Pages

Sep 30, 2014

hai?

hai hai haiii

sekarang musim sejuk di kajang. gila sejuk. feefiling over da sea u. hahaha poyo la. beberapa bulan ni. keadaan aku sangat teruk dan exhausted. duk bangi mendatangkan kesan buruk dalam diri aku. lagi lagi jem. kat depan ukm tu. bapak ah sakit hati wey. aku syak org bangi penyabar.

kot.

hari ni isnin. kecoh kajang banjir. kajang selalu la jugak banjir. dan teruk. so aku tak nak komen apa apa. 

aku dah biasa. 

pehhh bapak poyo dowh. hari ni mula minggu jimat cermat aku. poyo tak. kenapa nak jimat cermat. sebab aku amik konsep mendiet. ramai gak kawan aku mendiet. so aku yg malas mendiet n tak tau point mendiet. aku diet jugak. diet duit.

bhahahah. 

so hari ni hari first diet. kesannya. aku diserang demam panas mual mual pening dek kerna perut masuk angin. 

lebih perit lagi. duit aku terpaksa dibelanja sehingga 15 kot sebab beli sup. dua sup. satu tomyam satu sup. 

bukti selera besar disitu.

aceli aku nak buat entri 20 facts diri tu. poyo tak. bila lagi kannn. hihi 

ok mari kita mulakan

1. seorang kakak yg annoying. penyibuk. pernah ikut adik lelaki pegi intebiu pizza. at the end. org yg intebiu adik aku yg kena intebiu. hahaha mujur dia dapat job tu. sebab ikut? adik aku menceritakan dia tidak dilayan ketika dtg interbiu si mekdi. kalau tak ditenangkan emak aku. aku dah kol mekdi tu n komplen layanan tahi dia keatas adik aku. humph.
2. berkawan dengan faja dari tadika. usia perkenalan kami lebih lama dari pasangan berchenta. uuuuu. 
3. seorang pemarah (sebenarnya) jangan tertipu dengan keceriaan n kelembutan dalam diri aku.
4. workaholic. alasan keje selain disyarikat Y. mengisi masa lapang. 
5. pernah menjadi komanden KRS.
6. pernah wakil sekolah utk tarian. until now aku sangat merindui step step tarian lilin. pernah berhajat utk ke kelas menari sebab lepas gian. tapi no time. wuwuwuw 😢
7. pernah kena marah dengan puan mumtaz dalam kelas. sebab selalu ponteng kelas demi aktiviti koko (like bersajak.pantun etc) dan menangis depan dia. tersedu sedu. bapak ah tak tau maluuuu. lepas kejadian tu x kena marah dah. dapat simpati yg tggi oleh puan mumtaz. lol
8. zaman sekolah sering terpijak taik hanjing. tudung diberak burung. sedihnya. tengah jalan ada burung yg tengah terbang n menjatuhkan najisnya. menangis btl masa tu. 
9. cepat sentap. sensitif. mudah menangis. 
10. tak suka gurauan yang dilemparkan keatas diri aku di waktu pagi. big NO. cubalah kalau nak kena kata kata sinis atau riak muka yg annoyingkan diri ko sepanjang hari.
11. tak suka dengar lagu tukar tukar. kalau satu lagu tu aku suka. lagu tu akan ulang alik telinga aku behari hari beminggu minggu lamanya. sebab tu jarang dengar radio.
12. gemar memandu kereta besar dan laju. dengan mitos diri cakap. itu dapat tingkatkan keyakinan diri.
13. tak kenal diri sendiri bila drive. serius. aku pun takut dengan keyakinan luar biasa aku ketika drive.
14. pernah terbaring atas taik kucing.
15. cintakan kucing. tapi tak nak basuh taik kucing. when it comes to taik kucing. aku akan 
16. tak suka zaman uni. zaman tu zaman kegelapan. aku hampir dilanda kemurungan yg serius.dengan perasaan nak quit. mujur diberi nasihat padu kuat semangat oleh gendut. 
17. tak suka rasa makanan yg dimasak oleh orang atau diri sendiri. ala kan kdg kdg adik kita ke mak kita ke suruh rasa cukup garam x. aku selalu refuse. dengan alasan. tak pandai rasa. tapi kalau aku masak. aku akan paksa dorg rasa dengan menyatakan. nanti tak sedap jgn marah. jangan tak makan.
18. mempunyai suara yang sedap bila bercakap ye. bukan nyanyi. hal ini aku pasan bila form5 dlu. aku kena baca sajak dalam kelas. semua terdiam sampai tak sedar aku dah habis baca. termasuk puan mumtaz. kekeke
19. mempunyai keyakinan diri yang rendah ( exclude ketika memandu)
20. sangat kedekut. (sebenarnya) 

ok ni la 20 je yang tertulis. 

ciao