Pages

Jan 22, 2011

terima kasih kawan

bila duduk sorang sorang.teringat outing hari cuti thaipusam hari tu memang susah nak lupa.aku hepi.sangat hepi.serius.bila outing dengan kawan kawan yang takkan mempertikaikan setiap patah kau guna.yang tak akan mempertikaikan betapa cerewetnya kau beli itu ini.yang tak kisah bape lama masa diambil hanya untuk pilih tempat makan.yang mampu tahan ulang alik satu kedai hanya nak beli sepasang baju.serius aku sungguh berterima kasih.aku betul betul jadi diri aku.

untuk aku yang kuat makan.makan sekali masa berjalan sangat tidak cukup.memandangkan pagi tu tak sempat makan disebabkan ketangkasan pah membawa kereta dari klang ke puncak alam hanya beberapa minit.padahal aku rasa baru lepas tepon dia tanya bila dia gerak? puas aku tunggu mesej dari dia.konon nak bagitau yang dia dah gerak.bukan mesej yang aku dapat.tapi panggilan telefon yang menyatakan dia dah nak sampai sedangkan aku berbaju t-shirt sambil tercongok depan tv.satu hape tak siap.tak mekap.

bila tak makan pagi.mood belum kuar lagi.lambat sikit.nak amik gambar pun macam.nantila...sampai hajar cakap.korang tak eksited nak amik gambar eh? padahal perut tengah menahan lapar.bak kata salina.cacing meng-gigit gigit perut sudah.

jadi.timesless penang pilihan kami.jam pukul 11 lebih tapi masih mintak roti bakar lagi.konon nak makan yang ringan ringan ajelah.tanpa diberikan sudu.sebenarnya tak tau pun makan roti bakar kat situ dia bagi sudu.pah spesel sikit.roti bakar plus kari.serius.kari dia sangat sedap.pedas.cukup segala rempah.bila roti dicicah kari masuk dalam mulut.rasa macam kena renjatan elektrik(pergh.gila hiperbola.) serius sedap.cubalah.harga pun sangat sangat berpatutan.

masa nilah segala gambar close up akan diambil.macam macam gaya.itu syaratnya.inilah salah satu aktiviti wajib yang perlu dirakamkan.haha.lucu.

sepanjang umur aku main boling.tak pernah sangat sangat strict.sampai perlu tunjukkan mana stoking anda.aku tau.main boling kena pakai stokin.kebersihan.tapi.biasalah.degil.tapi kat sini tak boleh tipu.dia check.huh.aku tak gemar dengan pekerja dia.mungkin dia tak dapat cuti thaipusam.tak dapat pegi batu caves dengan sedara mara.jadi dia mungkin agak tacing hari itu.jadi dia hanya 'mencampak campak' kasut je time nak bagi kitaorang kasut.tak mesra langsung.konon balik tu nak baling balik.tapi tak bernasib baik nak bagi balingan kat pekerja tu.sebab orang kat kaunter dah bertukar rupa.jauh lebih mesra.sampai menongkat dagu pandang customer.senyuman paling cantik customer tu dapat.erk.

makan tengah hari agak tak puas hati.rasa utara agak mahal jugak dari oldtown coffee house.kalaulah kami tahu awal awal.serius masuk je oldtown coffee house tu.semenggah sikit.ada nama.ada gaya.haha.malas nak cakap pasal makan tengah hari.tapi serius kami ketawa bila lalu depan restoran johnny.pernah dulu makan.minum green tea.sungguh tak lalu nak minum.

wayang gullivers boleh tahan kelakarnya.tapi tak senonoh.ada satu part sungguh melekat kat kepala.mengarut.sangat mengarut.tapi aku rasa waktu tayangan dia agak lama.terasa agak penat.tapi masa iklan aku tertunggu tunggu jugak thriller green hornet.tapi sedih.tak keluar keluar.frust.

