Pages

Nov 18, 2013

heilu

heiluuu.

aku mendapat tawaran untuk menulis novel berkenaan sebuah kisah cinta yang...aih tak perlulah aku mention disini. haha ianya satu tema yang memalukan jiwa ragaku. hahaha.

konon.

lately aku jarang mengupdate blog sebab sibuk dengan kegiatan duniawi yang entah hape hape. banyak enjoi ini manusia. bila nak berubah. ai dono. 

berubah bila ketandusan kewangan aku rasa.

hari ni macam nak membebel sikit. yela. untuk manusia yang macam aku ni. banyak benda nak bercakap.memerlukan banyak telinga yang diperlukan. jenis aku yang gemar bercerita ni sampai tak ingat dah. aku pernah cerita ke cerita ni cerita tu kat orang ni orang tu. haa..nampak tak eksited nak bercerita dia sampai tak ingat cerita kat siapa. sampai cakap macam ni.

'eh aku dah citer ke citer ni kat ko?' 

hahaha.

so lately jugak aku kerap bermonolog dalaman sesorang. kekadang tengah drive.sibuk fikir nak update apa ye kat moments wechat.kat kepala mulalah dah karang ayat. siapa perilaku dia serupa gini angkat tangan! *me!me!* kadang kadang ayat yang melucukan la konon nak letak.

hihi. so tak sedar..tengah drive ada kakak kat sebelah. kakak ai le. so bila teringat atau berangan ayat lucu tu..maka tersenyumlah ittew sesorang...lima mint kemudian baru sedar yang diri ni bukan kesorangan dalam kereta.so...

malunya tuhan saja yang tahu.

yang sebenarnya tak salah kalau nak monolog sesorang.dia jadi salah dan memalukan bila kau senyum sesorang tu.itu sangat...memalukan.

memalukan sikit tau bila kau ditangkap tersenyum sesorang.padahal bukan angau. tapi sebab yela.mengarut sesorang kat kepala.haih. yang paling memalukan bila aku ditangkap senyum sesorang oleh kakak sendiri. dia sebenarnya tak adalah malu sangat.tapi malu bila kau sedar kau tengah senyum ya allah..rasa nak terus tido tak nak bangun.malu gila!

seterusnya kejadian senyum sesorang ni terjadi bila aku melakukan aktivti membosankan dan menjengkelkan ditempat kerja.iaitu meng-laminate. ai hate this job.this stupid job.selalunya aku akan menjerit menyatakan 

this iz not mai job.seriusli.

cecewah. berani sangat cakap macam ni depan bos.berani cakap depan kawan dari admin department je. so bila duduk depan mesin laminate.dia mulalah satu aktiviti berangan.yela untuk manusia berangan dan kaki monolog macam aku ni.

bermonolog sampai tersenyum.pastu ada 2 3 pekerja lalu. tengok ko senyum sesorang.aish!!! malunya!! tapi selalu kaver dengan muka yang..tak mengerti apa apa. 

bhahahah.poyo la kaw ecah!

oklah.aku tau ramai yang rindukan bebelan santai aku. tapi aku harus menunaikan janji aku pada k-drama disaluran one. eleh.nak gitau dia ada astro lettew. 

salah. aku tau ramai ada astro.aku just nak bagitau aku layan drama korea jam 10 bape malam sampai 12 malam. di channel one.

itulah masa aku bersosial dengan kehidupan yang tak berapa nak hidup ni. 

bestlah drama korea.walaupun dia tak logik bab orang miskin pakai baju cantik gila nampak mahal dan muka pun tak sememeh macam pompuan kampung.tapi..ok wat. i like. aniting about korea.

btw kawan aku dapat tawaran pergi korea! atas urusan kerja la. tapi dia tolak. ya allah...alangkah stressnya diri ini. hey tau tak penerbangan ke korea sangat mahal. aku rasa lah. tapi bila dapat foc. aku stress. aku tumpang stress atau aku amik alih ke-stressan dia. sebab dia tak stress.

manusia pelik.

so kita akan bersambung dan aku akan bersambung berbicara sikit. penulisan santai ini akan dirindui.kekeke.

statement gila perasan.

xoxo~

p/s saya baru bergraduasi! yuhhu! tahniah to me myself! \(^0^)/

No comments:

Post a Comment