami pening kepala yang maha dasyat. rasa nak balik je. tapi tak yah la. pastu aku tampal kat dahi. kecik je. pastu bos kol panggil masuk bilik. aku pun terus pegi dengan koyok tu sekali.

memalukan. 

tak apa lah. sekurang kurangnya dia rasa nak tanya. kekeke

semalam cerita pasal seorang perempuan yang hampir keguguran sebab angkat barang berat. ya allah. ngilu. aku hampir pengsan. aku sangat ngilu bila tengok perempuan mengandung. pastu kata pendarahan bla bla bla *pening* 

aku tertanya tanya. kenapa dia angkat barang berat! kenapa tak suruh orang lain? mungkin tak ada orang lain. kalau tak ada orang lain jangan angkat. biarkan je. sangat bahaya ok. 

aku yang sihat walafiat ni pun suruh orang lelaki yang angkat kotak yang ringan. aku seorang pelakon hebat lah. haha. well aku suka ajar lelaki untuk jadi gentleman secara halus. lagipun aku ni pemalas kot. sebab tu suruh orang. hari tu la. aku angkat kotak yang tak ringan sangat tak berat sangat. tapi mampulah untuk orang kecil macam aku ni angkat. 

depan aku en M. aku pun..macam eh takkan la aku kena angkat? macam not nice je. tak suka lah kiranya kalau aku angkat. aku pun pura pura tanya. en M. ni nak bawak naik atas kan? pastu dia kata aah. aku pun. cakap okay dan bawak macam berat gila. hahahahha. padahal baru naik satu langkah anak tangga. 

pastu..

bak la saya bawak. aku pun terus oh okay! 

pastu dia bawak kotak tu dan geleng kepala. sebab tak berat mana pun! ahahaha aku kat belakang dia dah gelak halus dah. dia kata la tak berat pun. aku jawab je la.ala en M laki. saya pompuan. mana sama berat kotak tu. 

lolol.

siud je. well lelaki la yang kena angkat kotak. bukan pompuan. jadilah gentleman sikit. aku ni kalau boleh. pintu shopping mall pun aku nak lelaki yang tolak tau. ala ni konsep gentleman la. hahaha. kalau aku kua ngan mak aku. aku yang tolakkan pintu tau. kalau dengan adik laki aku. hmmm. tengok la. kadang kadang aku pura pura bapok berat wehhh pintu ni. padahal tak berat pun. eh just imagine la. dengan perbuatan aku tu. orang akan memandang adik aku dengan wah. bagus adik dia ni.tolakkan pintu untuk kakak dia yang selembik sotong.

hahahaha.

tapi kalau shopping. memang adik aku la yang angkat. aku tak larat. adik tu. semua adik. uyun & adi la. syira tak leh. aku akan nampak lemah bila suruh mak dan syira yang bawak barang. 

kalau ngan adik aku. tak yah cakap. memang dorang yang akan bawak. sebab aku sangat lemah. aku tak larat nak angkat. masa ni ngada ngada menjadi 2 kali ganda kot. 

lolol

ok selamat hari rabu! 

Nov 24, 2014

Wishlist


Awak suka shopping? - Kakak yaya
Suka. - Aku
Suka sangat sangat ke suka biasa biasa? - Kakak Yaya
Suka sangat sangat. - Aku
So awak mesti ada target kan? macam wishlist. dalam 2-6 bulan awak nak dapatkan apa. contoh beg coach ke? betul tak?
oh haah - aku

oh haah. tu je jawapan aku. masa ni aku berlakon habis. aku takut sangat orang sedar yang perasaan aku sedang plain. so ianya akan terluah di muka. gigih gila aku cover.

wishlist ha?

saya tak idamkan beg coach. sebab saya tak minat.

tak tau lah kenapa. bila nak hujung tahun ni. topik wishlist selalu jadi topik utama. well. semua orang ada wishlist. aku pun ada.

tapi bercakap tentang wishlist. ramai kawan kawan aku yang ajak buat wishlist. beli kasut ni beli kasut tu. baju jenama ni. baju jenama tu.

aku...tak minat.

wishlist aku sesuatu yang aku tak mampu beli untuk sebulan gaji dan tahan lama. baju aku boleh beli. kasut berjenama aku tak minat. maybe sebab faktor kedekut kot. so tu aku tak kira as wishlist.

ada satu wishlist aku. satu je. tak banyak.

rumah semi D.

Selamat bekerja!

Nov 15, 2014

kenapa kena confess perasaan sendiri?

perlu ke?

faham tak satu keadaan dimana kau suka seseorang. tapi kau tak nak confess. banyak faktor. sebab kau tak yakin dengan perasaan kau salah satu sebab. kau alami traumatic disorder. kau rasa semua ni tak patut berlaku and macam macam lagi tapi tau tak benda ni menyesakkan jiwa? kau terpaksa menangis sebab ni satu inisiatif lain selain confess. menangis kat rakan sekerja yang berusia pulak tu. pastu kau kena pura pura malas fikir. sebab rasa ini semua merepek! sangat berpura pura. bila jumpa orang tu. kau cuba berlagak selamba. padahal di akhir perjumpaan. ko rasa macam sayu pastu menangis beria sebab rasa kehilangan. 

bodohlah.  

tak tau until when bila boleh bertahan.

selain menipu diri sendiri. kawan kawan yang terdekat sebab nak nampak kau macam seorang yang tak ada perasaan. bila kawan ko berjaya teka. kau deny dengan beria ria. seolah olah kau rasa semua ni nonsense la.benda benda ni tak patut wujud. benda yang kau tak nak dekat dah. kau dah matikan. kau dah stopkan. so bila benda ni wujud. kau rasa stress sebab kenapa wujud jugak? dem. kau sorang je yang tau apa benda tu dan siapa orang tu.

oh 

ehem. ok lupakan.

chillllllll~~~

Nota Sabtu

Hari sabtu yang bertemankan matahari yang sangat kuat. oh well. sekuat semangat bercinta yang palsu. Aku memandu dengan tak berapa tenang sebab aku tak jumpa lagu yang aku nak pagi ni. lambat jugak la aku jumpa yang serasi. lagu yang serasi pagi sabtu ini adalah read all about it dengan separuh aku.

so mendayu dayu.

aku mengantuk gilers. apa yang aku perlu lakukan untuk tak mengantuk? adakah tido? hekhekhek.

takkan aku nak tido kat opis ek? teruk la gitu. hari ni nak pulun keje sebab next week aku sangat lah sibuk. serius sibuk. aduhai. seminggu depan yang menyibuk.

