Pages

Dec 31, 2012

2012

Assalammualaikum! 

2012 bakal melabuhkan tirai.rasa macam tak percaya je dah nak menganjak ke umur 24 tahun.menganjak ke menginjak eh? secara tak official-nya lah.aku bakal berumur 24 tahun dalam beberapa jam je lagi.hahaha.dan ini mungkin entri terakhir untuk tahun 2012 ni la ye? 

so 2012 pada aku..tahun yang tersangat mencabar.mental dan fizikal dan spiritual jugak.

tahun 2012 banyak kawan kawan yang dah memasuki ke phase baru dalam hiduo hidup mereka.ada yang berkahwin, bertunang , berkerjaya sudah and macam macam lagilah.tahniah diucapkan! 

termasuk my best friend.faja.tahun 2012 faja tunang dan insyaallah tahun depan dia berkahwin.satu perasaan yang janggal bila best friend kita akan meninggalkan zaman bujangnya adalah.aku berada dalam keadaan dilema.yelah kami dah kawan dari tadika sampai dah nak kawin dah dia!dilema mestilah kan? sebab memikirkan apekah yang bakal berlaku pada diri aku nanti bila faja dah kawin? 

bukan aku maksudkan yang.apekah aku takkan kawin? bilakah aku akan mengikuti jejak faja? no no no.bukan itu ya.

sebagai seorang sahabat yang rapat dan hubungan yang mesra dan lama.bila kawan baik aku dah nak menginjak ke alam perkahwinan.aku rasa lonely.aku rasa ditinggalkan.

over tak?

aku mula memikirkan.

"ala lepas ni tak ada dah kawan nak pergi karok! lepas ni tak ada dah kawan nak lepak mamak! lepas ni tak ada da kawan nak beraya sama sama! bla bla bla."

macam macam benda aku fikir.dan aku terfikir.inikan hati seorang kawan.apetah lagi hati seorang mak kan? haha.mak dia mesti lagi dilema teruk kan?

actually banyak benda berlaku.ada yang best ada yang tak best.yang tak best nya.aku telah kehilangan datuk dan nenek.mereka telah kembali ke rahmatulllah awal tahun 2012.datuk belah ayah and nenek belah emak.datuk aku meninggal secara mengejut.dia pengsan kat kebun.sebab tak sihat masa tu.mujur ada orang kampung terjumpa arwah pengsan kat kebun tu.dan arwah meninggal di hospital disebabkan beberapa komplikasi.kami semua terkejut.sebab yelah.arwah sihat je.

arwah nenek aku meninggal sebab sakit tua.beberapa minggu sebelum dia meninggal.dia ada datang kajang.melawat rumah anak anak dia and melawat cucu cucu dia.masa arwah duduk rumah aku.adalah aku sempat berbakti sikit.tolong lapkan badan, mandikan.pengalaman menjaga orang tua tu ada la.even aku rasa..tak membantu sangat pun.huhu.arwah meninggal kat rumah kampung.masa tu baru balik dari hospital.

dan lagisatu kehilangan.haha.kalau ada yang perasan entri emo aku lately.faham la kot.kehilangan yang ni membuatkan jadual hidup aku totally berubah.mula mula janggal jugak.rasa macam mimpi kan.tapi lama lama cuba la.sekarang still in healing process.tak sangka masa yang diperlukan sangat lama.tipu je kata sekejap.seminggu je konon pastu dah ok.tipuuuu..tapi yela kan.lain orang lain la cara.dan aku berpegang kata kata ini.

"Hikmah kehilangan orang tersayang adalah supaya kita belajar untuk meletakkan kebergantungan hanya kepada Allah s.w.t"

kata kata ini dipetik dari blog.farah lee.

tak ramai actually yang tau.benda yang paling penat nak dilakukan adalah..cerita 2 bulan lepas.ada orang tanya lagi.dan aku rasa..malasnya nak bercerita dari mula.dan pelik bila last last mereka berkata..tak apelah ecah..benda lama usah dikenang.dan aku konfius.siapa yang buat siapa terkenang ni woi! korang niii..its funneh kan? untuk orang yang cool relaks relaks macam aku ni.ok je la.i'm ok with that.

tahun ni tahun terakhir aku mengelamun dalam bilik kuliah.tahun terakhir aku menjawab exam kat examination hall.lepas ni tak ada dah nak mengelamun kat kerusi empuk didewan kuliah.lepas ni tak ada dah mengunyah chewing gum masa jawab exam! haha lepas ni dah pergi ber-internship dah sambil sibuk ber-final year project.oh aku benci tajuk fyp aku.i have no idea about my fyp! argh! stress.doakan aku berjaya buat fyp aku ni weh.really the cuaks u noe.adeh.

emosi pada tahun 2012 agak menyesakkan jiwa.sampai pernah rasa nak gila.haha tapi aku terima dengan apa adanya.ujian tu cabaran.ujian tu tanda tuhan sayangkan hambanya.dan tuhan takkan beri ujian yang melampaui kemampuan hambanya.kan kan kan? 

so kita pasrah dan redha je la.terima dengan hati terbuka.dan dugaan ini jugak actually buat kita jadi lebih kuat.so lepas ni kalau ada masalah masalah kita dapat atasi dengan mudah ibarat memetik jari sambil makan kacang! hahaha.

macam aku cakap.tahun ni banyak cabaran.baik mental, fizikal and spiritual.tahun ni banyak mengajar aku.mengajar untuk jadi kuat.tapii tahun ni jugak buat aku rasa super duper kemalasan tu.kemalasan tu ibarat virus cancer yang sudah pun menular ke tubuh badan ke setiap inci saraf.cheh.over.

dan mungkin azam 2013 aku adalah..no more lazinesss. 

aku tak tulis banyak pun pasal 2012 sebab yelah kan? tak menarik tak berwarna warni sangat lah~.huhu 

tahun 2013 bakal lebih mencabar dan maybe akan lebih bercorak corak.tak pasti corak ape.tu kena tunggu tahun depan punya ending cerita la.haha.tahun 2013 banyak kawan kawan yang kawin.so..banyak baju kena buat. :p *tibeee*

semoga aku berjaya grad mengikut jadual dan berjaya menamatkan fyp yang..aku rasa ...ouh speechless.  *b/music lagu ladygaga* =.=''

dan ape yang boleh aku katakan.ini adalah pengakhiran yang janggal.


ok.nite.
hug n kissesssssss.
xoxo! =D

p/s: ucapan kepada diri sendiri 
.
.
.
.
.

