Pages

Aug 23, 2013

membebel

Assalammualaikum! lagi sejam!!!

aceli hari ni syarikat Y ada aktiviti candle light dinner dengan semua staff dia.baik kan syarikat Y.

ok tipu.

bukan candle light dinner.tapi staff appreciation night.dinner la tu.tapi bukan candle light dinner la.

ape aku merepek ni??

okay aceli mood satu hari ni tak ada dah.nak tau tak! seminggu ni kan.semuaaa staff ofis atas ni.ceh bajet uolls tau pulak opis atas opis bawah.opis bawah means bahagian production.opis atas macam admin.akaun.safety.ah macam macam lagi lah.

ok seminggu ni.ofis atas asik meeting je.meeting dinner.masalahnya bukan committee yang buat meeting.orang orang macam aku aku ni.hahaha tapi aku tak buat meeting.aku dengar orang buat meeting pastu gelak gelak.

kelakar la.orang dah bekerjaya ni nak pegi dinner.dorang kelihatan eksited.aku tak eksited sangat sebab no money.almaklumlah.gaji tak kua lagi.

berbekalkan duit raya je la nak menyapot perbelanjaan semua ni.aiceh.nak show off sikit lettew duit raya macam banyak jugak kali ni.boleh la.rezeki anak anak.kekeke anak kuceng.

kelihatan ramai yang amik departure pass.means keluar balik awal.ada yang balik pukul 12.ada yang balik 2 setengah.aku? tak.

aku malas.aku balik je ikut masa yang company tetapkan iaitu jam 3 petang.

macam sekarang ni.semua orang tak ada mood.ada seorang ni.asik datang bahagian admin.sampai aku tanya.

aku: you tak ada keje eh?
beliau: semua orang tak buat keje la..lagi sejam je tinggal.
aku: sejam la kena siapkan keje.aiyooo.

beliau: ai tak tau nak pakai apa malam ni
aku: pagoda je la.murah.

*madiha pandang dan gelak slow slow*

sejak keje ni aku dah mula rasa bahang stress sikit sikit.mujur tau.mujur aku keje sorang sorang.tak ada pasukan.means rakan se-department.lone ranger orang putih cakap.tapi ada bos la bantu sesikit.macam...Mr O dan Mr Y.

So kalau aku stress pun.stress sesorang.masa ni aku sedar logik menyatakan bos pompuan macam ni bos laki macam ni.yezza.keje dengan bos lelaki.dorang relaks.logik akal.rasional.kalau pompuan.dia kelam kabut sikit.macam aku.sian kadak.contoh macam ni.

aku: kadak, cuba cek mask tinggal berapa kotak.
kadak: hari tu sudah bagi bos.
aku: saya tau.saya mau hari ini.
kadak: 20 kotak.sama macam hari itu bos
aku: serius kadak?
kadak: serius bos.
aku: serius kadak? so berapa orang amik itu mask selalu?
kadak: ramai bos.
aku: cukup ke tade cukup.kita punya supplier mahu hantar itu mask selasa tau.tu sebab la saya tanyaaa.
kadak: tak pe bos.kita bagi sorang satu dulu.

ok selalu dia bagi sekaligus untuk seminggu.tapi dia kata cukup sorang satu bagi dulu.aku tak puas hati.terus call supplier mintak dia hantar isnin jugak.bhahhaha.nampak tak kekalutan tu.

sejak keje macam macam berlaku.ok yang aku belajar kat sini.once ko disuruh buat keje seseorang.dan sekali ko cakap ya.maka keje tu akan diturunkan ko sampai bebila.

yang terjadi kat aku.diberi tugas yang bukan tugas aku.so fight kat email.dengan bos pulak tu.satu je.kena tegas dan tau la benda tu bukan keje ko.bukti pun kena ada.nampak ko berilmu sikit.

biasalah.orang baru.syok la dorang buli dan test power.tapi silap.time test tu aku pms.semangat memperjuangkan hak ko jadi luar biasa kuatnya.hahahaha.so fani.

muka tembok.ya muka tembok aku makin tebal.aku tanya bos aku secara direct tentang KPI.KPI ni key performance index.ada markah.untuk freshie macam aku yang sepatah haram tak tau pape.so...aku banyak tanya orang.macam macam versi sebab macam macam department so kiraan ikut department.last last aku tanya Mr O.bos aku.

aku: Mr O.saya mau tanya satu soalan.KPI kan.ada markah kan? full mark 10 kan? so macam mana saya nak dapat 9 markah?
Mr O: Oh..you mau u punya ke atau general?
aku: general la.
Mr O: pandang aku lelama.dan mula terang.
aku: angguk angguk tanda faham.
Mr O: terang dan pandang aku dan tanya. Macam mana you boleh nak tanya ini soalan?
aku: uhuhuhu.saya ada google.so mau tanya laaa.
Mr O: oooo..ok2.

ok kenapa aku tanya 9 markah.sebab 10 markah terlalu perfect! so aku tanya yang realistik dulu.10 tu akan realistik.tapi soon.soonnnn.hahaha.

so dari situ aku tau dia kira cemana.dia macam ko tanya lecturer ko tips untuk skor paper dia.tapi masalahnya aku tak pernah buat macam ni dengan lecturer.bila dah keje ni.berani dia lain macam.dan aku suka diri aku sekarang ni.totally bukan aku kat U.

stress keje sangat banyak.just imagine aku jaga bahagian safety and health sorang.ada la bantuan Mr O dan Mr Y.kalau dorang tak da.aim dead. X_X

so cara nak cool kan? aku kena pura pura cool.jadi macam Mr I yang relaks boleh bersiul so sebab aku tak boleh bersiul.aku berhumming je la.hahahah.

senyum je.bak kata seseorang.keje ni kena happy.senyum je.do dari situ orang suka dan boleh kategorikan ko as seorang yang boleh keje dalam tekanan.

chill yo.

okay! setengah ham lagiiiii!!!! >.<

happy friday and happy weekend!!

Aug 15, 2013

Assalammualaikum.

kalau korang jadi aku.ape pulak korang jawab?

cik udin: Ko nape dengan yang dulu tu tak nak?
aku: tak ensem.
cik udin: ya allah budak ni.itu yang ditengok dulu.
aku: *diam*
cik udin: kita ni kalau nak cari bakal suami.kena tengok dia semayang ke tak? bertanggungjawab ke tak? pandai cari duit ke tak?
mak aku: ensem tu tangga ke berapa din?
cik udin: tu tangga last sekali pun tak pe.
aku: .......

kak su: kat kilang tak ada ke yang berkenan?
aku: tak da.tak ada yang ensem.
kak su: *diam*
aku: *diam*

kerek kan jawab? kak su dah malas nak tanya.sebab aku tak berminat nak jawab.ni jawapan aku.belum tengok reaksi aku.masa tu aku ngah makan.dorang tanya aku jawab sambil pandang makanan.lapar.makanan first la.lagipun topik tak menarik.tapi tambah tak menarik bila dapat tazkirah isyak free dari cik udin.

ala lek aa.memain je.tapi betul la jugak.kita nak pandang suami kita ni.bukan sehari dua tau.biar la kena dengan mata kita tapi ensem ni subjektif.sedap di mata aku tak dimata ko.so siapa peduli? weq.

tapi aku yakin.aku kena banned.si Ecah tu entah ape ape.ada ke rupanya ditengok dulu.bla bla bla.yang ensem pun belum tentu bagus pun kekadang.

ala memain aaaaaaa.tak yah aaaa tanya soalan entah apa apa tuuu.

atas tu dialog bila bosan nak jawab.malas.dan sebagainya.tapi bila mood nak menggoreng.atau terlebih nak menjawab.habis aku menggoreng.sian mak cik aku.kena goreng. T-T. rasa berdosa.

aku: anis nanti ko nikah pakai baju apa?
anis: light pepel.
aku: ooo.ok nice jugak.tapi asik pepel je ko ni. *amboih kemain komen*
wak tipah: ko pulak kaler apa?
aku: saya? pink! dusty pink.ehehehe
wak tipah: bila tu?
aku: oh 2 tahun lagi! doakan ye!
wak tipah: *diam* ko...wak bebetul ko memain.
aku: eh ya allah! betulla wak.saya ni 2 tahun lagi tau. *pandang anis*
wak tipah: pakwe ko duk mana? orang selangor ke orang luar?
aku: err....oh sini la.orang selangor. *dalam hati ya allah! dosa! dosa!*
wak tipah: selangor belah mana?
aku: oh saya kan sekarang dah orang shah alam.so orang shah alam la. *ya allah! ya allah! siapala orang shah alam yang malang tu* *pandang ayu pandang anis*
wak tipah: ok la tu..dekat.t sekali la dengan ayu.jimat.
aku: iye iye.insyallah. *tukar topik.cuak punya pasal dan tak sampai hati nak sambung menipu*

kat dapur

anis: ko da ada pengganti ke?
aku: tak *kunyah makanan*
anis: tadi tu?
aku: tipu je.
anis: taik la ko!

ok tamat.pembohongan apekah yang telah aku lakukan pada wak tipah.ai dono.

kita tengok je la ape cer 2 tahun lagi.bhahahah.scary dow.


Aug 13, 2013

Entri yang tak tau nak buh tajuk apa.


'Doktor tak dapat detect lagi dia sakit apa? tula.jahat sangat.kan dah sakit'
'Si A tu kena buatan orang.sebab tu doktor tak dapat detect dia sakit apa?'
'Apa cerita dengan A? Dah masuk kubur dah?'

Assalammualaikum!

Aku tak faham dengan konsep pemikiran manusia yang kuno dan berfikiran sempit dan apa apa lagilah yang menjengkelkan.Bila seseorang tu sakit.pandang yang jahat je.sumpah aku tak faham.aku kebingungan untuk beberapa ketika.

ok.

mari aku cerita.

A adalah rakan sekerja aku.kami tak rapat pun.sejujurnya masa zaman praktikal aku.aku tak pernah berborak dan bertegur sapa dengan dia.walhal kami duduk satu kawasan.dia admin dan aku safety and health.dimata aku.dia garang.masa dulu lah.zaman praktikal.

untuk manusia yang kekadang introvert macam aku ni.yang mengharapkan approach dari orang atau kadang kadang tak ada perasaan dengan menyatakan.eh salah ke tak tegur sapa? membuatkan aku tak tegur dia.yela.tak ada kepentingan.cukup la berbalas senyuman.dia pun tak tegur aku.bhahaha.ego lettew.

ehem.

3 bulan aku praktikal. 3 bulan aku tak tegur.walaupun masa praktikal aku berpindah randah ikut sukahati aku.bajet aku dah kerja tetap kat syarikat Y tu.padahal pekerja tetap pun tak buat apa apa ikut suka hati dia.ke aku rasa aku budak praktikal.so sukahati aku la weyhh! bhahaha gila.

walaupun aku berpindah ke sebelah dia.kami masih tak bertegur.eh teruk nya aku.apa la aku fikir masa tu.ish ish ish.kami mula bertegur sapa masa aku dah keje situ.sebab dia admin.so pape kena refer dia.contoh mana telefon ai? cecewah.tak ada lah aku cakap macam tu kan.tu over ok.macam apa apa hal la.nak belajar pape.tak tau pape.aku tanya je dia.masa ni baru la nak tegur tegur.yela.ada kepentingan.nak minta bantuan.barulah tegur.hahaha.

oh ya.dalam tempoh aku praktikal.aku dapati si A ni seorang yang garang.garang ke? yela kot.sebab dia suka marah sorang pekerja am ni.orang nepal.memula aku annoying gak.apelah minah ni memarah orang.peliss la.ke aku yang mengannoyingkan mereka dengan pandang je.sungguh busy body ok.aku tengok nepal tu.tengok dia kena marah.tak lama aku pandang si A yang sedang marah.mujur aku pun tak kena marah.aku tak tau apa aku fikir.aku just tengok.

kalau aku jadi nepal tu.sure malu gila.dah la kena marah.ada orang tengok.tapi nak buat cemana.aku nak tengok.hahaha.

boleh lak cakap macam tu.

tapi lelama dia ok dah.tak marah marah sangat atau marah yang super keterlaluan.dia perasan ada orang tengok dan dengar kot.malu lettew.haha.

so aku dah keje.aku rasa dia tegas.tegas bekerja.aku masih tak tau side jahat dia apa.membodek?hello.aku rasa ramai je yang membodek.aku rasa dia baik lah.entah la aku ni.asal orang tolong aku.aku dah kategorikan orang tu baik.tapi kita boleh tahu kan orang tu tolong yang jenis tolong beria atau tolong yang terpaksa.by the way.aku tak kisah pun soal keikhlasan ko tolong aku.janji ko tolong aku.nak mengata.mengata lah.siapa peduli.kan?

keje si A ni cepat.kalau ko nak sekarang.sekarang dia dapatkan.kalau lambat ko tanya ape cer kerja tu terus ada report atau apa apa yang berkaitan.entah.aku suka dia bekerja.cepat dan pantas.walaupun kelam kabut.tapi kelam kabut versi betul la.

dulu ramai cakap.dia kalau masuk bilik bos.main masuk je.tak hormat.memula time aku kat dalam.dia macam tu la.lelama dia tunggu luar.rasa ok baru masuk dalam.entah.dia segan dengan aku ke? ok lupakan.

bila aku dah kerja kat situ.dah tegur.dah gelak gelak sesama.beberapa minggu kemudian dia mintak aku panadol.dia nampak tak sihat.tapi aku fikir dia just tak sihat.orang demam kan.sampailah dia ditahan wad.

masa ni kami pelik.dia sakit apa? denggi kot.so aku tanya bos aku.yela dia dah melawat A kat hospital.bos aku cakap dia sakit.itu liver.serius juga.itu sudah kena kuman.makan kena jaga bla bla bla.ok dia sakit.dan sakit itu serius.but then lama doktor nak cari dia sakit apa sebenarnya.maam macam test dia buat.

dalam tempoh doktor nak detect sakit apa tu la memacam rumors aku dengar.yang paling tak masuk akal.buatan orang.eh gila ke apa.tunggu la doktor cakap apa.pelik mentaliti komuniti kat sini.masih kuno.zaman 40an ke sekarang ni.maigod! tepuk dahi.

semalam aku dapat tahu.aku selalu jadi manusia yang lambat tahu.entah kenapa.ke benda ni rahsia? dan aku bertuah jugak even lambat tahu.

A menghidap barah.bakal menjalani kemoterapi.

kesian kan? aku sangat sangat kesian.dia masih muda.umur 33.ada anak kecil 2 orang.comel.part comel tu orang yang kata.bukan aku.comel ni subjektif.mata ko comel la.mata aku.belum tentu.kahkah.statement boleh tak jangan poyo sangat ecah?

haha.

so aku sangat terkejut dan simpati.masa ni entah la.apa perasaan orang yang kata dia bukan bukan dan yang kata dia kena buatan orang? masih bercakap ' ha tu la buat jahat dengan orang lagi' sampai sekarang aku tak tau apa jahat dia.jahat sangat ke? dia ada tutp periuk nasi orang ke? atau apa apa yang ekstream jahat? dan lagisatu? orang jahat akan dapat penyakit eyh? kajian mana yang membuktikan entah? asal jahat je bila kena sakit itu balasan.

bukan balasan tu subjektif ke? kita pun tak tau.kalau nak sakit.sakit je la.orang baik pun sakit.sakit ni tengok orang tu jahat orang tu baik ke? even dia jahat sekalipun.tak perlu kot nak cakap macam tu.kit ani belum tentu mati macam mana.dah cakap orang bukan bukan.silap silap.kita mati pun orang tak tau.contoh macam termasuk longkang.3 hari baru mayat dijumpai.ya allah mintak dijauhkan.

aku sangat lah tak setuju bila ramai orang judge dia memacam.aku rasa dia baik je.seseorang tu mesti ada side yang yang baik.eh tergagap pulak.malas nak betulkan.

kalau dia jenis marah marah orang.marah je.kalau malukan.ko tegur je la.kadang kadang orang tak sedar yang dia ni terover acting.bhahaha.tapi serius aku rasa dia baik.semua orang baik la.kalau orang tu jenis kedekut pun.mesti ada side baik punya.dia kedekut tapi dia bagi kucing makan.hah! baik la tu.ko ingat ramai ke yang nak bagi kucing makan? siap tendang kucing tu balik ada la.eish tak suka betul aku orang macam tu.mohon kucing tu tendang dia balik masa kat akhirat kelak.

ok selamat pulang! my bahedok is coming.lately bahedok rajin singgah kajang.terharuuuu isk. :')

Aug 6, 2013

Last day kerja

Asslammualaikum!

hari ni hari last keje sebelum balik kampung berhari raya! yuhhu! aim hepi.veri hepi.hari ni motivate diri.untuk keje kuat kuat.eceh!

ramai dah cuti.bos aku pun dah cuti.Mr O.pepagi Madiha dah bagitau.hari ni Mr O tiada.aku terdiam terpaku dan bla bla bla.

beliau cuti???

stress.sakit kepala.

kenapa sakit kepala.ok aku ni jenis yang...entah.tak tau nak tulis cemana.tapi stress sebab dia pegi main pegi je.tak cakap babai.ewah! boleh pulak cenggitu? eh opkos la.ucaplah selamat hari raya kat aku ke apa ke.

aceli aku nak jumpa dia hari ni.selain nak mintak tanda tangan.borak borak la konon bagi ucapan raya.

tapi tak pek la nampaknya.nevermind.kita jumpa bos lagi sorang Mr Y.tapi kejap lagi.sebab sekarang macam malas je nak turun.

so bila tau Mr O tak ada.semangat berjoget joget makin menebal.tengoklah.aku update entri lagi.hahaha keje? hurm keje...ok ape keje hari ni!

1. email result BLT june 2013 kat HOD. (done!)
2. laminate semua sijil Permit Mesin Angkat (PMA) dengan Permit Mesin Tekanan (PMT) (done!)
3. print commitment letter (done!)
4. consignment note untuk sw 204 ( pending sebab contractor tak komfemkan berat lagi)
5. Monthly report untuk Safety And Health Committe (hold dulu sebab malas nak berfikir)
6. Kira stock PPE untuk semua department (baru siap separuh)
7. Check LEV System Assembly (done!)
8. Incident case report (komfemkan bape jam je tggal)

ok setakat ni.8 keje yang kena buat hari ni.semua da siap.so sekarang kalau rajin.boleh la buat monthly report and report en ramlan.tu kalau la. k a l a u. tapi macam t a k je.haha kalau rajin lagi.buat filing.

memang rajin.mood membuak buak.tapi ngantuk.

aku manusia yang tidak mampu bilang tidak kepada mengantuk.so setengah jam lagi untuk aku melabuhkan tirai kelopak mata.hewhew.

madiha budak admin sebelah aku.esok keje.kesian.tu pesyen tak ada kampung la tu.hahaha bukan lah.dia kena keje sebab bos dia cuti.eh kesah pulak aku nak citer pasal dia! hahaha ini belog aku suppose aku citer kesah aku.

hurmmmm.tadi call ina.ina balik petang ni.suppose dia nak setengah hari.tapi kata dia keje dia macam lanbat je nak habis.so dia maybe balik petang ni.m a y b e.

ok citer pasal raya lah.ok aku raya ni balik johor dulu.dua dua belah balik.selangor dan johor.so kami sepakat balik johor dulu.johor kat mana? bukit gambir.

raya kedua dah balik kajang.singgah sepetang ke kuala pilah.rumah kawan mak aku.aish kami memang rajin betul singgah singgah sepetang ni.aku rasa raya kali ni aku sekali lagi amik tugas jadi driver.aku suka la drive.best tau.dulu macam kecut je nak drive ke johor tu.yela dengan bus dan lori dengan pemandu tak berhemah masyarakat johor.

tapi aku rasa memana sama je.belah ayah aku tu.lagi sakit hati.dah la jalan kampung.msyarakat sana memang jalan ikut kehendak hati mereka.masuk simpang pun sesukati.fuh.kus semangat.

aku syak raya kali ni tak menang kaki nak berjalan.kalau ikut hati mak aku.sampai ke bukit beruntong dia nak jalan.tapi ikut aku.baik aku beraya atas katil sambil berdengkur.hahahaha.pemalas.

hari sabtu balik selangor.selangor dimana.aceli aku konfius dengan belah selangor ni.sama ada sekinchan, sungai besar atau pasir panjang.ai dono.parit 11.ok tu kena ingat.kalau tak ingat.kena booo dengan masyarakat jawa disana.

kampung selangor hurm...best.sebab banyak rumah kena pegi.kalau aku tak kenal dorang.dorang kenal aku.so fefiling artis retis la jugak.hekhek.pastu ada sawah.dulu zaman muda muda.selalu naik basikal.asal sampai kampung je carik basikal pergi sawah.bajet drama nur kasih main main angin.gadis gadis kampung gittew.

belah selangor kuat gila jawa.balik selangor maka keluarlah kejawaan aku.bahasa utama kami ada lah bahasa jawa.ramai orang kagum dengan kefasihan aku berbahasa jawa.malah atuk aku pun.eh bukan atuk.sana panggil embah.kalau ko panggil atuk.ko kena marah atau dorang buat tak tau.okembah edok (shortform dia bahedok) bahedok aku pun always puji aku sebab pandai berbahasa jawa.

ok aku tipu.

aku jawa murtad.dengar boleh cakap..faham faham ajelah.

belah mak aku.sekarang macam dah tak best.sebab kedua dua atuk aku sudah pun meninggal dunia (al fatihah) so sedey la.cuma kami sambut adik beradik mak aku je la.ok situ best jugak.sebab ramai orang ramai mak cik mak cik.so...bila ramai orang maka kuranglah kerja kan.so kat johor..aku boleh tido.penah satu ketika dikala semua orang sibuk kemas rumah besar tu.aku tido kat satu bilik.best gila tido.sampailah dorang kemas bilik tu dan jumpa aku.hahaha kantoiiii!

rumah kat johor panas.sebab atap zink.ada la bahagian yang beratap zink tu.dulu aku duduk kat rumah tu siap bersapu tangan.letak kat leher.fesyen macam orang balik berkebun.serius.lap peluh.

eh tak sabar la nak balik kampung! esok sure penat.aku sampai kampung je aku nak tido.dengan alasan aku drive.so nak tido.biar la dorang yang lain kemas rumah.aim tired.hahaha

jahat.

ok dah nak jam 12.untuk mereka yang mengerti.mohon jeles.kroh kroh kroh.

selamat hari raya (in advance)!! maaf zahir batin! =D happy holiday!

Aug 5, 2013

Lalala Kerjalah

aku rasa malam ni macam kemaruk nak menulis entri la.haha.


ok kali ni nak cerita pasal keje.ok mari sini aku cerita rutin harian aku dipejabat ye.

diam tak diam dah masuk 2 bulan aku keje.woah.macam tidak percaya.huhu so far keje ok.aku masuk keje jam 8 setengah.ok.selalu aku keluar rumah jam 7 setengah.sejam awal.ini kerana aku perlu menghantar emak aku ke tempat kerja.tak jauh.dalam kajang jugak.baguskan.tempat kerja dekat dekat.so bulan puasa ni ok la kalau nak keluar jam 7.45 ka.kira tu paling lewat la.sebab tak singgah beli kuih.

so sampai dalam pukul 8 suku ke tempat kerja aku.sampai je tengok la.kadang kadang bukak pc dlu.kadang kadang bukak hp dulu.oh ya! sampai tempat kerja.aku parking luar.sebab...malam nak bersesak sesak kat parking company.selalu kat luar.aku drop kan kakak aku depan pintu syarikat Y.baik tak adik macam aku ni? layan kakak macam mem besar.bhahaha.pastu parking kat luar.ha ni ada alkisah.aku selalu parking ikut sukahati aku.kadang kadang senget.kadang kadang sukahati je aku melintangkan kereta aku.ah semua suka hati aku.

perjalanan dari tempat thumb print sampai ke pintu opis agak jauh.so orang dari canteen akan nampak ko.so bila jalan tu.aku suka bukak hp.bukan mesej ke apa pun.bhahah saje cover konon ngah sibuk layan mesej ke apa ke.baru la konon wah pepagi dah berbalas esemes.padahal....

sampai tempat aku.bukak la pc.macam aku cakap.kadang kadang tak bukak lagi.bukak hp.tengok buku ke.aku ada buku citer.memang wajib.kat beg pun kena ada.sebab yela.forever alone macam aku ni.yang tak ada orang nak mesej take care konon haktuih.so buku la peneman setia.boleh la bajet bajet ulat bukuuu.hahaha

pepagi check email.dulu aku semalamnya tu dah tulis da keje apa kena buat untuk esoknya.but now.aku buat pagi.keje apa yang dah siap belum siap.lepas tu kumpul dokumen untuk bincang pape dengan bos Mr O.

email.hurm.aku malas nak balas email.tapi suka terima email.haha.