times square bagaikan syurga.lama aku tak jejakkan kaki kat sana.bila sampai.macam wah wah wah.untuk aku yang tak berjalan dari bukak sem dulu.memang bahagia betul sampai times.memang syurga membeli belah.tak menang tangan.tak menang mata nak memilih.lagi lagi bila carik boot.sekarang musim orang pakai boot.bersepah sepah boot kat times.beli boot tak boleh main pilih.kena fikir betul betul.sebab kita sedang melakukan pelaburan terbesar dalam hidup kita.pergh.macam nak beli kereta je gaya.hiperbola sekali lagi.

bila kumpul ramai ramai.semua citer keluar.alkisah aku dengan anuar zain pun keluar jugak.tu belum kisah ketumbit.anuar zain aku boleh terima lagi.kisah ketumbit aku tak boleh terima.memori hitam.kisah anuar zain yang aku gilakan dulu sampai tampal gambar dia dekat siling.katil kat kolej double decker.jadi untuk aku penghuni tingkat atas.mana lagi mau lekat.siling jugak lah.siap tulis memo

'gud morning lalink!' 

sungguh tak menahan.

hari tu betul betul kami berjalan.keluar pagi balik malam.tapi bukan selalu.lama tak rasa hepi macam tu.aku kalau boleh tak nak hari tu habis.tapi ape nak buat.aku harap lain masa dapat keluar macam ni lagi.kami je yang tinggal.pah.amy.faraha.aku.kami dihadiah kan coklat.lolipop.little teddy oleh pah.thanks pah! peluklah kami ya! hadiah bantal peluk je mampu.hehe.terima kasih semua.tekanan sungguh berjaya dilepaskan.

terima kasih kawan! ^^,

Jan 19, 2011

esok.


sejujurnya.aku sungguh tidak sabar menunggu hari esok.hari esok hari aku melunaskan perasaan rindu rindu pada kawan kawan yang sungguh sungguh aku rindu.yayaya.sungguh aku rindu.kawan bukan sembarangan kawan.kawan kawan yang sangat baik.sangat nakal.sangat lucu.sangat mampu ada masa susah atau senang.tak putus putus dengan nasihat.kawan kawan sekepala masa diploma dulu.okay.perlu tido awal untuk meronggeng esok hari.sungguh tidak sabar.

Jan 16, 2011

Menanti...



aku tak bisa luluhkan hatimu
dan aku tak bisa menyentuh cintamu
seiring jejak kakiku bergetar
aku telah terpaut oleh cintamu
menelusup hariku dengan harapan
namun kau masih terdiam membisu

sepenuhnya aku ingin memelukmu
mendekap penuh harapan tuk mencintaimu
setelusnya aku akan terus menunggu
menanti sebuah jawapan tuk memilikimu
betapa pilunya rindu menusuk jiwaku
semoga kau tahu isi hatiku
dan seiring waktu yang terus berputar
aku masih terhanyut dalam mimpiku



Jan 13, 2011

Diari.

Aku pernah ada diari.dululah.masa sekolah rendah mungkin.untuk manusia yang tak mampu cerita luahan rasa pada sape sape.jadi diari tu kira macam teman baik.semua aku cerita.semua aku cakap.sampai satu masa.ada seseorang baca.aku tak sedar.tapi bila secara tiba tiba dia mula menjauh aku mula perasan sesuatu.dah akhir sekali.aku mendapat satu nota kecil dari dia.tekaan aku betul.diari aku TERbaca oleh dia.mungkin dia terasa apa yang aku katakan tentang diri dia.sejak tu.aku rasa bersalah.aku rasa jahat gila kalau aku tulis pasal orang.sejak tu aku tak pernah tulis pasal orang.hanya sedikit memori untuk hari hari yang aku jalani setiap hari.dan aku tak lagi menulis kat buku yang nampak seperti diari.aku lebih gemar tulis pada buku tebal yang kelihatan macam buku nota agama.paling penting.simpan tempat paling selamat.