"selamat tahun baru cik aisyah! semoga tahun 2013 awak lebih bermakna! yahooo! " *tibee*



Dec 29, 2012

sindrom

Assalammualaikum!


semalam ada seorang kawan lelaki tanya aku.ape ciri ciri lelaki yang boleh aku rasakan..aku suka and berkata oh lelaki inilah!calon bakal suamiku! 

pertanyaan tu tak ada maksud apa apa pun.since kami ni kawan.so mungkin dia mintak pendapat atas dasar pandangan seorang perempuan.tapi pertanyaan tu buat aku berfikir terdiam dan mengelamun.

then aku jawab

"untuk dimata kita la kan..protective.and..solat 5 waktu and..entah."

actually aku tak ada mood nak cerita ciri ciri lelaki idaman ni.nak bagi pendapat perihal ciri ciri lelaki.oh lagilah.blank.i have no idea about that.so bagila idea yang ntah pape.tapi sebenarnya banyak jugak aku nak cakap.yelah.perempuan.mestilah dah ada imaginasi lelaki macam ni macam ni kan? tapi masa yang sama tak ada idea.malas nak bukak mulut and rasa pendapat aku tak penting and macam macam lagilah.

aku tak tau la.sejak beberapa menjak ni aku mengalami sindrom observe tingkah laku seseorang esspecially lelaki dengan terlalu terperinci.even little things pun aku amik kira.aku observe keseluruhan gaya cara and macam macam lagi.dan kemudian aku menjadi terlalu fussy terlalu banding beza dan terlalu terlalu macam macam lah.haih.

cara dia duduk, cara dia makan, cara dia cakap dengan waiter, cara dia cakap dengan aku, cara dia berjalan, cara dia drive, cara dia susun duit, cara dia pegang dompet, cara dia bangun lepas makan means tarik kerusi atau tak, cara dia jawab call, cara dia berfikir, cara dia berborak means point ape yang dia guna untuk berborak, cara dia communicate dengan orang.oh macam macam lagi.

macam tak logik kan? mesti rasa aku ni macam gila je.aku perhati dan aku buat kesimpulan sendiri.tapiii..selalunya aku tak terus buat conclusion pasal orang tu dihari pertama.kita observe lagi.next next and next.so dun wori.haha. =P

tapi kadang kadang first time jumpa pun aku dah reject dah.even tulah.benda remeh.

contoh 1

jalan jauh kehadapan.ok ini berlaku bila lepas makan.dari mamak contohnya nak ke kereta.bila dia jalan dulu dari aku.aku dah fikir kalau lah lelaki ni kawin dengan aku.lepas kawin nanti dia mesti tak tunggu aku dan biarkan aku jalan sesorang kat belakang.aku suka lelaki yang jalan seiringan dengan aku.haha.sebab aku tak rasa ditinggalkan.so REJECT!

contoh 2

makan tak habis.pada aku lelaki kena makan habis! tak elok makan tak habis ni.membazir.and aku malu sikit bila kua dengan orang yang makan tak habis.tak sopan.lebih lebih lagi lelaki.haha.lelaki kena makan habis! lelaki kan kuat makan.lelaki kan metabolism tinggi.jadi kena makan habis! =P so tak habis makan kita REJECT!

contoh 3

merokok.lelaki merokok.aku tak suka.sebab..posibility untuk dia berhenti adalah sangat sangat rendah.mungkin tak ada kot.aku kenal diri aku.diri aku tak reti nak paksa untuk buat benda yang dia tak suka.ghahaha.so aku tak nak risiko kan diri aku untuk terpaksa redha dengan pasangan perokok.aku tak reti nak ugut ugut.

'eh yu pilih! yu nak ai ke rokok! kalau yu pilih rokok! tinggalkan ai!'

cewahh! drama giteww.

haa.tapi yang ni ai tak reti.esok boleh la ai ugut ugut.2 3 hari kemudian dah pasrah dah.dah malas da.dah fed up dah.so..macam tu lah.dan aku tak nak risikokan kesihatan aku demi pasangan yang ketagihan merokok.anak anak aku nanti? macam mana? oh tak leh.bau dia lagi? ouh headache.actually aku malu gak kua ngan orang merokok.rasa macam kau merelakan je diri ko di..di bahayakan atau didedahkan dengan macam macam kesan yang memudaratkan kesihatan.so..perokok kita REJECT!

ni beberapa benda benda remeh yang..aku terlalu fikirkan.tapi merokok tu bukan hal remeh sebenarnya kan.serius kan? kan? kan? 

orang lelaki mesti menyampah je bila tahu aku observe dari a sampai z.tapi ni belum  z lagi ni.tak salah kan? ni hak kita la kan.cuma ni satu cara untuk kita kenal dengan siapa kita deal, dengan siapa kita bergaul and bla bla bla.aku bukan la nak yang terbaik or perfect ke apa.cuma..aku rasa ni sindrom remeh yang ntah hape hape.remeh gila.serius.dan..

tipulah bila tanya perempuan apa ciri ciri lelaki yang dia rasa nak buat lelaki dia tak tau kan? dan ciri yang aku nak..

ada la beberapa.

yang PALING penting 

pakai spek pls.

hikhik.gurau.

pakai spek tu bukan point remeh ke? haha

nak macam afgan.boleh? 



haha.

bila sindrom remeh ini tak diubati secepat mungkin.aku rasa ianya bakal memudaratkan diri ibarat sel kanser.haha.over.

p/s: sayang apa khabar dengan mu..? currently addict with this song! he! he! he!

Dec 28, 2012

Amidala


assalammualaikum!

ini adalah entri perihal seekor kucing bernama amidala.hakhak

meow meow *bunyik amidala*


amidala disini adalah bukan perihal watak puteri cantik dalam starwars tu tau.tapi..yelah.perihal seekor kucing.kucing yang...kelakar.

ok.mula mula tak letak pun nama dia amidala.kitaorang letak nama dia abu.selepas mesyuarat kecil kecilan.haha.over.sebab apa nama dia abu? sebab..dia kelabu.perjumpaan aku dan amidala berlaku masa..aku nak buang sampah.ada seekor kucing kat tangga.so dia nampak jinak dan comel dan cantik.so aku amik.amik ye.bukan curi.aku amik bawak balik.

kami ketagihan kucing.sebabkan permaisuri murka kalau bawak kucing ni.permaisuri disini adalah emak kitaorang.hakhak.so buat mesyuarat kecil lagi.kami decide untuk hantar ke baby sitter kucing untuk jagakan untuk ya..berbakti mungkin.so kami pilih...kawan adik aku.nama dia azmeer.so dia pun setuju maka jaga lah!

dipendekkan cerita.satu hari aku pergi ke rumah jiran.tiba tiba aku terpandang seekor kucing dalam rumah dia.

eh.macam ku kenal kucing ni.

tapi ai buat dono je la kan.pastu jiran aku ni pun perasan kot aku usha usha kucing dia.so dia tanpa malu pun cerita sejarah kedatangan kucing tu.menurut penceritaan beliau.kucing tu menangis nangis ditangga.lalu dia bagi makan.lalu kucing tu keep on datang lalu dia bela.

oooOOoo.

jiran: tapi kalau nak, acik boleh bagi.pandai kucing ni.dia berak kat toilet.

oooOOoo.

aku keep on recall.kucing ni...

dan tak lama kemudian my jiran hantar la kucing tersebut ke rumah aku.sejurus sampai ke rumah.adik aku.nama adi berkata:

adi : eh ni abu dulu kan?
aku : kan? kan? aku dah agak da!
adi  : dia ni yang kena halau dari rumah azmeer sebab berak dalam tong beras kan?
aku : watttt???!!!
adi : uyun tak citer eh? mak azmeer suh halau kucing ni.

bhahahah! what have you done amidala! berak di tong beras? siapakan yang mengajar awok.so rupanya jodoh kami kuat.eceh.dan kami menjaga amidala sehingga kini.amidala diberi selepas kami membubuh inai di muka dia.looks comel right? dot dot gitew.



amidala sangat sukakan teddy bear ayu.dia akan tepuk tepuk teddy tu kemudian tido disisi teddy.tapiii amidala sangat jeles.satu hari tu pernah dia moody sebab kitaorang bawak kucing betina yang baru kelahiran anaknya masuk rumah.konon nak bagi penjagaan yang rapi.tapii..seharian tu jugak amidala kua rumah dan asik moody jew.gedik.

kadang kadang aku panggil dia lala, ami, n paling sweet adalah baby.not babi ok.haha.oh lupa.amidala adalah betina.dia suka main teddy bear.suka ke? aku rasa macam more to jeles kepada teddy tu.sebab kami dok peluk teddy tu.so dia punya suka bukan main yang sweet sweet tu tau.ni yang versi WWF.sampai lunyai cheq punya teddy dia kerjakan. T-T



pagi semalam bawak amidala pergi klinik sebab dia muntah keluar caceng! euw.sepanjang dalam kereta tu dia asik menjerit jerit seperti kucing gilak.kami semua ketawakan dia dan takutkan dia dengan berkata kami nak pi buang dia jauh jauh sana.hahahaha.

satu kejadian memalukan telah menimpa daku tika nak parking kereta.aku telah melanggar o terlanggar sebuah pagar dan..diperhatikan seorang abang.hahahaha.lalu pagar tu telah kemek dan abang tersebut telah offer diri untuk iyelah.tolong park kan kereta.bahahahha! dan sekali abang tu pun pergi klinik tu untuk check up dia punya kuceng.adeh.malu ai.

