Pages

May 26, 2011

soalan.sila jawab.

tadi aku ada baca satu entri kat satu blog ni.dia selalu cerita pasal cinta.catatan tulisan dia pun sungguh puitis.tapi pertanyaan kawan aku berkenaan kisah cinta dia kat aku.aku tak jumpa dalam blog tu.hari tu aku lepak dengan kawan form 6 aku.kami susah nak jumpa.kalau buat reunion pun.selalu last minit tak jadi.tiba tiba hari bertuah tu.dapat lah lepak.aku ingat faez ngan fa je.haha tu je pun yang rapat.kitaorg ni tak da la rapat mana.tapi kawan masa form 6 tu.walaupun sekejap.tapi bertahan lama.huhu okay lupakan kisah form 6.huhu

biasalah orang perempuan.haha kitaorang je ke? kalau jumpa sama sama.selain cakap pasal perkenalan yang singkat tu.mesti cakap pasal lelaki.gedik kan? isu isu love story ni.sure ada lah.haha gedik lagi.pastu salah sorang dari kitaorang ni.bagi situasi.so aku nak tanya korang.atau sapa sapa lah yang baca blog ni.silalah jawab.silalah bagi pandangan.kalau korang ada kat situasi macam ni.apa yang korang buat?

okay situasi dia.

bila si gadis sayang pakwe dia tu.gila sayang la.kira dah in deep bak kata kawan aku salimm.*haha* tapi bila si gadis dah sayang gila.pakwe dia tiba tiba.buat hal.macam tak kesah.macam tak amik peduli.macam malas layan la.tak macam dulu.nak nak lagi kalau si gadis ni kalau boleh tak nak lah break.sebab dah sayang sangat.but at the same time.dia makan hati gila gila an.

aku bila dengar.haah kan? tapi macam kena pekkk sebijik kat muka. mesti ada punya kisah macam ni.eh aku pun penah je jadi.ops.citer lama.haha lupakan.aku pun malas nak bagi pendapat aku.so nak tanya orang ramai.sila jawab.

May 25, 2011

SC: day three *hari yang...membanggakan* (part 2)

salam! kembali lagi! haha! ok2 sambung citer pasal part one hari tu.okay.aktiviti seterusnya adalah..berakit.pertandingan berakit nih.nasib kami sangattt baik.sebab rakit tu kena bina sendiri tau.masa ni nak terimas kaseyy pada ahli ahli kumpulan 1,2,3,4 betul kan? sebab pa? sebab depa la yang buat rakit.pastu pulun pulun buat pandu uji rakit tu.haha

okay.group aku lawan dengan group...9 dan 10.okay masa ni memang mendebarkan.ada beberapa keadaan yang menakutkan masa pertandingan ni yang aku sangat sangat takut terjadi kat group aku.

1. aku takut jatuh.tu satu.jatuh means rakit tu tak seimbang dan beberapa ahli group bakal jatuh.
2. aku takut rakit tu beralih arah.contohnya.rakit kamu berjaya jalan.jalan ke? nope nope.berjaya bergerak dengan agak pantas hasil kayuhan anda.tapi malang.tiba tiba beralih arah dan membuat pusingan u-turn di tasik kecil.omaigod.malu.
3.macam biasa.semua orang takutkan.ketinggalan jauh dibelakang.huhu

okay.masa ni semua orang takut.ahli group aku ada..1,2,3,4,5,..6. ..eh! 6 je? mana lagi sorang? jap jap.aku, wani,tiqah, miha, raudah..taqi.hah! 6 orang! soli???

"weh! jom la tolong aku!"

*suara jeritan taqi tu.*

aku pandang ke arah taqi  dan pandang anak matanya memandang ke arah sape.oh soli!

soli dilihat sedang beristrirehat.eh beristirehat.eh apa apa lah.

wat the tuttt la ko kan soli.dia sedang berehat dibawah khemah o pondok dengan lecturer.hey! ko sape beb! pastu kami ajak.dia dengan gelabah dan tak machonya.tak nak join.geram tak korang? dia bukan tak sehat fizikal.mental dan jiwa.tu kami tak pasti.masa tu aku panasss je.kami 6 ketul nak lawan dengan group yang berketul ketul.group ina dah 8.group lagi sorang tu berapa ramai.tu tak pasti.tapi ramai aaaa.masa ni aku ajak lagi soli.dia tak nak weh.mati matian dia tak nak.aku pelik.apehal mamat ni.risau kemachoan dia hilang ke? atau dia tak boleh kena air tasik? alergik? hah! macam macam la ko kan soli.pastu datang kat kami.cakap gud lak.sorang pun tak peduli.huh!

