Pages

Jul 14, 2012

free as a bee!!

Assalammualaikum.

oh hai.buat ape tu? hehe.pejam celik pejam celik.aku sudah berada dikajang seminggu dah.aku habis exam hari sabtu.hari ahad dengan lajunya terus bromm balik kajang.nape suka sangat balik kajang? bukankah kajang tu sesak seperti NYC.hahaha.

ok secara rasminya.rasmi ke? aku dah pun tamat semester enam.yayyyy~~ sangat happy.dan tak sabar nak mula semeter 7.semester enam ni sangat tragis.tak ada la rasa nak menangis sebab teruk ke ape.sebab mencabar kot.tapi tak dapat dinafikan semester tujuh lagi la super duper mencabar en? okay semester enam aku sangat lah sibuk.sibuk tak sibuk sangat lah.



okay.ni masa persediaan untuk last paper hari tu.betul tak.kalau last paper tu kan.takut dia semacam je..berdebar tu.lagi kencang lah.haha.masa ni jiwa aku memang tak keruan la.tu yang kena ada bam untuk hilang hilang sakit hidung.sakit mata.pening pening lalat.paper last ni mencabar,masa ni semua sakit nak ziarah aku.so kita amik la sebotol bam duduk disisi ku.paper last ni adalah paper ecology.tengok macam senang kan? tapi sebab berdebar yang luar biasa lah buat aku tak padang sebelah mata subjek ni.okay.bekas merah tu adalah air kopi aku.setiap tegukan membawa kelegaan.aiceh! dah boleh jadi duta kopi dah ni.oh aku minum kopi singseng! ke sangseng? ke sing sang? kalau jumpa yang sing sing tu.hah tu la.sedap tau.lagi sedap dari kopi kapal api.cubalah! 

aku kalau study kena kunyah kunyah.bukan study je.masa jawab exam jugak.tu yang ada stok sing gum.eh entah ape ape je aku eja ni.eh tak pe la kan.huhu.selain sing gum! kita kena ada biskuat sikit.selalu aku cepat jemu kunyah biskuat.tu yang bekas putih gambar separuh tu ada.itu adalah hotdog.kunyah kunyah jugak.termos tu air kosong.selalu aku minum bila kopi dah habis.haha.kira last choice la tu sebab malas nak bangun pergi dapur amik air.henpon kat situ tak mengganggu pun.sebab bilik aku tak aa jam.sebab tu la henpon disisi ku untuk ku melihat masa berlalu.eceh.

bersepah kan? belum tengok katil aku lagi.kira macam katil turut berkorban tempat demi perjuangan aku.katil dah tak serupa katil dah.pernah tidur dengan nota disisi.pernah tidur dengan laptop disisi.sanggup pulak aku tinggalkan ruang untuk laptop baring jugak.sanggup merengkok kesempitan sebab malas nak letak laptop kat bawah.ada pulak orang macam aku ni kan.hehe




so kita review sikit la perihal semester ni.sikit je la.aku bukan reti menulis sangat.huhu.okay! minggu keusahawanan EHSAn ni persatuan aku anjurkan.aku selaku ahli jawatankuasa persatuan tolong tolong la sikit.sikit je.tak banyak pun.untuk orang yang datang meeting dengar dan makan kacang macam aku ni.memang macam tu.eh ape memang memang ni? eish.ok sambung.

minggu ni kitaorang kumpul dana untuk buat family day kitaorang.tak mintak bantuan fakulti pun.bangga kan? semua bajet tu kitaorang dapat dengan buat jualan big apple's, buat program kitar semula so hasil hasil tu kitaorang jual.masa ni sape sape nak berniaga boleh je.20 percent hasil niaga bagi kat EHSAn.hah! bak sini duit! haha.masa ni aku pun jual gak.cheh.nak jugak kan.masa ni aku jual kerepek dengan ina.hasilnya sangat menguntungkan.huhu.so saya cadangkan! aktiviti ini dianjurkan lagi! *suara kecil* masa jual big apple tu ada lah aku tolong tolong sikit.sebab yela.aku kan rajin.uhuk uhuk uhuk. =P


semester ni aku join FEMOS.Festival sukan fakulti.bukan jadi peserta.tapi jadi ahli jawatankuasa je.program ni besar.means satu program besar la.asalnya persatuan aku yang anjurkan.dek kerna kebesaran dia.maka persatuan under fakulti aku pun turut membantu la.hurm.aktiviti ni memang mencabar mental dan emosi aku selalu ajk publisiti.aktiviti ni diadakan masa masa genting.means masa tu banyak gila test.banyak gila assignment kena hantar.tapi tak ada la aku menangis.aku kuat! hahaha.aku kerja dengan faraha dengan ricky.sebabkan tanggungjawab punya pasal.kitorang bertiga pergi shah alam untuk print poster saje.pukul 3 pagi baru aku say hello kat katil aku.hehe.

masa aktiviti diadakan.aku ditugaskan untuk amik gambar peserta.penat jadi photog ni.dan aku nekad inilah kali terakhir aku jadi photog.hahahaha. =P


okay ni posing lepas amik sample kat dolomite.dolomite tu kat hulu langat je rupanya.kat batu 9 je rupanyaaa.dekat dengan kajang je rupanyaaaa.teruk! teruk! teruk! geografi aku makin teruk! aku tak amik peduli langsung masa dorang bagitau lokasi dolomite.tapi aku kebingungan bila aku rasa "eh macam pernah lalu je kawasan ni" memang la dol! dah dekat ngan kajang dol! sungguh mamalukan la u ni.

semester ni aku ada 3 trip.tapi aku hanya mampu upload 1 daripada 3.ehehe.memula pergi tanjung karang.kampung aku tu.dah bila post kat fb.sedara ingat aku amik sample kat sawah atuk kitaorang.ei ape ko ingat tanjung karang tu memang atuk kita punya? hahahaha.ntah pape je.group aku amik sample air.so sekarang aku expert amik amik sample air ni.aiceh.berlagak siud!

lepas tu pergi FRIM.tu aku tak pasti kat mana.dah lupa.haha.hutan simpan tak salah.tu untuk subjek eology.adalah study sikit kami buat.masuk FRIM aku sangat tak berhati hati.aku tak pakai stokin panjang.aku tak pakai penyembur serangga.macam macam lagi lah.balik tu kerisauan sorang sorang sebab risau pacat naik masuk dalam badan. =.="


oh ingat tak kami ada menang tempat pertama presentation hari tu? klik sini untuk baca.huhu so hari sebelum final tu kita lepak mamak jap untuk meraikan.macam lawak je makan hamper kat kedai.hahaha.untuk next semester punya subjek.EIA.kitaorang masih satu grup lagi.lecturer kitaorang Dr S sangat terkejut dengan keputusan kitaorang.dan dia pun hepi tengok kitaorang enjoy antara satu sama lain and enjoy dengan kerja kerja yang dia bagi.huhu 


okay dah habis! semester 6 lain kenangan nya.semester 7 pun semestinya lain kenangannya.ada yang pahit ada yang manis.even kawan kawan kat palam sangat lain dengan kawan kawan kat kajang.tapi kita enjoy je la kan.hehehe.raikan la ape yang ada kat sisi kita sebelum jauh and hilang dari pandangan.

semoga saya mendapat keputusan cemerlang! doakan ye! babai! oh ya! aku kini bekerja part time kat paksen kajang.so next time aku akan update sikit pasal keje aku yang enjoice tu okay~ ehehehe.daa~

YayyY~ free as a bee~~
hepi holidayYy~~

No comments:

Post a Comment