Pages

Dec 31, 2013

31.12.2013

entri ni macam panjang atau maybe akan panjang. who nos. 


hari terakhir untuk 2013. kengkonon semalam aku bertekad nak keje kuat kuat la. hmmm..kuat ke ek? biasa je kot rasanya. atau aku rasa hari ni macam tak buat keje langsung. aku tacap report bos aku lagi sikit. sampai encik M tanya aku. 

En M: Aisyah, saya tengok awak ni stress je. awak kena fikirkan tentang kerja. jangan fikirkan hal luar kerja
Aku : iye lew. saya tengah fikirkan hal keje lew ni. *sambil tangan laju menaip report bos*
En M: awak ni saya tengok dah grad.tapi buat report lagi. awak repeat pape eh?
Aku: Menda la encik M ni. mana ada repeat repeat ni laaa.

En M adalah bos aku. kadang kadang aku annyoing dengan dia sebab dia suka bagi aku kerja. tapi standed la bos bagi keje kan. tapi aku tetap tak suka. kekeke. sukahati aku saje. tengah aku sibuk bekerja. *siapkan report* En M tanya lagi. 

En M: Aisyah, awak suka warna apa?
Aku: Oh saya suka pink encik M! i loike pink veri the muchie. and aim into pink sekarang ni tau. *over gila*
En M: pink? eiii pink tu jahat tau. 
Aku: Eh ape pulak encik M! Pink cantik wattt.
En M: Awak pernah dengar tak pink metal? selalu dengar black metal kan? ha pink metal ni untuk perempuan jahat tau. 
Aku: menda la encik M ni. *malas nak layan*
En M: Aisyah, awak kalau nak dapat hadiah tahun baru, apa hadiah yang awak nak sangat sangat?
Aku: Oh semestinya ipon 5s encik M. 
En M: Ipon 5s? okay okay.
Aku: tapi samting spesel eh? belikan saya planner lah. 
En M: planner? * sambil berkerut dahi konon nak gtau aku punya taste ntah pape* 
Aku: tak nak la. novel la. saya suka baca buku. tapi nak novel cinta. tak nak bahasa melayu. nak omputih. bahasa melayu mengarut je. 
En M: Okay okay. 

dan selang beberapa jam kemudian. aku telah menerima email selamat tahun baru dari encik M dengan ucapan berwarna pink. sambil gambar aku yang dia amik dari hari training minggu lepas dan ya...gambar ipon 5s and novel cinta omputih.

so sweat! =.=

terima kasih encik M. aku ucapkan dia sambil dia ketawa beria. yada yada. geramnya!

oh ya! pagi tadi kawan aku madiha hadiahkan aku bantal untuk dipeluk. kekeke. terharu ittew dibueknya! sebab apa tau, hari ni dia last day. suppose aku hadiahkan dia. tapi ni terbalik. dia yang hadiahkan aku. xpe xpe. aku memang dah prepare. so aku hadiahkan dia casing ipon. aku ni jenis yang terkejut bila orang bagi hadiah ni. kekeke. over je kan. sampai dia kata 

'kak ecah nampak kelakar la' 

ofkos la madiha! akak baru datang kot. terus awak datang kat akak and bagitau.

'saya hadiahkan akak bantal. tapi saya nak plastik ni balik' 

u no wat. saya sangat suka bantal. adik aku selalu hadiahkan aku bantal. tapi sebab dia hadiahkan aku bantal. sebab aku puteri tido. aku mampu tido berjam jam lamanya tanpa makan dan minum. kahkah. tak senunuh! 

so petang tadi aku ada meeting EMS. EMS ni environmental management system. ISO 14001 kot tak silap. ampunkan aku kalau aku salah ye. aku ni vvvvvip. siap orang kol banyak kali. bukan apa. hantar la email. ni email tak dak.nasib hari ni aku macam free jew. kekeke. pastu cakap bos aku yang pegi. aku..goyang kaki lew. masa meeting, aku dapat jangkakan tugas aku macam berat je untuk 2014 ni. stress. 

lagisatu aku nak tanya. tahun baru ni memang kena keluar dan perlu disambut eh? sibuk semua tanya aku malam ni buat apa. jawapan aku. duduk rumah main intenet dan tido. aku tak tau apa kepentingan untuk tengok bunga api. tak bosan ke. membazir minyak la. tau tak. tadi masa aku ke pantry. ada sorang mamat cina tanya aku. aku dengan boypren sambut tahun baru kat mana. pehhh. pe lagi. goreng la. 'oh ai sambut tahun baru kat putrajaya' 

lol. menipu sangat. 

hari terakhir ni aku masih lepak kat opis until 7pm. kenapa aku suka lepak sampai 7pm? untuk manusia bujang yang tak dak life ni. inilah life membosankan aku. balik lambat saje. rasa best la. balik jam 7pm. oh hari ni aku balik sorang. so fefeeling sikit la drive sesorang ni. best tau. ai loike. petang petang ni dengar mix fm dengar dendangan mel c tajuk lagu never be the same again sampai volume no 15. pehhh. pekak telinga. 

hari ni madiha last day. sedih sikit la. sebab kitaorang kira rapat jugak. dulu dapat keje situ aku bagitau madiha. bila bos aku macam ni macam ni. aku bagitau madiha. ok la. best. bila aku kenal dengan sorang mamat auditor ni. aku bagitau dia. dia dapatkan kad mamat tu. ahaha. sama sama berusaha. so bila hubungan gagal. pehhh. konon je gagal. dia pun tahu and tumpang simpati. hewhewhew. 

aku rasa satu kisah tu akan jadi pengalaman paling pelik. selalu tengok kat drama. kali ni real life punya tuuu. 

oh sedihnya. aku balut hadiah untuk madiha dan letak senyap senyap dalam beg dia. kekeke. benda ni last aku lakukan masa zaman form 4. bagi hadiah untuk budak lelaki bernama apan. junior aku. baiknya aku zaman dulu. and sweet escape jugak. 