Sekarang.aku tak lagi menulis diari panjang meleret leret.cukup hanya gunakan planner untuk aku buat catatan kecil.kira ingatan hari ini cukup kuat untuk ingat satu peristiwa hanya dengan satu ayat.Dulu ramai yang ketawa kenapa aku ada diari.ada yang tanya macam mana aku tulis diari? haha tak payah la tau.rahsia kerajaan.selamba je seloroh.aku rasa diari penting.untuk aku yang amat pentingkan memori setiap peristiwa.untuk aku kenang.untuk aku ingat.mula mula memang ko takkan tau ape faedah nye.tapi tunggulah setahun dua tahun tiga tahun.sure korang tersenyum senyum baca balik ape yang korag tulis.

tapi aku rindu nak tulis diari yang meleret leret panjang.sangat comel.pada aku.tapi kekangan masa.banyak tarikh tarikh terlangkau.dan ini tidak bagus untuk aku.rasa macam kosong.dan memaksa memori aku yang ada ingatan satu sen ni untuk ingat balik.ini dikatakan penyeksaan minda.jadi inilah punca kenapa aku hanya gunakan planner sebagai diari aku.tapi itu hanyalah untuk ingatan satu satu tarikh.bukan lagi untuk dijadikan sebagai luahan rasa.heh.

untuk cerita perihal masalah kat orang lain.aku suka fikir dua tiga kali.aku bukan jenis manusia yang akan cerita masalah kat sape sape.aku lebih gemar diamkan diri.aku rasa mereka tak perlu tahu masalah aku dan aku tak yakin pun nak cerita kat sape sape.sebab risau.mampu ke telinga mereka dengar setiap bait bait perkataan yang aku nak katakan? mampu ke dorang bagi sepenuh perhatian hanya nak dengar luahan rasa aku.itu juga tak mungkin.aku suka cerita secara santai.gelak gelak.tapi tak bemakna semua benda aku luahkan.mungkin hanya 20 peratus.selebihnya.simpan.mungkin ini sebab utama aku jadi pendiam.sikit.haha

orang kata bahaya untuk orang macam aku ni.tekanan jiwa.tapi tak sangat untuk aku.aku selesa.kadang kadang aku nak duduk berdua.minum teh dan luahkan masalah aku.tapi.bila jumpa.bukan luahan rasa yang keluar.bukan air mata yang keluar.tapi hanya gelak ketawa.aku tak nak gelak ketawa tu disertakan dengan luahan rasa aku.aku tak nak rosakkan suasana.tapi kadang kadang bila marah tak dapat dikawal.sedih tak dapat tahan.satu je cara.menangis.kat mana mana tak kisah.tak kisah dah orang lain.heh.cengeng.

untuk ketika ni.ramai cakap.ramai tanya.tak jeles ke aku bila pakwe amik pic perempuan cantik.aku akan rasa tertekan bila ramai mula persoalkan.aku jarang fikir hal ni.tapi tidak untuk semenjak dua ni.ya ya ya.jeles? tak payah la cakap.cukuplah letakkan korang kat tempat aku.then barulah korang faham.jeles tu mestilah ada.aku tabik spring untuk mana mana girlfren yang tak jeles langsung untuk situasi ni.tapi aku malas fikir.gambar gambar pun aku tak tengok.tapi satu hari tu aku tertengok.rasanya macam.entah.haha.aku tak pastilah kalau muka aku cukup plastik untuk menutup rasa jeles tu.heh.

aku  tak kisah pun dia nak amik pic sape sape.tapi harap dia dengar.faham.ape aku rasa.aku terlalu emosi kadang kadang.mungkin selalu juga.aku tak ada diari meleret lagi.semua simpan dalam hati.doakan aku tak ada penyakit hati ya.

aku berminat tentang sesuatu.yang aku jumpa tadi.mungkin untuk sang lelaki.