okay.kami fokus.susun atur strategi.masa ni.memang gelabah gila la.sume tanya.macam mana ni kak ecah.kak ecah.aku pun guna pengalaman sesiput aku je la.depan ngan belakang kayuh.haha nasib kami TERsangat baikk sebab taqi ni tau la sikit sikit skill berakit ni.so dia bagi tunjuk ajar sikir sape yang pegang pendayung.kalau rakit salah arah.buat macam mana sume.posisi kami? aku dibahagian belakang sekali, miha depan aku pegang pendayung, pastu tiqah tak silap, pastu wani dan depan sekali adalah raudah yang memegang pendayung jugak.taqi? dia jadi turbo kat belakang.berenang tolak rakit.hahaha inilah kaedah yang dilakukan kumpulan lain jugak ya.

masa ni.tak tau la nak cakap apa.6 orang kayuh rakit.nak menang memang mustahil.so slogan kami

yeah! saksikanlah kekalahan kita!

prittttt!!! *wisel bunyik*

huah! masa ni cuakk gila.tolak air dengan semangatnya! masa ni tiba tiba rakit kami tukar arah.so pendayung pendayung gunalah tips yang diberi taqi.alhamdulillah.berjaya kawal rakit dengan baik! aku masa ni.semangat kot.haha jerit  1, 2 1,2 1,2 banyak kali! huhu tiba tiba tak berapa nak tengah tasik.berlaku kemalangan di group sebelah.group ina TERbalik!!! gelak sikit sebab takut hilang fokus.sesudah gelak sikit.lagi semangat sebab group kami di depan! haha

sokongan dari penonton penonton sungguh memberansangkan! aku tak kisah la rupa aku macam mana! at the end! group mang mang gisss menang! korang tau tak betapa bermaknanya kemenangan ni? gigih gila kami usaha! dah la sorang anggota lari! so kami sangat sangat hepiiii senyum sampai nampak gusi! hahaha

bila dah naik ke daratan.aku tanya pendapat penonton.

"huish! cayalah kak ecah! mula mula kitaorang tengok.memang jerit habis lah.sebab group akak dah depan.dah la sume perempuan! memang wonder women la! tapi tiba tiba ada laki berenang kat belakang...tengah jerit jerit.sekali perasan.budak laki tu TAK BERENANG.dia BERJALAN."

hah! taqi berjalan!! aku dah nak gelak.okay.taqi ni gilaaa tinggi.tasik pulak cetek.haha! memang terbaik la.haha boleh pulak dia jalan.patutla masa naik tu.ada la group ni kata.tak aci sebab jalan.haha no komen.gunalah keistimewaan yang tuhan beri.alah lagipun ni kan hanya main main.kalah mati.bukan ada pusingan lagi.haha patutlah kawan kawan dia tanya taqi.

"ko jalan eh tadi."

dan dia senyum kambing.hahaa ah tak kesah la jalan ke tak! janji kami kayuh sekuat hati.inilah kemenangan palingg bermakna.hahaha

di majlis penutup.group kami ditabalkan sebagai GROUP TERBAIK untuk SURVIVAL CAMP 2011 ni!!thank god! korang tau tak! betapa hepinyaaa kami semua! tak tau macam mana dipilih dan terpilih.tapi memang best!! soli tu tumpang la sikit kot.huh.masa dia umumkan hadiah ni.semua saguhati dah dapat tau.masa ni 3 group tak dapat lagi.aku pelik.macam mana dorang yang lain boleh dapat? nape group aku tak dapat? tak teringat langsung pasal tempat ketiga  kedua n pertama ni.serius tak sangka.haha kira TERkejut jugak la menang ni.terima kasih la ajk yang TERlibat.sebab pilih group kami.TERharu sampai sekarang.haha

saya sungguh merindui ahli group saya walaupun sekejap je satu group.lepas ni tak ada dah program dengan budak budak diploma.dengan budak degree je.gila bosan.tak variety.haha budak diploma fakulti kitaorang dah pindah ke UiTM Bertam.kepada kenalan kenalan adik adik diploma.akak akan merindui kamu.isk isk isk T-T.sebab kemasukkan budak asasi yang beribu ribu lemon kat puncak alam.huah.gila bosan puncak alam.penuh dengan budak budak.huhu tak best la nak cuci mata.ops.haha kepada ahli group mang mang giss!! saya sungguh hepi berkenalan dengan kalian kecuali seorang yang tak bernama sebenar.blerghhh!!! =S

sekian.tamat sudah entri survival camp.hehe

SC: day three *hari yang...membanggakan* (part 1)

hai! salam! baru sedar dah lama rupanya aku tak hapdate blog ni.huhu sory guys! sangat bz.tapi bz hape.itu kita tak pasti.haha okay.hari ni nak kongsi cerita survival camp lagi.last! last! last episod nih.tapi part 1.huhu

hari tu kita cerita until hari kedua kan? but x masuk yang solo camp tu kan? okay berfore that.aku nak tanya.dalam kepala korang.bila bercakap tentang solo camp ni.ape eh? dalam kepala aku.masa sebelum mula camp tu adalah...duduk kat hutan sorang sorang.huhu sama tak ape yang terlintas dalam fikiran korang?

