Pages

Nov 30, 2013

drama

sebenarnya aku nak membicarakan tentang sesuatu yang serius. tapi aku rasa macam tak sesuai je jiwa aku nak bicara serius dalam blog ni. 

entah. sape layan citer The Inheritors yang tengah hangat meletup kat channel 393. 7 hari 7 malam orang sekeliling aku berbicara tentang hal ini. means cerita ni. 

ai tot aku sorang je manusia terpilih yang tengok. lol. teruk gila.

ok cerita ni..aku teringin nak jadi macam eun sang. aku rasa dia manusia bertuah. berkenaan dengan rachel. aku lebih suka kasihankan dia dan selami perasaan dia. 

aku rasa apa yang dia buat dan cakap adalah jujur. cintakan seorang yang tak cintakan kita. situasi tu agak tertekan. tapi tak boleh buat apa apa. tapi mengharapkan yang seseorang tu akan berubah untuk sukakan kita tapi apakan daya. hati itu bukan milik kita.

watak perempuan antagonis sebenarnya sangat menarik. aku suka. sebab..perasaan mereka. selalunya watak antagonis akan marahkan perempuan watak utama. itu aku tak peduli sangat. yang aku peduli. perasaan tertekan mereka. serius tertekan. tapi cara handle tekanan tu bergantung pada seseorang.

so dari situ tau la sejauh mana ke-antagonisan mereka. kalau yang taksub lebih tu. tu yang sampai berbunohan. 

bunohan sangat ecah ni. 

memang akan ada satu masa lelaki akan jatuh hati dan tinggalkan kekasih dia ke kalau dia terjumpa perempuan yang buatkan mata dia berhenti dan jantung dia berdebar melihat perempuan tu? 

kesian kan jadi perempuan yang ditinggalkan atau kena ditinggalkan sebab pakwe dia dah jatuh hati dengan orang lain? tiba tiba. 

tertekan sungguh.

ok cerita eun sang. aku jeles jugak dengan dia. sebab...lelaki yang nakal pun suka dia. aku ni. lelaki naik motor pun tak pandang aku. isk. T_T 

bila tengok cerita tu.aku jatuh hati dengan lelaki yang kuat jeles. lol. dalam citer tu la. kim tan macam comell je jeles jeles ni. tapi wujudkan lelaki jeles yang versi comel? secara hakikatnya. 

lelaki jeles adalah pemarah. lol. 

fakta atau auta?

aku tak pasti entri ni serius ke tak tapi konklusi yang boleh anda buat adalah.

saya baru lepas nonton 2 episod back to back citer The Inheritors di channel one. 

untunglah eun sang. 

*tiba tiba. =P

Nov 22, 2013

selamat berjumaat

Salam

heilu uolls. hari ni jumaat. jumaat yang pelik sebab tak ada mood langsung minggu ni tau tak!!!

ok baca rangkap diatas dengan membayangkan emot wechat yang mulut besar sambil tangan dua kat tepi tu. hmmm. faham tak? tak tau nak jelaskan cemana.

kehidupan minggu ini sangat stress. ada banyak faktor aku stress. aku jarang stress yang stress sangat. pehhh. dan dan je.

ok ok. jujur ok.

aku pernah stress macam ni tapi jarang jarang. stress yang tak leh diungkapkan dengan kata kata. dan aku syak stress ni berpunca dari masalah keje. keje ok je. tak stress. ke aku yang lembab?

sebab lepas beberapa bulan baru sedar yang keje aku stress?

ai dono.

ada sesetengah manusia kagum dan pelik. sebab lepas beberapa bulan baru nak stress.

aku nak cerita pasal ape ni? sebenarnya. aku malas nak bubuh tajuk setiap entri. sebab aku nak cerita macam macam. tak ada spesifik pun. aku menulis apa yang aku fikir.

so hari ni aku fikir tentang pandangan manusia terhadap aku ketika mereka menceritakan masalah mereka kepada aku. hmmmm. aku hargai setiap luahan perasaan mereka yang menceritakan masalah mereka. pada aku. satu penghargaan. sebab diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia dan mendengar. dan ya...mungkin bagi respon kot.

simpan rahsia kennn....
dengar kennn...

sebab saya seorang pendengar yang baik u no.

tapi bab beri pendapat...

oso kennn....

tapii...

cara aku cakap macam tak serius. so...aku sangat risau mereka akan rasa yang.

no point luahkan dekat ecah.

kadang kadang aku balas wasap atau email atau sms..cewah!! bajet macam kaunselor hebat la kan. ramai konon orang buat luahan perasaan. hahaha.

ha kadang kadang aku balas semua semua tu. bergantung pada mood. kalau aku bagi pendapat memain. bukan maksud aku tak serius. kadang kadang aku saja tak nak kawan aku stress sangat. so letakkan humor sikit la. contoh.

' tak ada mood? siapa? siapa yang buat ko tak ada mood? bagitau aku! bia aku sepak dia'

'how dare dia buat ko terluka! siapa dia! bagitau aku nama dia!'

