salam.
genap seminggu aku dah berhenti kerja.kejap je masa berlalu.semalam aku pegi tengok wayang dengan faja.citer hantu bonceng.kitaorang pun cakap hal yang sama.sekarang masa berlalu begitu cepat.raya pun tak terasa sangat.ke kitaorang je? haha masa beraya pun macam terhad.dia bz.aku bz.bz ke aku ni?
okay.berbalik kepada topik.
dulu masa kerja.tak sabar betul nak berhenti.hari hari menghitung hari.
timah: ecah! aku x sabar betul nak berhenti!
yang aku pulak.siap tulis hari kat buku 3 5.haha orang lain tulis untuk kira stock.tapi aku tulis untuk kira gaji n hari berhenti.kejam.
sepanjang kerja.macam macam pengalaman aku dapat.dapat pergi training dan sekaligus aku dapat kawan yang gila gila macam luqman dengan daoh.bila dah kerja jugak ni.aku kenal macam macam ragam orang.secara tak langsung jugak aku dapat faham keadaan persekitaran bekerja kelak.politik kerja sangatlah banyak.dan aku percaya cakap kawan aku sorang tu yang selalu pesan.jangan sesekali lunaskan kepercayaan kita kepada kawan.kepada kawan adalah 0 percent.tak mustahil kawan kita yang hari hari pergi kerja sama sama.makan sama sama.duduk semeja sama sama.kongsi air sama sama.akan khianat kita.
aku pernah jumpa situasi ni masa di tempat kerja.kaki ampu banyaak.sanggup tikam belakang kawan pun ada.pada aku.bila kawan dah tikam belakang kawan.ko berhak angkat kaki dari kawan dari orang macam tu.sekali dia buat.tak mustahil dia buat lagi.pada ketika ni.aku kesian dengan kawan yang setia pada nilai persahabatan.puiii! nilai persahabatan? nilai persahabatan takkan sesekali dicemari disebabkan hanya kau nak naik pangkat cepat.manusia pelik.
tapi kawan dia setia.tak kisah kawan dia buat apa je kat dia.dia pekakkan mata.butakan telinga.hebat.macam mana dia boleh jadi sekuat macam tu? dia boleh lagi bergelak ketawa dengan kawan yang tikam belakang dia? tapi akhirnya.dia naik jugak pangkat.kira misi kawan dia menjatuhkan dia.gagal sama sekali.aku suka yang tu.
orang cakap belakang? pergh.banyak gila.aku bukan yang jenis pilih kawan.tapi aku jenis perhatikan orang.kalau tengok dia suka bercerita.aku suka.aku suka dengar cerita.tapi ada had.bila dah bercerita.aku tengok dia cerita pasal apa.bila dah meleret.okay kita stop.aku blah atau diam.so for the next day.kalau nak lepak dengan dia.ajak orang lain.sebab aku fikir.kalau dia cerita hal orang kat aku.tak mustahil hal aku dia cerita kat orang? betul tak?
tapi bukan aku nak kata yang diri aku terlalu baik sampai tak pernah cakap pasal orang.semua orang pernah.kan? kan? haha.tapi sampai yang mengaibkan plus sampai berbaur fitnah.mau aku tak takut.huish.
pendengar setia.okay aku kena faham yang bukan semua orang boleh jadi pendengar setia.betul tak? mungkin dia jenis yang suka bercerita tapi bukan pendengar yang baik.dia mendengar tapi just untuk mendengar dan bukan untuk membantu.harap korang faham.tu jugak aku belajar.
masa bekerja jugak aku jadi macam jahat sikit.aku tak pasti jahat banyak ke sikit.tapi bila dah tak dengar cakap supervisor dan kadang kadang melawan.korang fikir apa eh? hurm.aku respek seorang ketua bila dia respek aku sebagai pekerja.bila dah mula kutuk belakang sape tak marah kan? means.aku buat salah.but ko tak tegur aku secara direct tapi cakap kat orang lain.seorang ketua akan dipandang ketua bila dia berani tegur anak buah dia.lagi satu.tegur bukan macam aku ni hamba abdi ko yang ko boleh marah sesuka hati kat depan orang ramai.jadi profesional.emosi perlu jaga.aku bengang bila ada kawan aku kena marah depan depan customer oleh supervisor.hello.macam ni ke cara tegur orang? pekerja pun ada air muka yang perlu dijaga.betul tak?