Aku adalah manusia paling malas nak jumpa Mr O.tak ada la serius sangat perbincangan dia.tapi..malas kan.faham tak aku malas.hewhew.oh selalu kalau jumpa.sejam dua jam.kalah jumpa papa.pernah aku masuk.aku ketuk and nak bagi salam.sekali tengok bukan islam.aku jadi blur.eh nak cakap apa eh.aku syak Mr O nampak riak muka aku yang kecelaruan.

Mr O dulu aku memang bayangkan dia macam si perengus snow white tu.kawan kawan aku semua kenal la Mr O ni.means familiar la nama ni dengan hidup aku.dia offer aku keje.thanks la.entah kenapa.dulu dia tak suka aku.tula.dulu tak suka.tengok sekarang.amik keje dah.so kalau tak suka tak suka.jangan cakap tau.

ha gittew pulak.tetibee.haha.

pernah ada keje.kena betulkan satu procedure.aku pening.terus cakap Mr O saya peningg peningg peningg  sambil pegang kepala.over tak? hahaha sampai dia cakap haiya kenapa mau pening pening? so nak setel.diskus sesama.setakat ni dia membantu.setakat ini la.esok lusa.i dono.

Mr O ok.tak garang.cuma ada part tegas la.dulu aku selalu lambai lambai dia.masa zaman intern bebudak dulu.zaman tak tau malu.sekarang dah ok boleh control.hahaha.sedar diri sikit.tapi aku ni entah la.kadang kadang tak tau pape.refer la bos aku ni.

Mr O tolong tengokkan.betul tak saya buat.

lagi satu hal dia nak tengok balik.check balik.betulkan balik.pergh.nasib tak kena marah.sukahati aku je.

lepas jumpa Mr O.hati aku tenang sikit.aku jarang turun.sebab kadang kadang keje kat atas banyak.kadang kadang malas.tapi aku rasa banyak malas dari banyak keje.hoho.statement statement.tapi turun seronok.kalau tak panas.kalau panas.terbakar.

sebelah aku Madiha.budak admin.depan dia layun.aku suka gelarkan kawasan aku adalah convent area.haha sebab muda muda semuanya.bos madiha cuti sekarang.so kami bertiga asik berjoget joget je la.

tak habis habis dengan joget joget.joget joget tanda hati bahagia.haha tetibee.

rehat.

ok puasa ni rehat setengah jam.ok pengakuan.memula aku follow la rehat setengah jam tu.tapi sejak akhir akhir ini.aku rehat 45 minit.ok la tu kan? aku tidoooo.ngantuk sesangat puasa ni.tatau nape.masuk surau.tido tak ingat dunia.orang keluar masuk pun tak sedar.isk.penat betul keje ye.

puasa ni jugak.aku lakukan aktiviti tak sihat.tak sihat sebagai pekerja la.aku tertunggu tunggu jam 5.mood menunggu ni datang selalunya bila selepas jam 12 tengah hari.so mula pukul 1.00 aku da tulis kat kertas setiap jam jam yang tinggal.dah lama da aku buat.haha.tapi masa bulan puasa ni la.entah.keje tak banyak kot.tu yang buat keje merapu.

tapi esok last day aku keje sebelum pulang ke kampung.so aku kena keje kuat kuat.mohon 8 jam tak cukup.kekeke.

setakat ni keje kat syarikat Y...ok.aku suka main main.gelak gelak.oh aku kena buli korang tau.dengan sorang engineer ni.hampeh tol.pasal adala satu sistem ni.dia yang patut buat.ok la tak salah dia nak suh aku buat.tapi aku baru kot.aku report kat bos melayu aku.Mr Y.dia bekap aku.aku rasa berkuasa.aku pun sukahati bagi arahan

"ok encik dot dot.apa kata encik dot dot set up kan satu masa then panggil saya bila nak jalan."

ok macam ni.keje nya aku kena jalan di alam nyata untuk cari sendiri menatang menatang tu sebagai contoh kompressor.aku kena pegi tengok pelan dan tengok in real life.kompressor tu wujud tak macam kat pelan.

tu bukan keje aku ok.

tapi kalau aku nak belajar.aku boleh buat.kachang je.tapi buang masa.keje aku belambak lagi.orang tu sibuk cakap aku hutang dia bla bla bla.cakap dia sibuk la menda la.sampailah aku cakap.

"encik dot dot.saya pun sibuk.saya ni lagila.jaga safety jaga environment.saya ada 8 jam je sehari.nak jaga dua benda tu tau.kita sama sama sibuk.why not encik dot dot cari satu masa then just let me know bila"

dah dia suh aku 4 jam safety 4 jam environment.memang tu aku buat.tapi tak masuk skop keje yang tak patut aku buat.pastu terus aku cakap.t bila encik dot dot free.call saya.serius aku cakap macam tu.sebab aku bengang gila.mau aje aku tamporkan mamat ni.

malas aku nak melayan.orang macam ni bersepah ada dimana mana.kata pandai.bila mintak ajar.tetiba cakap tak pandai.padahal dah pergi kursus.bila cakap isu pergi kursus.cakap la tak competent.bila kita cakap ok la separuh competent.tak nak.nak jugak cakap tak pandai.tapi gaya macam...

macam macam.

so far aku enjoy keje sini.setakat ni ok.tak stress.stress kejap je.bila ada dateline.sekarang ni aku kena buat 2 projek.PPE dengan safety briefing video.aigo.muntah.aku syak kena Ot afta raya ni.its ok.ai loike.


ok nak kemas baju balik kampung.tahun ni balik johore.rabu pagi! yahoo boleh joget joget dengan sedara sengal ain nafisah sambil verangan depan kamera.mohon kampung intenet masih wujud.tapi rasanya tak dah.sebab rumah dah kosong.

ain nafisah sedara aku.budak darjah enam.selalu aku stalk dia kat twitter.sibuk cakap pasal lelaki.euwww.serius kelakar.thats why aku suka retweet status twitter dia.sebab aku rasa kelakar dan mengarut.hahaha sape nak ngorat boleh email saya.bhahaha.sedara kecik kecik.punca kenapa diri macam mak cik mak cik.asal cuti sekolah je kena bawak sedara beramai ramai ke shopping mall.ya allah.sedihnya kehidupan aku.bulan 12 bawak main go kart.ikut perancangan la.jatuh weh saham aku.bawak anak anak orang jenjalan.dah rupa macam baby sitter.isk T-T 

pening kepala.

