Pages

May 25, 2011

SC: day three *hari yang...membanggakan* (part 2)

salam! kembali lagi! haha! ok2 sambung citer pasal part one hari tu.okay.aktiviti seterusnya adalah..berakit.pertandingan berakit nih.nasib kami sangattt baik.sebab rakit tu kena bina sendiri tau.masa ni nak terimas kaseyy pada ahli ahli kumpulan 1,2,3,4 betul kan? sebab pa? sebab depa la yang buat rakit.pastu pulun pulun buat pandu uji rakit tu.haha

okay.group aku lawan dengan group...9 dan 10.okay masa ni memang mendebarkan.ada beberapa keadaan yang menakutkan masa pertandingan ni yang aku sangat sangat takut terjadi kat group aku.

1. aku takut jatuh.tu satu.jatuh means rakit tu tak seimbang dan beberapa ahli group bakal jatuh.
2. aku takut rakit tu beralih arah.contohnya.rakit kamu berjaya jalan.jalan ke? nope nope.berjaya bergerak dengan agak pantas hasil kayuhan anda.tapi malang.tiba tiba beralih arah dan membuat pusingan u-turn di tasik kecil.omaigod.malu.
3.macam biasa.semua orang takutkan.ketinggalan jauh dibelakang.huhu

okay.masa ni semua orang takut.ahli group aku ada..1,2,3,4,5,..6. ..eh! 6 je? mana lagi sorang? jap jap.aku, wani,tiqah, miha, raudah..taqi.hah! 6 orang! soli???

"weh! jom la tolong aku!"

*suara jeritan taqi tu.*

aku pandang ke arah taqi  dan pandang anak matanya memandang ke arah sape.oh soli!

soli dilihat sedang beristrirehat.eh beristirehat.eh apa apa lah.

wat the tuttt la ko kan soli.dia sedang berehat dibawah khemah o pondok dengan lecturer.hey! ko sape beb! pastu kami ajak.dia dengan gelabah dan tak machonya.tak nak join.geram tak korang? dia bukan tak sehat fizikal.mental dan jiwa.tu kami tak pasti.masa tu aku panasss je.kami 6 ketul nak lawan dengan group yang berketul ketul.group ina dah 8.group lagi sorang tu berapa ramai.tu tak pasti.tapi ramai aaaa.masa ni aku ajak lagi soli.dia tak nak weh.mati matian dia tak nak.aku pelik.apehal mamat ni.risau kemachoan dia hilang ke? atau dia tak boleh kena air tasik? alergik? hah! macam macam la ko kan soli.pastu datang kat kami.cakap gud lak.sorang pun tak peduli.huh!

okay.kami fokus.susun atur strategi.masa ni.memang gelabah gila la.sume tanya.macam mana ni kak ecah.kak ecah.aku pun guna pengalaman sesiput aku je la.depan ngan belakang kayuh.haha nasib kami TERsangat baikk sebab taqi ni tau la sikit sikit skill berakit ni.so dia bagi tunjuk ajar sikir sape yang pegang pendayung.kalau rakit salah arah.buat macam mana sume.posisi kami? aku dibahagian belakang sekali, miha depan aku pegang pendayung, pastu tiqah tak silap, pastu wani dan depan sekali adalah raudah yang memegang pendayung jugak.taqi? dia jadi turbo kat belakang.berenang tolak rakit.hahaha inilah kaedah yang dilakukan kumpulan lain jugak ya.

masa ni.tak tau la nak cakap apa.6 orang kayuh rakit.nak menang memang mustahil.so slogan kami

yeah! saksikanlah kekalahan kita!

prittttt!!! *wisel bunyik*

huah! masa ni cuakk gila.tolak air dengan semangatnya! masa ni tiba tiba rakit kami tukar arah.so pendayung pendayung gunalah tips yang diberi taqi.alhamdulillah.berjaya kawal rakit dengan baik! aku masa ni.semangat kot.haha jerit  1, 2 1,2 1,2 banyak kali! huhu tiba tiba tak berapa nak tengah tasik.berlaku kemalangan di group sebelah.group ina TERbalik!!! gelak sikit sebab takut hilang fokus.sesudah gelak sikit.lagi semangat sebab group kami di depan! haha

sokongan dari penonton penonton sungguh memberansangkan! aku tak kisah la rupa aku macam mana! at the end! group mang mang gisss menang! korang tau tak betapa bermaknanya kemenangan ni? gigih gila kami usaha! dah la sorang anggota lari! so kami sangat sangat hepiiii senyum sampai nampak gusi! hahaha

bila dah naik ke daratan.aku tanya pendapat penonton.

"huish! cayalah kak ecah! mula mula kitaorang tengok.memang jerit habis lah.sebab group akak dah depan.dah la sume perempuan! memang wonder women la! tapi tiba tiba ada laki berenang kat belakang...tengah jerit jerit.sekali perasan.budak laki tu TAK BERENANG.dia BERJALAN."

hah! taqi berjalan!! aku dah nak gelak.okay.taqi ni gilaaa tinggi.tasik pulak cetek.haha! memang terbaik la.haha boleh pulak dia jalan.patutla masa naik tu.ada la group ni kata.tak aci sebab jalan.haha no komen.gunalah keistimewaan yang tuhan beri.alah lagipun ni kan hanya main main.kalah mati.bukan ada pusingan lagi.haha patutlah kawan kawan dia tanya taqi.

"ko jalan eh tadi."

dan dia senyum kambing.hahaa ah tak kesah la jalan ke tak! janji kami kayuh sekuat hati.inilah kemenangan palingg bermakna.hahaha

di majlis penutup.group kami ditabalkan sebagai GROUP TERBAIK untuk SURVIVAL CAMP 2011 ni!!thank god! korang tau tak! betapa hepinyaaa kami semua! tak tau macam mana dipilih dan terpilih.tapi memang best!! soli tu tumpang la sikit kot.huh.masa dia umumkan hadiah ni.semua saguhati dah dapat tau.masa ni 3 group tak dapat lagi.aku pelik.macam mana dorang yang lain boleh dapat? nape group aku tak dapat? tak teringat langsung pasal tempat ketiga  kedua n pertama ni.serius tak sangka.haha kira TERkejut jugak la menang ni.terima kasih la ajk yang TERlibat.sebab pilih group kami.TERharu sampai sekarang.haha

saya sungguh merindui ahli group saya walaupun sekejap je satu group.lepas ni tak ada dah program dengan budak budak diploma.dengan budak degree je.gila bosan.tak variety.haha budak diploma fakulti kitaorang dah pindah ke UiTM Bertam.kepada kenalan kenalan adik adik diploma.akak akan merindui kamu.isk isk isk T-T.sebab kemasukkan budak asasi yang beribu ribu lemon kat puncak alam.huah.gila bosan puncak alam.penuh dengan budak budak.huhu tak best la nak cuci mata.ops.haha kepada ahli group mang mang giss!! saya sungguh hepi berkenalan dengan kalian kecuali seorang yang tak bernama sebenar.blerghhh!!! =S

sekian.tamat sudah entri survival camp.hehe

No comments:

Post a Comment