okay.solo camp ni.bermula jam 11 malam until 3 pagi, 4 pagi , o 5 pagi. ikut suka hati pihak penganjur tu la.nak jemput balik kitaorang wat time.masa dikejutkan pukul 11 malam tu.sebelum tu kami dibenarkan tidur ya.
kami kena pack selimut, bantal, makanan air dan apa apa saja lah.sebab apa? sebab kita nak tidur di dalam hutan! hiyah.itulah yang diberitahu oleh pihak ajk masa proses pengejutan berlaku.masa ni aku gelabah sikit.duduk hutan? kena pakai kasut.kasut basah.kasut crocs je ada.selamat ke? dalam kegelabahan berlaku.salina nampak.dia tanya n cadangkan aku pakai crocs sebab pacat tak ada kot.jalan tar and kawasan kering.fuh~ memang memahami!

bila dah berkumpul dan dengar taklimat.dia kata masuk sorang sorang.aku tensen.aaaaaaa.tak suka lah.sape dekat dengan aku.nampak la pengerutan dahi berlaku dengan banyak kali nya disertai dengan muka ke-fed-up-an.haha emosi gila masa ni.sekali diterangkan dengan lebih jelas.yang kami duduk dalam hutan.bersama group.fuh~ solo camp tu maksudnya.kehidupan kita masa kat hutan bila sesat.dia nak ajar cara hidup kat sana.tapi yang ni tak berapa real la.sebab kami dibekalkan khemah 2, ada lampu suluh, ada parang , ada lighter.haha sesat hape.kalau ikutkan.memang dia tinggalkan sebatang kara.tapi tak boleh kot dibuat.orait gak.lega sikit.kalau ikutkan dah nama solo camp.memang sebatang kara la kan??

masa masuk hutan.gelapp.tak dibenarkan bukak lampu.atau suluh suluh sekitar hutan.pantang.masa ni.gelappp sangat.so aku terfikir macam mana kalau orang sesat? tak takut ke? mestila takut kan? tapi cara dia atasi takut tu.sungguh buat aku kagum.fuh~

kami diminta pasang khemah, pasang unggun api.mula mula kecik.kecik sangat.group marcos dah menyala nyala.cara nak pasang unggun api dengan baik.mula mula carik ranting ranting kayu yang kecik kecik dulu.bakar la guna lilin n lighter.pastu dah ada api tu.masuk la ranting kayu yang besar gajah tu.kumpul kumpul la daun daun kering sekitar kawasan.campak.dan jadilah! unggun api yang sangatttt besar! wahhhh!

time ni pulak.aku trauma 5 minit.sebab tengah aku masuk kan daun kering.tiba tiba meletop unggun api kami!! terkejut.saspen.ngeri.mujur muka tak tercela terluka.tak berani amik risiko lagi.aku..just duduk jauh sikit.tapi mengapakah unggun api kami meletup? bahaya ooo.

pastu pasang khemah.dah terer.so senang la.kacang je.haha eksyen ye ko.tengah sibuk pasang khemah.bunyik pelik ada lagi.kuat ouh.macam bom.tapi tak sekuat bunyik bom.

tiba tiba soli.

soli: patutlah meletup.ada yang masukkan asbestos."

aku: asbestos??? *monolog dalaman sambil muka plain*

soli keluarkan atap bumbung yang dari mana depa ni dapat ntah.pergh.sapelah bijak bonar masukkan asbestos.asbestos ni la yang hampir meragut muka aku tadi.huhu

huah.terkejut gak aku.ada pulak asbestos sesat dalam unggun api.naya naya.

okay.tibalah masa untuk jaga kawasan! okay.budak laki group aku tak gentleman.soli awal awal dah pengsan.tak dapat diselamatkan.so kami sebagai wonder women.*aiceh* offer la jaga dulu.dat time jam menunjukkan jam 2 pagi.so konon nak jaga until 3 pagi.but yang terpilu sikit.aku pun tak dapat diselamatkan.jaga kejap.pastu baring.pastu tertido until 5 pagi.pergh.teruk la ko! masa ni wani budak degree part 2.yang jaga until jam 4 pagi.budak laki terlebih tidur.rasa bersalah banyak gila kat wani.haha dia kata dia dengan tiqah siap pinjam parang kat marcos.potong kayu.haha sampai taqi bangun.dan tolong kejap.haha aaaaaa.akak memang x boleh aktif langsung waktu malam wani.sori sangat sangat! haha

kami sampai kat kem jam 6 pagi! solat n siap siap pergi.....berakit! part 2 eh! nak tido jap.ngantuk nih. =P

May 16, 2011

SC: day two *hari yang mencabar jiwa*

okayy.hari ni nak cerita pasal hari kedua survival camp tu.hari kedua ni aktiviti jungle trekking.group aku yang tujuh orang kehilangan seorang ahli kumpulan.iaitu soli.jangan ditanya kemana dia pergi sebab aku pun tak tau dan malas nak amik tau.yela.ajk kan? poyo.tapi ketiadaan dia tak menimbulkan kerunsingan pun.sebab dia ada ke tak ada.sama je.haha kejam siottt.percaturan hidup aku hari ni.silap banyak.sebab aku pakai stokin pendek dan seluar tak cengkam bawah.memang menempah mauttt.haha jadi sepanjang aktiviti tu aku tak enjoice langsung.part paling menakutkan bila tengah jem.yela.bayangkan seratus lebih masuk.lepas tu time kena lalu halangan.tu yang buat lambat.time tu aku dah cuak.rasa nak pengsan.risau hinggapan sang pacat berlaku.