=.=

berbalik kisah amidala.ok masa masuk bilik rawatan.amidala tak henti henti menjerit.hahahah.tak padan dengan kecik! bila dah kena inject lagilah.oh dia diberi 1 injection untuk kutu, cacing and kurap.hahaha.menjerit kuat gila! mak malu ada anak jerit kuat kuat ni! hahahaha

bila dah kua tu.semua orang pandang.tengok kuceng manakah yang melalak kuat sangat tuuuu.

mak cik : oh ni yang kucing garang sangat tuuuu..badan kecik..tapi garang..

hahahah.bukan garang mak cik.tu penakut sangat namanya! hahaha  malu ai. mujur dia tak cakar aku masa duk meroyan dalam tu tadi

so perjalanan pulang.dia sambung melalak dalam sangkar.

sampai rumah.sambung perangai macam kucing gila.carik gaduh dengan teddy dia.

oh amidala.

p/s: esok mencemar duli ke palam.oh examination examination it give a tensionnnn.  @_@

Dec 26, 2012

cerita lama

Assalammualaikum!




post kali ni dah sebulan aku rasa.tertangguh sebab.kekangan waktu and yelah.asik duk melayan perasaan je sejak dua menjak ni kan..huhu.cerita ni dah lama.dan dah lemau.hukhuk

4 disember yang lepas.seminar terakhir untuk kos environmental health and safety iaitu Environmental Impact Assessment. dengan tema yang..aku sendiri dah lupa.biasalah.short term memory person.

Environmental Impact Assessment adalah satu subjek yang tiada final.jadii..seminar ni semacam kayu ukur sikit la untuk kitaorang.secara ringkasnya.EIA adalah 1 prosedur yang dilakukan untuk evaluates potential impact to the land sebelum sesuatu projek itu dijalankan dikawasan itu.means that masa projek itu di-proposed.so kita cekidaut kawasan itu and kita recommends measure to mitigates and control those effects.

ok.

group aku group 2.gambar atas tu.masa seminar IHS yang dulu dulu tu.yang kitaorang menang no 1 tuu.hikhik.so untuk EIA ni kitaorang still together gether lah kan.kitaorang buat EIA dekat klang je.dekat.ada yang buat kat manjung, taiping, hulu langat..macam macam la.tapi alhamdulillah.kitaorang dapat site yang dekat.

untuk mendapatkan site untuk buat EIA ni.kitaorang kena cari EIA report untuk company tu.dapatkan report mudah je.pergilah kat library..yang buat susah tu..sebabkan kami ada 72 orang.so setiap orang ditugaskan untuk mencari 1 report.yang susahnya bila..ada yang tersama tajuk, kawasan.so kena gigih lagi pergi carik..cari senang.tapi malangnya tak boleh fotokopi.its sulit you know.so..tulah.

bila cabaran mencari EIA report dah setel..kita kena cari site untuk pergi buat audit pulak.ok kat sini..1 group ada 5 orang kan..so dalam 5 EIA report tu..kita pilih 1 kawasan untuk dijadikan tempat untuk buat audit.nah! cabaran sebenar bermula.

its not easy to do an auditing.banyak company reject bila dengar ayat audit.masa ni kredit telefon macam air.tapi bukan kredit aku la.masa ni kelima lima EIA report tu tiada guna.sebab..banyak reject.sebab tu la rupanya senior duk cakap..sediakan plan A B C D.ini maksud depa rupanya.

masa ni kita duk sibuk tanya group group lain.dapat site tak? da pergi ke? kat mana? urgh.macam macam lagi la.masa ni tiba tiba bilik report EIA tingkat 16 penuh.penuh sebab nak carik company lagi.sebab banyak reject.ada yang lagi seminggu nak present baru dapat buat auditing.kesian depa.

cabaran untuk group aku tak kurang hebatnya..berkali kali kitaorang buat surat untuk bagi company.naik turun lif tingkat 16 untuk dapatkan sign lecturer yang berkuasa.haha.mintak ijin maa..ada satu tu kita dah deal baik punya untuk datang company..pastu bila tinggal esok nak pergi.si polan tiba tiba reject.memang macam wat the fish la kan.cuma tulah.budak lelaki kan relaks relaks je.dengan tenang depa 2 orang ni pergi carik tempat lain..dan dapatlah.kat klang tu.sewage treatment plant kat bukit raja.huhu 

bila dah dapat tempat..kena buat jadual guna equipment pulak..masa ni kena berebut dengan group lain.kita ada 15 group.so..macam tulah.bukan aje berebut barang dengan budak EIA sendiri malahan *cewah ayat* kami terpaksa berebut alat dengan budak seminar Industrial Hygiene and Safety.ni junior punya seminar.sebabkan parameter sama.so alat yang guna pun sama.

oh cakap pasal parameter.untuk EIA kena cekidaut semua.Air, water, noise soil..bla bla bla.banyak lah.so tough sikit la EIA ni.berkampung kat site untuk buat measurement selain ikut standard dia.

untuk seminar ni..semua orang dinasihatkan menjadi ajk.so aku..dapatlah jadi ajk cikai cikai je.iaitu ajk sponsor and hadiah..so buat pertama kali jadi ajk.dapatlah aku feel bila nama biro ko naik masa post mortem.untuk tugas biro hadiah and sponsor ni.kami kena carik sponsor and beli hadiah.kitaorang hantar kat 6 company.1 pun tak dapat.so dapatlah cop tak buat keje dan..dapatlah jugak title buat keje last minit sebab lambat beli hadiah.

hakhakhak.

malas nak fikir sebab banyak sangat misunderstanding and miscommunication.mana ada orang nak caya butir butir yang keluar dari biro cikai ni..so..ai tak kisah yu.

susah la kerja dengan orang yang tak percaya kita.ini bukan isu kita buat kerja or tak.cepat lambat janji masa hari kejadian kerja setel and ape yang majlis tertinggi nak *konon* dah setel.pada aku once ko da jadi ketua.ko kena la percaya orang bawahan kau buat kerja.memang kau patut takut bila tengok tak ada progression.but then tanya la sebab apa tak ada.ni tak.terus buat tuduhan melulu.

pelik.

its ok then.tuhan tahu ape kita buat kan? bukan gaya aku untuk meluahkan perasaan masa post mortem.its not cool.really not cool.its call funneh.so so so funneh.

sebab tak penting isu yang remeh dibangkitkan.so kami biro cikai.buat tak tau je.sebab..malas.

oh ya! untuk EIA seminar ni kami kalah.tak menang dah,.group lain menang pulok.tapi ahli team aku.jibam dapat best presentor.i wish to become like him.always confident and always brilliant. dia genius yang sesat kot.hahaha.ja'at!

so..2012 bakal melabuhkan tirai.and aku nak jugak buat entri kesimpulan untuk 2012.tapi..tengoklah.huhu

eh kejap.aku tak bubuh nama kan? tak sebut nama kan? type A person? heh.

p/s study week dihabiskan dengan membaca novel hanoi jane.sungguh berani mati lu jah.