Semalam hani wasap aku. tiba tiba. dia kata dia ada baca satu cerpen ni dan teringat aku. aku macam hahhaha wat??? pastu aku mintak tajuk cerpen. tajuk dia. tumit tinggi dan cinta. aku pun eksited la gugel kan. oh dekat penulisan2u.com tak silap.

Gila tak eksited. ada cerita yang buat kawan kita ingat kita. ini sangat lucu ok! hahahahah =D

hani cakap bacalah. watak perempuan tu macam aku. seorang yang kalut dan selalu buli kawan baik dia yang lelaki.

ha ini mendatangkan shock shock shock (disebut sama dengan tone lagu beep). sebab...kita kalut ke? kita tenang la! kita buli lelaki? ya allah....kita ni seorang yang lemah lembut. TAK PERNAH buli lelaki. saya seorang yang peh baik gila.

muntah darah.

hahahaha!

ok memula aku lembut la. kali pertama ko lihat aku (lelaki ya) kau macam baik budak ni. hahaha. (yeke? sila muntah kalau rasa ini tak betul. well manusia kadang kadang memang suka syok sendiri) lama lama ko kawan aku. baru ko sedar tiada kelembutan dalam diri ecah. hahaha. kata haris aku mengalami sindrom genderisme yang sangat severe? ouh really? hahaha

aku rasa dengan lelaki kena kasar. pompuan kena lemah lembut. sebab yela pompuan kan jiwa sensitif. so sebab tu aku berlemah lembut kepada pompuan. aku penah gaduh ngan budak lelaki pasal isu genderisme ni. menggelabah gila. dia macam seorang lelaki yang konservatif. yang bongok rasa lipat kain adalah keje pompuan. basuh kain dan semua semua lah. lelaki keje dia potong rumput.

eh ko apehal. kata ecah kepada lelaki ittew dengan nada emosi.

pastu aku cakap lelaki tak boleh demam! pompuan takpe.

dimarah nya kitaaa...kita ni dah la macam cepat bengang bila kita bergurau dia sibuk amik serius pastu sindir macam hampeh. ah bagi la sedas.

so jangan tanya kenapa aku tak ada pakwe lagi.

hahahahaha. pastu mengomel. saya ni bukan takat orang naik kete pun tak pandang. yang naik motor lagilah tak pandang. (opkos la ko dalam kete. dia bawak motor. dia hanya akan pandang secara terkejut kat kau masa kat traffic light merah ko tetiba ketawa berdekah dekah sesorang mungkin sebab tengah dengar segmen Johara kat Era.fm.)

ehem. berbalik pada topik.

kasar tu standed la. harus la kasar. kalau lemah seperti sotong. tak berdaya aku nak mengharungi semua ni. haha tak ada kaitan. dah besar ni baru aku tau nape katak tak bagi aku nama gelaran sotong. agaknya dari sekolah aku memang macam ni ngan lelaki. dia bagi aku gelaran ubur ubur. sampai sekarang. aku tak tau. eh tak ada pulak aku nak tanya woi katak apesal ko panggil aku ubur ubur!

kasar aku pun aku baik wattt ( ceh nak puji diri well macam aku cakap kat atas. manusia memang ada perasaan syok sendiri ingat tu)

mak aku pun penah tanya nape kasar sangat dengan gendut? janganlah asik buli dia je... (dulu la)

aku diam. dalam hati aku tertanya tanya. kasar sangat ke? hahaha.

ala aku sempoi je. kadang kadang sebab dah biasa. atau aku kena buat buat kasar. untuk tak nampak terlalu ayu. terlalu ayu ni melemahkan kadang kadang. untuk aku la. aku rasa tu bukan diri aku. aku ingat lagi masa aku keje kat pizzahut. ada kawan lelaki nama nordin. dia masa last day pizza. dia ada bagi kata kata kat aku. ayat dia macam. perangai kau ni tak sama macam kawan kawan pompuan aku yang lain. sebagai budak budak yang baru lepas spm. aku macam blur je la. until now aku tak tau apa yang lain.

semalam aku borak borak dengan kawan laki aku. dia bercerita tentang cita cita. sibuk cerita cerita. aku pun  tunjukkan minat jugak. tapi ada satu part memang dia tengah eksited (aku suka matikan mood eksited seseorang dengan statement ntah pape) cerita pasal kereta kegemaran dia yang gila mahal yang dia akan dapat dalam 5 tahun lagi. aku tak tau la sebab memula dia kata kete kegemaran dia adalah toyota wish (contoh) so aku pun cakap la maybe dia akan dapat dalam tempoh atau kurang 5 tahun. pastu dia kata no! dalam tempoh 5 tahun dia akan dapat bmw X5 (contoh) so aku macam eh okay. nak up lagi plakk (tak tau kenapa aku macam bengkek bila salah I mean dia target higher dari yang aku teka) terus aku cakap..

orang target nak kawin la. apada.

terus kawan aku gelak dan kata itu opkos cuma tak tau bila dan tanya aku satu soalan dan blah sampai entri ini dipublish beliau hilang tanpa kabar.

hahahahah! mesti dia kata eh ecah ni..argh! hahahahah. pasni konfem topik cita cita tak ada dah. lolol.

jangan tertipu dengan kekasaran aku. saya seorang yang macam budak budak. ada kawan kata aku macam budak tadika. yang sukahati ikut apa yang dia rasa tanpa fikir apa yang orang rasa pastu suka melepak suka berlumba dijalanan. so aku sentap. terus macam.

ok fine.

terserlah kesayuran dalam diri.

ok nanti sambung lagi kot. hari ni banyak benda kena siapkan.

selamat berhujung minggu! muah ciked. kekeke

Nov 12, 2014

Zaman Sekolah

Tadi bervoice note dengan ina.

Tercerita zaman sekolah. hahaha. adoi.