Setiap 5 minit ke 10 minit aku akan tengok kaki aku dan sepanjang berlangsungnya aktiviti tu.aku just tengok bawah.tengok pacat.risau tuhan je yang tau.masa ni aku nak cepat cepat balik.aku harapkan ada helikopter tolong angkut aku balik.percaturan hidup kali ni dianggap gagal! aku rasa nak marah orang orang yang jalan lambat.haha muka pucat bila dengar jeritan mangsa pacat.di-cool downkan 5 saat oleh faraha.haha argh! argh! nampak pacat kat satu kawasan.rasa nak lari laju laju.lagi takut bila wani.ahli group aku kena.oh tidak.pasti ke aku tak kena? masa ni banyak kali gak aku terjatuh dan hampir terjatuh.sampai wani cakap.akak ok? huhu rasa tertekan dalam hutan pacat.

alhamdullillah.aku terselamat.pacat adalah binatang paling menakutkan dalam hidup aku.sering berlegar legar dalam kepala aku selepas aktiviti jungle trekking tu.betul ke pacat tak hinggap? risau dia mencecah betis dan akhirnya masuk ke dalam perut melalui faraj dan membiak di dalam rahim.argh! argh! pucat muka aku fikir hal ni.diam tak mampu cakap ape.hanya berserah pada tuhan.untuk panjangkan nyawa aku dari serangan pacat.pergh.imaginasi gila hebat.imaginasi aku sampai ke kaedah rawatan.apekah rawatan yang dilakukan untuk buang pacat dalam badan? ada ke? huuuu.seram.

okay.sejujurnya penat gila balik tu.rasa nak makan mcd.serius.aku nak mcd.selain mcd.aku dah terbayang kari ayam dalam tin yang kami rancang nak masak.malang.misi kari ayam tak dapat dilaksanakan.sebab apa? sebab pihak penganjur nak ajar kami masak dalam mode survival dalam hutan.guna buluh untuk masak nasik.bakar ubi.pisang.ikan dan sembelih arnab.masa ni aku dah pening.protes pun ada.sebab aku dah lapar gila sampai rasa nak pengsan.haha over kan? asal lapar je rasa nak pengsan.haha group aku gabung dengan group 10 n 12.masak ubi dengan pisang.apo bondo aih nak buek dengan benda tu.tak ngoti.tapi potong je aaa ubi tu.separuh bakar.separuh rebus la konon.tak payah aku cerita saat kekeliruan berlaku.masa tu dah tensen.sampai rasa nak letak je ubi kat tepi.hahaha.ajk selamat la.x yah buat.ikutkan aku nak je lepak.tapi tak sampai hati tengok semangat budak budak degree part 2 uruskan.so buat je la.pisang memula kami bakar.tak boleh.tak diterima.so kena kupas.dan rendam dengan air garam.n cucuk dengan kayu buluh ape ntah.so bakar.hahaha.boleh tahan gak la rasa.tapi ubi laagi sedap.ubi bakar.

tengah buat tu.tiba tiba penganjur buat announce.dia cakap.3 org setiap ahli group boleh pegi kat tempat masak.n masak.sebab makanan ni x cukup untuk ramai2.aaaaaa.pengsan.lapa beb.kalau suruh dari tadi pun orait.dia patut bagi kami masak dulu.barulah semangat bila dia ajar masak dalam hutan.betul tak? aku miha n taqi masak.masak lauk kari.pergh.sedap sedap.dengan telur.akibat terlalu lapar.nasik yang semalam jumlah yang sama.tak cukup.sian wani.aku tau wani lapar.dah la makan dengan kari.sedap kot.

masa ni masak tu belangsung dengan agak pantas.sebab entah.cepat la berlangsung.taqi dah reti buat api kot.soli ada ke x eh? entah.tak sedar kewujudan dia.haha aku kagum gila dengan taqi.sekali tengok.mcm adik aku yang laki.cuma dia tinggi.pastu pandai pulak tu.pastu rajin menolong.tak macam soli.so dia harapan group aku la.lelaki harapan.nasib dia tak larikan diri.hahahaha =P

petang tu pulak.explorace.masa ni aku dah penat.malas dan sebagainya.nampak taqi makan sing-gum *malas nak eja betul betul* dengan muka tak malu.mintak.aku asik mintak orang makanan je.lagi lagi kat orang tak kenal.haha dengan kecewa dia kata tak ada.dah habis.alaaa~ tak pe la.tapi taqi ni gigih.tiba tiba datang kat aku bawak sing-gum 2.hahaha TERharu aku! agaknya group aku memang bernasib baik kot nak dibandingkan dengan group ina.haha so hasil undian yang dilakukan oleh taqi.kami dapat angka giliran pertama untuk gerak dulu masa xplorace.haha cayalah taqi!

