Pages

Jan 31, 2016

2016

Post pertama untuk tahun 2016. 

umur dah menginjak 27 tahun. life partner still dalam mode searching. no need to rush suara hati aku cakap. mungkin dengan kelewatan ini memberi ruang dan peluang pada aku untuk berbakti pada keluarga.

I miss my late father.

really miss him. keadaan jadi awkward bila ko nak percayakan diri kau yang ayah kau dah tak ada. aku tak tau mana datangnya kekuatan dalam diri aku untuk kelihatan biasa biasa aje happy happy saja seperti tiada masalah lagaknya. 

pekerjaan aku alhamdullillah.

tuhan banyak tolong aku. banyak sangat. macam ada benda urgent dan last minit. semuanya berlangsung dengan jaya. alhamdulillah. dulu aku punya keje sangat banyak. sampaikan aku cakap dengan diri sendiri tolong ikhlaskan diri. anggap keje yang berlebih lebih ni adalah kebajikan. nak pahala kan?

so aku pun kembali ok. bulan berlalu bulan akhirnya berkat kesabaran aku..company tambah lagi sorang untuk aku handoverkan semuaa kerja kat dia. ya allah. terima kasih sangat sangat. 

kehidupan masih seperti dulu. biasa biasa je. kisah percintaan lagilah tak ada. now fokus pada keje je. boleh je nak bercinta tapi ada perasaan paranoid sikit disitu and lelaki sukar dingorat oleh seorang gadis safety officer. ahaha aku nampak sombong sangat nih. watevalah. aku percaya kenapa tuhan belum set kan masa untuk aku jumpa seseorang. mungkin sekarang ni bukan masa yang sesuai. aku percaya perancangan Allah s.w.t lebih baik. so just keep positif. 

kepada semua.

have a nice day ahead and please don't put so hard on yourself k?

=) 

1 comment: