Pages

Feb 21, 2012

kejutan sehari sebelum result keluar.


ni jadual kelas aku untuk next sem.mantap kan?dah macam jadual berkala unsur kan? 

SPEECHLESS! 

huaaaaa! kenapa aku harus harungi sem sem yang padat macam belacan setiap sem.lepas jadual ni dipost.pemberontakan secara rahsia berlaku ditwitter.macam macam perasaan yang ada.hari tu dari dafta 6 subjek.jadi 7 subjek.terkejut ko jah! memang kos aku selalu buat kejutan.ni kejutan sehari sebelum result kua.mantap kan?

ada subjek biologi? duhh..
env kimia? adududuhhh...

baca tweet kawan kawan aku.semua tak tau nak cakap apa.haha nasik sudah menjadi bubur.menjadi taik.hahaha.kawan kawan kat fb pun semua tak boleh cakap apa.pasrah.redha.ah no komen.memang kena kuat semangat! budak pandai pun fikir nak quit.teruknya lahai kami ni.

ok aku amik kos.environmental health and safety.nak gelak sambil nangis.

STRESS! 
malas nak pk.tengok running man lagi best! hahahah *manusiatiadaperasaan*

Feb 20, 2012

entri bergambar


salam.hi readers!

ahad yang semalam.akhirnya berjaya bertemu berlepak bercerita dengan kawan kawan meden.haha seronok gila.kitaorang lepak kat metropoint je.depan meden.hah! memang tak boleh pisah dengan meden! haha semalam baru realize.tak perlu pegi shopping mall yang besar besar.sekecil kecil metropoint pun dah best.tu la penangan kawan.huhu


okay.let me introduce one by one okeh.ni la hani.kawan sekelas dari form 3 until form 4.dah grad.pandai.sedang mengajar.dan ehem.sudah berpunya. =P hani mempunyai semangat positif yang luar biasa dalam diri dia.dia sendiri kata.sifat positif tu kadang kadang buat orang marah.haha


okay.ni faiz.kawan kitaorang masa kat meden.dia berhenti sebab dapat sambung belajar.wish good luck untuk dia.dia sememangnya pandai.and for sure dia boleh success in future.tq faiz sebab belanja makan and karok! =D

asalnya kitaorang berlima tak silap.ada nana.ada qin timah hani and aku.tapi yang dapat pergi.3 orang je.kalau cukup korum kan best.lagi lagi gang 4 orang.huhu


kitaorang dah kenyang tau.so x tau nak makan apa.akhirnya amik keputusan untuk makan bersup dan simple.ada lagi yang lagi simple tapiiii lebih tergoda tengok yang ni.padahal megi sup je kot.hahaha

makan.bercerita.bercerita bercerita dan bercerita.banyak benda yang berlaku selepas pemergian kami dari meden tu.pekerja biasalah.bertukar ganti.sebelum sesi makan makan dijalankan.kita telah adakan satu sesi interview tau.memang gelak gila la masa ni.sementara nak tunggu qin.kitaorang tanya la hal masing masing.masa ni perangai masing masing tak berubah.contoh soalan..

hani kepada faiz:

hurm faiz, apa yang menyebabkan ko nak study balik? setelah sekian lama kerja? macam mana boleh terdetik tu? 

masa ni semua.haaaaaaaaaaaaaaa.pastu.kahkahkah.gelak2.

aku kepada timah

timah, macam mana ko boleh menjalinkan hubungan dengan ____? aku sangat nak tau.hahaha

lantas hani mencelah.

lepas kita berhenti.tempoh masa tu berapa lama?? 


masa ni timah terdiam.segan mungkin? hahaha tapi lepas tu.berhembur ketawa semua orang! tak senonoh punya soalan! haha

lantas timah membalas dendam

timah kepada aku

ecah, akmal ok?

aku diam.blur dan.

oh okay okay...timah.ape tanya soalan tu.segan aaaa.

timah tak mahu kalah.

hani, pakwe okay??

hani diam.senyum dan

oh okay okay.

lalu semua ketawa besarrrrr.hahahaha.banyak lawak sebenarnya.rancak gila perbincangan.semua orang hepi.sporting.huhu then lepas makan kitaorang pegi meden.hani nak beli barang.jumpa kawan kawan.borak dan.carik harta lama.iaitu.sebuah diari.






okay.kami mempunyai sebuah diari rahsia.kami berlima (termasuk azian).dalam diari tu.ada macam macam benda.rasa.rahsia.kalau kami sedih.kami tulis.kalau kami hepi.kami tulis.bengang benci geram tension.semua kami tulis.

kitaorang selalu jadual tak sama.jadi masa untuk berkomunikasi.menyelami hati sangat terbatas.aiceh! jadi itulah fungsinya diari.siap ada ruangan komen tuuuuu! hahahaha LOL! rahsia terbesar semua tersimpan kat diari tu.sekarang diari tu masih dimeden.hahaha dijaga dibajai dibelai oleh azian.besar tanggungjawab azian untuk pastikan diari tu selamat dan tak HILANG!!