So tiba tiba rasa nak share zaman sekolah. Sekolah rendah dulu eh? Kawan kawan kat blog ni pun ramai yang satu sekolah dengan aku masa darjah 3-6 dulu. haha

kenapa 3-6?

sebab masa ni aku ditukarkan ke SkSj. Tak yah la tau. sekolah apa. risau ni popular kat search engine. naya je.

Aku kelas ketiga. padahal aku tak layak masuk kelas tu. aku rasa la. haha dia aku rasa konsep sape daftar dulu. hahaha. atau entah. dia ikut kot ko sekolah mana dulu ke. I dono.

Aku dulu masuk 3 harmoni atau dedikasi. I tak ingat.

aku bukan pengawas. satu kelas dengan faja. faja dilantik jadi pengawas. dulu kan zaman sekolah rendah orang tu dilantik sebab kemas ke pandai ke apa ntah. yela kot. i dono. wek.

aku rasa beberapa bulan duduk di kelas harmoni tu. kemudian aku dipindah ke kelas cekal. kelas kedua. aku tak suka kelas cekal. sebab semua budak pandai kot. aku tak rasa aku pandai. hahaha.

so aku agak pasif dikelas cekal. budak pandai ni memang aktif dorang macam beyuk. ah aku tak suka kelas cekal. tapi tak ingat tu ganggu prestasi aku ke tak. tak ingat lagi.

yang paling aku ingat adalah. aku selalu keluar masuk bilik disiplin. cikgu suhaimi. cikgu disiplin. muka aku ni cikgu dah kenal. sebab masuk?

tak jalankan tugas kelas.

lolol. see bukti aku ni memang pemalas dah memang ada masa sekolah rendah lagi. hahaha.

ada satu ketika aku lawan. aku cakap aku tak tau aku kena tugas apa. sebab tu aku tak buat. baru nak buat. dah kena panggil masuk bilik cikgu disiplin.

lol

cikgu cakap. wat? awak tak tau????

terkejut.

aku ingat lagi. pastu aku cakap haah. sebab selalu tukar. ala dulu kan ada origami yang ntah ko boleh tukar tukar nama ikut mood ketua kebersihan nak bagi ko tugas apa hari tu. sebab guna kaedah tu la aku tak tau aku kena buat apa untuk hari tu pastu terpinga pinga kena masuk bilik cikgu disiplin. wekk.

banyak kali. tu yang paling aku ingat la. tapi tak sampai tahap gantung atau buang sekolah. aku rasa sebab jalankan tugas je la. haih. keje sekolah ok je. excellent. lol.

faja kan pengawas kan?

so aku ni bukan pengawas. tapi aku selalu ikut dia bertugas.

hahahah! gelakkan ecah!

aku ni memang suka langgar undang undang dari zaman sekolah rendah rupanya. katakan lah. budak biasa rehat jam 12. pengawas rehat jam 11.50 sebab dorang nak jaga kelas kan? so aku rehat pukul 12. pastu...aku pegi kat tempat faja. contoh jaga tangga. sama sama jaga tangga. hahahahah!

kalau cikgu meeting. semua pengawas jaga kelas.

aku yang murid biasa ni dengan tak tau malu yang bajet macam dia ketua pengawas yang power sampai boleh pakai baju biasa. ikut jaga kelas jugakkk. hahahaha

dulu ada rombongan ke melaka. untuk ketua kelas. pen ketua kelas. pengawas pusat sumber and pengawas sekolah.

aku pegi jumpa cikgu cakap aku nak pegi ikut rombongan tu.

hahahahahah!!!

eh jangan gelak. aku dapat pegi tau. jangan main main. mesti cikgu pelik. kenapa ada murid macam aku ni. eiiiii. so annoying.

so aku dapat enjoi ke melaka. satu satu nya budak biasa yang berjaya join. hahahahaha.

oh lagi?

ada pertandingan menyanyi. aku berduet dengan faja nyanyi lagu ya maulai. (bapok poyo dowh. geli geleman) tak berjaya. tak boleh wakil sekolah. tau tak aku buat apa?

mintak penjelasan cikgu.

kenapa kitaorang tak layak jadi wakil sekolah.

hahahahah! gelakkan lagiiiii. tapi kali ni memang tak berjaya la. sebab nak solo. aku duet. hahahahahah. ya allah. teruknya. apa aku fikir dulu eh? ni konsep kalau kau nak. ko kena buat and dapatkan. apa apa kena ada penjelasan.

tak ada memori yang banyak masa sekolah rendah. aku tak aktif menari masa ni. aku rasa ramai yang talented kot. atau cikgu pilih entah cemana ntah.

oh. aku penah masuk pertandingan busana muslimah. pakai jubah. wakil kelas. pastu kena catwalk dengan jubah tu.

ya aku menang.

hahahahahahah!!!!

so geli.

kelas dulu aku tak suka math. sains. aku menyampah dengan subjek ni. until darjah 6. cikgu zakiah. dia la buat aku score dua benda ni. so upsr agak excellent la.

ok sambung later. pasal pegi sekolah balik sekolah. hubungan dengan faja yang asik gaduh. kisah cinta zaman sekolah rendah. oh ini so merepek.

ok later! cau!

Nov 11, 2014

Catatan Opis


Macam lama je tak bersantai santai. Aku banyak keje. Aku rasa aku kena upah consultant persendirian untuk arrangekan semua keje aku. Oh terlalu banyak pending and berlambakan.

Kehidupan sekarang sangat fun. fun lah sangat. tapi keje sangat complicated. At one time aku rasa nak resign. Sebab aku rasa aku layak resign.

Sebab aku tak ada mood nak keje.

Lately emosi tak stabil. So nak hasilkan karya entri yang fun. Amatlah susah. So entah.

Haris cakap pasal gap dalam perhubungan. Dia nak buat puisi. kenmain semangat nak jadi puitis. siap nak masuk kelas buat puisi. tapi nak free. Lolol. ape cer? siot je.

Aku tak pakar dah dalam perhubungan. tapi kalau bagi nasihat cinta tu. boleh dah kot nak menuntut. kehkehkeh. Aku rasa macam ok la gap. korang diskus korang suka each other tapi korang tak kapel. korang mungkin bagi tempoh untuk satu masa. pastu

kawin.

hahahaha. simple.

sejak dah nak mengerepot ni. saia sukakan perkara yang simple.

hahahaha. poyo dowh.