Dec 23, 2012

#Doa

#ingatan

“Someone will fall in love with you. Your flaws, scars, someone will. They’ll love you for you. They’ll know what you look like when you’re tired, happy, sad, angry. They’ll know what music you like, how you like your coffee. They’ll fall in love with you. No one else, just you. Maybe you haven’t found them yet, but there is someone out there wondering what you’re like. You’ll meet them, insyaAllah"

Dec 22, 2012

words hurt


Assalammualaikum.

bila dah hujung hujung tahun ni.macam macam hal pulak yang jadi.macam macam hal pulak yang mengganggu emosi.lebih lebih lagi bila masalah ini berkait rapat dengan perasaan kita atas perbuatan atau perilaku manusia lain.

but then aku try untuk chill out.kita relaks relaks je.kita buat tak kesah je lew.

tapi dalam tak kisah tak kisah aku.

aku punya perasaan woi.

cuma lately, ramai la pulak menguji kesabaran dan ketabahan aku.tapi tula.aku relaks relaks aje orangnya.mungkin disebabkan tengok aku ni relaks relaks aje.jadi mereka mereka ambil peluang ini untuk meneruskan agenda menghiris kalbu aku.tapi tula.muka aku ni memang tebal gila.tebal tak menunjukkan rasa.plain aje.dan hati aku ni.kebal gila.sebab tak menunjukkan emosi yang nyata.tapi itulah.relaks relaks aje tak bermaksud kau perlu uji perasaan aku sewenang wenangnya.

kadang kadang isu kemalasan aku pun nak heboh sangat.please la weh..mind your own business lah.aku memang pemalas.aku tak rajin pun.tapi kalau aku rajin gilaa pun.tak yah la jadi isu jugak.contoh pura pura terkejut beruk la ape la.terasa hina gila.aku sendiri pun tak terkejut dengan kerajinan tiba tiba aku.bila orang lain terkejut.

uh.over gila kot.

aku tak suka bila orang api apikan titik kelemahan aku kat orang lain.not cool la weh. really not cool.its  called annoying.annoying orange.hehe

aku bukan seorang yang lantang bersuara.cuma aku orang yang malas nak kata ape.dan diam tak bermaksud kalah.tapi..mengalah.


jadi jaga lah setiap perkataan yang tertutur dari mulut awok tu.awok kan dah besar.

okay.
hug n kisses
xoxo.

Jangan bubuh nama

pegangan aku--
kalau menulis--
biar sekadar konsepnya.

jangan bubuh nama.
jangan sebut sesiapa.
benci perbuatan--
bukan pelakunya.

janji aku--
kalau menulis--
biar yang benar2 sahaja.

jangan membohong.
jangan menipu.
kerana kebenaran--
hidup selama2nya.

dua prinsip ini--
adalah islam.
tidak memburuk nama--
tidak berkata dusta.

aku bukan pendakwah.
aku cuma penyebar cinta sesama manusia.
pengajak kebaikan sesama kita.
itu sahaja.

maka maaf pada kalian yang membenci setiap tulisan aku. aku tahu dan sedar diri--
fitrah aku yang masih bertatih pada tuhan ini agak tidak menyelesakan.

at the end of the day,
the truth IS the truth.
and at most of the times,
aku sebenarnya bermonolog dengan diri sendiri.

cuma dosa aku mungkin similar dengan lain2 manusia--
dan kalian2 merasakan aku membahasakan diri kamu semua.
mungkin--
sebenarnya somehow kita sama.

bagi aku--
qulil haq walau kaana murra.
berkatalah haq walau sesungguhnya ia pahit.

dosa aku pada tuhan--
dia paling memaafkan.
cumanya--
apa aku disempatkan.

sekarang--
jawab ini pula--
sanggup tunggu aku habis pertimbangan di mahsyar di antara berjuta2 manusia?

*pause*

haih.

*pause*

ingat.
jangan bubuh nama.

tulis yang benar sahaja.
- Fynn Jamal


p/s-kepada type A person sipolan bukan nama sebenar.ingat! jangan BUBUH nama jangan SEBUT nama.Sebenarnya somehow kita sama.heh.

Dec 18, 2012

#ingatan

‎"Be like a rubber ball, it will bounce back. Do not be like a dart, it will stick to the wall. When people hurt u, u don't have to stick it in your heart, like a dart does" - Dr. Subramaniam, 2012

Dec 14, 2012

1/2/34 hijrah



DOA PERMULAAN BULAN SAFAR (TERJEMAHANNYA)

“Aku berlindung dengan Allah dari kejahatan waktu ini dan penduduknya, dan aku berlindung dengan keagunganMU, Keagungan ZatMU dan Kesempurnaan Keagungan KesucianMU, agar menjauhkan diriku, kedua orang tuaku, anak-anakku, keluargaku, orang-orang yang aku sayangi dan sesiapa yang hatiku kasih kepadanya, dari keburukan tahun ini, dan selamatkanlah aku daripa
da kejahatan yang telah ENGKAU tetapkan dalam tahun ini dan jauhkanlah daripadaku keburukan bulan safar, wahai Allah Yang Mulia pandangan rahmatNYA dan tutuplah pada bulan dan saat ini dengan keselamatan, afiah dan kebahagiaan kepadaku kedua orang tuaku, anak-anakku dan sesiapa yang hatiku kasih kepadanya dan seluruh orang Islam”


Amin.

Ahlan Wasahlan bulan Safar ♥

Jeles

"I always fight with my boyfriend. We love each other but we fight all the time. I am such a drama queen, I cried and yelled at him, thousand million times but no matter what, he will always end the fight with a message "I love you so much. Ok. So cut all these nonsense." That makes us together for 5 years.''(A.M,2012)

ok.ni ayat aku cilok dari status kawan aku.ehem.sekali lagi operasi cilok mencilok berlaku dan ehem.aku rasa bersalah pulok cilok mencilok tanpa pengetahuan owner ni.hehe.awok ni ecahh..kalau kalau dia terjumpa ayat aku ni kat blog.maaf la ye.tak ada niat pape pong.

pape pun.i'm happy for my friends happines! =)

masalahnya.

aku jeles.seriously  i'm jelly ok! jelly! jelly! helly! eh helly? eh silap! jelly! hehe =P dan aku fikir.so sweet la kau ni gendotss.haha i dunbilivit! tapi terang bersuluh la aku cakap aku jeles kan? teruk ke eyh? ala bukan jeles ape pong.tapi jeleslah.jeles sebab fikir.oh bertuahnya badan! dapat pakwe seseorang yang sayangkan aku kau yang memahami kau yang jelas dengan apa adanya kau!eh ape ayat aku buat ni? betul ke?