Tapi kalau hilang pun.apa salahnya.kami dah berhenti.haha eh tak leh! malu oooo!


masa kat meden dulu.aku selalu pau orang tau.mangsa yang selalu tapi susah nak terpedaya adalah azian.bukan pau ape sangat.pau meloais.haha yan meloais satuuuuuu~ =P yan dah cantik da sekarang.dulu dia ketua untuk bahagian baby.hani dengan qin.aku? hahaha.aku jaga bahagian mens.bab pagoda memang mahir lah.jawab call pasal pagoda memang no 1 lah kan.timah bahagian muslimin.angkat angkat sejadah.kita kerah sama dia.wohahaha.


okay.ni kawan kawan kitaorang.seronok datang melawat ni.macam lawat kawasan pulak.haha dorang ingat lagi kat kitaorang yang nakal ni rupanya.huhu semua makin cantik dan sihat.ahhaha jangan marah~ tension keje tu biasalah.

ingatkan lepak lepak kitaorang habis kat sini.oh tidak rupanya.kitaorang pergi berkarok sebentar.haha.suara faiz memang sedap lah kan.tak leh cakap ape lah kan.hani sangat sporting.ikut kitaorang pergi karok.suara dia pun sedap.timah pun sedap.huhu psttt.dorang cakap suara aku pun sedap.haha tapi sindir ke apa haaa? sedap untuk kategori kanak kanak.isk isk.

ada cerita memalukan aku sikit.oleh sebab nak nampak cute cantik and fab.so aku engganlah memakai spec tau.bila jalan dengan penuh confident.tiba tiba jari menunjuk kepada salah seorang staf metropoint.mulut nak jerit heyyyy! sekali bila dah dekat.

salah orang.

malu! malu! maluUu! dari jauh aku ingat kelibat sedara aku yang baru aku jumpa 5 minit yang lepas.memang nyorok belakang hani.sampai hani cakap.ecah..awak tak berubah..huhu aish! STRESS!

so best of luck untuk faiz! hani jugak! timah jugak! semua semua lah! hehe so harap harap dapat lepak lagi.faiz sambung belajar kat penang.ada masa datang lah kajang.boleh lepak minum secawan kopi.

okay.nak kemas rumah.nak prepare untuk mengajar.adoi! aku macam teringat yang aku nak buat kuiz dengan budak budak tu.ok bai!

Feb 18, 2012

bosan.

hai! salam!

petang sabtu yang membosankan ni.tiba tiba line intenet jadi selembab siput.i guess lagi lembab.apekah yang lagi lembab dari siput kan? entah lah.sedang khusyuk stalk pasal girl's generation ni.time ni la dia nak lembab.haiya! bad timing maa! potong stim la!

bukan stalk ape.pasal girl's generation je.aku bukan peminat dia pun.tapi saja je nak tau siasat kaji selidik bla bla bla.pasal dorang ni.memula kita tengok mv dorang yang super duper cuteeee.tetiba rasa gila ketinggalan zaman.haha sebab baru tengok.tak.bukan apa.aku nak tengok nape orang minat lah sangat lahaii~

pastu saje la carik girl's generation plastic surgery.nak tau sape yang buat plastic surgery.artis korea ni kalau tak buat plastic surgery memang lah tak sah kan? huhu time eksited tengok muka dorang la line jadi sangat lambat.huah.

sabtu yang bosan.

tak keluar ke?

alah.soalan yang tak best untuk dijawab.semua orang busy.aku je free.so apelah maknanya? tak ada makna kan? tula yang tak best bila kawan kawan dah grad.nak grad.dah berpraktikal.sedangkan hanya aku yang menagih kasih untuk berhibur disebabkan tengah free.STRESS!

esok ahad.