Alhamdulillah.Thank You Allah.



It is not the joy that make us grateful
it is gratitude that make us joyful.

- Islamic Thinking

Assalammualaikum.

jawab! tak jawab dosa.

ok banyak nak cerita tapi tatau nak cerita mana satu.dari cerita tempat kerja, cerita pasal ramadhan sampailah cerita pasal result exam! ha nampak tak tanda seru tu.tanda seru tu tandanya eksited.so kita citer yang eksited dulu la ye.

ehem.

maka dengan ini saya ingin mengumumkan bahawasanya aku telah tamat belajar! yuhhhu! bakal menjadi graduan yang menggenggam *ewah* ijazah 'environmental safety and health' diri terlalu teruja.dah tak tau dah nak taip.tu yang macam bercelaru tu.

ok persetankan.

so sebenarnya aku tak tau yang...result keluar 3hb 8.ok tipu.aku dah tau.awal.sebab aku tanya orang opis.tapi aku dah lupa.sampailah balik dari majlis berbuka puasa department warehouse.pakwe akak aku tanya aku. ' eh result malam ni eh?' terus aku. "ohohoho.yeah? entah.tak tau." 

aku lupa.tapi dah teringat.terus mood jadi panas.pergh ecah overr.

so untuk aku yang tak ada perasaan ni.tak ingat langsung pasal sufo.sebab tu tak eksited.sebab komfem result tak dapat tengok.balik rumah adik aku lak bising rsult keluar esok.feeling aku rasa macam nak amik apple pie sumbat kat mulut dia.bising.

esok pagi.bangun.adik aku membebel lagi.mention dia da tengok result.tanya aku result berapa.aku jawab tak tau.tak buat sufo.so tak boleh tengok result.

nampak tak keselambaan aku disitu.manusia tak ada perasaan langsung.dalam pukul 11 baru nak buat.ya allah! kachang gila babeng! aahaha.aceli...aku banyak kali tak buat sufo ni.ehehehe.bila kawan kawan tanya.bape result.aku jawab je tak tengok lagi.hahah sebab sufo x buat.ina dah kenal aku.so dia memebebel la.rasanya setiap sem aku tak buat.hahaha.bukan setiap sem ok.tapi selalu jugak la.haha haris membebel.kata dah ingatkan.iyeee tau.tapi biasalah.manusia short term memory ni.faham faham je lah.

so tahniah kepada rakan rakan.semua result gempak dan bagus! tahniah uolls! iolls hepi jugakk.hahaha gedixx.

so macam ni.ahad pagi aku bangun tido aku terus on henpon terus cek result.dan..

alhamdulillah!!! u did it aisyah ahmad! :')

serius aim shocked! terkejut gila.aku expect aku fail weh.atau aku dapat C atau b- untuk thesis.supervisor aku memang ohsem.kepada en ahmad razali.saya doakan kehidupan en razali seeluarga diberkati oleh Allah s.w.t.

kenapa aku hepi sangat? 

iye.aku sangat sangat hepi.bersyukur dan sebagainy.tiada perkataan menggambarkan apa aku rasa.terlalu banyak kesakitan dalam siapkan thesis ni.cewah! gelinya ayat ni.maigodd.hahaha

ada banyak fasa kesusahan aku dalam tempoh aku nak siapkan thesis ni.fasa pertama adalah masa sebelum present.fasa kedua adalah sebelum submit thesis.

sebelum present.

masa ni aku dah keje.aku dapat tawaran keje 3 hari sebelum aku habis intern.so..aku diberi cuti 2 minggu.konon nak siapkan patut apa yang tak siap.mengikut perancangan.ini adalah mudah.dan jadi tak mudahnya bila....

bila en Adun.orang yang tolong aku sikit sikit pasal GIS ni pergi khursus selama seminggu.
bila koordinat GIS untuk UiTM Shah Alam aku tak jumpa
bila aku tak faham sepatah haram pun pasal GIS
bila rekod eksiden tak cukup
bila toolpenting untuk melukis peta tak wujud dekat laptop aku.

aku stress.stress gila.

aku dah jumpa en Adun banyak kali.tapi banyak kali jugak aku pening.sampailah satu hari tu kebetulan si botak budak FSPU ada kat bilik encik adun.aku yang tak tau malu dan muka tembok bak kata haris ni.pergila tanya dia.tanya dia pekejadahnya peta yang terhasil kat lappy aku ni.

dia tengok dan sendiri terkejut.sebab pelik.pelik sebab hasil peta yang pelik.dan aku menjerit.menjerit tanda give up.

so dia tolong.aku hampir nak upah dia.tapi fikir dia banyak keje.aku terpaksa kensel.sejak tu aku contact botak.melalui wassap.satu hari tu aku bertemu janji dengan dia ditemani fida.dia pinjamkan aku buku pasal GIS ni.pastu bagi memacam bahan lagi lah.botak baik gila.masa aku kena siapkan tu.dia tengah busy.tapi dia tolong lah jugak.seharian dia tolong aku.sampai pukul 8.balik tu siap hantar kat pintu UiTM.sebab aku risau sesat.bhahha.

masa ni aku rasa give up gila.asik menangis.menangis sebab penat gila.ulang alik shah alam.buat menatang ni.orang pulak asik bakar bakar perasaan aku cakap senang walawey la weyyy.hotak ko senang.senang cakap senang la.dia senang.tapi banyak halangan dugaan dan cabaran.yang membuatkan ko rasa nak give up.

masa ni ramai yang bermasalah dengan thesis masing masing.so aku jarang citer jugak kat kawan kawan.konsep pendam sendiri.salah tu.huhu.ulang alik pergi palam nak kejarkan tanda tangan 5 ke 10 entah.habis duit gaji aku.dok unpaid leave ja. T-T tapi masa ni aku citer sesikit dengan haris.lagipun dia je yang ada kat palam tu.so time aku nak pergi palam.lepak sekali la.dengar kisah sedih dia.sebab dia pun bermasalah.haha.ah dia memang hari hari bermasalah.kahkah! ok tipu.haris nasib dia always baik.so aim jelly.dia kata dia bermasalah.iye betul.tapi advantage nya.dia ada orang boleh rujuk dan dia ada masa.tu je.pastu entah.masalah tu kecik je.aku rasa lah. =P

sebab tu akhir presentation dia dapat.