ada 6 check poin.yang first susun atur gambar.tu pun nyaris nyaris kalah.mujur husna macam bagi klu sikit.so sempat lah betulkan.sampai check point 2.pergh.gila jauh.penat weh aku nak daki daki ni.miha lambat sikit.so dia la kami pilih buat task 2.dan gagal.oh no.kena la penalti 10.check point 3.malang sikit untuk aku.kami di minta mekap ahli group kami.dan aku adalah mangsa.sebab taqi suruh.dia kata muka aku kecik.so mampu la warna dengan cepat.oh tidak.malu aku nak tgk muka aku.haha korang pandai2 lah carik sendiri ye.budak perempuan group aku memang lepas gian nak mekap kan orang aku rasa.haha

check point ke 3.kena nyanyi.dia ada 3 tema.rindu.cinta.n sayang.so kami pilih cinta.hahaha.kena nyanyi 5 lagu yang berkait dengan cinta.lagi siti opkos la kena ada kan??

AKU CINTA PADAMU~~ sungguh walau mak aku marah aku~ *lirik tambahan*

okay.check point 5.lawak sikit.sebab apa lawak??? okay rahsia.deli tanpa disengajakan telah membocorkan jawapan untuk 9 keris tu.hahaha dia tersasul.aku tak pasan sampailah faizal buat muka terkejut dan deli pada masa yang sama asik sebut 9 daerah 9 daerah.hahahaha kami lari dalam ketawa yang berdekah dekah sambil deli menepuk dahinya.hahahah TERIMA KASIH DELI!!!

kerjasama erat dan strategi amat penting dalam sesebuah kumpulan.bangga gak aku masuk group ni.even tak cukup seorang even kami hanya bersandarkan pada seorang lelaki selaku ketua. so maksudnya kami tak memerlukan dia kalau apa apa hal.so pengajaran.dia tak penting.ada ke tak ada.lagi bagus dia tak ada.masing masing tau nak buat apa dalam group ni.tak payah cakap.cuma pantas bertindak.ni masa nak hafal nama pokok.masing masing amik tugas sendiri tanpa disuruh.carik dab hafal n gabung.bagus lah korang.bab masuk kolam pun sama.masing masing bagi kerjasama.taqi memang ketua yang bagus plus fizikal dia yang tinggi kira keuntungan pada kami.hahaha untuk jaga sekeping roti.huhu

so berkat nombor giliran yang awal tu.kumpulan kami dapat mandi awal.best! n rehat awal! so petang tu dapat minum air kosong sambil makan roti cicah kaya dan berehat rehat dalam khemah.hahah legaa~

dah rehat lama.so ajak wani masak.masak untuk malam.okay nak cerita sikit hal masak ni.izinkan aku guna ayat kasar sikit.untuk tunjukkan rasa sedikit marah.huhu okay macam ni.hurm.tak jadilah guna ayat kasar.tak best tak best.okay macam ni.

nak masak tu.aku ajak soli.so soli tanya komanden kami.boleh stat masak ke belum? komanden kata orait je.so orait la.kami start masak.okay dia dengan taqi start bakar bakar.means hidupkan api.masa ni encik izwan datang.tolong bukak api.tengok kami terkebil kebil hidupkan api kan? haha bila api dah setel.barang barang yang nak dimasak dah potong.semua lah kira dah setel.oh ya,kali ni teratur sikit.sebab dah berpengalaman n tak da lah kelam kabut masak macam semalam.okay.api dah hidup dah ni.tiba tiba soli cakap.

'okay weh, nanti pape roger la.'

aku tak syak pape dan aku just buat tak tau je.tiba tiba mata terpusing.eh mata? nope nope.bukan mata.kepala terpusing dan mata ternampak soli sedang berbual sakan dengan encik izwan dan sedang menggoreng sesuatu.apakah??

okay aku dah berasap.
sabar ecah sabarrr...*bisikan hati*

dia sedang goreng gitar dan kami ber- enam sedang bertungkus lumus menggoreng telur dan masak makanan?? wat the tutttttt~~~ okay jangan mencarut.tak baik untuk kesihatan rohani.okay.lantak dia la.kami masak dengan tenang.dipendekkan cerita.nak makan ni.taqi tanya  aku.tak nak ajak soli ke kak? aku jawab.

ah.tak yah ah.lantak dia la.

tapi taqi ni aku tak tau la.baik ke degil.baik kot.aku yang jahat.dia amik ape ntah.basuh tangan ke apa.dia sempat bertanya pada si soli ni.dan bila sampai kat tempat makan.dia kata

soli suh makan dulu.