=.=

this is me.

so...tak tau la ape perasaan kawan aku. kadang kadang aku risau dia cakap. ecah ni memain aaaaa. orang serius niii.

no no. aku bukan memain. aku serius sebenarnya mendengar. cuma...bebalik pada ayat diatas. aku tak suka suasana tegang. tapii risau macam tak kena lak ye. hewhewhew.

aku ada je bagi nasihat yang serius dan matang sikit. tapi setelah bersantai santai. aku sangat risau orang ingat aku asik memain. padahal...kita nak relaks relaks je. bila dorang ingat aku memain..t tak nak dah mengadu masalah. satu kesedihan untuk aku sebab kepercayaan mereka terhadap aku telah berlalu.

sebenarnya aku pun tak ingat bila kali terakhir aku memberikan nasihat yang matang sikit. aku tak faham la matang semasa memberi nasihat tu. maybe kalau ada yang perasan. dalam ketawa aku dalam bagi pendapat. terselit sikit nasihat yang matang. kekeke.

poyo gila. ni sumpah konfiden level tinggi sangat. yakin je.

macam ni la. untuk apa apa juga masalah. jalan penyelesaian adalah selesaikan. baru hati tenang.

berbalik pada pendapat orang..aku risau aku dilabel main main. tak serius. dan tak matang. matang ni pada aku subjektif. matang ni bukan diukur dengan tumbuhnya gigi geraham ko yang terakhir ok. matang ni luas. dari cara ko bercakap. dari cara ko berfikir. dari cara ko buat keputusan. dari cara ko handle masalah dalam diri ko. banyak lagi lah.

cuma tipikal malay people. *malay la sebab saya hidup dengan malay people* dorang selalu ukur kematangan tu dari gaya pakaian la. perwatakan la and macam macam lagi. walhal dorang tak sedar maybe ada side tersembunyi seseorang tu yang menunjukkan dia matang dalam hidup.

entah la.

ok berbalik pada pendapat. aku rasa kalau nak tengok tahap keseriusan aku. maybe yang terbaik adalah bersemuka dengan aku. simple. life is simple.

mr simple.

kekekeke.

selamat berjumaat.

Nov 18, 2013

heilu

heiluuu.

aku mendapat tawaran untuk menulis novel berkenaan sebuah kisah cinta yang...aih tak perlulah aku mention disini. haha ianya satu tema yang memalukan jiwa ragaku. hahaha.

konon.

lately aku jarang mengupdate blog sebab sibuk dengan kegiatan duniawi yang entah hape hape. banyak enjoi ini manusia. bila nak berubah. ai dono. 

berubah bila ketandusan kewangan aku rasa.

hari ni macam nak membebel sikit. yela. untuk manusia yang macam aku ni. banyak benda nak bercakap.memerlukan banyak telinga yang diperlukan. jenis aku yang gemar bercerita ni sampai tak ingat dah. aku pernah cerita ke cerita ni cerita tu kat orang ni orang tu. haa..nampak tak eksited nak bercerita dia sampai tak ingat cerita kat siapa. sampai cakap macam ni.

'eh aku dah citer ke citer ni kat ko?' 

hahaha.

so lately jugak aku kerap bermonolog dalaman sesorang. kekadang tengah drive.sibuk fikir nak update apa ye kat moments wechat.kat kepala mulalah dah karang ayat. siapa perilaku dia serupa gini angkat tangan! *me!me!* kadang kadang ayat yang melucukan la konon nak letak.

hihi. so tak sedar..tengah drive ada kakak kat sebelah. kakak ai le. so bila teringat atau berangan ayat lucu tu..maka tersenyumlah ittew sesorang...lima mint kemudian baru sedar yang diri ni bukan kesorangan dalam kereta.so...

malunya tuhan saja yang tahu.

yang sebenarnya tak salah kalau nak monolog sesorang.dia jadi salah dan memalukan bila kau senyum sesorang tu.itu sangat...memalukan.

memalukan sikit tau bila kau ditangkap tersenyum sesorang.padahal bukan angau. tapi sebab yela.mengarut sesorang kat kepala.haih. yang paling memalukan bila aku ditangkap senyum sesorang oleh kakak sendiri. dia sebenarnya tak adalah malu sangat.tapi malu bila kau sedar kau tengah senyum ya allah..rasa nak terus tido tak nak bangun.malu gila!

seterusnya kejadian senyum sesorang ni terjadi bila aku melakukan aktivti membosankan dan menjengkelkan ditempat kerja.iaitu meng-laminate. ai hate this job.this stupid job.selalunya aku akan menjerit menyatakan 

this iz not mai job.seriusli.

cecewah. berani sangat cakap macam ni depan bos.berani cakap depan kawan dari admin department je. so bila duduk depan mesin laminate.dia mulalah satu aktiviti berangan.yela untuk manusia berangan dan kaki monolog macam aku ni.

bermonolog sampai tersenyum.pastu ada 2 3 pekerja lalu. tengok ko senyum sesorang.aish!!! malunya!! tapi selalu kaver dengan muka yang..tak mengerti apa apa. 

bhahahah.poyo la kaw ecah!

oklah.aku tau ramai yang rindukan bebelan santai aku. tapi aku harus menunaikan janji aku pada k-drama disaluran one. eleh.nak gitau dia ada astro lettew. 

salah. aku tau ramai ada astro.aku just nak bagitau aku layan drama korea jam 10 bape malam sampai 12 malam. di channel one.

itulah masa aku bersosial dengan kehidupan yang tak berapa nak hidup ni. 

bestlah drama korea.walaupun dia tak logik bab orang miskin pakai baju cantik gila nampak mahal dan muka pun tak sememeh macam pompuan kampung.tapi..ok wat. i like. aniting about korea.

btw kawan aku dapat tawaran pergi korea! atas urusan kerja la. tapi dia tolak. ya allah...alangkah stressnya diri ini. hey tau tak penerbangan ke korea sangat mahal. aku rasa lah. tapi bila dapat foc. aku stress. aku tumpang stress atau aku amik alih ke-stressan dia. sebab dia tak stress.

manusia pelik.

so kita akan bersambung dan aku akan bersambung berbicara sikit. penulisan santai ini akan dirindui.kekeke.

statement gila perasan.

xoxo~

p/s saya baru bergraduasi! yuhhu! tahniah to me myself! \(^0^)/