Aku kat opis. hari ni data terlebih guna. so aku pun terbukak ig. so pastu memang data dah habis. so aku tak ada la data. kena topup.

booo. gelakkan ecah yang masih menggunakan prepaid.

eh lantak lah! sukahati lew.

so aku tak dapat la bervoice note dengan kawan kawan. mereka dijamin akan merindui suara aku. *ini serius poyo*

aku kat opis sebab saje nak balik lambat. tak claim ot. ma las.

tadi kol fida. saje. lama tak borak borak dengan dia. next week kitaorang jumpa. tapi.. tak leh karok. sebab....takut ganggu baby. aku dah cakap. dulu. dia kata tak apa. sekali kau. memang tak di-ijinkan la kan. hahaha. fida cakap alhamdulillah bila tau ina dan haris kembali baik. haih. ramai jugak kawan kawan aku tau pasal hubungan ina and haris yang goyah dulu. ok semua. mereka bukan pasangan bercinta ok. jangan salah faham. hahaha. sebab gaduh?

rahsia.

biar jadi rahsia. tapi yang pasti until now aku bengang dengan korang berdua (sebenarnya) sebab pasal korang la gambar konvo kita bertiga tak ada!!!!!! Tak ada. faham tak.

I iz so sed. momen manis macam tu patut diabadikan. oh rindunya dengan fidaaaa. next kamis macam terlalu lamaaaaa. huhu. fida ajak minum kopi. tapi bukan sekarang. bawak bebi sekali kot. uuuuu~ aku rasa pelik je. hahahaha. oh ini semua perkara pelik!

lamanya tak minum kopi. hari tu post kat twitter. pastu haris cakap pick me up. aku boleh je nak amik. tapi...aku rasa aku lupa rumah ko. hahahah! ok ini memang mendatangkan bengang. aku rasa dah bape kali aku dtg. tapi masih tak ingat. oh ini sangat teruk. tak tak. dia ada simpang. banyak simpang lah. ah tak ingat. eiiii. bahayanya. aku memang lupa. aku bab jalan memang fail!

tak pe la nanti boleh waze kowttt. =P

aku terlalu banyak cakap. bila banyak cakap. itu petanda saya tengah stress. aku rasa tak ramai perasan. haha. maybe sebab muka/ton suara tak nampak aku tgh stress (melainkan kau depan aku)

sekarang dah musim audit. banyak auditor cun cun. pompuan la. well ko harus faham. diakhir zaman ni. mana ada lelaki lebih dari pompuan. budak budak newbie sekarang banyak cun cun la. aku tak faham kalau kawan kawan lelaki aku kata susah nak carik awek. peliknya. ramai kot~~

ko tinggal pilih kenal dan tinggalkan (kalau tak sesuai)

peh. deep dowh.

lol.

ok nak balik. k bai~

Nov 9, 2014

Tips



Yahoo Messenger Conversation. 

J: Beb! 
S: Ye beb.
J: Aku tengok drama korea ni. 
S: Korea lagi? Ko tak berebut remote dengan mak ko? 
J: No. hari ni konsep sape duduk depan. sape yang angkat punggung. channel dia tak dikira. 
S: Lol. So nape?
J: Ni ada tips cinta untuk ko. Aku tengok KBS. Citer what happen to my family. 
S: Ha pastu? 
J: Dia kata! I mean ada sorang watak tu la kata. 
S: Whattt
J: Hish sabar boleh tak! sepak nak. 
J: Ehem ok dia kata
J: Dia..
S: WHATTT. kenot wait
J: Eh gedik ni. sabar la! nak sesuatu yang baik kena sabar tau!
S: cepatla ciken
J: Ok ehem
J: Dia kata lelaki kena buat first step! tu tugas lelaki! So kau! kalau minat kat seseorang tu. kau kena yang mulakan langkah tau. Macam ajak dia g makan ke apa ke. Kira amik perhatian dia la. 
J: See baik tak aku. aku tolong salurkan maklumat untuk ko. Ko jangan angkuh sangat dengan awek awek weh. Jangan pemalu sangat~
J: Kau kalau suka kat seseorang tu. Cakap la suka. atau tunjuk la minat. Mana tau pompuan tu suka ko gak ke. kan? betul x cakap aku? hahahaha ini sangat geli ok. yeyekkkk
J: Hoi mamat. 
J: Helo? Helo? 
S: Ok next week jom minum kopi.
J: Hahaha. poyo. nape? 
S: Loh kata suruh laki mulakan step dulu. 
J: Maksud aku orang yang kau minat bodoo
S: Kau ni bodo la. 
J: What!! 

J yang cepat sentap bila dikata bodo terus log out. 

Krik Krik.

Nov 8, 2014

Feelings




setelah beberapa minggu ayah aku meninggal dunia. so hows life? 

faja tanya. macam mana family? macam mana adik beradik yang lain? masa aku drive dari shah alam dengan dia tadi.

they're just fine. cuma mak aku agak pendiam dan ya semua orang baik baik je alhamdulillah. cuma kau memang terasa sesuatu yang tak ada. selalu memang arwah tak da. i mean dia pegi mana mana. outstation ke. ko tau mana dia pegi. but now tak ada yang memang tak ada. terasa weh. 

haah. aku pun terasa. 

bila faja jawab macam tu. aku terdiam. haha. tekak aku rasa macam susah je nak keluarkan kata kata. aku kena cover tone suara. huhu biasalah. arwah ayah aku selalu duduk luar rumah. bila faja lalu atau jiran jiran lalu. dia akan tegur dan melambai. bukan faja je terasa. ramai orang.huhu

perancangan allah memang baik faja. dia dah preparekan kitaorang secara tak langsung sebenarnya. sebab beberapa bulan sebelum pegi. arwah dah keje malam. so kitaorang tak rasa kehilangan yang mengejutkan. aku bersyukur jugak. cuma tulah. pergi yang memang pergi. kau tak ada ungkapan untuk hal ni. 

aku jawab. sambil senyum. nah. egois gila. punya aku kaver tone suara untuk sembunyikan emosi sebenar. 

gila kau tak sedih.

redha. aku dah lama redha. masa arwah tak sihat. tapi tak seteruk beberapa hari/minggu sebelum dia pergi. tapi masa dia pergi. keadaan dia tak teruk. tapi aku tak tau la kalau dia memang dah sakit tapi dia cover depan kami anak beranak. 