aku dah buat muka.dalam hati geram je dengan kedegilan budak ni. HAHA

lama lama makanan pun habis.so kami yang perempuan ni semua dah buat muka dah.si soli ni nak makan ke nak main gitar? sudah la lalat banyak.ikutkan hati aku nak je biar lalat berak.padan muka ko soli.makanlah lauk bertahikan lalat tu.huh!

sekali lagi.taqi pergi mencuci pinggan.pinggan dia la.rajinlah sangat dia nak cuci pinggan kami.bila datang.agaknya dia cakap kat si soli ni kot.bila nak makan.nak tau tak soli cakap apa kawan kawan???

taqi: dia suh cedukkan untuk dia.

pergh!!!

memang lemak berkrim la ko kan soli.dan dengan baiknya taqi ceduk dan senduk dan bawak ke tempat dimana terdapatnya Soli.pergh! hebat kan soli ni? sumpah aku tak nak group dengan dia.sebab apa? sebab dia ni tak ada semangat berkumpulan.lepas tu dia buat pape semua sambil lewa.pentingkan diri pulak tu.eiii geramlah.aku bukan nak cakap apa.cuma aku kenal dia lama kot.so dah dengar cerita kawan kawan aku pasal lemak dia tu.bila kena memang sakit hati gila.rasa nak meletup.huh.nasib ahli group aku ni terbek la!

okay malam tu kami ada solo camp.next entri aku citer eh? rasa macam dah panjang sangat je ni.haha okay! tata!

May 14, 2011

disagree - please




lagu ni sedap tau.ikut taste aku la.hahahaha =B



SC: day one *hari yang mendebarkan*

sebelum mulakan apa apa.aku nak kasi tau yang entri pasal survival camp ni panjang.saje je aku buat panjang.aku akan buat entri untuk 3 hari dan aku mulakan dengan hari pertama.kenapa buat panjang? mampu ke? haha sebab banyak sangat perasaan masa kem tu plus ilmu yang dicurahkan dan aku sangat berbangga dengan group aku.hehe nape hari yang mendebarkan? sebab riso riso riso dengan aktiviti yang dijalankan plus riso dengan group aku.lagi lagi si makhluk tak bernama sebenar tu.okay! mari!

lai lai ketongg~!

okay.pagi tu kumpul kat padang kawad.aku agak kebosanan pada mulanya.sebab ina xda.gee xda.faraha bz.so aku survive la sorang sorang.kami gerak jam 9 pagi.situ dah macam sikit kagum sebab tepat pada masa.gud gud.i like this part.aku duduk dengan adik.adik banyak cakap.aku yang kemabukan bas.layan macam tak layan.mintak panadol kat atie.pakai minyak angin.pergh.macam orang tua je.adik layan aku dengan baik.haha baik ke? baik aaaa.tolong belikan air mineral kott.haha siap pagi ais kerim lagi. *clap clap* adik disini tak perlu dimention.tapi ina faraha gee tau sangat la en sape adik tu.haha okay.lupakan pasal adik.

seingat aku.aku tak duduk dekat tayar.means atas tayar,tapi peningnya kalah orang mengandung.haha aku penah mengandung ke? nope nope.mungkin sebab aku mabuk bila naik kenderaan ni.aku orait je kalau orang borak borak ni,tapi adik borak keterlaluan.tu yang tambah pening tu.kahkahkah!

sampai dalam pukul 12 tak silap.duduk dalam kumpulan.fuh.nasib budak degree part 2 aku dah familiar dengan dorang.wani dengan tiqah.tinggal budak diploma part 2 je.sorang laki.sorang pompuan.pompuan nama raudah.laki nama taqiuddin o taqi.taqi tu tinggi orangnya.gila lah.soli (bukan nama sebenar) tak yah la tanya.dia ajk kottt.biasalah ajk kan? sibuk la.n aku tak istiharkan pun dia ketua kami.disini nak cerita sikit.sian kat group ina ngan faraha.hilang tunjang harapan.haha larikan diri ek? pegi group mana eh? hahaha tula ina...lain kali jangan bagi harapan tinggi tau! haha aku rasa mungkin dia terdengar suara hati ko yang nak suruh dia carik kayu api.hahaha kan dah lari~ =P

bila suruh pilih nama group dengan cheer.berdasarkan tali yang kami dapat.setiap kumpulan dapat kain.kain tu banyak helai.dan lain warna.means.satu kumpulan satu warna dan banyak helai.untuk setiap ahli.sila pakai dengan apa gaya dan cara sekalipun.so.group aku dapat warna purple macam tu la.cantik warnanya.tak macam group popcorn! ape ape je la eh~ hahahaha! huhu.so pulun pulun pilih.si soli dengan peliknya kasik nama dragon fruit.pergh.depan depan dia aku gelak.haha dia biasalah macam nak tegakkan pilihan dia.nope nope.gue tak mau kalah.aku cakap.lain lain.pastu taqi bagi nama mangosteen *ejaan lupakan* in malay ape? manggis la kan? adeyy.haha.pastu pilih cheer.belum pilih nama group dah pilih cheer.tapi soli nak jugak dragon fruit dia tu.nope nope.aku tak setuju.pelik je.tak sedap pulak tu.so kami sebulat suara dan keredhaan soli menggunakan nama manggis.okay setel nama group.cheer lak si soli nak buat gaya power rangers.gedik la ko.aku ketuk jadi senduk.so amik la power rangers dia untuk part awal.weq!