"Lelaki akan selalu mengeluh, sukar untuk memahami hati perempuan yang sensitif, mudah menangis dan ada kalanya cemburu.You only need to listen.They want you to really listen to them.Kerana dalam hati seorang manusia bernama perempuan, mereka ini perlu ditenangkan, dijelaskan dan didengari." 

faham? dengar saja.


Jan 3, 2011

hari pertama

maka datanglah sudah hari pertama kelas! huhu kelas first ya? macam mana eh? okay kalau ikut jadual.kelas stat pukul 9.30 pagi.aku agak risau pada mulanya.sebab dalam sebulan lebih ni.aku tak pernah bangun awal pagi.agak sedikit tak senonoh disitu.haha.so risau la.mampu ke aku bangun pagi esok ni! dan akhirnya aku jadi orang last bangun.haha.tapi bangun pagi macam homesick sikit.sebab macam suasana dah lain kot.selalu bangun tengok tv.ni rutin dah jadi lain.so agaklah janggal.haha poyo pulak engkau kan.

kalau ikutkan hari ni satu hari dengan encik Nasa.satu subjek je.pagi dan petang kami akan berdating dengan encik nasa.OMG~ *suara usher* hurm.bukan ape.seram.aku seram dengan encik nasa.dia lecture yang baik.ok la semua.tapiiiii...haha! aku tak tau nape aku takut dengan dia.yela dengan sifat observer dia yang dasyat tu.pastu lagi dengan task yang dia bagi lagi.hah! subjek dia OSAH ni buat aku rasa seram~~ bayangkan hari first dah ada task.sudahlah kelas kami 36 orang je kot.sah sah dia kenal sangat nanti.aku rasa kami bakal menjadi sebuah famili yang aman damai dibawah jagaan encik nasa.haha! tadi dia bagi taklimat subjek dia.so perkenalkan lah segala macam buku buku yang perlu dibeli.wahahahha.senyum lebar weh.empat buah buku.dua buah buku berkulit tebal dan hampir mencecah seratus kot.tapi buku tu sangat bagus.tapi buku tu mahal! nak jual sure sayang.haha aku fikir.buku yang kulit nipis tu.fotostat je boleh tak.haha! 

kalau ikutkan tadi.dia nak buat kelas petang.tapi ramai suruh proceed je.so petang free la kan? Jadi bila dah teruskan.otak saya sudah penat.tak mampu nak bagi tumpuan lebih.so mula berborak.mengarut.melukis bunga tetapi menjadi sebuah keris.pergh.hebat ecah! 

duduk sebelah kawan aku.faraha.sungguh bagi impak yang besar.kami memang tak boleh duduk sama.berborak je.kalau tak borak.mengarut.ok.boleh pulak mengarut pasal orang ni.siap bagi nama lagi.OPPA~ haha! tau kan oppa tu ape? so oppa ni ada la pasangan tiruan dia.jadi kami bagi nama pasangan dia.NOONA yang bermaksud kakak.okeh sebut NUUNA ya.hah! lagila bergelak.masalah betul.belum citer pasal panadol.leher panjang.baju merah.wasiat. *ini semua kata kunci ketawa kami* aku tak pasti encik nasa perasan ke idak.

kepada OPPA dan NOONA semoga kalian bahagia.wahahahhaha!!! 

lama lama semua penat.tumpuan kurang sangat diberi.okay satu sifat beliau.beliau sangat suka TERlebih masa.tadi ramai tengok jam.lambat sangat masa berlalu.sekali rupanya jam lappy dia lambat 10 minit.huah! semua orang pun mula bercakap

'ko rasa kelas ni habis pukul bape?'
'aku rasa pukul 1'

masa tu jam baru pukul 11 lebih.

bila tengok slide yang baru 12 dari 14

'okay aku rasa pukul 2 habis'

terukkan kitaorang??

tekaan hampir hampir tepat kalau beliau tak rasa lapar.haha.bila dia dah mula suruh baca sendiri.hah! dah nak habis la ni.tu tanda dia penat! hahahahaha.dia siap macam ugut tau.apa yang dia cakap adalah skema.hahah semua macam blur je.ke aku je? haha! ;p

tapi first kelas je dah takut dengan subjek ni.subjek susah kot.huhu task baru kami.kami akan menjadi safety health officer.tapi temporary jeeeeee.haha! 


