Pages

Sep 1, 2010

Lailatulqadar.

'Di dalam bulan Ramadhan'
Ada satu malam
Nilainya menyamai
Dengan seribu bulan
Itulah dia malam Al- Qadar
Hadiah pada hambanya yang bertaqwa'

Macam tula bunyiknya lirik lagu Lailatulqadar kumpulan Raihan nyanyi.hehe.

Sedar tak sedar.Sudah 22 hari kita berpuasa.Maka malam ni..adalah malam yang ke 23.Sedar tak sedar kita dah pun berada di 10 malam terakhir.Semua orang tau.aku tau.Engkau engkau dan engkau juga tau.Tapi ramai jugak dari kita yang malam-malam inilah kebanyakannya penuh sungguh di pasaraya.Tu dia amalam terbalik orang kita.Huhu.Sepuluh malam awal ramadhan.Penuh surau masjid maka lengang sungguh pasaraya.Bila dah masuk malam terakhir.Lengang sungguh surau masjid.Shoping maut untuk raya.fuiyo.

Tadi aku pegi solat terawikh.hurm.sedihnya.diam tak diam dah nak berakhir rupanya ramadhan ni.sedih sedih.Aku harap dapat jumpa lagi ramadhan tahun depan.semoga tuhan panjangkan umur aku.Menyambut ramadhan pada aku lagi seronok.meriah nak dibandingkan dengan hari raya.Pening kepala fikir pasal raya ni.baju.kuih.langsir.lagi-lagi dengan orang zaman sekarang.Pegi rumah orang.satu rumah dipandangnya.haiya.leceh orang macam ni.

Masa tazkirah tadi.Ustaz tu cakap pasal pertanyaan dan jawapan.means kalau ada yang nak bertanya soalan.Insya-Allah dia jawab sebaik-baiknya.Soalan yang sempat aku fokus.Hurm.Satu je.hehe

Soalan 1
'Ustaz, apakah hukumnya kita qiam dalam keadaan gelap?'

Haa...soalan ni ada jugak kawan aku tanya masa sekolah dulu.So jawapan dia makhruh.Adalah sebabnya kan? Salah satu macam..kalau kita qiam.Lagi2 dekat kolej aku ni.Sekali tengah-tengah malam roomate kita terjaga lalu melihat keadaan kita.Apakah yang terjadi selepas itu??
Okay sebenarnya..salah satu pasal keselamatan kita jugak.Dalam gelap kita tak nampak apa-apa.Kalau terjadi apa-apa kita pun tak tau kan? Konon kita tengah sembahyang sekali ada lipan kat tempat sujud kita.Okay kamu kamu tentu sememangnya tahu apa yang bakal terjadi pada siri anda sekiranya berlaku pada anda anda dan anda.huhu

Tadi tazkirah kira bercakap pasal qiamulail.Yela dah masuk sepuluh malam terakhir.Perbanyakkan ibadat tu..rindu zaman sekolah.rajin sungguh buat qiam.Ala tu pun bila aktiviti persatuan islam.Bila nak peperiksaan besar kot.hehe

Berbalik pasal Lailatulqadar.Kebetulan pulak malam ni malam ke 23.malam ganjil tu.Salah satu tanda malam lailatulqadar adalah malam-malam ganjil.Aku rasa ramai kot yang tau kelebihan malam Lailatulqadar ni.Apa tanda-tanda malam Lailatulqadar?Harap-harap kita dipermudahkan olah Allah swt untuk bertemu ( aiceh) malam yang lebih baik dari seribu bulan ni.Amin..

Tanda-tanda malam Lailatulqadar:

1)Udara dan suasana pagi yang tenang
2)Malam yang cerah, tidak panas dan tidak dingin.
3)Malam yang terang, tidak panas, tidak sejuk, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang, dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang.

Aku ada cerita pelik masa malam ganjil ni.Kejadian berlaku tahun lepas.Masa aku praktikal kat Kuala Pilah.Satu malam tu, malam ganjil la kalau tak silap.Aku tido..tengah tido aku mimpi.Dalam mimpi tu ada suara cakap.

'Bangun-bangun..malam ni malam Lailatulqadar.'

Terus aku terjaga.Aku tak ingat apa aku buat lepas tu.Aku fikir aku mimpi je.Aku minum air.Aku doa kejap kalau tak silap.Lalu aku tertidur.Esok aku diam je.Blur kot.Aku tengok kalendar.Betul.Malam tu malam ganjil.Hurm.Aku kecewa gila sebab aku tertidur balik.Menyesal kot.Kalau pun mimpi tu satu kebetulan.Tak salah kalau aku bangun terus buat ibadat.Manusia yang lalai.Sedih.

Ustazah aku penah cakap dulu.Masa keesokkan paginya.Pagi tu macam redup.mendung..ha macam tu la kot.Maafla kalau silap ya.Sebab apa tau? Sebab..malaikat naik.Sayap malaikat ni besar.Jadi keadaan macam reduplah.Adoi.Fail jadi cikgu.Cemana ni?

Okay.Harap-harap aku dapat perbanyakkan amalan di sepuluh malam terakhir ni.Semoga dapat berjumpa lagi ramadhan pada tahun depan.Semoga umur aku masih panjang.Amin...

Selamat beramal semua~! ^^,

2 comments:

  1. ecah akhirnya berjaya meng-space kan perenggan2. sekian.

    mesti rajin terawih,tahniah.

    ReplyDelete