Pages

Apr 5, 2015

Soalan 1.0


1. kawan paling lama berkawan?
faja. sedari tadika. 

2. siapa antara korang berdua paling ramai peminat?
faja. sebab dia lebih lembut dan lebih mesra dengan lelaki berbanding aku

3. oh kau tak lembut la?
NO. dan sombong. maybe muka nampak garang kot. plus kerek.

4. pernah rasa down sebab faja lagi banyak peminat?
rasa nya tak. sebab aku jenis manusia tak berperasaan sangat. dia macam..ada. ada la. tak ada pun ok saja. 

5. peristiwa paling tidak dapat dilupakan di sekolah.
oh ada.banyak. semua pasal taik. =.= aku rasa bukan aku sorang je tak dapat lupa. ramai lagi. hmm. aku terpijak taik kat dataran ilmu (dataran perhimpunan) dua kali. satu nak mula merentas desa. form 1 kot.masa ni yang nampak ati dengan faja. dorang GELAK. aku merajuk nak nangis. pastu dorang hantar aku pegi cuci kat mana ntah. blergh. lagi satu kalau aku penah citer. taik burung kena tudung aku. dah la belakang aku abang abang form 2 yang kacak kacak. ati dengan faja macam biasa. gelak tutup mata dlu pastu tengok aku nak nangis. dorang anta g toilet. paling dekat. toilet lelaki. =,=

lagi satu kat tempat yang sama jugak.form 5.  tapi masa ni haih. semua orang pandang. masa tu aku gelak gelak pastu badan ada kaki tak reti diam. tengah gelak gelak terpijak taik dan aku JERIT satu sekolah pandang aku. so dorang semua tau aku terpijak taik. masa ni budak kelas aku anta g toilet.

urgh memalukan.

6. apa yang akan dilakukan ketika bosan?
baca buku. tak kisah buku pape. tengok tv. kalau tak jalan jugak. kacau kawan kawan. kalau tak layan jugak. 

keluar pegi jalan sesorang or TIDO

7. apa yang akan dilakukan sejurus balik keje. 
amik baju untuk esok hari dan gosok. pastu baru mandi. 

8. selalu tido jam berapa?
sepuluh paling awal dan paling lambat jam 12.

9. ok apa perasaan bila ada orang cakap 'nanti aku nak kol ko. ko free tak?'
hmm. aceli aku kurag suka sikit  borak tru fon. aku rasa geli. haha. and aku rasa tak tau nak cakap apa. kalau lelaki la. aku rasa geli. hahaha. geli je telinga aku ni. so selalu aku akan bercakap kasar sikit kat fon (ke sama je kat fon atau face 2 face).

10. kegemaran ketika memandu?
menyanyi. selalu dengar satu lagu ulang ulang. sebab dengan mitos diri menyatakan lebih fokus memandu. macam..nak pasang lagu elastic heart. so ulang sampai bosan baru tukar kepada sakitnya tuh disini. haha





Apr 1, 2015

paling susah





perkara paling susah ko nak buat adalah ko kena belajar turunkan ego ko untuk cerita sesuatu tanpa selindung terutama tentang perasaan ko sebenar sekarang ni. seperti kalau ko ada masalah. ko cerita ko ada masalah. bukan ko mesej orang cakap weh aku ada masalah jom lepak. tapi bila lepak. ko tak jadi cerita. dengan alasan ko tengok mood kawan ko happy je. ko tiba tiba rasa kesian pulak dia terbeban dengar masalah ko. so bila kawan ko tanya. ok ce citer apa masalah ko?

ko cakap nating atau ko reka satu masalah remeh yang kawan ko akan cakap lahh ni ke. pastu nasihat ko sikit sikit.

pastu ko balik lepak. ko sambung fikir masalah ko. atau ko layan perasaan bermasalah ko sebelum tido. pastu ko buat hajat. ko cakap ko berharap satu hari nanti ko akan mampu untuk ceritakan semua perasaan ko keadaan ko sebenar benarnya kat seseorang yang ko rasa layak. ko buat hajat. ko harap tuhan makbulkan. 

aku rasa semua ni jadi sebab ketidakpercayaan ko pada orang sekeliling dan ko rasa yang kalau orang tau perasaan ko masalah ko. jatuhlah maruah ko. atau! atau.. ko rasa kalau ko bgtau masalah ko pun apa je dia mampu buat? paling paling dia tau ko ada masalah je. 

susah benda tu. sampai sekarang aku tak pernah cerita perasaan sebenar aku kat seseorang. even kawan baik dari tadika pun tak pernah tau perasaan sebenar aku kalau aku ada masalah. even seseorang yang sangat rapat dengan aku. dorang semua tak tau adakah aku sangat stress? adakah aku betul betul dah pulih? adakah aku sudah move on? adakah aku masih bersedih? adakah aku betul betul ketawa? gila gila? 


tak ada sape tahu. 

Al fatihah untuk arwah ayah. sejujurnya. hargailah masa masa ko dengan famili ko.sebab sampai satu masa ko sedar yang kali ni pergi yang memang kekal. takkan balik. takkan dengar suara. takkan dapat panggilan tepon kata kau kat mana. bila kau balik.takkan nampak bayang orang tengok ko keluar sampai kete ko hilang bayang takkan belikan kau sarapan. takkan gelakkan kau bila ko cakap sorang sorang depan cermin. takkan tengok bape banyak air yang kau masukkan untuk masak nasi. takkan ada orang yang amik job goreng ikan lepas ko masukkan kunyit. takkan ada lagi 2 pasang baju melayu yang ko kena beli setiap hari raya. lepas ni satu je. dan lain lain lagi.

sekian. gudnaite.