pada aku.untuk kau bertahan selama 5 tahun adalah keajaiban.baguslah.masing masing memahami atau salah seorang memahami.atau salah seorang punyai kematangan yang bagus yang luar biasa dalam meng-handle masalah.ape bahasa rojak ni ecah..awok nii..teruk beteii.mampuih aku kalau puan mumtaz baca blog aku ni.hikhik.ok sambung.haa..kematangan.dalam isu gaduh gaduh ni.lelaki kena matang la kan.matang dalam mengawal emosi wanita.percaya atau tidak.bila aku baca status kawan aku ni.aku rasa macam happy gembira at the same time rasa macam tersentuh.

oh over ke aku?

its ok la.walau ko gaduh berjuta kali atau 150 juta kali.haha over.tapi masing masing still memahami dan salah seorang tidak berasa bosan dan masih setia menanti melayan mood swing yang menggila.lebih lebih lagi perempuan.yang memang mood asik nak menggila.haha.its ok.tapi masalah berlaku bila si lelaki dah bosan.dah malas dah tak faham.yezza.masa ni...harapan kau setinggi gunung yang nak kekal abadi tu.ditelan zaman je la.sebab apa tau.kalau perempuan bosan ke apa ke.apa apa la.peluang ko untuk bersama tu still ada lagi.tapiii...kalau lelaki dah kata bosan malas layan ke apa ke.aku rasa peluang tu tak ada.sebab perempuan ni hatinya lembut.selembut sutera gitew.lelaki tak.lelaki kalau kata tak suka memang dia tak suka.takkan patah balik punyalah wa cakap sama luuu! sedih kan? sob sob sob. T-T

perempuan biasalah.emosi.bak kata ustaz azhar idrus

"ketahuilah wahai lelaki, apabila kamu berkahwin bermakna kamu akan bersama makhluk yang tersangat hebat dan keras kepala"

haa...nampak tak nampak takkk...keras kepala tu.orang lelaki.u'olls kena memahami kami kaum hawa yang keras kepala ni.hikhik.dan untuk orang orang macam aku ni.dah la terputus.terluka.ter ter ter ape ape lagi lah.macam ni lah gayanya.jeles.and keep on asking.

kenapa kenapa kenapa mengapaa?

kenapa aku pun tak bertahan macam ni eyh? kenapa kami tak ada sefahaman macam ni eyh? kenapa beliau tak secool kawan aku dalam meng-handle masalah eyh? dia kan lelaki? kawan aku ni pun lelaki? dan bermacam lagi lah.nampak tak kat situ aku macam salahkan pihak sana? haha.no komenn. =P dan macam macam lagi lah pertanyaan yang bermain dimindaku.keep on bertanya bertanya dan bertanya hinggakan lupa soal jodoh.kalau secara warasnya.aku suppose terima dengan redha.fikir ini takdir-Nya.dan..ayat ini meredakan aku sedikitt laa kott.

"when Allah takes something/someone you want/love.HE will always replace it with the one you will need much better.Hold on.the time will come."

masalah sekarang bagi aku.tak ada sape sape yang lebih baik.

dan sekali lagi aku terfikir soal 5 tahun.ko bertuah A.M dan aku sentiasa mendoakan kebahagiaan dua orang kawan aku ni.haha.dan aku yakin si gendut takkan lukakan hati ko.takkan sia sia kan ko.walaupun perangai dia kat aku macam hantu.gigi pun macam hantu.ops.tapi hati dia baik maaaa.dan apa yang membezakan dia dengan orang lain adalah kematangan.yezza.aku pernah cakap kat kawan aku.kesetiaan memerlukan kematangan.hahaha.aku rasa tu lah kata kata nasihat aku yang agak matang untuk dikongsikan.lolz.

ouh tidak.aku stress.

kepada si gendot.cepat cepatlah ko pinang A.M dengan bismillah.he!he!he!

ouh tidak.jeles lagi.headache.aigoOo.

nite. =.=

#dear papa S, semakin hari saya telah mengaplikasi penggunaan he!he!he! dengan jayanya.he!he!he! =P

Dec 13, 2012

#ingatan

"Jika kita tidak dapat apa yang kita suka, maka langkah terbaik adalah suka dengan apa yang kita dapat..itulah syukur namanya"

-Ustaz Pahrol Mohd Juoi-

blue jeans white shirt



Big dreams, gangster
Said you had to leave to start your life over
I was like, ''no please, stay here,
We don't need no money we can make it all work.''
But he headed out on sunday, said he'd come home monday
I stayed up waitin', anticipatin', and pacin'
But he was chasing paper
''Caught up in the game'' - that was the last I heard

okay lagu ni.aku suka.sedap.suara pun WOW.lana del rey tak mengecewakan aku.oh aku kena praktis nyanyi lagu ni untuk aktiviti karok.ehehe.

Dec 8, 2012

8 hari



Detik detik terakhir bersama-sama rakan-rakan seperjuangan. It's getting awkward. There's a time when I try to avoid talking to some of them. It has started. But there's also time when I feel I wanna spend the whole day talking, mambling, walking together, eating together or just sit side by side with no conversation at all with some of them. But I didn't say it directly. Hmm. It's sad. Trully sad. (HATA,2012)

#ayat cilok dari fb haris.kikiki

Assalammualaikum semua.

bermula dari semalam kelmarin kami semua sudah menyedari yang masa yang tinggal asalnya 2 minggu rupa rupanya hanya berbaki 8 hari saja.tolak cuti sana cuti sini.so 8 hari saje! untuk kitaorang lepaks lepaks sama sama bergurau senda sama sama bermaki hamun sama sama.hehe.

hati dah mula berat dah.mula mula rasa tak sabar kan.tapi bila EIA seminar dah habis.baru sedar.

"eyh! dah nak study week la! "
"eyh! dah nak final la! "
"ya allah! keje ai banyak tak siap lagi la!"
"eyh! mana nak cari orang buatkan assignment ni eyh! "*ok ni tipu*

aku rasa macam baru je duduk kat kerusi bilik kuliah menikmati semester tiga yang super disaster untuk aku tapi rupa rupanya aku dah tahun akhir dah woi! dah jadi senior dah! akak senior dah nak pi merantau untuk internship dah woi! hehehe.

jujur aku cakap.memula aku rasa.oh cepatlah habis.ai dah tak tahan dah ni.tak tahan nak pegang duit dah ni.nak keje jugak dah ni.nak graduate macam kawan kawan lain jugak! tapi bila dah betul betul tinggal 8 hari ni.baru rasa..lepas ni dapat ke lepak sama sama lagi? dapat ke gosip gosip lagi? dapat ke lepas makan doyan lagi? ah macam macam la kat kepala aku.even simple thing pun ai dah sedih.macam ala lepas ni tak duduk kat bilik kuliah dah.dah tak dengar papa S membebel kat depan.hahaha oh kenangan sungguh! 

betulla.bila kita rasa secure kita rasa kawan kawan ada kita tak hargai sangat masa masa bersama.tahan gaduh tahan merajuk lama lama.hahaha sungguh budak budak kan? tapi sekarang mana mana pergi bawak kamera! setiap saat adalah kenangan! silap silap pergi pasar sama sama pun amik gambo.buang tebiat ke budok budok ini.