'publish your paper' from Prof Rampal.

untunglahhhhhhh.hahahaha.terus bahan dia.publisher! publisher! =D ok stop kisah haris.ni bukan entri kejayaan dia.dia tak bayar sesen pun.so aku tak patut sebut nama dia.

ehem.teruskan ya aisyah.

aku keje weh siang.malam je masa aku nak setelkan thesis.tapi tertangguh.sebab penat.penat ya amat.bila penat keje tak siap.aku jadi tension.masa ni balik keje asik pukul 7.bukan OT tapi siapkan thesis.sampai ada staff kata keje banyak sangat ke? nape balik lambat? tak tengok suami ke?

wha what?? suami???

"saya belum kawin lagila!!! maigod! *terus pegang muka* saya nampak dah kawin keeee??"

oh ya yang cakap tu lelaki.lelaki cina.bila dia tengok aku gelabah dan kalut tengok muka.terus dia cakap.

"bu bu bukan..selalu orang melayu kawin awal ma.so saya ingat awak da kawin."

"belum belum! saya belum kawin! awak cakap betul betul.muka saya nampak macam orang dah kawin ke? maigod!" *pegang muka*

"eh tak tak.saya just pelik je.huhu sori sori."

pening kepala aku satu hari tu.

balik pukul 7 lebih.malam dah penat.punca kehidupan aku menjadi sangat tak terurus.mujur ada semangat.buat aku kuat.eceh.

slide presentation aku siapkan 2 hari before present.dan malam before present.sebab tu masa ViVa aku teruk.aku tak peduli apa orang cakap.panel cakap.whateva la korang.yang pasti aku dah present.dorang bukan dalam kasut aku.so dorang tak tau.haha apeke pelik je peribahasa orang putih bila ditranslitkan dalam bahasa melayu.

so habis present aku tido kat surau.2 jam.

dalam tempoh nak present ni.aku asik nangis.hahaha.malu nya! sebab penat la.penat gila.duit habis.sebab minyak mengalir kalah air sungai.macam air terjun.laju gila.mujur aku praktikal kat tempat yang murah hati bagi elaun banyak kat student macam aku ni.so boleh lah sapot minyak semua.isk.sedih.

pastu semua buat sendiri.sedih.pegi sana sini sendiri.memang independent gila.so sedih.sebab penat jadi independent ni rupanya.isk isk.

sebelum hantar thesis.

masa ni...lambat jugak aku siap.aku kali ni tak share kat sesapa.sampailah aku sendiri tak leh bendung.aku citer kat pah.pah cool down kan aku.dia manage kan kehidupan aku.aku ikut apa yang dia plan untuk aku.alhamdulillah.

aku share kat aziah.sebab dia pun senasib dengan aku.means keje.siang keje malam sengkang mata siapkan thesis.aziah tolong aku buat turnitin.sebab aku tak tau nak tekan pape.aku tak faham dan pening.masa ni semua benda nak pening.

masa ni aku risau gila.aku luahkan dekat fida pulak.dengan gendut.semua sibuk cakap lek lek.buat je.memacam la dorang cakap.ok aku dengar dan buat dan..pasrah.

aku tak amik pembetulan.sebab tak ada masa.keje nak amik cuti.keje banyak.so mintak tolong kawan.masa ni terima kasih gegila kat kawan kawan yang sudi tolong.Deli, Paan, Muni, Ika.ketahuilah korang yang aku betul betul memerlukan bantuan korang.tapi nak buat acane.rezeki tak dok.en razali cuti.so acane nak buat pembetulan.so aku buat keputusan sendiri.buat je apa yang panel suh betulkan.

so aku call en razali dan cakap bila nak anta bla bla bla.alhamdulillah dia bagi masa.dia kata buat la baik baik dulu.pastu baru hantar.isk.sedih hati dengar.dia tak marah pun.faham agaknya.

so rabu aku baru nak jilidkan.masa ni aku rasa nak extend.sebab aku tak larat gila.kusut kepala aku.hurm.masa ni aku terima kasih kat staf express printing.3 orang.tolong aku.sorang print + masukkan folder endnote , sorang jilidkan buku sorang buatkan cd.part print.banyak kali kena print.siap suh dia bukak balik satu satu.yang jilid tak tahan.tak bawak sample.so dia tak ada reference.sabar gila budak tu layan aku.

aku: sample? sample apa?
adik: nak letak nama tajuk semua tu.
aku: ala tak ada la.sebab saya tak faham.saya tak tau cemana nak format format benda ni.ukuran semua bla bla bla *kalut plus kabut*
adik: tak pe. *pergi salah satu pc and taip nama aku tajuk aku* ni saya nak ikut mana eh? *merujuk pada tulang jilid buku tu*
aku: oh! awak ikut je macam ni! *tunjuk jilid senior*

so dia buat.memula aku ingat dia akan letak 2012.tapi takkan la dia tak tau sekarang dah 2013 kan.

yang buat cd pun sama.tajuk tak ada.gigih dia tunggu aku tulis carik copy and paste dari folder kat pendrive aku.buatkan.hewhew.

lepas semua setel.baru senang hati.dan lepak baca novel sementara nak tunggu thesis siap berjilid.sebelum tu aziah ada.dia buat cd dan mintak aku hantarkan thesis dia.aziah risau.risau aku pergi seseorang.rasa bersalah kot.tak pe aziah.no problem.pergilah kau kerja dengan aman.

serius aku cakap.kami jeles dengan mereka yang ada 24 hrs nak siapkan thesis.aku sendiri rasa nak menangis.tapi tak leh kuar air mata dah.lagi lagi bila tak tau nak share dengan siapa masalah ni.dah ending ni.malas nak citer dengan sesape.citer kat orang yang senasib je.

ok masa hantar tu aku sedih sikit.sebab semuaaa sesorang.entah la sepanjang buat thesis ni.aku memang independent gegila.semua seorang.ke sana ke sini sesorang.bila dah penat sangat baru ajak kawan.macam fida and hani.fida masa aku sesorang buat peta kat bilik persatuan botak.thanks fida.allah bless u.hani masa aku nak amik gambar lokasi hotspot.dah la kete dia.tol separuh separuh.malu gila bila kata dia belanja tol pegi.hewhew.sian tengok aku yang tak terurus kot.huhu

masa hantar.en razali tak ada.itu satu kesedihan.aku letak luar pintu.pintu dia tak kunci.tapi aku rasa tak sopan lak nak masuk letak buku.memang dia tak kisah.tapi aku kisah.masuk rumah orang bila orang tak ada.ish.tak baik lah.

so jumpa meso.dia macam pembantu lecturer.sempatlah buat luahan perasaan cakap penat la menda la ape lagi la aku membebel kat dia.bila dia cakap semua lulus.ya allah.lega 60% dah aku.tapi bila fikir aku punya thesis ni.aku tak rasa aku lulus masa tu.

terlalu teruk.sumpah.aku tak tipu.aku rasa satu keajaiban bila dapat result tu.bersyukur gegila. lebih dari sepatutnya yang aku dapat.Bersyukur gila Allah s.w.t lembutkan hati En Razali untuk bagi markah macam tu kat aku.Bersyukur aku dapat habiskan semua ni.

sebenarnya bila aku tau result nak keluar.aku mesej gendut dengan fida.aku cakap.thesis aku teruk.tak macam orang lain.24 hours kat rumah.boleh fokus.aku tak.keje.malam dah penat.masa ni aku rasa apa la hikmah aku dapat keje awal.gendut dah cakap banyak kali.lupakan lupakan.dah keje.tak yah ingat.aku pulak asik cakap.thesis aku rubbish dow.fida pun brain wash aku sekali.sebab aku moral down malam tu.kahkah.moral down aku sampai gendut dah malas nak layan.lagi lagi bila duk cakap rubbish rubbish.

malam lepas submit thesis.aku lepak dengan ina.ina kawan sekelas aku.aku tak pernah cerita hal thesis aku kat dia.entah.aku rasa bila jumpa dia.banyak cerita menarik selain thesis untuk diceritakan.ina belanja berbuka kat bazar.means beli apa apa la.huhu maybe konon nak raikan aku dah hantar thesis kot.hahaha.terharu 5 saat masa tu.ah aku ni over.perasaan asik nak tacing tacing je.kahkah.asal orang buat baik semua nak tacing.eh ofkos lah.hati lembut kot.ahaha.

balik berbuka aku terus ke kajang.seharian aku memandu.kajang shah alam puncak alam shah alam kajang.pergh.penat.sebab tu aku lalu federal.bila banyak kete.mata celik sikit.skve takut.ada hantu.hahaha.sukahati aku je.baru kul 8 kot ecah.over.

balik hantar thesis dah lega.hilang semua pening.separuh beban ku dah pergi.so lepak dengan gendut.cerita macam macam.gendut kawan sekelas aku.masa sekolah.dia poyo gila.rasa nak sepak je.dah la tinggi macam gergasi.dia cerita hal kerja.aku cerita hal kerja and thesis.kadang kadang kita kena lepak atau jumpa dengan kawan kita.bukan buat pape.just borak borak kosong.just kongsi cerita je.pada aku itu satu terapi.

yang tak bestnya.aku jadi driver dia.choi punya kawan.

jadi terima kasih semua..famili.mak aku especially.dok layan aku memanggil manggil "makk makk makkkkk" dah macam zombie kekadang cara panggilan aku. kawan kawan.botak tolong ajar buat GIS sesikit,fida tolong buangkan masa dia teman aku jumpa botak memalam dan siapkan peta kat bilik persatuan botak, hani yang temankan amik gambar hotspot location, fad yang gigih berpanas temankan buat traffic volume count, pah yang pepagi dapat mesej fb dengar luahan hati aku, gendut denagr aku meroyan membebel, aziah tolong buatkan turnitin, haris.jap haris buat ape eh? jap pk.hahaha! dengar aku memebebel la.pastu ada la bagi idea jugak.peranan dia banyak masa sebelum aku present je.sebab lepas present dia dah bahagia.dah lupa daratan.kahkah.ok gurau., munirah yang pergi tolong amikkan pembetulan kat en razali.beria aku cakap i love you kat dia.tanda terima kasih sebab sudi tolong,paan and deli pun nak tolong amikkan pembetulan jugak.tapi tak dapat amikkan jugak.its ok korang, tengs ina yang menjaga kebajikan aku di shah alam.yang take care tanya dah siap ke dah anta ke.sori ina.aku banyak tipu.kata aku ok.but aim not ok.saje tak nak citer kat ina.sebab bila jumpa dia suka cerita hal yang menarik selain thesis,ika yang dengar bebelan aku dan sudi nak tolong jugak, ain hamdan and arep yang tolong tengokkan english aku untuk abstract.hewhew.arep aku tak rapat.tapi dia tolong aku gegila.thank you so much korang.aku doakan Allah s.wt berkati hidup korang. Amin.

terima kasih en adun, en nazri, prof ape ntah kat FSPU tu.dah lupa.soriii.terima kasih en razali! saya betul betul tak sangka dapat result sebaik tu.tuhan je balas jasa en razali! semoga tuhan berkati hidup en razali sekeluarga.Amin.

some people might say yang aku ni over gila.over hepi.no no.ko bukan kat tempat aku.dan ko tak tau pun hasil akhir thesis aku macam mana.susahnya macam mana.so aku appreciate diri aku.aku appreciate sesiapa yang tolong aku even sebesar kuman je bantuan dia.pada aku dah cukup besar dengan keadaan aku yang teruk gila masa tu.aku bersyukur gegila.aim hepi.serius.semua ni buat aku menjadi lebih bersyukur.usaha yang ko limpahkan untuk buat sesuatu dengan gigih tabah bla bla bla.tuhan memang bagi ganjaran yang setimpal.

Alhamdulillah.Thank you Allah. =D

so saya dah habis belajar! jemput bagi bunga masa graduation day nanti ye.marilah kita ber joget joget! =D