Pages

Aug 28, 2014

Job baru.

hai.
selamat malam.

aku menaip dihadapan nasi goreng biasa bungkus bertelur mata disertai dengan se jug teh o panas. cawan kosong. tv2 yang bercerita hindustan yang aku tak tau tajuk apa. dipasang dengan kuat. diruang tamu. lampu bilik yang dibiarkan terbukak beserta kipas siling yang berputar dengan kelajuan 5 *kot* 

alone. 

jap lagi aku tutup kipas bilik. tapi lampu tu tak yah ah. #takut. 

esok bermula tugas aku selama sebulan lebih kot sebagai penjaga 3 orang sedara aku. dimana hari ini. ya malam ni. tengah aku menaip ni. pak cik and mak cik aku berangkat ke kelana jaya tabung haji untuk menunaikan haji. aku tak dapat join sebab keje kat tempat tuisyen. nak cuti tak leh. *atau tak nak* sebab minggu last bulan 8. aku kena setel banyak benda. sooo...

ahad lepas adalah hari terakhir aku jumpa pak cik and mak cik aku. 

okay. tugas aku ya. oh so selama sebulan ++ kot aku akan berada dibangi. kalau aku rajin aku akan update setiap hari peristiwa aneh pelik mengagumkan yang berlaku pada hari itu la. aku rasa.

aku cakap kat sedara aku ain. hari hari kena ada selfie. hari pertama sampailah hari terakhir. okay tu macam poyo plus jakun sangat kan. 

hekhekhek. 

tugas aku. aceli agak mendebarkan la. aku rasa la. aku kena bagi duit belanja dorang. untuk yang kecik. harian punya. yang besar. aku leh bagi seminggu terus. kira bab duit aku pegang. belanja makan. jenjalan. *kalau ada* and if sekolah mintak duit. 

peh. ayah ayah sangat tugas ni. 

so nak tau tak. aku ni x pernah la sedetail nak kira duit. tapi bila dah diamanahkan jaga duit. kemain aku kira belanja sehari bape. duit makan semua tu la.

bhahaha. poyo la. 

masak. aku bagi kakak aku. mihmihmih. aku bukan tak pandai masak. *yeke?* cuma aku riso tak sedap. so tak ada orang nak makan. atau komplen cakap. 

wey. ko ni masak main main kan. 

*alasan klise*

so aku terus tujukan tangan aku bab masak ke akak aku. ya aku dengan akak aku la jaga mereka. sorang tak pek aaaa. 

aku risau. aku bangun lambat. sebab aku selalu terlambat bangun. so mujur ada kakak aku. oh nebes tau x. nak betulkan kitar tido aku. aku risau hari hari aku mengamuk kat tempat tuisyen sebab ada parents datang amik adik/anak dia lambat so melambatkan aku untuk ke bangi pada malam itu. seperti yang pernah aku mengamukkan ditwitter sehingga ditegur katak dengan ungkapan. bergegar laut ke bergelora ntah bila obor obor marah. 

=.=

so pasni balik keje terus ke bangi. auditor dikabarkan akan datang audit every weekend. *pak cik mak cik ayah mak aku* 

sooooo. kena get ready la jumaat tu. 

dorang kena tido awal. tu no prob. sebab akak aku tido awal. aku pun tido awal. *yeke*

incase aku tak larat nak layan channel 393 la.

ahad kena hantar sedara aku pegi tuisyen. anta jam 8.30 *oh paginya :(* dan balik jam 5 petang. 

so kepada mereka nak ajak dating atau minum kopi. kena faham la jadual aku sepanjang beberapa minggu ni. hari ahad boleh dating dan minum kopi tapi kena balik before 5 atau lagi awal. atau tak payah la dating/minum kopi hari ahad. 

