Pages

Sep 25, 2010

ubur ubur, sotong dan katak beraya bersama.

Ni rondaan raya aku yang pertama sebenarnya.haha.yang ni memang aku makan banyak.haha.Secara jujur.untuk berjalan dengan mereka mereka ini.Katak dengan sotong ni bukan senang.dorang suka suprise.Mengejut.Tiba-tiba.Kalau rancang.komfem takkan jadi dan tak pernah jadi.kalau jadi pun.Aku memang bernasib baik la masa tu.



Okay kami jalan hari rabu tak silap aku.Pukul 2 gitu tengah aku sibuk online kan diri.Tetiba faja tepon.Ajak pergi beraya.hah? Beraya? Wat time hu? Oh pukul 4? n perob.Lambat lagi.Meronggeng sat.



Baju kebaya tu sungguh berfungsi dengan baik.Aku tak pernah memakai dia.Selama ni aku pandang dia sebelah mata je.Kadang kadang tak pandang langsung.Gila belagak.Yela.Kebaya ni tak mengancam.Cewahhh.hahaha



'ubur -ubur akan beraya besama sotong dan katak! ubur ubur dan sotong akan membuli katak dengan bersungguh sungguh! lalala~'


Ni status aku tulis kat fb masa nak pergi raya ni.Haha Ubur-ubur? Sotong? Katak? haha! Kami bertiga kawan dari sekolah rendah dulu.Katak tu jantan tau.haha lama tak jumpa katak ni.Bila jumpa dulu.Wah.Syok gila kot..hehe!





haha! aku suka pic ni.comell sangat.ditambah tambah kecomelan kami berdua.ah.cantik2.terima kasih kepada aku sebab bagi idea ni.hehe gud2. ;p




Oh ya.Kenalkan ini faja.hehe dia kawan yang baik.Kami berkawan sedari tadika.Kalah aku bercinta dengan akmal.Aiceh! kalau nak cerita perihal kami ni.Memang takkan habis.Maybe aku akan buat entri untuk kami berdua.Disekolah kami dikenali sebagai kembar.hehe tak sabar nak jadi pengapit dia untuk kawin nanti! heeeee~ Oh ya! lupa nak cakap.Dia adalah sotong yang anggun.




Hah! Inilah katak! Nama sebenar dia afiq edika.Dulu kat sekolah kan? Kami sekolah kat sekolah kebangsaan sri jelok! hah dulu dia ni ketua kelas.Biasala.Kerja ketua kelas ni.Kalau cikgu tak ada.Maka depa la paling berkuasa.Konon sape cakap sikit.Nama dah kena tulis kat papan hitam.Malang bagi dia sebab dapat classmate yang banyak cakap macam aku ngan faja ni.selalu je kami berborak.Pelan pelan je pon.tapi dia ni! Tak demokrasi langsung! Dia ni kejam.Cakap sikit nama da kena tulis.Poyo kan? Selalu je kami buat-buat tunduk nangis.Lap lap air mata.haha nampak kami nangis,diam buat muka dan sebagainya.Dia pun padam nama kami.dan buat isyarat.shhhhh.senyap.hahahahah!! Senyum senyum kambing la kami berdua.inilah cara menggoda untuk meraih simpati.ahaks!






Okay tu dia.Dorang semua ni tak sah kalau tak usik aku.Dari sekolah dulu.haha.yang lagi sorang tu wan.dah jadi tokey roti canai da sekarang.siap ada kedai lagi.wahhh.kaya la u ni.hahah!! beraya tak sampai rumah wan je.semua rumah kami pergi.berapa tu tak ingat.padahal 4 orang je.masa ni perut aku gila kenyang.mee bandung mak katak memang sedap.pedas sampai buat aku menangis.cayalah! masuk rekod ni.kali pertama aku makan sambil nangis.faja pun tekezut! haha!


katak, sotong! nanti jalan lagi ya! hehe suka betul usik si katak tu.dia memang pereka cerita no 1! muka lak tak boleh belah.nak macho je.sekali dia terbuat muka kak-bang.alamakkkk...nak muntah aku tengok! hahahahah!



Sep 1, 2010

Lailatulqadar.

'Di dalam bulan Ramadhan'
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan
Itulah dia malam Al- Qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa'

Macam tula bunyiknya lirik lagu Lailatulqadar kumpulan Raihan nyanyi.hehe.