so dipersilakan kumpulan 11!! *kami kena ke depan dan persembahkan cheer *

M.A.N.G.G.I.S  ~
Kami!! *taqi* Mang mang gissss~~ *tangan macam orang buat kat pemain gitar tuuu*

diteruskan dengan aktiviti pertama.apebenda ntah paling panjang.kami punya paling pendek.sebab masing masing plus aku macam malas je nak keluarkan tali kasut.nak bukak stokin.haha ntah pape.so kalah la.dengan 19 langkah je. =.="

aktiviti kedua.bina menara.guna straw ngan selotape.kena tinggi.stabil.cantik.masa ni.soli main peranan.dia bagi aa idea.berguna jugak engkau ni soli.dengan kerjasama erat serta idea idea bernas.maka menanglah group kami.hehe cayalah mang mang giss! hehe

aktivti seterusnya pasang khemas n masak.pasang khemas aku duduk dengan nani n gee.agak banggalah sebab berjaya juga pasang khemah.lagi lagi untuk orang yang gedik gedik macam aku.haha masak? oh ni sikit gagal.group aku lambat jugak masak.sebab tak berkemahiran dalam menyediakan unggun api.potong potong sume setel sudah.tapi bab api tu yang lambat sikit.dia dah bagi lilin.lighter.tapi sebab kurang pengalaman dalam gunakan kayu.plus kehilangan soli yang tak dapat dikesan untuk beberapa minit menyebabkan sedikit tergendala proses masakan.so api macam hidup segan mati tak mau lak.masa ni jugak la.cara masak nasik tiba tiba lupa.bukak je periuk o tutup periuk ek? tapi tak da la ketegangan urat berlaku.menu hari pertama.sadin dengan telur dengan ikan bilis goreng je.style jugak la kott.sebabkan lambat masak.so group ina lah makan dulu.weq weq!!

malam tu ada dua aktiviti.satu great egg drop.ni kena buat tapak kukuh sikit supaya telur yang dijatuhkan dari aras tinggi oleh encik izwan tak membolos keluar atau pecah atau sebagainya.macam macam strategi yang group aku buat.first round.kita kena pegang bekas tu n encik izwan jatuhkan.hah.tu menang.sian group ina.kalah.kahkahkah. *gelak besar sikit* untuk round kedua.kalah.sebab keras kot base dia.takpe.janji tak kalah first round kan ina? hehe =B

aktivti  nite river treck-king.masa ni sepanjang panjang stokin aku pakai.hahaha.bajet nak selamatkan diri dari binatang paling menggerunkan.iaitu p.a.c.a.t tapi kami bukan jalan kat sungai.parit kot.lalu terowong la.macam macam.memang lenjun habis la bahagian bawah,haha lagi lagi part nak sampai.air sampai leher ke ape ntah.untuk insan insan istimewa lagi comel macam aku ni.memang sah sah air tu paras situ punyeee. =.="  alhamdullillah.aku terselamat dari hinggapan pacat.yela.pakai stokin panjang.pastu aku rasa kami lalu kat pasir kot.ada pacat ke? lepas tu telinga aku terdengar yang pacat tak keluar waktu malam.sape yang cakap tu? aku nak peluk erat dalam ketawa besar.betul ke?? haha!

berakhirlah aktiviti hari pertama.ni nak speaking nogori sikit lah.den raso mulo seronok dengan group den.group mang mang giss.sobab besh.hahaha *walaupun duduk nogori untuk 2 sem masa diploma.masih gagal speaking dengan lancar.hehe*

May 8, 2011

i will survive!

diam tak diam.pejam celik pejam celik.masa yang ditunggu tunggu telah tiba.aku tunggu ke? hurm.lusa nanti aku akan menghilangkan diri selama 3 hari 2 malam kat jempol.huuu.ada kem.survivor camp.argh.tensen 5 minit untuk kem ni.

kenapa tensen? argh.tensen la.bukan tak minat join join aktiviti macam ni.minat.tapi banyak perkara yang mencabar punyalah.dan leceh untuk difikir.biasala.nama pun survivor kan?

last aku join kem.masa diploma.tu kem biasa biasa je.tak horror sangat.tu kat lembah pangsun.biasala.kos aku ni rajin buat aktiviti aktiviti yang ke arah pengikisan duit uitm selain tu merapatkan hubungan kami semua la.aku kira.program program lepas memang berjaya.even kos ni ramai student.tapi kami kenal orang orangnya.tak kenal nama.kita kenal muka.betul tak?

