Pages

Jun 5, 2014

cerita hari ini

malam ni. aku dengar lagu jay chou. tajuk ye qu atau november chopin atau nocturne. ape ape je lah abang jay. bila dengar lagu abang jay. rasa macam mengimbau zaman diploma. untuk permulaan lagu dia. bunyi. piano ke gitar entah. aku fail bab teka bunyi. anggap lah itu gitar kot. eh no no. itu bunyi piano.

yakin. bunyi piano. lagi lagi bab permulaan MV dia. peh. bila naik kereta. aku mesti feeling habis. bayangkan turut serta jadi watak dalam MV dia. bila bayangkan tu. tak main la kalau hanya nak jadi watak sampingan ala ala props. tak payah berangan terus la kalau dah niat dalam hati nak jadi props. alang alang berangan. terus jadi heroin je. wah. bestnya. angan angan yang tak jadi kenyataan.

minggu ni. 3 hb 6. genap setahun aku keje syarikat Y. happy anniversary cik aisyah. 1st anniversary. semoga terus kekal berjuang bersama syarikat Y. kekal berjuang tu. macam tak la kan. masakan aku mahu kerja di sana sehingga tua. aku hanya kekal bila mampu ganti tempat bos aku. Mr O.

bilalah dapat jadi manager ek? seronoknya jadi manager.

workload agak banyak. ditambah pula penyakit lupa menjadi jadi. parah sungguh macam ni. kalau kawin. mau boleh lupa amik anak kat sekolah. mihmihmih.

minggu ni aku soal bos aku. Mr M. tanya dia. tak sedih ke kawin. tak sedih ke tinggalkan kawan kawan? dia cakap kawan kawan dia semua jauh. semua dah kawin. so dia tak rasa sedih.

oic.

tak sedih ke tak dapat mesej kawan pompuan?

soalan jenis apekah ini? aku pun tak tau. tapi lancar jugak la keluar dari bibir aku ni. en M cakap. zaman itu sudah berlaluuu.

oic.

eleyh. bajet je tu.

aku cakap la. sorang sorang. sorang sorang je yang mampu. monolog dalaman.

tadi dalam opis. pagi la. kecoh ada tikus. kat department MIS. opis tu kalau tak kecoh. bukan opis. kadang kadang macam pasar. tadi kalau tak dikawal. aku rasa nak jerit je. gila kan? oh berbalik kisah tikus. aku tak rasa pape. buat bese je. sampailah aku pegi pantry nak amik air lagi. white kopi. sedap tau. aku rasa dah addict. pastu aku rasa jantung aku degup kencang. sampai nak tido pun tak sanggup yu. aku pegi pantry la nak tambah kopi. sekali jumpa dengan orang department MIS. nama dia kai.

dia bawak kain. aku pun ramah ramahkan lah diri tanya pasal tikus. dia kata ada taik dan kencing kat keyboard dia. terus aku macam. wattt! kencing! oh maigod! sangat bahaya weyyy!

well. aku pura pura tenang. cakap bahaya semua. tapi tak tau la kalau aku tipu masa menulis ni. aku tiba tiba macam tak ingat. yeke aku tenang. mungkin aku nampak tenang. tapi riak muka pernuh emosi. penuh tekejut.

tu tenang ke? idono.

dia kata ada kencing. sebab tu dia amik kain. nak cuci. kena tengok cawan semua. kena basuh dengan air panas.

aku pandang cawan aku. tetiba aku lupa. tadi masa memula aku ada cuci ke tak cawan ni?

ah semua benda nak lupa. cuak sangat agaknya. aku buat biasa. dalam biasa aku perlahan lahan ke sinki. aku buang semua air dalam cawan aku. yang baru aje aku tambah tadi.

aku harap kai tak sedar. ke dia sedar. tapi buat tak sedar. sebab dia masih dipantry bersama sama dengan kain buruknya.

so aku basuh.dengan sabun. dengan air panas. tambah air balik. tiba tiba aku rasa tangan aku sakit. maigod. aku kena jangkitan ke. tiba tiba aku rasa badan aku tak sedap. tiba tiba aku rasa jantung aku berdegup kencang.

apa dah jadi ni?

aku termenung mengenang nasib. dan mintak kawan kawan doakan aku selamat. dan ya. beria dorang ketawa. kuaja. kuaja kuajaaaa. aku serius ok. ini sangat seram. serius seram.

oh esok aku cuti. cuti untuk pergi bercuti. bercuti ke ipoh. haih. napelah eksited sangat hati ittew nak pegi ipoh. selalu hujung tahun. tapi kali ni pelik sikit. kita pegi tengah tahun. lagi lagi cuti sekolah. lagi best. sebab bos akan murah hati je benarkan cuti. family time kata dia. Lol. oh ya. berdasarkan pemerhatian aku. bos aku. pentingkan family. so aku pun ikut jugak la cara dia. cuti. cuti. keje. tinggal dalam poket.

ada orang cakap. yele. dia bos.

macam tu eh? tapi kalau aku cuti dia tak marah pun. tak ada pun bekukan cuti. ke aku tak kesah. kau bos ke bukan bos. ke aku analisis sesuatu benda dengan cara berbeza. hmmm. menarik jugak aku ni.

esok aku pegi ipoh naik ETS. petang. lepas keje. tapi bajet macam pegi subuh subuh kecohnya. eleh. sukahati lew. orang eksited memang sedikit kecoh. sama la konsep macam orang nak tunang. memula tak nak la bagi tau. nak rahsia la ape la. sekali dia la orang yang paling eksited citer kat semua orang selepas 1 jam bertunang. lulz.

esok aku ponteng keje. tu la aku cakap. pegi ipohnya petang. tapi beria cuti. well. perlukan rehat kot. siapkan keje ke. siapkan outline ke. tido seharian ke. seronoknya. i love tido very the muchie.

esok nak pakai baju apa? haih. lemah la bab packing packing baju ni. lemah tau tak. mata rambang nak pakai baju apa. walaupun ko tak ada baju. mak aku cakap. aku ni keje tak ada baju. jalan apentah lagi. bukan tak ada. cuma aku rasa macam. modal kena keluar lagi ni. baju kini tak menepati citarasa aku. mungkin faktor umur kot. so dia jadi macam eh baju ni kecik la! eh baju ni kaler terang la! eh baju ni nampak gedempol la!

keyakinan aku kini hanyalah hitam. terima kasih hitam. kalau tiada engkau di dunia ini. apelah nasib aku.

so aku rasa. esok je la aku packing. tengok la cemana keadaan esok. mata ni macam berat semacam pulak. outline tu aku tengok pun tak bernafsu. cemana nak bestseller ni. mungkin akan wujud satu bab yang diri ini disindir. lol.

deep ni deep!

well. lagu ye qu masih berkumandang. saat entri ni nak habis. aku rasa mak aku dah sebal dengar. dari semalam dari kelmarin. lagu ni sajew. kakak aku apentah lagi. rasa rasa dia 100 kali sebal bila aku dok copy lagu ni dalam pendrive. so 4 kali dia keluar secara deret.

haih. seronoknya. tau tak seronok tau perasaan dengar lagu satu je. dan aku yakin tu petanda aku setia.

euw.

k chuolls. happy holiday to me. packing timeee!

xoxo

No comments:

Post a Comment