Sedar tak sedar.Sudah 22 hari kita berpuasa.Maka malam ni..adalah malam yang ke 23.Sedar tak sedar kita dah pun berada di 10 malam terakhir.Semua orang tau.aku tau.Engkau engkau dan engkau juga tau.Tapi ramai jugak dari kita yang malam-malam inilah kebanyakannya penuh sungguh di pasaraya.Tu dia amalam terbalik orang kita.Huhu.Sepuluh malam awal ramadhan.Penuh surau masjid maka lengang sungguh pasaraya.Bila dah masuk malam terakhir.Lengang sungguh surau masjid.Shoping maut untuk raya.fuiyo.

Tadi aku pegi solat terawikh.hurm.sedihnya.diam tak diam dah nak berakhir rupanya ramadhan ni.sedih sedih.Aku harap dapat jumpa lagi ramadhan tahun depan.semoga tuhan panjangkan umur aku.Menyambut ramadhan pada aku lagi seronok.meriah nak dibandingkan dengan hari raya.Pening kepala fikir pasal raya ni.baju.kuih.langsir.lagi-lagi dengan orang zaman sekarang.Pegi rumah orang.satu rumah dipandangnya.haiya.leceh orang macam ni.

Masa tazkirah tadi.Ustaz tu cakap pasal pertanyaan dan jawapan.means kalau ada yang nak bertanya soalan.Insya-Allah dia jawab sebaik-baiknya.Soalan yang sempat aku fokus.Hurm.Satu je.hehe

Soalan 1
'Ustaz, apakah hukumnya kita qiam dalam keadaan gelap?'

Haa...soalan ni ada jugak kawan aku tanya masa sekolah dulu.So jawapan dia makhruh.Adalah sebabnya kan? Salah satu macam..kalau kita qiam.Lagi2 dekat kolej aku ni.Sekali tengah-tengah malam roomate kita terjaga lalu melihat keadaan kita.Apakah yang terjadi selepas itu??
Okay sebenarnya..salah satu pasal keselamatan kita jugak.Dalam gelap kita tak nampak apa-apa.Kalau terjadi apa-apa kita pun tak tau kan? Konon kita tengah sembahyang sekali ada lipan kat tempat sujud kita.Okay kamu kamu tentu sememangnya tahu apa yang bakal terjadi pada siri anda sekiranya berlaku pada anda anda dan anda.huhu

Tadi tazkirah kira bercakap pasal qiamulail.Yela dah masuk sepuluh malam terakhir.Perbanyakkan ibadat tu..rindu zaman sekolah.rajin sungguh buat qiam.Ala tu pun bila aktiviti persatuan islam.Bila nak peperiksaan besar kot.hehe

Berbalik pasal Lailatulqadar.Kebetulan pulak malam ni malam ke 23.malam ganjil tu.Salah satu tanda malam lailatulqadar adalah malam-malam ganjil.Aku rasa ramai kot yang tau kelebihan malam Lailatulqadar ni.Apa tanda-tanda malam Lailatulqadar?Harap-harap kita dipermudahkan olah Allah swt untuk bertemu ( aiceh) malam yang lebih baik dari seribu bulan ni.Amin..

Tanda-tanda malam Lailatulqadar:

1)Udara dan suasana pagi yang tenang
2)Malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin.
3)Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang, dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang.

Aku ada cerita pelik masa malam ganjil ni.Kejadian berlaku tahun lepas.Masa aku praktikal kat Kuala Pilah.Satu malam tu, malam ganjil la kalau tak silap.Aku tido..tengah tido aku mimpi.Dalam mimpi tu ada suara cakap.

'Bangun-bangun..malam ni malam Lailatulqadar.'

Terus aku terjaga.Aku tak ingat apa aku buat lepas tu.Aku fikir aku mimpi je.Aku minum air.Aku doa kejap kalau tak silap.Lalu aku tertidur.Esok aku diam je.Blur kot.Aku tengok kalendar.Betul.Malam tu malam ganjil.Hurm.Aku kecewa gila sebab aku tertidur balik.Menyesal kot.Kalau pun mimpi tu satu kebetulan.Tak salah kalau aku bangun terus buat ibadat.Manusia yang lalai.Sedih.

Ustazah aku penah cakap dulu.Masa keesokkan paginya.Pagi tu macam redup.mendung..ha macam tu la kot.Maafla kalau silap ya.Sebab apa tau? Sebab..malaikat naik.Sayap malaikat ni besar.Jadi keadaan macam reduplah.Adoi.Fail jadi cikgu.Cemana ni?

Okay.Harap-harap aku dapat perbanyakkan amalan di sepuluh malam terakhir ni.Semoga dapat berjumpa lagi ramadhan pada tahun depan.Semoga umur aku masih panjang.Amin...

Selamat beramal semua~! ^^,