Pages

Jun 12, 2016

Confession

ingat lagi tak post aku bertajuk confession tu?

ok aku nak buat kenyataan. sebenarnya aku ada buat confession cinta pada seseorang dan berjayakah aku?

tidak. aku gagal. aku gagal dapatkan hati. aku gagal dapatkan jawapan dari beliau.

whether yes or no.

beliau tak jawab.

macam mana aku tau aku gagal? sebab no respon for a long time. until post ini ditulis.

kecewa? no aim not. aku merupakan manusia yang ada kala keras hati. especially melibatkan perasaan. aku berhati kering walaupun kadang kadang lembut seperti ais. tapi jarang sekali aku biarkan perasaan aku berlarutan. jenis aku cuma satu.

be direct.

aku kecewa bukan ditolak. aku kecewa sebab lelaki itu tidak punya kekuatan untuk berkata jujur berkata benar dan berkelakuan jelas.

kalau suka katakan suka kalau tidak katakan tidak.

aku manusia yang stret to the point. aku tak faham bahasa kiasan yang berlatar belakangkan perbuatan dimana kalau suka dia akan ajak ko keluar dengan kata eh kau belanjalah aku. itu contoh. sebenarnya aku tak tau pun kalau seseorang tu nak ajak ko keluar secara berkias dia cakap macam mana.

pada aku kalau nak ajak keluar cakap je.

weh free tak jom keluar lepak lepak.

hah macam tu aku faham. oh ko nak ajak keluar.

atau

weh maaf. aku hargai perasaan kau tapi malangnya aku dah berpunya.

hah stret kan?

jangan tinggalkan seseorang tanpa penjelasan yang jelas sebab manusia ni kefahaman dia berbeza. satu benda je nak bagi orang faham. be direct. jangan tinggalkan sepi tanpa jawapan selain bahasa tubuh ko. tau tak bahasa tubuh ni matapelajaran paling susah? kalau ko tak caya. bahasa tubuh ni ada buku yang ko kena refer. dan nak tau ko pegilah kedai buku beli atau gugel sajelah kenapakah seseorang itu berpeluk tubuh ketika mendengar presentation dari kau?

ha gitu.

kalau yang pernah buat confession. aku ucapkan tahniah. aku faham kekuatan yang kau kumpul untuk buat confession. dan aku yakin kau berfikiran waras dan jelas ketika itu. jelas tu maksudnya kau tau apa kau buat dan kau tau apa implikasinya. especially rejection. yes. kita tau nak buat apa bila kena rejek.

dear guys.

bila seseorang perempuan make a confession. kalau ko tolak pun. jangan lah berfikiran kolot dengan seseorang wanita itu akan menangis terduduk atau bunuh diri. dizaman ini orang perempuan bukan berhati sayur. kau kena ingat balik saat kau buat confession dekat orang yang kau suka. susah ke senang? dan hargailah. hargai ni pulak bukan maksud ko kena terima. tidak. just be clear be direct and be soft.

tolak dengan lembut janji ada penjelasan. aku ulang balik. bayangkam kekuatan yang dia kumpul untuk buat confession pada kau. jangan berdiam diri pastu cuba elak elak.

kemonn be gentle la.

so apa aku buat? untuk manusia steady berhati kering. aku teruskan hidup dengan berusaha lagi. berusaha bukan amik hati dia tau. aku bukan fighter. sebab tu aku memerlukan jawapan jelas. untuk aku lebih jelas teruskan hidup dan tak terus menunggu. aku punya vision dalam hidup. yang semestinya jelas. jadi aku bukan jenis yang suka meneka neka benda yang aku kena fikir. fikiran aku simple. bila disogokkan dengan benda complicated yang aku kena fikir terutamanya bahasa tubuh manusia. aku rasa aku tengah buang masa.

now aku appreciate diri aku lebih. tanpa aku sedar aku sangat berani dan jelas. aku yakin tak ramai mampu buat apa yang aku buat. so ini pencapaian tahun ini. walaupun gagal. at least aku dah cuba. dan tak adalah kecewa. tak kecewa bila terlepas sebab kita tau jawapannya. walaupun jawapannya tak direct macam aku nak. ya apa bulih buat. kita tak punya banyak masa untuk luangkan masa pada manusia berkias.

apa yang dia buat kita rasa oh ini bukan petanda baik. jadi ya.

move on saja. sebab hidup ni bukan untuk menunggu. tapi untuk terus kedepan dan stay fokus.

paling penting. masih kekal dalam landasan agama.

take care!

No comments:

Post a Comment