hmmmm. 

ada soalan yang tak best sikit tapi aku balas dengan senyuman dengan sedikit ketawa halus. untuk cover kot. bila orang tanya. apa perasaan jadi anak yatim? 

hahaha. 

sedih. (jawapan aku)

tapi kenapa ko ceria? sekali lagi aku tersenyum. jawapan aku. life must go on. untuk jawapan bodoh macam tu. aku memang tak layan sangat untuk bagi jawapan yang tak setaraf dengan akal dia. (kau islam kot. ko memang kena redha. move on. muhasabah diri. dats all)

so biarkan dia. aku tak amik port dengan golongan manusia aneh ni. 

kawan kawan aku cakap. aku kuat. maybe ucapan untuk ya supaya aku percaya and ok ya. aku memang kuat. lolol. 

masa masa ni. banyak benda yang  buat kau fikir sape  kawan kau sape kawan enjoi kau. sape kawan dengar luahan kau. ada ketika. kau berselindung di balik tawa depan famili. kau tak nak nangis. kau kontrol. tapi pada masa yang sama kau perlukan seseorang untuk berborak. luahkan apa yang kau rasa. perasaan kau sebenar. kau akan cari seseorang. tapi trust me. tak semua orang mampu dengar.

kawan kau teman minum kopi. belanja kau makan goreng pisang. teman kau minum abc. kawan yang kau bagi coklat bila dia stress. kawan yang kau rushing dari rumah kau nak ke tempat dia sebab dia ada masalah dengan pasangan dia. 

no. 

tak semua membantu. atau semua tu takkan membantu. ko jangan mengharap kat dorang atau kau guna je ayat dorang tak boleh harap. 

even ko ada wasap group nama kedai teh o ke. wasap group yang kau guna untuk berceloteh ke apa ke. kalau kau buat luahan kat situ. no. jangan harap sorang dari mereka akan personal mesej tanya kau kenapa kau banyak cakap? are u ok? no. tak ada sorang akan tanya. kalau kau meluahkan rasa marah kau kat seseorang di wasap group tu. tak ada yang akan tanya kau kenapa. siapa yang buat kau marah macam ni sekali. melainkan masing masing post gambar aktiviti dorang atau apa apa je lah. takkan ada sorang pun yang melayan keadaaan kau walaupun dorang kawan ngan kau dah 4-5 tahun. melainkan kau left group pastu kalau ada kata kata yang kau luahkan sebelum ko kua tu sentapkan sape sape. baru la dia akan tanya. kau kenapa? 

haha. sedihkan life macam tu? 

kau jadikan group tu as kau punya group paling rapat la (kau rasa) ok mungkin kau salah. kau ingat tu la yang memahami. sebab kau dah terlalu aktif kat situ. tapi malang. kau je yang faham dorang. kalau dorang ada masalah. kau la nak jadi pendengar paling setia. pemberi pendapat paling baik. (walaupun ntah pape) penghibur dorang (dengan buat lawak bodoh nak mampos) tapi trust me. jangan harap orang yang sama akan buat apa yang kau buat kat dorang. sesetengah orang. hanya mampu jadi kawan untuk bergelak ketawa. bukan pendengar yang baik. untuk masa masa sedikit kritikal macam ni. tak semua faham. kau kena sedapkan hati sendiri. 

kau akan dimarahi oleh kawan lain. sebab tak share masalah kau dengan dorang. ok ini bermaksud kau salah salurkan masalah kau. bila tak ada yang mampu bagi bantuan (dalam saluran yang kau pilih) kau stress. kau sentap. kau sedih sangat sangat. sebab pada kau. kawan baik kawan rapat. bukan ada waktu seronok ketawa je. kawan  rapat dan baik perlu ada untuk mendengar masalah kawan dia. macam kau buat untuk mereka. 

no. 

bila jadi macam ni. kau boleh klas-kan. sape kawan yang mampu dengar dan hanya mampu teman berlibur. so next time. kau tak membodohkan diri kau menceritakan hal yang dorang tak rasa nak tolong. walau pinjamkan telinga. 

haha. 

tak semua orang alert. sensitif. faham kau. walau dah kawan 4-5 tahun. nama je kawan. kawan atas dasar kawan. biasalah tu. 

orang lain akan rasa he eleh. macam ni pun nak sentap ke. no sebab ni kau rasa kau rapat dengan dorang. opkos ko akan rasa sedikit sedih. atau banyak (kot) 

kau akan rasa penat. 

serius. untuk keadaan macam ni. emosi agak tak stabil. so memerlukan kawan untuk ya mungkin care pasal ko (lol). aku ramai yang aku kira rapat. tapi my bad. salah aku memilih siapa pendengar tu yang buat aku tambah stress. sebab kita ingat orang tu sama macam kita (even aku tak baik sangat tapi i do care tentang kawan kawan aku) atau mungkin aku nampak terlalu kuat kot. ya kuat semangat sampai tak yah la kisah sangat hal dia (aku) tu~ 

i dono. aku memang baik. aku tau aku baik. sangat baik. 

tapi ya. tuhan maha adil. kau diberi sekumpulan kawan yang buat kau sedih. dia lebihkan yang buat kau rasa positif. tapi mereka terlalu baik sampai kau tak sampai hati nak ganggu kehidupan mereka.

mungkin dah tiba masa aku kena guna perangai pilih kawan aku. 

mungkin. 

Al fatihah untuk arwah Ahmad Bin Samori. 

semestinya aku akan rindu masa masa digelakkan di ruang tamu bila perangai bapok poyo aku masa kecik dulu diulang cerita oleh arwah. skill memasak aku yang tak pernah improve! tak boleh bagi alasan untuk basuh beras je (arwah pandai masak. so aku selalu basuh beras je dengan alasan nanti lebih air. nasi lembik. tak ada orang makan)tak ada yang akan tiba tiba bangun waktu malam sergah kau yang tengah kusyuk fefeeling tengok channel 393. 

ah banyak lagi. tak mampu menulis. huhu. 

:'(

Nov 4, 2014

Firasat

dia suka kau. 

hu?? 

dengan pantas. J menoleh ke arah D yang masih tenang dengan kata kata dia. 

Teori mana kau guna? Firasat sape pulak kali ni? 