pengalaman semester ni yang aku ingat and rasa kelakar ape dia eh? hurmmm.oh ya! besday celebrations! semester ni banyak besday celebrations kami sambut.kecil kecilan je.tapi meriah dan tak sangka mengeratkan hubungan kami.cecewahh.hehe.and one more thing masa aku heart broken dulu.hahaha.malu pulak bila ingat.ada ke aku pergi menangis masa kursus ERP dulu.menangis baik punya teresak tersedu.adoi.haha cuak gila kot kawan kawan semua.biasalah.kawan menangis tiba tiba kan? sape tak gelabah.dah million thanks kepada kawan kawan yang tak putus putus menceriakan hari hari aku.bagi aku harapan konon orang sana akan kembali walaupun aku sendiri tau tu semua adalah tak mungkin.hahaha.
dan yang tak boleh belah bila aku dengan ina merajuk dengan haris berminggu minggu.ok ini sungguh kebudak budakan okay.haha.tak nak kawan la bagai.padahal umur dah 23 tahun! hahaha =D

sekarang ni rasa hubungan dengan kawan kawan makin rapat.bergurau pun makin galak.oh serius! aku akan merindui saat saat ini.hehe =)

Dec 7, 2012

2 minggu

lagi dua minggu nak study week.
lagi dua minggu nak habis kuliah.
lagi dua minggu je ada untuk duduk sebelah  kawan kawan dalam bilik kuliah.
lagi dua minggu je nak dengar celoteh lecturer yang macam seorang typical malay mom.
hehe.

dan aku akan merindui saat saat ini.of kos lah kan.

2 minggu lagi.jadi aku nak nikmati saat saat terakhir ini dengan kawan kawan yang aku hargai. =)

2 minggu lagi.

Nov 18, 2012

#sekolah



cikgu : kenapa subjek sejarah kamu tak boleh score? 
murid : mak saya cakap benda dah lepas tak usahlah dikenang.

+_+ budak budak zaman sekarangggg.tabahlah para guru! huhu 

Nov 15, 2012

yesterday



Yesterday 
All my troubles seemed so far away
Now it looks as though they're here to stay
Oh, I believe in yesterday

Suddenly I'm not half the man I used to be
There's a shadow hanging over me
Oh, yesterday came suddenly

Why she had to go
I don't know she wouldn't say
I said something wrong 
Now I long for yesterday

Yesterday love was such an easy game to play 
Now I need a place to hide away
Oh, I believe in yesterday

hmmmm hmmm hmmmm

Oct 29, 2012

#keluhan



kalau berkahwin.mestila kita nak kawin dengan orang yang kita sayang.orang yang kita memang jatuh cinta pada dia kan.tapi kalau benda tu tak jadi kenyataan.kuat ke kita nak tempuh semua ni.ada masa kita terkenang.then kita rasa sesak nafas.kita mula fikir.tempat kita bakal orang lain duduk.and suppose kita yang macam ni.kita yang macam tu.tapi tak ada.tak jadi kenyataan pun.untuk terima ni sebagai kenyataan.sangatlah susah.and kita akan terus terus terus menangis.menangis sebab apa yang kita mahukan.tidak jadi kenyataan.dan kita terpaksa menerima kenyataan bahawa semua ni benar benar berlaku.bukan mimpi.bukan fantasi.bukan gaduh biasa.dan menjadi lebih tertekan.bila kita dapat tahu yang dia boleh move on dengan baik.dan kita pasti dan sangat pasti.tiada lagi jalan untuk kembali bersama.tiada.dan sekarang satu soalan.bagaimana cara mampu untuk terima kenyataan?

#keluhan berat.

Jalan

Assalammualaikum.

hari ni aku nak menulis pasal jalan.aku memiliki satu kelemahan yang sangat jelas dan ternyata teruk gila.aku gagal ingat jalan walaupun 100 kali jalan tempat yang sama dan seterusnya akan membawa kepada situasi sesat.sesat jalan.dan kalau bukan aku yang drive.akan membawa kepada ke-stress-an kepada pemandu tersebut.hehe aku tak pasti ini penyakit apa.tapi aku rasa ramai yang mengalami penyakit ni.tapi yang pasti aku ni teruk gila.dan aku tak layak untuk jadi co-driver.lol.

ok sebagai contoh.nak pergi kl dari shah alam.

aku: ina, kita pernah lalu jalan ni ke?
ina: iye ecah.memang selalu kita lalu sini untuk ke kl.
aku: kenapa aku macam tak pernah jumpa je jalan ni eh? macam tak pernah lalu.
ina: =.=

kalau balik dari puncak alam nak ke kajang.tu tak payah tanya la kan.aku memang keliru.aku konfius.aku tak ingat.simpang simpang semua aku tak ingat.aku sendiri tak tau apa aku buat kalau duduk kat kerusi sebelah driver tu.berangan ke? hahaha.kadang kadang cuba untuk  ingat.dah ok ok dah.last last.hampeh.

cuti cuti ni.aku jadi driver untuk mak aku.so pagi tu aku anta mak aku g keje dengan adik aku yang bongsu berusia 6 tahun.nama dia syira.pagi tu tak ada masalah la kan? sebab mak aku ada.masalah mula melanda bila nak jemput mak aku.aku cuak.aku tak ingat simpang mana.

aku: syira, simpang mana eh?
syira: ..........

then aku masuk je la mana mana simpang.

aku: ya allah syira, ni salah ni.kat mana dah ni.adeh adeh.
syira:..........
aku: salah salah.kena patah balik ni.adeh adeh.aaaaa.habislah. *cuak gila*
syira:........

lepas tu buat pusingan drift untuk patah balik.pastu dah jumpa simpang yang betul la kot.

aku: syira ni ke simpang dia?
syira: ntah..
aku: kat mana kita ni syira? aaaaa.tak ingat tak ingat.
syira: betul kot kak ecah.tadi ada pintu ni.
aku: yeke? yeke? akak tak pernah jumpa pun tempat ni.
syira: ..........

memang hebat la aku ni kan.tanya budak 6 tahun pasal jalan jalan ni.hampeh! kadang kadang masalah aku ni.bukan kat tengah jalan besar.malah berlaku bila drive kat taman sendiri.ini sangat kritikal.

aku: ohmaigod.jalan tutup pulak.masuk simpang sini boleh tak syira?
syira: ......
aku: eh eh.kita kat mana ni? akak tak pernah nampak pun rumah rumah ni.
syira: ha..?
aku: aish.ni yang malas ni kalau tutup tutup jalan ni.aaaaa.tak ingat tak ingattttt.
syira: ..........
aku: tenang tenang.kita sesat syira.habislahhh.
syira:......

dan beberapa minit kemudian.nampak 1 jalan yang biasa aku lalu.yayyyy.

aku tak pasti.kalau aku ada gps sekalipun.aku tak pasti mampu ke nak guna.silap silap balik kedai pun kena pakai gps.ini teruk! banyak lagi situasi yang lagi dasyat dari ni.kadang kadang orang pun pelik.aku lagi pelik.hahaha.untuk orang macam aku ni.minyak kete memang kena always full.

yang paling dasyat bila balik kajang dari shah alam.konon nak tunjuk hebat.potong jem kat shah alam.sekali ntah mana mana masuk.pastu terus masuk kl.untuk bakal suami.siap sedia la awak dengan kekalutan saya.hahaha.jangan belikan gps untuk hantaran.ini memalukan! hahaha 

Sep 18, 2012

semester 7


Assalammualaikum.

hari ni dah masuk minggu ke 2 semester 7 bermula.dah jadi senior aku ni rupanya.huhu.jadual kat atas tu macam heaven je untuk semester ni.tapi tak tau lagi lah heaven ke tak heaven.huhu.semester ni aku last ada kelas teori.next semester dah mula untuk praktikal.yayyy.tak sabarr.huhu.semester ni ada 4 subjek je.tapi agak menyesakkan dan merisaukan.sebab ada fyp proposal.arghhhhh.i have no idea about that things! tak boleh kata tak nak fikir.sebab memang kena fikir.wuwuwu.