Jan 2, 2011

Pertama

salam!

hai! hai! oh tak percaya esok dah stat kelas.tapi bukan stat ape pun.cuma nak tau jadual je mungkin.mungkinn la.dan mungkin juga ada sedikit pengumuman dari ketua kelas.kami masih memerlukan ketua kelas untuk menguruskan hidup kami selama satu sem.haha.oh ya! aku harap aku tak jadi dah ketua untuk subjek.malassss.haha.

tadi petang baru sampai puncak alam.pergh! penat gila sampai rumah.aku memang malas je nak kemas barang barang.dah la banyak.penuh gila kete encik akmal.macam nak pindah tak balik terus je gaya.haha! dengan pasang almari lagi.haih.gaya macam tak penah pasang.macam tak pernah jumpa.jadi blur secara tiba tiba.pelik.

okay lupakan! nak citer ni!

1. Makanan fast food pertama tahun ni dimenangi McD~!
2.Tempat membeli belah pertama tahun ni dimenangi CAREFOUR~!
3. Movie pertama aku tengok untuk tahun 2011 ini dimenangi oleh The Tourist!

hahaha *clap clap* 

bukan senang nak buat pilihan movie sekarang ni.tapi aku rasa keputusan ni bijak bijak.haha.best citer ni.johnny depp berlakon.depp ye sebutannya.bukan deep.haha! malu selama 5 saat kat encik akmal bila aku salah sebut.alah tersasull.haha citer ni ya? best! tengokla! sape dah tengok tu bagusla.haha.aku kot baru tengok.pastu nak kecoh~ haha!

bila tengok citer ni kan.aku rasa macam

1. nak je semua dress yang angelina jolie pakai.cantikk sangat! lagi lagi gaun hitam part last.aish! aish! tak keruan sekejap.
2. pastu kan dia punya kot pun cantik.guna bulu ape ntah.tak kisah la bulu kambing ke kuda ke.tapi aku rasa design dia cantik.haih.cantik nya dia.tapi dia dah nampak tua kan? biasalah.dah tua.
3. oh lagisatu! gaya dia jalan.confident gilaaa.pastu entah.cantik.rasa nak jalan macam tu jugak.hahahah! senget.semua nak tiru.nak tau tak.setiap perincian muka dia aku perhati.wah wah.rantai gelang bulu mata.semua aku tengok.haha!

dia cantik! and hurm.menggoda mungkin.

tapi aku tak faham macam mana aku boleh tak faham part hujung citer ni.dah terang terang dia bagitau sape AP.Tapi aku tak tau jugak.haih haih.lambat betull.encik akmal TERpaksa cerita balik.hahahha! ;p

okeh! nak tido! tadi dapat mesej dari jijah! dia kata

"selamat kembali Bersekolah esok...! Blajo betul2 taw adik.! Jgn nakal2.! Tdo awl..Hehe.."

jap jap.
adik? aku lahir bulan 3.dia bulan 9.nampaknya jijah suka jadi kakak! haha!
nakal? aku baik la weh~ hehe 
tdo awl? oh ok.ni aku ikut.haha!

oh sedihnya.selama ni dia la yang menguruskan hidup aku.eh bukan selama ni.selama diploma.haha susun baju dalam beg pun dia tolong! haha baik kan? sebab oh.aku memang tak reti kemas baju dalam beg.haha.papejelah.haha ;p

okeh! selamat memulakan tahun baru! semester baru! hehe jumpa esok kawan kawan!