Balas J. 

masih tetap di pembaringan beralaskan lengan menghadap langit. kerusi kelabu di perkarangan taman permainan taman asa jaya terasa jugak empuknya dikepala. kegemaran J dan D untuk 'bertawaf' mengelilingi taman permainan tersebut sebelum rehatkan tubuh di kerusi milik MPKj itu. Perbuatan mereka dipandang oleh beberapa org manusia. well. siapa peduli. 

hati aku. aku memang rasa dia suka kau. 

jawab D sambil tersenyum menghadap langit. 

J menjelirkan lidah. 

kalau ko rasa tu fakta. aku rasa tu mitos buatan ko. 

J bangun. memanjangkan tangan ke serumpun rumput lalu mencabut sehelai yang paling panjang. 

kemonlah J. aku rasa dia ego. kau pun kasar sangat dengan dia. 

D meneruskan untuk pertahankan mitosnya.

haha.merepek la instinct ko. malangnya aku hanya percaya bila ada sesuatu terucap dari mulut dia secara live. yes or no. 

J berkata sambil tersenyum. mencampakkan sesuatu hasil dari rumput yang dia petik tadi kepada D.

Pakailah. cincin rumput. Aku hadiahkan untuk ko. 

J ketawa besar. berharap D melupakan kisah mitos dia. Pada dia konklusi perasaan seseorang tidak boleh digunakan melalui firasat. Itu mitos yang menghasilkan angan angan kosong. 

Firasat aku kata. kau pun suka dia. betul? 

Balas D sambil mata tepat ke arah J. 

J mengalihkan pandangan. Terasa sesuatu tersekat di saluran esofagusnya. 


Nov 3, 2014

Ketawa

aku masih tak dapat control ketawa depan khalayak ramai. mujur aku tak dilemparkan sebuku kertas masa meeting tadi. ini semua angkara seorang engineer cina yang agak kiut macam pahlawan cina satu ketika dulu. sape ye. wong fei hong? ke lagi saorang? ah aku tak ingat. mustahil dia tak perasan aku beria terketawa. maaf. bukan salah saya. mungkin imaginasi minda yang terasas dari bunyi ditelinga (oh ya aku harus katakan aku tergelak bila dengar sesuatu yang terhasil dari tekak dia)

bos aku nampak. tapi masa tu aku tak pandang muka bos aku. aku terus cover seolah menulis sesuatu sambil menutup mulut.

dua kali kot.

oh cik aisyah. awak harus berubah.

kasihan wong fei hong.

entah betul ke tak tu nama pahlawan cina tu.

cau.

Tembikai

Nah. tembikai potong.

L meletakkan piring berisi tembikai hasil potongan penuh keringat K diatas rak bertingkat milik A.

Hi Kak, makanlah tembikai tu.

Hulur A kepada Kak Jepun.

Takpelah dik, akak kenyang. lagipun tembikai kan ber-air. 

Kak Jepun menolak dengan mudah.

Eleh kak. eksyen.

A cuba provok Kak Jepun.

Akak amik satu lah.

Balas Kak Jepun.

A tersenyum.

L, tembikai ni halal kan? Bukan tembikai buat sembahyang kan?

Mata A tertancap pada Kak Jepun yang baru habiskan satu kunyahan tembikai yang dihulur tadi sambil memberikan satu senyuman.

Kak Jepun berhenti mengunyah.


Cheese

Jom makan kek.

Wassap dari J dipandang sepi D. Kemon la J. tengah bulan ko ajak aku makan creme brule cheese ko.

Aku banje.

J balas lagi. Wasap kali ni hadiahkan senyuman sedikit panjang dibibir D.

OK!

Laju. Kalau dibandingkan cahaya dan kilat. Taipan laju itu lebih pantas dari 2 perbandingan mana satu lagi pantas dari ahli sains. Dasyat.

So kita terus jumpa di sana ya. I need something cheesy meesy. I iz so stress.

J menambah. D masih tersenyum. D kenal J lebih dari sape sape kenal J. kecuali ibu ayah dia la.

D menyusun kertas kertas berselerakan dimeja sambil percepatkan aktiviti mengemas barang untuk segera ke Secret Recipe Metropoint. J konfem dah gerak ke sana. Dia bukan leh caya.

___________________________________________________________

Kegemaran D parking di basement. berbanding J yang gemar berjalan kaki dari KFC. sebab kena bayar RM 2.00 ke basement J kata. Kedekut. hari hari ko makan creme brule cheese ko. tak rasa membazir pulak. D pelik dengan pemikiran J.

Lewat 10 minit. J memang seorang punctual berbanding D. D senyum serba salah.

Sori lambat.

Mukadimah klise dari D dipandang dengan senyuman mesra dari J.

Aku dah order. Ko harus makan creme brule cheese. Ko takkan menyesal.

J balas dengan nada eksited tanpa rasa bersalah seolah olah semua makhluk dimuka bumi ni bercitarasa sama seperti dia.

Okay. tak kisah. ko banje kan?

jawab D.

beb. apa beza sahabat dan kawan?

D terdiam. 

ho ho ho. ada masalah dengan kawan atau sahabat ke? 

D membalas. Pertanyaan D dijawab dengan cebikan dibibir J. 

Relaks lah. jangan fikir yang kita ada sahabat atau kawan ke tak. fikirlah ada x kita cuba jadikan diri kita as sahabat or kawan untuk dorang.So. less pressure. huhu Simple.

nasihat D. D tak pernah gagal menghadiahkan nasihat yang sedikit positif. 

well. kelihatan nasihat seperti melangkau jauh dari jawapan yg dikehendaki.kalau exam ni. tak tau la bagi markah berapa. 

J berseloroh. 

Aku kenal kau. jawapan tu untuk masalah yg kau hadap. mustahil ko tak tau beza kawan or sahabat. ko dah tua. kot. 

kata kata D tepat ke muka J mengakibatkan kesedakan luar biasa dari J yang ketika itu sedang menghirup sedap Ice Lemon tea kegemarannya.


MonNov

Sedekah yang paling afdhal adalah sedekah kepada keluarga.