LOL. 

okay. nak update lagi satu entri. tapi nak rehat dulu. oh ya. gendut memang nak mintak kaki,. dia suka bagi pertanyaan yang bakar line betul tau.nyampahnya sayaaaa.
 

'apa je ko buat malam new year?' ' leh bagi idea x kat mana nak jimbit' 

nyampah je nak balas kan. aku jawab. 

'no idea'

nyampah je nak layan. saje buat dia annoying. so tak balas dah mesej aku. tapi aku salah. seolah olah macam hari ni baru aku kenal dia. dan dia teruskan mesej yang buat aku rasa sangat annoying nak pukul dia. 

lalu seorang lagi kawan muncul dengan mesej bertanyakan. 

'kat mana celebrate new year?'

jawab aku 

'dalam bilik depan lap top' 

jawab dia. 

'key ell la..baru curlasssss'

aku tak rasa loser pun duduk rumah masa tahun baru. sebab aku pelik kenapa nak pegi sambut,. tak penat ke? baik makan dan tido dan jalani hidup macam biasa. 

LOL. 

selamat tahun baru 2014! 






Dec 30, 2013

kalau lah aku tahu



apa perasaan si miskin yang bertambah miskin? 

apa perasaan si miskin yang menerima banyak ujian? 

kalau lah aku tahu. 

kalau.


Dec 26, 2013

catatan malam jumaat.


seorang pemalas yang hilang kewarasan. aku kena berubat untuk mengubati sikap malas ni. bertapa di gua thur mungkin. 

mandi bunga mungkin? malas ibarat virus yang menjalar ke seluruh tubuh melalui liang saraf. 

nyampah la malas malas ni. apehal aku malas sangat nak siapkan report mr O. sumpah ini kali terakhir dia suruh aku buat report dia. 

ala kacang je mr O. 15 pages je kot minimum. 

ok fine. kalau kacang y u tak siapkan awal awal.

ok tu jawapan yang bakal aku dengar suatu ketika nanti. 

ok nak tido. sakit tekak ittew nyanyi lagi demons by imagine dragon, citernya esok nak karok lagu ni. suara ai dah maca awie tau. cool kan? seronok la suara serak serak ni. 

seksi.

kahkahkah! perasan!

ok nite uolss. penulisan ringan dan merepak akan bersambung lagi. 

nite. 

Dec 9, 2013

isnin blues

ketenangan 5-6 aku telah direnggut. yang pasti seseorang yang merenggutnya adalah sipolan yang sedang duduk dimeja belakang aku.

Mr M.

no no. jangan salahkan dia. dia bukan punca teragutnya ketenangan aku. eh salah. dia salah satu punca. yang bermaksud. dia tidak keseorangan.

lulz.

untuk masa masa ini. aku cuba jadikan gerak geri Mr I suatu ketika dulu sebagai iktibar untuk minimakan tekanan dalam tubuh badan. gerak geri dia aku jadikan inspirasi. kata kata berbaur nasihat *mungkin* dari papa S aku perdengarkan kembali.

tapiii masih. masih gagal untuk kali ini. tak leh digunapakai. makin aku makin terserlah tahap ke-stress-an aku. bibir semakin galak menaikkan volume keluhan keluhan berat dari mulut aku.

ottoke?

'pehhh. tak yah ottoke sangat la ecahhh.'

kata seorang kawan.

heilu. sukahati ai okay. ni mulut ai. sukahati ai la nak cakap bahasa ok. pape pun. biane.

lol.

pura pura berhumming- bird
pura pura ketawa
pura pura tersenyum

aku makan. aku gelak. aku dengar lagu. aku tengok drama. aku tebahak bahak tengok running man. aku tengok wayang. aku tido. tido dalam gelap. aku memandu. aku karok sorang sorang. aku jumpa kawan. aku wasap dengan mereka terpilih.

itu adalah metod untuk aku minimakan tekanan dalam tubuh badan. tapi malang.

masih tidak membantu. mungkin belom. mungkin metod yang tidak praktikal. mungkin aku terlalu berahsia.

terus pura pura ketawa.

petanda aku sombong ke cemana?

hari ni aku tanyakan banyak soalan mengejut kepada kawan kawan. aku tak tau mana datangnya soalan itu.

'cemana seseorang boleh berjumpa dan bertunang dan bernikah?'

'cemana seseorang tu berjumpa seseorang?'

banyak lagi.

paras normal diri aku mungkin bakal hanyut dilaut mati.

lol.