=P

so ni macam internship la. bhahaha. boleh tak pk macam ni. sebelum nak berumahtangga. aku bertuah sikit. ada intern. so bagus bagus. boleh masuk kat resume. bhahahaha. 

kira aku ada la pengalaman dapat duit pastu nak bagi kat anak anak. so t boleh la membebel kat suami kalau dia bagi macam salah je. bhahahahah. kuaja aaa. ini kuaja. 

ok gurau. bakal suami jangan takut ye. ai baik orangnya. 

lol

ah tak payah nak citer pasal kawin sangat la. rimas tau tak rimas. cewah. ayat macam kenal je ayat sape ni. tak suka sape suh layan. atau layan je la. tapi ntah. pepandai ko la. 

#marahbetei

aku demam ni. so aku macam nak MC la esok. tak nak ah. tak MC. tapi nak keje dengan lembik. nak dapatkan empathy orang ramai terutama en midrun so dat dia tak push aku pape.lol. pastu nak mekap pucat sikit. bagi pak guard neves. 

dan dan je pak guard neves. 

tadi besday cikgu mumtaz. aku ucapkan beliau. 

oh cikgu. hari ni besday cikgu kan? so happy besday ya. 

lol. so cikgu mintak hadiah. aku bagi dia sepotong kek. aceli tu kek budak tahun enam yang last hari ni. sebab ada budak bawak. so aku bagi la cikgu. kekeke sweet tak? 

cikgu doakan aku cepat dapat jodoh. ngehngeh and makin kiut. lol. 

aku doakan apa ya? adalah. mana leh gtau. 

so aku malam ni sesorang. agak menakutkan. sikit. aku maca tak pernah tinggal sorang. #seriustalk . sebab aku penakut. #seriustalk

aku ditemani 4 ekor kucing yang tak membantu apa apa. tau main pastu kejar kejar sampai macam macam bunyi keluar pastu mendebarkan hati aku. ni belum tahap aku jerit lagi. jerit hoi hoi je. jerit kat kucing. pastu dorang pandang aku kelip kelip. ouh. sakitnya hati. 

so aku nak sambung makan nasi goreng bertelur mata pastu tido kot. harap esok bangun pagi. sebab aku kena ke bangi. 

#PrayForEcahEp3 *kot* 

dah banyak episod sangat. aku rasa yang ketiga kot. untuk event macam besar ni. lol. 

noite. 

Aug 24, 2014

Blacky

J bertemu D di sebuah kedai mamak yang popular sikit di pekan kajang. J menangis teresak esak sambil ditenangkan D. dari jauh kelihatan D menyatakan sesuatu. J mengangguk tanda faham. ketika ini. roti petak sambal sadin with melo ais dipandang sepi. tak ada dah perasaan membuak buak nak makan roti berkuah sadin seolah olah ketagih heroin macam hari itu. 

sabar lah. kata D. 

aku ada masalah. kau pun ada masalah. kita hadap benda yang lebih kurang sama sakit kepalanya. kata D lagi. 

stress dowh. J balas.


mulai rabu malam minggu ni aku akan jadi penjaga. boleh ke disebut bebi sitter ek? entoh le. 

sebab mak cik and pak cik aku pegi menunaikan haji. depa pegi rabu ni. 

so jadual aku berubah sama sekali. 

no more lepaking. 

sebab aku duduk kat bangi. aku akan sedaya upaya cerita pengalaman aku jadi 'penjaga' ni. mihmih. 

layak ke? 

ni ibarat internship la ni. nak dapatkan pengalaman. 

mihmih

Aug 8, 2014

catatan jumaat

heiluluuuu! 

aku penah bagi mukadimah macam ni kat haris. pastu dibalasnya aku. 

ko islam kan? 

pehhh!!! siud la..sentap hati akak lima saat. pastu gelak terbahak bahak secara tiba tiba pastu bos tanya ko dah kenapa. 

siud la. kata kata tu kalau tak mengejutkan hati aku. tak sah. 

selamat berhari raya ke berapa tak hengat. 