subjek untuk semester ni aku ada...EIA.environement impact assessment.rasa rasa untuk subjek ni tak ada final.but then ada seminar.huargh~.pastu ada pollution control.subjek ni nampak macam interesting.pastu ada disease control.haa..yang ni lecturer feveret aku ajar.harap harap boleh score la paper ni.last sekali subjek technology entrepreneurship.subjek ni berkaitan bisnes bisnes sikit.t ada small projek dimana kami kena present satu product yang related dgn kos kitaorg then promote kan untuk dijual.hahaha.macam tu la kot.

untuk minggu pertama hari tu.tak busy lagi.untuk minggu ni.tak mungkin.tapi percayalah.aku dah kira kira hari untuk next cuti.cuti raya haji.huhu.

semester ni aku tak keseorangan dipalam.tapi aku ditemani adik aku.haaa.adik aku dapat sambung kat UiTM Puncak Alam.tapi tak sama fakulti la.dia fakulti bisnes.amik kos bisnes transpot.sempat la aku buat research sikit pasal kos ni.sebab mula mula aku sendiri pun tak tau.tanya tanya kawan untuk mendapatkan gambaran yang jelas.so that aku tau nak cerita cemana if pak cik mak cik tanya.

ok yang aku tau pasal kos ni..dia ada 2 cabang.public transpot dengan logistik.public tu macam kat ktm, lrt, rapid kl.macam tu laa...tapi untuk logistik.bahagian pengangkutan untuk hantar barang ke ape ke.macam tu la.bahagian logistik ni.ada kat mana mana.so peluang cerah jugak la nak dapat kerja tu.haha.ni secara ringkas la yang aku boleh jelaskan.tq kepada nad.sebab menolong I untuk faham dengan lebih lanjut pasal kos ni.hehe

bila ada adik yang dah belajar ke peringkat degree ni.aku menjadi selalu risau dengan adik aku.haha.over je.dah ada tanda tanda menjadi ibu yang baik ni.cewahh.kalau adik adik aku exam.akulah orang yang paling cuakk sekali selepas mak aku.barang barang stationary.aku sendiri belikan.aku sendiri sediakan.sebab risau.kadang kadang entah apa apa pensel je budak budak ni pakai.

ni dah ada adik yang setempat degree ngan aku.aku jadi lagi risau.risau dia main main.risau boleh ke dia ngan kos ni.risau dia kena kacau kacau ke.aish.banyak lagi la.hahaha.aku memang harap yang adik aku akan masuk puncak alam.sebab nak tengok dia cemana then pape aku leh je la datang.kalau tak busy.hikhik.

akhir kata.cewah.aku harap semester 7 akan bawa sinarr untuk diri aku.huhu InsyaAllah.. =)

Sep 7, 2012

raya raya raya!

Assalammualaikum!

rasanya tak lambat lagi kan nak ucap selamat hari raya! huhu selamat hari raya semuaaaaaaaa.rasa
lambat pulak nak update entri raya.haha. tahun ni ma familia beraya kat dua dua belah.belah mak and belah ayah.kira raya sakan tak sakan sangat la.haha.

okay raya pertama tu kat kajang dulu.makan makan.kunyah kunyah rehat rehat.baru gerak.dalam kul 12 tu gerak pergi rumah wak minah.rumah akak mak aku.sebabkan anak anak yang masih bekerja walaupun pada hari raya pertama so mak cik aku tak dapat la balik awal macam biasa.

dah gelak gelak makan makan sampai kembang pelut.kitorg gerak ke pasir panjang.aku menjadi driver kali ni.risau jugak edeng ha nak drive ke sana.tapi drive je la.syok sendiri.haha.aku memang bermasalah.walaupun dah jalan ke jalan yang sama beribu ribu lemon banyak kali.but then aku still lupa dan tak ingat langsung.seolah olah inilah kali pertama aku masuk jalan tu.menakutkan.

tula yang terjadi masa aku lalu highway skve.aku dah ulang alik jalan tu dari palam kajang palam kajang.tapi hari malang tu.aku terlepas simpang yang biasa aku masuk dan secara terus nya aku menuju ke klang! gila betul! memang masak la kaki aku drive manual sampai ke klang! masuk klang dah sampai mana mana dah patah balik meru.masuk latar.sampai kampung aku.kat kuala selangor ngan tanjung karang tu dah jem! demm! sakit hati akuuuu.tapi sabar je la.relaks2.belakang dah memang nak patah dah.tapi driver tegar yang tak kenal putus asa.aku teruskan jugak.oh ya.kat latar tu hujan lebat gila gila! yang versi tak nampak punya.cuak gila aku.nasib ada perhentian.rehat la sat.kunyah kok luuu.haha *ok gurau*

kampung ayah aku ni aku tak minat sangat jalan dia.bukan tak minat apa.scary gila.banyak kot eksiden kat kawasan tu.tau sangat! so nak masuk kampung ayah aku.kena lintas.means masuk simpang la.then nak beraya pulak.kampung sedara mara kat jalan seberang.adoi.cuak lagi aku hah.kereta macam kilat je bawak.laju nak mampuih.nak masuk simpang risau tak sempat dah kena langgar.gila betul.tawakal je masa tu.haha alhamdulillah.aku berjaya melintas dengan selamat.scary gila.

cukuplah 2 hari kat kampung ayah aku.kami terus berangkat ke bukit gambir pada petang raya ke 3.pasir panjang - kajang - bukit gambir.balik bukit gambir aku tukar bawak auto.x larat edeng ha.pastu ada eksiden yang menakutkan terjadi semasa di seremban.tengah drive sambil borak2 syok sendiri semua tiba2 ada kereta kuar simpang then langgar kete aku.tapi aku takutn.dan terus lari bawak laju2.dah jauh tu baru aku sedar.hey! nape aku lari! bukan aku yang salah! gila! tapi masa tu kete toyota vios putih dah hon aku dah.aku takut.lari je.lantak ah.hahahaha pastu kat r&r aku check.fuh nasib x kemek ke ape.cuma calar sikit. =P lain kali jangan borak gila gila kat masa drive ok.

tahun ni tahun kesedihan untuk kami sedara mara dijohor and selangor sebab belah ayah aku.datuk aku meninggal bulan 4 hari tu.belah mak aku nenek aku meninggal bulan 6 hari tu.so belah mak aku macam suram sikit la.sebab atuk dan nenek dah tak ada.so kami sedara mara je la.rumah besar tu tak ada oranggg.and sedih sayu je masuk rumah tu.

raya keempat konvoi ke batu pahat.jauh.dan aku penat.raya ni aku jadi driver tak bertauliah.hebat gak aku ni.haha.syok wow drive.pastu dah ptg sikit rasa malas nak drive.suh sedara aku drive.so kami naik kete anak anak muda.hahaha.diberi amaran drive 60km/jam je.chet.memang tak la kan.haha =P

so ada la beberapa gambar yang nak share sikit.haha sikit je la.aku ni memang pemalas nak upload gambar.hehe


ok ni anak buah aku.zaim n zalika.mak dia yang belah kiri tu.ina.haha masih cun macam zaman muda2 dia.haha


oh ni atuk 20sen.sebab masa kitaorg kecik kecik.dia bagi duit raya 20sen je


ni kat rumah cik mail.batu pahat.kat parit raja.aku ada sedara muka macam lisa surihani rupanya.aku baru tersedar.tapi dia dah sedar lama.chet! tapi aku panggil lisa surihano.haha


ok yang bertudung tu adik aku.syira.kalau rasa nak kenakan dia.aku panggil cik yah.dia sangat tak sukakan nama tu.haha saya bersama cik yah dan zalika! haha


semua posing kiut2.haha


3 dara pingitan.kami bergambar ikut turutan nombor.haha jurukamera adalah cik yah.sorang lelaki tiada dalam gambar.adik aku.adi.dia kejew.sian dia.raya raya pun kena keje.


ok! terima kasih sudi baca!

