Pages

Jan 22, 2011

terima kasih kawan

bila duduk sorang sorang.teringat outing hari cuti thaipusam hari tu memang susah nak lupa.aku hepi.sangat hepi.serius.bila outing dengan kawan kawan yang takkan mempertikaikan setiap patah kau guna.yang tak akan mempertikaikan betapa cerewetnya kau beli itu ini.yang tak kisah bape lama masa diambil hanya untuk pilih tempat makan.yang mampu tahan ulang alik satu kedai hanya nak beli sepasang baju.serius aku sungguh berterima kasih.aku betul betul jadi diri aku.

untuk aku yang kuat makan.makan sekali masa berjalan sangat tidak cukup.memandangkan pagi tu tak sempat makan disebabkan ketangkasan pah membawa kereta dari klang ke puncak alam hanya beberapa minit.padahal aku rasa baru lepas tepon dia tanya bila dia gerak? puas aku tunggu mesej dari dia.konon nak bagitau yang dia dah gerak.bukan mesej yang aku dapat.tapi panggilan telefon yang menyatakan dia dah nak sampai sedangkan aku berbaju t-shirt sambil tercongok depan tv.satu hape tak siap.tak mekap.

bila tak makan pagi.mood belum kuar lagi.lambat sikit.nak amik gambar pun macam.nantila...sampai hajar cakap.korang tak eksited nak amik gambar eh? padahal perut tengah menahan lapar.bak kata salina.cacing meng-gigit gigit perut sudah.

jadi.timesless penang pilihan kami.jam pukul 11 lebih tapi masih mintak roti bakar lagi.konon nak makan yang ringan ringan ajelah.tanpa diberikan sudu.sebenarnya tak tau pun makan roti bakar kat situ dia bagi sudu.pah spesel sikit.roti bakar plus kari.serius.kari dia sangat sedap.pedas.cukup segala rempah.bila roti dicicah kari masuk dalam mulut.rasa macam kena renjatan elektrik(pergh.gila hiperbola.) serius sedap.cubalah.harga pun sangat sangat berpatutan.

masa nilah segala gambar close up akan diambil.macam macam gaya.itu syaratnya.inilah salah satu aktiviti wajib yang perlu dirakamkan.haha.lucu.

sepanjang umur aku main boling.tak pernah sangat sangat strict.sampai perlu tunjukkan mana stoking anda.aku tau.main boling kena pakai stokin.kebersihan.tapi.biasalah.degil.tapi kat sini tak boleh tipu.dia check.huh.aku tak gemar dengan pekerja dia.mungkin dia tak dapat cuti thaipusam.tak dapat pegi batu caves dengan sedara mara.jadi dia mungkin agak tacing hari itu.jadi dia hanya 'mencampak campak' kasut je time nak bagi kitaorang kasut.tak mesra langsung.konon balik tu nak baling balik.tapi tak bernasib baik nak bagi balingan kat pekerja tu.sebab orang kat kaunter dah bertukar rupa.jauh lebih mesra.sampai menongkat dagu pandang customer.senyuman paling cantik customer tu dapat.erk.

makan tengah hari agak tak puas hati.rasa utara agak mahal jugak dari oldtown coffee house.kalaulah kami tahu awal awal.serius masuk je oldtown coffee house tu.semenggah sikit.ada nama.ada gaya.haha.malas nak cakap pasal makan tengah hari.tapi serius kami ketawa bila lalu depan restoran johnny.pernah dulu makan.minum green tea.sungguh tak lalu nak minum.

wayang gullivers boleh tahan kelakarnya.tapi tak senonoh.ada satu part sungguh melekat kat kepala.mengarut.sangat mengarut.tapi aku rasa waktu tayangan dia agak lama.terasa agak penat.tapi masa iklan aku tertunggu tunggu jugak thriller green hornet.tapi sedih.tak keluar keluar.frust.

times square bagaikan syurga.lama aku tak jejakkan kaki kat sana.bila sampai.macam wah wah wah.untuk aku yang tak berjalan dari bukak sem dulu.memang bahagia betul sampai times.memang syurga membeli belah.tak menang tangan.tak menang mata nak memilih.lagi lagi bila carik boot.sekarang musim orang pakai boot.bersepah sepah boot kat times.beli boot tak boleh main pilih.kena fikir betul betul.sebab kita sedang melakukan pelaburan terbesar dalam hidup kita.pergh.macam nak beli kereta je gaya.hiperbola sekali lagi.

bila kumpul ramai ramai.semua citer keluar.alkisah aku dengan anuar zain pun keluar jugak.tu belum kisah ketumbit.anuar zain aku boleh terima lagi.kisah ketumbit aku tak boleh terima.memori hitam.kisah anuar zain yang aku gilakan dulu sampai tampal gambar dia dekat siling.katil kat kolej double decker.jadi untuk aku penghuni tingkat atas.mana lagi mau lekat.siling jugak lah.siap tulis memo

'gud morning lalink!' 

sungguh tak menahan.

hari tu betul betul kami berjalan.keluar pagi balik malam.tapi bukan selalu.lama tak rasa hepi macam tu.aku kalau boleh tak nak hari tu habis.tapi ape nak buat.aku harap lain masa dapat keluar macam ni lagi.kami je yang tinggal.pah.amy.faraha.aku.kami dihadiah kan coklat.lolipop.little teddy oleh pah.thanks pah! peluklah kami ya! hadiah bantal peluk je mampu.hehe.terima kasih semua.tekanan sungguh berjaya dilepaskan.

terima kasih kawan! ^^,