lepas raya ni macam tak da mood ah nak raya. tak tau apesal. mood nak berdinner kot. peh. nak gtau syarikat Y nak buat dinner lettew. 

sebab tak ada mood nak keje. aku banyak perhati dengan tajam monitor komputer tu. seolah olah aku boleh bukak folder dia tanpa tekan mana mana. so sebab macam bosan gila babeng weyh! aku pun amik keputusan nak turun ke production. 

nak turun ada banyak tangga. tapi aku pilih paling jauh dengan lalu lobi. dah lalu lobi. hati terdetik nak pegi kawasan surat kabar. nampak Mr D ngah duduk kat sofa dengan mata yang macam terpejam. 

aku- ha tido! snap kecekkkk *konon bunyi kamera tapi guna suara.'

namun mr D masih duduk dengan mata yang macam terpejam. 

aku - ulang aktiviti pertama tadi

Mr D bukak mata dan berkata

dah pukul berapa dah ni?

aku- 5.30

Mr D- gila ke dah pukul 5.30 

aku persetankan  kata kata dia dan baca paper. peh. senang hati. ala berdiri. bukan duduk. so xdala senang hati mana. baca sikit tu. aku tertoleh ke arah pintu masuk. pintu utama lobi. 

mr O masuk. aku senyum dan macam babai. 

sukahati je weyyy.

kemudian dia bertanya

aisyah. report investigation dah siap?

aku sambil mengemas paper tu. bercakap. 

sudah sudah. nanti saya bagi la kat mr oongg. 

dengan gaya dan nada macam. alaaa mr o ni kacau laaaa. 

dia gelak gelak. nyampah je. wekkk. 

aku hari ni balik awal. ada keje luar. pastu berniat nak cuci mata kek shah alam sana. tapi teringat kat faraha, so berminat la untuk lepak dengan dia. kami berjumpa di one city. kononnya situ ada sky park. kekeke. 

berborak kenmain sampai x teringat hari dah malam. lepas makan ala ala orang tua dengan berteman kan kopi. kegemaran aku white kopi tak dak so terpaksa amik latte. pastu sakit pelut wei. hahaha. 

pegi skypark. naik lift. bapok gayat. faraha gelak gelak. aaaa. kejung kaki aku weh. haha. kitaorang tengok pemandangan jalan raya dari atas. sungguh indah. kekeke. pastu ada satu bahagian yang lantai dia lut sinar tu kan. pehhhh. mencabar adrenalin la untuk aku yang penggayat ni. hahaha.kalah naik roler koster tau. kitaorang berdiri kat cermin tu pastu amik gambar. peh. serius kaki aku keras. rasa nak pengsan. namun mujur ditenangkan faraha. ekekeke. 

kami bercit cat seolah olah esok faraha tak keje. so tak sedar hari dah macam larut malam. dah tu. berdiri. tak duduk. pastu bercakap tak benti, pastu haus. 

i need water. 

so kami amik keputusan untuk pulang. masa nak pulang tu. ada la plek satu pasangan ni. si pompuan dapat bunga. so kami berfikiran dia dilamar disitu. kahkah. tak ada ke fikiran yang tak serius sikit difikir? kenmain fikir untuk orang. 

so best jugak la lepak situ. aceli biasa je la. aku sejak dah mentua ni. tak larat la nak jenjalan. masa bersama rakan rakan aku selesa lagi duduk berborak bercerita sakan dari sakit kaki berjalan berjalan dan berjalan. penatttt. biasalah. tulang berusia 80 tahun memang begini. 

memula masuk macam. weh. apa tempat ni aku ajak ngedate ni weh. ape ni weh. tapi nak wat acane. ni je strategik sikit sikit. lama lama. hmmm. biasa je. xdala berprofile tinggi sangat kawasan ni. biasa biasa je ramai lagi pakai tshirt. so faraha jangan segan segan ye. 

hihi, 

okay esok nak sakan beraya. saya harus tidooo. gudnoite. oh ya! dengar la lagu justice crew. que sera. bapok sedap weh. 

serius. 

kekeke. noite~

Aug 3, 2014

pernah tak terfikir yang..kadang kadang kau buat baik kat orang.tapi orang tak rasa tu adalah satu kebaikan. orang rasa tu kebiasaan yang kau kena buat untuk dorang?
 
betul. ada satu kata kata entah mana tak ingat. dia cakap jangan ingat kebaikan yang kita buat kat orang. ingat kebaikan orang buat kat kita. lebih kurang ni la kot.
 
tapi sampai satu keadaan.aku rasa aku kena ingatkan kebaikan yang pernah aku buat kat sipolan. nampak macam tiada keikhlasan disitu. okay sama konsep macam ni la.
 
kawan ko nak pinjam duit kat ko. dia janji dia akan bayar secepat mungkin. dapat gaji terus bayar. ko bagi pinjam. sampai satu ketika. ketika musim gaji lah maksudnya. tak ada kabar dari kawan ko. tapi kabar dari status fb atau dia mungkin tak sengaja tercerita dengan tagline. 'bapok rambang mata kat keyelfestival ni weyy.' contoh. atau bila ko tanya tru wasap. wei ko kat mana? dia balas. aku kat jalan tar. shopping weh. ko dah shopping raya lom?
 
akward moment adalah ko nak jawab pertanyaan tu sedangkan kat dalam fikiran ko jugak tertanya tanya. eh? duit aku....
 
duit aku ko nak bayar bila? ha ni dialog kat dalam hati. kat dalam mulut tapi tak ada bunyi yang macam kat atas tu.
 
benda ni berlanjutan. dengan kau dah masuk duit hasil pembayaran hutang dri sipolan dalam akaun duit ko. tapi jadi tertangguh atau status pembayaran tu asik bring foward. benda ni otomatik akan kacau bajet bulanan ko. last last ko yang kena bagi hint malu malu kucing belapis lapis konon tak nak si polan ni sentap. sebab ko bukan orang yang jenis wei bila ko nak bayar hutang aku. tapi malanggg. dia tak faham langsung hint malu malu kucing ko tu.
 
haih.
 
bila pertanyaan ni ditahan tahan. keikhlasan jadi tergantung. status dah jadi anon. anon status. pahala aku yang meminjamkan ko duit dengan ikhlas diawalnya pun aku tak tau status dia.
 
dalam masalah peminjaman duit. aku tak percaya orang akan bayar duit aku. aku rela pinjam duit dari bagi pinjam. sebab aku percaya diri aku. aku tak percaya kat orang. kalau lah terdesak sangat orang tu. aku bagi pinjam. tapi manipulasikan ayat pinjam dia kepada amik terus. so aku tak bengkak hati sesorang bila dia tak bayar.
 
sama la dengan kebaikan yang ko buat. bila ko buat baik kat sipolan. lalu lama kelamaan dia tak rasa itu kabaikan. itu mungkin dia rasa sifat semulajadi ko pada semua orang. kebiasaan kau. dia tak alert. lalu balas kebaikan ko dengan membuat tahi pada ko.
 
ni konsep kaduk naik junjung ke bagi betis nak peha. aku pun tak faham. maaf kalau penggunaan peribahasa yang salah. almaklumlah. dah lama tak baca buku peribahasa.
 
kalau macam ni aku stress jugak. dengan pertolongan aku dah bagi. ko buat taik. pastu nampak aku dengan muka aku yang buat salah kat kau. kau tak angin ke jumpa orang macam tu.
 
ni satu hal. ada hal lain yang tak alert langsung.dimana dia tak buat taik kat ko. tapi dia just neutralkan kebaikan ko. maybe dia tak sedar tu adalah kebaikan kot. macam aku cakap sebelum ni.kebaikan yang kebiasaan. benda tu biasa je bagi dia.benda yang orang lain selalu buat untuk dia. benda yang ko perlu buat untuk dia. 
 