pernah aku diserang secara tiba tiba berkaitan dengan hal kawan aku tak datang.pergh.berasap aku.terus aku sound supervisor tu.aku pun tak sangka aku boleh marah balik.huhu sebab yela.orang tak datang bukan tak bersebab.ni nak serang serang aku macam aku komplot pulak.sapa tak marah.kalau pasal gaji tu.apela sangat.huish.at the end.amik hati aku balik.baguslah.tau rasa bersalah kan.
banyak kali kitaorang fight ngan supervisor.jahat tak? bukan jahat tapi nakal.nakal ke? tak dengar cakap.sampai kena tangkap dengan manager kan? hebat.sampai sekarang manager tu ingat kitaorang lagi.sebab kitaorang tak kenal dia.bagus.
customer? macam macam.dorang tak hormat kat kitaorang pekerja ni.jujur aku cakap.ko datang meden.buat apa nak perkhidmatan kelas atas? kalau nak barang branded.pegi la carik kat parkson.n jangan la ingat orang kerja meden ni.bodoh bodoh sumenya.ada je yang berpelajaran.tapi dorang tak ada peluang nak sambung.pelik dengan orang malaysia ni.selalu tertekan sebab customer.bukan dengan kerja.
oh ya.aku suka kerja kat situ sebab kawan kawan dia sangat baik.kami macam family.hari hari kena paging.kena marah.tak kisah.sebab ada kawan kawan.macam aku ada partner yang bagus.dia ajar aku cara bekerja.dia tak pernah tensen bila kena marah.haha steady je.kerja pun relaks.pernah je dia jadi rajin.tobat.aku tak nak dia jadi rajin lagi.haha.tu la naim.babai naim.kerja baik baik.jaga mens dengan mens-na aka kakak kesayangan ko baik baik eh.aku ingat lagi yang dia selalu pesan kat aku dengan hani qin timah semua.suruh jaga kesihatan.jangan amik mc bulan puasa hari tu.sebab nanti x dapat duit raya.tapi last last.dia yang amik mc sebab sakit perut.pe cer bro? haha
even kerja dengan stress.menari.bercakap.menyanyi.macam macam hal kitaorang buat.siap ada manager cakap kitaorang buat konsert kat atas.bagus betul.sengal qin la punya idea.haha.
lagisatu yang aku suka ngan dorang ni.dorang tak berkira.walaupun kerja biasa biasa.kerja susah payah nak dapat duit beribu ribu.tapiiii..sangat tak berkira.suka belanja kitaorang.kitaorang faham kesusahan dorang nak dapat duit tu.tapi hati dorang tak susah nak belanja kitaorang makan.hampir semua belanja kitaorang.kitaorang nak belanja dorang pun.fikir 2 3 kali.macam segan gak la ngan dorang.tak berkira.kalau kirim pape.mesti tak nak duit balik.stress gak kadang kadang.sebab rasa bersalah.huish.
kami diberi pesanan ringkas oleh abang yusuf.kata dia.bila jadi bos.layan pekerja dengan baik.sebab kita semua sama.kita semua menumpang kerja di bawah bumbung yang sama.cleaner tu pun kita kena hormat.betul abang yusuf! kami dengar! pastu dia cakap.belajar rajin rajin.sekarang zaman dimana lelaki dengan perempuan sama taraf.kalau kita yang perempuan tak belajar rajin rajin n kerja bagus bagus.susah nanti.pastu dia cakap lagi.kalau bercinta tu.ehem.jangan percaya kat lelaki.kalau dia cakap dia seorang pemalu dengan perempuan.persetankan.kalau dia cakap dia tak pernah kapel.persetankan.kalau dia cakap dia setia semua.persetankan.percaya.tapi jangan semua.faham?
huhu.
abang yusuf chief cashier.dia dah berhenti dah.jaga parents dia.rindu gak dengan dia.sebab dia sangat la heppy orang nya.dan dia cakap! senyum selalu! sebab kalau kita stress n senyum./stress tu akan pergi jugak.huhu.baguslah abang yusuf.kami akan merindui abang! oh ya.dia sorang je yang panggil kitaorang adik.tiba tiba rasa nak ada abang angkat.ehehe.gedik.
kepada kawan kawan sekerja.hani.qin.timah.naim.nana.faiz.yan.syukri.dan lain lain.terima kasih sebab jadi kawan aku sepanjang berbulan bulan ni.terima kasih dengar ngarutan aku sepanjang ni.terima kasih dengar bahasa kasar aku sepanjang 3 bulan ni.haha.jumpa lagi.aku ingat semua nasihat korang! bak kata faiz.jalani hidup dengan tabah.pergh.sentap punya ayat.huhu
ok! babai!
selamat belajar semua! kawan kawan! kita jumpa di palam ya! =D
No comments:
Post a Comment