kem nanti dekat ulu jempol tak silap.duduk kat khemah.khemah pun kena bina sendiri.tu kira orait lagi la.makanan pun orait lagi.kalau makanan dalam tin tu.no hal la.dulu kem kat sekolah pun.hebat jugak masak sadin.haha bab makan.pasang khemah aku no hal.pasang khemah ye.tapi duduk dalam khemah.hurm.diam sekejap.

kurang minat duduk dalam khemah.sebab panas.sempit.dan sejuk.okay fine.survivor camp.memang kena pegang dan beringat la nama kem ni.boleh la fikiran waras kembali pulang.tapi hati rasa nak ngumpat jugak pasal khemah ni.tak sukalah duduk khemah.kalau besar tak apa.ni sempit.difahamkan khemah tu untuk 4 orang.hurm.boleh la bayang sikit.khemah standad je la.pegi kem kem ni.mungkin kena buat rengkok-kan yang paling lentik sebijik macam ulat ke.macam pupa nyamuk ke.huaaaa.pastu nanti mesti berhabuk dengan pasir.tak pela.boleh sapu sapu sikit.bawak kain buruk sehelai dua. *rajinla sangat nak bawak kain lagi.penuh beg je*

tapi aku rasa yang paling mencabar adalah nak berhadapan dengan mood kawan kawan.okay bila dah semua dalam keadaan serba tertekan dengan khemah macam ni.semua emosi menjadi kurang stabil.lumrah alam.biasala tu.masa ni sure ada muka macam hampeh je.sebab penat.tak selesa.so kita akan menempiaskan perasaan tu secara tak langsung.mungkin kita tak sedar.tapi orang lain sedar.betul tak.aku pun tak janji mood aku jadi baik.sepanjang masa.mustahil.mesti aku jadi seorang yang panas baran.moody.banyak kali pegi kem.aku paling lemah duduk kat khemah.sebab panas.sejuk.dan sempit.aku tak boleh terima sampai sekarang.jujur ni.kepada penghuni khemah aku.aku bagitau awal awal ni.haha nanti korang tengok la muka nak pengsan aku.muka sememeh aku.gedik kan.

paling liat bangun pukul 5.aku ingat lagi.pegi kem mana ntah.kawan aku kejut aku awal sangat.khemah lain nak masih tido.huuuu.tapi tak tau kem ni bangun pukul bape.liat sikit bangun awal lepas tu dalam keadaan terkejut.pergh.moody 10 minit sebelum jumpa air.

tandas.adalah satu perkara paling penting masa pegi kem.masa aku form 4 dulu.kem krs.mandi kolah.ramai ramai.syiok maa.haha.tapi kenangan pahit masa kat lembah pangsun.pergh.tensen aku mandi sana.tandas berlumut.katak kat sebelah pun tak nampak ko tau.eiiii.geli!tak selesa langsung.dengar kata tandas kat ulu jempol ni.tip top.tip top tu tak maksud macam 5 star.mustahil.tapi rasanya selesa la untuk kami semua.

group.group aku dengan soli ( bukan nama sebenar ) tak sukala dia.eiii.dala 3 orang je budak kelas.pastu kami paling tua.aku tak dapat banyangkan dia dalam grup aku.semoga kami dapat bekerjasama dengan baik.haipppp.

pacat.seperti yang anda sedia maklum.sekarang musim hujan.betul tak? pacat akan tumbuh berlambakan.lagi lagi selepas hujan.hehe.ini maklumat palsu dan mitos mungkin.hiperbola.hurm.tertekan.geli.geli geliian.aku tak boleh terima binatang tanpa kaki dan mengengsot atau menyusur dan sebagainya dalam hidup.tak boleh tak boleh.bulu roma naik.jeritan berlaku dengan refleksnya.huuuu.

burung hantu.ni satu aktiviti yang palinggg menakutkan.satu keajaiban.dimana.kalau aku pergi kem.aktiviti ni tak pernah jadi.syukur.lega gila hati.dulu pernah hampir jadi.last last buat jalan ramai ramai malam malam.lega la sikit.ni khabarnya tak jadi jugak.gembira rasa seperti mahu memetik bintang.haha alergik.aku takut hantu.haha penakut tahap kura kura.

ok.nak tido.esok kena siap siap balik palam.bosan.esok balik dengan sebatang kara-nya.sebab memang dah siap kat sana.balik ni just bawak spare tracksuit je.dan baju baju yang sepatutnya.huhu.selasa saya berangat.kehidupan tanpa line.tanpa komunikasi dengan kekasih hati.cewah cewah.tak merunsingkan saya.pergh.belagak.haha

ok.harap harap aku boleh survive dan enjoy dengan enjoice nye masa kem ni.lagi lagi dengan gruop bersama soli (bukan nama sebenar) blergh. =.="

i will surviveeee!! hey heyyyy~!!

ok nanaite.adios.hari ni man u lawan chelsea.aku sokong man u.tapi aku suka lagu chelsea.hiyahhhh.