Aug 15, 2012

pandangan seorang teman

assalammualaikum.

entri ke 2 untuk hari yang bahagia hari ni.huhu bahagia aku menulis kan.tapi kali ni entri serius sikit.
aku tak tau nak mula macam mana.mungkin entri ni agak berterabur sebab aku pun tak tau ape aku lalutkan.sape sape ada masalah cinta? okay aku bukan pakar cinta.dan aku jugak selalu ditimpa masalah bab cinta ni.macam manusia biasa.haha

ehem ehem.pernah tak kita bercinta ada satu situasi dimana lelaki tu layan macam hampeh je.kalau tak ada.baguslah.anda insan bertuah.sesetengah lelaki ni.bila diaorang berada dalam comfort zone.diaorang dah ada kawan yang ramai.nak ape yang diaorang tak ada.diaorang akan tak amik kisah pasal kita.selalu lupa every single things about kita.contoh macam asik tanya sem bila u habis? lagi berapa sem habis? lepas tu lupa nak jaga perasaan kita.dia tau kita tak suka dia mcm ni mcm tu.tapi dia buat jugakk.alah.lelaki memang mudah lupa.

bila dah duduk dalam confort  comfort zone ni.dia rasa selamat.dia rasa kita tak akan tinggalkan dia.itu bagus.dia percaya.tapi at the same time.dia tak kisahkan kita.dia sakitkan hati kita.dia tak sedar.dia rasa."oh tak apa.tak mungkin si kiah *bukan nama sebenar* ni nak tinggalkan aku.huhu.oh tak pe.si kiah bukan nama sebenar tak kisah~ lalalalal~ senang gila hati dia kan!

selalunya bila berada dalam situasi ni.perempuan akan merana lebih.biasalah.perempuan jiwa lembut.emosi kita akan lebih terganggu.lelaki tak faham tu.dan kita sangat optimis.optimis yang menjengkelkan kita fikir dia berubah.tapi sedar lah.jangan terlalu positif dengan dia.ada sesetengah lelaki yang nak enjoy je...huhu

kalau kita sayang lelaki macam ni.mula mula kita diskus dulu.tanya dia ape yang dia nak dalam hidup.tanya ape dia nak dalam relationship kita.tanya dan tanya.baiki dan baiki apa yang boleh dibaiki..bincang dulu.mana salah kau.kau betulkan,tapi jangan ubah diri kau untuk dia.tu tak berjaya.ubah yang mana patut ubah.perbaiki diri.sebab kadang kadang kita rasa kita dah terbaik habis dah bagi tapi dimata dia.mungkin ada yang dia tak suka kat kita.mana tau kan? 

tapiiii...

bila tak ada perubahan.tak ada jalan.kita angkat kaki.kadang kadang salah seorang perlu mengalah.bukan sebab kita tak sayang dia kan.tapi kita nak ajar dia.jangan just tau sakitkan hati kita.untuk perempuan.kita la kesian.tak kan kita nak buang masa menunggu menunggu orang yang tak tau flow hidup dia.baik kita carik orang lain yang bermatlamat macam kita.masa ni kita serah pada jodoh.kalau tuhan ciptakan dia untuk kita.mungkin kita akan jumpa dia.masa ni kita kena kuat.sebab selalu perempuan akan sakit lebih.kena tabah.hidup kita simple je.yes and no.kalau nak berubah.just do it.tapi tu susah sikit.kena tabah.jadi.kita kena tabah.cewah! aku dah macam ahli politik bagi ceramah untuk mengundi.kahkah.yang part tu susah.mungkin kita boleh gunakan orang ketiga.means carik pengganti.tapi no no no.untuk tempoh kita angkat kaki tu.better carik kawan dulu.untuk mesej melupakan.kalau terus cari pengganti.kesian pengganti tu.untuk tabah.kita percaya pada jodoh.aku pun percaya pada jodoh.

entri ni macam untuk mereka yang sedang patah hati je.sebab aku baru balik dari rumah kawan sebenarnya.so banyak yang kami bincangkan.biasalah perempuan kalau jumpa.suka bincang pasal lelaki.hahahaha.ke kitaorang je? ah tak kisah la.so ni la input yang aku dapat hasil perbincangan tadi.ni pun peringatan untuk aku jugak.mana tau masa aku pun akan tiba untuk rasa down gila.loser gila sebabkan lelaki ni.ni just pandangan je.aku mintak maaf kalau ada yang salah ke apa.haha.pandangan orang lain lain kan.

tapi macam mana untuk mereka yang ditimpa masalah macam...pakwe dia kapel ngan dia..tapi at the same time..dia nak kat orang lain..ok senang cerita.dia nak kat orang lain tapi terpaksa kapel ngan kau.untuk masalah ni.aku lost.mungkin kena bertemu pakar.sentap kan.patah seribu hatiku kalau aku dalam situasi ni.hurm.why haa? why.

aku menulis bukan nak menunjukkan aku seorang yang tabah dan boleh buat apa yang aku tulis dengan senangnya.tak tak.aku bukan macam tu.penulisan ni ibarat peringatan kepada aku jugak.pandangan kawan aku.aku terjemahkan dalam bentuk penulisan.aku harap semua ni dapat membantu.aku manusia jugak.pernah rasa dikhianati.tertipu dengan janji kosong lelaki.dan kadang kadang buat aku sendiri terfikir.kenapa aku rasa perasaan ni.kalau aku tahu teruknya rasa ni.aku takkan sesekali melangkahkan kaki aku untuk perasaan ni.cinta.sekarang rasa muntah nak sebut.sebab aku rasa tipu je semua tu.huhu.mula mula bahagia la.lama lama...entahlah.

*senyum sinis*

aku pun macam kawan kawan lain.nak jumpa lelaki yang membahagiakan, melindungi.aku bukan perempuan yang sempurna.aku introvet.kaum lelaki tak suka aku ni.aku bukanlah seorang yang independent.aku jugak tak peramah dan aku kekok dengan orang.kata kata ni buat ingatan untuk aku.aku tau.lelaki nak perempuan yang sempurna.huhu.dan aku memang tak layak untuk itu.

huhu.tapi entahlah.aku harap aku boleh baiki diri aku.aku harap aku tak jadi selemah hari ini untuk hari akan datang.aku harap aku dapat lupakan rasa dikhianati tu macam mana.rasa ditipu tu macam mana.tak mampu untuk aku ingat.

kesian kan perempuan.wahai lelaki, jadilah lelaki yang melindungi bukan lelaki yang mempergunakan.kasihanilah hati kami ini.

dengarkan lagu malique teman pengganti pun dah cukup buat aku sesak nafas.haih.teruknya.malique.awak tak patut buat lirik macam tu.i hate that song so much.sorry.

ehem,aku memang gemar post entri tanpa check balik.maka sangat banyaklah typo.duhhh