Contoh kalau adik ko nak pinjam duit. ko bagi je la. walaupun ko berpegang pada kata kata nak sesuatu usaha sendiri. tapi kata kata tu berbalik pada situasi adik ko. Kot kot ko adalah ikhtiar terakhir dia. dan tengok pulak pinjam untuk apa. untuk perbelanjaan diri ketika di Universiti. duit minyak untuk ke kelas. bagi je la pinjam. dengan niat. sedekah kat adik kot.

banyak lagi la.

sebagai abang/kakak takkan ko nak cakap ko tak da duit kan even ko memang tinggal bape la sangat kan. ego harus dijaga wey. then ko tawakal je la. rezeki ada dimana mana.

hari ni topik kat tv adalah sedekah. aku taknak lupa. aku buat la satu entri kosong dipagi Isnin.

my green button is come early to office. happy working!

Coffee day. NO Cheat day. lol

Oct 31, 2014

apa perasaan bila kawan baik yang sangat sanga rapat nak kawin ye? 

aku akan membebel pasal benda ni nanti. 


Oct 2, 2014


ada sesetengah orang. dia sedar yang diri dia memilih dalam berkawan.dia sedar dia tak ada kawan. dia sedar yang dia kekurangan kawan. tapi dengan jumlah kawan yang dia sedia ada pun dia tak mampu nak jaga.

faham tak?

ada sesetengah orang. ada kawan. tapi tak tau jaga perasaan kawan. dia sedar yang dia memang tak reti nak jaga. dia sedar semua orang tak suka kawan dengan dia. tapi dia still macam tu. tak berubah.

kemudian mengadu kesunyian. kekurangan.

pernah tak dia fikir perasaan berapa kerat kawan dia yang tinggal tu.

aku memang ada masalah dengan manusia macam ni. kalau kau rasa kau tak layak untuk ada kawan. sepatutnya kau dengan aku tak perlu kenal. aku tak perlu kenal orang macam kau.

psiko.

Sep 30, 2014

hai?

hai hai haiii

sekarang musim sejuk di kajang. gila sejuk. feefiling over da sea u. hahaha poyo la. beberapa bulan ni. keadaan aku sangat teruk dan exhausted. duk bangi mendatangkan kesan buruk dalam diri aku. lagi lagi jem. kat depan ukm tu. bapak ah sakit hati wey. aku syak org bangi penyabar.

kot.

hari ni isnin. kecoh kajang banjir. kajang selalu la jugak banjir. dan teruk. so aku tak nak komen apa apa. 

aku dah biasa. 

pehhh bapak poyo dowh. hari ni mula minggu jimat cermat aku. poyo tak. kenapa nak jimat cermat. sebab aku amik konsep mendiet. ramai gak kawan aku mendiet. so aku yg malas mendiet n tak tau point mendiet. aku diet jugak. diet duit.

bhahahah. 

so hari ni hari first diet. kesannya. aku diserang demam panas mual mual pening dek kerna perut masuk angin. 

lebih perit lagi. duit aku terpaksa dibelanja sehingga 15 kot sebab beli sup. dua sup. satu tomyam satu sup. 

bukti selera besar disitu.

aceli aku nak buat entri 20 facts diri tu. poyo tak. bila lagi kannn. hihi 

ok mari kita mulakan

1. seorang kakak yg annoying. penyibuk. pernah ikut adik lelaki pegi intebiu pizza. at the end. org yg intebiu adik aku yg kena intebiu. hahaha mujur dia dapat job tu. sebab ikut? adik aku menceritakan dia tidak dilayan ketika dtg interbiu si mekdi. kalau tak ditenangkan emak aku. aku dah kol mekdi tu n komplen layanan tahi dia keatas adik aku. humph.
2. berkawan dengan faja dari tadika. usia perkenalan kami lebih lama dari pasangan berchenta. uuuuu. 
3. seorang pemarah (sebenarnya) jangan tertipu dengan keceriaan n kelembutan dalam diri aku.
4. workaholic. alasan keje selain disyarikat Y. mengisi masa lapang. 
5. pernah menjadi komanden KRS.
6. pernah wakil sekolah utk tarian. until now aku sangat merindui step step tarian lilin. pernah berhajat utk ke kelas menari sebab lepas gian. tapi no time. wuwuwuw 😢
7. pernah kena marah dengan puan mumtaz dalam kelas. sebab selalu ponteng kelas demi aktiviti koko (like bersajak.pantun etc) dan menangis depan dia. tersedu sedu. bapak ah tak tau maluuuu. lepas kejadian tu x kena marah dah. dapat simpati yg tggi oleh puan mumtaz. lol
8. zaman sekolah sering terpijak taik hanjing. tudung diberak burung. sedihnya. tengah jalan ada burung yg tengah terbang n menjatuhkan najisnya. menangis btl masa tu. 
9. cepat sentap. sensitif. mudah menangis. 
10. tak suka gurauan yang dilemparkan keatas diri aku di waktu pagi. big NO. cubalah kalau nak kena kata kata sinis atau riak muka yg annoyingkan diri ko sepanjang hari.
11. tak suka dengar lagu tukar tukar. kalau satu lagu tu aku suka. lagu tu akan ulang alik telinga aku behari hari beminggu minggu lamanya. sebab tu jarang dengar radio.
12. gemar memandu kereta besar dan laju. dengan mitos diri cakap. itu dapat tingkatkan keyakinan diri.
13. tak kenal diri sendiri bila drive. serius. aku pun takut dengan keyakinan luar biasa aku ketika drive.
14. pernah terbaring atas taik kucing.
15. cintakan kucing. tapi tak nak basuh taik kucing. when it comes to taik kucing. aku akan 
16. tak suka zaman uni. zaman tu zaman kegelapan. aku hampir dilanda kemurungan yg serius.dengan perasaan nak quit. mujur diberi nasihat padu kuat semangat oleh gendut. 
17. tak suka rasa makanan yg dimasak oleh orang atau diri sendiri. ala kan kdg kdg adik kita ke mak kita ke suruh rasa cukup garam x. aku selalu refuse. dengan alasan. tak pandai rasa. tapi kalau aku masak. aku akan paksa dorg rasa dengan menyatakan. nanti tak sedap jgn marah. jangan tak makan.
18. mempunyai suara yang sedap bila bercakap ye. bukan nyanyi. hal ini aku pasan bila form5 dlu. aku kena baca sajak dalam kelas. semua terdiam sampai tak sedar aku dah habis baca. termasuk puan mumtaz. kekeke
19. mempunyai keyakinan diri yang rendah ( exclude ketika memandu)
20. sangat kedekut. (sebenarnya) 

ok ni la 20 je yang tertulis. 