alah kadang kadang kita tak leh harapkan orang yang kita buat baik tu yang balas kebaikan kita. iye betul. aku tak pernah harap orang tu balas kebaikan aku. at least kau berkelakuan baik la. 
 
bila dah macam ni. sama la macam hal pinjam duit, status kebaikan dah jadi anon. bengkak hati memang bengkak. tapi terpaksa buat tak tau je. penyeksaan dalaman betul. masa ni kena muhasabah diri banyak banyak. cakap insyaallah ada orang lain yang balas kebaikan ini. dan tahi yang dibalas oleh sipolan itu akan dibalas tahi kepada beliau.
 
bila dah membebel ni. aku pun tak tau nak letak tajuk ape. mungkin anon status.
 
okay sambung nanti. chiao!

Aug 2, 2014

Haters

memula aku berniat nak post entri pasal raya aku. tapi aku tangguhkan dulu. sebab aku tak ada idea nak berceloteh pasal raya. huhu.
 
sebab terlalu banyak untuk diceritakan. ewah! huhu
 
oh berkaitan dengan tajuk.
 
mesti ada yang macam eiii ecah tu bapok poyo gila nak perasan dia ada haters. pui!.
 
so korang ada haters? haha.
 
hahaha. weh aku tak tipu la. haters ni bukan nak tunggu ko jadi retis atau blogger tau. anytime je boleh dapat. masalahnya. yang aku mushkil. manusia yang buat hal sendiri yang ada manusia lain tak sedar kewujudan dia pun ada haters.
 
maybe nak wujudkan kelompok ni bukan nak tunggu ko sibuk hal orang lain jugak rasanya. hmmm.
 
so apa yang aku nak cakap kepada sipolan dan sipolan.
 
aku sangatlah tak kisah apa yang dia fikirkan atau sampaikan kat orang. bila aku dengar. aku just gelak. dan wateva je kan. entah. aku terlalu banyak benda lain nak fikir yang mana lebih serius dan lebih berkualiti untuk difikirkan means ada imbuhan bila berfikir tentang yang hal selain hal haters ni. so aku tak ada masa. tak ada masa nak fikirkan apa yang orang fikir tentang hal aku dan bercerita tentang aku.
 
tapi kadang kadang bengang jugak la. rasa nak tumbuk muka sipolan tu. tapi setakat ni hati kering aku masih berbisa lagi. so lantak kau lah wey.
 
aku kadang kadang blur atau sikap tak fikirkan sangat ni buat orang bengang. macam. kena sindir. aku tak sedar pun benda tu satu sindiran yang sinis. so aku just gelak dengan muka yang tak ada perasaan padahal tak faham. kena marah pun aku tak rasa kena marah. tak tau la ni positif sangat atau jenis yang terima seadaanya dengan positif gila babeng. tapi lama kemudian aku sedar. dia marah aku ke tadi?
 
so bila cerita pasal haters ni. aku rasa macam. eh kau tengah bercerita tentang aku ke sekarang ni?
 
percayalah. banyak mana kau cerita. selagi tak sampai kat telinga aku. jangan harap la aku nak amik port. tapi bila dah sampai kat telinga aku. aku tapis jugak. kalau rasa tu macam standed kisah monyet monyet ni. lagila aku malas. masuk tong sampah terus. dah jadi reject punya barang. sebab hal yang tak ada kualiti hidup.
 
almaklumlah. saya popular dengan gelaran hati kering. tiada perasaan.
 
cuma kadang kadang bila aku stress keje dan aku rasa naik menyampah tengok muka dorang yang sinis tu. pandangan sinis dorang. terdetik la satu perkataan dalam hati.
 
'aku tak tau apa korang bercerita tentang aku. tapi sekiranya cerita yang korang dengar/cerita tu tak betul.aku takkan maafkan korang sampai bila bila'
 
mira cakap aku menakutkan.
 
gudnite.