yela.esok ahad.takkan sabtu balik kan? esok kawan kawan tempat keje meden ajak lepak.eksited jugak nak lepak ngan dorang.aku merindui zaman keje kat meden.eventhough keje kat sana sangat lah super duper stress! iye.yang teramat sangat.tapi kawan kawan dia sangat baik.tak sabar nak jumpa geng lama! haha 4 orang sahabat yang nakal.berani dan..dan ape eh? dan cantik kot.ahahaha.muntah darah.

esok kawan baik kitaorang yang dah kerja lama kat situ nak berhenti.sambung belajar.alhamdulillah.hepi untuk faiz.faiz ni dulu bahagian muslimin.jaga sejadah, yasin suma.dia partner timah.baik orangnya.lembut suaranya.ehehe.faiz ni pandai gila.tengok macam biasa je orang nya.tapi bab speaking.huiyo.memang tabiok spring laa.ding! ding! ding! jadi tumpang gembira dia dapat sambung belajar.dulu aku panggil dia abang.lama lama kau aku je.hahaha =D oh ya.dah pun bertunang.

bila teringat meden.teringat geng 4 orang ni.haha aku sekali la tu.ada hani.qin and timah.dalam ramai ramai ni.hani nampak matang.haha lemah lembut orangnya.baik.selalu bagi nasihat kat aku.cakap pun lembut je.hani ni kawan sekolah aku.kami selalu berkongsi cerita mengenai 'kawan' masing masing.ehehe.bila dah habis citer.kami conclude yang.alah! lelaki sama jee! haha and baru kitaorang realize yang kita kena banyak cerita.cerita bagi dia bukan nak tunjukkan masalah.atau keburukan.tapi kita boleh simpulkan yang semua orang mengalami situasi yang sama.so jangan rasa rendah diri dan teruk! kalau cakap pasal masalah.jeles.or ape ape.hani akan redakan dengan berkata.jangan risau.setiap manusia ada graf kehidupan.kaya miskin cantik hodoh bodoh pandai.bila dibanding beza.graf tu sama je untuk setiap manusia.so jangan rendah diri! 
contoh mudah! orang tu kaya tapi dia tak bahagia.orang miskin.tak ada duit.tapi mungkin dia bahagia.hah

qin.qin ni sengal.kitaorang sama je.buat kerja gila.gelak gila gila.borak gila gila.mengarut benda gila gila.haha aish.aku rindu time solat maghrib.kami akan adakan cabaran minum air makan terpantas.haha selalu waktu solat maghrib.setengah jam.masa ni kena ganti.so untuk ganti.kami kena datang setengah jam awal dari waktu mula bekerja.kalau shift petang la.so dari start keje pukul 1 setengah.jadi pukul 1.kalau aku off.aku akan sengaja menggatalkan diri datang awal jugak.pastu masuk waktu solat.aku dengan qin akan pergi surau metropoint.sebab best.haha masa keluar dari meden.cabaran bermula.aku akan pergi beli air apa apa je.pernah air coke.gila nak habiskan.buncit perut dan penuh dengan gas.bisa je masa masuk mulut.pastu masa masuk tu.tak habis sendawa.hahaha kalau dua dua solat lagi best.lari lari pergi beli.aish.

timah.dia budak sekolah aku.kitaorang jarang bertegur kat sekolah.senyum senyum je.and tak sangka dia kenal aku.ahaha popular gak aku ni en? =P timah suka memuji.selepas dia pergi kursus pengurusan emosi.haha.meden ada sediakan kursus tau.dalam tempoh selepas pergi kursus tu.mood dia baik.kalau buat kerja.asik puji orang.bukan dulu mood dia tak baik.tapi impak selepas pergi kursus tu sangat berkesan.haha aku sampai tanya.kenapa dia selalu puji? betul ke ni? haha dia kata.orang kat kursus tu suh puji orang selalu.so dia puji la.hebat jugak.tapi kadang kadang takut dengan dia bila mood puji puji tu sampai.haha

kat meden.moody tu selalu.tapi kawan kawan semua memahami.selalu tanya.ecah ok? hani ok? qin ok? timah ok? sebab kitaorang tau keadaan sangat tensen.so kawan kawan la yang meredakan tensen.tapi serius aku merindui persahabatan kat meden.huhu 

koranggg.jumpa sok! ehehe =D 


Feb 10, 2012

soalan

"salah tak kalau kita pulang balik hadiah yang diberi orang?"


mintak tolong jawab ye.tak ada hadiah pun.huhu =)