ciao




Aug 28, 2014

Job baru.

hai.
selamat malam.

aku menaip dihadapan nasi goreng biasa bungkus bertelur mata disertai dengan se jug teh o panas. cawan kosong. tv2 yang bercerita hindustan yang aku tak tau tajuk apa. dipasang dengan kuat. diruang tamu. lampu bilik yang dibiarkan terbukak beserta kipas siling yang berputar dengan kelajuan 5 *kot* 

alone. 

jap lagi aku tutup kipas bilik. tapi lampu tu tak yah ah. #takut. 

esok bermula tugas aku selama sebulan lebih kot sebagai penjaga 3 orang sedara aku. dimana hari ini. ya malam ni. tengah aku menaip ni. pak cik and mak cik aku berangkat ke kelana jaya tabung haji untuk menunaikan haji. aku tak dapat join sebab keje kat tempat tuisyen. nak cuti tak leh. *atau tak nak* sebab minggu last bulan 8. aku kena setel banyak benda. sooo...

ahad lepas adalah hari terakhir aku jumpa pak cik and mak cik aku. 

okay. tugas aku ya. oh so selama sebulan ++ kot aku akan berada dibangi. kalau aku rajin aku akan update setiap hari peristiwa aneh pelik mengagumkan yang berlaku pada hari itu la. aku rasa.

aku cakap kat sedara aku ain. hari hari kena ada selfie. hari pertama sampailah hari terakhir. okay tu macam poyo plus jakun sangat kan. 

hekhekhek. 

tugas aku. aceli agak mendebarkan la. aku rasa la. aku kena bagi duit belanja dorang. untuk yang kecik. harian punya. yang besar. aku leh bagi seminggu terus. kira bab duit aku pegang. belanja makan. jenjalan. *kalau ada* and if sekolah mintak duit. 

peh. ayah ayah sangat tugas ni. 

so nak tau tak. aku ni x pernah la sedetail nak kira duit. tapi bila dah diamanahkan jaga duit. kemain aku kira belanja sehari bape. duit makan semua tu la.

bhahaha. poyo la. 

masak. aku bagi kakak aku. mihmihmih. aku bukan tak pandai masak. *yeke?* cuma aku riso tak sedap. so tak ada orang nak makan. atau komplen cakap. 

wey. ko ni masak main main kan. 

*alasan klise*

so aku terus tujukan tangan aku bab masak ke akak aku. ya aku dengan akak aku la jaga mereka. sorang tak pek aaaa. 

aku risau. aku bangun lambat. sebab aku selalu terlambat bangun. so mujur ada kakak aku. oh nebes tau x. nak betulkan kitar tido aku. aku risau hari hari aku mengamuk kat tempat tuisyen sebab ada parents datang amik adik/anak dia lambat so melambatkan aku untuk ke bangi pada malam itu. seperti yang pernah aku mengamukkan ditwitter sehingga ditegur katak dengan ungkapan. bergegar laut ke bergelora ntah bila obor obor marah. 

=.=

so pasni balik keje terus ke bangi. auditor dikabarkan akan datang audit every weekend. *pak cik mak cik ayah mak aku* 

sooooo. kena get ready la jumaat tu. 

dorang kena tido awal. tu no prob. sebab akak aku tido awal. aku pun tido awal. *yeke*

incase aku tak larat nak layan channel 393 la.

ahad kena hantar sedara aku pegi tuisyen. anta jam 8.30 *oh paginya :(* dan balik jam 5 petang. 

so kepada mereka nak ajak dating atau minum kopi. kena faham la jadual aku sepanjang beberapa minggu ni. hari ahad boleh dating dan minum kopi tapi kena balik before 5 atau lagi awal. atau tak payah la dating/minum kopi hari ahad. 

=P

so ni macam internship la. bhahaha. boleh tak pk macam ni. sebelum nak berumahtangga. aku bertuah sikit. ada intern. so bagus bagus. boleh masuk kat resume. bhahahaha. 

kira aku ada la pengalaman dapat duit pastu nak bagi kat anak anak. so t boleh la membebel kat suami kalau dia bagi macam salah je. bhahahahah. kuaja aaa. ini kuaja. 

ok gurau. bakal suami jangan takut ye. ai baik orangnya. 

lol

ah tak payah nak citer pasal kawin sangat la. rimas tau tak rimas. cewah. ayat macam kenal je ayat sape ni. tak suka sape suh layan. atau layan je la. tapi ntah. pepandai ko la. 

#marahbetei

aku demam ni. so aku macam nak MC la esok. tak nak ah. tak MC. tapi nak keje dengan lembik. nak dapatkan empathy orang ramai terutama en midrun so dat dia tak push aku pape.lol. pastu nak mekap pucat sikit. bagi pak guard neves. 

dan dan je pak guard neves. 

tadi besday cikgu mumtaz. aku ucapkan beliau. 

oh cikgu. hari ni besday cikgu kan? so happy besday ya. 

lol. so cikgu mintak hadiah. aku bagi dia sepotong kek. aceli tu kek budak tahun enam yang last hari ni. sebab ada budak bawak. so aku bagi la cikgu. kekeke sweet tak? 

cikgu doakan aku cepat dapat jodoh. ngehngeh and makin kiut. lol. 

aku doakan apa ya? adalah. mana leh gtau. 

so aku malam ni sesorang. agak menakutkan. sikit. aku maca tak pernah tinggal sorang. #seriustalk . sebab aku penakut. #seriustalk

aku ditemani 4 ekor kucing yang tak membantu apa apa. tau main pastu kejar kejar sampai macam macam bunyi keluar pastu mendebarkan hati aku. ni belum tahap aku jerit lagi. jerit hoi hoi je. jerit kat kucing. pastu dorang pandang aku kelip kelip. ouh. sakitnya hati. 

so aku nak sambung makan nasi goreng bertelur mata pastu tido kot. harap esok bangun pagi. sebab aku kena ke bangi. 

#PrayForEcahEp3 *kot* 

dah banyak episod sangat. aku rasa yang ketiga kot. untuk event macam besar ni. lol. 

noite.